View
54
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
0
PROJECT LESSON LEARNT
REPORT
PEMBANGUNAN
SEMULA BANGUNAN
LAMA DEWAN
BAHASA DAN
PUSTAKA KUALA
LUMPUR
PASUKAN PROJEK DBP, JKR WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 2
2.0 SEJARAH BANGUNAN LAMA DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA KUALA LUMPUR
3
3.0 LATAR BELAKANG PROJEK 4-5
4.0 MAKLUMAT PROJEK 6
5.0 PASUKAN PROJEK 7
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN (METHODOLOGY) 8
7.0 RUMUSAN ‘LESSON LEARNT’ 9-12
2
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Tujuan utama laporan ‘lesson learnt’ ini adalah merangkumi tiga faktor utama seperti
berikut:
1. Apa berlaku dengan lancar?
2. Apa boleh dilakukan dengan lebih baik?
3. Apakah pembelajaran bagi projek ini?
Berdasarkan hasil perbincangan dan perkongsian di dalam bengkel ‘Lesson Learnt’ yang
telah diadakan pada 18 hingga 19 Ogos 2016, terdapat beberapa inisiatif yang dilihat
berkesan dalam pelaksanaan dan pemantauan projek serta beberapa perkara yang perlu
diambil pengajaran agar ianya tidak berulang pada mana-mana projek di masa akan datang
terutama projek pengubahsuaian yang besar.
Laporan ini adalah bertujuan bagi mengumpulkan beberapa pembelajaran atau ‘lesson
learnt’ bagi projek Pembangunan Semula Bangunan Lama Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh JKR Malaysia.
Peserta daripada pasukan projek yang terlibat dalam bengkel ‘lesson learnt’ ini adalah:
1. En. Stephen A/L A. Arokiasamy- Pengurus Besar Pembinaan (Awam), J48
2. En. Daniel Kopial Anak Matthew Jikeh- Penolong Pengurus Besar Pembinaan
(Mekanikal), J41
3. Pn. Musannafah Binti Murtada- Penolong Pengurus Besar Pembinaan
(Ukur Bahan), J41
4. En. Mohamad Danial Bin Othman- Penolong Jurutera (Elektrik), JA29
3
2.0 SEJARAH BANGUNAN LAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA
LUMPUR
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22
Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian
Pelajaran.
Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad
sebuah hospital di Jalan Young.
Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan
Terbang Lama yang mana pada masa kini dikenali sebagai Jalan Dewan Bahasa.
Bangunan ini mempunyai keluasan 152,100 kaki persegi terdiri daripada 5 tingkat blok
bangunan induk dan Balai Budaya Tun Syed Nasir (keluasan 51,300 k.p.) dan Blok
bangunan tambahan (keluasan 100,800 k.p.). Bangunan ini telah diwartakan sebagai Tapak
Warisan pada tahun 2008 di bawah Akta Warisan Kebangsaan Tahun 2005.
Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu bersebelahan dengan
bangunan lama ini. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun
1997 dan siap pada tahun 2003.
Bangunan lama DBP ini telah dikosongkan beberapa tahun sebelum projek ini dimulakan.
4
3.0 LATAR BELAKANG PROJEK
Projek yang berjumlah RM 28,828,635.50 ini merangkumi tiga blok bangunan iaitu Blok A,
Blok B dan Dewan Tun Syed Nasir. Antara skop kerja yang telibat adalah kerja perobohan,
kerja struktur, kerja forensik, kerja baru arkitek, kerja konservasi serta kerja mekanikal dan
elektrikal. Secara amnya, projek ini adalah merupakan projek konservasi, pemuliharaan,
pengubahsuaian. Ini adalah kerana bangunan lama DBP ini adalah merupakan salah satu
bangunan warisan negara yang tertakluk di bawah Akta Warisan Negara.
Projek ini telah bermula pada 26 Februari 2016 dan tempoh asal yang ditetapkan bagi
penyiapan projek ini adalah selama 18 bulan yang mana tarikh siap sebenar projek jatuh
pada 25 Ogos 2015.
Walaubagaimanapun, lanjutan masa sebanyak dua kali diberikan atas beberapa faktor
kelewatan. Lanjutan masa pertama selama 3 bulan diberikan pada Julai 2015 manakala
lanjutan masa kedua selama 12 bulan pula diberikan pada pada November 2015.
Pada permulaan projek, kelewatan memperolehi kelulusan pelan bangunan daripada pihak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi bangunan lama ini telah menyebabkan
kelewatan kepada kemajuan kerja di tapak. Selain daripada itu, projek ini juga mengalami
masalah rekabentuk siling yang melibatkan Blok B khususnya. Pihak perunding Arkitek,
GDP Architects Sdn. Bhd. perlu merekabentuk semula siling mengikut keperluan Universal
Building By Law (UBBL) iaitu dengan kelegaan ruang minima adalah 2.75 m. Perkara ini
sukar untuk dipatuhi memandangkan terdapat ‘rip beam’ pada permukaan papak sedia ada
pada setiap aras bangunan Blok B. Beberapa siri perbincangan dan Mesyuarat Koordinasi
bagi isu ini telah dilaksanakan dan pihak perunding Arkitek telah mengambil inisiatif
merekabentuk siling dengan konsep ‘box-up’ dan ‘exposed ceiling’ bagi bangunan lama ini.
Hasilnya, pihak DBKL telah bersetuju dan meluluskan rekabentuk tersebut dengan purata
kelegaan ruang minima adalah 2.5 m bagi 30% siling bangunan.
5
Selain daripada itu, cabaran dalam pelaksanaan projek ini juga adalah terdapat banyak
kerja-kerja tambahan dikenalpasti semasa peringkat pembinaan. Semasa projek ini
diserahkan kepada pihak JKR, tiada sebarang lukisan terbina (as-built drawings) yang
diterima oleh pihak JKR. Sehubungan itu, ketiadaan lukisan terbina ini telah menimbulkan
masalah kepada pihak JKR dalam menyediakan skop kerja, Senarai Kuantiti dan dokumen
tender.
Penyediaan dokumen tender hanyalah berdasarkan pemerhatian visual dan pemeriksaan di
tapak sahaja. Ini menyebabkan beberapa skop kerja kurang tepat atau tidak dapat
ditentukan pada peringkat perancangan projek. Pemeriksaan secara terperinci terhadap
sistem dalaman bangunan lama hanya dapat ditentukan selepas pihak kontraktor
memulakan kerja di tapak bina.
Beberapa skop kerja tambahan dan kuantiti tambahan yang perlu dilaksanakan adalah
berdasarkan perubahan rekabentuk yang disesuaikan dengan struktur bangunan sedia ada
dan keadaan tapak bangunan juga tertakluk kepada akta Jabatan Warisan Negara.
Selain itu, perubahan rekabentuk juga adalah mengikut keperluan teknikal dan akta yang
terkini dari beberapa agensi berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional
Berhad serta mematuhi Uniforms Building By Law.
6
4.0 MAKLUMAT PROJEK
Pelanggan Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengguna Dewan Bahasa Dan Pustaka
Peruntukan Pembangunan RMK 10
Pengurus Program Cawangan Kerja Bangunan Am 2, JKR Malaysia
Ketua Pasukan Projek Bahagian Pengurusan Projek 5,
Cawangan Kerja Bangunan Am 2, JKR Malaysia
Pegawai Penguasa Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Kontrak JKR/IP/CKUB/30/2014
Tarikh Milik Tapak 26 Februari 2014
Tarikh Siap Asal 25 Ogos 2015
Tempoh Kontrak 18 bulan
Harga Kontrak Asal RM 28,828,635.50
Kaedah Pelaksanaan Konvensional (Perunding Arkitek)
Kontraktor Cendekia Teknik Sdn. Bhd.
Perunding GDP Architects Sdn. Bhd.
7
5.0 PASUKAN PROJEK
Pegawai Penguasa (J54)
Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman
Pengurus Besar Pembinaan (Awam) (J48)
Stephen A/L A. Arokiasamy
Jurutera Awam (J41)
Emma Azureen Binti Ahmad @ Ahmad
Fuzi
Penolong Pengurus Besar Pembinaan
(Mekanikal) (J41)
Daniel Kopial Anak Matthew Jikeh
Penolong Pengurus Besar Pembinaan
(Ukur Bahan) (J41)
Musannafah Binti Murtada
Penolong Jurutera Awam (J29)
Muhd Nurizzuan Bin Ramli
Penolong Jurutera Awam (J29)
Nor Syuhaidah Binti Razali
Penolong Jurutera Awam (J29)
Nurmaznie Binti Mohd Ibrahim
8
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN (METHODOLOGY)
Bengkel diadakan dengan berkonsepkan ‘Knowledge Café Style’ dan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Para peserta perlu mengisi boring maklumat dan peranan masing-
masing dalam pengendalian sesebuah projek.
Setiap kumpulan perlu membentangkan 5 perkara utama bagi perkara-perkara berikut bagi
projek masing-masing:
1. Apa berlaku dengan lancar?
2. Apa boleh dilakukan dengan lebih baik?
3. Apakah pembelajaran bagi projek ini?
Berdasarkan isu telah dikenalpasti, perbincangan kumpulan diadakan dan penemuan
diterjemahkan di dalam bentuk peta minda seperti contoh berikut:
9
7.0 RUMUSAN ‘LESSON LEARNT’
Berikut adalah hasil perbincangan dan kesimpulan yang dicapai daripada ‘brainstorming’ di
dalam kumpulan:
7.1 PENJELASAN OBJEKTIF / HASIL / KEPERLUAN
7.1.1 APA BERLAKU DENGAN LANCAR?
Tender dilaksanakan mengikut jangkamasa yang ditetapkan (on time)
7.1.2 APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK?
Kerja-kerja meroboh perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum rekabentuk oleh HODT/Perunding.
Melibatkan end user pelanggan di peringkat awal perancangan dan rekabentuk.
As-built drawing bangunan sedia ada diperlukan untuk memudahkan proses rekabentuk.
7.1.3 PEMBELAJARAN
Projek menaiktaraf bangunan lama seumpama ini dicadangkan dilaksanakan secara berfasa (tender berasingan untuk kerja-kerja meroboh, naiktaraf dan konservasi).
Peringkat perbincangan dengan pelanggan perlu melibatkan end user bagi menentukan skop kerja dan keperluan pelanggan yang lebih tepat dan terperinci. (contoh: keperluan bilik server, siling akustik)
10
7.2 PERANCANGAN
7.2.1 APA BERLAKU DENGAN LANCAR?
Para peserta semasa bengkel ini tidak terlibat semasa peringkat perancangan
7.2.2 APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK?
Koordinasi rekabentuk di antara disiplin HODT
Melibatkan PBT (Bomba, JKKP, JWN, TNB, DBKL) di peringkat awal rekabentuk bagi memastikan keperluan teknikal & akta terkini dipenuhi.
Kos projek dan senarai kuantiti sepatutnya mengambil kira keadaan sebenar di tapak bagi memastikan tiada peninggalan kerja/item.
Rekabentuk arkitek sepatutnya sempurna dan memenuhi kehendak pelanggan sebelum ditender.
7.2.3 PEMBELAJARAN
Pemeriksaan secara terperinci dilakukan terhadap sistem dalaman bangunan lama bagi mengenalpasti keadaan sebenar di tapak (contoh: ruang siling yang terhad untuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, ketinggian soffit bilik motor lif yang asal tidak memenuhi akta kilang dan jentera)
HODT perlu bekerja secara berpasukan (bukan in silo) bagi memastikan rekabentuk setiap disiplin adalah selaras dan tidak bercanggah.
Penyediaan senarai kuantiti perlu disemak dengan teliti oleh semua pihak yang terlibat sebelum ditender.
Pihak pelanggan perlu terlibat dalam memuktamadkan rekabentuk.
11
7.3 PELAKSANAAN
7.3.1 APA BERLAKU DENGAN LANCAR?
Bayaran Interim kepada kontraktor oleh pelanggan. Dari 1 kali sebulan kepada 2 kali sebulan. Tidak pernah lewat & kurang birokrasi.
Komunikasi dengan pihak PBT sangat baik. (Bomba, DBKL, TNB, JKKP)
‘Decision making’ yang cepat daripada S.O.
Pelaksanaan projek lebih fokus selepas penubuhan pasukan projek. (selepas EOT no.1)
7.3.2 APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK?
Komitmen HODT di peringkat pembinaan perlu dipertingkatkan.
Kelulusan bahan oleh arkitek perlu dibuat lebih awal dan tidak mengambil masa terlalu lama.
Ulasan bomba perlu dibuat secara bertulis.
7.3.3 PEMBELAJARAN
HODT perlu memberikan maklumbalas segera terhadap sebarang isu yang melibatkan rekabentuk di tapak bina.
Perlu ada mekanisma kawalan terhadap prestasi perunding yang dilantik.
Pasukan projek ditubuhkan di peringkat awal dengan tenaga kerja yang lengkap dan mempunyai kemahiran dan pengalaman yang sesuai dengan projek berimpak tinggi.
Pihak bomba perlu memberikan maklumbalas secara betulis sebelum perubahan
rekabentuk dilaksanakan.
12
7.4 PEMANTAUAN
7.4.1 APA BERLAKU DENGAN LANCAR?
Mesyuarat Teknikal 2 kali sebulan. Mesyuarat Tapak sekali sebulan.
Mengadakan Bengkel Risk Management untuk mengurus dan memantau pengurusan risiko pembinaan projek.
Bengkel penyiapan projek diadakan dengan melibatkan semua pihak iaitu Pasukan Projek, HODT, Perunding dan Kontraktor.
Penggunakan Whatsapp Group membolehkan maklumat dikongsi dengan cepat.
Pegawai Penguasa melawat tapak bina setiap hari.
7.3.2 APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK?
Koordinasi kerja di antara trade-trade kerja
Sepatutnya tiada lagi perubahan rekabentuk arkitek dan perubahan bahan semasa tempoh pembinaan. Kecuali yang melibatkan isu teknikal di tapak bina.
7.3.3 PEMBELAJARAN
Perlu mewujudkan prosedur koordinasi kerja
HOPT dan HODT memainkan peranan yang tegas dalam mengawal perubahan rekabentuk oleh perunding arkitek.
Recommended