View
289
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAH
Prof Madya Dr Azman Mohd Noor, Interntational Institute of Islamic Banking and Finance,
Universiti Islam Antarabngsa Malaysia.
Drazman.net
Pendahuluan
Pada dasarnya, orang yang berkorban digalakkan untuk menyembelih sendiri binatang
korbannya jika berkemampuan kerana ianya adalah satu ibadah sperti ibadah-ibadah yang
lain yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah
menyembelih beberapa ekor binatang korban dengan tangannya sendiri. Namun, tidak
menjadi kesalahan jika orang yang berkorban mewakilkan kepada orang lain untuk
menjalankan ibadah korban bagi pihaknya. Para Fuqaha berpendapat bahawa sah dan harus
berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya
sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.
Sekarang, ibadah korban dijalankan oleh beberapa syarikat atau organisasi yang
bertanggungjawab menguruskan ibadah korban dan aqiqah. Pada kebiasaannya organisasi ini
akan menjadi wakil kepada orang yang hendak menunaikan ibadah korban. Mereka
bertanggungjawab untuk membeli, menyembelih dan mengedarkan daging-daging korban
tersebut. Manakala orang yang berkorban hanya perlu menyediakan wang untuk membeli
bahagiannya sahaja tanpa perlu menguruskan segala urusan penyembelihan. Perlaksanaan
yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah.
Konsep Wakalah:
Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan
pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan kuasa bertindak
untuk melakukan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain dalam hal-hal yang
boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur‟an, sunnah dan ijma„
ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:
I. Muwakkil (orang yang berwakil)
II. Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
III. Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)
IV. Shighah (ijab dan qabul)
Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban:
1. Hendaklah seorang Muslim dan bukannya ahli kitab kerana sembelihan ahli kitab
adalah makruh. Tambahan pula tujuan sembelihan adalah untuk mendekatkan diri
kepada Allah. Adapun Majusi dan orang kafir, adalah diharamkan sembelihannya.1
2. Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.
3. Memenuhi syarat-syarat mukallaf.
Wakalah dalam Ibadat
Tidak semua amalan ibadat boleh diwakilkan. Sembahyang dan puasa sebagai contoh tak
boleh diwakilkan. Ibadat umrah, haji dan sesetengah kerja haji boleh diwakilkan bagi mereka
yang keuzuran. Wakalah juga dibenarkan untuk membayar zakat, menunaikan nazar dan
melakukan ibadat korban.
Adakah Aqad Wakalah Satu Aqad Yang Lazim (Mengikat)?
Di dalam fiqh muamalat, ada aqad yang mengikat dan ada yang tidak mengikat (ghair lazim).
Kebiasaannya aqad yang mengikat (lazim) adalah aqad yang melibatkan pertukaran
1. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 603
(mu„awadhah). Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad
yang tidak mengikat pula adalah pinjaman (barang atau duit), wakalah dan wadih. Secara
umumnya signifikan pembahagian aqad ini boleh dilihat pada kesan aqad yang berbeza. Pada
aqad lazim, tidak boleh dibatalkan aqad kecuali dengan persetujuan pihak berkontrak yang
lain. Contohnya dalam kes jual beli atau sewaan, apabila salah seorang daripada pihak
berkontrak ingin batalkan kontrak, maka dia perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak
yang berkontrak dengannya. Adapun pada aqad tidak mengikat (ghair lazim), maka ia boleh
dibatalkan tanpa persetujuan kedua dua belah pihak. Contohya jika A pinjam buku dari B,
pada bila bila masa sahaja B boleh ambil balik bukunya. Contoh lain Sekiranya A
mewakilkan B melaksanakan ibadah korban, tanpa sebarang upah, A atau B boleh sahaja
membatalkan aqad wakalah tersebut tanpa persetujuan kedua dua belah pihak. Tetapi,
sekiranya ada upah, ia hanya boleh dibatalkan sekiranya ada perstujuan daripada kedua dua
belah pihak.
Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr)
Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah, iaitu upah
kepada sesuatu pekerjaan. Ini dianggap sebagai aqad mu„awadah seperti jual beli. Di antara
kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non binding/ghair lazim)
kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah
dengan persetujuan kedua dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah juga mestilah
diketahui kerana gharar (ketidaktentuan) di di dalam aqad mu„awadah membatalkan kontrak.
Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa
upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah
korban.
Bentuk Wakalah di dalam Ibadah Korban:
1. Wakalah Berbentuk Penyerahan Binatang Korban:
Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas
dalam jenis korbannya samaada sunat atau wajib dan urusan yang diserahkannya
samada menyembelih saja atau juga membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga.
Oleh kerana itu harus ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan
wakil tersebut dan kedua-dua pihak harus memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu
Muwakkil (orang yang berwakil), wakil (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi
(sesuatu yang diwakilkan) dan Shighah (ijab dan qabul). 2
انكم كمل األخش ي انشد عذو دذبأ ي انهفظ فب كف صغخ ف يكم كم يكم اسثعخ أسكبب
( 292: ص 1 ءجض انجبجس) يشاسهخ ا ثكبتجخ ن نكإ فضت ا ثكزا كهتك
2. Wakalah Berbentuk Penyerahan Wang:
Dengan cara ini urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara
ini orang yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang
yang sama nilai dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil
tersebut akan menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Dalam hal ini
menurut pandangan ulama hukumnya adalah harus.
Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan dalam
kitab I‟anah al-Talibin:3
: ص يب انختصش عه دجش اث ششح يذش انكشد سهب ث يذذ انشخ انعاليخ فتب ف: نصاةا
األضذخ أ نهعممخ يكخ ف انعى نى شتش ي تكم عه جب ثهذ أم عبدح جشد: تعبن هللا سد( سئم)
2. Hasyiat al-Bajuri, jilid 1, ms. 296.
3. Al-Bakri al-Dimyati, I‟anat al-Tolibin, (1992), jil. 2, ms. 381
عى،( انجاة. )أفتب ال؟ أ رنك صخ فم جب ثهذ ف ع ضذ أ عك ي أ انذبل يكخ، ف زثذ
كب انعبق انضذ ثهذ غش ثجهذ ن رثذب، ف انعممخ األضذخ ششاء ف انتكم جص رنك، صخ
ف انصخ أ انتكم ثجاص صشدا األضذخ، رثخ ف رثذت تذم ي تكم ثجاص أئتب صشح فمذ أطهم
ثبألضذخ، االدكبو ف انعممخ أنذما. جت ال. أضذت انضذ دضس ستذت أ رثذب، انعى ششاء
.رنك ف األضذخ دكى دك فك استث، يب زا نس استث، يب إال
Dalam kitab Fatawa Syeikh Sulaiman al-Kurdi Muhasyyi Syarah Ibni Hajar „ala al-
Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya:
“Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawa mewakilkan kepada seseorang agar
membelikan haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban
dan agar menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat
tersebut berada di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan
fatwa. Jawabannya “Ya, demikian itu sah. Dibenarkan perwakilan dalam pembelian
binatang korban dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan
di negara orang yang berqorban atau beraqiqah itu..”
Hukum Upah Bagi Wakil Yang Melaksanakan Ibadat Korban:
A: Upah Diambil Daripada Binatang Korban
1. Ulama‟ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil
bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang
keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali:
“Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari
Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya
tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih).
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan
anggota badan atau daging daripada binatang korban itu sebagai upahnya.
2. Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selian dari
daging korban. Sayyidina Ali r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda
kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta
itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada
tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberikannya dari harta kami sendiri
(secara berasingan)”. (Riwayat Muslim di dalam Sahihnya)
Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging korban adalah kerana daging daripada
penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan. Dengan itu ia
tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan). Ini kerana
upah bagi sesuatu pekerjaan adalah aqad mu‟awadhah yang melibatkan pertukaran dan timbal
balas dua gantian (bilateral compensation). Kedua dua pihak yang memeterai akad akan
mendapat manfaat dengan persetujuan dan suka sama suka. Membuat bayaran atau
penyerahan barang yang dibeli dalam aqad mua„wadah adalah satu obligasi. Dengan kata lain
penyerahan itu sekiranya tertangguh, dianggap sebagai hutang.
Ia berbeza dengan aqad tabarru yang bersifat unilateral dan tidak perlu kepada balasan.
Larangan ini juga ada kaitan dengan salah satu gambaran larangan gabungan dua kontrak di
dalam satu kerana tujuan dan spesifikasi yang berbeza. Contoh yang hampir sama ialah jika
membayar upah kepada tukang gunting RM10 pada masa yang sama dia niat bayar zakat atau
sedekah. Dalam contoh ini, zakat atau sedekah tidak sah.
Begitulah juga dalam konteks sembelihan korban yang merupakan satu aqad taqarrub dan
tabarru„, tidak boleh disalahgunakan daging korban yang pada asasya bertujuan melakukan
kebajikan untuk membayar upah pekerja. Upah tersebut mestilah diberikan berasingan.
Larangan ini di sokong juga oleh hadith Abu Hurairah seperti berikut:
( رواه الحاكم ف المستدرك وحسنه األلبان ف صحح الترغب، حدث رقم ته فال أضحة لهمن باع جلد أضح)
.1088
Maksud: “Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tidak ada korban baginya”.
Hadith ini dengan jelas menunjukkan tujuan sebenar korban adalah untuk taqarrub dan
bersedekah, maka ia tidak boleh digunakan bagi tujuan “mu„awadah” pertukaran yang
mendatangkan keuntungan kepada pelaku korban. Ia bercanggah dengan tujuan korban.
Kulit tersebut boleh disedekahkan atau dipakai untuk kegunaan sendiri dan tidak sepatutnya
dibazirkan.
Alasan („illah) lain kepada larangan tersebut adalah kerana unsur gharar pada daging korban
dan kualitinya. Contohnya sekiranya dikatakan kepada tukang sembelih dan pelapah, “upah
bagi kamu adalah paha lembu”, belum pasti lagi upah itu setimpal dan sudah pasti terdedah
kepada gharar.
Penulis berpandangan alasan larangan gabungan dua kontrak dalam satu atau salah guna aqad
tabarru„ dan taqarrub adalah lebih kuat.
B. Upah Diberi Secara Berasingan
Ini adalah harus berdasarkan kepada athar Sayyidina Ali di atas: “Kami memberikannya dari
harta kami sendiri (secara berasingan).”
C. Mengambil Upah ke atas wakalah Korban
Oleh kerana kerja pelaksanaan korban boleh diwakilkan kepada orang lain untuk
melaksanakannya, wakalah tersebut boleh berlaku samada dengan upah atau tanpa upah.
Sekiranya ada upah, upah tersebut mestilah diketahui dan dipersetujui oleh wakil dan
muwakkil.
Jawapan bekas Mufti Jordan Dr Noh Ali Salman
جوز للتكة أن تكون وكلة عن المضحن ف شراء وذبح األضاح مقابل مبلغ . الم على سدنا رسول هللالحمد هلل، والصالة والسا
محدد من المال، كما جوز للمضح أن قول لمدر التكة: "هذا مبلغ اشتر به أضحة واذبحها ووزعها عن". وما زاد عن الثمن
الغ الت قبضت )أجر شراء وذبح األضحة(، والت زادت عن ثمن األضحة نفقها فهو للتكة، وعندئذ نفق مدر التكة من هذه المب
ف إدارة مشارع التكة وتغطة المصارف وزادة عدد األضاح، ونوي عند ذبح ما زاد من األضاح أنها عن فقراء معنن أو
م كبشن، أحدهما عن نفسه وأهل بته، وذبح اآلخر عن مجموعة من شارك ف هذه األضاح، فقد ذبح رسول هللا صلى هللا عله وسل
عن نفسه وعن أمته. وهللا أعلم4 2010/05/10 :انتبسخ 725 :سلى انفت
Cara Cara Pelaksanaan Program Ibadah Korban Semasa Secara Wakalah
1. Program Ibadah Korban Secara Komersial Yang Dianjurkan oleh Organisasi
Yang Terlibat Secara Langsung.
Disebut dengan jelas harga penyelenggaraan (pakej) satu bahagian lembu atau seekor
kambing untuk ibadah korban contohnya RM500 tanpa dinyatakan upah dan kos
pengurusan dan keuntungan (walaupun ia sudah diambil kira dalam menentukan
harga). Ini harus bagi penganjur korban yang melakukan sendiri kerja kerja
penyembelihan, melapah dan mengagihkan daging korban, yang pada kebiasaanya
mempunyai petugas petugas sendiri, bukannya mewakilkan kerja tersebut kepada
pihak ke tiga dengan harga yang lebih murah untuk mengambil untung di atas angin.
Sesetengah sharikat yang menganjur kerja korban sebegini kebiasaannya memiliki
ladang sendiri, rumah sembelih sendiri, pekerja sendiri dan senarai harga berdasarkan
saiz dan jenis ternakan yang jelas dan boleh dipilih oleh peserta.
4 http://www.aliftaa.jo/index.php/fatwa/show/id/725. 27/9/13
Di Mekah sebagai contoh, Syarikat Al-Rajhi ada menawarkan khidmat sembelihan
korban dan Dam haji di mana pelanggan hanya membeli kupon korban. Segala kerja
penyelenggaraan dan agihan dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Boleh dianggap
jualan kupon tersebut sudah merangkumi wakalah iaitu peserta mewakilkan syarikat
untuk melakukan ibadah korban bagi pihaknya yang merangkumi kerja kerja
pemilihan binatang untuk disembelih, sembelihan, pembersihan dan agihan danging.
Sebaik-baiknya dinyatakan di dalam kupon atau sijil korban tersebut wakalah
daripada pelanggan kepada pengurus untuk melakukan kerja korban.
Sesetengah bank Islam di Timur Tengah seperti Saudi dan Mesir menawarkan produk
“sak al-adhahi” iaitu pakej ibadat korban yang merangkumi wakalah untuk
sembelihan pengurusan dan agihan daging korban. Ini dibenarkan oleh kebanyakan
ulama semasa.
Untuk pembelian kupon atu “pakej korban” yang boleh dipercayai dan terjamin
dilakukan sebaik-baiknya oleh penganjur, maka tidak ada isu Syariah dibangkitkan
sekiranya ada lebihan daripada kos, bahkan ia boleh dianggap sebagai keuntungan
kepada pihak penganjur. Penganjur mestilah memastikan tanggungjawab dan amanah
dilakukan dengan betul, saiz atau berat lembu atau kambing yang ditawarkan untuk
ditempah juga mestilah sebagaimana yang dimaklumkan kepada peserta. Ini adalah
penting untuk mengelakkan gharar kerana kebiasaannya lembu atau kambing yang
ditempah bukannya boleh dilihat oleh peserta di depan matanya, munkin juga ia
belum ditempah atau dibeli. Sebarang penipuan samada dengan membeli binatang
ternakan yang jauh lebih murah atau tidak melaksanakan langsung ibadah korban
adalah satu dosa besar kerana ia adalah penghianatan ke atas amanah, tambahan pula
amanah yang melibatkan ibadah yang besar seperti ibadah korban.
2. Penganjuran Program Ibadah Korban Bukan Secara Komersial yang Dilakukan
oleh Surau, Masjid atau Organisasi.
Disebut bahawa RM500 adalah harga sebahagian lembu atau seekor kambing korban.
Perlu disebut kos adalah termasuk kos pengurusan, dan sekiranya ada lebihan duit,
maka ia disedekah kepada badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim, surau
atau untuk aktiviti agama dan kebajikan. Sudah tentu kos ini merangkumi upah
kepada petugas. Upah kepada petugas adalah aqad yang berasingan di antara
penganjur contohnya AJK surau dengan petugas di mana upah dan skop kerja
mestilah diketahui dan dipersetujui. Ia akan diambil dariapada kos pengurusan
tersebut.
Sekiranya tidak dinyatakan status duit lebihan kos korban, penganjur perlu
memulangkannya kepada peserta.
3. Individu atau Organisasi yang mengambil upah daripada kutipan penyertaan.
Kemunkinan mereka adalah wakil kepada penganjur, atau menjadi penganjur dan
memungut sendiri penyertaan program korban kemudian mewakilkan pihak lain
untuk melakukan ibadah korban dengan harga yang lebih rendah. Dalam keadaan
bertindak sebagai wakil kepada penganjur, dengan upah atau komisyen yang sudah
dipersetujui dengan penganjur, munkin boleh dipertimbangkan dan dianggap harus
walaupun tidak diketahui oleh peserta, sekiraya upah wakalah kepada penganjur atau
harga untuk sebahagian sudah diketahui dengan jelas. Sebaik baiknya komisyen itu
juga diketahui oleh peserta.
Adapun yang mengambil inisiatif sendiri menganjur ibadah korban, dan mengambil
upah secara komersial, perlu dinyatakan jumlah upah dan spesifikasi tugasan.
Contohnya Harga kambing RM600, upah RM50. Upah RM 50 munkin hanya untuk
pengesahan penyertaan, tidak termasuk pengurusan penyembelihan dan agihan. Perlu
dinyatakan sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pihak lain. Ini
termasuk di dalam hukum wakalah ke atas wakalah, di mana wakil lapis pertama
perlu mendapatkan kebenaran daripada muwakkil (mereka yang ingin melakukan
Qurban) untuk mewakilkan kepada pihak ke tiga. Dalam kes ini wakil pertama hanya
berkongsi upah yang diterima untuk melakukan ibadah korban (RM50), tanpa
menjejaskan harga bintang korban sepenuhnya atau sebahagiannya.
Samada dilakukan sendiri oleh wakil, atau wakil lapis kedua, perlu dinyatakan juga
apa yang dilakukan kepada lebihan baki penyelenggaraan ibadah korban. Ia boleh
dianggap hibah kepada wakil atau disalurkan kepada aktiviti kebajikan. Sekiranya
tidak dinyatakan, maka perlu dikembalikan kepada peserta.
Perlu diingatkan bahawa wakil tidak dibolehkan menjual kutipan bayaran korban
“pakej korban” kepada pihak lain contohnya kutipan yang dibuat RM600 sebahagian,
kemudian dijual kepada peganjur kedua atau pihak lain dengan harga RM500. Ini
kerana peserta tidak pernah bersetuju dengan harga sebahagian korban yang lebih
murah dan tidak memberikan kebenaran untuk penganjur berbuat demikian. Peserta
menyangka pelaksanaan ibadah korban dilakukan sendiri oleh penganjur atau
wakilnya. Penganjur boleh mendapatkan keuntungan di atas angin.
Larangan perbuatan sedemikian juga berdasarkan hujjah bahawa oleh kerana
pendapatan yang diperolehi bukan lagi upah, maka di atas dasar apakah penganjur
layak megambil untung? Adakah ia keuntungan kerana menjual barang yang tidak
dimiliki? Ia dilarang oleh Rasulullah SAW.
التزمذي أخزجه نهى النب صلى هللا عله وسلم عن ربح ما لم ضمن: وقال عبد هللا بن عمز
Maksud: “Rasulullah SAW melarang keuntungan daripada sesuatu yang tidak
ditanggung (dimiliki).”
Keuntungan daripada barang yang dijual mestilah diperolehi hasil daripada
penaggungan risiko (doman) termasuk kemampuan penyerahan dan pelaksanaan tugas
penyelenggaraan ibadah korban iaitu barang yang djual beli secara tempahan dan
perkhimatan yang dijual. Di dalam kes di atas terdapat kejanggalan dan kegagalan
untuk menyerahkan barang yang dijual (binatang korban) dan pelaksanaan sendiri
oleh penjual. Keuntungan di atas angin sedemikian adalah tidak wajar. Jual-beli
sedemikian tanpa kebenaran peserta korban adalah tidak sah kerana tidak berlaku
pertukaran dua perkara pertukaran („iwadain /considerations) iaitu bayaran harga
pakej korban dan pelaksanaannya dengan sempurna oleh penganjur.
Adapun tawar-menawar pihak penganjur dengan penternak binatang korban adalah
harus, dengan syarat penganjur melakukan kerja-kerja korban dan agihan daging
dilakukan sehingga selesai.
4. Hibah bersyarat ke atas lebihan kos korban. Hibah bersyarat tidak sepatutnya
dianggap sebagai upah. Ini kerana upah mestilah diketahui dan di persetujui. Hibah
bersyarat bagi lebihan kos penyelenggaraan ibadah korban boleh dibahagikan kepada
tiga keadaan:
(a) Hibah bersyarat disebut di samping upah yang ditentukan pada permulaan
(upfront), sekiranya ada baki, diberikan juga kepada wakil. Dalam hal ini ia boleh
diambil oleh wakil. Sama seperti no 3 di atas.
(b) Hibah bersyarat tidak bersama upah, (wakalah tanpa upah), tetapi lebihan
diberikan kepada penganjur. Sekiranya ada lebihan, maka ia boleh diambil oleh
wakil.
(c) Tidak dinyatakan upah dan tidak dinyatakan juga apa yang akan dibuat dengan
lebihan. Ini dikira wakalah tanpa upah. Dalam keadaan ini, haram bagi wakil
mengambil lebihan kos.
Dalam keadaan (b) seperti di atas, iaitu hibah bersyarat tanpa disebut atau diberikan
upah lain, ia boleh dilakukan dengan menganggarkan/menentukan nilai seekor
kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada wakil/penganjur.
Contoh: “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban yang
dianggarkan lebih kurang RM460-RM480 atau ditetapkan seperti carilah kambing
dengan harga RM475, yang selebihnya/baki adalah diberikan kepada
kamu/penganjur.”
Konsep ini disebut oleh fuqaha sebagai:
بع العين بكذا، فما زاد فهو لكإذا قال الموكل للوكيل:
“Apabila berkata pewakil kepada wakil: “Jual barang ini dengan harga sekian-sekian,
apa yang lebih adalah untukmu”
Di antara ulama yang yang mengharuskan konsep ini (upah bersyarat) ialah Ibn
Abbas, Al-Zuhri, Qotadah, Ayub al-Sakhtiyani, Ibn Sirin, Al-Sya‟bi, Hassan al-Basri,
Ishaq Ibn Rahawaih, Ahmad bin Hanbal, dan juga ulama mazhab Hanbali.5 Ulama
yang bersandarkan kepada pandangan ini juga mengharuskan membeli dengan harga
sekian-sekian, sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah, maka perbezaan harga
itu deberikan kepada wakil.
Perbincangan ulama berkenaan masalah upah berdasarkan lebihan harga jualan atau
pengurangan harga pembelian ini adalah pada asalnya dalam transaksi jual-beli biasa
dan tawaran insentif kepada ejen yang boleh menjual barang atau membeli barang
yang dikehendaki (simsarah). Walau bagaimanapun penggunannya boleh
dipertimbangkan di dalam jual beli haiwan yang akan dikorbankan melalui wakalah.
Contoh pelaksanaanya di dalam ibadah korban: “Belikan saya sebahagian lembu
korban atau seekor kambing dengan saiznya sekian-sekian atau beratnya dalam kilo
sekian sekian dengan harga RM600, sekiranya kamu boleh dapatkan harga yang lebih
rendah, perbezaan harga saya berikan kepada kamu.”
Ini adalah pendapat yang dipegang oleh bekas Mufti Jordan seperti yang disebut di
atas. Walaupun begitu, perlu diingatkan supaya tidak berlaku ghubn fahish iaitu
kerugian disebabkan penipuan bagi muwakkil iaitu pelaku ibadah korban di mana,
kadang kadang lembu yang disembelih adalah yang kurus atau tidak cukup sharat sah
sembelih, kerana dibeli dengan harga yang begitu rendah disebabkan pengambilan
upah yang tinggi.
5 Musannaf Abd Al-Razzaq, (11011) , Ibn Qudamah, al-Kafi, jilid 2, ms. 252.
Kaedah ini boleh dipakai sekiranya sesuatu yang dibeli (mahal al-aqad/subject
matter) diketahui kualiti, spesifikasi dan harga di pasaran, terkawal dalam bagi
transaksi biasa. Lebihan kos yang maksima melalui perbezaan harga yang besar pula
tidak sepatutnya dijadikan tujuan utama bagi mengaut keuntung yang tinggi kerana ia
melibatkan pelaksanaan ibadah korban.
Walau bagaimanapun penulis tidak berapa menggalakkan kaedah ini dalam
pelaksanaan ibadah korban kerana sebab-sebab berikut:
1. Jumhur ulama tidak membenarkan kaedah ini kerana ada unsur gharar (ketidak
pastian) pada upah. Penetapan dan persetujuan ke atas jumlah upah adalah penting
dan merupakan syarat utama aqad mu„awadah untuk kebaikan dan keadilan
kedua-dua pihak yang berkontrak, muwakkil dan wakil dalam wakalah bi al ujrah
(wakalah berserta upah).
2. Ia boleh terdedah kepada penipuan (moral hazard). Munkin penganjur akan
mencari lembu yang jauh lebih murah atau tidak memenuhi syarat sah korban
untuk memaksimakan keuntungan.
Walaubagaimanapun sekiranya masalah penipuan dapat dielakkan seperti ia dilakukan oleh
organisasi dan penganjur yang bersih, telus, cekap dan amanah, siap dengan pematauan yang
berterusan beserta laporan pelaksanaan yang tepat, maka konsep ini boleh dipertimbangkan.
Kesilapan Yang Kerap Berlaku Dalam Wakalah Korban adalah seperti berikut:
1. Tidak ada aqad langsung. Bayaran bagi 1/7 seekor lembu dilakukan tanpa aqad yang
jelas.
2. Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan
(wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara
mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusus berlaku apabila mereka yang
melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti
untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi
wakil yang akan melakukan ibadat korban di tempat lain atau tanpa kehadiran peserta,
ia boleh dianggap sebagai wakalah secara mutlak.
3. Tidak disebut berapa upah wakalah. Ini menyebabkan gharar dalam wakalah bi al-ajr.
Sekiranya wakil mengambil upah daripada kos korban tanpa pengetahuan muwakkil
dan keizinannya, maka pendapatan itu adalah haram.
4. Tidak dinyatakan apa akan dibuat dengan lebihan kos korban. Sekiranya tidak
dinyatakan, maka wakil perlu pulangkan balik duit lebihan tersebut kepada muwakkil.
5. Tidak dinyatakan wakalah ke atas wakalah di dalam aqad. Sesetengah
pengendali/pengajur yang melakukan ibadat korban luar Negara tidak menyatakan
dengan jelas yang mereka akan mewakilkan pihak ke tiga dalam melaksanakan ibadah
korban. Tanpa persetujuan Muwakkil, ia boleh menjejaskan kesahihan aqad.
Hukum Memindahkan Daging Korban/ Melakukan Ibadah Korban ke Tempat Atau
Negeri/Negara lain:
1. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan
korban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya
yang berada di negeri lain atau kepada penduduk negeri lain yang lebih berhajat
kepada daging itu berbanding penduduk di negeri sendiri.6
2. Mazhab Maliki pula berpandangan bahawa tidak diharuskan memindahkannya ke
kawasan atau negeri yang jaraknya tidak jauh dari tempat korban tersebut
dilaksanakan, kecuali penduduk kawasan tersebut lebih berhajat daripada penduduk di
kawasan atau negeri sendiri.
3. Mazhab Hanbali dan Syafi‟e juga berpandangan seperti Mazhab Maliki.7 Hukumnya
adalah harus menurut mazhab Shafi‟e berasarkan kaedah qiyas dengan pengeluaran zakat di
luar Negara di mana sepatutnya didahulukan tempat sendiri.8
4. Di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah
memutuskan bahawa harus menggagihkan daging Korban ke tempat atau negara lain.9
Berkenaan melakukan ibadat Korban di luar negeri/Negara, guru kami Sheikh
Muhammad bin Muhammad bin Mukhtar al-Shanqiti berpendapat bahawa ibadah Korban
di luar Negara adalah sah dan pelakunya akan mendapat pahala melakukan ibadat
Korban. Tetapi yang afdhalnya dilakukan di kawasan tempat tinggalnya. Lebih afdhal
lagi sekiranya dilakukan ibadat Korban di kawasan kediamannya dan juga di luar Negara
yang berdepan dengan kesukaran.10
Dr. Nazim al-Misbah juga menyokong pandangan ini.
Beliau menolak pandangan yang mendakwa ibadat Korban di luar Negara adalah sama
dengan sedekah biasa11
. Menurutnya lagi pendapat ini tidak ada dalil yang kuat. Bahkan
ia bercanggah dengan fakta yang meyatakan bahawa Rasulullah SAW mewakilkan
Sayyidina Ali untuk melakukan penyembelihan Korban baginda ketika Haji Wada‟.
6. Fiqh al-Islām Wa Adilattuh 3/ 630
7. Ibid., 630
8 Kifāyat al-Akhyār 534.
9. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wakalah-dan-beberapa-perkara-berbangkit-dalam-
ibadat-Korban 10
http://ar.islamway.com/fatwa/5759. Accessed 11/10/2012. 11
http://www.alaan.cc/pagedetails.asp?nid=121971&cid=30. 11/10/2012.
Kesimpulan, yang afdhal dan hukum asal bagi ibadah Korban ialah dilaksanakan di
negeri sendiri. Sekiranya dibuat di luar Negara, tidak menjadi kesalahan. Bagi mereka
yang mampu, boleh buat kedua-duanya sekali.
KESIMPULAN
Ibadah korban merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah SWT dan ganjaran amatlah besar.
Di dalamnya terkandung seribu satu hikmah. Oleh kerana ianya adalah sunat muakkad, umat
Islam amat digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban, tambahan pula pada masa kini
terdapat banyak kemudahan yang dapat membantu memudahkan lagi ibadah ini dijalankan.
Namun, dalam kesibukan kita mengejar ibadah ini jangan sampai terlepas pandang akan
syarat-syarat dan sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Supaya ibadat korban
dilaksanakan dengan sempurna, kefahaman tentang hukum hakam yang berkaitan dengan
ibadah korban sangatlah penting. Perhatian juga perlu diberikan dalam memenuhi tuntutan-
tuntutan lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih sebagaimana yang
dijelaskan di atas supaya amalan berkorban itu benar-benar menepati kehendak Syara‟. Aqad
wakalah, harga, upah dan lebihan kos mestilah disebut dengan jelas dan dipersetujui oleh
wakil dan muwakkil.
Dicadangkan bagi mereka yang menganjurkan ibadat korban secara komersial, agar mengabil
upah secara berpatutan menurut uruf, sebagaimana Al-Quran membenarkan penjaga anak
yatim mangambil upah di atas kerjanya sekiranya tidak ada kemampuan dengan syarat ianya
berpatutan menurut uruf semasa dan tempat pengurusan korban “bi al-makruf”.
Aktiviti penganjuran ibadat korban secara komersial perlu kepada pematauan pihak berkuasa
untuk memastikan pelaksanaan dilakukan dengan sempurna termasuklah aqad wakalah,
penentuan harga dan upah dan pengagihan supaya patuh kepada Shariah dan tidak berlaku
penyelewangan dan penipuan. Pengajur juga mestilah berwaspada dan melaksanakannya
dengan cara yang penuh perihatin dan tekun kerana ia adalah amanah daripada orang ramai
dan dipersoalkan pada hari Qiyamat.
Wallahu a„lam.
Senarai Rujukan
1. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, (Dimasyq: Dar al-Fikr, Edisi
ke-6. 2008).
2. Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, (Al-Qahirah: Dar al-Hadis,
2004)
3. Kifayat al-Akhyar.
4. Imam Taqiyuddin al-Husaini, Kifayat al- Akhyar.
5. Imam al-Nawawi, al-Majmu„ Sharh al-Muhazzab, Jeddah:Maktabah al-Irshad.
6. Al-Bakri al-Dimyati, I‟anat al-Tolibin, (1992), jil. 2.
7. Musannaf Abd Al-Razzaq, (11011) , Ibn Qudamah, al-Kafi, jilid 2.
8. Dorar.net.
Recommended