pemilihan kriteria psv.pptx

Preview:

DESCRIPTION

pemilihan kriteria psv

Citation preview

PENTAKSIRAN SENI VISUALPSV 3111

PERATURAN MEMBERI MARKAH- PEMILIHAN KRITERIA-

PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Satu pendekatan pemarkahan memerihalkan pencapaian seseorang pelajar dengan merujuk kepada OBJEKTIF dan KANDUNGAN UJIAN.

• Memeriksa jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan memerlukan kriteria tertentu.

• Kriteria yang digunakan berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan

• Sebagai contoh, seorang guru mengajar murid di dalam kelas mengenai corak tidak terancang melalui teknik tiupan.

• Kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah untuk aktiviti tiupan dalam corak tidak terancang ialah dari segi warna, kemasan, alat & bahan, gubahan dan motif.

• Gubahan adalah wajaran yang meliputi cara susunan corak tiupan terhasil dan asas seni reka yang meliputi unsur rekaan serta prinsip rekaan dalam sesuatu penghasilan karya mencorak.

• Penggunaan alat dan bahan dapat dinilai melalui cara murid menggunakannya.

• Faktor kesesuaian pula perlu diambil kira kerana alatan yang boleh menghasilkan tiupan adalah straw.

• Jika murid menggunakan peralatan yang lain, mungkin akan terdapat daya kreativiti dan idea baru di mana mereka melakukan pengubahsuaian terhadap alat dan bahan, dan mampu memberi markah terhadap aspek kreativiti.

• Penggunaan warna untuk corak pula perlu terancang dan mestilah menarik.

• Motif yang dipilih hendaklah sesuai dengan tajuk atau tema yang diberikan.

• Kreativiti murid dapat dilihat melalui penghasilan motif dan pengolahan idea dan penggunaan warna yang harmoni.

• Keharmonian dan penegasan warna juga merupakan aspek dalam prinsip rekaan.

• Penggunaan warna yang berkontra menunjukkan murid berjaya memahami kategori warna sekunder dan primer.

• Daripada pengetahuan tersebut, corak dapat dihasilkan melalui susunan dan penggunaan warna yang kreatif.

KELEBIHAN PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Perbandingan antara pelajar tidak diperlukan. Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak dikaitkan dengan skor pelajar lain.

• Guru tidak akan menggunakan maklumat seperti skor tertinggi, skor terendah, min atau sisihan piawaian untuk menafsirkan pencapaian pelajar tertentu.

• Prestasi pelajar boleh diuji secara terperinci.

KELEMAHAN PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Untuk membolehkan pemarkahan dilakukan dengan saksama, bilangan item untuk setiap bidang pengetahuan atau kemahiran yang diuji perlulah mencukupi.

• Sekurang-kurang enam item dikemukakan untuk menguji setiap bidang pengetahuan atau kemahiran.(MCMillan 1997)

• Jika kriteria kurang spesifik, sekurang-kurangnya 10 item perlu diadakan untuk setiap objektif.

SEKIAN

Recommended