View
226
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
PENGURUSAN HOUSE OF ARTS SDN. BHD DALAM
MENGEMBANGKAN SENI UKIRAN KAYU DALAM KALANGAN
MASYARAKAT BESUT, TERENGGANU
Siti Norhayati Binti Jahari
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
( Pegurusan Seni )
2007
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
PENGURUSAN “HOUSE OF ARTS SDN. BHD” DALAM
MENGEMBANGKAN SENI UKIRAN KAYU DALAM KALANGAN
MASYARAKAT BESUT, TERENGGANU.
SITI NORHAYATI BINTI JAHARI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
( Pengurusan Seni )
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Catatan : * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda
* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / lsporsn ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
atau TERHAD.
i
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN
JUDUL : PENGURUSAN “HOUSE OF ARTS SDN. BHD” DALAM
MENGEMBANGKANG SENI UKIRAN KAYU DALAM KALANGAN
MASYARAKAT BESUT, TERENGGANU.
SESI PENGAJIAN : 2004 / 2007
Saya SITI NORHAYATI BINTI JAHARI_________________
mengaku membenarkan tesis / laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. * sila tandakan
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
Kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan
oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
___________________ ____________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh : Tarikh :
Alamat Tetap :
227, Felda Tenang,
22010, Jerteh Besut,
Terengganu Darul Iman.
PENGAKUAN
Projek bertajuk Pengurusan House Of Arts Sdn. Bhd dalam mengembangkan Seni
Ukiran kayu dalam kalangan masyarakat Besut, Terengganu telah disediakan oleh
Siti Norhayati Binti Jahari dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan
Kepujian Pengurusan Seni
Diterima untuk diperiksa oleh :
__________________________
( Puan Noria Tugang )
Tarikh :
___________________________
ii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pertama sekali, syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi di atas taufik dan
hidayah-Nya telah menganugerahkan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan
latihan ilmiah ini dengan jayanya seperti yang telah dirancang dalam masa yang
telah ditetapkan.
Berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan buat penyelia saya iaitu
Pn. Noria Tugang di atas sumbangan idea, nasihat, tunjuk ajar dan memberi
maklumat ikhlas yang dihulurkan semasa menyiapkan kajian ini. Semoga Allah
membalas kemuliaan budi dan sumbangan yang telah diberikan.
Di kesempatan ini juga jutaan terima kasih diucapkan buat pensyarah
Program Pengurusan Seni yang lain iaitu Pn. Qistina Donna Lee Abdullah, Miss
Karen Samy dan Pn. Rahah Bt Hasan di atas segala teguran dan nasihat yang
diberikan dari awal kajian dilakukan hingga akhir. Juga tidak dilupakan kepada
Cik Ema Shuhaida Bt Yahya, satu-satunya tutor program ini yang banyak
membantu serta memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalaman beliau yang lepas.
iii
Buat keluarga dan kedua ibubapa tersayang semoga sentiasa dilindungi
Allah S.W.T dan berbanyak-banyak terima kasih diatas didikan, kasih sayang,
nasihat dan bantuan yang diberikan selama anakanda bergelar pelajar. Segala jasa
dan pengorbanan ma dan aboh tidak akan anakanda lupakan. Tidak lupa juga
rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi pandangan dan dorongan dalam
menyiapkan kajian ini. Semoga kalian semua berjaya dalam hidup dan membawa
anugerah kejayaan kepada kedua ibubapa kita.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pengurus dan kakitangan
syarikat House Of Arts, kerana tidak jemu-jemu untuk memberi maklumat serta
responden-responden yang telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Tanpa
maklumat dan kerjasama yang diberi kajian ini mungkin tidak dapat dijalankan
dengan jayanya.
Adalah diharapkan daripada hasil kajian yang telah disempurnakan ini selain
dapat melengkapkan keperluan enam kredit untuk kursus Penyelidikan dan Projek
Tahun Akhir, moga-moga ia dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang
berkenaan.
iv
Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah jua dan segala
kelemahan dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Oleh itu, berbanyak-
banyak mohon dan maaf dipinta sekiranya masih terdapat kekurangan dan
kelemahan.
Jasa baik kalian amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
v
ISI KANDUNGAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii-v
ISI KANDUNGAN vi-xi
ABSTRAK xii
ABSTRACT xiii
BAB SATU : PENGENALAN KEPADA KAJIAN
1.1 Pengenalan 1-2
1.2 Latar Belakang
1.2.1 Sejarah Seni Ukir 3-8
1.2.2 House Of Arts 8-9
1.2.3 Polisi / Progresif Kerja 10
1.2.4 Misi 10
1.2.5 Matlamat 10
1.2.6 Carta Organisasi 11
vi
1.3 Definisi
1.3.1 Pengurusan 12
1.3.2 Seni Ukir 13-16
1.3.2.1 Bentuk Bujang 17
1.3.2.2 Bentuk Pemidang 17-18
1.3.2.3 Bentuk Lengkap 18
1.4 Objektif Kajian 19-20
1.5 Hipotesis 21
1.6 Skop Kajian 21-22
1.7 Permasalahan Kajian 23-25
1.8 Kepentingan Kajian 25-27
Kesimpulan
vii
BAB DUA : SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 29
2.2 Maklumat Bibliografi / Rujukan 31-46
Kesimpulan
BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 48-49
3.2 Lokasi Kajian 49-51
3.3 Sumber Data 52-55
3.4 Populasi Kajian 56-57
3.5 Persempalan Kajian 57-59
3.6 Instrumen Kajian 59-60
viii
3.7 Limitasi Kajian 61-62
3.8 Rumusan dan Kesimpulan 63
BAB EMPAT : ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 64-66
4.2 Analisa Data Responden 67
4.2.1 : Borang Soal Selidik 67-100
4.2.1.1 : Borang Soal Selidik Responden 68-92
( Masyarakat )
4.2.1.2 : Borang Soal Selidik Responden 92-100
( Syarikat House Of Arts Sdn. Bhd )
4.2.2 : Soalan Temuramah 101-106
4.3 Kesimpulan 107-108
ix
BAB LIMA : CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 : Pengenalan 109
5.2 : Rumusan Kajian 110-115
5.3 : Cadangan 116-123
5.3.1 Perlu penglibatan semua Kementerian dan
Jabatan-jabatan Kerajaan dalam memartabatkan
semua bidang seni
5.3.2 Pihak media perlu meningkatan teknik promosi
5.3.3 Mengadakan seminar tentang kebangkitan sejarah seni
dan budaya Negeri Terengganu.
5.3.4 Menubuhkan Persatuan dan Akademi Seni dan Budaya
di Negeri Terengganu
5.4 : Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 124-126
5.5 : Kesimpulan 126-127
x
BIBLIOGRAFI 128-129
LAMPIRAN
xi
ABSTRAK
Tradisi seni ukiran kayu merupakan tradisi turun-temurun dan menjadi lambang
keunikan bagi masyarakat Melayu tradisional. Seni ini tidak dapat dipisahkan
daripada kebudayaan Melayu dan seni rupa kerana ia merupakan satu bentuk seni
yang berterusan sepanjang zaman. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk
meninjau perkembangan industri seni ini ke tahap yang lebih mantap. Hala tuju
dan tahap pengurusan yang cekap amat penting bagi sesebuah organisasi di
Terengganu dalam membangunkan industri ini kepada masyarakat sekali gus
membawa industri kayu ke tahap pasaran yang lebih luas serta menjadi pemangkin
kepada teras ekonomi negara.
xii
ABSTRACT
The ancient tradition of woodcarving is an important part of Malay heritage. The
art of woodcarving cannot be separated from Malay culture and fine arts. This is
because the art form is not confined to any particular period. This research
focuses on the development of this industry to a higher level. The management of
an arts organization in Terengganu is very important in developing the
woodcarving industry among communities and promoting it as a catalyst for the
nation’s economy.
xiii
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam era globalisasi dan pada zaman pembangunan yang terlalu
mementingkan kemajuan manusia berdasarkan nilai ekonomi dan kecekapan
menguasai teknologi dan maklumat, manusia semakin lama semakin melupakan
warisan, tradisi dan nilai budaya bangsanya. Sebab dan mengapa situasi ini
berlaku ialah manusia menganggap warisan bukan „alat‟ yang dapat digunakan
untuk memajukan hidup, ekonomi dan materialistik manusia pada zaman
teknologi. Dalam konteks ini, masyarakat menganggap bidang seni tidak dapat
membawa perkembangan dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan seni
rupa tradisional Melayu iaitu seni ukiran kayu yang kaya dengan motif dan
reka bentuk.
Walaupun perkembangan teknologi negara semakin membangun,
namun masyarakat kini seaka-akan tidak membangunkan bidang seni ukiran
seiring dengan perkembangan teknologi. Maka, seni ukiran semakin hari
semakin terkubur dimakan arus modenisasi. Seni ukir Melayu yang dulunya
2
disanjung tinggi kerana ketelitian dan kehalusan ukirannya akan kembali
mencapai zaman kegemilangan seandainya kajian dapat membantu
mengetengahkan keunikan seni ukir Melayu dalam kalangan masyarakat umum.
Memang tidak dinafikan bahawa wujud beberapa pengaruh lain dalam bentuk
ukiran Melayu.
Antara yang paling ketara ialah budaya Islam berkaitan ayat-ayat Al-
Quran dijadikan motif dalam ukiran disesetengah masjid, istana dan rumah.
Biasanya, seni ini dijelmakan daripada unsur-unsur dan alam semulajadi. Setiap
satunya berubah mengikut keadaan sifatnya, mempunyai identiti, gaya dan
undang-undang yang tersendiri.
3
1.2 Latar Belakang Kajian
1.2.1 Sejarah Seni ukir
Seni terawal adalah bermula pada zaman prasejarah. Seni ini wujud
kira-kira 2.5 juta tahun yang lalu telah menandakan permulaan perkembangan
manusia yang disebut Zaman Batu. Seni prasejarah ini dipercayai sebagai tapak
permulaan evolusi manusia kerana manusia pada ketika itu hidup di dalam gua
dan menggunakan batu untuk menyalakan api. Seni pada ketika itu dapat
dilihat dalam pelbagai bentuk iaitu hiasan lukisan di dalam gua, ukiran-ukiran
patung-patung sembahan, tulang-tulang haiwan sebagai hiasan kecantikan diri
dan juga tugu-tugu seni bina. Manakala, subjek dan panduan seni ukiran pada
zaman itu adalah berteraskan rupa haiwan dan juga bentuk rupa manusia.
Melalui zaman prasejarah ini, dipercayai bahawa manusia mula mempelajari
cara hidup dan seni ketika itu berkembang mengikut peralihan dan
perkembangan kepintaran manusia.
Seni ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.
Sejarah seni ukiran di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan
sejarah Melayu iaitu dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak
4
lebih 500 tahun dahulu. Kesenian ini wujud dalam tamadun awal di samping
bidang kesenian lain seperti seni bina, seni lukisan, kaligrafi dan teater. Pada
ketika itu, orang-orang Melayu telah memberi perhatian yang istimewa terhadap
seni ukiran pada bangunan-bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Maka,
jelaslah raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting
dalam memperkembang, mengekal dan menghidupkan suasana seni ukiran.
Sehingga kini terdapat peninggalan istana-istana lama yang memperlihatkan
betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana tersebut.
Manakala, menurut Abdul Halim Nasir dalam buku beliau yang
bertajuk Seni Ukiran Kayu Melayu Tradisi, di Semenanjung Malaysia kekayaan
seni ukiran kayu orang Melayu adalah paling ketara dapat dilihat pada binaan
rumah-rumah tradisional terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Melaka
dan Negeri Sembilan. Ini kerana pada abad ke-14 seni ukiran Melayu tradisi
sekali lagi menerima perubahan apabila agama Islam sampai ke Semenanjung
Tanah Melayu sebagaimana tercatat di Batu Bersurat Terengganu yang
membuktikan bahawa pada awal kurun keempat belas agama Islam telah
dianuti oleh masyarakat Melayu.
5
Seni ukiran kayu juga merupakan seni kraftangan yang telah lama
wujud dalam kalangan masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan
Sarawak serta masyarakat orang Asli. Biasanya, seni ini dapat dipersembahkan
melalui bahan kayu iaitu sama seperti seni ukiran yang lain cuma mempunyai
perbezaan dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini berkembang luas
di Malaysia kerana Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai
hasil kayu-kayan yang banyak iaitu terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan
di negara yang dikenalpasti.
Lazimnya, makna yang tersurat dalam ukiran kayu bukan sahaja
melambangkan kekayaan warisan masyarakat Melayu di Nusantara. Malah, telah
dianggap sebagai simbol semangat perjuangan yang tidak pernah luntur.
Biarpun zaman telah berubah namun, warisan kayu tetap kukuh menjadi satu
identiti yang masih diagungkan. Oleh yang demikian, tradisi mengukir seperti
menghias dengan menghasilkan ukiran telah menjadi simbol keagungan budaya
sejak munculnya tradisi agung Melayu Melaka.
Namun begitu, menurut artikel Fikiran Rakyat, perkembangan seni
ukiran di Indonesia mula wujud sejak Zaman Batu Muda (Neolitik) iaitu
sekitar tahun 1500 S.M. Perkembangan seni ukir ini merupakan seni
6
membentuk gambar pada kayu, batu-batan atau bahan-bahan lain. Pada zaman
itu, nenek moyang bangsa Indonesia telah membuat ukiran pada kapak batu,
tempaan tanah liat atau bahan-bahan lain yang ditemuinya. Walau
bagaimanapun, motif dan penghasilan ukiran pada zaman itu masih lagi
sederhana dan umumnya bermotifkan geometrik seperti garis, titik dan
lengkungan yang dihasilkan dengan bahan tanah, batu, kayu, bambu, kulit dan
tanduk haiwan. Pada zaman ini, manusia membuat ukiran pada tembikar
dengan dua cara iaitu secara langsung dan tidak langsung. Cara pertama
dilakukan adalah dengan cara menggoriskan bentuk-bentuk segi tiga kecil
dengan potongan kayu runcing, bentuk lingkaran dengan cap dan sebagainya.
Manakala, ukiran secara tidak langsung pula dilakukan dengan cara cetak motif
iaitu dengan menampalkan cetakan kayu pada tembikar yang masih lembik.
Setelah agama Hindu, Buddha dan Islam masuk ke Indonesia, seni
ukir telah mengalami perkembangan yang sangat pesat iaitu dalam bentuk reka
bentuk produksi dan motif. Ukiran-ukiran ini mula ditemui di candi-candi dan
prasasti-prasasti yang dihasilkan untuk memperingati raja-raja. Bentuk ukiran ini
juga ditemui pada senjata-senjata seperti keris dan tombak, batu nisan, masjid,
alat-alat muzik termasuk gamelan dan wayang. Motif-motif yang diukir pula
7
menggambarkan bentuk atau kisah ukiran kayu yang mula mengalami
perkembangan pesat dan tidak lagi hanya berfungsi sebagai magis tetapi lebih
merupakan kepada bentuk hiasan yang diproduksi.
Alat-alat yang digunakan untuk menghasilkan seni ukiran adalah
seperti gergaji, ketam, tukul besi dan pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu
terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya motif makhluk halus seperti ayam,
badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang). Bagi
motif angkasa atau kosmos lebih menerapkan gambaran awan larat seperti
bintang, matahari, bulan, dan bukit bukau. Motif geometri pula menampilkan
bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun secara berderet dan kadang-
kala dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya motif-motif ini terdapat
pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.
Manakala, motif seni khat atau kaligrafi menggunakan huruf Arab terutamanya
untuk petikan al-Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di pintu
rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.
Penggunaan seni ukiran kayu dalam kalangan masyarakat Melayu
bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya
juga terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid, surau, wakaf pintu
gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot
seperti almari, katil, kerusi, meja dan kepala perahu yang dipanggil bangau,
8
alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan
tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu yang juga merupakan
warisan yang perlu dilindungi dan dipelihara.
9
1.2.2 HOUSE OF ARTS SDN. BHD
House of Arts Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat perniagaan
keluarga yang ditubuhkan oleh En. Norhaiza Noordin. Syarikat ini mula
beroperasi pada tahun 1990 dan telah didaftarkan di bawah Syarikat Perusahaan
Kayu Antarabangsa. Syarikat ini merupakan sebuah organisasi yang
mengekalkan warisan dan tradisi dari segi penghasilan produk ukiran kayu dan
mempunyai polisi pengurusan yang tersendiri iaitu “Menghasilkan Produk
Ukiran Perabot yang Berukiran Tinggi”.
Menurut artikel melalui sumber internet (Portal Internet Desa).
Sejarah, Seni dan Budaya yang bertajuk Ukiran Terengganu ke Universiti
Oxford menyatakan bahawa House of Arts pernah menerima anugerah dan
pengiktirafan Karyawan Seni Terengganu pada tahun 2006 apabila dipilih
sebagai penghias dalaman untuk sebuah auditorium di Universiti Oxford
(Oxford Centre for Islamic Studis ) (OCIS) antara universiti berprestij di dunia.
Amnya, House of Arts menjalankan aktiviti-aktiviti penghasilan
produk mengikut tempahan dan projek yang diberikan oleh Perbadanan
Kraftangan negeri Terengganu. Antara projek ukiran yang pernah dijalankan
adalah ukiran di Istana Agung, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Muzium
Terengganu, Istana Melawati di Putrajaya, Pejabat Perdana Menteri, Rumah-
rumah kediaman bekas Perdana Menteri dan salah satu projek yang sedang
Recommended