View
235
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
i
PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI SEBAGAI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
SITI NURUL AINMEY BT SHEIKH ABD HAMID
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2013
v
ABSTRAK
Masyarakat Orang Asli merupakan kaum peribumi yang masih ketinggalan dalam
pembangunan pendidikan terutamanya dalam bidang pendidikan vokasional. Oleh
itu, kajian ini dijalankan untuk; a) mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan
oleh masyarakat Orang Asli, b) mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan
oleh masyarakat Orang Asli berdasarkan perbezaan jantina, c) mengenalpasti faktor
penghalang utama pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli
dan d) mengenalpasti faktor penghalang utama pendidikan vokasional dalam
kalangan masyarakat Orang Asli berdasarkan perbezaan jantina. Kajian ini adalah
kajian tinjauan deskriptif yang dijalankan di Kampung Sungai Gapoi, Bentong
Pahang yang melibatkan masyarakat Orang Asli yang tinggal di Kampung Sungai
Gapoi di mana seramai 40 orang dipilih sebagai sampel kajian yang menggunakan
kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik berskala Likert digunakan sabagai
instrumen kajian di mana hasil dapatan dianalisis menggunakan Statistical Package
for Social Science (SPSS) version 18.0. Hasil analisis mendapati bidang Sains
Pertanian merupakan bidang yang diperlukan oleh masyarakat ini dan di samping itu,
masyarakat lelaki Orang Asli bukan sahaja memerlukan bidang Sains Pertanian,
malah bidang Kejuruteraan Mekanikal seperti membaiki kenderaan bermotor dan
basikal juga diperlukan. Bagi kaum wanita pula, di samping bidang Sains Pertanian
seperti tanaman sayur, getah dan sawit, bidang Hospitaliti seperti menjahit,
kraftangan dan ukiran menjadi keperluan mereka. Hasil analisis juga mendapati
faktor penghalang bagi masyarakat ini adalah faktor kewangan keluarga di mana
jumlah pendapatan bulanan mereka sangat rendah, manakala lokasi kediaman
mereka yang jauh daripada pusat bandar dan latihan vokasional merupakan faktor
penghalang bagi kaum lelaki. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) khususnya untuk merangka program yang
diperlukan dan membincangkan kaedah untuk mengatasi halangan yang dihadapi
oleh masyarakat Orang Asli ini agar mereka dapat melibatkan diri dalam bidang
pendidikan vokasional.
vi
ABSTRACT
Indigenous peoples who are behind in educational development especially in the
field of vocational education. Therefore, this study was undertaken to: a) identify the
necessary vocational skills by the Aboriginal community, b) identify areas of
vocational training required by the indigenous communities based on gender
differences, c) identify the main limiting factors in the vocational education among
indigenous peoples and d) identify the main limiting factors in the vocational
education among Aboriginal communities based on gender differences. This study is
a descriptive survey research conducted in Kampung Sungai Gapoi, Bentong Pahang
involving indigenous peoples living in Kampung Sungai Gapoi where about 40
people was selected using purposive sampling. Likert scale questionnaire used to as
the instrument where the findings were analyzed using the Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) version 18.0. Results show that the field of Agricultural
Science is required by this community and in addition, Aboriginal male society
requires not only the field of Agricultural Science, Mechanical Engineering even as
repair of motor vehicles and bicycles are also needed. For the women, as well as
Agricultural Science vegetable crops, rubber and palm oil, Hospitality areas such as
sewing, crafts and sculpture into their needs. Results of the analysis also revealed
that the barrier for this community is the financial factor family whose total monthly
income is very low, while the location of their homes far from the city center and
vocational training is a restraining factor for men. Results from this study are
expected to help Aboriginal Development Department (JAKOA) specifically to
develop the necessary programs and discuss ways to overcome obstacles faced by
indigenous communities so that they can engage in vocational education.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Definasi Operasi 12
1.10 Kerangka Kajian 14
1.11 Rumusan 15
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 16
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Pembelajaran Sepanjang Hayat 16
2.2.1 Model Pembelajaran Sepanjang Hayat 21
2.2.2 Pembelajaran Formal 23
2.2.3 Pembelajaran Non-Formal 25
2.2.4 Pembelajaran Informal 27
2.3 Masyarakat Orang Asli di Malaysia 28
2.3.1 Kelahiran 28
2.3.2 Ekonomi masyarakat Orang Asli 30
2.4 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia 31
2.4.1 Sejarah 32
2.4.2 Program Latihan dan Kemahiran dan
Fungsi Pusat Latihan 34
2.5 Pendidikan Orang Asli di Pahang 35
2.6 Pendidikan Teknik dan Vokasional 37
2.7 Bidang peperluan vokasional bagi masyarakat
Orang Asli 38
2.8 Faktor penghalang yang dihadapi oleh
masyarakat orang asli bagi menceburi
bidang vokasional 40
2.8.1 Lokasi Tempat Tinggal 41
2.8.2 Latar Belakang Keluarga 42
2.8.3 Sistem Pendidikan 43
2.8.4 Budaya dan Sikap 44
2.8.5 Masalah Kewangan ` 45
2.8.6 Pengetahuan 46
ix
2.9 Minat terhadap bidang Pendidikan Teknik dan
Vokasional 46
2.9 Perbezaan antara bidang vokasional yang
diperlukan dengan jantina masyarakat Orang Asli 47
2.10 Rumusan 48
BAB 3 METODOLOGI 49
3.1 Pendahuluan 49
3.2 Rekabentuk Kajian 49
3.3 Kerangka Kajian 50
3.4 Populasi Kajian 52
3.5 Sample Kajian 52
3.6 Instrumen Kajian 53
3.6.1 Soal Selidik 54
3.6.2 Temubual 54
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 55
3.8 Kajian Rintis 56
3.8.1 Kesahan 57
3.8.2 Kebolepercayaan 58
3.9 Kaedah Menganalisis Data 58
3.10 Rumusan 59
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 60
4.2 Analisis data demografi responden 61
4.2.1 Jantina Responden 61
4.2.2 Umur responden 62
4.3 Analisi Bahagian B 63
4.4 Analisis bidang vokasional yang diperlukan dalam
x
kalangan masyarakat Orang Asli di Sungai Gapoi 64
4.4.1 Bidang Kejuruteraan Mekanikal 64
4.4.2 Bidang Kejuruteraan Elektrik 65
4.4.3 Bidang Kejuruteraan Awam 65
4.4.4 Bidang Pengurusan Perniagaan 66
4.4.5 Bidang Hospitaliti 67
4.4.6 Bidang Sains Pertanian 68
4.4.7 Analisis min keseluruhan setiap bidang
vokasional 68
4.5 Faktor penghalang pendidikan vokasional dalam
kalangan masyarakat Orang Asli 69
4.5.1 lokasi tempat tinggal 69
4.5.2 latar belakang keluarga 70
4.5.3 Budaya dan Sikap 70
4.5.5 kewangan keluarga 71
4.5.6 Analisis min keseluruhan setiap faktor
penghalang 72
4.6 Bidang vokasional yang diperlukan berdasarkan
perbezaan jantina 73
4.6.1 Bidang Kejuruteraan Mekanikal yang
diperlukan berdarkan jantina 73
4.6.2 Bidang Kejuruteraan Elektrik yang
diperlukan berdasarkan jantina 73
4.6.3 Bidang Kejuruteraan Awam yang
diperlukan berdasarkan jantina 74
4.6.4 Bidang Pengurusan Perniagaan yang
diperlukan berdasarkan perbezaan jantina 74
xi
4.6.5 Bidang Hospitaliti yang diperlukan
berdasarkan perbezaan jantina 75
4.6.6 Bidang Sains Pertanian yang diperlukan
berdasarkan jantina 75
4.6.7 Analisis keseluruhan bidang vokasional 75
4.7 Faktor penghalang pendidikan vokasional
berdasarkan perbezaan jantina 77
4.7.1 Faktor penghalang lokasi tempat tinggal
berdasarkan jantina 77
4.7.2 Faktor penghalang latar belakang keluarga
berdasarkan jantina 77
4.7.3 Faktor penghalang budaya dan sikap
berdasarkan jantina 78
4.7 Faktor penghalang kewangan keluarga
berdasarkan jantina 78
4.7.5 Analisis keseluruhan faktor penghalang
berdasarkan jantina 79
4.8 Rumusan 80
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CANDANGAN 81
5.1 Pendahuluan 81
5.2 Perbincangan 81
5.2.1 Latar Belakang Responden 82
5.2.2 Bidang vokasional yang diperlukan 83
5.2.3 Faktor penghalang pendidikan vokasional 85
5.2.4 Bidang vokasional yang diperlukan
berdasarkan jantina 88
5.2.5 Faktor penghalang pendidikan vokasional
xii
berdasarkan jantina 89
5.3 Rumusan 89
5.4 Cadangan 91
5.4.1 Masyarakat Orang Asli 91
5.4.2 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 91
5.4.3 Institusi dan pusat latihan vokasional (PTV) 92
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.6 Penutup 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN 99
VITA 140
xiii
SENARAI JADUAL
2.1 Peringkat umur sistem pendidikan di Malaysia 23
2.2 Kursus usaha sama di antara JHEOA dengan Giat
Mara Sdn. Bhd.
34
3.1 Bilangan Populasi 52
3. 2 Skala Ordinal 54
3.3 Interpretasi Skor Ujian Alpha Cronbach 56
3.4 Pekali kebolehpercayaan soal selidik 57
4.1 Jadual interpretasi skor min 60
4.2 Taburan responden mengikut jantina 62
4.3 Taburan responden mengikut umur 63
4.4 Skor min bagi setiap item dalam bidang
Kejuruteraan Mekanikal
64
4.5 Skor min bagi setiap item dalam bidang
Kejuruteraan Elektrik
65
4.6 Skor min bagi setiap item dalam bidang
Kejuruteraan Awam
66
4.7 Skor min bagi setiap item dalam bidang
Pengurusan Perniagaan
67
4.8 Skor min bagi setiap item dalam bidang Hospitaliti 67
4.9 Skor min bagi setiap item dalam bidang Sains
Pertanian
68
4.10 Hasil dapatan analisis setiap bidang vokasional 69
4.11 Skor min bagi setiap item dalam bahagian faktor
lokasi tempat tinggal
70
4.12 Skor bagi setiap item faktor latar belakang
keluarga
70
4.13 Skor min bagi setiap item faktor penghalang
budaya dan sikap
71
xiv
4.14 Skor min bagi setiap item faktor penghalang
kewangan keluarga
71
4.15 Hasil dapatan analisisi setiap faktor penghalang
pendidikan vokasional
72
4.16 Bidang Kejuruteraan Mekanikal berdasarkan
jantina
73
4.17 Bidang Kejuruteraan Elektrik berdasarkan jantina 74
4.18 Bidang Kejuruteraan Awam berdasarkan jantina 74
4.19 Bidang Pengurusan Perniagaan berdasarkan jantina 74
4.20 Bidang hospitaliti berdasarkan jantina 75
4.21 Bidang Sains Pertanian berdasarkan jantina 75
4.22 Analisis keseluruhan bidang vokasional yang
diperlukan berdasarkan jantina
76
4.23 Lokasi tempat tinggal berdasarkan jantina 77
4.24 Latar belakang keluarga berdasarkan jantina 78
4.25 Budaya dan sikap berdasarkan jantina 78
4.26 Budaya dan sikap berdasarkan jantina 78
4.27 Taburan keseluruhan faktor penghalang
berdasarkan jantina
79
xv
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konsep Kajian 14
2.1 Kitaran DAMN 20
2.2 Model Pembelajaran Sepanjang Hayat 22
3. 1 Kerangka Kajian 51
3.2 Proses Pengumpulan Data 56
4.1 Taburan responden mengikut jantina 62
4.2 Taburan responden mengikut umur 63
4.3 Hasil dapatan analisis setiap bidang vokasional
yang diperlukan
69
4.4 Hasil dapatan analisisi faktor penghalang
pendidikan vokasional
72
4.5 Analisis keseluruhan bidang yang diperlukan
berdasarkan jantina
76
4.6 Analisis keseluruhan faktor penghalang pendidikan
vokasional berdasarkan jantina
79
xvi
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/ISTILAH
PTV - Pendidikan Teknik Vokasioanal
PAV - Pendidikan Asas Vokasional
KSM - Kementerian Sumber Manusia
JAKOA - Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Asli
KKLW - Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
PPP - Program Peningkatan Pendapatan
RMK 10 - Rancangan Malaysia Ke 10
BPTV - Bahagian Pengurusan Teknik Dan Vokasional
JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
UNESCO - United Nation For Education, Science And Cultural Organisasi
DAMN - Desire,Ability,Means,Need
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
DEB - Dasar Ekonomi Baru
RRJP - Penilaian Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama
RPS - Rancangan Pengumpulan Semula
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KEDAP - Program Kelas Dewasa Bagi Ibubapa Murid Orang Asli Dan
Peribumi
UNICEF - The United Nations Children’s Fund
ANOVA - Assumptions Of Analysis Of Variance (ANOVA)
SPSS - Statistical Package For Social Science
SD - Standard Deviation
xvii
SENARAI LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 99
B Pengesahan Pakar 104
C Dapatan kajian 108
D Gambar 132
E Temubual 138
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada anggota masyarakat Bumiputera
di negara ini. Berdasarkan bancian tahun 2006 bilangan Orang Asli di Malaysia ialah
14,230 orang. Mereka merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah pribumi
negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai suku kaum yang
berbeza-beza. Menurut kajian yang dilakukan oleh Arman (2007), secara rasminya
masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito,
Senoi dan Melayu Asli. Suku kaum Negrito merupakan golongan masyarakat Orang
Asli yang paling kecil jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli Senoi dan
Melayu Asli. Mereka juga mempunyai banyak perbezaan dari segi cara hidup dan
pertuturan bahasa yang digunakan.
Masyarakat Orang Asli adalah golongan unik yang mempunyai pelbagai
fahaman dan cara hidup yang berbeza-beza berbanding masyarakat lain di Malaysia.
Secara umumnya pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli, boleh
diklasifikasikan kepada empat iaitu pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan
serta mengumpul hasil-hasil hutan. Walaupun negara kita telah mengalami
perubahan yang pesat dalam pembangunan dan ekonomi, masyarakat Orang Asli
masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka iaitu untuk menyara keluarga. Oleh
sebab itu kadar kemiskinan bagi masyarakat orang asli mencatatkan kemiskinan yang
tinggi berbanding bangsa lain di Malaysia.
Masyarakat Orang Asli juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang
setanding dengan bangsa lain. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama
dengan bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India. Pihak kerajaan sentiasa berusaha
2
untuk memajukan masyarakat ini agar mereka tidak ketinggalan di dalam bidang
pendidikan. Pelbagai projek pembangunan telah dirancang seperti meningkatkan
taraf pendidikan untuk masyarakat Orang Asli. Menurut Arman (2007), kepentingan
pendidikan di dalam kehidupan seharian amat penting kerana ia merupakan tunjang
kepada segala aktiviti manusia untuk berjaya. Ia diakui seperti kenyataan yang
terkandung di dalam falsafah pendidikan negara yang menyatakan pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha untuk memperkembangkan potensi individu yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan.
Dari segi pendidikan, mereka masih tidak mampu bersaing dengan bangsa
lain dan masih beranggapan pendidikan bukan sesuatu yang penting kepada mereka.
Justeru itu, dalam memajukan pendidikan masyarakat Orang Asli Kementerian
Pelajaran di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merangka Tranformasi
Pendidikan Orang Asli (Berita Harian, 2012 Jun 22). Tranfomasi tersebut telah
mengariskan tujuh insiatif untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang
membanggakan negara. Insiatif kedua adalah memasukkan eleman Pendidikan Asas
Vokasional di peringkat menengah rendah di semua sekolah menengah harian yang
menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli.
Kesedaran mengenai pentingnya pendidikan vokasional kepada masyarakat
Orang Asli seharusnya dilakukan oleh semua pihak supaya melalui penguasaan
bidang vokasional akan membantu mereka mengubah cara hidup mereka ke arah
yang lebih moden dan kehadapan. Justeru itu, penguasaan bidang vokasional dilihat
mampu membangunkan pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli. Dalam
kajian Ibrahim et al., (2008), beliau menyatakan penguasaan di dalam bidang
vokasional (PTV) membantu mereka untuk terus bersaing dalam era globalisasi yang
penuh cabaran ini.
Mata pelajaran PAV yang ditawarkan di sekolah juga akan mengambil kira
sosio-budaya dan keperluan masyarakat Orang Asli seperti penyelenggaran motor,
kemahiran dalam industri berasaskan getah, industri kraftangan, kemahiran rekaan
fesyen dan membuat pakaian, ICT serta kemahiran. Pendidikan teknik dan
vokasional ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan individu yang berilmu,
berkemahiran dan berdaya saing membentuk kecemerlangan sains dan teknologi.
Menurut kenyataan Wan Zulhairi et al., (2008) PAV menekankan kepada kemahiran
untuk sesuatu aspek lain di dalam diri pelajar supaya ianya tidak diabaikan. Melalui
3
pendidikan vokasional dapat membantu masyarakat ini menambahkan kemahiran
dalam pelbagai bidang.
Pembelajaran sepanjang hayat dirancang oleh Kementerian Pengajian Tinggi
bagi membentuk rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan
ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan. Secara umumnya, pembelajaran
ini mempunyai konsep untuk memenuhi keperluan individu dan guna tenaga di
samping mewujudkan warganegara yang aktif dan kesaksamaan sosial. Rangka
program-program dan inisiatif melalui pembelajaran ini akan membawa kepada
peningkatan ilmu, produktiviti dan daya saing negara. Menurut Kassim & Abdul
(2010) pembelajaran sepanjang hayat dilihat sejajar dengan pembangunan sosio
ekonomi negara, ini akan menyedarkan masyarakat terutamanya golongan dewasa
bahawa pendidikan formal yang diperolehi semasa muda tidak lagi sesuai di
sepanjang hayat mereka.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2012) menerangkan bahawa untuk
memperkembangkan dasar pembelajaran ini, pendidikan jarak jauh ke kawasan yang
terpencil telah dibangunkan dengan menubuhkan kemudahan seperti perpustakaan
awam, muzium, perpustakaan bergerak dan pancaran satelit. Dasar pembelajaran ini
bukanlah satu perkara baru dan sebelum ini dasar ini pernah digubal oleh beberapa
kementerian dan agensi. Kementerian Sumber Manusia (KSM) menggubal pelan
pembelajaran sepanjang hayat bagi memenuhi keperluan kemahiran yang pelbagai,
pengkhususan dalam industri dan pembangunan sumber manusia.
Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Asli (JAKOA) telah merangka pelbagai
latihan dan kemahiran seperti jahitan dan kraftangan. Masyarakat Orang Asli perlu
didedahkan dengan program pembelajaran sepanjang hayat, ianya bagi membantu
pelbagai peringakat usia untuk menimba pengetahuan dalam bidang pendidikan.
Dengan adanya pengetahuan dalam bidang pendidikan terutama dalam bidang
vokasional ianya akan dapat membantu masyarakat Orang Asli meningkatkan taraf
hidup mereka. Kenyataan Arman (2007), pendidikan formal persekolahan sahaja
sudah tentu tidak akan dapat mencapai tujuan-tujuan pembangunan individu dan
Negara.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyediakan Program Peningkatan Pendapatan
(PPP) bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar miskin tegar selaras dengan
hasrat kerajaan. Antara bantuan yang disalurkan menerusi program ini ialah peralatan
4
jentera pertanian, bahan input perikanan, kelengkapan menangkap ikan, projek
sayuran, tanaman keledek, tanaman limau nipis, ternakan ikan talapia, ternakan ayam
kampung, ternakan kambing dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Orang Asli turut
menyediakan peruntukan bagi membina premis ruang niaga kepada masyarakat
Orang Asli yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Pembinaan ruang niaga kepada peserta ini adalah tertakluk kepada kriteria
yang telah di tetapkan dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Program Bimbingan
Usahawan dan Perusahaan Industri kepada Orang Asli. Antara jenis premis yang
telah dibina ialah bengkel kraf, kedai runcit, bengkel motosikal, kedai makan dan
kedai jahit. Menurut Hasril & Othman (2010) ia dapat membuka peluang baru
kepada masyarakat Orang Asli untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
Perubahan minda dan kesedaran terhadap proses pembangunan amat perlu bagi
masyarakat Orang Asli memahami kesedaran yang berlaku di sekeliling dan
seterusnya mengambil keputusan untuk memberikan reaksi yang sewajarnya.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Risdi (2008) menyatakan melalui
pendedahan terhadap keadaan yang berlaku akan dapat membuka minda masyarakat
Orang Asli untuk menanam cita-cita bagi mempertingkatkan taraf hidup dan
mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Masyarakat ini tidak
terbuka mindanya sukar untuk mencapai tahap kesedaran dan tidak akan mampu
beroleh sesuatu daripada proses perubahan dan pembangunan atau menjadi
masyarakat yang berjaya. Oleh itu, pendedahan terhadap perkara baru tentang
pembagunan akan memberikan kesedaran bagi mendorong mereka untuk melibatkan
diri secara langsung atau tidak langsung dalam proses perubahan dan pembagunan.
Kajian Aminuddin et al., (2010) menyatakan dasar JHEOA melalui
pendidikan tetap memberi keutamaan kepada matlamat memberi pendidikan yang
membolehkan masyarakat Orang Asli dapat membaca, menulis dan mengira. Kita
harus yakin dan percaya masyarakat Orang Asli mampu mengubah cara hidup
mereka ke tahap yang lebih baik dan maju, terutamanya dalam bidang pendidikan,
kerana dengan pendidikanlah yang mampu mengubah cara hidup yang biasa kepada
yang luar biasa dan lebih baik.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Kepimpinan negara menekankan pentingnya modal insan kelas dunia untuk
meningkatkan daya saing negara dalam era global berteraskan ilmu pengetahuan.
Oleh itu, bidang pendidikan dilihat sebagai agenda utama negara bagi memastikan
tiada rakyat yang tercicir dalam mengharungi arus permodenan yang semakin pesat
kini. Pendidikan adalah perkara yang penting dan perlu dialami oleh semua lapisan
peringkat usia tanpa mengira perbezaan fahaman budaya dan agama. Ismail et al.,
(2011) beranggapan pendidikan merupakan satu usaha yang dilakukan oleh
seseorang bagi mencapai cita-cita dan hasrat murni seorang manusia. Adalah sesuatu
yang membanggakan apabila semua masyarakat di negara ini dapat mengalami
sendiri pengalaman sebagai pelajar dan memperolehi pendidikan di pelbagai
peringkat samaada sekolah rendah, sekolah menengah mahupun IPT.
Kenyataan Ismail et al., (2011) menyatakan semua pihak perlu berganding
bahu di dalam proses menghasilkan modal insan berkualiti daripada semua aspek.
Melaluinya masyarakat berilmu mampu membuka minda dan meluaskan pemikiran
ke arah yang lebih kehadapan dan maju. Masyarkat Orang Asli juga merupakan
sebahagian anggota masyarakat di negara ini yang perlu diberikan perhatian dalam
bidang pendidikan ini. Menurut Ibrahim et al., (2008) secara umumnya masyarakat
Orang Asli di Semenanjung Malaysia merupakan kelompok masyarakat pribumi
yang mendiami kawasan pendalaman, hulu-hulu sungai, pinggir-pinggir hutan dan
kawasan persisiran pantai sejak beribu tahun dahulu.
Kenyataan daripada Mizan & Shuhairimi (2004) menyatakan masyarakat
Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya kerana lingkungan hidup
mereka yang masih berkait dengan alam semulajadi walaupun sudah memasuki
dunia moden. Kehidupan mereka pada masa kini masih bergantung kepada sumber
semulajadi yang semakin pupus. Sumber ekonomi seperti ini juga tidak mampu
menjamin perkerjaan dan pulangan pendapatan yang tetap dan stabil kepada mereka.
Menurut Lino (2009) harga pasaran yang rendah atau mungkin ditipu oleh orang
tengah yang mengawal harga barangan yang dijual juga menjadi punca masyarakat
Orang Asli tidak mampu meningkatkan pendapatan mereka kepada tahap yang sama
seperti bangsa lain.
6
Kajian Hasril & Othman (2010) menyatakan masyarakat Orang Asli tidak
mempunyai pendapatan yang tetap dan hidup dalam kemiskinan. Ianya menyokong
melalui kenyataan Ali (2009) menyatakan berdasarkan statistik hampir 76 peratus
daripada kelompok miskin Orang Asli terdapat di 323 buah kampung pendalaman
daripada 869 buah perkampungan Orang Asli terutamanya di Kelantan dan Pahang.
Kemunduran dan kemiskinan di kenalpasti sebagai cabaran utama yang dihadapi
oleh kerajaan dalam usaha membangunkan Orang Asli secara berkesan.
Permasalahan ini bukan sahaja membantutkan proses pembangunan masyarakat
Orang Asli, malah turut menjadi halangan kepada usaha menyatupadukan kelompok
Orang Asli dengan arus kemajuan nasional sebagaimana yang dirasai oleh kaum lain.
Menurut Arman (2007) dari segi pendidikan, masyarakat Orang Asli tidak
menerima pendidikan yang bersepadu samada dari peringkat sekolah rendah,
menengah mahupun di peringkat menara gading. Justeru itu, hal ini menjadi punca
keciciran pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli. Keciciran dalam
pendidikan ini menjadi punca masyarakat Orang Asli tidak mahu tinggal di kawasan
bandar dan masih tinggal di kawasan pendalaman yang jauh dari perubahan
teknologi semasa. Ketiadaan ilmu pengatahuan serta kelayakkan pendidikan yang
baik menjadi punca belia Orang Asli gagal memperoleh pekerjaan yang baik.
Pengarah Pusat Pengajian Pribumi Malaysia, Universiti Malaya, Prof Madya
Dr Juli Edo, dalam Berita Harian November 2009 menyatakan latar belakang sosio-
ekonomi keluarga antara penyebab utama pendidikan golongan itu terus dibelenggu
keciciran sejak sekian lama. Ini menyebabkan mereka masih berada di bawah paras
kemiskinan yang membimbangkan apabila tiada ilmu pengetahuan yang mencukupi.
Kedudukan sosio-ekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih tertinggal
dalam pelbagai bidang, berbanding dengan kaum lain di Malaysia (JHEOA, 2012).
Kekurangan ilmu pengetahuan di kalangan mereka perlu di ambil serius, supaya
masalah sosial dapat dibendung dari peringkat awal.
Masalah pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli menjadi punca
berlaku banyak gejala sosial di kalangan anak muda. Kesannya menyebabkan ramai
golongan muda Orang Asli yang terlibat dengan masalah sosial seperti mencuri dan
menghisap dadah (Samri, komunikasi peribadi, Mei 5, 2012). Di negara kita, melalui
RMK 10, usaha memperkukuhkan sistem pendidikan negara yang direncanakan
mulai peringkat awal kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi telah
mengambil kira semua kepentingan masyarakat negara ini. Malah, usaha ini di
7
harapkan akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan masyarakat
Orang Asli terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman. Pendidikan teknik dan
vokasional dilihat penting untuk masyarakat orang asli mengikutinya bagi membantu
mereka menjalani kehidupan yang seiring dengan bangsa lain.
Masyarakat Orang Asli dilihat kurang pengetahuan mengenai bidang
vokasional sehingga menyukarkan mereka untuk memilih bidang yang bersesuai
untuk mereka ceburi. Justeru itu, adalah penting untuk masyarakat Orang Asli
sekurang-kurang mempunyai sedikit ilmu mengenai bidang kemahiran yang boleh
dipelajari supaya ianya boleh membantu mereka untuk memajukan diri seiring
dengan bangsa lain di Malaysia. Kemahiran yang ada, membolehkan mereka
menceburi bidang pekerjaan atau membuat peniagaan sendiri. Kebanyakkan
masyarakat Orang Asli di perkampungan Mah Meri tidak mempunyai pengetahuan
mengenai bidang vokasional (Samri, komunikasi peribadi, Mei 5, 2012). Kemahiran
seperti mengukir patung diwarisi daripada nenek moyang mereka. Ini menyebabkan
mereka tidak mempunyai kemahiran yang boleh di jadikan sebagai sumber
pendapatan mereka.
Pengetahuan terhadap bidang vokasional haruslah didedahkan kepada
masyarakat Orang Asli ini, supaya mereka mengetahui bidang yang boleh mereka
sertai dan sekaligus membantu mereka meningkatkan taraf hidup apabila mempunyai
kemahiran yang tersendiri. Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi
falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui
sesuatu. Dason et al., (2010) menyatakan, pendidikan vokasional mengamalkan
kemahiran-kemahiran yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian dalam
mencorak pendidikan sepanjang hayat. Ianya juga berperanan untuk menangani
masalah pengangguran akibat dari pertambahan penduduk negara dengan mendadak
dengan menyediakan kemahiran tertentu kepada pelajar bagi menceburi bidang
pekerjaan.
Dalam kajian Dason et al., (2010) juga, ada menyatakan pendidikan teknik
dan vokasional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1964 iaitu di bawah Jabatan
Pengurusan Teknik, yang kini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Teknik dan
vokasional (BPTV). Ianya bertujuan untuk menyediakan pelajar untuk memasuki
pekerjaan bagi satu langkah mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan
bidang ekonomi dalam perindustrian. Menurut Risdi & Aminuddin (2009) program
yang diatur ini banyak tertumpu kepada institusi pendidikan secara formal seperti
8
sekolah–sekolah dan institusi pengajian yang lain. Ianya tidak memfokuskan secara
khusus kepada masyarakat Orang Asli. Bidang vokasional merupakan salah satu
cabang pendidikan yang mencabar dan meluas sesuai dengan hasrat kerajaan untuk
menjadi negara penyumbang teknologi.
Pendidikan yang bercorak vokasional dilihat merupakan salah satu cabang
pendidikan yang mampu untuk membawa negara ke arah sebuah negara maju yang
sama seperti negara-negara barat. Kenyataan dari Abdullah & Risdi (2008), peranan
pendidikan teknik dan vokasional amat besar bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan
separuh mahir dalam pembangunan sesebuah industri. Pihak kerajaan sentiasa
berusaha untuk memajukan masyarakat Orang Asli agar tidak ketinggalan di dalam
bidang pendidikan. Menurut Najib (2006) negara ingin menjadikan masyarakat
Orang Asli mampu berdaya saing dengan masyarakat lain di Malaysia. Beberapa
projek pembangunan telah dirancang seperti meningkatkan taraf pendidikan untuk
masyarakat Orang Asli sejajar dengan kehendak negara yang ingin melahirkan rakyat
yang berilmu pengetahuan.
Kenyataan Hasril & Othman (2010) segala usaha kerajaan ini, jelas
menunjukan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan Orang Asli keluar dari
kemiskinan. Menurut Abdul Talib et al., (2003) proses menaik taraf kemudahan-
kemudahan yang disediakan perlu bagi memastikan sekolah masyarakat Orang Asli
juga dapat menggunakan kemudahan yang sama seperti sekolah-sekolah di bandar.
Ini kerana masyarakat Orang Asli juga adalah merupakan aset yang cukup bernilai
kepada negara. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JHEOA telah menyediakan
satu Pelan Komprehensif JHEOA 2006-2010. Tujuannaya ialah untuk mewujudkan
mekanisma utama dalam penilaian program-program pembangunan. Ia mengukur
samada sesuatu dasar, program atau projek mencapai matlamat yang ditetapkan serta
mendatangkan faedah kepada golongan sasar.
Program yang dirancangkan ini tidak melibatkan pendidikan yang
berteraskan kepada pendidikan teknikal kerana tidak berupaya menyediakan
kepakaran terlatih di samping kekurangan peralatan asas. Tujuan penyelidikan untuk
mengenal pasti bidang keperluan vokasional masyarakat Orang Asli, serta mengenal
pasti faktor penghalang yang dihadapi oleh masyarakat ini bagi menceburi bidang
vokasional. Selain itu, untuk menghasilkan ahli komuniti Orang Asli yang dapat
menguasai bidang baru di samping mengekalkan bidang yang sedia ada dan
memanfaatkannya sebagai salah satu punca pencarian dan pendapatan mereka.
9
Kenyataan Mohamad (2009) Orang Asli telah hidup di dalam masyarakat
yang terasing dan kurang mendapat perkhimatan yang sempurna. Justeru itu, tidak
dapat dinafikan bahawa pendidikan vokasional adalah salah satu daripada cara untuk
memajukan diri, keluarga serta masyarakat. Kaum ini perlu berusaha untuk
membangunkan diri, keluarga serta masyarakat mereka agar mampu berdikari dalam
arus pemodenan negara yang cukup pesat membangun ini. Pendekatan yang menarik
perhatian penyelidik dalam melaksanakan penyelidikan ini ialah membawa masuk
serta menerapkan pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam kurikulum
pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat perkampungan Orang Asli di
negeri Pahang. Melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat ini, ianya tidak
hanya fokus kepada golongan muda sahaja tetapi juga turut memberi peluang kepada
pelbagai peringkat usia untuk menambah pengetahuan dan pendidikan mereka.
Melalui pembelajaran sepanjang hayat ini ianya dapat menambah pelbagai
ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam memperkayakan kualiti
hidup individu. Selain itu, ianya dapat meningkatkan kesedaran dan penyertaan
dalam kalangan masyarakat Orang Asli supaya dapat memanfaatkan potensi kendiri
melalui pembelajaran sepanjang hayat akan dapat menghasilkan impak positif dari
segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran. Sebagai komuniti yang bergantung
kepada sumber pertanian, alam semulajadi dan bantuan dari pihak kerajaan, komuniti
Orang Asli menghadapi halangan untuk bersaing dengan kaum lain yang jauh lebih
maju daripada mereka. Namun ia bukanlah satu alasan untuk tidak melaksanakan
pendidikan vokasional dalam kalangan mereka. Kegiatan ekonomi secara tradisional
dilihat tidak mampu menyediakan asas yang kukuh bagi menyokong pembangunan
yang mampan serta berterusan untuk masyarakat ini kerana sumber asli tersebut
semakin berkurang dan terancam.
1.3 Penyataan Masalah
Hasil daripada latar belakang masalah yang dibincangkan, ianya dapat dirumuskan
bahawa kehidupan masyarakat Orang Asli banyak bergantung kepada sumber
semulajadi yang semakin pupus dan telah menyebabkan taraf hidup mereka jauh
ketinggalan berbanding bangsa lain. Dari aspek ekonomi, mereka mengalami
masalah kekurangan pendapatan dan menyebabkan keciciran dalam pelbagai aspek.
10
Selain itu, masalah ekonomi ini menjadi faktor mereka tidak mampu untuk
memperolehi ilmu pengetahuan. Ini menyebabkan mereka tercicir dalam pendidikan
dan sekaligus mengundang masalah sosial yang tinggi di kalangan remaja Orang
Asli. Masyarakat ini mempunyai kemahiran seperti menjahit, anyaman dan membuat
kraftangan. Bidang kemahiran ini secara tidak langsung berkaitan dengan pendidikan
vokasional yang semakin diutamakan di negara kita. Kekurangan ilmu pengetahuan
menyebabkan mereka tiada pengetahuan mengenai bidang vokasional. Ianya menjadi
menghalang kepada mereka untuk mendapatkan latihan kemahiran yang bersesuai
untuk meningkatkan taraf hidup. Oleh itu, kajian ini penting untuk mengenalpasti
kemahiran vokasional yang di perlukan oleh masyarakat Orang Asli dan halangan
yang dihadapi oleh masyarakat ini bagi menceburi bidang vokasional.
1.4 Objektif Kajian
Objektif dalam kajian ini adalah:
(i) Mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang
Asli di Kampung Sungai Gapoi.
(ii) Mengenalpasti bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang
Asli di Kampung Sungai Gapoi berdasarkan perbezaan jantina.
(iii) Mengenalpasti faktor penghalang utama pendidikan vokasional dalam
kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi.
(iv) Mengenal pasti bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang
Asli di Kampung Sungai Gapoi berdasarkan perbezaan Jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam kajian ini adalah:
(i) Apakah bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli di
Kampung Sungai Gapoi?
(ii) Apakah bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli di
Kampung Sungai Gapoi berdasarkan jantina lelaki?
11
(iii) Apakah bidang vokasional yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli di
Kampung Sungai Gapoi berdasarkan jantina perempuan?
(iv) Apakah faktor penghalang utama pendidikan vokasional dalam kalangan
masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi?
(v) Apakah faktor penghalang pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat
Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi berdasarkan faktor jantina lelaki?
(vi) Apakah faktor penghalang pendidikan vokasional dalam kalangan masyarakat
Orang Asli di Kampung Sungai Gapoi berdasarkan faktor jantina perempuan?
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti:
(i) Hasil kajian diharap dapat membantu JHEOA mengenal pasti bentuk latihan
dan kemahiran yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli yang berminat
dalam bidang pendidikan vokasional.
(ii) Membantu masyarakat Orang Asli mengetahui bidang kemahiran vokasional
yang mereka minati dan ingin dipelajari.
(iii) Memberi kesedaran kepada masyarakat Orang Asli mengenai kepentingan
pendidikan vokasional kepada mereka.
1.7 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah untuk mengetahui bidang kemahiran vokasional yang
diperlukan oleh masyarakat Orang Asli di Pahang. Selain itu, ianya adalah untuk
mengetahui faktor penghalang yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli untuk
menceburi bidang vokasional. Skop kajian ini juga untuk menjadikan pendidikan
vokasional sebagai pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat Orang Asli.
Kajian ini dilakukan kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di kampung dalam
daerah Bentong Pahang iaitu Kampung Orang Asli Sungai Gapoi.
12
1.8 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, batasan kajian adalah populasi yang digunakan adalah masyarakat
Orang Asli di sebuah kampung Negeri Pahang. Justeru itu, dapatan kajian hanya
sesuai untuk masyarakat Orang Asli di Pahang sahaja dan tidak sesuai untuk
keseluruhan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Selain itu, penyelidik hanya
menfokuskan kepada pendidikan vokasional sebagai pembelajaran sepanjang hayat,
dan ianya lebih menekankan kepada pembelajaran dalam kalangan remaja, dan
warga emas tidak dilibatkan dalam kajian ini. Oleh itu, responden terdiri daripada
mereka yang berusia dalam lingkungan 16 tahun sehingga 30 tahun sahaja.
1.9 Definasi Operasi
Definasi operasil ialah definasi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan
responden, pembolehubah yang hendak diuji atau di manipulasi dalam kajian. Ia
memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak diuji itu boleh diperhatikan atau
dimanipulasikan. Menurut Sabitha, 2005 definasi operasi menentukan prosedur yang
spesifik bagi melaksanakan kajian ke atas definasi. Beberapa istilah yang digunakan
dalam penulisan ini memerlukan definasi yang terperinci. Definasi ini perlu kerana
pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut ialah;
1.9.1 Pendidikan Vokasional
Perkataan vokasional (vocational) berasal daripada perkataan Latin vocare yang
bermaksud to call. Manakala Kamus Dewan (2005) pendidikan vokasional adalah
pendidikan amali di mana menitikberatkan kemahiran yang di perlukan untuk
sesuatu pekerjaan. Dalam kajian ini pendidikan vokasional merujuk kepada
pendidikan yang melibatkan kemahiran dan latihan seperti bidang pertanian,
pertukangan, kraftangan dan sebagainya, yang dapat membantu masyarakat Orang
Asli meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik.
13
1.9.2 Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kamus Dewan (2005) mendefinasikan pembelajaran sebagai proses belajar untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut Azhar et al.,(2004)
mendefinasikan pembelajaran sepanjang hayat, dalam pengertian yang lebih luas
iaitu penerusan dalam apa saja dan semua bentuk pembelajaran sepanjang hayat
seseorang. Ia merangkumi pembelajaran dewasa, perolehan kemahiran vokasional
dan aktiviti-aktiviti tidak begitu formal yang lainnya yang memberi sumbangan
kepada keadaan sosial yang baik dan pembangunan personal seseorang individu.
Dalam kajian ini pembelajaran sepanjang hayat adalah pembelajaran secara terbuka
yang memberi masyarakat Orang Asli satu peluang untuk belajar dan terus belajar
terutamanya berdasarkan kemahiran tersendiri. Melalui pembelajaran sepanjang
hayat ini, masyarakat Orang Asli dapat menimba ilmu sama ada secara informal atau
non-formal.
1.9.3 Orang Asli
Perkataan Orang Asli adalah perkataan dalam Bahasa Melayu yang dirujuk kepada
“orang asal” iaitu manusia yang mula-mula mendiami negara ini. Perkataan asli
berasal daripada perkataan Arab iaitu asliyyin yang membawa maksud asal. Dalam
undang-undang Malaysia, Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974) dalam
Lino (2009) dan Rasdi et al., (2009) mendefinasikan Orang Asli adalah mana-mana
orang yang bapanya bangsa Orang Asli dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli
dan adat serta kepercayaan Orang Asli, termasuklah seseorang keturunan melalui
lelaki itu. Anak angkat atau anak hasil perkhawinan dengan bukan Orang Asli, dikira
Orang Asli sekiranya anak tersebut mengikut cara hidup Orang Asli selagi dia
mengikut cara hidup Orang Asli (Akta 134,Akta Orang Asli 1954). Dalam kajian ini,
Orang Asli ditakrifkan sebagai masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman,
yang mengamalkan cara hidup lama, mereka berada pada paras kemiskinan kerana
tidak mempunyai ilmu serta kemahiran untuk berkerja. Ianya juga merangkumi
mereka yang berusia di antara 16 hingga 30 tahun.
14
1.9.4 Jantina
Menurut Kamus Dewan (2005) jantina adalah perbezaan di antara wanita dan lelaki
dalam isi rumah yang sama dan di dalam antara budaya yang mana secara sosialnya
dan budayanya di bentuk melalui perubahan masa. Perbezaan ini akan memberi
impak kepada peranan, tanggungjawab, jankauan dan kesampaian terhadap sumber,
kekayaan peluang, keperluan, persepsi dan lain-lain yang di pegang oleh wanita dan
lelaki. Dalam kajian ini, jantina adalah merujuk kepada responden lelaki dan
perempuan yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik dan mereka dipilih secara
rawak untuk diuji objektif dan persoalan kajian. Ianya bertujuan mengenalpasti
bidang keperluan dan faktor penghalang berdasarkan perbezaan jantina.
1.10 Kerangka Kajian
Kerangaka konsep bagi kajian ini ditunjukkan dalam rajah 1.1:
Masyarakat Orang Asli di Kampung
Sungai Gapoi
Bidang Vokasional yang diperlukan
Faktor Penghalang Pendidikan Vokasional
1. Kejuruteraan mekanikal
2. Kejuruteraan Elektrik
3. Kejuruteraan Awam
4. Pengurusan Perniagaan
5. Hospitaliti
6. Sains Pertanian
1. Lokasi Tempat Tinggal
2. Latarbelakang Keluarga
3. Budaya dan Sikap
4. Kewangan Keluarga
Memilih bidang vokasional yang diperlukan untuk menambahkan
kemahiran dan latihan dalam bidang yang diminati
Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian
15
1.11 Rumusan
Secara keseluruhannya, penyelidik membincangkan perkara asas dalam kajian ini.
Ianya merupakan panduan dalam kajian yang dijalankan. Perkara yang dibincangkan
termasuklah latar belakang masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian,
batasan kajian dan definasi operasi. Bahagian ini sangat penting kerana ianya
merupakan tujuan sebenar penyelidikan dilakukan. Jika tidak dinyatakan dengan
jelas dalam bahagian ini, ianya menyukarkan penyelidik dalam kajian yang
dilakukan seperti tidak mencapai objektif serta persoalan kajian. Pada bahagian ini
penyelidik akan menyatakan bukti mengapa kajian ini perlu dijalankan berdasarkan
latar belakang masalah. Persoalan kajian yang dibina amat penting kerana jawapan
kepada persoalan tersebut akan diterangkan pada bab 4 untuk memperolehi hasil
kajian dan bab 5 untuk perbincangan dan rumusan. Bab 1 merupakan bahagian yang
paling penting dalam setiap penyelidikan, kerana ianya penentu samaada kajian yang
ingin dijlankan dapat dilaksanakan atau tidak.
16
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Kajian Literatur adalah bahan bacaan yang dapat kita pakai sebagai dasar rujukan
semasa melaksanakan kajian. Ianya bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman
tentang kajian yang dijalankan dengan merujuk kepada pelbagai buku, jurnal dan
lain-lain sumber bacaan yang boleh didapati dari perpustakaan, pusat sumber dan
mendapat maklumat terkini mengenai kajian daripada internet. Perkara yang
dibincangkan adalah mengenai pembelajaran sepanjang hayat, latar belakang
masyarakat Orang Asli serta bidang vokasional dan faktor penghalang pendidikan
vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
2.2 Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kemajuan Negara yang bergerak pesat dan membangun ketika ini menjadikan
bidang pendidikan sebagai salah satu bidang yang penting kepada rakyat Malaysia.
sesebuah negara yang mahu terus berjaya dalam ekonomi berteraskan ilmu, harus
menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada modal insannya
sehingga menjadi satu budaya hidup (Kasim & Abdul, 2010). Ianya tidak hanya
kepada golongan muda tapi juga kepada semua peringkatan usia. Menurut Adrian
(2010) lebih 30 tahun yang lalu UNESCO telah memperkenalkan idea tentang
pembelajaran sepanjang hayat. Melalui idea yang diperkenalkan berkenaan
pembelajaran ini telah banyak membantu masyarakat dunia untuk menambah ilmu
pengetahuan tanpa mengira usia. Idea asalnya dikaitkan dengan harapan membentuk
masyarakat yang mempunyai kualiti kehidupan yang lebih tinggi.
17
Menurut Kassim & Abdul (2010), pada generasi kedua, idea tersebut mula
berkembang sebagai satu usaha memenuhi keperluan tenaga buruh berkemahiran dan
berkompetensi Di Malaysia pembelajaran sepanjang hayat telah menjadi agenda
penting bidang pendidikan apabila banyak institusi menyediakan kursus-kursus
pembelajaran sepanjang hayat dalam pelbagai bidang. Pembelajaran sepanjang hayat
perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan
berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri (Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara, 2012). Pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan oleh IPT
adalah melalui pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan
pengalaman berkerja dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan
dan kemahiran diri.
Pembelajaran sepanjang hayat merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti
pembelajaran yang boleh diikuti ke akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan keterampilan kepada individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Agama islam sendiri amat mengalakkan setiap umatnya menuntut ilmu
sepanjang hayat, dan institusi pondok yang subur di negeri-negeri pantai timur dan
utara semenanjung dalam dekad-dekad awal sebelum perang telah melaksanakan
konsep pendidikan. Antara kumpulan sasaran utama pembelajaran ini ialah golongan
dewasa yang tidak berkerja dan suri rumah yang mahu memberi sumbangan kepada
negara, menambah baik diri dan mempelbagaikan kemahiran (Pelan Straktegik
Pengajian Tinggi Negara). Dalam kajian Marjan (2011), pembelajaran sepanjang
hayat ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti pelajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa.
Pembelajaran sepanjang hayat di anggap bermanfaat kepada individu kerana
ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja,
pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. Pembelajaran
sepanjang hayat meliputi pelbagai pendekatan untuk belajar. Menurut Azhar et al.,
(2004), pembelajaran sepanjang hayat bermaksud proses di mana orang dewasa
secara terus-menerus memperoleh, dalam perlakuan sedar, pendidikan formal atau
tidak formal sepanjang jangka masa hidupnya, sama ada bagi mengekalkan dan
meningkatkan kemahiran vokasional atau untuk pembangunan personal.
Selain itu Marjan (2011) menyatakan pembelajaran sepanjang hayat adalah
lebih kepada satu hasil daripada satu proses yang merangkumi pelengkap yang
datang daripada kehidupan itu sendiri. Pendidikan formal, pendidikan bukan formal,
18
aktiviti sosial dan reaksi dan kehidupan biasanya memainkan peranan dalam
menyumbang kepada hasil pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Hargreaves
(2004) pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk
peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas
motivasi kendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran
berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu,
menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman
hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan
keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup. Terdapat
beberapa konteks dan konsep pembelajaran sepanjang hayat iaitu home schooling
yang melibatkan pembelajaran tidak formal di rumah serta pendidikan dewasa iaitu
usaha pembelajaran formal dan berstruktur untuk mendapatkan sijil atau kelayakan
dan kemahiran kerja untuk kehidupan seterusnya.
Pembelajaran sepanjang hayat secara vitalnya mempunyai ciri-ciri tetap yang
dinyatakan oleh Azhar et al., (2004) seperti:
(a) Pembelajaran bersifat sengaja
Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran bersifat sengaja adalah para
pelajar sedar bahawa mereka sedang atau berhadapan dengan proses
pembelajaran.
(b) Pembelajaran adalah perkara yang jelas dan tetap
Pembelajaran adalah perkara yang jelas dan tetap yang mana pembelajaran
mempunyai matlamat yang spesifik dan bukan mempunyai tujuan yang
samar-samar. Antara contoh matlamat pembelajaran adalah pembangunan
minda.
(c) Matlamat
Matlamat adalah penyebab utama mengapa pembelajaran itu diikuti.
Pembelajaran yang diikuti oleh individu itu bagi mencapai tujuan-tujuan
tertentu atau secara mudahnya pembelajaran adalah berfokuskan matlamat.
(d) Pelajar menyimpan apa yang sudah dipelajari
Pelajar mengambil inisiatif menyimpan apa yang sudah dipelajari bagi suatu
jangka masa yang bermaksud pelajar menerima pengetahuan dan secara tidak
langsung mengaplikasikan pengetahuan yang diterima ini mengikut
perubahan dan kesesuaian masa.
19
Namun begitu terdapat juga ciri-ciri khusus pembelajaran sepanjang hayat yang
merangkumi;
(a) Formal ataupun tidak formal
Pembelajaran sepanjang hayat berlaku secara formal atau tidak formal.
Misalnya, daripada definasi yang diberikan oleh UNESCO (1976) yang
menyatakan bahawa pembelajaran sepanjang hayat adalah bermatlamatkan
penstrukturan semula sistem pendidikan yang sedia ada iaitu sistem formal
dan membangunkan keseluruhan pendidikan yang berpotensi di luar sistem
pendidikan yang mungkin merupakan sistem pendidikan tidak formal.
(b) Suatu proses
Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses memberi pengertian bahawa
pembelajaran sepanjang hayat itu melibatkan peringkat tersediri yang saling
berkait antara satu sama lain. Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses
pembelajaran dalam konteks pembelajaran dan penyesuaian berterusan.
(c) Berterusan
Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses yang berterusan. Definasi yang
diberikan oleh Aylin (2011) menyatakan bahawa pembelajaran sepanjang
hayat adalah tabiat pembelajaran berterusan sepanjang hayat individu.
(d) Perubahan psikomotor
Salah satu output pembelajaran sepanjang hayat adalah perubahan psikomotor
iaitu perubahan dalam tingkah laku kerja individu. menyatakan bahawa
pembelajaran sepanjang hayat adalah bagi mengekalkan dan meningkatkan
kemahiran vokasional individu.
(e) Perubahan nilai atau sikap
Perubahan nilai atau sikap juga adalah output pembelajaran sepanjang hayat.
Marjan (2011) menyatakan bahawa pembelajaran sepanjang hayat
membolehkan terjadinya pembangunan personal individu.
(f) Konsep pembelajaran sepanjang hayat
Salah satu pendekatan bagi mengkonsepsikan pembelajaran sepanjang hayat
adalah menegaskan penekanan utamanya pada promosi kemahiran dan
kompetensi yang diperlukan bagi membangunkan kebolehan secara umum
dan persembahan spesifik dalam peranan dan aktiviti yang mempunyai
instrinsik yang bernilai, suatu yang baik di dalam dan bagi dirinya.
20
Pembelajaran sepanjang hayat yang efektif memerlukan input ekstrinsik dan
intriksik. Sesungguhnya, ia melibatkan keseluruhan DAMN Cycle iaitu Desire
(keinginan) dan Ability (kemampuan) untuk belajar daripada pihak pelajar, Means
(makna) bagi menyokong pembelajaran dan pengertian terhadap Need (keperluan)
bagi merangsang kesemua aspek ini. DAMN Cycle dinyatakan seperti dalam rajah
2.1.
Rajah 2.1: Kitaran DAMN (Adaptasi dari Azhar et al., 2004)
(a) Keinginan
Mengapa manusia belajar? Jawapannya kerana ia melibatkan naluri,
keperluan intelektual dan perkara yang mahu dicapai. Keinginan untuk
belajar, kecenderungan semulajadi individu dan bergantung pada diri mereka,
manusia secara naturalnya meneruskan pembelajaran kecuali dalam keadaan
yang tidak mengizinkan. perkara yang disesalkan adalah mereka yang
terdedah kepada perkara yang dapat menumpulkan atau menghancurkan
keinginan ini. Pengalaman pembelajaran yang positif membangunkan
keyakinan diri dan ketekunan untuk belajar.
(b) Kemampuan
Bagaimana manusia belajar? Ahli psikologi kognitif seperti Burner, Ausabel
dan Piaget menekankan kesedaran orang yang belajar, belajar bukan sahaja
menerima maklumat, tetapi menghasilkan makna daripadanya. Model yang
logik berkenaan dengan peralihan dari pemusatan kepada guru kepada
pemusatan kepada pelajar mempunyai implikasi penting untuk membuat teori
dan strategi. Untuk berdikari dalam pembelajaran sepanjang hayat, pelajar
Need
(Keperluan) Ability
(Kemampuan)
Means (Makna)
Desire (Keinginan)
21
perlu membangunakan minda yang dapat membawa mereka kepada jawapan
dan penyelidikan. Pelajar perlu belajar berfikir secara ktitikal dan imaginatif.
(c) Makna
Rekaan infrastruktur yang baik menggalakkan perkembangan pembelajaran
yang pesat masyarakat. Kumpulan komuniti dan professional dalam
organisasi mempunyai had dalam menyediakan pembelajaran sepanjang hayat
di mana ia lebih banyak kepada asas tidak formal. Bagi para pelajar, mereka
melihat ia sebagai minat untuk melibatkan diri dalam usaha menyediakan
kemudahan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengekalkan kualiti yang
tinggi di tempat kerja.
(d) Keperluan
Sudah menjadi keperluan mustahak untuk melakukan usaha sama dalam
mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat ini. Dengan perkembangan
maklumat yang semakin pesat amat perlu bagi individu mempunyai
kemahiran yang membolehkan mereka menyambung pembelajaran berterusan
professional bagi kelayakan personal yang tinggi.
2.2.1 Model Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pendidikan jarak jauh telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap
sebagai suatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar pemeblajaran
sepanjang hayat. Ciri utama pembelajaran ini ialah fleksibiliti program yang
membolehkan pembelajaran berlaku pada masa dan tempat yang sesuai dengan
pelajar. Ciri-ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat
dan kini terdapat pelbagai mod cara belajar tanpa batasan masa dan tempat.
Penggunaan format media terkini seperti fail MP3 dan MP4 telah membolehkan
bahan tutorial dimuat turun dalam bentuk video, audio, imej dan slaid digital. Selain
itu, kaedah pembelajaran ini tidak mendatangkan masalah kerana bahan
pembelajaran adalah direka dengan arahan kendiri (self-instructional), interaktif,
mesra-pelajar (leaner friendly) dan sistematik (Abas, 2008; R).
Abas (2008) telah mengemukakan satu teori pembelajaran. Menurut teori
tersebut, pada masa akan datang, sistem pendidikan akan menggunakan alat
perhubungan online sosial seperti laman web, blog, wikipedia dan ruang sosial
22
seperti My Space dan Facebook. Ini bermakna pembelajaran masa kini dan akan
datang adalah satu proses aktif di antara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan
kompetensi teknologi. Model pembelajaran sepanjang hayat yang dikemukakan oleh
Garrison (1997) ditunjukan seperti dalam rajah 2.2.
Rajah 2.2: Model Pembelajaran Sepanjang Hayat (Garrison, 1997)
Model tersebut menunjukkan pembelajaran sepanjang hayat adalah proses berkitar
dengan empat tonggak utama:
(i) Kesedaran kendiri (Self awareness) - Pelajar mengenalpastikan identiti dan
autonomi mereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan
kepercayaan sendiri, secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka
semasa belajar (Knowles ., 2005).
(ii) Merancang Pembelajaran - Planning for learning (Self management)
Penetapan objektif dan perancangan untuk mencapai objektif tersebut.
(iii) Sedar apa yang perlu dipelajari - Understanding how to learn (Meta-learnig)
Menggambarkan kesedaran pelajar tentang kaedah yang berbeza semasa
belajar dan pelbagai cara belajar.
(iv) Penilaian pembelajaran - Evaluating learning (Self monitoring) -
Menunjukkan analisis sistematik terhadap pelaksanaan belajar. Garrison
mendefinisikan self monitoring ialah tanggunjawab seseorang untuk menilai
pengurusan pembelajaran mereka sendiri.
Pembelajaran Sepanjang
Hayat
Mengenal Diri (Kesedaran Kendiri)
Perancangan Untuk Belajar (Pengurusan
Kendiri)
Memahami Cara (Matapelajaran)
Penilaian Pembelajaran (Pemantauan
Kendiri)
23
Pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia
yang dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri bagi
mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka. Setiap individu berpeluang
mengikuti Pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengira di mana mereka berada,
dalam apa-apa jua keadaan atau situasi, umur dan latar belakang mereka. usaha yang
dilakukan oleh KPT bagi memberikan pengiktirafan dan menambah laluan
pembelajaran ini merupakan kesinambungan daripada strategi yang dilaksanakan
oleh beberapa kementerian dan agensi sebelum ini. Pembelajaran ini boleh dijadikan
sebagai satu budaya setiap individu yang berbilang kaum di Malaysia yang dapat
menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti pengajaran dan
pembelajaran, penyediaan penarafan, peningkatan akses pendidikan tertiary serta
peningkatan pelbagai mod dan laluan kepada setiap individu.Terdapat tiga jenis
pembelajaran, Boon, P. Y. & Ragbir (1998) dalam buku Psikologi II: Siri Diploma
Perguruan menyatakan:-
2.2.2 Pembelajaran Formal
Menurut Adanan & Mohd Azhar (2007) pembelajaran formal merupakan sistem
pendidikan yang terancang, ianya ditentukan oleh kerajaan dan sistem politik Negara
serta di institusikan. Ia mempunyai matlamat, tujuan, dan objektif yang dapat
memenuhi hasrat dan aspirasi negara. Jenis pembelajaran ini mempunyai sukatan
yang sama dan seragam dalam aspek-aspek kukorikulum dan ko-kurikulum untuk
seluruh Negara. Ianya diatur secara berperingkat-peringkat mengikut umur.
Peringkat umur sistem pendidikan adalah ditunjukkan pada jadual 2.1.
Jadual 2.1: Peringkat umur sistem pendidikan di Malaysia Bilangan Peringkat Umur
1 Rendah 7-12 tahun 2 Menengah 13-20 tahun 3 Universiti 20-27 tahun
Pembelajaran sepanjang hayat juga sering kali dianggap sebagai pembelajaran dalam
bentuk yang formal. Pembelajaran formal dilaksanakna di suatu lokasi yang spesifik
seperti di sekolah, maktab atau universiti. Penilaian adalah dipentingkan dan
24
biasanya dijalankan diakhir proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat untuk
menilai serta mengukur keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada
jadual 2.1 pembelajaran formal boleh didefinasikan sebagai pembelajaran yang
diperolehi melalui satu sistem pendidikan yang dilembagakan dan disusun secara
berperingkat-peringkat berdasarkan umur seseorang individu. Menurut Adanan &
Mohd Azhar (2007) tujuan pembelajaran formal adalah untuk mengembangkan
domain kognitif (aspek mental), afektif (nilai dan sikap) dan psikomotor (kemahiran)
seseorang murid atau pelajar. Ianya dikendalikan oleh seorang individu yang terlatih
seperti guru-guru diperingkat rendah ( menengah, pensyarah diperingkat universiti).
Pembelajarn formal lebih menekankan aspek penilaian yang mana ianya
dilakukan oleh tenaga pengajar seperti mengadakan ujian dan peperiksaan. Berikut
adalah ciri-ciri pembelajaran formal;
(i) Berlaku secara disedari murid, dan ia dilakukan secara nyata dan
disengajakan.
(ii) Berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang digubal mengikut dasar
dan aspirasi Negara.
(iii) Diterima secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah
dan dilembagakan seperti di sekolah maktab atau universiti.
(iv) Berasaskan struktur yang tertentu, iaitu dengan tujuan, cara perlaksanaan dan
cara penilaian yang nyata.
(v) Berlaku dalam satu tempoh masa yang tertentu, misalnya, pendidikan
prasekolah-1 tahun, pendidikan rendah-6 tahun dan pendidikan sekolah
menengah-7 tahun.
(vi) Dilaksanakan oleh guru-guru atau pensyarah terlatih dan bertauliah
(vii) Melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui. Penilaian dalam
bentuk formatif dan sumatif. Ini termasuk ujian bulanan, peperiksaan penggal
dan peperiksaan awam.
(viii) Dilaksanakan di dalam bangunan yang siap prasarananya seperti bilik darjah
atau bilik kuliah yang mempunyai meja dan kerusi, makmal, bilik komputer,
pusat sumber dan sebagainya.
(ix) Menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu yang
melibatkan aspek kognitif (intelek), afektif (emosi) rohani dan psikomotor
(jasmani).
94
RUJUKAN
Abas, Z. W. (2008). Globalisation and internationalisation of Higher Education in
Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Abdul, T. B. (2003). Kenali Kami Masyarakat Orang Asli Di Malaysia. Cetakan
Pertama. Batu Pahat, Johor. Kolej Universiti tun Hussein Onn. 1-11.
Abdullah, N. Q. & Risdi, M. M. D. (2008). Pendidikan Vokasional Pada Perspektif
Pelajar Orang Asli di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan
dalam Daerah Rompin Pahang. Universiti Teknologi Malaysia.
Adanan, M. J. & Mohd Azhar, A.H. (2007) Pola Pembelajaran Non-Formal di
Kalangan Orang Dewasa: Kajian Perbandingan antara Petani, Nelayan
Dan Peneroka Felda. Univesiti Teknologi Malaysia.
Adrian, N. (2010). Structural Funds And The Concept Of Lifelong Learning In
Romania. Romania: Elsevier. ms. 5625-5629.
Ali, M. Y. (2009). Faktor–Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid-Murid Orang Asli Daerah Batu Pahat. Daripada Persepsi Guru. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Aminuddin, M. (2009). Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan
Peribumi (KEDAP): Satu Pengamatan tentang Sikap Peserta Program
Terhadap Pendidikan. IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Aminuddun, M., Mohamad, A. M. A., Mazlan, M., Abd, S. C. A. R., Mohd,
R.S.A.G.J. & Sazali. Y. (2010). Program Kecemerlangan Pendidikan Murid
Orang Asli SK Lanai: Kolaborasi antara Pusat Kecemerlangan Pedagogi
Peribumi Kebangsaan dengan Rakan Lapanagn. IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan.
Arman, A. S. (2007). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Kalangan Masyarakat
Orang Asli. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
95
Ayli, A. C. (2011). Local Administration In L Ife Long Learning And Music
Education In The Context Of Art Education.Turkey:Elservier. ms. 691-
697.
Azhar, .M. H., Paimah, A.,Muhamed,F. O. & Mohd, N. M. (2004). Andragogi:
Mengajar Orang Dewasa Belajar.Cetakan Pertama. Bentong: PTS
Publications & Distributiors Sdn BHD. ms. 25-29, 55-63.
Basir, Z. (2009, November 30). Pendidikan Orang Asli. Berita Harian.
Boon, P. Y. & Ragbir, K. (1998). Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi
Pendidikan II. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Dason, A., Hamzah, R. & Amirmuddin, U. (2010). Hala Tuju Pendidikan Teknik dan
Vokasional ke arah Memartabatkan Falsafah Pendidikan Negara.
Carey, I. (1976). Orang Asli: the Aboriginal Tribes of Penisular Malaysia. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Garrison, D. R. (1997). Self-Direct Learning: Toward A Comprehensive Model.
Adult Education Quarterly 48:16-18
Goodwin, C.J. (2005). Reseach in Psychology: Method and Design. 4th ed. New York: John Wiley & Sons, Inc. ms. 414.
Hargreaves, D. H. (2004) Learning For Life: The Foundation of Lifelong Learning. United Kigdom; Policy Press.
Hashim. R. S. (2006). Meniti Duri Dan Ranjau: Pembikinan Gender Dan Seksualiti
Dalam Konteks Dunia Melayu. Sari 24. ms. 15-34.
Hasril, M. A. & Othman, N. (2010). Meninjau Keperluan Pendidikan Keusahawanan
Berdasarkan kepada Perspektif Belia orang Asli di Selatan Malaysia.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia & Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan M. N. (1997). Kajian keciciran pelajar sekolah rendah Orang Asli.
Universiti Kebangsaan Malaysia: Jabatan Antropologi dan Ssosiologi.
96
Ibrahim, M. M., Roddin, R. & Arman, A. S. (2008). Pendidikan Teknik dan
Vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Ismail, S. N., Hamzah, R. & Amirmudin, U. (2011). Kemantapan Penerapan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teras Kemenjadian Guru Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Journal of Edupres. Volume 1. ms. 357-363.
Johari, T. & Nazri, M. (2007). Bagaimana Kanak-kanak Orang Asli Gagal di
Sekolah?. Jurnal Pengajian Umum Bil. 8. ms. 51-74.
Johnson, L. S. C. (2003). Penghasilan Modul Pembelajarn Interaktif Bagi
Pengautomatan Industri. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis
Sarjana.
Kamarulzaman, K. (2008). Educational Policy and Opportunities of Orang Asli: A
study on Indigenious People in Malaysia. The Journa of Human Resource
and Adult Learning. Vol 4, Num.1. ms. 86-97.
Kamus Dewan Edisi Ke Empat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim, Z. & Abdul, R. A. (2010). E-Pembelajaran:Evolusi Internet dalam
Pembelajaran Sepanjang Hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (21/6/2012). Majlis Perlancaran Tranformasi
Pendidikan Orang Asli Kebangsaan.
Knowles, Malcolm, S., Elwood, F. & Swanson, R. A. (2005). The Adult Leraner:
The Definitive Classic in Adult Education and Human Resource
Development. 6th Ed. Burlington: Elsevier.
Lino, L. (2009). Motivasi Rendah Punca Pelajar Orang Asli Tercicir dalam Alam
Persekolahan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Majid, M. K. (2004), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Keenam. Ampang,
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. ms. 57 – 150.
Marjan, L. (2011). Barries to Lifelong learning. Sina Hospital, Tehran: Elsevier. ms.
612-615.
97
Marof, R. & Sarjit S. Gill. (2008). Orang Asli: Isu, Tranformasi dan Cabaran.
Serdang: Penebit Universiti Putra Malaysia.
Mizan, M. M. A. & Shuhairimi, A. (2004). Pemebentukan Nilai-Nilai Murni
Masyarakat Semai Melalui Konsep Pandang Dunia (World View): Satu
Analisis Awal. Kolej Universiti Kejuruteraan Malaysia.
Mohamad, J. S. (2009). Kesedaran Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Orang
Asli. dalam. Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan dan
Sosiobudaya. Bangi: UKM. ms. 47-58.
Najib, M. A. G. (1999).Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Pertama,Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia. ms. 37-44.
Najib, T. R. (2006). Malaysia akan Bebaskan Orang Peribumi dari Kemiskinan.
www.gatra.com.
Najib, M. A. G. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Nasir, M.,Ramlan, J., Suppiah, N., Abd, A. S. & Mustapa, R. (2007). Tahap
Kebolehbacaan Dalam Kalangan murid Orang Asli (Program Pemulihan) di
Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14
Tapah (Perak). Universiti Pendidikan Sultan Ismail.
Raaf, A. R. (2012, Jun 22), Akademik Orang Asli Ditingkatkan. Berita Harian. ms.
4.
Ramle, A & Hood, S. (2010). Masalah keciciran pelajar Orang Asli: Kes dalam
kalangan Orang Asli di Terengganu. International Seminar Comparetive
Studies in Educational System Between Indonesia and Malaysia. Bandung:
Rizqi Press.
Ramle, A & Mat, F. (2012). Potensi Pendidikan Pelajar Orang Asli di Kelantan
dan Terengganu: Perpektif JAKOA:Universiti Sultan Zainal Abidin. ms.77-
91.
Risdi, M. D. (2008). Pendidikan Vokasional pada Perspektif Pelajar Orang Asli di
Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Rompin
Pahang. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
98
Risdi, M. S. & Amiruddin, M. (2009). Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli
dan Peribumi (KEDAP): Satu Tinjauan IPGM Kampus Tengku Ampuan
Afzan.
Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Cetakan Pertama. Petaling
Jaya, Selangor: Prentice Hall. ms. 91-118.
Sekaran, U. (2003) “Research Methods for Bussiness: A Skill Building Approach.
(2nd Ed).” Canada: John Wiley & Sons Inc. 196 -298.
Wan Zulhairi. Z., Hamzah, R. & Amirmudin, U. (2011). Kritikan dan Falsafah P
endidikan di dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Journal of
Edupres. Volume 1. ms. 287- 300.
Wijnen, B. V. (2006). Orang Asli. www.magicriver.net.
Recommended