View
3
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PENGURUSAN BERMUKUN DALAM MASYARAKAT MELANAU DI SARAWAK
NOR HAIDAWANIE BT GHANI
31770
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2014
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the …20………..day of………June……..2014.
Student’s Declaration:
I -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the
work entitled -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------- is my original work. I have not copied from any other students’ work or
from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the
text, nor has any part been written for me by another person.
20 JUNE 2014 Nor Haidawanie Bt Ghani (31770)
__________________ _____________________________
Date submitted Name of the student (Matric No.)
Supervisor’s Declaration:
I – Dr. Anna Durin (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the work entitled Pengurusan
Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak.
(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *
partial/full fulfillment for the conferment of -------------------------------------------------------------------------
--------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the
best of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: ______________________________ Date: _____________
(Name of the supervisor)
Nor Haidawanie Bt Ghani (31770) Faculty Of Applied And Creative Arts
june
Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organization where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall
be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and
rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the
purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalize the
content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the
Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this
Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS
permission.
Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________
( ) ( )
Current Address:
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as
annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
Management Of Bermukun In Melanau Society In sarawak, Kampung Tellian, 96400 Mukah
Sarawak
i
PENGAKUAN
Projek bertajuk Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di
Sarawak telah disediakan oleh Nor Haidawanie Bt Ghani dan telah diserahkan
kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif untuk memenuhi syarat mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
……………………………….
(Dr. Anna Durin)
Tarikh:
……………………………
ii
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya
menyiapkan tesis ini dengan sempurna. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan
yang tulus ikhlas kepada Dr. Anna Durin, yang merupakan seorang penyelia tesis ini dan
telah banyak membantu serta memberi bimbingan yang amat bernilai sepanjang proses
penyiapan tesis ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
dalam menyiapkan dan menyumbangkan data-data yang berguna, terutama kepada Ahli
kumpulan Bermukun yang telah memberi kerjasama dalam sesi temuramah serta tidak
lupa juga kepada kawan-kawan seperjuangan dalam memberi maklumat dan pandangan
terhadap kajian ini.
Seterusnya ingatan tulus ihlas buat keluarga tercinta terutama ayahanda dan
bonda tercinta diatas sokongan dan berkat doa yang tidak pernah putus dalm memberi
kekuatan dan semangat kepada saya dalam meneruskan perjuangan ini.
iii
ABSTRAK
Kajian ini adalah mengenai Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau di
Sarawak. Objektif kajian ini adalah Mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti
fungsi mukun, cara penyampaian pantun, irama pantun, cara bergendang dan cara
menari serta mengkaji pengurusan bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak
contohnya pengurusan kewangan, pengurusan perancangan dan promosi. Lokasi kajian
ini dijalankan di kampung Tellian Mukah di negeri Sarawak. malah skop kajian ini
dijalankan juga dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian, temu
bual, dan pendokumentasian. Manakala dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa
hasil dapatan adalah berdasarkan dua objektif kajian tersebut iaitu mengenalpasti mukun
dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian pantun, irama pantun, cara
bergendang dan cara menari. Serta mengkaji pengurusan Bermukun dalam masyarakat
Melanau di Sarawak. Hasil kajian telah membuktikan bahawa persembahan mukun
memang mempunyai peranan dalam masyarakat Melanau seperti masyarakat Melayu.
Selain itu, persembahan mukun juga memang mempunyai aturcara yang tertentu seperti
permulaan majlis, semasa dan selepas. Ia juga mempunyai pengurusan yang tersendiri.
iv
ABSTRACT
Research is about Management Bermukun In Melanau community in Sarawak. The
objective of this study is to identify mukun closer as mukun function, mode of delivery
rhymes, rhythmic rhymes, how drumming and dancing as well as examine how
management bermukun in Melanau in Sarawak such as financial management, planning
and promotion. This research was conducted in the village Tellian Mukah in Sarawak.
scope of this study but also by using qualitative methods through observation,
interviews, and documentation. The findings of this study suggest that the findings are
based on two objectives: to identify mukun study more closely as mukun function, mode
of delivery rhymes, rhythmic rhymes, how drumming and dancing way. And review
management Bermukun in Melanau in Sarawak. The results showed that the
performances mukun does have a role in such Melanau Malay community. Additionally,
the presentation mukun also does have a certain program like the beginning of the
ceremony, during and after. It also has its own management.
v
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA M/ SURAT
Surat Pengakuan……………………………………………………………...i
Penghargaan…………………………………………………………………..ii
Abstrak………………………………………………………………………..iii
Abstrac………………………………………………………………………..iv
Isi Kandungan………………………………………………………………...v-viii
BAB SATU PENGENALAN
Pengenalan……………………………………………………………………1
Latar Belakang………………………………………………………………..2-3
Permasalahan Kajian………………………………………………………….4
Objektif Kajian………………………………………………………………..5
Hipotesis Kajian……………………………………………………………….6
Soalan Kajian………………………………………………………………….7
Skop Kajian……………………………………………………………………8
vi
Lokasi Kajian………………………………………………………………….9
Kerangka Kajian……………………………………………………………….10-14
BAB DUA SOROTAN KESUSASTERAAN
Pengenalan…………………………………………………………………….15
Definisi Bermukun…………………………………………………………….16
Konsep Pantun………………………………………………………………..17-18
Bergendang……………………………………………………………………18
Seh Gendang………………………………………………………………….19
Rebana………………………………………………………………………...20
Bertandak……………………………………………………………………...20
Nopeng………………………………………………………………………...21
Masyarakat Melanau…………………………………………………………..21-22
Organisasi Masyarakat Melanau……………………………………………….22
Rumusan………………………………………………………………………...23
vii
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan…………………………………………………………………..24-25
Kaedah Pemerhatian…………………………………………………………25
Kaedah Temubual……………………………………………………………26
Kaedah Dokumentasi………………………………………………………..27
Instrumen Kajian…………………………………………………………….27-28
Rumusas……………………………………………………………………..29
BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN
Pengenalan…………………………………………………………………..30
Asal Usul Mukun……………………………………………………………31-32
Fungsi Mukun……………………………………………………………….33
Contoh Persembahan Bermukun…………………………………………….34-36
Cara Penyampaian Pantun…………………………………………………..37-38
Irama Pantun…………………………………………………………………38-40
Peralatan Bermukun…………………………………………………………41-45
Persiapan Sebelum Persembahan……………………………………………46-47
viii
Kostum dan Pakaian………………………………………………………….48-49
Cara dan Tertib Bergendang…………………………………………………50-52
Cara Menari………………………………………………………………….53-54
Masyarakat Melanau…………………………………………………………55
Pengurusan Bermukun………………………………………………………56-58
Pengurusan Sumber Manusia………………………………………………..59-61
Pengurusan Kewangan………………………………………………………61-63
Pengurusan Perancangan…………………………………………………….64-67
Promosi………………………………………………………………………67-70
Reaksi Masyarakat…………………………………………………………..71
Cabaran-cabaran Dalam Mengurusi Bermukun……………………………..72
BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulan…………………………………………………………………...73-74
Cadangan………………………………………...............................................74-78
Rujukan…………………………………………………………………….......79-80
Lampiran………………………………………………………………………..81-84
1
BAB SATU
Pengurusan Bermukun Dalam Masyarakat Melanau Di Sarawak
Pengenalan
kajian ini adalah berkenaan dengan Pengurusan Bermukun dalam masyarakat
Melanau di sarawak iaitu di kampung Tellian Mukah. Perkara yang ingin dikaji adalah
pengurusan Bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak seperti asal usul mukun,
Fungsi mukun, cara penyampaian pantu, irama pantun, cara bergendang, dan cara
menari.
Bergendang adalah salah satu adat yang merupakan khazanah budaya dan
kesenian yang diwarisi masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka.
Aktiviti ini sangat unik kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti
bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang di khalayak ramai.
Masyarakat kaum Melanau mempunyai adat bermukun yang masih diamalkan.
Kebiasaannya, adat bermukun bagi kaum Melanau diadakan ketika malam majlis
perkahwinan selepas persandingan dilangsungkan. Aktiviti ini dijalankan seperti
berpantun, berjoget, dan berkaraoke. Selain itu, aktitiviti ini, dapat mengeratkan
hubungan silaraturahim orang kampung, dapat berkerjasama antara satu sama lain dan
dapat mengenali budaya serta adat tersebut.
Perkara yang hendak dikaji ialah pengurusan yang terdapat dalam persembahan
Bermukun. Terdapat beberapa sistem pengurusan yang digunakan dalam mengendalikan
persembahan Bermukun seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan,
pngurusan perancangan serta promosi.
2
Latar belakang kajian
Mukun berasal daripada satu bekas untuk menyimpan permata dan sesuatu barang
berharga. Bekas tersebut akan diletakkan di tengah-tengah orang bergendang dan dengan
itulah majlis bergendang dipanggil sebagai bermukun. Bermukun dalam masyarakat
melanau diadaptasikan daripada masyarakat Melayu. Masyarakat melanau Sarawak
mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya. selain
itu, masyarakat Sarawak mempunyai sastera rakyat seperti lagu, tradisi dan pelbagai
permainan, adat bermukun atau bergendang adalah salah satu tradisi yang paling
popular dikalangan masyarakat melanau walaupun diadaptasikan daripada masyarakat
Melayu.
Bermukun atau bergendang adalah salah satu adat yang merupakan khazanah dan
kesenian yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Aktiviti ini sangat unik kerana
mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam
keadaan terbuka dan terang di khalayak orang ramai. Bermukun dalam diadakan ketika
majlis perkahwinan selepas persandingan dilangsungkan.
Aktiviti bermukun ini, dikendalikan dikalangan wanita seramai dua atau lebih yang
duduk dibahagian balik tabir untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini di
panggil atau dikenali sebagai „tukang gendang‟atau „seh bergendang‟. Kaum lelaki pula
akan duduk secara berselerak mengikut bersesuaian atau keselesaan masing- masing di
luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah berdekatan
tabir sebagai gelanggan tarian. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir dengan pasangan
masing- masing.
3
Kaum lelaki berperanan bermain biola mengiringi seh bergendang untuk
menjadikan irama lebih menarik dan merdu. Selain itu, penggesek biola yang akan
menjadi ikutan seh ketika berpantun. Kebiasaannya aktiviti ini berlangsung sepanjang
malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak atau kemampuan seh bergendang
dengan keizinan tuan rumah.
Peralatan untuk aktiviti bermukun atau bergendang ini seperti gendang, biola,
gong, dan sidak. Sidak adalah sejenis alat iaitu lengkungan rotan untuk menengangkan
kulit kambing agar bunyi gendang yang terhasil itu kuat ketika dipukul. Ada juga sidak
yang menggunkan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi peralatan ini sukar
dicari dan diperolehi. Peralatan ini adalah sangat penting dalam melakukan aktiviti
bermukun ini.
Kesimpulannya, aktiviti bermukun atau bergendang sungguh popular dikalangan
masyarakat Sarawak yang amat digemari serta sering diadakan pada majlis keramaian
seperti perkahwinan, bertunang bagi menghiburkan tetamu yang hadir. Aktiviti
bermukun ini bukan hanya untuk masyarakat melanau yang menjadikan aktiviti
bermukun sebagai hiburan tetapi kaum Bidayuh juga turut mengamalkannya.
4
Permasalahan kajian
Permasalahan kajian merupakan perkara utama yang mendorong kepada
berlakunya kajian ke atas sesuatu masalah yang ingin dikaji. Mukun merupakan satu
persembahan yang diadakan di Negeri Sarawak sempena majlis keramaian, majlis
bertunang dan perkahwinan. Pendedahan mengenai persembahan mukun seperti fungsi
mukun, cara penyampaian pantun,lirik pantun, cara bergendang,dan cara menari dalam
masyarakat melanau kurang dipraktikkan ke atas golongan remaja yang menyebabkan
mukun semakin di pinggir. Oleh itu. Persembahan bermukun perlu diberi pendedahan
secara strategik perlu dilaksanakan dalam mengetengahkan persembahan ini.
Seterusnya, Pengurusan Bermukun juga kurang diketahui oleh masyarakat di
negeri Sarawak akibat daripada pengaruh oleh perubahan dunia masa kini yang banyak
mempengaruhi gaya hidup masyarakat serta menyebabkan adat Bermukun kian
dilupakan. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini kurang tahu tentang pengurusan
Bermukun dalam masyarakat melanau. Persembahan bermukun dalam masyarakat
melanau merupakan persembahan yang diadaptasikan dari masyarakat Melayu Sarawak.
selain itu juga kurangnya minat masyarakat tentang persembahan bermukun ini.
5
Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menetapkan maklumat kajian yang
akan dilakukan mengenai pengurusan bermukun dalam masyarakat melanau di Sarawak
dan bagaimana kaedah pengurusan yang sesuai dalam mengekalkan persembahan
bermukun. Melalui objektif ini juga, pengkaji akan dapat mengetahui tentang respon
serta hasil penyelidikan sama ada bertepatan dengan objektif kajian ataupun
bertentangan dengan apa yang difokuskan dalam kajian ini.
1. Mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian
pantun, irama pantun, cara bergendang dan cara menari.
2. Mengkaji pengurusan mukun dalam masyarakat melanau di Sarawak contohnya
pengurusan kewangan, pengurusan perancangan dan promosi
6
Hipotesis Kajian
Hipotesis merupakan andaian awal yang dibuat oleh pengkaji sebelum data
kajian diperolehi. Penentuan hipotesis bagi sesebuah kajian amat penting supaya langkah
pelaksanaan kajian sentiasa menepati kehendak utama tajuk kajian. Kegunaan hipotesis
ini bukan sahaja sebagai rujukan semasa membuat kajian, malah turut menjadi dasar
yang penting kepada topik kajian. Dalam mendapatkan data bagi penyelidikan ini
pengkaji akan mengaplikasikan beberapa elemen-elemen yang bersesuaian dengan
kaedah kajian menggunakan idea-idea yang mampu untuk menyumbang kepada hasil
kajian yang bertepatan dengan kehendak hipotesis di awal kajian.
Dalam kajian ini, pengkaji mengandaikan pengurusan yang lebih strategik oleh
pemukun dapat menarik minat masyarakat terhadap persembahan bermukun. Seterusnya
pemukun mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan bermukun dalam
masyarakat melanau di negeri Sarawak. Dengan adanya usaha yang berterusan oleh
pemukun dalam mengurus persembahan bermukun ini sekaligus dapat memaparkan
peranan pemukun sebagai penggiat persembahan bermukun dalam masyarakat melanau
di negeri Sarawak. Usaha pengurusan yang dilakukan oleh pemukun banyak membantu
dalam memperkenalkan persembahan bermukun dalam masyarakat melanau kepada
masyarakat di negeri Sarawak serta manarik minat generasi kini untuk mendekati
persembahan bermukun.
7
Soalan Kajian
Kajian ini memerlukan beberapa soalan yang boleh membantu dalam
menyelesaikan masalah kajian dan juga membantu mencapai objektif kajian. Soalan
yang pertama adalah bagaimana untuk mengenalpasti mukun dalam masyarakat
Melanau Mukah. Soalan ini akan membantu untuk mencapai objektif pertama kajian
iaitu mengenalpasti mukun dengan lebih dekat seperti fungsi mukun, cara penyampaian
pantun, irama pantun, cara bergendang, dan cara menari. Soalan yang kedua pula adalah
apakah kaedah pengurusan yang digunakan dalam mengendalikan persembahan
Bermukun tersebut. Soalan ini dapat membantu dalam mengkaji kaedah pengurusan
dalam mengurusi persembahan Beremukun sekaligus dapat mencapai objektif kajian
yang kedua melalui sesi temuramah dengan pengurus dan pihak yang terbabit. Sesi
temuramah ini akan membantu untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
pengurusan yang dijalankan dalam mengendalikan Persembahan Bermukun.
8
Skop kajian
Skop kajian merupakan ruang lingkup yang telah ditetapkan untuk sesuatu
kajian. Skop kajian ini telah dibahagikan mengikut keperluan dan kehendak kajian.
Pemilih skop kajian ini haruslah bersesuaian dan mempunyai kaitan dengan tajuk utama
kajian. Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa skop kajian telah dibahagikan mengikut
kesesuaian perkara dan bidang kajian yang telah dikenal pasti.
Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja
supaya skop kajian tidak terlalu luas.
skop kajian ini, lebih memudahkan pengkaji memproses data kajian dengan lebih
terperinci. Skop kajian merupakan hal yang utama yang ingin dikaji. Skop kajian
pengkaji adalah sistem pengurusan bermukun yang dilakukan oleh pemukun. Dalam
konteks lain, pengkaji ingin mengetahui kaedah-kaedah pengurusan yang telah
dilaksanakan oleh pemukun dalam menarik minat masyarakat melanau terhadap
persembahan bermukun.
Skop kajian seterusnya adalah mengkaji pengurusan bermukun yang diadakan oleh
pemukun. Tujuanya adalah untuk mengkaji cara penyampaian pantun secara berdialog
oleh seh gendang yang mengikut irama lagu yang dimainkan oleh pemukun. Seterusnya,
kajian dilakukan dengan mengkaji fungsi mukun terhadap persembahan bermukun di
negeri Sarawak. Masyarakat pada hari ini kurang mmengetahui mengenai fungsi
bermukun diadakan. Ini mendorong kajian dilakukan bagi mengenal pasti fungsi
persembahan mukun dilakukan oleh pemukun dalam masyarakat melanau di negeri
Sarawak. Kajian ini lebih menyentuh mengenai fungsi mukun dalam pengurusan
bermukun dalam masyarakat melanau di Sarawak.
9
Lokasi kajian
Dalan melaksanakan sesuatu kajian itu, tempat atau lokasi merupakan salah satu
elemen penting dalam memastikan kajian dapat dihasilkan dengan sempurna. Penentuan
lokasi ini snagat membantu pengkaji dalam mengumpul data atau maklumat yang boleh
dijadikan sebagai dapatan kajian. Pengkaji juga turut melakukan penyelidikan dilokasi
kajian yang dinayatakan supaya maklumat atau data yang diperolehi tidak terpesong dari
skop kajian pengkaji. Selain itu, ini membantu pengkaji mengenal pasti lokasi kajian dan
dapat mengetahui proses- proses pengumpulan data yang akan dilakukan di sesuatu
lokasi itu. Pengkaji telah memilih dua lokasi kajian iaitu di kampung Telian Mukah dan
jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Negari Sarawak.
Rajah 1: Lokasi kampung Tellian Mukah
(Sumber: Internet)
10
Kerangka kerja
Kerangka kerja yang digunakan dalam kerja ini adalah berdasarkan
konsep‟konseptual theoretical‟ yang diambil ideanya daripada pengkaji-pengkaji masa
lampau. Konsep teori tersebut ialah berkaitan dengan pengurusan. Kajian ini ialah
tentang pengurusan iaitu pengurusan bermukun dalam masyarakat Melanau di Sarawak.
Olah hal demikian, konsep yang dipilih adalah sangat sesuai di gunakan sebagai garis
panduan untuk membantu dalam menyelesaikan permasalahan kajian dan seterusnya
untuk membantu mencapai objektif kajian ini. Dalam pengurusan beberapa perkara
mengenai pengurusan yang berkaitan dengan kajian ini seperti di bawah
Pengurusan
Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin (Ahmad, 2006:6)
mengatakan Pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat organisasi
mengikut cara yang berkesan dan cekap. Semua organisasi mempunyai orang yang
bertanggungjawab untuk membantu mereka mencapai matlamat. Peranan pengurus ialah
untuk memandu organisasi kearah pencapaian matlamat. Oleh kerana semua organisasi
wujud untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu maka golongan pengurus
bertanggungjawab untuk menggabungkan dan menggunakan sumber-sumber organisasi
bagi memastikan organisasi mereka mencapai matlamat yang dikehendaki
Menurut kata Hersey (1998 : 6), menyatakan bahawa peranan pengurusan iaitu
perancangan, menyusun, motivasi dan mengawal adalah pusat untuk satu perbincangan
pengurusan oleh penulis yang ramai. Peranan ini terdiri daripada proses pengurusan dari
11
langkah demi langkah cara untuk melakukan sesuatu yang berkaitan tanpa mengira jenis
organisasi atau tahap pengurusan yang berkenaan.
Pengurusan sumber manusia
Bynes (2008 : 188) mengatakan dalam proses pembentukan sesebuah organisasi,
perlunya penstaffan sumber manusia iaitu kakitangan atau pekerja di dalam sesebuah
organisasi. Penggunaan sumber manusia adalah sangat penting untuk memenuhi misi
dan menyokong pelan dan tindakan strategik organisasi.
Menurut Barnes (2013: 382), bahawa sumber manusia sangat penting dalam
organisasi. Sumber manusia merupakan kelas kedua dalam organisasi dan mempunyai
kepentingannya dalam meningkatkan sesuatu pengurusan. pengurus kini sedar bahawa
fungsi sumber manusia mempunyai impak besar ke atas prestasi barisan bawah syarikat.
Perancangan sumber manusia yang rendah boleh mendorong pemerhentian, serta
pembayaran pampasan yang mahal, perbelanjaan latihan, dan moral.
12
Matlamat pengurusan
Barnes (2013: 176) menyatakan bahawa suatu matlamat mempunyai tujuan yang
tertentu. Hal ini demikian kerana, matlamat yang wujud itu dapat memberi panduan dan
hala tuju kepada orang-orang dalam organisasi itu bersatu.
Matlamat juga boleh dijadikan sebagai sumber motivasi untuk pekerja
organisasi. Suatu matlamat yang khusus dan sederhana boleh mendorong pekerja untuk
bekerja lebih keras, terutamanya untuk mencapai matlamat yang mengakibatkan
ganjaran. Pada masa yang sama, matlamat juga dapat menyediakan mekanisme yang
berkesan untuk penilaian dan kawalan. Oleh itu, prestasi itu dapat dinilai pada masa
akan datang melalui matlamat yang dicapai.
Sumber kewangan.
Robins & Mukerji (1990 : 6) berpendapat bahawa sumber kewangan amat
penting dalam sesebuah pengurusan. Seseorang pengurus memainkan peranan penting
dalam pengurusan yang melibatkan sumber kewangan, manusia dan peralatan.
Perancangan pengurusan
Luthan dan Doh (2012 : 271) berpendapat misi dan objektif adalah salah satu
aspek dalam perancangan. Melalui proses perancangan, pengurus dapat menentukan
misi dan objektif jangka panjang sesebuah organisasi dan seterusnya melaksanakan
pelan tindakan untuk mencapai misi dan objektif tersebut.
Recommended