View
5
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
Pengurusan Zakat di Malaysia:
Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep
2
Cetakan Pertama, 2017
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
http://www.ukm.my/ekonis
e-mel:ekonis@ukm.edu.my
Dengan Kerjasama
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: khidmatpelanggan@zakatselangor.com.my
Unit Zakat UKM
Pejabat Unit Zakat UKM
Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM
43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: infozakat@ukm.edu.my
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
UKM Holdings Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hairunnizam Wahid
Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad
Tajuddin Abdul Rahim
1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.
Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul
ISBN 978-983-3198-98-6
3
Kandungan
Kandungan …3
Kata Pengantar …6
Sekapur Sirih…7
Prakata …8
Senarai Penulis…9
Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee
Wan Ab Rahaman...11
Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh
Syarikat
Adibah Abdul Wahab …23
Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39
Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65
Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian
Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83
Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103
Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun ... 125
Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133
4
Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155
Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171
Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,
Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …189
Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211
Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah
Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227
Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul
Halim Abu Bakar …245
Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …269
Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,
Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287
5
Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305
Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319
Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331
Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &
Hairunnizam Wahid …353
Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi
Kewangan di Malaysia
Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373
Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393
6
Kata Pengantar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam
atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang
terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku
bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.
Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan
komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian
kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.
Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak
harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan
harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan
sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka
yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan
ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak
yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat
membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda
futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai
perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan
tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat
mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut
kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi
negara yang lestari dan inklusif.
Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para
karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi
perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam
mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen
ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan
dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam
memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia
amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah
SWT.
Amin ya rabbal alamin.
HAJI HUSSIN MOHD ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Zakat Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
7
Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.
Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan
dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat
UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai
pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang
berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam
pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi
sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan
cendikiawan.
Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat
diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada
semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan
kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu
dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017
(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar
disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan
program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan
mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan
beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.
Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah
satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat
baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.
Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam
merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di
Malaysia.
Salam Hormat
MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM
Unit Zakat UKM
8
Prakata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas
dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu
alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat
serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu
keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala
dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang
bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang
diperolehi.
Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar
artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana
Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian
zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia
dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta
pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek
pengurusan zakat di Riau, Indonesia.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang
utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga
kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan
penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana
Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk
dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.
Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran
kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu
Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.
Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami
penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam
korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Sidang Penyunting
9
Senarai Penulis
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga
Zakat Selangor
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga
Zakat Selangor
Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),
Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
10
Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional
Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/39
Bab 3
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa Mohd Ali Mohd Noor Hairunnizam Wahid
Pengenalan
Di antara cabaran utama dasar pengurusan zakat di Malaysia malah di seluruh
negara Islam seperti Mesir, Jordan, Kuwait dan Bangladesh (Muharman,
Nurul, Yusoff dan Abdurrahman, 2011) ialah masalah penguatkuasaan
perundangan zakat. Di Malaysia, fokus utama tertumpu masalah perundangan
zakat yang tidak komprehensif, masalah penguatkuasaan dan
ketidakseragaman perundangan zakat di setiap negeri. Masalah-masalah ini
telah menyebabkan pelbagai implikasi lain yang lebih serius seperti pengelakan
masyarakat membayar zakat, hilang keyakinan pembayar zakat kepada institusi
zakat bertauliah serta masalah agihan zakat yang tidak seimbang mengikut
keperluan di negeri-negeri di Malaysia. Keadaan ini berbeza dengan
pengurusan hasil cukai yang dilihat jauh lebih baik berbanding pengurusan
harta zakat. Walaupun pelbagai kaedah dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama
Islam Negeri (MAIN) bagi meningkatkan kutipan zakat, masih terdapat
sebilangan besar masyarakat yang enggan membayar zakat atau tidak
membayar zakat kepada institusi zakat kerajaan.
Perundangan zakat yang tidak komprehensif menyebabkan pihak
berkuasa zakat gagal mengambil tindakan undang-undang ke atas masyarakat
Islam yang engkar menunaikan tanggungjawab mereka. Antaranya, akta
ataupun enakmen zakat negeri tidak memperuntukkan berkenaan siapa yang
layak membayar zakat dan juga kategori pendapatan yang wajib berzakat.
Ianya berbeza dengan akta cukai seperti Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia
menyebabkan kes pendakwaan pesalah zakat yang didakwa tidak memihak
kepada MAIN (Mashitoh, 2007). Hukuman, denda dan penalti yang rendah
terhadap pesalah zakat dilihat antara faktor menyebabkan pematuhan ke atas
perundangan zakat rendah. Kesan daripada itu, tindakan penguatkuasaan juga
tidak boleh dilaksanakan kerana pihak institusi zakat hanya menggunakan
kaedah dakwah dan sukarela untuk meningkatkan faktor pematuhan (Mashitoh,
2007). Penyeragaman perundangan zakat juga tidak dapat dilaksanakan kerana
40 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
bidang kuasa zakat adalah di bawah kuasa negeri masing-masing (Amir Husin,
2009). Masalah perundangan ini menjadi antara faktor yang menyukarkan
penguatkuasaan perundangan zakat yang cekap dan berkesan di Malaysia.
Isu keengganan masyarakat Islam membayar zakat merupakan satu
masalah yang serius. Kajian terkini mendapati 60 peratus masyarakat Islam di
Selangor gagal untuk membayar zakat harta (Utusan Malaysia, 2016). Laporan
pihak PPZ tahun 2011 menunjukkan hanya 4.2 peratus kakitangan profesional
yang melaksanakan tanggungjawab membayar zakat di Wilayah Persekutuan.
Mohd Helmi (2002) pula mendedahkan hampir 80 peratus syarikat islam tidak
membayar zakat. Kajian lain juga menunjukkan hanya 38 peratus daripada
pembayar zakat di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia yang patuh
membayar zakat (Nur Barizah dan Hafiz Majdi, 2010). Di negeri Kedah pula,
hanya 35 peratus responden membayar zakat pendapatan kepada pihak
berkuasa zakat (Kamil, 2006). Kajian yang lebih meluas skopnya dilakukan
oleh Hairunnizam (2007) mendapati hanya 28.7 peratus responden yang
membayar zakat pendapatan daripada sampel 2,500 orang di negeri-negeri
Semenanjung Malaysia. Kajian potensi kutipan zakat di Malaysia turut
mengunjurkan anggaran potensi perolehan zakat Malaysia pada tahun 2009
adalah sekitar RM3 bilion tetapi kutipan zakat hanya berjaya dikumpulkan
sekitar RM1.2 bilion (Jasni dan Anwar, 2012). Masalah lain seperti
keengganan masyarakat Islam membayar zakat kepada institusi zakat kerajaan
menyebabkan kebocoran hasil zakat. Antara contoh-contoh yang terkini adalah
seperti pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kehilangan 24,000 pembayar zakat
dengan kebocoran hasil zakat sebanyak RM79juta pada tahun 2015 (Muhsin,
2016) di samping survei yang dijalankan Astro Awani (2016) menunjukkan 70
peratus responden enggan membayar zakat kepada institusi zakat. Kajian
anggaran ketirisan zakat fitrah di Malaysia oleh Fidlizan, Mohd Yahya, Azila
dan Salwa Amirah (2015) menunjukkan berlaku peningkatan ketirisan dari
tahun 2003 hingga 2009 dengan nilai 19.53 juta kepada 28.92 juta serta hasil
zakat fitrah yang tidak dibayar kepada institusi zakat meningkat daripada
RM1.8juta pada tahun 1995 meningkat kepada RM5.2 juta pada tahun 2011
(Mohd Yahya, Fidlizan dan Mohamad Ali, 2013). Kedua-dua isu ini memberi
kesan kepada kutipan hasil zakat. Sungguhpun saban tahun kutipan zakat
meningkat, tetapi ianya boleh dioptimumkan sekiranya kedua-dua isu dapat
diselesaikan. Sebagai contoh, sistem potongan gaji sahaja dapat menjana zakat
pendapatan tahun 2011 berjumlah RM4.9 bilion (Anita et al., 2011) berbanding
kutipan sebenar keseluruhan hasil zakat berjumlah RM1.63 bilion sahaja
(Laman Web JAWHAR).
Dengan dasar perundangan yang berbeza dan mengikut amalan lokaliti
negeri-negeri, isu ketidakseimbangan agihan zakat di pelbagai negeri-negeri di
Malaysia turut berlaku. Undang-undang, kaedah dan kategori harta bagi
kutipan dan asnaf agihannya juga tidak selaras. Ianya mewujudkan isu
ketidaksetaraan agihan dana zakat di mana wujud negeri yang mempunyai
lebihan agihan dan sebaliknya (Mashitoh, 2007). Kaedah yang tidak selaras
turut menimbulkan isu contohnya bantuan zakat yang tidak seragam dari sudut
tempoh kepada asnaf muallaf (Azman et al., 2015). Jumlah kutipan zakat
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/41
antara negeri di Malaysia adalah tidak seimbang di mana negeri-negeri maju
seperti Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor mempunyai kutipan zakat
yang tinggi berbanding negeri-negeri seperti Perlis, Kelantan dan Sabah tetapi
keperluan kepada agihan zakat berlaku sebaliknya. Faktor lokaliti
menyebabkan lebihan dana zakat di negeri-negeri maju sukar untuk disalurkan
ke negeri-negeri yang memerlukan (Patmawati, 2008) manakala Anita et al.,
(2011) berpendapat adalah mustahil untuk mencapai keadilan dan kecekapan
agihan zakat ke seluruh negara sekiranya dasar agihan zakat kekal dengan
kaedah sedia ada iaitu mengikut negeri masing-masing.
Di peringkat pengurusan zakat, wujud beberapa masalah yang wujud
berpunca daripada ketidakseragaman perundangan zakat. Antaranya persaingan
di dalam mendapatkan pembayar zakat di mana wujud institusi zakat yang
memungut zakat di luar daripada negeri mereka. Kebebasan pembayar memilih
negeri mana yang mereka ingin bayar zakat jelas terbukti dengan kajian yang
dibuat oleh (Muhsin, 2016) yang menyatakan 53 peratus daripada sampel
pembayar zakat tidak mengulangi pembayaran zakat di PPZ kerana membayar
zakat ke negeri lain. Pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula turut telah
mengeluarkan kenyataan amaran berhubung dengan kehadiran amil-amil tanpa
tauliah di negeri Selangor. Ia dibuat bagi memastikan hanya amil yang
bertauliah sahaja layak memungut zakat (Laman Web LZS, 2016). Perbezaan
perundangan zakat turut menyebabkan perbezaan polisi agihan zakat yang
seterusnya turut menyebabkan pertindihan bantuan zakat kepada asnaf yang
layak memohon lebih daripada satu negeri (Utusan Malaysia, 2004) serta
pertindihan bantuan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menerima dana
daripada MAIN mengagihkan zakat kepada asnaf yang sama dengan yang
dibantu MAIN (Samsiah et. al, 2016). Isu ini turut memberikan masalah
kepada institusi zakat dalam merancang dan menentukan agihan zakat yang
cekap dan berkesan.
Apa yang penting, sesuatu dasar yang diyakini dapat memastikan
seluruh masyarakat Islam menunaikan tanggungjawab mereka untuk
membayar zakat mestilah dilaksanakan. Ianya selari dengan firman Allah SWT
yang bermaksud ; “Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan
dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka” (At Taubah 9: 103). Ia
menerangkan kewajipan pemerintah memastikan setiap masyarakat Islam
menunaikan kewajipan berzakat (Ahmad Hidayat, 2000) di samping
memastikan keadilan dan keseimbangan agihan zakat kepada semua asnaf
dapat dilaksanakan di Malaysia.
Berdasarkan semua permasalahan yang dibincangkan, maka artikel ini
berobjektifkan menilai persepsi Pengamal Undang-Undang MAIN, amil dan
pembayar zakat berkaitan kewajaran mengkodifikasi Akta Zakat di peringkat
Persekutuan. Di samping itu, kajian cuba membuktikan kodifikasi akta zakat
akan memberi impak positif kepada keseimbangan agihan zakat di Malaysia
Namun skop kajian ini tertumpu kepada zakat pendapatan sahaja.
42 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Sejarah Perundangan Zakat
Ibadah zakat mula diwajibkan kepada umat Islam pada tahun kedua hijrah
(Madinah) setelah diwajibkan puasa Ramaḍan dan zakat fitrah. Berbeza
dengan ayat-ayat al-Quran yang turun di Makkah, ayat-ayat yang turun di
Madinah sudah menjelaskan bahawa zakat itu wajib dalam bentuk perintah
yang tegas dan arahan pelaksanaan yang jelas. Sebagai contoh, ayat 110 Surah
Al-Baqarah yang diturunkan pada Tahun Kedua Hijrah menyebut "dan
dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat" yang ditafsirkan
sebagai perintah yang wajib ke atas seluruh umat Islam. Ketika era
pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pula, masalah dihadapi berikutan
keengganan sebahagian masyarakat Islam untuk membayar zakat dan
munculnya nabi palsu pada zaman itu sehingga Abu Bakar r.a telah bertindak
tegas dengan mengisytiharkan perang terhadap orang-orang yang enggan
membayar zakat tersebut. Seterusnya zaman pemerintahan Ali bin Abi Ṭalib
merupakan era bermulanya keengganan masyarakat untuk menyerahkan zakat
kepada pihak Kerajaan. Bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada
pemerintah, Khalifah Ali bin Abi Ṭalib memperkemaskan lagi pentadbiran
zakat ketika itu. Khalifah juga telah membahagi-bahagikan harta zakat dengan
adil dan berhemah (Anwar, 2014).
Pada zaman penjajahan British, pengasingan antara agama, adat dan
perkara-perkara duniawi telah berlaku. Semua perkara-perkara yang berkaitan
adat Melayu dan agama Islam telah ditadbir oleh sebuah badan khas yang
dikenali sebagai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) manakala selain daripada
itu, ianya berada di bawah bidang kuasa sistem undang-undang sivil dan
jenayah British (Aidit,1988: 2-3). Kelantan menjadi negeri pertama yang
menubuhkan badan zakat yang kemudiannya menjadi model untuk dicontohi
oleh lain-lain negeri Melayu. Sejarah latarbelakang Perlembagaan Persekutuan
bagi Malaysia pula meletakkan hal ehwal keagamaan Islam di bawah kuasa
negeri (rujuk Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan Malaysia). Dengan itu,
pentadbiran zakat di Malaysia adalah di bawah kuasa setiap negeri-negeri
ataupun kuasa pemerintah negeri tersebut (Sultan) kecuali Wilayah
Persekutuan di mana perundangan zakat dan pentadbiran diuruskan oleh
Kerajaan Persekutuan. Kesan daripada perundangan ini, semua aspek
melibatkan pentadbiran zakat diuruskan oleh negeri masing-masing melalui
Majlis Agama Islam Negeri manakala pengurusan fiskal bagi negara diuruskan
oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi semua negeri selain Wilayah Persekutuan,
apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan berkenaan pentadbiran
zakat ialah mengkoordinasi urusan zakat setiap negeri tetapi tidak mempunyai
kuasa untuk mencampuri hal ehwal zakat negeri-negeri tersebut secara
spesifik.
Sungguhpun Kerajaan Persekutuan menubuhkan Jabatan Kemajuan
Islam (JAKIM) di bawah Jabatan Perdana Menteri, fungsi jabatan ini lebih
kepada memberi khidmat nasihat secara amnya. Peranan Jabatan Zakat, Waqaf
dan Haji juga sangat terhad dalam melaksanakan pemantauan berkenaan
pelaksanaan zakat di Malaysia (Patmawati, 2008). Undang-undang zakat setiap
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/43
negeri di Malaysia tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing di
samping negeri Sabah dan Kedah pula mempunyai undang-undang zakat yang
tersendiri yang tidak tertakluk di bawah Enakmen Negeri (Mohd. Daud Bakar,
1998). Di bawah undang-undang ini, setiap negeri akan mewujudkan dasar dan
polisi bagi menguruskan hal kutipan dan agihan zakat negeri masing-masing.
Antara perkara yang diambilkira di dalam dasar dan polisi ini adalah berkaitan
taksiran, bayaran, rayuan, kesalahan dan denda. Tujuan undang-undang dan
peraturan zakat dilaksanakan adalah bagi mengawal dan memantau aktiviti
pengurusan zakat. Ianya juga memberikan kuasa kepada penguasa zakat untuk
mngambil tindakan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut
(Mohd. Ali, 1989).
Model Pematuhan Cukai
Model pematuhan cukai adalah berdasarkan Teori Individu Rasional (Hite,
1987). Model ini telah diperkenalkan oleh Allingham dan Sandmo (1972), dan
kemudian dibangunkan oleh Srinivasan (1973), Yitzhaki (1974), Watanabe
(1987), Borck (2004), Hindriks dan Myles (2006), Chorvat (2007), Galbiati
dan Zanella (2008) dan Tuzova (2009). Menurut teori individu rasional,
individu akan membuat keputusan pembayaran cukai atau tidak bergantung
kepada risiko ataupun kos yang bakal dihadapi. Jangkaan kos adalah
berdasarkan pengiraan matematik dengan denda yang bakal dikenakan dan
kebarangkalian dikesan oleh pihak berkuasa. Pembayar cukai akan
mempertimbangkan tindakan beliau mendatangkan kebaikan atau keburukan
sama ada mematuhi atau tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan Kerajaan
(Allingham & Sandmo 1972; Srinivasan 1973). Jika faedah yang dijangka
daripada pengelakkan cukai lebih tinggi daripada kos yang dijangka akan
ditanggung untuk berbuat demikian, maka individu berkenaan mungkin
mengambil keputusan untuk mengelakkan cukai dengan melaporkan
pendapatan dengan terkurangnyata atau tidak melaporkan langsung pendapatan
mereka. Sebaliknya, jika risiko dikesan oleh pihak berkuasa cukai adalah tinggi
dan individu akan mengalami kos yang besar daripada denda atau hukuman
yang lain, maka individu itu adalah lebih cenderung untuk membayar cukai.
Allingham dan Sandmo (1972) turut menegaskan bahawa kepatuhan ke
atas penguatkuasaan cukai akan meningkat sekiranya mereka yang tidak
membayar cukai dapat dikenal pasti dan dikenakan penalti atau hukuman yang
berat. Pengauditan secara konsisten juga dapat memastikan pematuhan
masyarakat ke atas tanggungjawab pembayaran cukai (Friedland, Maital, dan
Rutenberg, 1978). Pencegahan dan pematuhan lebih berkesan ke atas pembayar
cukai yang pernah diaudit berbanding sebaliknya (Spicer dan Hero, 1985;
Webley, 1987).Walau bagaimanapun, berbeza dengan pematuhan cukai, zakat
merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dipenuhi sebagai syarat-syarat
yang perlu untuk mencapai kesucian dan kebaikan jiwa (Diabi, 1993) selaras
dengan ayat al-Quran, Surah Al-A’laa, Ayat 14 disebut sebagai "Sesungguhnya
berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha
44 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Model Pematuhan
Cukai
Nilai-Nilai Islam
Model Pematuhan
Zakat
membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh)". Ia jelas
menunjukkan konsep pematuhan zakat untuk memenuhi arahan dan perintah
daripada Yang Maha Esa untuk mendapatkan keredhaannya. Kamil (2002)
memberi penjelasan sungguhpun pematuhan zakat boleh mengikut model
pematuhan cukai tetapi ianya perlu disesuaikan kerana perlu mengikut fatwa
dan peraturan yang diwartakan oleh pihak berkuasa zakat. Selain itu,
pematuhan zakat juga fokus kepada pembayaran zakat melalui saluran rasmi.
Konsep pematuhan zakat adalah mengenai gelagat manusia (masyarakat
Muslim) membuat keputusan (mematuhi atau tidak mematuhi) membayar
(saluran rasmi atau tidak rasmi) zakat mengikut enakmen dan undang-undang
yang dilaksanakan untuk mencapai kepuasan dalam kehidupan dunia dan
akhirat (Zulkifli dan Sanep, 2011). Sanep et. al (2011) turut mencadangkan
model pematuhan zakat dengan mengambilkira model pematuhan cukai dan
nilai-nilai Islam seperti Rajah 1 berikut:
Rajah 1: Model Pematuhan zakat
Sumber: Chapra, 2000
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pematuhan ke atas zakat memenuhi
tuntutan dua kehidupan dunia dan akhirat dengan mengambilkira kombinasi
penguatkuasaan perundangan yang berkesan di samping nilai-nilai Islam
seperti ketaqwaan kepada Allah SWT.
Banyak kajian yang melibatkan faktor-faktor penentu peningkatan
kutipan zakat tetapi secara umumnya kajian-kajian tersebut lebih
memfokuskan pada keadaan semasa (pembayaran secara sukarela) seperti
tahap keimanan, faktor penswastaan institusi zakat dan persepsi terhadap
kecekapan agihan zakat yang mendorong masyarakat Islam untuk membayar
zakat kepada institusi zakat kerajaan. Kajian berkenaan perundangan zakat
pula lebih fokus kepada mengkaji kesan perundangan dan penguatkuasaan
zakat terhadap tahap pematuhan pembayar zakat (Kamil, 2006) dan (Mohd
Rahim et al., 2015). Jarang sekali kajian yang mengambilkira cadangan
menguatkuasakan akta zakat di peringkat Persekutuan sekali gus
mengambilkira implikasi kutipan hasil zakat ke atas cadangan tersebut. Di
samping itu, hanya segelintir kajian yang mengkaji cadangan penyeragaman
dasar dan pelaksanaan agihan di seluruh Malaysia bagi memastikan keadilan
dan keseimbangan agihan zakat kepada semua asnaf. Profesor Madya Dr.Siti
Mashitoh Mahamood (2007) melalui kertas pembentangan beliau bertajuk
Sistem Perundangan Zakat di Malaysia: Antara Realiti dan Harapan ada
mencadangkan berkenaan mewujudkan akta zakat di peringkat nasional.
Sejarah perundangan zakat jelas menunjukkan bahawa penguatkuasaan
perundangan zakat telah diamalkan sejak dari zaman Rasulullah saw. Teori
pematuhan cukai turut menyokong bahawa pematuhan ke atas pembayaran
cukai adalah lebih baik dengan penguatkuasaan perundangan cukai tersebut.
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/45
Keadaan pelaksanaan semasa menunjukkan kaedah sukarela tidak dapat
memastikan kutipan zakat dilaksanakan secara optimum. Keadaan ini jelas
menunjukkan mekanisme yang digunapakai di dalam sistem percukaian
mampu membantu meningkatkan hasil. Dalam hal ini, kajian bersetuju bahawa
pengurusan zakat yang baik patut bermula dengan suatu perundangan yang
baik di peringkat persekutuan melalui sistem sentralisasi kutipan zakat bagi
seluruh Malaysia di samping kaedah disentralisasi agihan dari sudut
pentadbiran bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan agihan di seluruh
Malaysia. Kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri penting dalam menjayakan matlamat tersebut. Riker (1964)
berpandangan bahawa sentralisasi penting bagi memastikan keberkesanan
federalisme. Berdasarkan hujah tersebut, kuasa perundangan di peringkat
persekutuan diyakini mampu menguatkuasakan perundangan zakat dengan
lebih cekap dan berkesan. Kuasa di peringkat persekutuan berupaya memantau
setiap lapisan pentadbiran di peringkat negeri dan daerah bagi menjalankan
pengurusan agihan zakat supaya lebih cekap dan berkesan. Apa yang paling
penting ialah perundangan dan penguatkuasaan yang sempurna di peringkat
persekutuan ini diyakini mampu memastikan seluruh masyarakat Islam di
Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka untuk membayar zakat.
Metodologi Kajian
Sampel kajian ini terdiri ialah masyarakat Islam pembayar zakat dan Amil di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta sebahagian Pengamal
Undang-Undang MAIN di seluruh Malaysia. Responden pembayar zakat
adalah seramai 177 orang (74.6%) diikuti Amil 53orang (22.4%) dan Pengamal
Undang-Undang 7 orang (3%) menggunakan kaedah pensampelan secara
rawak. Pemilihan ketiga-tiga kategori responden kerana mereka
berpengalaman luas mengenai kutipan dan agihan zakat di setiap negeri.
Pengetahuan dan pengalaman pihak Pengamal Undang-undang MAIN dan
Amil mengenai operasi dan pengurusan zakat dapat membantu memberi input
tambahan yang berguna dalam kajian ini. Bahagian pertama soal selidik adalah
berkenaan ciri-ciri demografi (seperti umur, jantina, status perkahwinan, taraf
pendidikan, jenis tanggungan), maklumat pekerjaan dan maklumat mengenai
hal ehwal zakat mengikut kategori responden. Taburan soalan keseluruhan bagi
bahagian ini adalah seperti di dalam Jadual 1.
Soalan mengenai cadangan dan kesan kodifikasi akta zakat nasional
bagi ketiga-tiga responden menggunakan skala likert diperincikan seperti
berikut mengikut kriteria pengalaman dan kepakaran seperti di Jadual 2. Data
dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan pembinaan model pendapatan
Islam (penambahbaikan teori Keynesian) dan model pengurusan zakat semasa.
46 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 1: Skop Soalan Demografi, Pekerjaan dan Hal Ehwal Zakat Mengikut
Kategori Responden
Skop Soalan Kategori Responden
Pengamal
Undang-
Undang
Amil Pembayar
Zakat
Demografi Jantina
Umur
Bangsa
Status Perkahwinan
Taraf Pendidikan
Jumlah Tanggungan
Perundangan Zakat
Komprehensif/tidak
Keterlibatan Dalam Kes
Pendakwaan Zakat
Cabaran Perundangan
Zakat
Bayar/Tidak Zakat
Pendapatan
Institusi Bayar Zakat
Negeri Bayar Zakat
Faktor Utama Bayar Zakat
Sumber: Kajian Lapangan
Hasil Kajian
Merujuk kepada Jadual 3, didapati peratusan responden dari sudut jantina agak
seimbang. Didapati 73 orang responden lelaki manakala 104 orang responden
wanita bagi pembayar zakat dengan nisbah peratusan masing-masing 41
peratus dan 59 peratus manakala 23 orang responden lelaki dan 30 responden
wanita bagi kategori Amil dengan peratusan masing-masing 43.4 peratus dan
56.6 peratus. 7 orang (71.4%) responden Pengamal Undang-Undang MAIN
adalah lelaki manakala 2 (28.6%) adalah wanita. Bagi faktor umur, didapati
majoriti responden berumur di antara 25 tahun hingga 44 tahun dengan
peratusan responden pembayar zakat 84.7 peratus terdiri daripada peringkat
umur tersebut manakala 88.7 peratus bagi amil di samping 100 peratus
Pengamal Undang-Undang adalah di dalam peringkat umur yang sama.
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/47
Jadual 2: Skop Soalan Setiap Responden Bagi Setiap Objektif Kajian
Bil Objektif Skop Kategori Responden
Pengamal
Undang-
Undang
Amil Pembayar
Zakat
1 Perundangan Sedia
Ada dan Cadangan
Akta Zakat Nasional
Maklumat Pembayar Zakat
Keberkesanan Perundangan
Zakat Sedia Ada
Penguatkuasaan Perundangan
Zakat Sedia Ada
Cadangan Akta Zakat
Peringkat Persekutuan
2 Implikasi
Keseimbangan
Agihan Zakat di
Malaysia
Aspek Umum
Aspek Ekonomi
Aspek Sosial
3 Implikasi hasil
zakat, cukai dan
pendapatan negara
Bilangan Pembayar Zakat
Kutipan Hasil Zakat
Kutipan Hasil Cukai dan
Pendapatan Negara
Sumber: Kajian Lapangan
48 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Di samping itu, majoriti responden adalah berbangsa Melayu dengan hanya
seorang responden pembayar zakat dan seorang responden Amil yang
berbangsa cina. Selain itu, bagi status perkahwinan pula, kebanyakan
responden adalah berstatus bujang dan berkahwin dengan peratusan masing-
masing bagi pembayar zakat (24.3%) dan Amil (11.3%) bagi yang bujang
manakala bagi yang berkahwin, peratusan pembayar zakat (75.1%), Amil
(86.8%) dan Pengamal Undang-Undang MAIN (85.7%). Dari aspek tahap
pendidikan responden pula, majoriti responden mempunyai tahap pendidikan
yang baik iaitu mempunyai sama ada Ijazah/Sarjana/Phd dengan pembayar
zakat seramai 128 orang (72.3%), 27 Amil (50.9%) dan 7 orang (100%)
Pengamal Undang-Undang MAIN. Selain itu, 41 orang pembayar zakat
(23.2%) dan 20 orang Amil (37.7%) mempunyai pendidikan tahap Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia ataupun Diploma dan selebihnya iaitu 8 orang pembayar
zakat (4.5%) dan 6 orang Amil (11.3%) mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran
Malaysia ataupun Sijil Kemahiran. Akhir sekali, berdasarkan Jadual 3,
kebanyakan responden mempunyai bilangan tanggungan di antara 1 hingga 8
orang iaitu dengan 157 orang pembayar zakat (88.7%), 50 orang amil (94.4%)
dan 7 orang Pengamal Undang-Undang MAIN (100%).
Analisis seterusnya (Jadual 4) mendapati semua responden Pengamal
Undang-Undang tidak pernah terlibat di dalam kes yang melibatkan
pendakwaan ke atas pembayar zakat. Ini jelas menunjukkan di sepanjang
tempoh mereka bekerja di MAIN, sebarang pendakwaan ke atas kesalahan
berkaitan pembayar zakat tidak pernah dilaksanakan. Antara faktor-faktor yang
menjadi cabaran kepada Pengamal Undang-Undang dalam melaksanakan
pendakwaan bagi kes melibatkan pembayar zakat adalah seorang responden
(14.3%) menyatakan bahawa akta dan enakmen yang ada ketika ini tidak
memberikan kuasa pendakwaan, 2 orang (28.6%) menyatakan bahawa
penguatkuasaan perundangan zakat yang ada ketika ini agak lemah, seorang
responden (14.3%) menyatakan bahawa cabaran pelaksanaan pendakwaan
adalah disebabkan maklumat yang tidak mencukupi, seorang responden
(14.3%) menyatakan pembuktian sukar dijalankan manakala 2 orang responden
(28.6%) menyatakan cabaran lain selain daripada yang disenaraikan. Oleh
kerana Akta Zakat tidak begitu komprehensif berbanding dengan akta cukai
pendapatan, ini menyebabkan kesukaran pihak Pengamal Undang-Undang
untuk membuat pendakwaan.
Seterusnya penguatkuasaan yang lemah juga nyata berlaku seperti yang
dinyatakan melalui kajian-kajian lepas di mana pihak agensi zakat masih
mengamalkan kaedah pendekatan secara dakwah dan kesedaran tanpa
mengambil tindakan undang-undang (Mashitoh, 2009). Di samping itu,
cabaran dari sudut maklumat tidak mencukupi juga terbukti berlaku kerana
pendekatan secara dakwah dan kesedaran tidak mewajibkan pembayar zakat
untuk memberikan segala maklumat terperinci berkaitan diri bagi pengiraan
jumlah zakat yang perlu dibayar.
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/49
Jadual 3: Profil Setiap Kategori Responden
Item
Pembayar Zakat Amil Pengamal Undang-Undang
MAIN
Kekerapan
(Orang)
Peratusan
(%)
Kekerapan
(Orang)
Peratusan
(%)
Kekerapan
(Orang)
Peratusan
(%)
Jantina
Lelaki
Wanita
73
104
41
59
23
30
43.4
56.6
5
2
71.4
28.6
Umur
kurang 25 tahun
25- 34 tahun
35-44 tahun
45-55 tahun
lebih 55 tahun
10
5.6
30
17
6
56.6
32.1
11.3
3
4
42.9
57.1
74 41.8
76 42.9
15 8.5
2 1.1
Bangsa
Melayu
Cina
176
1
99.4
0.6
52
1
98.1
1.9
7
100
Perkahwinan
Bujang
Berkahwin
Duda
Janda
43
133
1
24.3
75.1
0.6
6
46
1
11.3
86.8
1.9
6
1
85.7
14.3
Pendidikan
SPM/Kemahiran
STPM/Diploma
Ijazah/Sarjana/PHD
8
41
128
4.5
23.2
72.3
6
20
27
11.3
37.7
50.9
7
100
50 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Tanggungan
1 – 3 orang
4-8 orang
9 – 12 orang
Lain-lain
97
60
2
18
54.8
33.9
1.1
10.2
33
17
1
2
62.3
32.1
1.9
3.8
3
4
42.9
57.1
Sumber: Kerja Lapangan 2017
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/51
Ianya berbeza dengan Akta Cukai Pendapatan di mana pihak pembayar cukai
diwajibkan mengisi Borang BE dengan memberikan maklumat diri yang betul
serta perlu menyimpan semua dokumen sokongan sebagai bukti kepada
maklumat tersebut. Begitu juga dengan cabaran lain yang dinyatakan seperti
pembuktian sukar dijalankan. Ianya sukar dijalankan kerana apabila
perundangan tidak berkuatkuasa, maka pematuhan tidak berlaku. Dengan itu,
maklumat yang diperolehi daripada pembayar zakat adalah mengikut apa
yang mereka ikrar tanpa diaudit ataupun disahkan ketepatan maklumat
tersebut. Didapati 3 orang responden (42.9%) menyatakan bahawa
perundangan zakat di negeri masing-masing adalah komprehensif dan
mencakupi semua perkara manakala 4 orang responden (57.1%) pula
menyatakan sebaliknya.
Jadual 4: Profil Berkaitan Zakat PUU MAIN
Item PUU MAIN
Kekerapan
(Orang)
Peratusan
(%)
Penglibatan Kes Dakwaan
Zakat
Ya
Tidak
0
7
0
100
Cabaran Kes
Tiada Kuasa Pendakwaan
Perundangan Lemah
Tidak Cukup Maklumat
Sukar Dibuktikan
Lain-lain
1
2
1
1
2
14.3
28.6
14.3
14.3
28.6
Ulasan Komprehensif Akta
Ya
Tidak
3
4
42.9
57.1
Sumber: Kerja Lapangan 2017
Berdasarkan Jadual 5, didapati 145 (81.9%) orang responden daripada
sampel 177 orang masyarakat Islam sahaja membayar zakat pendapatan.
Daripada jumlah tersebut, hanya 130 orang sahaja yang membayar kepada
institusi zakat bertauliah Kerajaan manakala 15 orang lagi pembayar
mengagihkan sendiri zakat dan membayar kepada institusi tanpa tauliah.
Dengan itu, jumlah sebenar ketirisan pembayar zakat adalah sebanyak 47
orang ataupun 27 peratus daripada sampel keseluruhan. Selain itu,
berdasarkan bilangan masyarakat yang membayar zakat pendapatan yang
berkhidmat di Wilayah Persekutuan, 87 (60%) orang membayar di Wilayah
Persekutuan manakala 58 (40%) orang membayar zakat bukan di Wilayah
Persekutuan. Faktor utama yang mendorong responden untuk membayar zakat
adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang muslim 139 (96%) orang
manakala selebihnya disebabkan oleh rebat cukai pendapatan 5 (3.3%) orang
52 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
dan alasan lain 1 (0.7%) orang. 160 orang responden (90.4%) tidak
mengetahui berkaitan Akta Zakat yang boleh mengenakan hukuman sekiranya
masyarakat Islam enggan membayar zakat manakala hanya 17 orang
responden (9.6%) mengetahui berkenaan hal tersebut. Selain itu, 17 orang
responden (9.6%) pernah mengetahui berkenaan pendakwaan dan hukuman
dikenakan ke atas masyarakat Islam yang enggan membayar zakat manakala
160 orang responden (90.4%) tidak pernah mengetahui berkenaan dakwaan
ataupun hukuman dikenakan ke atas masyarakat Islam yang enggan
membayar zakat pendapatan. Di samping itu, didapati 139 orang (78.5%)
menyatakan bahawa Akta Cukai Pendapatan dikuatkuasakan lebih tegas
berbanding Akta Zakat manakala 13 orang responden (7.3%) bersetuju Akta
Zakat dikuatkuasakan lebih tegas berbanding Akta Cukai Pendapatan.
Majoriti responden iaitu seramai 90.4 peratus pembayar zakat tidak
mengetahui berkenaan kewujudan akta zakat yang dikuatkuasakan serta tidak
pernah mengetahui berkenaan wujudnya pendakwaan dan hukuman yang
dikenakan ke atas masyarakat Islam yang enggan membayar zakat
pendapatan. 78.5 peratus responden pula menyatakan bahawa penguatkuasaan
Akta Cukai Pendapatan lebih tegas dikuatkuasakan berbanding Akta Zakat.
Ini memberi gambaran pada masa ini, penguatkuasaan tidak dilaksanakan
dengan begitu serius bagi memastikan seluruh masyarakat Islam di Wilayah
Persekutuan membayar zakat pendapatan. Dapatan kajian jelas menunjukkan
sebahagian besar responden membayar zakat atas fakor keimanan dan
pematuhan responden bukan disebabkan oleh penguatkuasaan perundangan
zakat.
Jadual 6 menunjukkan min dan skor mengikut konstruk soal selidik.
Konstruk meliputi soal selidik berkenaan objektif kajian yang meliputi
persoalan berkenaan persetujuan terhadap kecekapan dan keberkesanan
perundangan zakat sedia ada, persetujuan cadangan kodifikasi Akta Zakat
Nasional dan kesan kodifikasi kepada keseimbangan agihan zakat dan kepada
hasil zakat, cukai dan pendapatan negara. Didapati min tertinggi merupakan
3.99 dengan peratusan setuju dengan cadangan kodifikasi Akta Zakat
Nasional sebanyak 77.4 peratus diikuti konstruk kesan kodifikasi Akta Zakat
Nasional kepada hasil zakat, cukai dan negara dengan min 3.92 (74.5%
responden bersetuju) dan kesan kodifikasi Akta Zakat Nasional kepada
keseimbangan agihan zakat dengan min 3.90 (73.8% responden bersetuju).
Min konstruk perundangan sedia ada adalah rendah iaitu 2.64 (30% responden
bersetuju) bagi responden PUU MAIN dan min 3.24 (44.3% responden
bersetuju) bagi responden Amil dan pembayar zakat menunjukkan majoriti
responden tidak bersetuju dengan perundangan sedia ada mampu menangani
masalah pengurusan kutipan zakat. Hasil keputusan jelas menunjukkan
majoriti responden bersetuju dengan cadangan dan kesan yang dijangka
daripada kodifikasi Akta Zakat Nasional.
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/53
Jadual 5: Profil Zakat Bagi Pembayar Zakat Item Pembayar Zakat
Kekerapan (Orang) Peratusan (%)
Bayar Zakat Pendapatan
Ya
Tidak
145
32
81.9
18.1
Tempat Bayar Zakat
Institusi Kerajaan
Agih Sendiri
Institusi Lain
130
11
4
89.7
7.6
2.8
Negeri Bayar Zakat
Wilayah
Bukan Wilayah
87
58
60
40
Faktor Bayar Zakat
Tanggungjawab Muslim
Rebat Cukai
Lain-lain
139
5
1
95.9
3.4
0.7
Pengetahuan Hukuman Zakat
Ya
Tidak
17
160
9.6
90.4
Dengar/Baca Hukuman Zakat
Ya
Tidak
17
160
9.6
90.4
Perundangan Lebih Tegas
Cukai Pendapatan
Zakat Pendapatan
Tidak Pasti
139
13
25
78.5
7.3
14.1
Sumber: Kerja Lapangan 2017
54 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 6: Perbezaan Min dan Skor Mengikut Konstruk
Item N Min Sisihan
Piawai
Tidak
Setuju
(%)
Tidak
Pasti
(%)
Setuju /
(%)
Perundangan Sedia Ada – Pembayar
dan Amil
230 3.24 1.13 21.7 34 44.3
Perundangan Sedia Ada – PUU MAIN 7 2.64 1.12 57.2 12.9 30
Cadangan Kodifikasi Akta Zakat
Nasional
237 3.99 0.95 7.6 15 77.4
Kesan Keseimbangan Agihan Zakat 237 3.90 0.95 8.4 17.8 73.8
Kesan Kepada Hasil Zakat, Cukai dan
Negara
237 3.92 0.91 7 18.5 74.5
Sumber: Kerja Lapangan 2017
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/55
Pembentukan Model Pendapatan Islam Berdasarkan Teori Keynesian – Kesan Kodifikasi Akta Zakat Nasional Kepada Hasil Zakat, Infaq (Derma), Cukai dan Pendapatan Negara.
Dalam topik ini, beberapa model ringkas akan ditunjukkan dalam
mencari penentuan pendapatan dalam ekonomi Islam. Model yang digunakan
secara asasnya mengikut model penggunaan Teori Keynesian. Model yang
diterangkan mengambilkira kesan kepada hasil zakat, derma, cukai dan
pendapatan negara serta agihan semula zakat dan derma kepada penerima zakat
dan derma adalah mengikut model Ausaf Ahmad (1987) seperti berikut:
Y = C + I + G (1)
I = Io (2)
G = Go (3)
C1 = a + b(Yd – Z – E) (4)
C2 = Z + E (5)
Yd = Y – T (6)
T = t Y (7)
Z = z Y (8)
E = γ Y (9)
Persamaan (1) menunjukkan persamaan di mana jumlah pendapatan di
dalam ekonomi sama dengan jumlah perbelanjaan di dalam ekonomi yang
mengambilkira perbelanjaan penggunaan, pelaburan dan Kerajaan. Persamaan
(2) dan (3) mewakili perbelanjaan pelaburan dan Kerajaan yang dilaksanakan
secara autonomi. Persamaan (4) pula merupakan persamaan berkaitan
perbelanjaan penggunaan. Pendapatan Yd adalah selepas mengambilkira
penolakan perbelanjaan zakat dan derma demi mendapatkan keredhaan Allah
SWT. Persamaan (5) menunjukkan perbelanjaan penggunaan penerima zakat
menyamai jumlah zakat dan derma yang diterima daripada pembayar zakat dan
pemberi derma. Oleh itu, kecenderungan mengguna sut (MPC) penerima zakat
dan derma dianggap bersekali Persamaan (6) pula menunjukkan pendapatan
diperolehi dengan menolak jumlah pendapatan dengan jumlah cukai yang
dikenakan. Persamaan (7), (8) dan (9) menerangkan berkenaan fungsi cukai,
zakat dan derma.
Apabila perbelanjaan zakat dan derma diutamakan dan ditentukan
dahulu sebelum membayar cukai, maka model asal yang dinyatakan adalah
seperti berikut:
C = a + b [Y – tY - (zY + γ Y)] (10)
56 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Maka, sebelum kodifikasi Akta Zakat Nasional, persamaan pendapatan negara
yang sedia ada adalah seperti di persamaan (12), dengan fungsi pengganda
(multiplier) :
Y = a + b [Y – tY - (zY + γ Y)] + zY + γ Y + 1° + Go (11)
Setelah dipermudahkan dan mencari nilai Y, maka fungsi persamaan adalah
seperti berikut:
Y = 1/1-b(1-t) – (1-b)(z- γ)[a+1° + Go] (12)
Maka, sebelum kodifikasi Akta Zakat Nasional, persamaan pendapatan negara
yang sedia ada adalah seperti di persamaan (12), dengan fungsi pengganda
(multiplier) :
K = 1/1-b(1-t) – (1-b)(z- γ) (13)
Dengan mengambilkira cadangan kodifikasi Akta Zakat Nasional, pihak
Kerajaan akan memastikan bahawa zakat pendapatan yang dibayar oleh setiap
masyarakat Islam yang layak adalah pada kadar yang sepatutnya iaitu pada 2.5
peratus (0.025) daripada jumlah pendapatan yang kena zakat selari dengan
kehendak syariah (hadith). Dengan itu, kadar zakat yang ditetapkan setelah
Kodifikasi Akta Zakat Nasional adalah seperti berikut:
Z = 0.025Y (14)
Oleh kerana jumlah zakat yang baru seperti di persamaan (14), maka wujud
lebihan/kurangan zakat di dalam ekonomi berdasarkan perbandingan di antara
persamaan asal ditolak persamaan (14), maka lebihan/kurangan zakat adalah:
Lebihan zakat = zY – 0.025Y (15)
Lebihan zakat akan wujud sekiranya nilai z melebihi nilai 0.025 manakala
kurangan pula berlaku sebaliknya. Berdasarkan penemuan kajian, didapati 51.1
peratus responden bersetuju bahawa majoriti pembayar zakat membayar zakat
melebihi kadar 2.5 peratus daripada pendapatan setahun seterusnya membuat
tuntutan rebat cukai pendapatan. Kesan daripada keadaan ini menyebabkan
jumlah zakat yang dibayar telah terlebihnyata. Dengan itu, wujud lebihan zakat
di dalam kes ini apabila nilai z > 0.025.
Selain itu, penemuan kajian turut mendapati 47 orang responden
(47/177 orang responden = 27%) tidak membayar zakat kepada institusi
Kerajaan. Sekiranya kodifikasi Akta Zakat Nasional dilaksanakan,
penguatkuasaan perundangan zakat yang lebih tegas dan berkesan dijangka
akan memastikan semua masyarakat Islam yang layak membayar zakat kepada
institusi yang dilantik oleh Kerajaan. Oleh yang demikian, didapati di dalam
ekonomi, diandaikan wujud sebanyak 27 peratus pendapatan tambahan yang
kena zakat kerana sebelum ini golongan ini tidak membayar zakat kepada
pihak Kerajaan. Dengan itu, penambahan pendapatan yang kena zakat adalah
seperti berikut:
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/57
zY = z(Y + (27%/73% )Y)
= z(Y + 0.37Y) = z(1.37Y)
Oleh kerana kadar zakat setelah kodifikasi Akta Zakat Nasional bersamaan 2.5
peratus, maka
zY = (0.025)1.37Y = 0.034Y (16)
Seterusnya, nilai cukai pendapatan setelah penguatkuasaan Akta Zakat
Nasional dijangka bertambah kesan daripada wujud lebihan zakat seperti
dalam persamaan (15). Seksyen 6A(3), Akta Cukai Pendapatan 1967
menggariskan rebat zakat akan memberi kesan langsung kepada cukai
pendapatan secara songsang. Ia bererti peningkatan bayaran zakat akan
mengurangkan nilai cukai pendapatan dan sebaliknya. Kesan daripada
kewajiban membayar zakat hanya pada kadar 2.5 peratus daripada pendapatan
kena zakat, maka cukai pendapatan yang baru adalah seperti persamaan yang
berikut:
T = tY + (zY – 0.025Y) (17)
Bagi derma/infaq pula, lebihan zakat tadi turut memberi kesan kepada
peningkatan derma. Berdasarkan kepada sebuah hadis Nabi menerangkan
berkenaan pemberian tidak mencukupi syarat untuk membayar zakat adalah
bersifat sedekah. Dengan tafsiran tersebut, maka lebihan bayaran zakat juga
tidak boleh diambilkira sebagai zakat pendapatan lagi. Ianya perlu diambilkira
sebagai sedekah selari dengan hadis di atas. Dengan itu, nilai derma ataupun
infaq yang baru adalah seperti berikut:
E = γ Y + (zY – 0.025Y) (18)
Perbandingan Jumlah Zakat, Derma dan Cukai
Dengan wujudnya Kodifikasi Akta Zakat, secara umumnya perubahan akan
berlaku kepada jumlah zakat, derma dan cukai di dalam ekonomi berbanding
dengan keadaan sebelum kewujudan Akta Zakat Nasional ini. Dengan itu,
perbezaan di antara kedua-dua keadaan ini ditunjukkan dengan persamaan-
persamaan di dalam Jadual 4 berikut:
Jadual 4: Zakat, Derma dan Cukai Sebelum dan Selepas Kodifikasi Akta
Zakat
Item Sebelum Selepas
Z (Zakat) zY 0.034Y
T (Cukai) tY tY + (zY – 0.025Y)
E (Derma) γ Y γ Y + (zY – 0.025Y)
58 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Bagi jumlah zakat dalam ekonomi, didapati nilai zakat selepas
kodifikasi Akta Zakat Nasional berjumlah Z = 0.034Y setelah mengambilkira
peningkatan 27 peratus pembayar yang sebelum ini enggan membayar zakat
pendapatan ataupun membayar zakat pendapatan di institusi Kesan daripada
perbezaan ini menunjukkan peningkatan hasil zakat di dalam ekonomi boleh
berlaku sekiranya nilai z tidak melebihi kadar 0.034. Ianya bermaksud
sekiranya pembayar zakat sebelum Kodifikasi Akta Zakat Nasional membayar
zakat melebihi kadar 2.5 peratus tetapi tidak melebihi kadar 3.4 peratus, maka
secara teorinya, hasil zakat di dalam ekonomi akan meningkat. Oleh kerana
keputusan kajian menunjukkan nilai z adalah melebihi kadar 0.025, maka
lebihan zakat bernilai positif. Oleh yang demikian, ianya menunjukkan jumlah
cukai dan derma selepas kodifikasi Akta Zakat Nasional meningkat berbanding
sebelum kodifikasi akta zakat nasional.
Perbandingan Pendapatan Negara Y
Merujuk kepada persamaan (2), pendapatan negara sebelum kodifikasi Akta
Zakat Nasional adalah berjumlah Y = 1/1-b(1-t) – (1-b)(z- γ) [a+1° + Go].
Setelah kodifikasi Akta Zakat Nasional, persamaan yang baru adalah seperti
berikut:
Y = a + b [Y – (tY + (zY – 0.025Y)) – 0.034Y – (γ Y + (zY – 0.025Y))] +
0.034Y + γ Y + (zY – 0.025Y) + 1° + Go
Y – b[Y – tY – zY + 0.025Y – 0.034Y – γY – zY + 0.025Y] – 0.034Y - γ Y –
zY + 0.025Y = a + 1° + Go
Y – bY[(1 – t – z + 0.025 – 0.034 – γ – z +0.025) – 0.034 - γ – z + 0.025]
= a + 1° + Go
Y(1-b( 1.016 - t - 2z – γ) - 0.034 - γ – z + 0.025) = a + 1° + Go
Y = 1/ (1-b (1.016 - t - 2z – γ) - 0.034 - γ – z + 0.025) [a+1° + Go].
Y = 1/ (1-b (1.016 - t - 2z – γ) - 0.009 - γ – z) [a+1° + Go]
Pendapatan negara sebelum kodifikasi yang ditulis sebagai K* adalah
bersamaan:
Y = 1/1-b(1-t) – (1-b)(z- γ)[a+1° + Go]
Manakala pendapatan negara selepas kodifikasi Akta Zakat Nasional yang
ditulis sebagai K** adalah bersamaan:
Y = 1/(1-b( 1.016 - t - 2z – γ) - 0.009 - γ – z) [a+1° + Go]
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/59
Perbezaan pengganda bagi kedua-dua persamaan adalah seperti berikut:
Pengganda K* = 1/1-b(1-t) – (1-b)(z- γ) berbanding Pengganda K** = 1/(1-
b(1.016 - t - 2z – γ) - 0.009 - γ – z)
Berdasarkan kedua-dua persamaan, didapati faktor zakat akan menjadi penentu
sama ada pendapatan negara Y yang dijana selepas berlaku kodifikasi Akta
Zakat Nasional adalah lebih besar atau lebih kecil daripada pendapatan negara
sebelum kodifikasi diwujudkan. Apabila nilai b = 0.5, t = 0.10 dan γ = 0.01,
dengan kadar zakat, z diandaikan 3 peratus kerana mengikut penemuan kajian
pembayaran majoriti pembayar zakat melebihi kadar 2.5 peratus, maka K*,
Y = 1/(1-0.50(1-0.10) – (1- 0.50)(0.03 – 0.01)
Y = 1/(1- 0.45 – 0.01) = 1.85
Manakala bagi K**,
Y = 1/(1 - 0.50(1.016 – 0.10 – 2(0.03) – 0.01) – 0.009 – 0.01 – 0.03)
Y = 1/(1 – 0.50(0.846) – 0.049) = 1/0.528 = 1.89
Dengan itu, terbukti K** > K*, maka pendapatan negara Y adalah meningkat
kesan daripada kodifikasi Akta Zakat Nasional. Persamaan ini menunjukkan
peningkatan pendapatan negara implikasi sebahagian masyarakat Islam yang
sebelum ini tidak membayar zakat pendapatan dapat meningkatkan hasil zakat
manakala lebihan zakat yang dibayar melebihi kadar 2.5 peratus daripada
pendapatan kena zakat akan menyebabkan jumlah cukai dan derma meningkat.
Dengan wujudnya kodifikasi Akta Zakat Nasional, peningkatan jumlah
pendapatan yang kena zakat wujud dengan kadar 2.5 peratus atas pendapatan
kena zakat. Lebihan bayaran zakat yang tidak sewajarnya menjadi rebat cukai
akan meningkatkan hasil cukai pendapatan dan lebihan tersebut juga tidak
direkod sebagai zakat pendapatan tetapi akan diambilkira sebagai derma.
Dengan itu, hasil cukai dan derma juga akan meningkat. Seterusnya kesan
daripada kedua-dua hal yang melibatkan zakat ini akan meningkatkan
pendapatan negara.
Implikasi Dasar
Di dalam kajian ini, majoriti responden bersetuju dengan kodifikasi Akta Zakat
Nasional serta kesan ke atas cadangan tersebut. Kesan kenaikan kepada hasil
zakat, hasil derma, hasil cukai dan pendapatan negara merupakan faktor yang
penting dalam melaksana dan menjayakan kodifikasi Akta Zakat Nasional ini.
Kejayaan meningkatkan hasil-hasil Kerajaan ini merupakan implikasi penting
kodifikasi Akta Zakat Nasional.
Pembinaan teori (penambaikan model Keynesian) membuktikan
sekiranya cadangan Akta Zakat Nasional diwujudkan serta dikuatkuasakan di
Malaysia, ia memberi impak positif dengan keadaan tertentu, ianya
60 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
meningkatkan hasil zakat, hasil derma, hasil cukai dan seterusnya pendapatan
negara. Kajian ini penting kerana mengambilkira keadaan pentadbiran zakat di
Malaysia berbanding kebanyakan model seperti Ausaf Ahmad (1987) yang
mengambilkira keadaan di negara lain. Keadaan ini merupakan keadaan yang
sangat baik kerana implikasi positif wujud dengan kenaikan semua hasil
Kerajaan tersebut berbanding sebelum wujud cadangan Akta Zakat Nasional.
Dengan peningkatan semua jenis hasil tersebut, ia menunjukkan keadilan dan
kesakmaan di dalam pelaksanaan konsep Akta Zakat Nasional. Faedah yang
diperolehi daripada peningkatan hasil-hasil ini bukan saja dinikmati oleh asnaf
tetapi seluruh umat Islam dan masyarakat Malaysia. Ianya merupakan situasi
menang-menang (win-win situation) untuk semua lapisan masyarakat kerana
kenaikan setiap kategori hasil tersebut akan memberikan manfaat dan faedah
dalam bentuk ekonomi kepada setiap golongan yang memerlukan seperti di
dalam Jadual 7.
Jadual 7: Hasil Kerajaan Dan Golongan Penerima Manfaat
Bil Item Hasil Golongan Masyarakat
1 Zakat 8 Kategori Asnaf
2 Derma Seluruh Umat Islam di Malaysia
3 Cukai Masyarakat Malaysia (Islam dan
Bukan Islam)
4 Pendapatan Negara Masyarakat Malaysia (Islam dan
Bukan Islam)
Sumber: Pelbagai
Diharapkan dengan terlaksananya cadangan ini, ianya dijangka mampu
meningkatkan ekonomi negara serta memberi keadilan dan kesaksamaan
kepada semua golongan masyarakat di negara ini. Seterusnya cadangan Akta
Zakat Nasional perlu diseimbangi dengan kewujudan suatu organisasi zakat di
peringkat nasional contohnya Majlis Zakat Negara (MZN). MZN ini
bertanggungjawab melaksanakan pengurusan kutipan, pentadbiran dan agihan
zakat di seluruh negara. Kutipan zakat dilaksanakan secara sentralisasi dengan
semua hasil kutipan dimasukkan di dalam Akaun Kumpulan Wang Zakat.
Hasil zakat dicadangkan untuk dilaburkan bagi meningkatkan hasil zakat untuk
keperluan asnaf. Dasar agihan secara langsung dan tidak langsung dibuat
dengan mengambilkira konsep adil dan seimbang iaitu memastikan seluruh
asnaf di Malaysia mendapat manfaat dan peluang yang sama. Sistem Maklumat
Geographik (GIS) dicadangkan untuk digunapakai bagi mengenalpasti
kawasan asnaf di Malaysia supaya tidak ada asnaf yang terkecuali dari
mendapat bantuan zakat. Agihan zakat pula dicadangkan dilaksana mengikut
konsep desentralisasi pentadbiran (pejabat zakat negeri, daerah dan mukim)
bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan agihan zakat (Muhammad
Syukri, 2006). Model cadangan adalah seperti di Rajah 1 (lampiran).
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/61
Kesimpulan
Di dalam tempoh jangka panjang, kodifikasi Akta Zakat Nasional memberikan
impak yang baik dari sudut penguatkuasaan perundangan, pematuhan oleh
pembayar zakat, peningkatan hasil-hasil zakat dan cukai seterusnya
meningkatkan hasil pendapatan negara. Dengan penguatkuasaan perundangan
yang komprehensif dan lebih tegas, dijangka dapat meningkat tahap pematuhan
masyarakat Islam terhadap pembayaran zakat. Perundangan yang adil,
seimbang dan seragam juga dapat memastikan keseimbangan agihan terhadap
semua kategori dan lokasi asnaf tanpa mengira perbezaan dari sudut lokaliti.
Selain itu, penerapan perundangan dan mekanisme kutipan LHDN dapat
membantu institusi zakat dalam memastikan sistem pengurusan kutipan zakat
lebih teratur dan sistematik. Kodifikasi Akta Zakat Nasional menimbulkan isu
dari sudut persetujuan kuasa perundangan negeri-negeri kerana seperti yang
sedia maklum, kuasa agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang
diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Bagi menyelasaikan
masalah ini, ianya perlu ditangani secara profesional dan berkesan. Pendekatan
susah bersama senang pun bersama dapat diamalkan. Bagi isu penggubalan
akta, antara cadangan yang disyorkan adalah kewujudan akta dibuat di bawah
Fasal 76(1)(b) dan (c) Perlembagaan Persekutuan, di mana Parlimen adalah
dibenarkan menggubal undang-undang yang terletak di bawah Senarai Negeri
untuk maksud mengadakan persamaan undang-undang di antara dua buah
negeri atau lebih [76(1)(b)] ataupun apabila diminta sedemikian oleh mana-
mana Dewan Negeri [76(1)(c)]. Pihak Kerajaan juga pernah bercadang untuk
menguatkuasakan undang-undang kewajiban berzakat dengan menggunakan
mekanisme sistem kutipan cukai oleh pihak LHDN (Utusan Malaysia, 2009)
dan mewujudkan Akta Zakat Nasional (Utusan, Malaysia, 2008). Penggubalan
Kanun Tanah Negara 1965 merupakan contoh Parlimen diberi kuasa
menggubal perundangan di peringkat bidang kuasa negeri bagi mewujudkan
keseragaman undang-undang dan polisi mengenai tanah (Nor Asiah Mohamad,
2013). Dengan itu, cadangan mewujudkan kodifikasi Akta Zakat Nasional
adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setiap
cadangan tersebut mestilah mempunyai cabaran-cabaran tertentu antaranya dari
sudut persetujuan kuasa negeri-negeri, tempoh masa dan lain-lain lagi. Dengan
mengambilkira mekanisme dan semangat cooperative federalism di dalam
hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, ianya mungkin dapat
dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Rujukan
Ahmad, A. 1987. Income determination in an Islamic economy Ed.: Scientific Publ.
Centre, King Abdulaziz Univ.
Ahmad, S., Md Nor, N.G & Daud, Z. 2011. Tax-Based Modelling of Zakat Compliance.
Jurnal Ekonomi Malaysia 45: 101-108
Ahmad, S. & Wahid, H. 2005. Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap
pembayaran zakat melalui institusi formal. Jurnal Ekonomi Malaysia 39: 71-88.
62 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Allingham, M. G. & Sandmo, A. 1972. Income tax evasion: A theoretical analysis.
Journal of public economics 1(3-4): 323-338.
Amir Husin, M. 2010. Nor.(2009). Increased Zakat Collection in Malaysia: An Analysis
of Factors. JAWHAR Management Journal 4(2): 79-94.
Anwar Muhammad Ali. 2014. Undang-Undang Pentadbiran Zakat Pada Zaman Awal
Islam. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf,
hlm. 124–129.
Astro Awani. Apakah Cara Terbaik Yang Anda Fikirkan Untuk Sampaikan Sumbangan
Zakat Anda ?. 22 Jun 2016.
Azman, A., Irwan, M., M.S, Wan Mohd. Fazrul Azdi & W.R, Nuradli Ridzwan Shah
2015. Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia.
Baharum, M. A. H. 1989. Zakat ditinjau dari perspektif sosial, undang-undang dan
taksiran Ed.: Abim.
Bakar, M. D. 1998. The Malaysian Zakah System: Law and Policy Reform. Seminar on
Zakah and Taxation, Organized by Kulliyah of Economics and Management,
International Islamic University Malaysia, 8-9 June, hlm.
Bakar, N. B. A. & Rashid, H. M. A. 2010. Motivations of paying Zakat on income:
Evidence from Malaysia. International Journal of Economics and Finance 2(3):
76.
Borck, R. 2004. Income tax evasion and the penalty structure. Economics Bulletin 8(5):
1-9.
Chapra, M. Umer. 2000. The Future of Economics: An Islamic Perspective. UK: The
Islamic Foundation.
Chorvat, T. 2007. Tax compliance and the neuroeconomics of intertemporal
substitution. National Tax Journal: 577-588.
Diabi, A. 2013. The Concept of Zakah Evasion: An Economic Interpretation.
Friedland, N., Maital, S. & Rutenberg, A. 1978. A simulation study of income tax
evasion. Journal of public economics 10(1): 107-116.
Galbiati, R. & Zanella, G. 2012. The tax evasion social multiplier: Evidence from Italy.
Journal of Public Economics 96(5): 485-494.
Ghazali, A. 1988. Zakat: satu tinjauan Ed.: IBS Buku.
Hindriks, J. & Myles, G. 2006. Tax Compliance and Evasion, International Public
Economics. USA: The MIT Press.
Hite, G. L., Owers, J. E. & Rogers, R. C. 1987. The market for interfirm asset sales:
Partial sell-offs and total liquidations. Journal of Financial Economics 18(2):
229-252.
Hite, P. A. 1987. An application of attribution theory in taxpayer noncompliance
research. Public Finance= Finances publiques 42(1): 105-18.
Hussin, M. Y. M., Muhammad, F. & Ahmad, M. A. R. 2013. Kepatuhan membayar
zakat: Analisis kutipan dan ketirisan zakat fitrah di Selangor. Jurnal Syariah
21(2): 191-206.
Ibrahim, P. 2008. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal.
Jurnal Syariah 16(2): 223-244.
Idris, K. M. 2004. Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap
gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. Prosiding Muzakarah Pakar Zakat,
Universiti Kebangsaan Malaysia: 201-212.
JAWHAR. 2017. Statistik kutipan zakat seluruh Malaysia.
http://intranet.jawhar.gov.my/spmj/public/zkt_statistik_stat.php
Jumati, S., Wahid, H., Noor, M. A. M. 2016. Prestasi Kecekapan Pengurusan
Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian Di Majlis Agama Islam
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/63
Wilayah Persekutuan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan
Kewangan Islam 2016. 200-212
Lembaga Zakat Selangor. 2016. Berhati-hati dengan individu atau pertubuhan yang
kutip zakat tanpa tauliah.
http://www.zakatselangor.com.my/terkini/berhati-hati-dengan-individu-atau-
pertubuhan-yang-kutip-zakat-tanpa-tauliah/
Lubis, M., Yaacob, N. I., Omar, Y., Dahlan, A. & Rahman, A. 2011. Enhancement of
zakat distribution management system: case study in Malaysia. International
Management Conference 2011 Proceedings, hlm. 1-10.
Mahamood, S. M. 2007. Sistem perundangan zakat di Malaysia: Antara realiti dan
harapan. Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan: 1-21.
Mohd Helmi Foad, ‘Hampir 80% Syarikat Islam Tidak Bayar Zakat’, Utusan Malaysia,
4 Mei 2002.
Mohd Rahim, K. & Norliza, C.Y. 2015. Does Law Enforcement Influence Compliance
Behaviour of Business Zakat among SMEs?: An Evidence via Rasch
Measurement Model. Global journal Al Thaqafah 5(1): 9-32.
Muhsin Nor Paizin. 2016. Isu Kehilangan Pembayar Zakat : Kajian Kes Di Pusat
Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan Malaysia.
Nor Asiah Mohamad. 2013. Kedudukan Tanah Dan Sumber Hasil Menurut
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Riker, W. H. 1964. Federalism: Origin, operation, significance Ed.: Boston: Little,
Brown.
Salleh, M. S. 2006. Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam Hailani
& Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, perekonomian & perundangan.
Shariff, A. M., Jusoh, W., Mansor, N. & Jusoff, K. 2011. A robust zakah system:
Towards a progressive socio-economic development in Malaysia. Middle-East
Journal of Scientific Research 7(4): 550-554.
Spicer, M. W. & Hero, R. E. 1985. Tax evasion and heuristics: A research note. Journal
of Public Economics 26(2): 263-267.
Srinivasan, T. N. 1973. Tax evasion: A model. Journal of public economics 2(4): 339-
346.
Sulong, J. & Ali, A. M. 2012. Kajian Perbandingan Dalam Pentadbiran Undang-
Undang Kutipan Zakat Di Provinsi Aceh Dan Negeri Kedah A Comparative
Study Of The Administration Of Zakat Laws In The Province Of Aceh And The
State Of Kedah.
Tuzova, Y. 2009. A model of tax evasion with heterogeneous firms. Journal of
International Law 69(2): 145-149.
Utusan Malaysia. 2004. Pertindihan Pemberian Bantuan. Utusan Online 02 Januari
Utusan Malaysia. 2008. Akta Zakat Nasional Bakal Digubal Selaras Sistem Pungutan
dan Agihan Zakat 05 Ogos 2008.
Utusan Malaysia. 2009. Pembayaran Zakat Mungkin Dikuatkuasa – Jamil Khir. Utusan
Online 05 Mei
Utusan Malaysia. 2016. 60 Peratus Pembayar Zakat di Selangor Ingkar. Utusan Online
07 Ogos.
Wahid, H., Ahmad, S., Noor, M. A. M. & Islam, K. 2007. Kesedaran membayar zakat
pendapatan di Malaysia. Islamiyyat 29(1): 53-70.
Watanabe, S. 1987. Tax Evasion and Asymmetric Laffer Curve. Public Choice Studies
10.
Webley, P. 1987. Audit probabilities and tax evasion in a business simulation.
Economics Letters 25(3): 267-270.
64 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Yitzhaki, S. 1974. Income tax evasion: A theoretical analysis. Journal of public
economics 3(2): 201-202.
Zulkifli Daud dan Sanep Ahmad. 2011. Kesan Perundangan Ke Atas Kesedaran
Membayar Zakat Pendapatan : Pengalaman Aceh. Jurnal Pengurusan JAWHAR.
Kodifikasi Akta Zakat Nasional : Persepsi dan Implikasi/65
Lampiran Rajah 1: Model Pengurusan Zakat Peringkat Kebangsaan
Sumber: Diubahsuai dari Model Anita et al., 2011
Recommended