View
226
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
KKTKW 18/4/2.01 Jld.2 ( 42 )
Ibu Pejabat
Jabatan Ukur Dan Pemetaan
Jalan Semarak
50578 Kuala Lumpur
12 Ogos, 1986.
PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.6 TAHUN 1986Peraturan Untuk Penggunaan Alat Ukurjarak Elektronik (EDM)
Bagi Kerja Ukur Kadastra
1. Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan keperluan teknikal dan prosedurpenggunaan alat ukurjarak elektronik (EDM) dalam kerja ukur kadastra.
2. Latarbelakang
Perkembangan teknologi yang pesat telah meningkatkan keupayaan alat EDM danmenghasilkan kejituan yang baik. Alat EDM ini didapati sesuai digunakan untuk kerjaukur kadastra. Dengan adanya tapak ujian EDM , maka dapatlah alat EDM diuji darimasa ke semasa dan seterusnya digunakan untuk kerja ukur kadastra.
3. Peraturan
Peraturan untuk penggunaan alat EDM bagi kerja ukur kadastra yang berikut digubalberasaskan kepada EDM berjenis " vissible and infra-red lightwve" . Alat EDM selaindari jenis tersebut diatas tidak termasuk dalam peraturan ini. EDM untuk tujuan kerjaukur kadastra perlu mempunyai dua atau tiga ‘reflectors’ yang terdiri daripada‘reflektor’ satu prizam buatan dan jenis yang sama.
4. Ujian Alat EDM
4.1 Untuk menentukan alat EDM sentiasa di dalam keadan baik., ianya mestilahdiuji mengikut peringkat ujian seperti berikut :-
( a) Calibration
( b) Differential Field Test
( c) Semakan Harian
4.2 Calibration
Alat EDM beserta dengan’reflectors’nya hendaklah diuji di tapak ujian EDMdalam tempoh tidak melebihi 3 bulan menurut Pekeliling KPUP Bil. 3/86.
4.3 Differential Field Test
Apabila memulakan kerja baru, pengukur hendaklah menjalankan‘Differential Field Test’ ke atas EDM yang digunakan. Ini adalah perlu untukmempastikan bahawa alat tersebut masih berada dalam keadaan baik. Ianyahendaklah diuji menurut cara yang dihuraikan di Lampiran A.
4.4 Semakan Harian
Pada tiap-tiap hari kerja yang sama dijalankan, pengukur hendaklah mengukursemula garisan terakhir pada hari sebelumnya. Pengukuran ini dianggapsebagai ujian alat sahaja. Jika perbezaannya melebihi had 10mm, pengukurhendaklah menjalankan ‘Differential Field Test’ . Sekiranya ujian ini jugamenunjukkan perbezaan lebih daripada 10mm, penggunaan alat tersebuthendaklah diberhentikan.
5. Ukur Jarak
5.1 Bacaan Jarak
Bacaan jarak yang pertama hendaklah dicatitkan di garisan pertama dalamruang jarak. Bacaan kedua hendaklah dibuat sebagai semakan sahaja dandicatitkan dalam kurungan di bawah bacaan pertama. Kedua-dua bacaan jarakyang diperolehi mestilah di dalam had 10mm. Sekiranya tidak, pengukurhendaklah merujuk kepada per 4.4 di atas.
5.2 Jarak Minimum
Jarak minimum yang praktikal diukur dengan EDM ialah 1 meter. Bagigarisan pendek yang kurang dari 1 meter , ukuran secara ‘deduction method’seperti di Lampiran B hendaklah dijalankan.
5.3 Jarak Maksimum
Jarak maksimum yang dibenarkan bagi ukuran dengan EDM ialah 500 meter.Namun demikian jarak maksimum 500 meter yang dibenarkan ini tidakberhubung kait dengan ruang jarak tanda-tanda sempadan yang hendakditanam seperti yang terkandung di dalam Peraturan –Peraturan Ukur Jabatanini.
5.4 Mengukur Jarak Antara Tanda-tanda Sempadan Dalam Garisan.
Untuk mengatasi masalah mengukur jarak-jarak antara tanda-tanda sempadan
dalam garisan tanpa mengalihkan alat EDM dari stesen asalnya , ukuransecara ‘deduction’ seperti Lampiran C dibenarkan.
6. Catitan Dalam Buku Kerjaluar
6.1 Buku kerjaluar yang biasa digunakan bagi ukuran kadastra hendaklah terusdigunakan bagi mencatit ukuran EDM.
6.2 Bagi alat EDM yang boleh memberi jarak mendatar secara langsung , bacaansudut pugak tidak diperlukan. Dalam buku kerjaluar diruangan sudut pugak ,memadai dicatit huruf ‘H’ yang akan mengertikan bahawa sudut pugak tidakdibaca. Jarak mendatar yang diperolehi secara langsung ini hendaklahdicatitkan ke dalam ruangan jarak diukur dan seterusnya ruangan jarakmuktamat.
6.3 Bagi alat EDM yang tidak memberi jarak mendatar secara langsung , bacaansudut pugak hendaklah dicatitkan seperti amalan biasa. Jika sekiranya sudutpugak tersebut didapati rata , catitan huruf ‘R’ adalah memadai.
6.4 Bacaan suhu dan tekanan udara tidak diperlukan bagi sebarang kelas ukuran.
6.5 Bagi jarak yang diukur secara ‘deducation’, catitan jarak yang diperolehi ituhendaklah dibuat digaris ketiga dalam ruangan jarak muktamat. Lihat contohbuku kerjaluar yang dikepilkan di Lampiran D sebagai panduan.
6.6 Pelarasan bearing hendaklah dibuat mengikut Peraturan – Peraturan UkurJabatan seperti terkandung di dalam Appendix VI.
7. Borang Ujian EDM
Borang ujian EDM hendaklah ditampal pada sebelah dalam kulit buku kerjaluar.‘Constant error C’ tidak perlu dikenakan pada sebarang ukur jarak.
8. Jenis-Jenis Kerja
8.1 Pegawai-pegawai ukur adalah digalakkan menggunakan EDM sepenuhnyadalam sesuatu kerja ukur kadastra. Walaupun demikian pengukuran bolehjuga dibuat menggunakan rantai dalam keadaan seperti berikut :-
( a ) Alat EDM rosak semasa bekerja
( b ) Menanam tanda-tanda sempadan dalam garisan
( c ) Tanam Pastian
( d ) Pengambilan Ofset
8.2 Walaupun EDM telah memperbaharui cara-cara mengukur rantai ukur masih
digunakan lagi. Kedua-duanya saling membantu diantara satu sama lain dalamamalan pengukuran biasa, dan tiap-tiap alat berkeupayaan memberi keputusanjitu dalam keadaan yang tertentu. Perhubungan diantara kedua-dua caramengukur hendaklah sentiasa berada dalam perspektif. Bagi jarak pendekdalam keadaan biasa, cara mengukur dengan menggunakan rantai masihdidapati lebih cepat.
8.3 Penggunaan alat EDM untuk ukur kadastra hendaklah dilaksanakan secaraberperingkat-peringkat tertakluk kepada stok EDM yang ada.
Sekian." BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(ABDUL MAJID BIN MOHAMED , JSM)
Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia.
Edaran Kepada:Semua Pengarah Ukur NegeriPengarah Ukur Topografi
Salinan kepada :
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Pengarah Ukur Pemetaan
Pengarah Ukur Kadaster
Timbalan Pengarah Ukur Pemetaan
Timbalan Pengarah Ukur Kadaster
Setiausaha,
Lembaga Juruukur Tanah,Semenanjung Malaysia
Recommended