View
241
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PROGRAM PERINGKAT
DIPLOMA DAN SIJIL KEMAHIRAN KHAS
Disediakan oleh :
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, KM 10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. Tel : 07 – 261 2488 Fax : 07 – 261 2963 http://www.pis.edu.my
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
SESI DISEMBER 2017
1. PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
i) Melayari laman web www.pis.edu.my untuk mendapatkan maklumat PENDAFTARAN SESI
DISEMBER 2017.
ii) Membuat bayaran yuran pendaftaran, yuran asrama dan bayaran pendaftaran dengan merujuk
lampiran JADUAL BAYARAN SESI DISEMBER 2017.
Segala urusan pembayaran yuran perlu diselesaikan DUA(2) hari sebelum tarikh pendaftaran.
Proses pengaktifan calon pelajar mengambil masa 24 jam (hari bekerja) sebaik sahaja data bayaran
telah diterima daripada pihak Bank Islam Malaysia Berhad.
iii) Log masuk ke portal SPMP di http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat
pendaftaran dalam talian SELEPAS 24 jam (hari bekerja) membuat pembayaran. Pelajar perlu
mencetak slip pendaftaran online bagi mendapatkan no pendaftaran dan kelas pelajar.
iv) Memuat turun (download) dan mencetak borang-borang yang perlu diisi.
v) Melengkapkan semua Borang HEP di lampiran HEP 1 – 6 (muat turun dari laman web www.
politeknik.edu.my)
vi) Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan borang HEP 2
(Filem X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran).
1.1 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN
i) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
ii) 3 salinan slip pendaftaran online (melalui portal SPMP).
iii) Salinan Resit / Slip bayaran Bank Islam (simpanan pelajar).
iv) Borang HEP1 – HEP 6 yang telah lengkap diisi, borang asrama (kolej kediaman), borang
koperasi.
v) Surat asal tajaan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran (jika berkaitan) seperti Majlis Agama
Islam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Yayasan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan
lain-lain.
vi) Gambar berukuran passport sebanyak 10 keping (Pelajar lelaki - bertali leher dan berambut
pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan berpakaian sopan dan bertudung (pelajar Islam).
2. SEMASA HARI PENDAFTARAN DAN SEPANJANG PROGRAM HALUAN SISWA (PHS)
Berikut aliran pendaftaran pelajar semasa hari pendaftaran:
BAHAGIAN A : PANDUAN PENDAFTARAN
Tarikh & Maklumat Pendaftaran Pelajar Baharu Adalah Seperti Berikut:
Tarikh : 19 November 2017 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh & Maklumat Program Haluan Siswa (PHS) Pelajar adalah seperti berikut:
Tarikh : 19 – 23 November 2017 (Ahad - Khamis)
Tempat : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan
i) Pelajar akan diberikan Fail Peribadi Pelajar (FPP) oleh petugas pendaftaran untuk diisi dan
dilengkapkan oleh pelajar. Borang-borang yang disenaraikan di dalam senarai semak (seperti yang
dinyatakan di dalam fail peribadi) perlu dilengkapkan dan di bawa ke meja pendaftaran.
ii) Perkara yang perlu ada di dalam FPP adalah BJT, surat tawaran, salinan IC, salinan SPM, salinan sijil
ko kurikulum, salinan sijil berhenti sekolah, salinan keputusan Kolej Komuniti bagi pelajar yang
berkaitan (kesemua ini adalah borang yang telah di poskan ke Politeknik Ibrahim Sultan), borang BHEP
1 – 6, gambar 2 keping, 1 salinan slip pendaftaran online, 1 salinan resit bagi setiap bayaran.
iii) Menerima Buku PHS, Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik dan kad matrik sementara.
iv) Menyerahkan 1 salinan slip pendaftaran online (SPMP) – dimasukkan ke dalam FPP
2.1 Rupadiri semasa hari pendaftaran
Lelaki
Kemeja Putih , bertali leher hitam / gelap , seluar “slack” hitam, berambut pendek dan tidak berwarna.
Sebarang aksesori seperti rantai, gelang, anting-anting dan lain-lain tidak dibenarkan.
Perempuan
Muslim : Berbaju kurung putih, berkain warna hitam / gelap & bertudung hitam.
Bukan Muslim : Berbaju kurung/blouse panjang putih, skirt labuh berwarna gelap, rambut tidak
berwarna & kemas.
2.2 Rupadiri semasa Program Haluan Siswa (PHS)
i) Baju Kemeja putih berlengan panjang, bertali leher dan berseluar ‘slack’ hitam bagi pelajar lelaki.
ii) Baju kurung/blouse panjang berwarna putih, kain/skirt labuh berwarna hitam dan tudung hitam
(pelajar Islam) bagi pelajar perempuan.
iii) Track bottom dan kasut sukan.
iv) Tshirt dan baju korporat (termasuk di dalam barangan yang akan diperolehi dari koperasi Politeknik
Ibrahim Sultan).
3. PENYEDIAAN KEPERLUAN DIRI DAN PERALATAN PEMBELAJARAN
3.1 Adalah dinasihatkan semua calon pelajar menyediakan keperluan diri untuk dibawa sebagai bekalan
sepanjang pengajian. Keperluan diri yang dicadangkan adalah seperti berikut:
i) Pakaian Kuliah / Kelas (Formal)
ii) Pakaian harian / sukan / riadah
iii) Baju Melayu Johor (leher teluk Belanga berasaskan warna biru)
iv) Baju Batik (untuk majlis-majlis rasmi)
v) Kasut Hitam / kasut Sukan
vi) Bekalan ubat-ubatan peribadi
vii) Keperluan peribadi/kebersihan diri
3.2 Keperluan di Kolej Kediaman Pelajar yang PERLU dibawa semasa pendaftaran Kolej Kediaman
Pelajar:
i) Bantal berukuran ‘standard’. Bantal juga boleh dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.
ii) Sehelai sejadah, senaskhah Al-Quran dan Surah Yassin bagi pelajar Islam
iii) Pakaian sukan / riadah.
iv) Cadar dan sarung bantal.
v) Langsir bagi pelajar lelaki wajib dibeli di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.
vi) Keperluan harian dan peribadi pelajar seperti baldi, gayung, sabun dan sebagainya. Semua
keperluan ini juga boleh didapati di Koperasi Politeknik Ibrahim Sultan.
4. SENARAI DAN KOD PROGRAM MENGIKUT JABATAN
Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses
pendaftaran.
PROGRAM KOD
PROGRAM JABATAN (KOD)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) DJK JABATAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK (JKE) Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik DEE
Sijil Kemahiran Hotel Dan Katering KHK
JABATAN PELANCONGAN
DAN HOSPITALITI (JPH)
Diploma Pengurusan Hotel DHM
Diploma Pengurusan Pelancongan DUP
Diploma Pengurusan Acara DEV
Diploma Kejuruteraan Mekanikal DKM
JABATAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL (JKM)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) DTP
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) DMB
Diploma Kejuruteraan Mekatronik DEM
Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian KFP
JABATAN REKABENTUK
KOMUNIKASI DAN VISUAL
(JRKV)
Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik KRG
Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian DFP
Diploma Rekabentuk Grafik DRG
Diploma Rekabentuk Industri DRI
Diploma Teknologi Kreatif Digital DCT
5. LAIN-LAIN BAYARAN JABATAN
Pembelian peralatan pembelajaran berikut juga dicadangkan untuk disediakan sebelum calon pelajar
menjalani pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. ( Boleh dibeli melalui Koperasi atau diuruskan oleh jabatan
masing-masing ) - Sila sediakan wang tunai secukupnya.
Contoh : Jabatan JKE
BIL ITEM JENAMA BILANGAN
1 ANALOGUE MULTIMETER SANWA 1
2 TEST PEN 240 V/AC PHILLIPS 1
3 SCIENTIFIX CALCULATOR fx-570ms
(atau yang setaraf dengannya)
CASIO 1
i) JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)
(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Kalkulator, Multimeter, dll )
ii) JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)
(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 150.00 seperti Peralatan Lukisan, Peralatan
Keselamatan Diri (PPE), dll )
iii) JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI (JPH)
(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 300.00 seperti Baju Chef, Blazer, dll)
iv) JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL (JRKV)
(Anggaran Bayaran Peralatan & Keperluan Jabatan : RM 250.00 seperti Peralatan Melukis, Alatan
Jahitan,dll)
PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
Kampus PIS terletak 30 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru. Sekiranya anda daripada susur keluar Skudai
Lebuhraya Utara-Selatan teruskan perjalanan dan ambil simpang kiri ke Pasir Gudang. Jarak perjalanan
daripada susur keluar Skudai ke PIS lebih kurang 35 km.
Anda juga boleh menggunakan jalan alternatif daripada susur keluar Senai Lebuhraya Utara-Selatan (E22
Lebuhraya Senai-Desaru). Selepas tol Senai, ambil jalan simpang kiri Ulu Tiram / Pasir Gudang teruskan
perjalanan sehingga Exit 2205A – Persimpangan Cahaya Baru. Selepas tol Cahaya Baru ambil susur kiri
Masai/Kong Kong dan teruskan perjalanan menghala ke Masai.
1. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL / TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR
Kolej Kediaman Pelajar adalah DISEDIAKAN untuk semua pelajar baharu yang akan mendaftar. Adalah
menjadi tanggungjawab pelajar untuk menjaga kemudahan yang diberikan dengan baik dan mengikuti
semua peraturan dan rupadiri yang ditetapkan untuk pelajar tetap menduduki Kolej Kediaman Pelajar
sehingga habis semester 1. Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman pelajar boleh menggunakan
kemudahan Kafetaria yang terletak di kawasan kolej untuk membeli makanan yang dijual. Kos sara hidup
ditanggung oleh pelajar sendiri.
BAHAGIAN B: MAKLUMAT AM
2. BANTUAN KEWANGAN
Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa / pinjaman pendidikan, pelajar diminta
menyediakan keperluan-keperluan berikut:-
2.1 PELAJAR PERINGKAT DIPLOMA – PINJAMAN PTPTN
i) Membuka akaun SSPN-i
ii) Membuka Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
iii) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:
Kad pengenalan pelajar
Slip/Sijil keputusan peperiksaan SPM
Surat tawaran kemasukan ke politeknik
Sijil politeknik/kolej komuniti/mana-mana kolej berkaitan atau transkrip keputusan peperiksaan
bagi pelajar lulusan sijil
Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/bapa/penjaga terkini
Sijil kematian ibu/bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat dikesan) sekiranya
berkaitan sahaja.
Buku Akaun atau penyata akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan
Masyarakat
iv) Maklumat mengenai pinjaman PTPTN sila rujuk laman web http://www.ptptn.gov.my
2.2 PELAJAR PERINGKAT SIJIL KEMAHIRAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN)– BANTUAN
KEWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
i) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:
Salinan Kad pengenalan pelajar
Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa
Salinan Akaun Bank Islam Pemohon/Pelajar
Salinan Keputusan SPM / Sijil Tamat Belajar Tingkatan 5
Salinan Sijil PMR
Surat Tawaran Pengajian di Politeknik
Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kesemua Salinan dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah disahkan.
Pegawai Yang Layak Mengesahkan Salinan Sijil Atau Dokumen
1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A.
2. Pegawai Kehakiman dan Perundangan, Hakim, Peguam , Majistret / Jaksa Pendamai dan semua
Doktor yang bertugas di Pusat Kesihatan Kerajaan Sahaja.
3. Pengetua Sekolah / Guru Besar.
4. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas.
5. Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas.
6. Penguasa Penjara, Penguasa Bomba dan Penguasa Kastam.
7. Wakil Rakyat / Senator.
8. Pengurus Felda atau Pengurus Felcra.
9. Penghulu / Penggawa / Pemanca / Ketua Kaum / Ketua Kampung.
Senarai Biasiswa Dan Tajaaan Yang Lain.
1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
3. Biasiswa Sukan KPM
4. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
5. Lembaga Zakat Negeri
6. Kuok Foundation Berhad
7. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
8. Yayasan Kelantan Darulnaim
9. Kerajaan Negeri Selangor
10. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
11. Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak
12. Kerajaan Negeri Perak
13. Yayasan Negeri Sembilan
14. Kerajaan Negeri Pulau Pinang
15. Yayasan Terengganu
16. Yayasan Pahang
17. Yayasan Pelajaran Johor
18. Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor
19. Yayasan Felcra
20. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
21. FELDA
22. MARA
23. Yayasan Negeri Melaka
24. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
25. Yayasan Negeri Sarawak
26. Baitulmal Negeri
27. Dermasiswa KPM (OKU / PPK)
Nota : Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Biasiswa dan Tajaan, Jabatan Hal Ehwal
Pelajar PIS
3. RUPADIRI PELAJAR
Semua pelajar Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran
(Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya
pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan
sopan. Semua jenis pakaian yang “menjolok mata” dan tidak menepati peraturan Politeknik adalah dilarang
sama sekali. Sila rujuk Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia yang akan diedarkan semasa pendaftaran.
3.1 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR LELAKI (sepanjang pengajian)
a. Pakaian Ke Kelas / Bengkel
Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar,
negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T yang tidak berkolar TIDAK
dibenarkan.
Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
Pemakaian baju Kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan
bersongkok hitam.
Berseluar ‘slack’ panjang dan seluar ‘jeans’ TIDAK dibenarkan.
Pelajar hendaklah memakai kasut yang yang sesuai semasa menghadiri kuliah, berurusan di
pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas untuk kerja-kerja
bengkel akan dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.
Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.
Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar
berada dalam kampus PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).
Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
b. Rambut
Rambut hendaklah sentiasa pendek, tidak berwarna dan kemas. Paras belakang tidak melebihi
paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi
paras dahi.
Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.
3.2 PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN (sepanjang pengajian)
a. Pakaian Ke Kelas / Bengkel
Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.
Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan
mendedahkan mana-mana bahagian badan adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.
Pakaian hendaklah berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan dan labuh baju
sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.
Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ di atas paras lutut.
Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar,
negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T yang tidak berkolar TIDAK
dibenarkan.
c. Jika berseluar pastikan yang tidak ketat (longgar). Boleh memakai seluar ‘slack’ panjang dan
seluar ‘jeans’ TIDAK dibenarkan.
Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup penuh yang sesuai semasa menghadiri kuliah,
berurusan di pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna. Pemakaian kasut khas
untuk kerja-kerja bengkel akan dimaklumkan oleh pihak jabatan akademik masing-masing.
Kasut sukan dibenarkan untuk keperluan sukan atau riadah.
d. Pemakaian selipar, sandal, terompah, capal, kasut bertumit tinggi (yang runcing) serta kasut
berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan semasa pelajar berada dalam kampus
PIS (kecuali di Kolej Kediaman Pelajar).
b. Rambut
Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat (contoh bertudung) seperti yang
disyariatkan Islam.
Rambut hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.
Rambut fesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor, diwarnakan atau seumpamanya adalah dilarang.
c. Perhiasan
TIDAK digalakkan memakai barang kemas dan solekan yang berlebihan.
4. HAL-HAL LAIN
Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan atau lain yang sesuai dan memenuhi rupadiri
pelajar.
Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran dan pakaian bersolat yang lengkap.
Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh
diprogramkan.
Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau swasta, sila bawa salinan Borang J (Cukai
Pendapatan – jika ada) untuk tujuan biasiswa/pinjaman pelajaran yang berkaitan.
1. Menjaga kebersihan bilik sepanjang masa dan ketika. Sentiasa bebas dari sampah sarap.
2. Tidak menconteng dinding, bantal, tilam dan dinding tilam
3. Tiada tampalan-tampalan yang merosakkan dinding bilik.
4. Menjaga kebersihan kipas angin, tingkap, laci, meja tulis dan kaki lima.
5. Tidak menyimpan, memiliki dan menghisap rokok di dalam bangunan Kolej Kediaman Pelajar. Tindakan buang Kolej
Kediaman Pelajar serta merta akan dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah.
6. Tidak membenarkan orang asing/pelawat menginap di dalam bilik Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan
pesalah boleh diambil tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar jika melakukan kesalahan tersebut.
7. Tidak membawa peralatan elektrik (kecuali komputer dan lampu study) dan tidak masak di dalam bilik.
8. Mesti menghormati waktu senyap Kolej Kediaman Pelajar iaitu mulai 8.30 malam hingga 8.00 pagi.
9. Dilarang mengubah atau mengalih sebarang peralatan di dalam bilik. Contoh seperti katil, tilam, bantal, meja tulis
dan kerusi, jangan dikeluarkan dari bilik anda.
10. Semua penghuni Kolej Kediaman Pelajar dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 7.00 malam dan tidak
dibenarkan keluar kampus pada waktu tersebut.
11. Semua pelajar mesti berada di blok Kolej Kediaman Pelajar masing-masing pada jam 11.00 malam.
12. Memadamkan lampu bilik selepas jam 12.00 tengah malam dan gunakan lampu ‘study’ selepas waktu itu atau
belajar di Bilik Rekreasi blok masing-masing.
13. Tilam hendaklah sentiasa kelihatan kemas dan bersarungkan cadar yang bersih.
14. Bantal sentiasa bersarung dan bersih serta tidak mengambilnya di akhir semester.
15. Lampu bilik tidak bersalut kertas warna.
16. Tidak menyidai sebarang pakaian di ‘railing’, di tingkap bilik, di kipas angin siling pada setiap masa dan ketika.
Pakaian hendaklah sentiasa digantung dalam almari dengan kemas.
17. Sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama untuk didatangi oleh staf atau warden bagi tujuan ‘spot check’ dari
masa ke semasa.
18. Kunci hendaklah dijaga dengan baik dan dikembalikan pada penghujung semester dalam keadaan baik dan bertag.
19. Semua warga Kolej Kediaman Pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan lucah seperti gambar, buku, majalah, CD
dsb.
20. Pemakaian seluar pendek adalah tidak dibenarkan sama sekali pada bila-bila masa bagi pelajar lelaki dan
perempuan.
21. Pemakaian ‘jeans’ dan pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali bukan sahaja di Kolej Kediaman
Pelajar tetapi di seluruh kawasan kampus PIS.
22. Pertemuan antara dua jantina yang berlainan (berdua-duaan) adalah dilarang pada setiap masa.
BAHAGIAN C : PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR
23. Tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan bermotor di Kolej Kediaman Pelajar dan persekitarannya.
24. Dilarang meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar atau bermalam di luar Kolej Kediaman Pelajar tanpa
kebenaran.
25. Dilarang sepenuhnya meninggalkan Kolej Kediaman Pelajar ketika ‘grounded’.
26. Dilarang mengambil barang yang bukan hak dan merosakkan apa jua kemudahan yang diberikan.
27. Dilarang melanggar peraturan Kolej Kediaman Pelajar pada setiap masa dan tindakan akan diambil bagi pelajar yang
didapati bersalah, termasuk tindakan buang Kolej Kediaman Pelajar.
Jika peraturan di atas tidak sesuai dengan kehendak dan jiwa anda, anda tidak layak menghuni Kolej Kediaman Pelajar
PIS ini. Segala peraturan ini bertujuan untuk memastikan pelajar Politeknik yang menghuni Kolej Kediaman Pelajar bukan
sahaja berdisiplin, tetapi juga sentiasa kelihatan berdisiplin.
Notis ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik serta kekal sepanjang masa, dan hendaklah ditampalkan di
belakang pintu bilik anda. Kegagalan anda menjaga notis ini dan mengikutnya akan menyebabkan anda disingkirkan dari
kediaman Kolej Kediaman Pelajar PIS dengan serta merta. Pihak Pengurusan Arama tidak akan berkrompomi dalam hal
ini.
PENGETUA
KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN.
Semak dan tandakan (√) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh
anda sebelum hadir mendaftar di Politeknik Ibrahim Sultan pada tarikh yang telah ditetapan.
1. 3 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
2. 3 salinan Slip Pendaftaran Online (SPMP)
3. 3 salinan Resit Bank Islam – YURAN PENGAJIAN
4. 3 salinan Resit Bank Islam – YURAN KOLEJ KEDIAMAN (ASRAMA)
5. 3 salinan Slip Bank Islam – BAYARAN PENDAFTARAN
6. Borang-borang Pendaftaran (BHEP 1 hingga BHEP 6) yang telah LENGKAP diisi
dan semua dikepilkan (staple) sekali mengikut tertib/aturan.
7. Borang Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar PIS (sekiranya duduk Kolej Kediaman)
8. Borang Keahlian KOPERASI
9. Dokumen-dokumen ASAL(ORIGINAL) / Sijil-sijil Persekolahan (yang berkaitan – terutamanya
yang mewakili Negara dan Negeri)
10. Dokumen-dokumen Pinjaman PTPTN
11. Surat Tawaran yang telah disahkan.
SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN
MANUAL
PENDAFTARAN
ONLINE PELAJAR
BAHARU
MANUAL PENDAFTARAN PELAJAR BARU MENGGUNAKAN SISTEM PENGURUSAN
MAKLUMAT POLITEKNIK (SPMP)
i. Taipkan URL di bawah pada pelayar web:
http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp
ii. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan No KP Calon. Kemudian, klik pada butang
Teruskan.
iii. Panduan untuk langkah seterusnya dipaparkan.
1. Skrin di bawah dipaparkan apabila calon masih belum membuat apa-apa bayaran
yuran.
2. Skrin di bawah dipaparkan apabila calon telah membuat bayaran yuran.
3. Untuk membuat pendaftaran online, klik pada butang Teruskan Untuk Pendaftaran
pada Langkah 4.
4. Seterusnya, skrin maklumat pendaftaran online dipaparkan. Klik pada butang Cetak
Slip untuk mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian.
5. Sekiranya pelajar hendak mencetak semula slip pendaftaran online, klik pada Semak
Semula dan Cetak Slip.
iv. Proses pendaftaran online calon berjaya dan seterusnya calon dikehendaki mencetak slip pengesahan pendaftaran online untuk dibawa pada hari lapor diri di Politeknik Ibrahim Sultan.
Contoh Slip Pengesahan Pendaftaran Online
Recommended