View
19
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
____________________________________________________________________________ 1
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
PELAN TINDAKAN KEBAKARAN
2019/2021
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN
____________________________________________________________________________ 2
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
KANDUNGAN m/s
BAHAGIAN I : PENGENALAN, OBJEKTIF DAN SKOP PELAN TINDAKAN
A. PENGENALAN 3 B. OBJEKTIF 3 C. SKOP PELAN TINDAKAN 4 BAHAGIAN II: PERSEDIAAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
A. CARTA ORGANISASI 5 B. TANGGUNGJAWAB 7 C. KEMUDAHAN FASILITI DAN SISTEM AMARAN KEBAKARAN 15 BAHAGIAN III: PANDUAN DAN PROSEDUR BERTINDAK
A. PANDUAN BERTINDAK DAN MEKANISMA PANGGILAN KECEMASAN
19
B. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN 20 C. PROSEDUR DAN PANDUAN EVAKUASI 21 D. CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI
KEBAKARAN HRPZ II i) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN KAKITANGAN ii) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN PEGAWAI PENYELARAS WAD iII) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
24
24
25
26 BAHAGIAN IV: PEMINDAHAN PESAKIT DAN PENEMPATAN SEMULA
A. KATEGORI PESAKIT 27 B. TEKNIK PEMINDAHAN PESAKIT (CONTOH-CONTOH) 28 C. PENEMPATAN SEMULA PESAKIT SELEPAS EVAKUASI 31 LAMPIRAN 1: TEMPAT BERKUMPUL MENGIKUT ZON DAN JABATAN/UNIT
32
LAMPIRAN 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN HRPZ II – LOKASI BERKUMPUL
33
LAMPIRAN 3: SENARAI NAMA AJK KEBAKARAN 34
____________________________________________________________________________ 3
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
PELAN TINDAKAN MENCEGAH KEBAKARAN DAN
PANDUAN CARA BERTINDAK SEMASA KEBAKARAN
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU
BAGI TAHUN 2019/2021
BAHAGIAN l:
PENGENALAN, OBJEKTIF DAN SKOP PELAN TINDAKAN
A. PENGENALAN
1. Kebakaran premis kediaman, kemudahan awam seperti hospital atau
seumpamanya adalah satu kemalangan tragis yang boleh dihindari atau
dicegah sekiranya langkah-langkah keselamatan dan pencegahan diberi
keutamaan dan diamalkan. Apabila berlaku kejadian kebakaran, kepantasan
bertindak dengan cekap dapat mengurangkan kemusnahan hartabenda dan
kehilangan nyawa. Kecekapan bertindak adalah bergantung sepenuhnya
kepada kemahiran dan pengetahuan anggota.
2. Bagi memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam menghadapi situasi kebakaran, persiapan rapi adalah perlu dibuat.
Persiapan yang perlu termasuklah mempunyai Pelan Tindakan menghadapi
kejadian yang merangkumi persiapan anggota dan kemudahan fasiliti.
B. OBJEKTIF
Memastikan organisasi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dalam
1. Keadaan sentiasa selamat dari segi bahaya kebakaran
2. Semua anggota mempunyai kemahiran menggunakan peralatan melawan
kebakaran serta
3. Berkeupayaan bertindak untuk memberi bantuan menyelamat apabila berlaku
kebakaran disamping mengamalkan carakerja yang selamat
____________________________________________________________________________ 4
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
C. SKOP PELAN TINDAKAN
Panduan ini merangkumi:
1. Organisasi Jawatankuasa Pencegahan Dan Menyelamat Kebakaran
2. Persediaan dan langkah-langkah pencegahan dan menyelamat kebakaran
termasuklah:
i. Tanggungjawab anggota.
ii. Kemudahan peralatan melawan kebakaran dan sistem mengesan
kebakaran.
iii. Pemeriksaan dan audit keselamatan berkaitan bahaya kebakaran.
iv. Latihan meningkatkan kemahiran anggota menggunakan peralatan
melawan kebakaran.
3. Prosidur bertindak:
i. Mekanisma panggilan bantuan kecemasan
ii. Evakuasi apabila berlaku kebakaran.
4. Teknik-teknik pemindahan pesakit.
5. Penempatan Semula Pesakit Selepas Evakuasi
____________________________________________________________________________ 5
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
BAHAGIAN ll:
PERSEDIAAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
A. CARTA ORGANISASI
Satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Mencegah dan Menyelamat
Kebakaran dibentuk. Ketua Penolong Pegawai Perubatan bertindak sebagai Ketua
Penyelaras Kebakaran yang akan dibantu oleh ketua-ketua Jabatan / Unit / Wad
sebagai penyelaras unit masing-masing. Jawatankuasa ini bertanggungjawab
kepada Sekretariat Bencana dan Keselamatan HRPZ II sebagai jawatankuasa
induk yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital.
1. Fungsi jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
i. Menyediakan Pelan Tindakan dan Garis Panduan serta Polisi berkaitan pencegahan kebakaran HRPZ II
ii. Mempastikan yang kakitangan sedar dan faham mengenai Polisi Mencegah Kebakaran ini.
iii. Membuat audit keselamatan untuk mencegah kebakaran yang berpunca dari aktiviti kerja dan keadaan persekitaran tempat kerja.
iv. Mendidik kakitangan dan penghuni bangunan akan kepentingan alat-alat pencegahan kebakaran dan cara penggunaannya.
v. Bekerjasama dengan pihak Radicare (M) Sdn. Bhd, Cawangan Kota Bharu yang bertanggungjawab mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan kebakaran seperti mengadakan latihan kebakaran, demonstrasi penggunaan alat-alat pencegah kebakaran dan sebagainya sebagaimana perjanjian konsesi penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital.
vi. Bekerjasama dengan Jabatan Bomba untuk mendapat khidmat nasihat kepakaran berkaitan dengan aktiviti di atas.
____________________________________________________________________________ 6
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
2. Carta Organisasi bagi Ahli Jawatankuasa Mencegah dan Menyelamat Kebakaran adalah terdiri daripada :
PENGERUSI Pengarah Hospital (Dato’ Dr. Hjh Selasawati Bt Hj. Ghazali Ext:*9660)
KOORDINATOR Timbalan Pengarah Perubatan I (Dr. Mohd Azman Bin Yacob Ext : *9669)
PENYELARAS LATIHAN DAN KEJURUTERAAN
1.Pengurus Operasi Radicare Cawangan Kota Bharu (En. Nor Asri b. Mohd Nor. Ext: *9890) 2.Jurutera Hospital. ( Pn Siti Amalina binti Kamaruddin *9480 )
KETUA PENYELARAS KEBAKARAN
Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Hospital (En. Hasan Zhuri Bin Zakaria Ext:*9391)
SETIAUSAHA (i. En. Mohd Zuki Bin Mohd zain Ext:*9739 (ii. En. Suparna b. Hanafi@Mohd Othman .
AHLI :
1) Timbalan Pengarah Perubatan II
2) Timbalan Pengarah Perubatan III
3) Timbalan Pengarah Pengurusan
4) Ketua Pen. Pengarah (Perubatan)
5) Ketua Pen. Pengarah (Khidmat Pengurusan)
6) Ketua Penolong Pengarah Pembangunan,perolehan dan aset.
7) Pen. Pengarah Pembangunan
8) Ketua Unit Perhubungan
9) Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma
10) Ketua Jabatan Perubatan
11) Ketua Jabatan Pembedahan
12) Ketuan Jabatan O & G
13) Ketua Jabatan Pediatrik
14) Ketua Jabatan Orthopedik
15) Ketua Jabatan Bius
16) Ketua Jabatan Oftalmologi
17) Ketua Jabatan ORL
18) Ketua Jabatan Dermatologi
19) Ketua Jabatan Nefrologi
20) Ketua Jabatan Radiologi
____________________________________________________________________________ 7
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
21) Ketua Jabatan Patologi
22) Ketua Jabatan Farmasi
23) Ketua Jabatan Psikiatrik dan kesihatan mental
24) Ketua Jabatan Rehabilitasi
25) Ketua Jabatan Forensik
26) Ketua Jabatan Sajian & Diatetik
27) Ketua Jabatan Bedah mulut dan maksilofasial
28) Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan
29) Ketua Jabatan Rekod Perubatan
30) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
31) Ketua Penyelia Jururawat
32) Ketua Unit Hasil / Bahagian Daftar Pesakit
33) Ketua Unit Teknologi Maklumat ( )
34) Ketua Unit Keselamatan ( Pn.Noraida bt.Md Nor * 9824 )
35) Ketua Sekretariat Kualiti
36) Ketua Organisasi Keselamatan Kebakaran(OKK) HRPZ II
37) Penyelia Pengawal Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta
B. TANGGUNGJAWAB
1. Semua Warga HRPZ II
i. Bertanggungjawab memahami prosedur pencegahan kebakaran.
ii. Mengetahui lokasi alat pemadam api dan kedudukan panel penggera sistem amaran kebakaran (breaks glass) ditempatkan terutama di kawasan berdekatan tempat kerja masing-masing.
iii. Tahu tatacara menggunakan alat pemadam api yang disediakan.
iv. Boleh bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan alat-alat pemadam api yang berdekatan tetapi tidak membahayakan diri. (Jangan bertindak jika bersendirian dan tidak yakin)
v. Mengetahui laluan menyelamatkan diri/keluar dari kawasan kerja apabila berlaku kebakaran dan mengetahui tempat berkumpul (assembly point).
____________________________________________________________________________ 8
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
vi. Bertangungjawab memaklumkan kepada Ketua Jabatan/ Unit:
a. Jika mana-mana jalan keluar terhalang atau pintu kecemasan / rintangan api tidak berfungsi (berkunci tetapi tiada anak kunci kecemasan / anak kunci tidak sepadan dengan kunci yang dipasang)
b. Jika alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan, melebihi tarikh pemeriksaan semula atau tidak boleh digunakan lagi.
c. Jika terdapat panel penggera sistem amaran kebakaran (breaks glass) terlindung.
vii. Jika mendengar pengumuman “BINTANG MERAH.....”
a. Tinggalkan bangunan melalui pintu keluar yang paling berhampiran
dengan seberapa segera yang boleh dengan tenang (bagi petugas
klinik/wad hendaklah membawa keluar pesakit ke zon selamat
sehingga di beri bantuan untuk ke tempat berkumpul / wad lain yang
berhampiran – bagi pesakit yang memerlukan rawatan berterusan).
b. Laporkan diri di tempat berkumpul dan pastikan nama anda dipanggil
semasa ‘Roll Call’ atau hitung kepala dijalankan
c. Jangan panik dan terus ke tempat berkumpul
d. Jangan berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang
kepunyaan anda.
e. Bersedia memberi bantuan apabila diminta berbuat demikian
terutama dalam usaha pemindahan pesakit dan peralatan hospital.
viii. Perlu mengetahui zon-zon berkumpul yang ditetapkan.
ix. Mahir dalam teknik-teknik memindahkan pesakit yang memerlukan bantuan untuk bergerak.
____________________________________________________________________________ 9
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
2. Pengarah Hospital
i. Mengetuai dan memantau gerakan menyelamat, memeriksa kemerebakkan api/asap, dan bertanggungjawab menentukan peringkat serta memberi arahan evakuasi apabila perlu;
ii. Bertanggungjawab memastikan pesakit mendapat rawatan sewajarnya semasa evakuasi;
iii. Bekerjasama dengan Ketua Pasukan Bomba bagi menyelaras kerja-kerja menyelamat;
iv. Mengarahkan Ketua Penyelia Jururawat dan Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan untuk memanggil kakitangan tambahan jika perlu;
v. Membentuk satu Jawatankuasa Mencegah dan Menyelamat Bencana Kebakaran dengan melantik Ketua Penyelaras dan Penyelaras Unit-unit;
vi. Menyelaras penempatan semula pesakit selepas evakuasi (jika perlu)
vii. Menghubungi agensi-agensi luar untuk bantuan, terutama apabila Evakuasi Peringkat 3.
3. Koordinator
i. Menyelaras mesyuarat Ahli Jawatankuasa secara berkala;
ii. Memastikan latihan pencegahan kebakaran dilakukan;
iii. Memastikan latihan evakuasi / pemindahan pesakit (Fire Drill) dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
4. Pakar Dan Pegawai Perubatan
i. Pakar dan Pegawai Perubatan di wad/unit bertanggungjawab memastikan pesakit mereka mendapat rawatan perubatan sewajarnya semasa kebakaran dan pemindahan ke tempat selamat;
ii. Bertanggungjawab mengetuai atau menganggotai pasukan-pasukan perubatan yang dibentuk oleh Pengarah Hospital untuk memberi rawatan segera kepada pesakit-pesakit di zon-zon berkumpul;
iii. Pakar dan Pegawai Perubatan mestilah menjadi contoh kepada kakitangan lain dan pesakit dengan bersikap tenang dan tidak panik;
iv. Tenangkan pesakit.
____________________________________________________________________________ 10
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
4. Pegawai Keselamatan Kebakaran ( Ketua Penolong Pegawai Perubatan Hospital )
Bertindak sebagai Ketua Penyelaras Kebakaran dan bertanggungjawab:
i. Menyelaras proses evakuasi mengikut peringkat-peringkat evakuasi;
ii. Menyelaras tenaga manusia untuk membantu evakuasi dan kerja menyelamat/rawatan;
iii. Menyelaras hitungan kepala di zon-zon pengumpulan. Berhubung dengan Bomba sekiranya ada kehilangan pesakit / personel;
iv. Memberi maklumbalas kepada Pengarah Hospital, Bomba dan PRO dari semasa ke semasa;
v. Meminta bantuan dari jabatan / unit hospital yang tidak terlibat dengan kebakaran untuk membantu memindahkan pesakit atau menjalankan kerja-kerja menyelamat;
vi. Memastikan pesakit di zon-zon berkumpul diberi perhatian / rawatan sewajarnya;
vii. Menyelaras pentadbiran Bilik Operasi Kebakaran dengan memastikan peralatan dan kakitangan bertugas sepanjang masa kebakaran berlaku;
viii. Memastikan kelancaran lalu lintas dan laluan kenderaan kecemasan tidak terhalang;
ix. Menutup kawasan yang terlibat;
x. Bekerjasama dengan agensi luar seperti PDRM, Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain agensi penyelamat (jika perlu).
6. Ketua-Ketua Jabatan / Unit / Wad
Bertindak sebagai Penyelaras Kebakaran untuk jabatan / unit / wad dan
bertanggungjawab:
i. Sekiranya berlaku kebakaran, hendaklah memastikan Pegawai Khidmat
Pelanggan (PKP) Hospital diberi tahu dengan SERTA MERTA –
sekiranya gagal menggunakan telefon, cara-cara lain memberitahu
hendaklah dibuat.
____________________________________________________________________________ 11
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
ii. Mengetuai tindakan memadam kebakaran dengan menggunakan alat-
alat pemadam api yang disediakan atau tindakan mengawal kebakaran
tetapi tidak membahayakan diri. Jangan bertindak bersendirian dan
jangan bertindak jika tidak yakin).
iii. Menyelaras pemindahan pesakit / peralatan di unitnya ke tempat selamat
atau menjauhi tempat kebakaran;
vi. Pastikan semua pesakit / kakitangan berada di tempat selamat, mengikut
hitungan kepala dan bandingkan dengan senarai pesakit dan kakitangan;
v. Menyelaras tugas kakitangan jabatan / unit / wad semasa evakuasi;
vi. Memastikan semua suis peralatan elektrik kecuali lampu dipadamkan
semasa kebakaran;
vii. Memastikan rekod-rekod bersama pesakit;
viii. Tenangkan pesakit/pelawat supaya mereka tidak panik;
ix. Memastikan laluan kecemasan tidak terhalang;
x. Memastikan pelan tindakan kebakaran dan laluan kecemasan jabatan /
unit / wad diketahui dan difahami oleh kakitangan jabatan / unit / wad;
7. Penyelaras Latihan Dan Kejuruteraan
i. Berkerjasama dengan Ketua Penyelaras Kebakaran dan Bomba untuk memberi latihan dan pengetahuan pencegahan kebakaran kepada warga HPRZ II.
ii. Memastikan peralatan pemadam kebakaran dan sistem peralatan amaran kebakaran dapat berfungsi dengan baik.
iii. Membantu serta bekerjasama dalam pembentukan dan latihan Pasukan Bomba Sukarela HPRZ II.
____________________________________________________________________________ 12
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
8. Anggota Kejururawatan
i. Semua anggota kejururawatan hendaklah melaporkan diri di wad masing-masing apabila berlaku kebakaran dan berada bersama pesakit menunggu arahan untuk bertindak (bergantung kepada situasi). Jururawat hendaklah bertenang dan memberi keyakinan kepada pesakit supaya tidak panik;
ii. Maklumkan kepada pesakit yang tindakan menyelamat sedang dijalankan.
9. Unit Perhubungan
i. Apabila diberitahu kejadian kebakaran berlaku di HRPZ II, Pegawai Khidmat Pelanggan hendaklah:-
a. Mengesahkan panggilan atau laporan yang diterima;
b. Membuat pengumuman melalui PA system menggunakan Teks Pengumuman: “BINTANG MERAH!, BINTANG MERAH! DI…….( nyatakan tempat kebakaran), SILA BERI BANTUAN , DIULANGI ........ (ULANG 2 KALI )
c. menghubungi BOMBA dengan serta-merta dengan menyatakan:
Nama Pemanggil dari HRPZ II
Lokasi kebakaran
Apa yang terbakar (jika boleh)
Jalan paling mudah untuk Bomba sampai ke lokasi kebakaran (jika boleh)
ii. Setelah BOMBA dihubungi pegawai-pegawai berikut mesti diberitahu dengan SEGERA melalui panggilan CODE (*xxxx) atau SMS:
a. Pengarah Hospital
b. Ketua Penyelaras Kebakaran (Ketua Penolong Pegawai Perubatan Hospital )
c. Pengurus Operasi Radicare Kota Bharu
d. Timbalan Pengarah Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Mencegah dan Menyelamat Kebakaran HRPZ II
e. Unit Hasil/BDM
f. Jabatan Kecemasan dan Trauma
____________________________________________________________________________ 13
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
g. Ketua Jabatan/ unit.
iii. PKP hendaklah mencatat masa setiap mesej diterima dan memberitahu pegawai atasan apabila diminta.
iv. Sentiasa bersedia untuk membuat pengumuman apabila diarahkan oleh Pengarah Hospital atau Ketua Penyelaras Keselamatan Kebakaran.
10. Pegawai Perhubungan Awam
Bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan bagi pihak hospital dengan agensi-agensi luar seperti media-massa, TV, Jabatan Kebajikan Masyarakat, St. John Ambulan dan lain-lain.
11. Pengawal Keselamatan
i. Mengawal kawasan kebakaran dengan tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk melainkan dengan kebenaran pihak hospital;
ii. Bertindak memadam dan mengawal kebakaran;
iii. Mengawal lalulintas dan menunjuk arah kepada Bomba lokasi kebakaran; dan
iv. Mengosong dan mengawal zon berkumpul bagi lokasi yang terlibat.
12. Pasukan Bomba Sukarela HRPZ II (Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK))
i. Membantu pihak Pengurusan HRPZ II mencegah kebakaran daripada berlaku dan bertindak memadam kebakaran sekiranya berlaku;
ii. Bertindak mengawal kebakaran daripada merebak sementara menanti kehadiran Bomba bagi mengelak kemusnahan besar-besaran;
iii. membantu kakitangan lain memindahkan pesakit dari zon kebakaran / bencana ke zon berkumpul;
iv. membantu memindahkan pesakit dari zon berkumpul ke wad penempatan semula selepas evakuasi.
Teks Pengumuman: BINTANG MERAH!, BINTANG MERAH! DI …….. (nyatakan tempat
kebakaran), SILA BERI BANTUAN , DIULANGI ....... (ULANG 2 KALI )
____________________________________________________________________________ 14
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
13. Jabatan Kecemasan (sekiranya Jabatan Kecemasan Dan Trauma tidak
terlibat dengan kebakaran).
I. Mengaktifkan Kod Biru apabila menerima panggilan atau amaran
“Bintang Merah”
II. Menghantar Pasukan Bantuan Kecemasan bagi membantu mangsa
kebakaran bila diperlukan
III. Melakukan Triaging di tempat kejadian bagi memudahkan rawatan
dijalankan.
IV. Menyediakan Ambulan bagi tujuan untuk mengangkut pesakit yang
memerlukan bantuan ambulan ke tempat atau unit yang lebih selamat
bagi meneruskan rawatan.
V. Memberikan rawatan di Jabatan Kecemasan keatas mangsa yang
terlibat dengan kebakaran.
14. Jabatan Forensik /fungsi.
I .Bersedia setelah dimaklumkan terdapat bencana.
ii.Tunggu pihak polis membawa mayat mayat ke Forensik ( sekiranya tidak
diarahkan oleh pihak polis ke tempat kejadian ).
iii.Terima mayat ( daftarkan dan Simpan sementara )
iv. Lakukan Post Morten ( Jika diarahkan )
v. Penyerahan mayat kepada keluarga atau tunggu arahan pihak atasan
untuk pemindahan mayat ( sekiranya peti sejuk tidak mencukupi )
____________________________________________________________________________ 15
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
C. KEMUDAHAN FASILITI DAN SISTEM AMARAN KEBAKARAN.
1. Alat Pemadam Api .
i. Alat Pemadam Api Jenis Balang
a. Alat pemadam api ditempatkan di tempat-tempat strategik setiap unit.
Terdapat dua jenis alat pemadam api yang disediakan iaitu jenis
‘powder’ dan jenis ’CO2’. Jenis CO2 adalah lebih baik digunakan bagi
memadamkan kebakaran peralatan.
b. Anggota hendaklah mahir cara menggunakan alat-alat ini. Semua alat
pemadam api ini diselengarakan secara berkala dan disahkan dalam
keadaan baik oleh pihak BOMBA.
c. Urusan mendapatkan pemeriksaan dan pengesahan adalah tanggung
jawab syarikat Radicare Sdn. Bhd.
ii. ‘Hose Reel’
Alat pemadam api ini ditempatkan di lokasi yang strategik dan
disambungkan kepada sistem pump air yang akan berfungsi secara
automatik apabila tekanan air dalam saluran rendah (paip dibuka).
Kemudahan ini diselengarakan secara berkala oleh pihak Radicare
sebagaimana HSIP/PPM.
iii. Sprinkler
Alat ini adalah alat yang berfungsi secara automatik apabila ada
kebakaran. Peralatan ini dipasang pada bangunan fasa 1 dan 2 sahaja.
____________________________________________________________________________ 16
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
iv. Cara Menggunakan Alat Pemadam Api.
Peringatan Hose Reel (air) Balang CO2 Balang Debu Hubungi BOMBA bila ada kebakaran Sentiasa isi semula alat pemadam api selepas digunakan
Jenis Kebakaran (bahan terbakar)
Kayu, kertas, kain , sampah sarap
√
√
√
Flammable liquid, Petrol, kerosene, oils, alcohol, fats
√
√
Flamemmable gases, live electrical equipment
√
√
Bagaimana Menggunakan
* Buka dan keluarkan
Pemancut.
* Tarik Hose keluar. * Buka valve dan halakan ke arah api.
* Tarik pin keluar.
* Halakan kearah api dan tekan ‘lever’.
* Tarik pin keluar.
* Halakan ke arah api dan tekan
‘lever’.
Jarak (anggaran) kedudukan dari api
6 Meter
2 meter
3 meter
Tempoh Penggunaan (anggaran)
Tidak Terhad
10 hingga 15 saat
(bergantung kepada saiz)
10 hingga 15 saat
(bergantung kepada saiz)
NO
C NO
____________________________________________________________________________ 17
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
2. Sistem Pengurusan Kebakaran Automatik (SPKA)
Sistem Amaran Kebakaran Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu adalah sistem automatik dan manual. Berfungsi untuk mengesan kebakaran di peringkat yang paling awal dan memberi amaran kejadian.
Bil
Jenis alat pengesan kebakaran
Lokasi
Fungsi
1.
Panel kawalan (Master Alarm Panel) Jenis Digital/ Addressable
Panel kawalan ini terletak di bilik operator telefon.
- Unit perhubungan awam
- Pusat Rawatan Harian (acc)
1. Memberi isyarat lampu mengikut zon dan
lokasi. 2. Bila sistem di aktifkan (secara automatik atau
manual) buzzer akan berbunyi “Bip” dan lampu petunjuk menyala mengikut zon dan Lokasi akan paparkan.
2.
Panel Penggera Kebakaran (Panel Brake Glass)
Biasanya terdapat dilaluan utama dan tempat strategik, berhampiran dengan alat pemadam api.
Bila panel penggera dipecahkan secara manual : 1. Loceng amaran kebakaran akan berbunyi. 2. ‘Flassing Light’ pada lokasi kebakaran akan
menyala menunjuk tempat kebakaran dikesan, dan buzzer di Panel Utama akan berbunyi dan lampu menyala.
3
Pengesan Asap (Smoke Detector)
1. Pengesan Asap(
Smoke Detector) hanya ada di dalam bangunan fasa 1 dan 2.
Pengesan ini akan berbunyi apabila asap dikesan. Anggota yang mendengar bunyi alat ini perlu bertindak memeriksa dan mengaktifkan sistem penggera dengan memecahkan ‘glass panel’ jika perlu.
2. Pengesan asap yang
disambung ke Sistem Amaran Kebakaran dan disambung ke Panel Utama.
Pengesan ini akan memberi amaran secara automatik apabila asap dikesan. Loceng amaran berbunyi dan ditunjukkan pada panel kawalan.
4
Pengesan Haba (kepanasan)
Pengesan haba berada di dalam bangunan fasa 1 dan 2.
Pengesan ini mengesan bila meningkat suhu kepanasan iaitu melebihi 68°C. Alat ini berfungsi secara automatik. Loceng amaran berbunyi dan ditunjukkan pada panel kawalan.
____________________________________________________________________________ 18
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
3. Pemeriksaan Dan Audit Keselamatan
i. ALAT Pemadam api hendaklah dihantar untuk pemeriksaan dan pengesahan
pihak berkuasa Jabatan BOMBA dan Penyelamat mengikut tarikh yang
ditentukan. Pemeriksaan juga perlu dibuat terhadap sistem amaran kebakaran
dan pam tekanan air springkler serta pintu-pintu rintangan api dan kecemasan
secara berkala mengikut HSIP/PPM bagi memastikan ianya sentiasa berada
dalam keadaan berfungsi dengan baik. Tugasan ini adalah tanggungjawab
pihak Radicare (M) Sdn. Bhd. sebagaimana dalam perjanjian penswastaan
perkhidmatan sokongan hospital.
ii. Audit keselamatan hendaklah dibuat secara berkala dan berterusan bagi
memastikan carakerja terutamanya dalam penggunaan peralatan elektrik
adalah selamat dari bahaya kebakaran. Penyusunan peralatan dan barang-
barang tidak menghalang laluan menyelamat. Panduan menyelamat, tunjuk
arah dan sebagainya adalah mencukupi.
iii. Ketua Penyelaras Kebakaran bersama Radicare (M) Sdn. Bhd. hendaklah
menguruskan audit keselamatan kebakaran hospital oleh pihak Bomba sekali
dalam setahun.
Amalan berbahaya perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku:
4. Latihan Meningkatkan Kemahiran Anggota
i. Bagi memastikan semua lapisan anggota mempunyai kemahiran dalam kerja
menyelamat dan berkebolehan menggunakan peralatan melawan kebakaran,
latihan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.( 1 kali
setahun) dan Table Talk (2 kali)
ii. Latihan ini seeloknya dibuat merangkumi teori dan praktikal. Kerjasama dan Bantuan dari Jabatan BOMBA dan Penyelamat mungkin diperlukan terutama dalam memberi ceramah dan pemerhati dalam latihan menyelamat dan keselamatan bangunan secara keseluruhan
Overload
punca tenaga
Peralatan letrik
tidak
sempurna/rosak
Pembuangan
mancis
ditempat yang
tidak sesuai
Pastikan tiada
pesakit
merokok di katil/wad
____________________________________________________________________________ 19
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
BAHAGIAN III:
PANDUAN DAN PROSEDUR BERTINDAK
A. PANDUAN BERTINDAK DAN MEKANISMA PANGGILAN KECEMASAN
1. Mengawal Keadaan
Adalah amat mustahak semasa terjadi atau dapat mengesan kebakaran
langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi memastikan keadaan
kelam kabut tidak terjadi dan semua yang terlibat dapat bertenang.
2. Bertindak Dengan Bijak.
Apabila mengesan kebakaran adalah amat mustahak untuk mengambil
tindakan yang segera bagi mengelak kebakaran dari merebak dan
menyelamat orang yang betul-betul terdesak.
3. Tindakan Serta Merta Apabila Mengesan Kebakaran.
i. Bunyikan Penggera kebakaran dengan memecahkan panel penggera
sistem amaran kebakaran (breaks glass) berhampiran yang terdapat di
beberapa tempat (jika ada);
ii. Beritahu Jururawat / kakitangan jabatan / unit / wad yang berhampiran
dengan tempat kejadian;
ii. Maklumkan Unit Perhubungan HRPZ II yang seterusnya akan
membuat pengumuman dan menghubungi pasukan BOMBA dengan
menyata lokasi kejadian dan jalan masuk ke tempat kejadian. Pegawai
Khidmat Pelanggan (PKP) seterusnya memaklumkan kepada
Pengarah Hospital dan Ketua Penyelaras Keselamatan Kebakaran;
iv. Pindahkan pesakit dan segala bahan yang mudah terbakar dari kawasan
kebakaran.
4. Cuba Halang Api Dari Merebak.
Api atau asap boleh dihalang dari merebak dengan cepat dengan
mengalihkan bahan mudah terbakar dari kawasan kebakaran dan dengan
cara menutup pintu dan tingkap bilik yang berlaku kebakaran. Tetapi
pastikan tiada sesiapa di dalam bilik berkenaan.
____________________________________________________________________________ 20
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
5. Cuba Padamkan Api.
Cuba memadam kebakaran dengan menggunakan alat-alat pemadam api
yang berdekatan tetapi tidak membahayakan diri. (Jangan bertindak jika
bersendirian dan tidak yakin).
6. Jika Terperangkap
Jangan panik, sentiasa bertenang. Selimutkan badan dengan kain/tuala yang
basah (jika ada). Menirap dan merangkak keluar dari kawasan yang berasap.
B. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN.
1. Selamatkan Pesakit.
Pastikan semua pesakit yang berdekatan dengan tempat kebakaran
dipindahkan ke tempat yang selamat atau terus lakukan evakuasi apabila
diarahkan
2. Pastikan Semua Pesakit dan Kakitangan Meninggalkan Wad
Sebelum meninggalkan wad atau tempat yang berlaku kebakaran Ketua
Jabtan/Unit atau wakilnya hendaklah memastikan semua
pesakit/kakitangan/pelawat tidak tertinggal di mana-mana bilik.
3. Hitung Kepala
Adalah amat mustahak Ketua Jabatan/Unit membuat hitungan kepala bagi
memastikan semua pesakit/kakitangan telah selamat atau sebaliknya dan
tindakan menyelamat hendaklah diambil sekiranya pasti ada yang tertinggal.
4. Matikan Peralatan Elektrik.
Pastikan semua peralatan dan perkakas yang menggunakan elektrik seperti
kipas, cerek dan lain-lain dimatikan.
5. Bekalan Oksigen
Adalah menjadi tanggungjawab kepada Ketua Jabatan/Unit memastikan
sekiranya keadaan terdesak dan tiada pesakit yang menggunakan bekalan
oksigen dan lain-lain gas perubatan putuskan
bekalan dan hubungi Bilik Kawalan Kejuruteraan (Radicare) untuk menutup
bekalan oksigen berpusat:
____________________________________________________________________________ 21
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
6. Lampu
Sekiranya kebakaran berlaku jangan sekali-kali memadamkan lampu kerana
cahaya lampu adalah mustahak dalam melakukan gerakan menyelamat .
7. Menunggu Ketibaan BOMBA
Ketua Penyelaras Keselamatan Kebakaran hendaklah memastikan seorang
kakitangan / pengawal keselamatan hendaklah berada di hadapan hospital
untuk menunggu pihak Bomba dan menunjuk jalan ke lokasi kebakaran.
C. PROSIDUR DAN PANDUAN EVAKUASI.
Evakuasi bermakna pergerakan pesakit atau kakitangan atau orang perseorangan
dari hospital atau mana-mana bahagian di hospital yang dibuat dengan cepat dan
cara yang selamat kerana sesuatu bencana atau setelah pengistiharan evakuasi
dibuat kerana sesuatu bencana.
1. Bagaimana Membuat Keputusan Evakuasi.
Beberapa perkara yang mustahak perlu diambil kira dalam membuat
keputusan untuk evakuasi. Perkara-perkara tersebut adalah:
i. Lokasi kebakaran
ii. Kemerebakan api/asap
iii. Adanya bahan-bahan mudah terbakar di tempat seperti oksigen,alkohol
dan lain-lain
iv. Jenis pesakit di wad.
2. Kuasa Mengistiharkan Evakuasi.
i. Pengistiharan evakuasi adalah tanggungjawab Pengarah Hospital atau
pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa olehnya atas nasihat Pegawai
Bomba yang berada di tempat kebakaran. Walau bagaimanapun
Pengarah Hospital atau
wakilnya boleh mengisytiharkan evakuasi demi keselamatan pesakit atau
orang ramai sebelum ketibaan BOMBA.
ii. Keputusan untuk menentukan jenis pesakit yang perlu dipindahkan
dahulu semasa evakuasi hendaklah dibuat oleh pegawai terkanan yang
berada di wad semasa kebakaran itu seperti Pakar atau Pegawai
Perubatan atau Ketua Jururawat.
____________________________________________________________________________ 22
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
iii. Sekiranya malapetaka kebakaran yang melibatkan kecederaan mangsa
dengan bilangan orang tercedera melebihi 30 orang mangsa maka
Ketua Penyelaras Kebakaran hendaklah memaklumkan kepada
Pengarah Hospital untuk pengistiharan “Red Alert” dan tindakan
seterusnya adalah sebagaimana yang digariskan dalam buku Panduan
Pengurusan Bencana.
3. Peringkat–peringkat Evakuasi
Stage 1 - Mengeluarkan Pesakit dari Kawasan Bahaya.
Semua personel dan pesakit dikumpulkan pada jarak yang selamat dari api dan asap. Bila kawasan terbakar dikosongkan, tutup semua pintu bagi menahan api dan asap dari merebak cepat.
Stage 2 - Membawa Pesakit ke tempat selamat
Jika api dan asap terus merebak, semua pesakit dan personel dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat . Jika bangunan bertingkat, pindahkan ke aras bawah.
Stage 3 - Evakuasi Bangunan Sepenuhnya.
Pelan Skematik : Peringkat Evakuasi
____________________________________________________________________________ 23
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
4. Hitung Kepala.
i. Apabila Evakuasi dilaksanakan penyelaras kebakaran setiap jabatan / unit / wad perlu memastikan pesakit / kakitangan berkumpul pada satu tempat yang telah ditetapkan dan hitungan kepala mesti dibuat untuk memastikan tiada yang tertinggal;
ii. Sekiranya ada pesakit / kakitangan didapati hilang selepas hitung kepala dibuat, Ketua Penyelaras Kebakaran hendaklah dimaklumkan dengan segera.
5. Red Alert
Sekiranya malapetaka kebakaran yang melibatkan kecederaan mangsa
dengan bilangan orang tercedera melebihi 31 orang mangsa maka Penolong
Pegawai Keselamatan selaku Penyelaras Keselamatan hendaklah
memaklumkan kepada Pengarah Hospital untuk pengistiharan “ Red Alert”
dan tindakan seterusnya adalah sebagaimana yang digariskan dalam
Panduan Pengurusan Bencana
Teriakan sebegini menyebabkan suasana panik
dan sukar dikawal JANGAN DIAMALKAN
____________________________________________________________________________ 24
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
D. CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK KEBAKARAN
i) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK KAKITANGAN MENGHADAPI
KEBAKARAN HRPZ II
BILA KEBAKARAN DI KETAHUI ATAU DIKESAN
Maklum kepada Ketua Jabatan/Unit/Penyelia/Pegawai Penyelaras
DAPATKAN BANTUAN.
Dapatkan bantuan daripada kakitangan
Pecahkan BREAK GLASS PANEL terdekat
HUBUNGI PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (PKP) sambungan : 2222
LAWAN KEBAKARAN
Cuba Padam Api. (Gunakan Alat Pemadam Api atau Hose Reel yang berdekatan).
Halang Api Dari Merebak. (Jauhkan benda-benda yang boleh terbakar).
Selamatkan Diri jika keadaan tak terkawal dan pergi ke Tempat/Zon Berkumpul yang ditetapkan.
LAKUKAN KERJA MENYELAMAT *Pindahkan Pesakit ke Tempat Berkumpul yang ditetapkan *Periksa semua bilik dan pastikan semua pesakit telah keluar ke Tempat Berkumpul *Tunggu bersama pesakit di Tempat Berkumpul sehingga bantuan tiba.
SELAMATKAN DIRI ANDA
Bertenang, selimutkan badan dengan kain basah.
Merangkak keluar dari kawasan berasap
Bantuan tiba/terus ke Tempat/Zon Berkumpul (apabila diarahkan).
BERKUMPUL DI TEMPAT/ZON BERKUMPUL
KEBAKARAN DIPADAMKAN
Tunggu makluman kebakaran telah dipadamkan oleh Pegawai Penyelaras Wad.
Pindahkan pesakit ke wad penempatan semula sebagaimana yang ditetapkan
Warga HRPZ II kembali bertugas
aPI TERIAKAN SEBEGINI MENYEBABKAN SUASANA PANIK DAN SUKAR DIKAWAL JANGAN
AMALKAN
____________________________________________________________________________ 25
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
ii) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN
PEGAWAI PENYELARAS WAD/KLINIK/UNIT HRPZ II
TIADA MANGSA ADA MANGSA TERPERANGKAP TERPERANGKAP
*Ketua Penyelaras di Jabatan /Klinik adalah Ketua Jabatan.
*Ketua Penyelaras di Wad adalah Ketua Jururawat U32
* Ketua Penyelaras di Unit adalah Ketua Unit.
PENYELARAS TERIMA MAKLUMAN MENGENAI KEBAKARAN
BUAT PEMERIKSAAN DI LOKASI KEBAKARAN UNTUK PENGESAHAN
ARAHKAN SEORANG KAKITANGAN MENGHUBUNGI PEGAWAI KHIDMAT
PELANGGAN (EXT:2222) DENGAN SERTA MERTA (JIKA KAKITANGAN BELUM
MENGHUBUNGI)
MENGETUAI TINDAKAN MELAWAN KEBAKARAN
(JIKA KEBAKARAN TIDAK DAPAT DIKAWAL) ARAHKAN KAKITANGAN UNTUK PROSES
EVAKUASI/PEMINDAHAN PESAKIT
DAPATKAN BANTUAN DARIPADA
WAD-WAD TERDEKAT MEMANTAU/MENYELARAS PROSES EVAKUASI/PEMINDAHAN PESAKIT MENGIKUT LALUAN YANG DITETAPKAN KE TEMPAT/ZON
BERKUMPUL
BERKUMPUL DI TEMPAT/ZON BERKUMPUL (PEGAWAI PENYELARAS WAD/UNIT BUAT
HITUNGAN KEPALA)
MENUNGGU ARAHAN SELESAI MEMADAM KEBAKARAN DAN MENGESAHKAN BANGUNAN SELAMAT OLEH BOMBA
OPERASI MENYELAMAT MANGSA
TERPERANGKAP OLEH BOMBA
DAPAT ARAHAN SELESAI MEMADAM KEBAKARAN DAN PENGESAHAN BANGUNAN TELAH SELAMAT OLEH BOMBA
PEMINDAHAN PESAKIT KE WAD SEMENTARA DAN BERSURAI
MELAPORKAN JUMLAH KAKITANGAN KEPADA
BOMBA
____________________________________________________________________________ 26
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
iii) CARTA ALIR PANDUAN BERTINDAK MENGHADAPI KEBAKARAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (PKP) HRPZ II.
TERIMA LAPORAN KEBAKARAN 1. Catatkan Nama dan Lokasi Kejadian
2. Mengesahkan Kejadian dengan Penyelia/Ketua di
Lokasi Kejadian
Pengumuman Melalui P.A.System; Teks ; “BINTANG MERAH, BINTANG MERAH” ( 2 KALI ) SILA BERI BANTUAN DI ……. (NYATAKAN LOKASI KEJADIAN)
AHLI JAWATANKUASA KEBAKARAN HRPZ II
RUJUK KEPADA LAMPIRAN M/S 35
Hubungi BOMBA Nyatakan; 1. Nama Pemanggil 2. Lokasi Kejadian 3. Jenis Kebakaran 4. Jalan Pintas Ke
Lokasi Kejadian
Hubungi :-
Pengurus Besar Radicare (M) Caw. HRPZ II
Ketua Jabatan
Keselamatan
Pengarah
Farmasi
Kebajikan
Dapur
Makmal
** Tek Pengumuman: BINTANG MERAH, BINTANG MERAH DI …….( dinyatakan
tempat), SILA BERI BANTUAN , SAYA ULANGI ...
(ULANG 2 KALI)
____________________________________________________________________________ 27
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
BAHAGIAN IV:
PEMINDAHAN PESAKIT DAN PENEMPATAN SEMULA
A. KATEGORI PESAKIT.
Disebabkan kesukaran mengerakkan pesakit ke zon-zon yang selamat dengan cepat serta bagi mempastikan pergerakan yang teratur dan terancang semasa berlaku kebakaran, pesakit dikelaskan mengikut kemampuan bergerak sendiri seperti berikut:
KATEGORI
KEBOLEHAN BERGERAK SENDIRI
CATATAN
Kategori 1 Pesakit yang tidak boleh bergerak langsung termasuk bayi-bayi
Boleh gunakan, beds,stretcher, blanket
Kategori 2 Berupaya untuk bergerak menggunakan peralatan dan dengan bantuan.
Boleh gunakan wheel chairs.
Kategori 3 Berupaya bergerak dengan bantuan
Boleh gunakan wheel chairs.
Kategori 4 Berupaya bergerak sendiri dengan menggunakan peralatan
Perlu dibantu semasa bergerak keluar
Kategori 5 Berupaya bergerak sendiri
Dipindahkan secara berkumpulan dan dikawal supaya tidak panik dan kelam kabut.
NOTA
Adalah dicadangkan semasa evakuasi pesakit ketegori 5 dipindahkan dahulu, kemudian diikuti dengan kategori 4,3,2 dan 1
____________________________________________________________________________ 28
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
B. TEKNIK PEMINDAHAN PESAKIT (CONTOH-CONTOH)
tukar gambar
1.1 ‘HUMAN CRUTCH (TONGKAT MANUSIA)’
Kaedah ini boleh digunakan bagi pesakit yang boleh bergerak dan memerlukan bantuan minima dan sedia bekerjasama
1. KAEDAH SATU JURURAWAT/ANGGOTA
1.2 ‘REAR-ASSIST APPROACH’
Kaedah ini boleh digunakan kepada pesakit yang memerlukan bantuan minima tetapi tidak bekerjasama kerana senile atau penyakit jiwa
____________________________________________________________________________ 29
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
1.3 MENGGUNAKAN KERUSI Kaedah ini menggunakan kerusi untuk memindahkan pesakit Pesakit berada dalam keadaan duduk di atas katil, dan kerusi diletakkan berhampiran katil. Pindahkan pesakit dari katil ke kerusi
Tarik kerusi bersama pesakit.
Sekiranya pergerakan perlu menuruni
tangga dapatkan seorang pembantu bagi
mengangkat pesakit menggunakan kerusi
1.4 MENGGUNAKAN SELIMUT
Letakkan selimut di atas lantai sepanjang katil
Pindahkan pesakit dari atas katil ke selimut
Tarik selimut perlahan-lahan ke tempat selamat
Tunggu hingga bantuan tiba
____________________________________________________________________________ 30
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
a. Jururawat pertama berdiri di bahagian belakang pesakit, memeluk pesakit
dibahagian bawah ketiak dan memegang pergelangan tangan pesakit. b. Jururawat kedua berdiri dihadapan pesakit dengan memegang kedua-dua
belah kaki dibawah lutut bersedia untuk mengangkat pesakit. Kedudukan Jururawat kedua adalah diantara kedua-dua kaki pesakit.
c. Untuk menurukan pesakit Jururawat kedua di dalam keadaan menyangkung dan kemudian Jururawat pertama melepaskan pesakit perlahan-lahan
2.2. ‘SWING CARRY’ a. Kedua-dua jururawat berdiri di sisi pesakit
dan meletakkan tangan pesakit (pergelangan tangan pesakit) di atas leher mereka dan sokong bahagian belakang pesakit dengan memegang lengan antara satu sama lain
b. Kedua-dua jururawat meletakkan tangan
mereka di bawah lutut pesakit dan pegang lengan atau tangan satu sama lain
c. Untuk menurunkan pesakit, kedua-dua
jururawat membongkok dan meletakkan lutut mereka ke atas lantai sehampir yang boleh dengan pesakit dan turunkan pesakit perlahan-lahan.
2. KAEDAH DUA JURURAWAT/ANGGOTA
2.1. ‘ FORE AND AFT CARRY’ Kaedah ini mempunyai kelebihan :-
kerana tidak bergantung kepada
saiz dan berat pesakit. Boleh melalui jalan keluar yang
sempit atau melalui jalan keluar yang banyak halangan
____________________________________________________________________________ 31
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
C. PENEMPATAN SEMULA PESAKIT SELEPAS EVAKUASI
1. Kebakaran Di Bangunan Lama
WAD ASAL PERPINDAHAN SELEPAS KEBAKARAN
PICU/NICU,SCN MDC/SDC ACC
WAD PEDIATRIK (WAD 1, 4 & 5) ANGGERIK
WAD 11,12,24 & 25 WAD MAWAR
WAD 8, 9 & 10 WAD 6 & 6A WAD BENDAHARA,MAHSURI,PUTERI
WAD 26 WAD 28, 29 & 30
DEWAN BERSALIN KLINIK O&G
DEWAN BEDAH ZAMRUD DEWAN BEDAH INTAN / FAIRUZ
FARMASI MUTIARA FARMASI ACC
JABATAN / STOR FARMASI STOR FARMASI PENGKALAN CHEPA
FORENSIK HOSPITAL DAERAH / HUSM
2 Kebakaran Di Bangunan Fasa 1 dan Fasa 2
KLINIK / WAD ASAL PERPINDAHAN SELEPAS KEBAKARAN
DEWAN BEDAH INTAN / FAIRUZ DEWAN BEDAH ACC
WAD ICU / HDW / CRW / CCU MDC ACC
WAD ANGGERIK WAD 1, 4 & 5 / MEMINIMUMKAN PESAKIT (DISCAJ YANG TIDAK KRITIKAL)
WAD-WAD PERUBATAN WAD 8, 9 & 10 / MEMINIMUMKAN PESAKIT (DISCAJ YANG TIDAK KRITIKAL) / MENGIKUT DISIPLIN
WAD MELATI ( ENT,OFT,ORL ) MDC ACC
WAD MAWAR ( O&G, GNYE ) WAD 11, 12, 24, 25
A & E MDC/SDC ACC
PSIKIATRI HUSM / HOSPITAL KUALA KRAI
HEMODIALISIS AKUT HEMODIALISIS ACC
LAMPIRAN 1 TEMPAT BERKUMPUL MENGIKUT ZON DAN JABATAN/UNIT
ZON
TEMPAT BERKUMPUL
JABATAN/UNIT/WAD
A Kawasan
Parkir Kolej
Kejururawatan
Kompleks ACC , Wad 1, 11, 12, Farmasi Mutiara,farmasi TPN ,Dewan Seminar
Pediatrik,Wad MAC,bilik doctor oncall Pediatrik ,Jabatan Transfusi. Unit
Laktasi, Pusat Latihan O&G (PLOG), Farmasi Pesakit Dalam.
B Kawasan
Parkir Dewan
Bersalin
Wad 4, 5, 24, 25, Dewan Bersalin,Bilik Doktor On Call O&G,Dewan Syarahan
, Dewan Bedah Zamrud, dan Unit Respiratory Pediatrik.
C
Kawasan
Parkir
Jabatan
Forensik
Wad 6 & 6A, Bilik Matron Perubatan, Fisioterapi, Stor Farmasi integrasi, Wad
Paliatif (Wad 26), Bilik Ketua Jururawat Atas Panggilan (On-Call), Klinik & Wad
Rehabilitasi, Surau Wad 6, Pejabat Cleansing,Jabatan Forensik dan Radicare,
TCM , Klinik Respiratory.
D Dataran ACC
Wad 28, Wad 29, Wad 30, Unit Keselamatan, Unit Perhubungan Awam, Kedai
Taska Corner, Pejabat Jabatan Kardiothorasik Bedah, Dewan Bedah Fairuz,
Unit Hasil/Bahagaian Daftar Masuk Pesakit, Jabatan Kecemasan & Trauma,
Jabatan Radiologi, Tabung Darah, Jabatan Patologi dan CSSU dan Farmasi
Satelit 4.
E
Kawasan
Parkir Dusun
Muda
Bilik Matron ICU, Wad D’raja, Wad Melati,Wad Mawar, Wad Bendahara Wad
Dahlia Wad Mahsuri, Wad Cempaka, Wad Anggerik, Wad Puteri , Pejabat
SOPD,Makmal Serologi, Farmasi Satelit,Jabatan Sajian dan Diatetik , Unit
Porter dan Unit Angkut.Hemodialisis & CAPD, Endoscopy,Kedai Hospimart,
Dewan Bedah Intan,Bilik Doktor ‘On-Call’,Makmal Histopatologi, Farmasi CDR,
Farmasi Ambulatory dan Matron Jabatan Pembedahan.
F Kawasan
Parkir
Jabatan
Psikiatri
Kompleks Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dan Farmasi Satelit 3.
G Kawasan
Parkir
Kuarters
BLOK A Pejabat (Unit perolehan ,pembanguan dan Aset , Stor alat tulis , CRC
, HITEC PADU , Asrama Doktor Pelatih, Taska dan Kuarters Kakitangan
H Medical
Daycare ACC
ICU intan,ICU teratai,ICU / CRW / CCU / HDW TEMENGGONG / NICU / PICU
/ SCN / CICU
I Kawasan
Parkir
Belakang Balai
Pelawat
Wad 8/8P,Wad 9,Wad 10,Bilik Rekod Perubatan,Pejabat Rekod Perubatan
(lama) , Unit Carakerja, pusat sumber Perubatan, Surau Balai Pelawat, Kantin,
Perpustakaan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Klinik Luka (Wound Clinic).
Kemaskini 12/8/2020.
____________________________________________________________________________ 33
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
LAMPIRAN 2
PELAN TINDAKAN KEBAKARAN HPRZ II- LOKASI BERKUMPUL, KOTA BHARU
____________________________________________________________________________ 34
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
LAMPIRAN 3
SENARAI LAMPIRAN (Jawatankuasa Mencegah dan Menyelamat Kebakaran )
1. Timbalan Pengarah Perubatan II (Dr. Tengku Hazainiah Bt Raja Hassan Ext:*9896)
2. Timbalan Pengarah Perubatan III (Dr. Puteri Nurbaya bt. Mohamad Ismail. Ext:*9664)
3. Timbalan Pengarah Pengurusan
4. Ketua Pen. Pengarah (Perubatan) (Dr Tg Anas Fathi B. Tg Ahmad Ext:*9929)
5. Ketua Pen. Pengarah (Khid. Pengurusan) (Pn. Rosniah Bt Abu Bakar. Ext:*9667
6. Ketua Penolong Pengarah Pembangunan,Perolehan Dan Aset. (Pn. Wee Lip Ping. Ext:*9039)
7. Ketua Unit Perhubungan (En. Hasim Bin Mohamed Ext:*9902)
8. Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma ( Dr. Mohd Ghazali Bin Ab Rashid Ext:*9046)
9. Ketua Jabatan Perubatan ( Dr Mat Zuki B. Mat Jaeb Ext: *9196 )
10. Ketua Jabatan Pembedahan ( Dato’ Ahmad Shanwani B. M.Sidek Ext:9276 )
11. Ketuan Jabatan O & G ( Dr. Sukri B. Ahmad Ext *9157)
12. Ketua Jabatan Pediatrik ( Dr Azni B. Yahya Ext:*9329
13. Ketua Jabatan Orthopedik ( Dr Ahmad Sabri Bin Omar Ext:*9471)
14. Ketua Jabatan Bius ( Dr.Mazelan B. Omar Ext: *9425 )
15. Ketua Jabatan Oftamologi ( Dr Norhalwani Bt Husain Ext:*9086)
16. Ketua Jabatan ORL ( Dr Ms Hashimah Bt Ismail Ext:*9013)
17. Ketua Jabatan Dermatologi ( Dr Wan Nor Hasbee Bt Wan Abdullah Ext : *9867)
18. Ketua Jabatan Nefrologi ( Dr Wan Hasnul Halimi B. Wan Hassan Ext:*9094)
19. Ketua Jabatan Radiologi ( Dr Zaihan Bt Awang Ext:*9457)
20. Ketua Jabatan Patologi ( Dr Adlin Zafrulan B. Zakaria Ext:*9950).
21. Ketua Jabatan Farmasi ( Pn Azizah Bt Mahmud Muhaidin Ext:*9607)
22. Ketua Jabatan Psikiatrik ( Dr Mohd Ariff B. Md Noor Ext:*9121)
23. Ketua Jabatan Rehabilitasi ( Dr Daryani Bt Darus Ext:*9051)
24. Ketua Jabatan Bedah Mulut Dan Maksilofasial ( Dr.Mohd Rosli bin Yahya Ext: *9017 )
25. Ketua Jabatan Forensik ( Dr Wan Muhd Zamri B. Wan Nawawi Ext:*9528)
26. Ketua Jabatan Sajian & Diatetik (Pn. Suriyati bt. Hj. Abdul Rahman. Ext:*9859)
27. Ketua Jabatan Patologi (Dr. Adlin Zafrulan Bin Zakaria. Ext: *9950)
____________________________________________________________________________ 35
Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran dan panduan cara bertindak semasa kebakaran
28. Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan (Pn. Zailawati bt. Mamat. Ext:*9997)
29. Ketua Jabatan Rekod Perubatan (Pn. Siti Suhana bt. Mustafar. Ext:*9688)
30. Ketua Penyelia Jururawat ( Patinah Bt Mohamad.Ext:*9290)
31. Ketua Unit Hasil / Bahagian Daftar Pesakit (Pn. Noor Zana Bt Khairuddin. Ext:*9689)
32. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (En. Tiaw Hok Seng. Ext:*9874)
33. Ketua OKK HRPZ II ( En Ros Faisal B. Omar Ext: 4149 )
34. Ketua Unit Teknologi Maklumat ( Pn.Hamidah Yazid Ext : *9961 )
35. Ketua Unit Keselamatan ( Pn.Noraida bt.Md Nor * 9824 )
37. Ketua Sekretariat Kualiti
38. Penyelia Pengawal Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta
Recommended