View
249
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM
INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Oleh:
Syadiyah Abdul Shukor1
Mohammad Noorizzuddin Nooh2
Abstrak
Industri francais berkembang dengan pesat di seluruh dunia dan auranya hadir dalam skala yang
besar di Negara kita pada lewat tahun 80an. Di kebanyakan negara yang membangun di seluruh
dunia, industri tersebut telah menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan jumlah jualan
runcit. Kertas ini meninjau mengenai penglibatan usahawan wanita Muslim di dalam Industri
Francais di Malaysia beserta ulasan kritikal tentang isu persaingan di kalangan wanita dan juga
peranan yang dimainkan oleh Kerajaan dalam membantu usahawan-usahawan ini. Ulasan
tersebut akan dibahagikan kepada empat bahagian penting di mana bahagian pertama akan
memberi pandangan secara keseluruhan mengenai Industri Francais di Malaysia. Kemudian
diikuti dengan kajian ke atas peranan yang dimainkan oleh Kerajaan di dalam membantu
usahawan-usahawan wanita. Setelah itu, kertas ini akan mengenalpasti teras sub-industri di mana
penglibatan usahawan wanita Muslim adalah yang tertinggi. Kemudian, analisis situasi akan
dijalankan untuk mengenalpasti kelebihan kompetitif usahawan wanita Muslim. Bahagian akhir
kertas ini akan memberi tumpuan kepada cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan pada
masa sekarang.
1 Penulis adalah merupakan seorang tutor dalam bidang Kelakuan Pengguna di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk menghubungi syadiyahas@admin.kuim.edu.my 2 Penulis adalah merupakan seorang pensyarah dalam bidang keusahawanan di di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk menghubungi beliau Noorizzuddin@admin.kuim.edu.my
Page 1
Pengenalan
Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi boleh membawa kebaikan dan mewujudkan peluang
kepada masyarakat sejagat. Melalui globalisasi, barang-barang, perkhidmatan, modal dan mahu
pun idea melangkaui sempadan negara dan memperoleh ‘keperibadian’ transnasional. Prinsip-
prinsip seperti demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan untuk bersuara, kesamaan dan yang
seumpamanya tidak lagi menjadi hak eksklusif bagi sesebuah negara tetapi dikongsi oleh
masyarakat di seluruh dunia. Oleh yang demikian, keadilan dan kesamaan boleh didefinisikan
sebagai ‘keseimbangan’: lelaki dan perempuan mempunyai status yang sama dan oleh itu mereka
mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama.
Bukti-bukti pembentukan undang-undang yang memastikan setiap wanita di dalam Islam
dibenarkan untuk melibatkan diri di dalam bidang keusahawanan adalah jelas dan nyata. Ini
dapat dilihat melalui isteri kesayangan Nabi Muhammad, iaitu Khadijah yang merupakan seorang
peniaga yang kaya raya. Baginda Rasulullah bekerja dengan Khadijah selama beberapa tahun –
justeru lelaki Muslim seharusnya lebih terbuka untuk melakukannya sekiranya mereka adalah
serius untuk meneladani cara hidup Nabi Muhammad. Nabi Muhammad membawa semua
barang niaga Khadijah ke Sham dengan tujuan perniagaan. Ini adalah salah satu Sunnah
Fi’eliyyah (perbuatan) yang dilakukan oleh Nabi Muhammad3. Terdapat umat Islam yang
menafikan peranan wanita sebagai agen ekonomi adalah bukan kerana takut akan melanggar
ajaran Islam, tetapi mereka khuatir akan menjejaskan adat budaya dan maruah mereka.
Firman Allah di dalam Al-Quran, adalah penting kepada manusia untuk bekerjasama sesama
manusia di pelbagai peringkat ke arah menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik. Atas
keyakinan bahawa kedudukan wanita Muslim adalah setaraf, ramai yang menyalahertikan
3 Muhammad Said Ramadhan a-Buti, (1991). Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah. Dar al-Fikr : Beirut. 11th. Edition. m/s:52.
Page 2
maksud ini sehinggakan terdapat sikap dan perlakuan yang bertentangan dengan mesej sebenar
dalam Al-Quran. Justeru, para alim ulama perlu ke depan bagi menjelaskan kekurangan yang
terdapat dalam hadis yang lemah atau adat budaya. Hal ini sangat penting supaya wanita Muslim
mencapai kebebasan seperti maksud asalnya. Dalam mempraktikkan keusahawanan Islam,
terdapat garis panduan yang harus diikuti. Nilai moral Islam yang harus dipertimbangkan adalah:
1. Kerja sebagai Ibadah dan mencari pendapatan yang halal dan ikhlas dengan penuh
tanggungjawab (kasb halal & ikhlas)4
2. Menghargai ilmu dari perspektif Islam dan konvensional (‘ilman nafi’an)5
3. Menghargai kreativiti dan inovasi produk-produk lain (al-Intaj wa al-Ibda’)
Secara keseluruhannya, tidak ada yang menghalang daripada wanita untuk melibatkan diri secara
efektif di dalam perniagaan selagi ianya adalah Halal. Terdapat pelbagai perniagaan di dalam
dunia ini dari multilevel, perniagaan persendirian, konglomerat dan juga francais. Industri
francais berkembang dengan pesat di seluruh dunia dan auranya hadir dalam skala yang besar di
Negara kita pada lewat tahun 80an. Di kebanyakan negara yang membangun di seluruh dunia,
industri tersebut telah menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan jumlah jualan runcit. Di
bawah Rancangan Malaysia ketujuh, Kerajaan telah meletakkan sasaran untuk membangunkan
1200 francaisi dan 1000 francaisi di bawah Rancangan Malaysia kelapan6. Antara objektif-
objektifnya adalah seperti berikut:
1. Untuk mengenalpasti produk tempatan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan
sebagai francais melalui rundingan dengan pemilik dan melalui bantuan dari segi
kewangan, khidmat nasihat, dan juga rangkaian pasaran.
4 Ali al-Tahtawi. (2001). Kaifiyyah al-Khulas fi Surah al-Ikhlas. Dar al-Raudhah: Cairo. First Edition m/s 5 5 Ali Abdul al-‘Aal al-Tahtawi. 2000. Talbis Iblis ‘Ala al-‘Awwam. Maktabah al-Safa’: Cairo. First Edition. m/s 33 6 Y.Bhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, “Pembangunan Sektor Francais dalam Ekonomi Malaysia” www.mfa.org.my
Page 3
2. Untuk mengembangkan produk-produk yang mempunyai persamaan dengan produk yang
sedia ada di pasaran sekiranya didapati produk tersebut mempunyai potensi untuk
difrancaiskan.
3. Untuk mengenalpasti francais-francais di luar negara yang mempunyai potensi untuk
dibawa masuk ke Malaysia dan pada masa yang sama mendapatkan hak sebagai master
francaisi.
4. Untuk mengembangkan francais tempatan ke luar negara.
5. Untuk menjalankan kajian dalam usaha untuk membuktikan keberkesanan program
pembangunan francais.
6. Untuk membantu francaisor dan francaisi tempatan dalam memberi latihan berkaitan
operasi sesebuah perniagaan, asas bagi operasi francais kepada usahawan-usahawan, dan
juga khidmat nasihat dan pembangunan kepada konsultan francais.
7. Untuk menyediakan skim pinjaman yang menyeluruh kepada francaisor, master francaisi
dalam bentuk pembelian ekuiti, pinjaman saham, dan juga pinjaman jangka masa pendek
dan panjang.
8. Untuk mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan juga kebangsaan dengan
tujuan untuk mempromosikan francais kepada usahawan tempatan.
9. Untuk menguatkuasakan Akta Francais 1998 dengan efektif.
Francais merupakan sebuah bentuk perniagaan yang sesuai untuk usahawan yang mahu
mengurangkan kesukaran dalam memulakan sesebuah perniagaan. Menurut Green di dalam buku
beliau yang bertajuk Entrepreneurship : Ideas in Action, beliau telah menyenaraikan empat
kelebihan memiliki sebuah francais seperti berikut:
1. Usahawan disediakan dengan produk dan perkhidmatan yang kukuh.
Page 4
Di Malaysia, untuk menjadi sesebuah francaisor, produk dan perkhidmatannya perlulah
kukuh dan diterima oleh pasaran selain telah mendaftar dengan Unit Francais, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dalam perkataan lain, francaisi tidak perlu risau
apabila melibatkan diri dengan perniagaan francais kerana produk dan francaisor mempunyai
rekod selama 3 tahun.
2. Francaisor memberi bantuan pengurusan, teknikal dan lain-lain.
Apabila seseorang individu memulakan sesebuah perniagaan, individu tersebut akan
dibebankan dengan pelbagai isu seperti pengurusan, operasi dan isu-isu teknikal berkaitan
dengan perniagaan. Dengan memilih perniagaan francais berbanding dengan penubuhan
perniagaan secara konvensional, semua tanggungjawab tersebut akan ditanggung oleh
francaisor di mana di bawah perjanjian francais, ianya adalah tanggungjawab francaisor
untuk menguruskan aspek-aspek tersebut.
3. Peralatan dan pembekalan adalah lebih murah.
Disebabkan francaisor memiliki banyak outlet, kos peralatan dan pembekalan akan menjadi
lebih murah kerana memperolehi skala ekonomi. Sekiranya seseorang individu memulakan
sesebuah perniagaan sendiri, individu tersebut perlu menanggung kesemua kos peralatan dan
pembekalan sendiri tetapi francaisor akan membeli di dalam kuantiti yang banyak dan ianya
akan dapat mengurangkan jumlah kos secara keseluruhan.
4. Jaminan yang berterusan dalam menarik pelanggan.
Page 5
Apa yang akan kita lihat apabila menjejakkan kaki ke “Mc Donalds” atau “Secret Recipe”?
Ianya dapat disimpulkan dengan satu perkataan iaitu “keseragaman”. Semuanya adalah
seragam; persekitaran, susunan, pakaian seragam pekerja mahu pun rasa makanan. Setiap
outlet akan mempunyai kualiti produk dan perkhidmatan yang sama dan inilah yang menjadi
kelebihan kompetitif jika dibandingkan dengan perniagaan konvensional.
Penglibatan Kerajaan Dan Badan Yang Berkaitan dan Agensi
Kerajaan dan badan yang berkaitan serta agensi bekerjasama dalam memastikan Industri Francais
di Malaysia berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi pada masa kini. Banyak perkara
yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat yang mana merangkumi pelbagai kemahiran
dan keperluan pembangunan. Kerajaan mempunyai rancangan 10 tahun untuk membangunkan
Industri Francais di Malaysia dengan sasaran untuk mewujudkan Syarikat Pembangunan
Francais7. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk tujuan ini. Menurut
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, terdapat program-program latihan dan
bantuan kewangan dengan sasaran untuk membangunkan usahawan Bumiputera di dalam industri
francais8. Jadual di bawah menunjukkan jumlah program latihan dan bantuan kewangan yang
disediakan oleh Kementerian.
No Program/Bantuan Kewangan
1 Program Pembangunan Francais
2 Skim Kewangan Francais
3 Skim Bantuan Pembangunan Francais
7 New Straits Times (Malaysia) “10-year Master Plan for the Franchise Sector” Mei 21 2002. 8 Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development (2003) Directory of Malaysian Franchisors, m/s 56-77.
Page 6
4 Program Latihan Francais
Selain dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bantuan yang sama juga
disediakan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Usahawan
wanita Muslim amat bertuah kerana disediakan pelbagai bantuan dari kerajaan dan oleh yang
demikian, mereka mesti mempunyai perancangan rapi dari segi mendapatkan bantuan supaya
tidak berlaku penindanan bantuan kelak. Kementerian telah menetapkan tiga objektif utama
untuk Program Pembangunan Francais seperti berikut:
1. Untuk membangun bisnes Bumiputera dan masyarakat yang mempunyai kestabilan
sejajar dengan Pelan Pembangunan Nasional.
2. Untuk menambah jumlah master fancaisi tempatan, francaisor dan juga francaisi.
3. Untuk Bumiputera mula melibatkan diri di dalam bisnes secara aktif dan juga sektor
perkhidmatan dalam memberi sumbangan terhadap ekonomi negara.9
Bagi tahun 2005, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama dengan Persatuan
Francais Malaysia telah menyediakan lapan Program Latihan Francais.10
1. Kursus Asas Francais
Kursus ini memberi pendedahan mengenai aspek-aspek asas perniagaan francais dan juga
cara-cara penilaian yang mana penting untuk bakal francaisi.
2. Kursus Susulan Untuk Bakal Franchisee
9 Ibrahim, Noraini (2000). “Industri Francais dan Pembangunan” Penerbitan Universiti Malaya. Kuala Lumpur, m/s 50 10 Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development, 2005 Franchise Training Program’s Leaflet
Page 7
Sebagai sebahagian dari ‘match-making program’, kursus ini dibuka kepada sesiapa yang
telah menghadiri Kursus Asas Francais. Objektif kursus ini ialah untuk membantu bakal
francaisi yang dalam proses menjadi francais seperti dari segi program pembangunan bisnes,
permohonan untuk menjadi francaisi, dan juga panduan untuk mendapatkan bantuan
kewangan.
3. Program Latihan Francaisi
Objektif program ini ialah untuk memberi motivasi dan membantu francaisi yang sedia ada
dalam meningkatkan operasi perniagaan harian mengikut jadual, keutamaan dan juga teknik
pengurusan secara keseluruhan.
4. Program Pembangunan Untuk Bakal Francaisor
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan usahawan dengan konsep francais dan
pengembangan bisnes. Ianya juga adalah untuk meluaskan kemahiran yang diperlukan oleh
bakal francaisor dari segi persediaan, keutamaan dan teknik pengurusan secara keseluruhan.
5. Kursus Pengukuhan Untuk Francaisor
Kursus ini dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak francaisor. Ianya
mempersiapkan francaisor dalam membangunkan persekitaran pengurusan, komunikasi yang
sihat dan interaksi melalui perkongsian pengalaman tempatan dan luar negara di kalangan
francaisi, pelanggan dan persekitaran yang lain.
6. Kursus Pembangunan Konsultan Francais
Page 8
Program ini dibangunkan untuk mewujudkan konsultan bisnes dan juga broker francais yang
dapat memberi bantuan dalam menyediakan cadangan perniagaan dan juga membentuk
sistem dalam membangunkan perniagaan francais di Malaysia.
7. Akta Seminar Francais 1998
Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada orang awam dan
pekerja mahir di dalam industri francais mengenai kepentingan Akta Francais 1998. Ianya
juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap implikasi penguatkuasaannya
begitu juga dengan kesan Akta tersebut terhadap bisnes.
8. Program Perbincangan Francais
Program ini bertindak sebagai forum perbincangan dan disasarkan untuk ahli-ahli bertukar
dan mengumpul maklumat dan pengalaman.
Antara organisasi dan agensi lain yang dapat membantu usahawan wanita Muslim di dalam
industri francais adalah seperti di jadual ini:
No. Agensi Bentuk bantuan
1 Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1. Latihan dan khidmat nasihat
2. Bantuan kewangan
3. Premis perniagaan
2 Credit Guarantee Corporation Sdn Bhd 1. Bantuan Kewangan
2. Khidmat nasihat pelaburan
3 Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia 1. Bantuan kewangan
2. Khidmat nasihat pelaburan
4 Perbadanan Nasional Berhad 1. Latihan dan khidmat nasihat
2. Bantuan kewangan
5 Perbadanan Usahawan Nasional Bhd 1. Latihan dan khidmat nasihat
Page 9
2. Bantuan kewangan
6 Malayan Banking Berhad 1. Bantuan kewangan
2. Khidmat nasihat pelaburan
7 Bumiputera-Commerce Berhad 1. Bantuan kewangan
2. Khidmat nasihat pelaburan
8 Malaysian Franchise Associations 1. Latihan dan khidmat nasihat
2. Perniagaan bisnes
9 Small Medium Industries Development
Corporation
1. Latihan dan khidmat nasihat
2. Bantuan kewangan
Kesemua bantuan yang disenaraikan adalah umum di mana ianya adalah bersesuaian untuk
kedua-dua jantina tetapi keutamaan diberikan kepada usahawan Bumiputera melainkan ianya
adalah daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat di mana bantuan
adalah dikhususkan untuk membantu wanita Malaysia. Usahawan wanita Muslim perlulah bijak
dalam menggunakan bantuan-bantuan ini kerana Kerajaan begitu serius dalam membantu
usahawan Bumiputera. Adalah amat menyedihkan sekiranya melihat bantuan-bantuan dari
Kerajaan dan badan agensi yang lain tidak digunakan sebaik mungkin. Berdasarkan kepada
pengalaman saya bekerja dengan Kerajaan sebagai pembekal latihan, program latihan yang mana
ianya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan adalah amat menyedihkan terutama di kalangan
Bumiputera manakala Bukan Bumiputera menggunakan kemudahan ini semaksimum mungkin.
Sesetengah berpendapat bahawa untuk memasarkan program latihan yang ditaja sepenuhnya
adalah senang kerana ianya adalah percuma. Walau bagaimanapun persepsi ini adalah salah sama
sekali kerana kebanyakan usahawan Bumiputera masih mempunyai persepsi, “tiada benda yang
percuma di dalam dunia ini” tetapi pada hakikatnya masih ada.
Wanita Muslim Di Dalam Industri Francais Malaysia
Page 10
Walaupun era perniagaan francais telah berada di Malaysia hampir dua dekad, penglibatan
usahawan wanita Muslim masih di peringkat permulaan dengan pendedahan yang paling
minimum di setiap peringkat. Berdasarkan kepada kerja lapangan, kurang daripada satu perempat
populasi sampel adalah usahawan wanita Muslim. Walaupun terdapat syarikat-syarikat yang
ditemuramah dimiliki oleh orang Islam, terdapat sesetengah daripada mereka yang tidak
mempunyai wanita sebagai wakil di dalam Lembaga Pengarah. Hanya beberapa syarikat sahaja
yang dimiliki atau mempunyai sekurang-kurangnya seorang usahawan wanita Muslim di dalam
Lembaga Pengarah. Ianya adalah seperti berikut:
1. Baguz Food Sdn Bhd – Makanan
2. Cosmopoint – Pusat Pembelajaran Teknologi Maklumat
3. Nineteen O One Sdn Bhd – Makanan
Ini adalah satu contoh yang ingin saya tekankan di dalam kertas ini. Syarikat ini telah
ditubuhkan oleh pasangan Muslim semasa krisis ekonomi Asia. Ketabahan dan kerja kuat
mereka harus dicontohi oleh usahawan wanita Muslim. Sejak penubuhannya pada akhir
tahun 1990 an, sehingga 2005, terdapat 43 outlet di mana 35 daripadanya adalah
difrancaiskan kepada orang awam.
4. Pusat Rawatan Islam (MAIS) Sdn Bhd – Pusat Penjagaan Kesihatan
Adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila mengetahui bahawa penglibatan usahawan wanita
Muslim adalah di tahap yang minimum dan juga penglibatan usahawan wanita secara keseluruhan
tidak mengira agama adalah terhad di dalam industri francais. Menurut Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sub-industri di dalam industri francais yang paling
popular ialah industri makanan tetapi ini adalah sangat berbeza dengan negara-negara
Page 11
membangun seperti United Kingdom di mana industri francais telah bergerak ke bidang
teknikal.11 Selain itu, berdasarkan kepada projek “Program Siswazah Dalam Industri Francais” di
bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, jumlah graduan wanita Muslim yang
terlibat dengan program ini adalah satu perempat daripada jumlah keseluruhan peserta.12
Secara keseluruhannya, untuk menilai prestasi usahawan wanita Muslim di dalam industri
francais di Malaysia, analisis situasi yang merangkumi kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman diadakan.
Kekuatan
Adalah dikenalpasti bahawa kelebihan kompetitif usahawan wanita Muslim di dalam industri
francais ialah di sektor makanan, kecantikan dan kesihatan. Dengan kelebihan yang ada di dalam
bidang-bidang ini, usahawan boleh menggunakannya di dalam produk dan perkhidmatan yang
diberikan. Dengan pengetahuan yang ada di dalam kedua-dua sektor, usahawan wanita Muslim
akan dapat mewujudkan rangkaian bisnes yang mana akan membantu usahawan wanita Muslim
di dalam jangka masa panjang. Selain itu, jumlah wanita ibu tunggal yang memasuki industri
francais juga telah bertambah atas galakan daripada Kerajaan terutama daripada Kementerian
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Kelemahan
Salah satu daripada kelemahan usahawan wanita Muslim ialah kelemahan dari segi aplikasi
teknologi di dalam perniagaan. Perkara ini akan menyebabkan usahawan-usahawan ini
ketinggalan dalam persaingan ke arah globalisasi. Salah satu alasan untuk tidak dapat menguasai
11 Berdasarkan temuramah dengan Puan Norhana, Pegawai Unit Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 12 “Program Siswazah Dalam Industri Franchais”, Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development, Unpublished Unofficial Progress Report.
Page 12
teknologi adalah disebabkan kekurangan penajaan. Ada yang berpendapat bahawa terdapat
bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan dan ada yang berpendapat bahawa bantuan
tersebut hanya cukup untuk memulakan perniagaan tetapi bukan untuk pengembangan. Pada
masa kini, apabila bercakap mengenai perniagaan, tidak dapat tidak kita akan bercakap mengenai
pengembangan, dan juga isu-isu berkaitan dengan pengembangan secara berkekalan. Selain itu,
ketidaksanggupan usahawan-usahawan untuk menghadiri latihan sekali lagi adalah di tahap yang
paling kritikal. Tanpa keraguan, mereka bersetuju akan kepentingan latihan tetapi mereka lupa
akan kepentingan menghadiri latihan sekali lagi. Latihan adalah penting kerana kemahiran yang
diperlukan hendaklah ditambah dan dipertingkatkan setiap hari sekiranya usahawan tidak mahu
ketinggalan disebabkan kemahiran yang tidak lagi boleh digunapakai. Salah satu dari kelemahan
usahawan wanita Muslim ialah terlalu bergantung dengan bantuan Kerajaan. Secara perlahan-
lahan, sikap seperti ini perlu dielakkan sekiranya mahu menjadi kompetitif atau setaraf dalam
persaingan global.
Peluang
Usahawan wanita Muslim di Malaysia adalah beruntung kerana terdapat banyak perkara yang
telah dilakukan oleh Kerajaan dalam membantu wanita di dalam perniagaan. Sasaran utama
Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ialah untuk membangunkan wanita
yang berdikari dan berupaya untuk menerajui ekonomi Negara. Ini dibantu oleh sasaran utama
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu untuk membangunkan penglibatan
Bumiputera di dalam ekonomi. Walaupun telah dinyatakan pada awalnya bahawa penekanan
semua negara membangun dalam bidang industri francais telah mula bergerak daripada bidang
makanan kepada bidang yang lebih teknikal, sebaiknya usahawan wanita Muslim di Malaysia
mencari peluang dengan cadangan untuk menjadi sebuah ‘Halal Hab Global’ untuk industri
makanan. Selain itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai program
baru, “Program Wanita Dalam Industri Francais” yang mensasarkan untuk membangunkan
Page 13
usahawan wanita Bumiputera di dalam industri francais13. Tambahan pula, Kerajaan mempunyai
hubungan rapat dengan industri dan juga agensi dan organisasi yang berkaitan. Melalui
persefahaman ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah bersetuju untuk
bekerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia untuk mempromosikan penglibatan tempatan
dalam francais14.
Ancaman
Ancaman adalah elemen di luar organisasi yang dapat diterjemahkan sebagai risiko kepada
organisasi sekiranya ianya tidak diuruskan secara baik. Salah satu ancaman jelas yang perlu
dihadapi oleh usahawan wanita Muslim ialah lambakan francais antarabangsa atau master
francaisi antarabangsa ke dalam pasaran Malaysia. Sesetengah berpendapat bahawa fenomena ini
sebagai satu peluang tetapi jika tidak ada tindakan daripada pihak Kerajaan, francaisor ini akan
melenyapkan peniaga-peniaga tempatan di dalam industri francais. Keutamaan untuk menjadi
francaisi kepada francaisor-francaisor utama ini akan diberi kepada mereka yang mempunyai
kedudukan kewangan yang kuat dan kemungkinan besar wanita Muslim akan diketepikan dalam
persaingan ini.
Masa Hadapan
Dalam menyediakan usahawan wanita Muslim untuk berjaya di peringkat kawasan dalam era
globalisasi, perubahan-perubahan berikut adalah dikenalpasti.
1. Mewujudkan tabung khas untuk membantu wanita Muslim dalam francais / francaisi.
13 “Program Wanita Dalam Industri Francais”, Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development, Franchise Unit, Unpublished Proposal (2004). 14 Abd Aziz, Siti Hajar, “ Joint Effort to Promote Franchising” New Straits Times, 30 April 2001.
Page 14
Berdasarkan perbincangan sebelum ini, Kerajaan telah banyak berbelanja dalam membantu
francaisor / francaisi Bumiputera melalui promosi bersama, tajaan dan khidmat nasihat.
Kebanyakan daripada bantuan ini diberi kepada kedua-dua gender di mana layanan yang sama
diberi berdasarkan kepada merit kes individu. Keberkesanan cara ini masih boleh dipersoalkan
dari segi kekurangan semakan. Setelah mengenalpasti sub-industri di mana penglibatan wanita
Muslim adalah paling tinggi, tabung khas ini akan disalurkan untuk mengatasi masalah dan
keperluan bagi sesuatu bidang tertentu berbanding dengan tabung umum di mana ia memberi
penekanan kepada isu-isu yang dihadapi oleh majoriti. Selain itu, tabung ini akan menghapuskan
isu-isu persaingan di mana mereka tidak perlu bersaing dengan jantina yang berlawanan dalam
mendapatkan tajaan.
Selain meliputi saringan dan pemilihan, kajian konsep, persediaan outlet, pakej persediaan
francais, dan pelancaran francais seperti yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Korperasi15, tabung khas ini juga perlu merangkumi bidang kajian pasaran,
penjenamaan, pembangunan pekerja dan juga kajian dan pembangunan. Ini adalah bidang-bidang
yang perlu diberi tumpuan sekiranya fancaisor / francaisi wanita Muslim mahu menjadi lebih
kompetitif berbanding dengan yang lain-lain dari seluruh dunia.
2. Menyediakan francaisor / francaisi wanita Muslim dengan forum untuk mengenalpasti
isu-isuterkini yang relevan, berkongsi idea dan informasi, dan menawarkan cadangan dan
pilihan berkaitan dengan bisnes.
Selain dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Persatuan Francais Malaysia,
dan juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, masih terdapat ruang
15 Ibrahim, Noraini (2000). “Industri Francais dan Pembangunan” Penerbitan Universiti Malaya. Kuala Lumpur, m/s 59
Page 15
yang perlu diisi oleh badan atau organisasi yang boleh memenuhi keperluan francaisor / francaisi
wanita Muslim. Isu-isu biasa perlu ditangani secara efektif melalui organisasi ini kerana ahli-ahli
berkongsi keperluan dan masalah yang hampir sama. Dengan pengenalan laman web, maklumat
boleh dikongsi secara mudah melalui emel dan juga forum. Ini bagi memastikan francaisor /
francaisi wanita Muslim sentiasa peka terhadap perubahan bukan sahaja dalam industri tetapi juga
global secara keseluruhannya. Dunia perniagaan adalah dinamik begitu juga industri francais.
Teknologi berkembang setiap hari dan membuatkan sesuatu perkara yang ‘paling terkini’ pada
hari ini akan menjadi lapuk keesokan harinya dan ia bukanlah satu-satunya perkara yang berubah
setiap hari. Idea-idea, cara dan teori bisnes serta pengurusan perlu diadaptasi kepada persekitaran
yang berubah dan melalui forum ini, usahawan wanita Muslim akan membandingkan prestasi
dan/atau pencapaian dengan yang lain. Melalui forum ini, kritikan yang membina adalah
digalakkan dengan semangat untuk membangun satu sama lain. Setiap ahli akan menjadi mentor
kepada yang lain dengan satu objektif, iaitu untuk berjaya sebagai sebuah entiti dan bukan
individu. Dalam kata lain, kejayaan atau pencapaian sebagai sebuah kumpulan wanita Muslim
francais adalah lebih bermakna dari mencapai kejayaan secara solo di dalam industri.
3. Penekanan kepada kelebihan kompetitif melalui program-program latihan keusahawanan
Kelebihan kompetitif ialah sesuatu yang dihargai oleh pengguna dan perniagaan boleh
menggunakannya untuk dieksploitasi16. Francaisor boleh memiliki produk yang bermutu tetapi
sekiranya tidak mempunyai kepakaran dalam atau menukarkan produk kepada keuntungan,
segala usaha akan terbazir. Kemahiran boleh dieksploitasi melalui program latihan. Kerajaan
melalui agensi-agensi telah memainkan peranan penting dalam memastikan francaisor / francaisi
16 Fry, Fred L. (2004) “Business: An Integrative Approach”, 3rd Edition, Mc Graw Hill, New York, m/s 304.
Page 16
wanita menerima latihan dalam bidang keusahawanan, asas perniagaan, kewangan, pemasaran,
pembungkusan, pelabelan dan juga perancangan bisnes. Walaupun latihan ini adalah disediakan
oleh Kerajaan dan juga agensi-agensi yang terlibat, keberkesanannya masih boleh dipersoalkan.
Latihan adalah penting dalam membentuk industri tetapi tanpa latihan yang terancang, kita akan
mengalami satu situasi yang dipanggil sebagai “tepu maklumat”. Agensi-agensi yang terlibat
perlu memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting yang dimahukan oleh peserta-peserta.
Dari segi sumber manusia, pakar-pakar memberi penekanan kepada ‘kepentingan meletakkan
orang yang betul kepada pekerjaan yang betul’ dan di dalam kes latihan, analisis keperluan
laithan perlu diadakan sebelum sesuatu latihan dijalankan. Ini adalah untuk memastikan
penerima latihan akan dapat menerima, mengadaptasi dan melaksanakan kandungan latihan.
Latihan pada masa sekarang lebih berbentuk umum dan tidak khusus kepada sesuatu perkara.
Dalam hal ini, pembezaan adalah pendekatan unik kerana terdapat perbezaan aspek bagi masalah
yang dihadapi oleh jantina yang berbeza, begitu juga masalah yang dihadapi oleh mereka yang
berbeza agama dalam pelbagai industri.
Kuantiti program boleh menyebabkan kualiti program terjejas. Di mana-mana sahaja, program
latihan keusahawanan telah membanjiri industri. Terdapat banyak penganjur selain daripada
agensi kerajaan dalam industri latihan. Konsep untuk memberi latihan dan pembangunan yang
berterusan adalah perlu oleh usahawan wanita Muslim. Kursus latihan intensif 6-hari adalah
singkat untuk memastikan usahawan-usahawan ini mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk
berjuang ke arah mencapai pengembangan yang berterusan dalam bisnes. Dalam kursus-kursus
latihan seperti ini, peserta-peserta hanya dapat menimba sedikit sahaja daripada keseluruhan
objektif kursus. Walaupun kebanyakan usahawan mempunyai kelulusan akademik, menjalani
latihan sekali lagi adalah penting bagi tujuan menyegarkan semula minda mereka.
Page 17
4. ‘Lubuk emas’ vs. kerjaya
Mengubah persepi seseorang individu adalah sesuatu yang merumitkan. Menurut Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, terdapat dua sebab mengapa individu melibatkan diri
menjadi fancaisor iaitu:
a. Perniagaan pada masa sekarang berpotensi untuk berkembang dan (Kategori
pertama)
b. Perniagaan pada masa sekarang tidak mendatangkan keuntungan, oleh yang
demikian kerugian yang dialami boleh ditanggung secara sama rata di kalangan
francaisi (Kategori kedua)
Perkara tersebutlah yang menyebabkan beberapa francaisor tidak lagi berada di dalam bisnes.
Terdapat individu yang berminat untuk menjadi francaisi kerana melihat industri tersebut sebagai
lubuk emas di mana mereka boleh melabur dan mengembangkan pendapatan. Perkara ini dapat
dibuktikan di dalam forum Persatuan Francais Malaysia. Soalan seperti:
“Saya mempunyai RM100,000. Sesiapa boleh membantu memilih francais yang paling baik?”
“Saya bekerja sepenuh masa tetapi saya mempunyai modal untuk melabur ke dalam perniagaan
francais. Sila beri khidmat nasihat tentang francais yang bagus tetapi memerlukan penyeliaan
yang sedikit”.17
Sekiranya usahawan wanita Muslim melibatkan diri dalam industri francais, mereka perlu faham
bahawa francais bukan sebuah ‘lubuk emas’. Seharusnya mereka melihat francais sebagai sebuah
kerjaya. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Seseorang individu boleh melabur di dalam unit 17 Laman Web Persatuan Francais Malaysia, “www.mfa.org.my”. Rujuk bahagian forum.
Page 18
amanah dan menunggu pulangan setelah beberapa tahun tetapi ianya adalah berbeza dengan
mereka yang melabur secara francais.
5. Penekanan terhadap kepentingan rangkaian bisnes
Menurut Rayman Kao di dalam bukunya, Entrepreneurship and Enterprise Development in Asia,
rangkaian untuk membantu usahawan-usahawan di Asia akan dapat dicapai melalui:
a. Sentiasa membina hubungan yang baik
b. Menyertai organisasi di mana aktiviti-aktivitinya melibatkan bisnes
c. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti dan mengenalpasti perniagaan dengan
komuniti
d. Mengenalpasti diri sendiri dengan bisnes
e. Menghadiri persidangan yang relevan dengan bisnes18
Apa yang dimaksudkan oleh Kao melalui “Sentiasa membina hubungan baik” boleh disimpulkan
sebagai memenuhi asas sosiologi manusia seperti menjadi lebih ikhlas, kebertanggungjawaban,
menepati masa, bersedia untuk bertanggungjawab dan sikap yang positif. Perkara ini adalah lebih
mudah untuk diperkatakan daripada dilaksanakan. Terdapat juga konsep yang lebih bersesuaian
dengan kehidupan usahawan wanita Muslim. Kadangkala kita lupa dengan perkara yang kita
dengar setiap hari. Penyataan Kao boleh diperbaiki lagi sekiranya kita menambah perkataan
18 Kao, Raymond (2001) Entrepreneurship and Enterprise Development in Asia, Prentice Hall, Singapore, m/s 106
Page 19
seperti “Sentiasa membina dan mengekalkan hubungan yang baik”. Pada pendapat saya, kita
boleh membina kondominium bertaraf 7 bintang yang cantik tetapi tanpa sebarang
penyelenggaraan untuk mengekalkan kecantikannya, ia akan dilihat seperti flat kos rendah.
Dalam erti kata lain, memiliki ramai kawan adalah tidak sama dengan mempunyai seorang rakan
baik. Di dalam bisnes, kita berjumpa dengan pelbagai manusia dan mereka datang dan pergi.
Hanya sebilangan yang akan menjadi pelanggan setia dan pembekal yang baik. Ini berlaku
kerana kita mengekalkan hubungan baik dengan mereka. Hubungan sebagai kawan diperluaskan
sebagai kawan rapat dan seterusnya menjadi sebahagian dari ‘keluarga’ di dalam perniagaan.
Inilah keindahan dalam rangkaian perhubungan.
Dengan menyertai organisasi di mana aktiviti-aktivitinya berkaitan dengan bisnes adalah salah
satu cara untuk mengukuhkan rangkaian bisnes. Usahawan wanita Muslim tidak sahaja
digalakkan untuk menyertai organisasi usahawan tetapi juga organisasi-organisasi yang berkaitan
dengan bisnes utama seperti makanan, persatuan pengilang, persatuan untuk kesihatan dan
kecantikan atau Persatuan Francais Malaysia. Usahawan wanita juga perlu melibatkan diri
dengan aktiviti-aktiviti komuniti yang dijalankan oleh francaisor seperti KFC dan McDonals.
Dalam kata lain, menyumbang semula kepada masyarakat. Sesetengah mungkin akan
mempersoalkan bahawa kita telah mengambil sesuatu dari masyarakat dan kemudian
memulangkannya semula? Jawapannya ialah kita telah mengambil masa, kepercayaan dan juga
duit mereka. Dengan memulangkan semula kepada masyarakat, perbuatan kita bukan sahaja
berterima kasih kepada mereka tetapi juga meluaskan rangkaian bisnes kita. Seperti peribahasa
Melayu, “sambil menyelam, minum air”.
Mengapa manusia melibatkan diri dengan perniagaan? Salah satu sebab ialah kerana mereka
penat bekerja untuk orang lain. Walaupun membina perniagaan sendiri adalah tidak terkenal
seperti menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, pulangannya tidak dapat digambarkan
Page 20
dengan kata-kata. Sesetengah usahawan, terutama wanita malu untuk mengakui yang mereka
telah memulakan sebuah perniagaan. Mereka sepatutnya bangga dengan perniagaan yang telah
dimulakan. “Saya adalah pemilik kepada syarikat yang saya miliki”. Tidak kira betapa kecil
syarikat tersebut, ia adalah tetap milik anda. Adalah menjadi kepuasan diri melihat usahawan-
usahawan ini berjaya bukan sahaja sebagai wanita tetapi juga sebagai usahawan wanita Muslim.
Untuk memecah dunia yang didominasi oleh jantina yang berbeza adalah sukar tetapi boleh
dicapai sekiranya usahawan wanita Muslim ini berusaha ke arah tersebut.
Seperti yang telah dinyatakan, terdapat banyak program latihan untuk usahawan wanita Muslim
disediakan sekiranya mereka ingin mencapai kelebihan kompetitif di dalam bidang yang diceburi.
Selain progam latihan, salah satu cara untuk memperbaiki rangkaian bisnes ialah dengan
menghadiri seminar-seminar yang berkaitan dengan teras perniagaan mereka. Seminar-seminar
dan peluang-peluang dalam industri francais boleh diperoleh semasa Konvensyen Industri Kecil
dan Sederhana yang dianjurkan oleh Kementerian Usahahawan dan Pembangunan Koperasi.
Semasa konvensyen dan seminar seperti ini, usahawan wanita Muslim akan bertemu dengan
rakan-rakan dari industri yang sama dan dapat berkongsi permasalahan yang dihadapi seterusnya
dapat menguatkan rangkaian hubungan perniagaan mereka.
Kesimpulan
Terdapat pelbagai bentuk perniagaan daripada enterprise, konglomerat, usahasama, pembekal dan
juga francais. Dalam Islam, perniagaan dan perdagangan telah bermula sejak zaman dahulu dan
amat digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penglibatan usahawan wanita Muslim di dalam
industri francais masih di peringkat permulaan walaupun industri ini telah mengalami
pembangunan yang pesat. Pelbagai perkara telah diadakan untuk menggalakkan wanita untuk
Page 21
melibatkan diri ke dalam industri ini tetapi pada masa yang sama pelbagai perkara juga telah
diambil untuk mengekalkan penglibatan mereka yang telah terlibat di dalam industri ini.
Industri Francais di Malaysia akan berkembang pada masa akan datang dengan penglibatan
daripada Kerajaan dan juga organisasi-organisasi lain. Melalui kertas ini, kita telah
mengenalpasti sub-industri di mana penglibatan usahawan wanita Muslim adalah paling tinggi
dalam sub industri makanan dan juga kesihatan dan kecantikan. Seperti yang telah dinyatakan,
kebanyakan negara membangun, kedua-dua industri ini tidak berkembang atau statik sementara di
Malaysia, ia paling digemari oleh usahawan wanita Muslim.
Berdasarkan kepada situasi sekarang dan potensi industri francais, lima cadangan yang telah
diberikan adalah untuk memastikan Industri Francais di Malaysia akan diwakili oleh usahawan
wanita Muslim. Berada di dalam industri ini bukanlah tujuan utama. Tujuan utama ialah untuk
perkembangan untuk generasi akan datang dan kerja-kerja permulaan perlu dilakukan sekarang.
Page 22
Recommended