View
4.092
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
feel free to have this slide as your reference :)
Citation preview
SENI DALAM PENDIDIKAN(WAJ 3107)
PENGGUNAAN AKTIVITI DERIA DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KUMPULAN 4 :-NOOR IZZATI BT MOHD ZAMBURIHAZWAN SAIFUDDIN B HASAN4PISMP PEND. PEMULIHAN PEND. RENDAH (1)
PENSYARAH PEMBIMBING :-ENCIK AZMI BIN MAT
PENGENALAN
DEFINISI DERIA
Sistem yang terdiri daripada sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomenafizikal yang tertentu, dan berpadanan dengankawasan tertentu dalam otak di manaisyaratnya diterima lalu ditafsirkan.
• Menurut Aristotle, terdapat 5 jenis deria ataupancaindera tradisional iaitu :-
Deriapenglihatan
Deriapendengaran
Deriasentuhan
Deria hidu
Deria rasa
Deria Penglihatan
• Penglihatan ialah keupayaan otak dan mata untuk
mengesan gelombang elektromagnet di dalam
cahaya.
• Mata merupakan indera yang digunakan untuk deria
penglihatan.
• Imej yang dilihat oleh mata akan dibawa masuk ke
dalam otak untuk menjalani suatu proses tafsiran.
Deria Pendengaran
• Pendengaran ialah suatu proses pencerapan bunyi.
• Di dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh
gentian rerambut halus yang terdapat di dalam telinga.
• Rerambut halus ini bertindak mengesan pergerakan membran
yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan
dari zarah-zarah kecil yang terdapat di persekitaran.
• Melalui proses ini, pendengaran dapat dihasilkan.
Deria Sentuhan
• Deria sentuhan adalah deria yang sensitif terhadap
rangsangan sentuhan yang dikenakan oleh objek
yang tertentu.
• Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan
sentuhan ini adalah kulit.
Deria Hidu
• Deria hidu ialah deria kimia. Terdapat ratusan saraf penerima
bau di mana setiap satunya bergabung dengan sifat molekul
yang tertentu.
• Molekul hiduan atau bau mempunyai pelbagai sifat yang boleh
merangsang saraf penerima yang berpadanan.
• Hidung manusia boleh membezakan bau sehingga 10 000 jenis
bau.
• Sewaktu menarik nafas, udara yang mempunyai partikel-
partikel ini akan turut masuk ke dalam hidung seterusnya
menggerakkan deria hidu seseorang.
Deria Rasa• Deria rasa juga merupakan deria kimia.
• Alat deria yang berfungsi bagi deria rasa adalah lidah.
• Lidah akan memberi respon terhadap pelbagai jenis rasa
seperti rasa manis, rasa pahit, rasa masam dan rasa masin.
AKTIVITI DERIA DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ARAHAN : Sila teka dan sebut nama buah-buahan berikut.
TEKA BUNYI HAIWAN
ANTARA BAHAN LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN…
DERIA PENGLIHATAN
•Tayangan seimbas lalu
DERIA PENDENGARAN
•Bahan audio bermesej
DERIA SENTUHAN
•Anyaman
•Kertas pasir
DERIA BAU• Minyak wangi pelbagai perisa
DERIA RASA
• Bahan makanan (masam, manis, masin, pahit, kelat, tawar)
KEPENTINGAN
• Menurut Mohd Jamel Ismail (2010), dengan menggunakan deria
aktiviti seni dapat meningkatkan naluri ingin tahu seseorang melalui
eksplorasi dan eksperimentasi.
• Menurut William G. Perry Jr (1982), pengalaman pembelajaran melalui
pelbagai deria boleh menghasilkan hasil pembelajaran yang baik.
• Beliau mengatakan ,
“ Semakin kerap anda menggunakan peralatan atau teknik yang memerlukanpenggunaan lebih daripada satu deria manusia, semakin banyak anda
dapat menolong mempelajari kemahiran teknomotor. ”
MURID
Dapat berinteraksisecara langsung
dengan persekitaran.
Dapatmemperkembangkankemahiran meneroka.
Dapat membentukkebolehan untuk membuat
pertimbangan yang baikmelalui pengalaman yang
diperolehi.
GURU
Dapat menyampaikaninformasi secara lebih
berkesan.
Dapat menarik minatmurid untuk belajar.
Dapat mengekalkantumpuan murid terhadap
proses pengajaran danpembelajaran (P&P).
RUJUKAN
Mohd Sharani Ahmad (2004), Psikologi Kanak-kanak, Kuala Lumpur:Percetakan Zafar Sdn Bhd.
William G. Perry Jr (1982), Cara Membina PendidikanVokasioanal Berasaskan Kecekapan, Johor Bahru:Cetak RatuSdn Bhd.
Seni Dalam Pendidikan, retrieved on 16th July 2012 from http://putranamza.blogspot.com/2011/07/seni-dalam-pendidikan.html
Recommended