View
18
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
COVER DEPAN
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Kementerian Sumber Manusia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang menguruskan
dan membangunkan sumber tenaga pekerja. Ini termasuk memberikan peluang mendaftar
bagi membuat padanan pekerjaan dengan kelulusan pemohon termasuk golongan OKU dan
Orang Asli di Malaysia.
Visi
“ Menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf
dunia”.
Misi
I. Membangunkan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin,
penyayang dan responsif kepada perubahan persekitaran perburuhan yang ke arah
meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan.
II. Menggalakkan dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara
majikan, pekerja dan kesatuan sekerja demi kemajuan ekonomi negara dan
kesejahteraan rakyat.
III. Mendokong keadilan sosial dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang
harmoni melalui penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja dan
pengiktirafan perjanjian kolektif.
IV. Memastikan kesatuan sekerja beroperasi secara demokrasi, teratur dan
bertanggungjawab bagi membantu mencapai objektif perhubungan perusahaan.
V. Untuk menjadi peneraju dalam pembangunan sumber manusia negara.
VI. Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
VII. Untuk membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dan
kompetitif dalam persekitaran perhubungan perusahaan yang harmoni dan
berlandaskan keadilan sosial.
Fungsi dan Tanggungjawab
I. Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar buruh dan undang-undang
perburuhan bagi mewujudkan tenaga kerja untuk cekap, produktif dan berdisiplin
di samping mempunyai nilai-nilai positif dan etika kerja yang baik.
II. Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang yang berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memastikan persekitaran kerja yang sihat
dan selamat.
III. Mengurus secara cekap dan berkecuali penyelesaian pertikaian di antara majikan
dan pekerja untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
IV. Mengawasi dan memantau perkembangan dan pergerakan kesatuan-kesatuan
sekerja agar sentiasa teratur berdasarkan kepentingan negara.
V. Mengurus perhubungan antarabangsa dalam bidang pentadbiran perburuhan,
kerjasama teknikal dalam perkara-perkara perburuhan dan pembangunan sumber
manusia.
VI. Menggalak dan menyelaraskan pembangunan kerjasama tiga pihak (tripartisme)
dalam kalangan pekerja, majikan dan pihak kerajaan serta mewujudkan suasana
perhubungan yang harmoni ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
VII. Merancang dan membangunkan sumber manusia menerusi pengawalan dan analisis
pasaran buruh bagi menggubal dasar-dasar berhubung guna tenaga, pembangunan
kemahiran tenaga kerja sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti.
VIII. Mewujudkan peluang pekerjaan dan penempatan.
IX. Mengemaskini dan melaksanakan Dasar Latihan Vokasional Kebangsaan dan
strategi-strategi yang akan memenuhi keperluan latihan di sektor swasta.
X. Mengkaji semula, mengemaskini dan membangunkan sukatan latihan kemahiran
(NOSS), sistem pensijilan kemahiran (MOSQ), dan standard kemahiran bagi
menyokong pelaksanaannya.
XI. Mengemaskini dan melaksanakan secara cekap perkhidmatan keselamatan sosial
untuk memastikan jaringan keselamatan yang mencukupi disediakan untu tenaga
kerja.
2.0 JABATAN DAN BAHAGIAN DI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TENAGA MANUSIA
Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR)
yang telah ditubuhkan pada tahun 1967. Pertukaran nama berkenaan adalah disebabkan
oleh fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja.
Pertukaran nama berlaku pada tahun 2000. Pada awal penubuhannya, ia berfungsi sebagai
pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh
dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan di sektor swasta.
Pada ketika ini, JTM telah melahirkan tenaga mahir negara daripada peringkat sijil latihan
hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana
perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja yang mahir yang
mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan di seluruh negara.
Visi
Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing.
Misi
Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing.
Objektif
Membantu ke arah penggunaan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan
perindustrian.
Fungsi dan Peranannya
I. Menyedia dan menjalankan program latihan kemahiran pra-pekerjaan untuk
memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia.
II. Meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.
JABATAN TENAGA KERJA (SEMENANJUNG MALAYSIA)
Jabatan Tenaga Kerja telah ditubuhkan pada tahun 1912 dan merupakan salah sebuah
daripada 12 buah jabatn dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian
Sumber Manusia Malaysia. Sebelum tahun 1960-an, objektif jabatan ialah “ menjaga
kepentingan pekerja di sektor perladangan dan lombong”. Pada tahun 1970, Jabatan Buruh
digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan . Gabungan ini memberi tumpuan
kepada penyelesaian pertikaian yang membabitkan pekerja dan kesatuan.
Beberapa perubahan kemudiannya dilakukan untuk memastikan tugasan dan
tanggungjawab institusi perburuhan menjadi lebih licin. Antara perubahan itu termasuk
pemisahan antara Jabatan Buruh dari Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan
seterusnya menggariskan semula tanggungjawab serta fungsinya. Jabatan Buruh
dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan para pekerja dalam mewujudkan
keharmonian antara majikan dan pekerja.
Pada Februari 2003, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat
telah digabungkan dengan Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JBSM) menajdi Jabatan
Tenaga Kerja (JTK).
Aktiviti penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada JBSM yang melibatkan
pertambahan fungsi seperti pengumpulan maklumat perbruhan dan penempatan pencari-
pencari pekerjaan di sektor swasta. Ianya termasuk perkhidmatan pekerjaan, JobsMalaysia
Center (JMC), JobsMalaysia Point (JMP), bekerja dari rumah dan tenaga kerja OKU.
Visi
Peneraju utama kecemerlangan pentadbiran perburuhan di sektor swasta.
Misi
I. Memperkasakan pentadbiran perburuhan untuk meningkatkan kebajikan warga
pekerja dan kepentingan para majikan.
II. Memperluaskan peluang pekerjaan bagi memenuhi keperluan pasaran buruh.
Objektif
I. Melindungi kepentingan dan memajukan kebajikan masyarakat industri.
II. Mengutama dan mengekalkan peluang-peluang pekerjaan kepada warganegara.
III. Membantu industri meningkatkan daya saing bagi menghadapi cabaran-cabaran
globalisasi.
IV. Mewujudkan masyarakat industri yang berpengetahuan dalam hal-hal berkaitan
undang-undang perburuhan untuk membina suasana perburuhan yang kondusif
bagi pembangunan industri dan pelaburan.
Peranan dan Fungsinya
MAHKAMAH PERUSAHAAN
Visi
Untuk menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam mewujudkan suasana perhubungan
perusahaan yang harmoni.
Misi
Mendukung keadilan sosial dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang harmoni
melalui award Mahkamah dan Perjanjian Kolektif.
Objektif
Ditubuhkan untuk mewujudkan suasana keharmonian perhubungan perusahaan melalui
proses timbangtara dan keputusan Mahkamah (Award) selaras dengan Akta Perhunbungan
Perusahaan 1967.
Peranan dan Fungsinya
I. Membicarakan dan menurun keputusan atau award pertikaian perusahaan sama ada
yang dirujuk Y.B.Menteri atau rujukan terus oleh pihak yang bertikai.
II. Mendaftar dan memberi pengiktirafan perjanjian kolektif yang diamanahkan oleh
majikan/kesatuan.
JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) merupakan salah satu jabatan di bawah
Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 21 Disember 1972. Jabatan ini
memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sistem Upah yang dikaitkan dengan
Produktiviti (PLWS) semenjak tahun 2005. Sehingga hari ini terdapat 76,023 majikan yang
telah melaksanakan PLWS dan angka ini telah menunjukkan ramai majikan berminat
melaksanakan PLWS. Produktiviti merupakan salah satu faktor utama dan mempengaruhi
pertumbuhan ekonomi negara serta taraf kehidupan penduduknya. Oleh itu, peningkatan
dalam produktiviti adalah stategik utama dalam mempertingkatkan daya saing ekonomi
negara dan dalam masa yang sama dapat membantu syarikat meningkatkan prestasi dan
keuntungan mereka. Menyedari kepentingan dalam mempertingkatkan produktiviti syarikat
dan negara, kerajaan melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia telah
memperkenalkan PLWS dan aktif mempromosikan PLWS.
MISI
Membantu mewujudkan suasana kondusif untuk pelaburan dan oleh itu mengglakkan
pelabur luar dan dalaman untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
OBJEKTIF
I. Mempromosi dan mengekalkan hubungan perusahaan yang positif dan harmoni di
antara majikan, pekerja dan juga kesatuan sekerja serta organisasi.
II. Mewujudkan suasana aman damai dan hubungan industri yang kondusif.
PERANAN DAN FUNGSI
I. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan majikan untuk mempertingkatkan
produktiviti melalui pelaksanaan PLWS.
II. Bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam,
melaksanakan program-program promosi.
III. Terdapat beberapa program tahunan yang telah dan akan dijalankan dalam usaha
menggalakkan majikan-majikan melaksanakan PLWS seperti berikut:
a. Simposium Kebangsaan
b. Seminar / Bengkel / Dialog
c. Bimbingan
d. Khidmat nasihat kepada majikan
KESATUAN JABATAN HAL EHWAL PERDAGANGAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di
bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastkan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang
lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti
pekerjaan pelbagai sektor iaitu:
a. Pengilangan
b. Perlombongan dan Pengkuarian
c. Pembinaan
d. Hotel dan Restoran
e. Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
f. Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
g. Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
h. Kemudahan- Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
i. Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
j. Perniagaan Borong dan Runcit
Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan
menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di
negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam
membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa
bekerja.
VISI
“Menjadi Peneraju Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”.
MISI
“Memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Terjamin”.
OBJEKTIF
Mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan menjelang tahun 2015 seperti
berikut:
a. Pengurangan kadar kemalangan maut sehingga 20%.
b. Pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan ( maut, hilang upaya kekal, tanpa
hilang upaya kekal ) sehingga 30%.
c. Peningkatan bilangan penguatkuasaan dan pemeriksaan tempat kerja sebanyak 20%
dan
d. Pertambahan orang yang kompeten dalam bidang KKP SEBANYAK 30%.
FUNGSI JABATAN
I. Menjalankan kajian, penyelidikan, pembangunan dan analisis teknikal ke atas
isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wujud di tempat-tempat
III.0 BADAN-BADAN BERKANUN
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia yang berperanan untuk melaksana dan mentadbir skim-skim keselamatan sosial melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pada 1 Julai 1985, PERKESO telah berubah statusnya kepada sebuah Badan Berkanun. Mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Visi
Peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang tahun 2020.
Misi
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.
Objektif
Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyanyang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.
Fungsi dan Peranannya
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) ditadbir oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, melalui Akta Sumber Manusia Berhad Pembangunan, 2001. Dalam memenuhi aspirasi negara untuk status negara maju menjelang tahun 2020, HRDF telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan matlamat untuk membangunkan modal insan bedrkualiti dan tenaga kerja bertaraf dunia bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi.
Visi
Untuk menjadi daya penggerak dalam latihan dan pembangunan tenaga kerja.
Misi
Meningkatkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kemahiran dan keupayaan melalui pengurusan yang berkesan dananya.
Objektif
Recommended