View
233
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 1
____________________________________________________________________________________________
PERSOALAN ISLAM
ANDA MUSYKIL
MUFTI MENJAWAB
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 2
____________________________________________________________________________________________
PERSOALAN ISLAM - BAHAGIAN 2 ANDA MUSYKIL MUFTI MENJAWAB Fadhilah Dr. Ali Jum’ah Mufti Mesir Al-Bayan Lima Yasyghulul Adzhan
Penterjemah Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari
Cetakan Pertama: 2013M/1434H
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada penerbit. Diterbitkan oleh: Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor. Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru Johor Malaysia
________________________________________________________________________________________________________________________________
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Penterjemah: Jainal Sakiban Al-Jauhari, 2013 Persoalan Islam - Bahagian 2 Anda Musykil Mufti Menjawab
ISBN 978-967-5987-09-0 ________________________________________________________________________________________________________________________________
Disemak dan ditashih oleh Ustaz Nujaimi bin Muhamad Ketua Penolong Mufti, Bahagian Rujukan Fatwa Jabatan Mufti Johor Atur huruf dan setting Al-Jauhari Muka taip teks Ariel Size teks 12
Dicetak oleh: Percetakan Bumi Restu Sdn Bhd
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 3
____________________________________________________________________________________________
PERSOALAN ISLAM
ANDA MUSYKIL
MUFTI MENJAWAB
Fadhilah Dr. Ali Jum’ah
Mufti Mesir
Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 4
____________________________________________________________________________________________
PRAKATA
�������� . ���������� ��� ������ �������� .����� �!� � �� �!� ����� ���"�# ����$ %��&� ����'�!����� ()*��+�,-.� �/!�0�1 2�����3 �,����' %��& �4���"��
. ������5�1 ���+��6� Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana
diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata dalam
risalah ini.
Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam risalah ini
merupakan tajuk yang selalu dibangkitkan oleh masyarakat
yang memerlukan jawapan yang tepat dan mantap. Oleh yang
demikian, Fatwa Mufti Negara Mesir, Sohibus Samahah Dr. Ali
Jum’ah telah dipilih untuk dikemukakan, supaya ianya dapat
menjawab persoalan yang sering ditanyakan oleh masyarakat
dengan lebih berkesan.
Diharapkan Persoalan Islam Bahagian ke-2 ini dapat
membantu masyarakat Islam menjawab berbagai persoalan
yang berkaitan dengan kehidupan harian dengan lebih yakin
lagi. Sekian.
tt
(DATO’ HAJI M. TAHRIR BIN DATO’ HAJI SAMSUDIN) Mufti Negeri Johor. 26 Ogos 2013
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 5
____________________________________________________________________________________________
INTISARI KANDUNGAN
SOALAN
PERKARA
HAL
11. Menolak tanggapan sebagai penghinaan kepada isteri dalam Islam dengan memberi kebenaran memukul isteri.
7
12. Adakah harus orang Islam memberikan hadiah kepada orang bukan Islam, mengucapkan tahniah dan melawat bila sakit?
16
13. Hukum orang perempuan menjadi imam dan membaca khutbah Jumaat?
25
14. Hukum ayah memerintahkan anak lelakinya menceraikan isterinya?
32
15. Adakah harus seorang bapa memaksa anak perempuannya mengkahwini orang yang tidak dicintainya?
37
16. Persoalam pelaksanaan syariah Islam
49
17 Menolak dakwaan Islam melarang kebebasan akidah dengan membunuh orang yang murtad
61
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 6
____________________________________________________________________________________________
18 Apakah hubungan Islam dengan pengganas?
70
19 Menolak dakwaan Islam disebarkan dengan menggunakan pedang.
82
20 Persoalan Islam dan demokrasi.
92
21 Persoalan akad yang fasid di negara bukan Islam.
98
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 7
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Di dalam Al-Quran
terdapat hanya satu ayat
sahaja yang menyebut
tentang memukul isteri.
Firman Allah:
ÉL≈©9 $#uρ tβθèù$ sƒ rB ∅èδy—θ à± èΣ ∅èδθÝà Ïè sù £ èδρã�àf÷δ$#uρ ’ Îû ÆìÅ_$ŸÒyϑø9 $#
£èδθ ç/ Î�ôÑ $#uρ (.
“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang
melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah
mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil)
pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya).” (An-Nisa’: 34)
Nusyuz ialah melanggar peraturan bermasyarakat
dan akhlak yang terjadi apabila seorang isteri tidak mahu
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 8
____________________________________________________________________________________________
menunaikan kewajipannya. Kewajipan tersebut adalah hak
si suami sebagaimana juga kewajipan suami merupakan hak
bagi isteri.
Dengan berlakunya perlanggaran peraturan
bermasyarakat dan akhlak inilah, maka Allah SWT
menyuruh kaum lelaki memperbetulkan kesalahan isterinya
dengan memberikan nasihat dengan kata-kata yang lembut
dan memberi peringatan kepadanya tentang mengingati
Allah dan hak yang dituntut oleh Allah kepadanya. Sekiranya
langkah pertama ini tidak berkesan maka langkah kedua
ialah meninggalkan daripada tidur bersama bagi
memberikan tekanan supaya dia melaksanakan kewajipan
dan tanggungjawabnya, jika langkah kedua ini juga gagal,
maka Allah mengizinkan suami melahirkan tidak puasan
hatinya dan kemarahannya melalui pukulan dengan pukulan
yang ringan yang tidak memberikan sebarang kesan
kecederaan, seolah-olahnya dengan perbuatan ini suami
mengatakan: “Aku sedang marah”. Tidak semestinya suami
berbuat demikian, tetapi dibenarkan memukul isterinya
dengan pukulan yang ringan dalam keadaan ini sahaja.
Semua ulama fekah menyarankan supaya suami
mengelakkan daripada memukul sedaya yang mungkin dan
mencuba melahirkan kemarahannya dengan apa juga cara
yang lain.
Begitu juga suami boleh dipukul dan di denda jika
dia melakukan kesalahan pada hak isteri. Sebagai contoh,
seorang suami dihukum pukul kerana dia tidak
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 9
____________________________________________________________________________________________
melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya.Jika
sekiranya suami memecahkan dara isterinya dengan
menggunakan jarinya, ulama fiqah mengatakan:
Memecahkan dara dengan menggunakan jari hukumnya
haram dan suami boleh dikenakan hukuman.
Di zaman Nabi SAW ramai dari kalangan suami yang
memukul isteri mereka, lalu perkara ini dilaporkan kepada
baginda SAW. Ini menyebabkan Nabi SAW marah dan tidak
menyukai perbuatan para sahabatnya yang melakukannya,
lalu baginda bersabda kepada mereka: Sesungguhnya
ramai para isteri telah mengadu kepada keluarga Nabi
Muhammad tentang perbuatan suami mereka, bukanlah
suami mereka dari kalangan suami yang baik.1
Oleh itu, sunnah Nabi SAW menggesa umat Islam
melakukannya ialah tidak memukul isterinya. Nabi SAW
tidak pernah memukul para isterinya. Yang dibolehkan ialah
memukul dengan kayu siwak (seperti berus gigi) untuk
menzahirkan kemarahan dan tidak redha kerana
meninggalkan tanggungjawabnya. Di setengah budaya,
masyarakat memerlukan tindakan sedemikian, kaum
wanitanya pula melihat tindakan tersebut wajar sebagai
seorang suami yang bertanggungjawab. Suasana
kemasyarakatan sedemikian sebenarnya tidak pernah
diiktiraf dan tidak diketahui oleh dunia Barat. Al-Quran
1 Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, 2/245: dan Ad-Darimi dalam Sunannya, 2/198.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 10
____________________________________________________________________________________________
diturunkan untuk panduan semua manusia di setiap zaman,
disemua tempat dan pada setiap individu hingga ke hari
kiamat, maka ciri-ciri dan terma-terma hidup sudah
semestinya meliputi semua jenis keadaan dan budaya yang
berbeza. Jika sekiranya ia diabaikan maka akan rosaklah
kerukunan sebuah keluarga, dan akan berlakunya
kegagalan dan kehancuran dalam berumahtangga. Jadi
tindakan yang dilakukan ini adalah untuk memperbetulkan
dan memperbaiki keadaan yang berlaku.
Kini kita bukanlah hanya setakat berteori sahaja, jika
sekiranya sumber syariat bagi umat Islam menggesa dan
menyuruh mereka memukul isteri-isteri dan menzalimi
mereka sudah tentu tindakan ini nampak jelas dilihat dalam
masyarakat. Jika sumber syariat menggesa mereka bersifat
lemah lembut dan berkasih sayang ia juga nampak jelas
berlaku dalam masyarakat. Firman Allah:
à$s#t7ø9 $#uρ Ü= Íh‹©Ü9$# ßl ã�øƒ s† …çµè?$ t6 tΡ ÈβøŒÎ*Î/ ϵÎn/u‘ ( “Ï% ©!$#uρ y]ç7yz Ÿω ßlã� øƒs† �ω Î)
#Y‰Å3tΡ 4.
“Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya
tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik
(tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan
keadaan bantut.”(Al-A’raf: 58)
Mari kita lihat apa yang diperkatakan oleh nabi Isa a.s.:
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 11
____________________________________________________________________________________________
�7'�8��� �3 �4�1 9�:+;�& �<�8�=� �3 �>�;�?@ �AB 9���C�D�!��@ ���B�����E � �3.�:;���@
Melalui hasilnya dapat dikenal siapa mereka, adakah
mungkin dapat dituai buah anggur daripada pokok berduri?
Atau mungkin dapat menuai buah thin juga daripada pokok
berduri?
Sekiranya kita membuat penilaian mengenai masalah
memukul isteri dengan kayu siwak sebagai melahirkan
perasaan tidak redha hendaklah kita lihat dalam masyarakat
Islam sejauh mana terdapat aduan wujudnya tindakan
kekerasan atau penganiayaan atau pembantaian kepada
isteri. Sekiranya ada, mungkin ia merupakan kes yang boleh
dibilang dan terpencil berpunca dari tindakan suami yang
tidak faham mengenai ajaran agamanya. Kebanyakan suami
di dalam masyarakat Islam tidak melakukan kekerasan, dan
penganiayaan terhadap isteri, malahan mereka begitu
prihatin terhadap isteri dengan memberikan perlindungan,
penjagaan dan layanan yang baik.
Sebaliknya, jika kita ingin melihat kepada masyarakat
Barat mengenai penganiayaan dan kekerasan yang
dilakukan oleh suami terhadap isteri mereka, kita dapati
statistik yang boleh dipercayai dari sumber orang Barat yang
menunjukkan seperti berikut:
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 12
____________________________________________________________________________________________
1) 79% suami di Amerika Syarikat memukul isteri-isteri
mereka dengan pukulan yang menyebabkan
kecacatan.
2) 17% di antara mereka terpaksa dimasukkan ke pusat
penjagaan rapi sebagaimana yang ditulis oleh Dr
John Bray, seorang Professor Madya di Universiti
Carolina Amerika Syarikat dalam bidang Ilmu
Psaikologi.
3) Mengikut laporan Pusat Kajian dan Penyelidikan
Amerika FPT, terdapat di Amerika para isteri dipukul
oleh suami pada setiap 17 saat.
4) Akhbar Amerika menulis bahawa daripada sepuluh
orang isteri, seorang daripadanya dipukul oleh para
suami. Akhbar Family Relation mengulas bahawa
seorang isteri daripada dua orang isteri adalah yang
dipukul oleh suami dan mereka dianiaya dan dizalimi.
5) Adapun di Perancis, terdapat berjuta-juta orang
wanita yang dipukul oleh suami setiap tahun. Michelle
Andre seorang Setiausaha Negara bagi hak asasi
wanita berkata: Binatang kadang-kadang dilayan
lebih daik daripada wanita. Sekiranya seorang lelaki
memukul anjing di jalan raya, akan terdapat orang
yang mengadu kepada Persatuan Pencinta Haiwan,
tetapi sekiranya seorang lelaki memukul seorang
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 13
____________________________________________________________________________________________
wanita di jalan raya tidak ada sesiapa yang mahu
ambil tindakan.
6) 92% daripada kes penderaan terhadap wanita
berlaku di bandar-bandar; dan 60 aduan diwaktu
malam yang diterima oleh polis di Paris ialah aduan
daripada kaum wanita yang dianiaya oleh suami-
suami mereka.
7) Di Britain pula terdapat 77% di kalangan suami yang
melakukan penderaan kepada isteri-isteri mereka
tanpa sebab.
8) Di Britain, terdapat lebih daripada 50% dari kalangan
wanita yang kena bunuh adalah mangsa kepada
suami atau teman lelaki. Keganasan di dalam
rumahtangga semakin meningkat kepada 46% dalam
setahun hingga akhir bulan Mac 1992, sebagaimana
terdapat 25% wanita yang didera oleh suami atau
teman lelakinya. Polis Britain menerima 100 ribu
aduan melalui panggilan telefon setahun untuk aduan
keganasan suami atau teman lelaki mereka. Dari
laporan yang diperolehi bahawa seorang wanita telah
menyebut bahawa dia telah didera sepanjang 31/2
tahun sejak mula berkahwin. Beliau mende-dahkan
bahawa suaminya jika dia mengatakan sesuatu
selepas dia dipukul nescaya suaminya akan
memukulnya lagi, justeru itu dia mengambil tindakan
berdiam diri sahaja. Suaminya tidak cukup dengan
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 14
____________________________________________________________________________________________
satu bentuk pukulan tetapi menggunakan semua jenis
penderaan seperti menampar, menumbuk,
menyepak, menendang, menghentakkan kepala ke
dinding dan tidak memperdulikan pukulannya itu
mengenai tempat yang sensitif. Terkadang
penderaannya itu sehingga mencucuhkan puntung
rokok ke tubuhnya atau diikat dengan rantai dan
dipasung kemudian ditinggalkan di dalam rumah
dengan ditutup pintu dalam jangka masa yang lama.
Bentuk penderaan yang sedemikian tidak
diragukan lagi ia merupakan suatu musibah yang
mesti ditentang oleh semua orang. Ulama fekah
berdiri teguh menentang penderaan tersebut. Nabi
SAW menjelaskan bahawa hubungan antara suami
dan isteri adalah berdasarkan perasaan kasih sayag
dan hormat menghormati, sedangkan perlakuan
memukul dan menyakiti itu bercanggah dengan
kehendak perkahwinan. Justeru Nabi SAW begitu
membenci sekali perbuatan tersebut melalui
sabdanya:
�C���3�?�F ���E ���+��� ��!�G�F ���H ��@�1!�3 ���H�� �1 ���!�GF�1I�4�8��� �!�J$ %�D
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 15
____________________________________________________________________________________________
“Adakah kamu memukul bantai isteri sebagaimana
kamu memukul hamba sahyanya, sedangkan kamu
menyetubuhinya diwaktu malam.”2
Penerangan yang dikemukan di atas adalah bagi
menolak dakwaan bahawa Islam menganiaya kaum
wanita dengan membenarkan kaum lelaki memukul
isterinya.
Wallahu a’lam.
2 Al-Bukhari dalan Sohihnya, hal. 1997: dan Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 7/305.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 16
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Menghubungkan tali
persaudaraan, mem-
berikan hadiah, ziarah
menziarahi dan
mengucapkan tahniah
kepada orang bukan
Islam termasuk di dalam kategori ihsan (berbuat kebaikan).
Allah menyuruh kita bercakap dengan baik kepada semua
orang tanpa ada perbezaan. Firman Allah:
(#θ ä9θè%uρ Ĩ$ ¨Ψ=Ï9 $ YΖó¡ ãm
“Dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-
perkataan yang baik.” (Al-Baqarah: 83)
Allah juga memerintahkan kita sentiasa berbuat baik. Firman Allah:
¨βÎ) ©! $# ã� ãΒù' tƒ ÉΑô‰yè ø9 $$ Î/ Ç≈|¡ ômM}$#uρ
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 17
____________________________________________________________________________________________
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat
kebaikan.” (An-Nahl: 90)
Sebagaimana Allah SWT tidak menegah kita
melakukan kebaikan kepada orang bukan Islam,
menghubungkan tali persahabatan dan memberikan atau
menerima hadiah daripada mereka dan lain-lain bentuk
kebaikan dengan mereka. Firman Allah:
�ω â/ä38yγ÷Ψtƒ ª! $# Ç tã tÏ% ©!$# öΝ s9 öΝä.θ è=ÏG≈s)ム’ Îû ÈÏd‰9 $# óΟ s9 uρ /ä.θ ã_Ì� øƒä† ÏiΒ
öΝ ä.Ì�≈tƒ ÏŠ βr& óΟ èδρ•�y9 s? (#þθäÜ Å¡ ø) è?uρ öΝÍκö& s9 Î) 4 ¨βÎ) ©! $# '=Ït ä† t ÏÜ Å¡ø)ßϑø9 $# ∩∇∪
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi
kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu
dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Mumtahanah:
8)
Sesungguhnya Nabi SAW telah merialisasikan
pemahaman ini dalam sunnahnya kerana Nabi SAW adalah
al-Quran yang bergerak di atas muka bumi dan akhlak
baginda selama-lamanya adalah al-Quran.3
Baginda SAW menerima hadiah daripada orang
bukan Islam. Telah sabit dalam hadis hadis sohih yang
3 Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 6/90; dan Al-Baihaqi dalam as-Sya’ab, 2/15.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 18
____________________________________________________________________________________________
membawa kepada mutawatir bahawa Nabi berbuat
demikian, antara hadisnya yang bermaksud: Bahawa
Rasulullah SAW mengutus Hathib ibn Balta’ah kepada raja
al-Muqauqis pemerintah Iskandariah, iaitu mengutus surat
bersamanya kepada raja berkenaan, maka diterima suratnya
dan Hathib disambut sebagai tetamu dengan baik dan
diberikan penghormatan, kemudian beliau mengutuskan
surat kepada Rasulullah SAW dengan diberikan
bersamanya hadiah yang berupa pakaian, seekor keldai
dengan pelananya, dua orang hamba perempuan, salah
seorang daripadanya bernama Ummu Ibrahim dan seorang
lagi menghadiahkan kepada Jaham ibn Qais al-‘Abdari.4
Demikian juga hadis yang meriwayatkan kisah
pengislaman Sulaiman al-Farisi r.a.: Salman al-Farisi telah
datang berjumpa dengan Nabi SAW ketika beliau
berkunjung ke Madinah dengan membawa hidangan yang
didalamnya terdapat buah kurma lalu diletakkannya di
hadapan Nabi SAW. Rasulullah bertanya: Apa ni wahai
Salman? Jawabnya: Sedekah untukmu dan para
sahabatmu. Nabi bersabda: Ambil buah ini, kerana kami
tidak makan daripada hasil sedekah. Lalu buah itu dibawa
pergi olehnya. Pada keesokan harinya, Salman datang lagi
dengan membawa buah kurma lalu diletakkannya di
hadapan Nabi SAW. Rasulullah bertanya lagi: Apa ni wahai
Salman? Jawabnya: Sedekah untukmu dan para
sahabatmu. Nabi bersabda: Ambil buah ini kerana kami tidak
4 Mu’tashar al-Mukhtashar, 1/226; Al-Hafiz dalam al-Ishobah, 2/450; dan Ibn Abdul Bar
dalam al-Isti’ab, 1/314.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 19
____________________________________________________________________________________________
makan daripada hasil sedekah. Lalu buah itu dibawa pergi
olehnya. Pada hari ketiga, Salman datang lagi dengan
membawa buah kurma lalu diletakkannya di hadapan Nabi
SAW. Rasulullah bertanya lagi: Apa ni wahai Salman?
Jawabnya: Hadiah untukmu dan para sahabatmu. Nabi
bersabda: Makanlah.5
Telah diriwayatkan daripada Ali ibn Abi Talib r.a.
katanya yang bermaksud:
“Raja Kisra telah menghadiahkan sesuatu kepada
Rasulullah SAW, baginda menerima hadiah tersebut,
baginda juga menerima hadiah pemberian daripada raja
Qishar dan raja-raja yang lain.” 6
Al-Hafiz al-Iraqi mengulas tentang hadis tersebut,
katanya: Dalam hadis ini baginda menerima hadiah daripada
orang yang kafir. Ini kerana Salman masih belum memeluk
Islam ketika itu. Beliau memeluk Islam setelah dapat
mengetahui tiga tanda daripada tanda-tanda kenabian, iaitu
tidak menerima sedekah dan hanya mengambil hadiah dan
tanda khatam an-Nubuwwah yang ada pada nabi. Beliau
melihat tanda baginda sebagai khatam an-nubuwah selepas
baginda menerima hadiah yang diberikannya. (Tharnu at-
Tathrib oleh al-Hafiz al-Iraqi, 4/35-36). Oleh itu, menerima
hadiah itu harus di sisi syarak, malahan ia merupakan
sunnah Nabi SAW, malahan juga ia menjadi tanda kenabian
5 Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 5/354; dan al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid,
9/336. 6 Riwayat Ahmad dan Musnadnya, 1/145; al-Baihaqi dalam al-Kubra, 9/35; dan al-
Bazzar dalam Musnadnya, 3/29)
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 20
____________________________________________________________________________________________
baginda yang paling jelas sebagaimana yang dijelaskan
dalam kitab-kitab nabi yang lalu. Daripada Anas r.a berkata:
Nabi SAW mengembalikan semula seorang budak Yahudi
yang telah berkhidmat kepada baginda SAW.7
Ulama Islam telah memahami hadis tersebut bahawa
penerimaan hadiah daripada bukan orang Islam bukan
sahaja disunatkan kerana termasuh dalam kategori ihsan
(berbuat baik), malahan ia merupakan sunnah Nabi SAW,
Syeikh Zakaria al-Anshori berkata: Harus menerima hadiah
daripada orang kafir kerana mengikut sunnah.8
Pemahaman ini telah disokong oleh as-Sarakhsi,
beliau menyebutkan daripada Abi Marwan al-Khuza’i
katanya: Aku bertanya kepada Mujahid, adakah seorang
lelaki yang belum memeluk Islam mempunyai hubungan
kerabat denganku, dan dia mempunyai sebahagian daripada
hartaku, adakah aku serahkan kepadanya? Jawab Mujahid,
ya, sambungkanlah silaturrahim dengannya. Dengan riwayat
ini kita mengambil hukum dan hukumnya ialah: Tidak
mengapa menjalinkan hubungan antara seorang muslim
dengan orang yang bukan muslim sama ada mempunyai
hubungan keluarga juah atau dekat, kafir harbi atau kafir
zimmi. Ini adalah berdasarkan hadis Salamah ibn al-Akwa’
katanya: Aku telah mengerjakan solat Subuh bersama
7 Riwayat Ahmad dalam Musnad, 3/260: Al-baihaqi dalam al-Kubra. 6/13 dan Al-
Manawi dalam Faid al-Qadir, 5/233. 8 Syeikh Zakaria al-Anshori dalam Asna al-Mathalib, 2/479)
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 21
____________________________________________________________________________________________
dengan Nabi SAW, aku dapati seseorang menyentuh
bahuku, lalu aku menoleh dan aku dapati ianya adalah
Rasulullah SAW lalu baginda bertanya kepadaku, adakah
engkau ni yang memberikan kepadaku seorang hamba
perempuan ummu Qirfah? Dia mengatakan ya, aku berikan
hamba perempuan itu kepada baginda, maka diberikan
kepada bapa saudara lelaki sebelah ibu yang bernama
Hazan ibn Abi Wahab kedua-duanya masih belum Islam.
Rasulullah SAW menghantar 500 dinar ke Mekah semasa
berlaku kemarau panjang dan baginda menyuruh
memberikannya kepada Abu Sufian ibn Harb dan Safuan ibn
Umaiyah supaya kedua-duanya mengagihkan kepada fakir
miskin penduduk Mekah.
Bantuan tersebut telah diterima oleh Abu Sufian dan
Safwan lalu berkata: Muhammad memberikan ini adalah
untuk menipu daya pemuda-pemuda kami. Oleh kerana
menghubungkan silaturrahim itu adalah amalan yang baik
bagi setiap orang yang berakal dan pada semua agama,
memberikan hadiah kepada orang lain itu merupakan akhlak
yang mulia. Rasulullah SAW bersabda: Aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia. Jadi tahulah kita,
bahawa amalan tersebut adalah baik bagi semua sama ada
orang Islam dan orang bukan Islam.9
Ibn Muflih al-Hanbali telah berkata selepas membaca firman
Allah:
9 As-Sarkhasi dalam Syarah as-Siyar al-Kabir, 1/96.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 22
____________________________________________________________________________________________
�ω â/ä38yγ÷Ψtƒ ª!$# Ç tã t Ï% ©!$# öΝs9 öΝä.θ è=ÏG≈s) ム’Îû ÈÏd‰9 $# óΟ s9 uρ / ä.θã_ Ì� øƒä† ÏiΒ
öΝ ä.Ì�≈tƒ ÏŠ βr& óΟ èδρ•�y9 s? (#þθäÜ Å¡ ø) è?uρ öΝÍκö& s9 Î) 4 ¨βÎ) ©! $# '=Ït ä† t ÏÜ Å¡ø)ßϑø9 $# ∩∇∪
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi
kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu
dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Mumtahanah:
8)
Ibn al-Jauzi mengatakan: ulama-ulama tafsir berkata:
Ayat ini merupakan ruhshah bagi menghubungkan
silaturrahim kepada mereka yang tidak memerangi orang
Islam dan harus berbuat baik kepada mereka sekalipun
mereka tidak boleh menjadi wali dan menerima pusaka,
setengah ulama ada yang mengatakan ayat ini dan ayat
selepasnya telah disanakhkan oleh ayat yang menyuruh
perangi orang musyrik.
Ibn Jarir berkata: Pendapat tersebut bukanlah
pendapat yang dipilih, kerana orang mukmin berbuat baik
kepada kafir harbi sama ada dari kalangan kaum kerabat
atau bukan, tidak diharamkan jika keadaannya masih belum
mampu untuk berperang dengan tanpa senjata atau bukan
senjata, atau untuk mendapatkan maklumat rahsia orang
Islam. Ini adalah berdasarkan berdasarkan hadis Asma’.
Pendapat ini telah dihujahkan oleh pengarang kitab Al-
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 23
____________________________________________________________________________________________
Mughni dengan perbuatan saidina Umar yang
menghadiahkan pakaian kepada saudaranya yang kafir.
Dengan hadis Asma’ kata pengarang Al-Mughni lagi:
Perbuatan kedua-dua ini menunjukkan wujud perbuatan
menghubungkan silaturrahim kepada kafir harbi dan berbuat
baik kepada mereka.10
Demikian juga al-Mardawi al-Hanbali menyebutkan
mengenai hukum mengucapkan tahniah kepada orang
bukan Islam, mengucapkan takziah kepada mereka dan
menziarahi ketika sakit. Katanya: Mengenai ucapan tahniah,
ta’ziah dan menziarahi mereka semasa sakit ada dua
riwayat yang telah disebutkan dalam kitab al-Hidayah ...
pendapata ulama yang mengatakan mereka diziarahi untuk
masuk Islam, kata Al-Mardawi lagi: Inilah yang sebetulnya.11
Telah disebut di dalam kitab Fatwa Al-Hindiah: Tidak
mengapa untuk pergi menziarahi kafir zimmi, demikian
dikatakan oleh Muhammad r.h tambahnya: Tidak mengapa
menerima tetamu daripada orang kafir zimmi sekalipun
hanya setakat kenalan sahaja, demikian yang disebutkan
dalam kitab al-Multaqith, kemudian tambahnya lagi: Tidak
mengapa orang Islam bersahabat dengan orang bukan
Islam sama ada kenalan jauh atau rapat, kafir harbi atau
zimmi.12
10
Ibn Muflih dalam al-Adab as-Syar’iyah, 1/437. 11
Al-Mardawi dalam Al-Inshaf, 4/234-235. 12
Al-Fatwa al-Hindiyah, 5/347.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 24
____________________________________________________________________________________________
Syeikh ‘Ulaisy ditanya mengenai mengucapkan
tahniah kepada orang bukan Islam adakah ia dianggap
sebagai murtad? Dijawabnya: Tidak menjadi murtad orang
yang berkata kepada seorang Kristian, semoga Allah
panjangkan umurmu setiap tahun, dengan sekira-kira bukan
bertujuan untuk mengagungkan kekufurannya dan bukan
kerana redha dengan kekufurannya.13
Daripada apa yang telah dijelaskan melalui ayat-ayat
al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW dan pendapat para ulama
Islam, kita dapati bahawa termasuk di dalam ihsan kepada
orang lain ialah menghubungkan silaturrahim dengan orang
bukan Islam dalam semua keadaan seperti menziarahi bila
sakit, ucapan takziah bila mendapat kesusahan dan ucapan
tahniah bila mendapat kejayaan, memberi hadiah dan
menerima hadiah, menerima tetamu dan sebagainya. Cara
ini merupakan satu pendekatan berdakwah kepada agama
Allah dengan akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia.
Wallahu a’lam.
13
Syeikh ‘Ulaisy dalam Fathul ‘Ula fil Fatawa ‘Ala Mazhab al-Imam Malik, 2/349.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 25
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Solat merupakan satu ibadah
yang disyariatkan oleh Allah
SWT dengan kaedah dan
caranya. Ia bukan ciptaan
seseorang. Allah SWT telah
menentukan syarat-syarat
sahnya dengan menjadikan imam itu orang lelaki sebagai
syarat sah solat berjemaah, ia bukan hak bagi kaum lelaki
dan bukan juga untuk mengurangkan nilai kaum wanita,
malahan ia merupakan satu perkara suruhan yang perlu
diikut.
Umat Islam telah sepakat pada memuliakan kaum
wanita, mereka berpandangan bahawa penegahan kaum
wanita dari mengimami orang lelaki dalam solat adalah
sebagai suatu penghormatan, bukan untuk mengurangkan
dan merendah-rendahkan kedudukan kaum wanita. Untuk
tujuan ini, Islam memerintahkan kaum wanita supaya berada
di belakang saf kaum lelaki, kerana perbuatan solat dalam
Islam mengandungi sujud, mengikut pepatah Arab:
Sesungguhnya engkau diletakkan di belakang supaya aku
akan mengikuti engkau. Kedudukan kaum wanita di
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 26
____________________________________________________________________________________________
belakang saf kaum lelaki bukan untuk menjatuhkan
kemuliaan mereka, malahan ia adalah untuk menaikkan
martabat mereka, menjaga ketinggian budi, menjaga
perasaan malu dan memberi kerjasama sesama orang yang
beriman lelaki dan wanita untuk melaksanakan perintah
Allah dalam apa-apa keadaan.
Sebenarnya persoalan kaum wanita menjadi imam
kepada kaum lelaki dalam solat dilihat dari dua perspektif;
pertama: Dari sudut amali umat Islam dan pelaksanaan yang
dilakukan sepanjang masa dan zaman, kedua: Dari sudut
warisan amalan hukum fekah dan teori sebenar yang
dipegang oleh mereka.
Adapun dari sudut amalan yang dilakukan sama ada
di timur dan di barat, umat terdahulu (salaf) dan umat
selepas salaf (halaf), kesemuanya sepakat dari segi
praktikalnya tidak memberikan tugas kepada wanita untuk
azan, tidak melantik wanita untuk mengimami solat
berjemaah, dan tidak melantik wanita menjadi imam solat
Jumaat. Dalam sejarah Islam sejak 14 kurun yang lalu, tidak
pernah kita dengar seorang wanita membaca khutbah
Jumaat dan mengimami solat Jumaat, hinggakan pada
suatu ketika terdapat negara yang pernah diperintah oleh
kaum wanita seperti Syajaratuddur di Mesir pada zaman
Mamlukiyah. Beliau tidak pernah membaca khutbah Jumaat
dan mengimamkan kaum lelaki.
Dari sudut teori realitinya berdasarkan nas syarak dan
warisan hukum fekah di kalangan umat Islam, kita dapati
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 27
____________________________________________________________________________________________
ulama fekah mendefinisikan imam itu sebagai pengikat
antara seorang dengan seorang lain yang sama-sama
bersolat dengan syarat yang ditetapkan oleh syarak. Maka
imam itu tidak akan dianggap sebagai imam kecuali bila ada
ikatan antara imam dan orang yang mengikutnya dalam
solatnya, ikatan inilah sebenarnya hakikat sebenar menjadi
imam dan ia adalah tujuan sebenar mengikut imam.
Adapun perkara yang terdapat dalam masalah ini dari
nas-nas syarak, terdapat dua hadis yang menjelaskannya:
Pertama, hadis Waraqah binti Abdullah bin al-Harith
maksudnya: Bahawa Nabi SAW melantik untuknya seorang
tukang azan untuk menyeru azan bagi kaum wanita dan
diperintahkannya menjadi imam kepada ahli keluarganya.14
Kedua, hadis Jabir ibn Abdullah dalam riwayatnya
mengenai khutbah Nabi SAW yang bersabda maksudnya:
Jangan menjadi imam seorang wanita kepada lelaki, jangan
mengimami orang Arab Badwi orang Muhajirin dan orang
yang jahat menjadi imam orang yang mukmin kecuali
dipaksa oleh sultan yang dia takutkan pedang dan
cemetinya.15
Setengah ulama hadis seperti Ibnu Hajar al-‘Asqolani
mengatakan hadis pertama ini sebagai hadis dhaif di mana
beliau mengatakan: Dalam sanadnya terdapat seorang yang
14
Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, 6/405; Abu Daud dalam Sunannya, 1/161; al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 3/130; Darquthni dalam Sunannya, 1/403; at-Thobarani dalam al-Kabir, 25/134; Ibn Huzaimahy dalam Sohihnya, 3/89)
15 Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, 1/343; al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 3/90;
at-Thobarani dalam al-Aushat, 2/64.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 28
____________________________________________________________________________________________
bernama Abdul Rahman ibn Khallad, beliau seorang yang
sangat jahil.16
Adapun hadis kedua, kebanyakan ahli hadis
mengatakan ia sebagai hadis dhaif, malahan ia lebih dhaif
daripada hadis pertama. Ibn Hajar al-‘Asqolani mengatakan
dalam sanadnya terdapat Abdullah ibn Muhammad al-
‘Adawi. Katanya lagi: Beliau dituduh oleh Waki’ (guru Imam
Syafi’e) sebagai pembuat hadis palsu; dan gurunya Ali ibn
Zaid ibn Jad’an seorang yang dikira sebagai dhaif.17
Adapun mengikut warisan fekah Islam dalam
persoalan ini - iaitu dari segi pemahaman yang betul kepada
asas-asas umum syariah, khususnya jika memang sudah
diijma’kan (disepakati) oleh ulama - telah bersepakat ulama
fiqah dalam empat mazhab malahan mazhab yang lapan
dan ulama fekah di tujuh bandar melarang wanita menjadi
imam kepada lelaki dalam solat fardhu. Sesungguhnya solat
orang yang mengikut dibelakangnya adalah batal.
Manakala Abu Thur, al-Mazanni dan Ibn Jarir telah
mengasingkan pendapat dengan mengatakan sah solat
fardhu orang lelaki di belakang imam wanita di dalam solat
fardu.18 Pendapat yang ganjil ini juga telah dibuat mazhab
oleh Muhyiddin ibn al-‘Arabi dari golongan dzahiriyah.
Adapun di dalam solat-solat sunat dan solat Tarawih,
para jumhur ulama juga telah menolaknya. Setengah
16
Ibn Hajar al-‘Asqolani dalam at-Talkhis al-Khabir, 2/26-27. 17
Ibn Hajar al-‘Asqolani dalam at-Talkhis al-Khabir, 2/32. 18
Al-Mausu’ah al-Fiqhiyah, huruf dzal, zukurah, 21/266.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 29
____________________________________________________________________________________________
pengikut mazhab Hanbali berbeza pendapat dengan
mengatakan harus wanita menjadi imam kepada lelaki
dalam solat sunat dan sunat Tarawih. Inilah yang dijelaskan
oleh Ibn Muflih mengenai masalah wanita menjadi imam
dalam solat. Katanya: Sah wanita menjadi imam pada solat
sunat dan juga solat Tarawih. Ada yang berpendapat sah
jika sekiranya wanita tersebut lebih bagus bacaannya. Ada
yang berpendapat, jika sekiranya dia seorang sahaja yang
bagus bacaannya dan orang lain tidak. Ada juga yang
berpendapat: Jika wanita itu ada pertalian saudara atau
sudah tua.
Oleh itu, wanita tersebut berdiri melakukan solat di
belakang makmum lelaki, kerana berdiri di belakang adalah
lebih terlindung. Mengikut pendapat ini: Wanita tersebut
akan mengikut imam lelaki ketika bukan pada bacaan, dan
salah seorang daripada lelaki tersebut hendaklah berniat
menjadi imam. Kebanyakan ulama telah memilih sah wanita
menjadi imam pada masalah ini kerana terdapat hadis dari
Ummu Waraqah yang umum maksudnya dan khusus untuk
situasi tersebut.19
Justeru itu, kita lihat dan memfatwakan apa yang
disepakati oleh ummah salaf dan halaf sama ada dari segi
perkataan dan perbuatan kerana kuatnya dalil dan umumnya
teori tersebut. Kita nukilkan pendapat yang ganjil daripada
warisan ilmu fekah ini, kerana kita amanah dengan ilmu dan 19
Ibn Muflih dalam al-Furu’, 2/16.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 30
____________________________________________________________________________________________
bukan kerana untuk diamalkan atau digunapakai. Ini kerana
pendapat ini boleh dianggap boleh menjatuhkan kredibiliti
ummah salaf dan halaf, sedangkan umat Islam tidak akan
berkompromi ke atas kesesatan selamanya. Maka ijmak itu
menjadi hujah dan begitulah yang telah sedia tercatat dalam
nas-nas syarak.
Adapun hikmat melarang wanita menjadi imam dalam
solat adalah untuk memastikan ianya sebati dengan urusan
agama dalam menjauhi segala larangannya dan mengelak-
kan perlakuan dosa, menyuruh umat Islam sama ada lelaki
mahupun wanita memelihara pandangan mereka daripada
melihat kepada aurat wanita ajnabi.
Agama Islam juga menyuruh supaya umatnya
menutup aurat. Aurat wanita itu adalah seluruh tubuh
badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Justeru itu,
Allah memerintahkan kaum wanita berada di belakang saf
kaum lelaki, kerana di dalam solat ada perbuatan sujud yang
memungkinkan tubuh kaum wanita boleh terselak dan
terdedah.
Adapun apa yang berlaku di dunia sekarang ini dari
apa yang kita dapat saksikan dan dilihat oleh semua orang
ialah mencampuradukkan persoalan mengimami solat
jemaah dan masalah khutbah Jumaat, di mana khutbah
Jumaat ini tidak diharuskan oleh sesiapa pun. Mereka yang
mencampuradukkan persoalan ini adalah golongan yang
menjadi penentang, iaitu yang mengandungi berbagai aliran;
Setengahnya menolak sunnah dan ijma’; setengahnya
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 31
____________________________________________________________________________________________
sengaja mempermain-mainkan dengan lafaz-lafaz dalam
bahasa Arab; setengahnya menyeru untuk mengharuskan
seks di luar tabi’i, zina, minum arak, pengguguran,
mengubah bahagian-bahagian dalam pembahagian harta
pusaka dan seumpamanya yang kita nampak semakin
menonjol setiap kurun pada akhir-akhir ini. kemudian
mereka akan lenyap sedangkan umat Islam berjalan
mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan
memikul risalahNya untuk kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Firman Allah:
$ ¨Βr' sù ߉t/ ¨“9 $# Ü= yδõ‹uŠsù [ !$ x.ã_ ( $ ¨Βr& uρ $ tΒ ßìx.Ζtƒ } $ ¨Ζ9 $# ß]ä3 ôϑu‹sù ’Îû
ÇÚö‘ F{$# 4 y7Ï9≡x‹ x. Ü>Î�ôØ o„ ª! $# tΑ$ sWøΒF{$# ∩⊇∠∪
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.” (Ar-Ra’d: 17)
Mudah-mudahan huraian yang ringkas ini telah dapat
menjelaskan hukum-hukum syarak dalam masalah yang
dibangkitkan.
Wallahu a’lam.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 32
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Zuriat adalah terhasil
daripada perhubungan
antara lelaki dengan
wanita melalui
perkahwinan. Demikian
juga, zuriat itu menjadi
sebab wujudnya hubungan baru iaitu hubungan kebapaan
dan keibuan. Kadang kala tidak dapat digambarkan bahawa
terdapat satu ketika isu perkahwinan dan mengakalkan
kehidupan dan kesejahteraan berumahtangga akan
bertentangan dengan isu menjaga hak ibu bapa dan
mentaati mereka.
Walau bagaimanapun, yang sebenarnya berlaku, kita telah
menyaksikan pada kurun kenabian yang pertama telah
berlaku pertentangan antara hak kedua ibu bapa dengan
kesejahteraan hidup berumahtangga apabila saidina Umar
bin al-Khattab memerintahkan anak lelakinya Abdullah bin
Umar supaya menceraikan isterinya yang dikasihai.
Semenjak detik tersebut ulama feqah telah membincangkan
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 33
____________________________________________________________________________________________
tajuk tersebut dengan panjang lebar. Supaya kita
mengetahui apakah yang perlu dilakukan oleh orang Islam
dalam menghadapi situasi sedemikian, dan apakah batas-
batas yang perlu dipatuhi dan adakah menjadi derhaka jika
sekiranya tidak mematuhi perintah ayah dalam mengakhiri
kehidupan berumahtangga.
Kita melihat para ulama menjelaskan untuk tidak
mematuhi perintah kecuali bapa yang memerintahkan itu
dari kalangan orang yang soleh dan bertakwa tanpa
mengaitkan dengan masalah adakah ia disunatkan atau
sebaliknya. Ibnu Taimiyah pernah menyebutkan bahawa
‘Ungkapan Imam Ahmad mengenai wajib menceraikan isteri
juga diperintah oleh bapa adalah dikaitkan jika bapa itulah
yang soleh.20
Ibnu Taimiyah telah mengharamkan ke atas anak
lelaki mentaati perintah ibunya untuk menceraikan isterinya
lebih-lebih lagi jika sekiranya suami itu telah mempunyai
anak daripada isteri tersebut. Ibnu Taimiyah telah ditanya
mengenai seorang lelaki yang telah berkahwin dan telah
mempunyai anak, sedang ibunya tidak menyukai
menantunya dan menyuruh anaknya menceraikan isterinya,
adakah harus diceraikannya? Beliau menjawab: Tidak harus
si anak menceraikan isterinya kerana perintah ibunya,
malahan ia hendaklah berbuat baik kepada ibunya dan
20
Al-Fatawa al-Kubra, Ian Tainiyah, kitab at-Thalaq, 5/490.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 34
____________________________________________________________________________________________
bukanlah menceraikan isterinya itu sebagai salah satu cara
berbuat baik kepadanya. Wallhu a’lam.21
Demikian juga Ibnu Muflih dalam kitab Al-Furu’
berpendapat bahawa tidak wajib mentaati kedua ibu
bapanya untuk menceraikan isterinya. Beliau berkata: Jika
ibunya yang memerintahkannya, maka nasnya: Talaknya
tidak menyenangkan aku dan guru kami melarang daripada
melakukannya, dan jika sekiranya engkau takut melakukan
yang demikian maka tiadalah baginya yang demikian itu dan
demikian juga jika sekiranya kedua ibu bapanya melarang
daripada berkahwin.22
Demikian juga telah disebutkan di dalam kitab Al-
Adab as-Syariyyah di mana pengarangnya berkata: Kedua
ibu bapa tidak boleh memaksa anaknya berkahwin dengan
orang yang tidak dicintai, jika sekiranya dia menolak, dia
tidak dianggap sebagai anak derhaka. Ini seperti tidak ada
seorang pun yang boleh memaksa seseorang makan
sesuatu yang tidak disukainya sedangkan ia mampu makan
sesuatu yang disukainya, maka begitulah halnya dengan
perkahwinan, malahan ia lebih patut lagi. Jika sekiranya dia
memakan sesuatu yang tidak disukainya dan merasa derita
hanya sesaat sahaja tetapi dengan hubungan suami isteri
21
Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyah, kitab Thalaq, masalah orang berkahwin telah mempunyai anak sedang ibunya membenci menantunya dan mahu supaya anak lelakinya menceraikannya, 3/573.
22 Al-Furu’, Ibnu Muflih, kitab Thalaq, 5/363.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 35
____________________________________________________________________________________________
yang tidak dicintai itu ia terpaksa menghadapi penderitaan
sepanjang masa sedangkan ia tidak boleh dipisahkan.23
Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Hanbali al-Bahuti juga
berpendapat bahawa tidak wajib si anak mentaati kedua ibu
bapa yang memaksa supaya dia menceraikan isterinya.
Beliau berkata: Tidak wajib ke atas anak mentaati kedua ibu
bapanya sekalipun kedua-duanya itu seorang yang adil,
supaya menceraikan isterinya kerana perintah ini bukanlah
sesuatu yang dianggap melakukan perkara yang baik, atau
tidak wajib ke atas anak patuh perintah kedua ibu bapanya
pada melarangnya daripada berkahwin, sebagaimana teks
yang lalu.24
Begitu juga pendapat pengarang Ghidza’ul Albab di
mana beliau berkata: Dan begitu juga seperti perintah ibu
bapa kepada anaknya untuk menceraikan isterinya atau
menjual hamba miliknya dengan kepercayaan yang tidak
berdasarkan syarak. Dia dalam kitab Adab Al-Kubra
pengarangnya berkata: Jika diperintahkan oleh bapanya
untuk menceraikan isterinya tidak wajib ditaati perintahnya.
Pendapat ini telah disebutkan oleh kebanyakan para
sahabat Nabi SAW. Seorang lelaki bertanya kepada imam
Ali r.a. bahawa bapaku memerintahkan aku supaya
menceraikan isteriku, Saidina Ali menjawab: Jangan
diceraikannya. Berkata lelaki itu lagi: Bukankah Umar
pernah memerintahkan anak lelakinya Abdullah untuk
23
Al-Adab as-Syariyyah, Ibnu Muflih, 1/502-503, cetakan Ri-asah Idarat al-Buhuth al-Ilmiyah wal Ifta’ wad-dakwah wal-Irsyad, Riyad.
24 Daqaiq Ulin Nuha, al-bahuti, Syarah Muntahal Iradat, kitab Thalaq, 3/74.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 36
____________________________________________________________________________________________
menceraikan isterinya? Ia boleh jika bapamu itu seperti
Umar r.a.25
Ibn Athfiyyisy Al-Ibadhi dalam kitab Syarah An-Nail
wa Syifa’ul ‘Alil berpendapat bahawa anak lelaki tidak
diwajibkan mematuhi perintah kedua ibu-bapanya atau salah
seorang daripada keduanya jika diperintahkan supaya
menceraikan isterinya, beliau berkata: Jika sekiranya ia
bernazar untuk menceraikan isterinya atau diperintahkan
oleh kedua ibu bapanya tidak mesti dipatuhi perintahnya itu
dan tidak dipaksa ke atasnya mematuhi perintah tersebut.
Oleh itu, dari huraian di atas, jelas kepada kita
bahawa tidak wajib ke atas seorang anak lelaki mematuhi
perintah ibu bapanya supaya menceraikan isterinya. Ketidak
taatan anak dalam persoalan sebegini bukan dianggap
sebagai derhaka.
Wallahu a’lam.
25
Ghidza’ul Albab, As-Safaraini, Birrul walidain, 1/383.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 37
____________________________________________________________________________________________
\
Jawab
Islam memberikan hak
persamaan kepada
kaum lelaki dan kaum
wanita dalam memilih
pasangan masing-
masing, dan tidak
memberikan kuasa
kepada kedua ibu
bapa untuk memaksa
mereka berkahwin.
Peranan ibu bapa
dalam perkahwinan anak-anak adalah dari segi memberi
nasihat, memberikan tunjuk ajar dan peringatan, tetapi
bukan berperanan memaksa anak-anaknya sama ada lelaki
atau wanita supaya berkahwin dengan orang yang bukan
pilihannya, malahan pilihan terakhir dalam perkahwinan
adalah terletak ditangan si anak sendiri.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 38
____________________________________________________________________________________________
Perkahwinan dianggap sebagai hak keistimewaan
seseorang. Paksaan kedua ibu bapa kepada anak-anaknya
supaya berkahwin dengan orang yang tidak disukai oleh
mereka adalah haram dari segi syara’, kerana ia dianggap
sebagai satu kezaliman dan melampaui batas hak orang
lain. Kaum wanita dalam Islam mempunyai kebebasan yang
penuh sama ada mahu menerima atau menolak mereka
yang melamar dirinya. Bapanya atau walinya tidak ada hak
untuk memaksanya berkahwin dengan orang yang tidak
disukainya. Ini kerana hidup berkeluarga tidak mungkin
dibangunkan atas dasar paksaan dan kekerasan, dan ini
bertentangan dengan apa yang dijanjikan oleh Allah antara
suami isteri dari segi berkasih sayang dan belas kasihan.
Hukum perkahwinan yang tetap ini telah banyak
diterangkan di dalam nas-nas syarak seperti al-Quran dan
sunnah. Kenyataan yang berlaku telah menjelaskan kepada
dunia bagaimana Nabi SAW berurusan dengan penuh kasih
sayang dan rahmat kepada para isteri dan walinya
berbanding sistem jahiliah yang menzalimi kaum wanita.
Islam memberikan hak kepada wanita untuk memilih
pasangan masing-masing dan menolak perkahwinan yang
terjadi dari orang yang memaksa perempuan tersebut,
sekalipun orang yang memaksa itu bapanya sendiri. Apa
yang dilakukan oleh baginda SAW itu bertentangan dengan
adat orang Arab ketika itu, ini semua merupakan ujian
keimanan seseorang yang beriman supaya redha dengan
hukum syara’ yang telah memberikan kemuliaan kepada
wanita, menghormati kehendak dan pilihannya serta
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 39
____________________________________________________________________________________________
membebaskan daripada semua sistem yang meremeh,
menghina dan menzalimi kaum wanita.
Terdapat banyak hadis Nabi SAW yang menguatkan
hak-hak kaum wanita ini, antaranya sabda Rasulullah SAW:
�@ %�K ���F-.� �L�M�;�@�N�"�@ %�K �!�M�+�� �L�M�;�@ �N� !3�OK :�8����Q .�R�S�OK�".T�M�"@ �R�1 :�U��Q I�C�,�S�V W���H� ����� �U�8�'� �F
“Jangan kamu menikahkan janda sehingga diminta iizin
darinya dan jangan kamu menikahkan anak dara sehingga
mendapat keizinan darinya. Rasulullah ditanya, bagaimana
izinannya itu? Sabda baginda: Jika ditanya dia diam
sahaja.”26
Sebagaimana Nabi begitu prihatin mereka yang
datang mengadu kerana dipaksa berkahwin oleh bapanya
seperti yang sabit dalam hadis baginda yang diriwayatkan
maksudnya: Bahawa seorang anak dara datang menemui
Nabi SAW dan mengadukan bahawa bapanya
mengahwinkannya dengan seorang padahal dia tidak
menyukainya, maka Nabi SAW memberikan kepadanya
pilihan sama ada meneruskan perkahwinan itu atau
memutuskannya.27
26
Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 2/432; Al-Al-Bukhari dalam Sohihnya, 5/1974; Muslim dalam Sohihnya, 2/1036.
27 Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 1/117; Abu Daud dalam Sunannya 2/232; Ibn
Majah dalam Sunannya, 1/603.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 40
____________________________________________________________________________________________
Telah diriwayatkan bahawa seorang lelaki
mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang lelaki
sedangan wanita itu tidak menyukainya, beliau datang
berjumpa dengan Nabi SAW dan mengadu bahawa dia
dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tidak suka,
sedangkan anak bapa saudaraku telah datang meminang
diriku, baginda SAW bersabda maksudnya: Pernikahan
tersebut tidak terjadi, bernikahlah dengan orang yang
engkau sukai.28
Daripada Khansa’ binti Khudzam berkata:
%��6 �>�+�;��� X���S �Y�8�M=�D 9Z!�M�# �,�1� [\B����H �,�1� �>�#�1 �>�;���M�,�1.[\B����H >�B� �C���M�;@ �N :�U��]�D ���'� ������& �����
“Bapaku menikahkan aku sedangkan aku tidak suka, ketika
itu aku masih anak dara lagi, maka aku mengadu kepada
Nabi SAW, baginda bersabda: Jangan engkau nikahkan dia
sedangkan dia tidak menyukainya.29
Diriwayatkan juga:
9�����,-.� �3 A�5� T��@ �����,-.� �3 [��!�3� �T,��H :��_,�1 ����� �C�;�3 ����� 2�� �1 4�8F �C�;& �A�K�]�D [A�5�� �B����� a�& �C+�bc�D 9Z���
28
Riwayat An-Nasa’I dalam Al-Kubra, 3/282. 29
Riwayat An-Nasa’I dalam Al-Kubra, 3/282; At-Thobarani dalam Al-Kabir, 24/251.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 41
____________________________________________________________________________________________
%���V ��& <!@� �A�5�!� L�M�,�O�D 9�C���#�1 ����� %��6 �>�+�;� �T@�O�D 9�B����� ��& <!@� 9�d���F���1 �N e��5� �>�#�1 �>�;��M�,�1 :�T����]�D ���'� ������&
�;�3 �fJ�g���D 9� ����� ���'� ������& ����� %��6 a>�+�;� �&��D 9� ����� �> � �f�� T�,�1 :�U��Q .���, :�U��Q Ie\,���D �:,���D T���M�,�1 :�U��]�D 9�B�#�1
.<����� ��& �>���M�,��D �>�+B�S�V .X�� h��M�, �N
“Terdapat seorang wanita Ansor yang telah berkahwin
dengan lelaki Ansor, beliau terbunuh semasa peperangan
Uhud dan daripada wanita itu terdapat seorang anak lelaki,
maka wanita itu telah dipinang oleh bapa saudara anaknya
dan seorang lelaki yang berjumpa dengan bapanya, maka
dia dikahwinkan oleh bapanya dengan lelaki itu dan ditolak
bapa saudara anaknya. Beliau mengadu kepada Nabi SAW:
Aku dikahwinkan oleh bapaku dengan lelaki yang aku tidak
sukai dan dia menolak pinangan bapa saudara anakku,
maka bapaku mengambil anakku dari penjagaanku, maka
Nabi memanggil bapanya dan bersabda: Adakah engkau
kahwinkan si pulan dengan si pulanah? Kata bapanya, ya.
Nabi bersabda: Engkau tidak ada hak untuk
mengkahwinkannya. Pergilah engkau wahai perempuan dan
berkahwinlah dengan bapa saudara anakmu itu.30
Ibnu Al-Qaiyim telah meriwayatkan sebuah hadis
Nabi SAW yang maksudnya: Nabi SAW bertanya kepada 30
Riwayat Abdul Razak dalam Musannifnya, 6/146; dan Abu Uthman Al-Kharasani dalam As-Sunan, 1/184.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 42
____________________________________________________________________________________________
Aisyah r.a. mengenai seorang wanita yang telah
dikahwinkan oleh keluarganya, adakah telah diminta izin
atau belum? Dijawabnya, sudah. Aisyah berkata: Jariah itu
malu, maka Rasulullah SAW bersabda: Maka itulah
keizinannya apabila ditanya dia diam membisu. Hadis ini
telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.
Berdasarkan kepada fatwa tersebut kita mengambil
kesimpulan bahawa untuk mengahwinkan anak dara mesti
mendapat keizinan darinya.
Telah sabit Rasulullah SAW bersabda:
�i;�# aj �1 ���F-.�C(" �@ �!�M�+��� 9�C����� � �3 �C�,�S�V� 9�C("�i, �>�D �!�3�OK�" �C�,�S�V� 9�C("�i, �>�D �B�8�#�1 �C�,�S�OK�"F �!�M�+��� :2k�i�� >�D� .�C�@��6
.�C�@��6
“Wanita janda berhak ke atas dirinya sendiri berbanding
walinya dan anak dara diminta keizinan darinya dan
diamnya itu tanda keizinannya. Dalam satu riwayat yang
lain: Anak dara diminta izin oleh bapanya untuk dirinya dan
keizinannya itu ialah diamnya.
Di dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim,
Rasulullah SAW bersabda:
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 43
____________________________________________________________________________________________
�N�S�OK�"�@ %�K �!�M�+��� �L�M�;�@ :�U��Q I�C�,�S�V W���H� �8����Q 9�R �R�1T�M�"@.
“Jangan dinikahkan si anak dara sehingga diminta keizinannya, para sahabat bertanya, bagaimana tanda keizinannya? Rasulullah bersabda: Apabila dia diam sahaja.”
Di dalam hadis yang lain:
��K���O'�� 9!�M�# �\F���5 ���'� ������& ����� %��6 �B�#�1 �R�V :�T����]�D ���]�D 9���'� ������& ����� %��6 a>�+�;� �B!��c�D 9[\B����H >�B� �C5��l
� & %C,� 9�!�M�+�� �R�f�m�K�'��# !3�1 !��J� 9�C�,�S�V �R�����# �C� ��M�,�.�R�S�OK�"@ ����� 9�T��M, � 3 ���'� ������& ����� %��6
“Nabi SAW ditanya oleh seorang wanita yang masih dara
yang mengatakan bahawa bapanya mengahwinkannya
dengan seorang lelaki sedangkan dia tidak suka, maka
bapanya diarahkan oleh Nabi SAW supaya meminta izin
daripada anaknya itu dan melarang daripada menikahkan
anaknya tanpa izinnya dan Nabi memberikan pilihan kepada
wanita yang telah dikahwinkan sedangkan dia tidak diminta
izin, sama ada dia ingin meneruskan perkahwinan tersebut
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 44
____________________________________________________________________________________________
atau pun tidak. Bagaimanakah seseorang itu boleh menolak
dan menyalahi apa yang dijelaskan oleh Nabi SAW itu.31
Keperihatinan Islam tentang pemilihan suami dan
isteri sebenarnya adalah untuk memberi perhatian kepada
asas utama pembentukan keluarga. Keluarga itu terbentuk
daripada lelaki dan wanita yang bersatu dan saling faham
memahami yang ia memberi kesan kepada keluarga apabila
ia membesar dan berkembang biak. Keluarga adalah asas
utama bagi masyarakat, berdasarkan asas yang betul dan
kukuh inilah lahirnya tamadun dan nilai yang tinggi.
Untuk membuktikan betapa pentingnya wanita dalam
pembentukan masyarakat muslim, kita lihat syair yang
diungkapkan oleh Ahmad Syauqi yang ertinya:
“Ibu merupakan sekolah jika bijak
menguruskan rumahtangga – ia akan
membentuk umat yang baik dari keturunan
yang mulia.”
Sebagaimana Islam memberikan hak dalam
pemilihan pasangan kepada wanita, Islam juga memberikan
pilihan sama ada wanita tersebut mahu terus kekal bersama
atau bercerai dengan pasangannya ketika berlaku hubungan
yang tidak serasi antara keduanya, sedangkan ia tidak dapat
disatukan dan diperbaiki lagi. Justeru itu disyariatkan talak
demi kepentingan kedua belah pihak wanita dan juga lelaki.
31
I’lam al-Muqi’in, Ibnu al-Qaiyim, 4/260-261, cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyah.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 45
____________________________________________________________________________________________
Antara kefahaman yang masyhur tentang Islam ialah
peraturannya bahawa lelaki sahaja yang memiliki hak
mengakhiri hubungan perkahwinan, lelaki sahaja yang
mempunyai hak talak, dan wanita tidak memiliki hak,
sedangkan pada hakikatnya bukanlah sedemikian.
Ini kerana syariat Islam pada peraturannya yang unik
telah memberikan hak kepada kaum wanita untuk
mengakhiri hubungan perkahwinan sebagaimana yang
diberikan kepada kaum lelaki. Islam telah menyediakan
beberapa cara kepada wanita untuk mereka mengakhiri
ikatan perkahwinan, antaranya ialah:
1. Wanita mempunyai hak mensyaratkan kepada
suaminya bahawa hak keselamatan diri berada di
tangannya. Dengan lain perkataan, urusan talak itu berada
ditangannya di mana dia boleh mentalakkan dirinya bila
dikehendakinya. Dalam keadaan sedemikian, tertalaklah diri
wanita itu dan layak ia mendapat semua haknya, seolah-
olahnya suami yang mentalakkannya, maka tidak ada sedikit
pun haknya yang berkurangan.
2. Wanita mempunyai hak untuk meminta cerai kerana
kemudaratan yang dialaminya. Jika isteri mengalami
mudarat yang bersangatan, maka hakim berhak
menceraikan antara pasangan suami isteri, dan mendapat
semua haknya tanpa kurang sedikit pun.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 46
____________________________________________________________________________________________
3. Menggunakan pendekatan khulu’. Dalam keadaan ini
sahaja terpisah wanita daripada suaminya, tetapi beliau
kehilangan haknya kerana ketiadaan sebab untuk
mengakhiri hubungan suami isteri. Ketika itu tidak adil suami
didenda dengan memberikan hak kepada isteri sedangkan
suami masih berpegang teguh dengan hubungan
perkahwinannya.
Terdapat banyak dalil yang menunjukkan wanita telah
diberikan pilihan untuk memilih berpisah dengan suaminya,
antaranya:
Diriwayatkan oleh Ibnu Abas r.a.
��!�F�!# n��l �R�1 �������V �!�o�,�1 �>�,�O�H :[p���q�3 ���� �U��]�F :��+& �R��H��]�D 9��K����� %��& �A��("@ ��&�8�3�r� �>�M�+F �C�i��J �/�8�bF a>�+�;� �U
�s� � �3 �s�?���@ �N�1 �t��+& �F :t��+��� ���'� ������& ����� %��6 ����� %��6 a>�+�;� �C�� �U��]�D I�eu���q�3 2�!�F�!# �v�q# � �3� e�!�F�!# 2p���q�3
�U�8�'� �F :�T����Q I���K��5���1 �8�� :���'� ������& :�U��Q I�>�,!�3�O@�1 �����.�����D �>�� �\5� ���D :�T����Q 9�w�i�0�1 �,�1 ���,�V
“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba yang
bernama Mughith: Aku seperti melihatnya mengelilingi di
belakang Barirah menangis dan air matanya mengalir
dijanggutnya, maka Nabi SAW bersabda kepada Abas,
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 47
____________________________________________________________________________________________
Wahai Abas adakah engkau tidak pelik mengenai kecintaan
Mughith kepada Barirah dan kebencian Barirah kepada
Mughith? Maka Nabi SAW bersabda kepada Barirah, Tidak
mehukah engkau kembali semula kepadanya? Barirah
bertanya: Wahai Rasulullah, adakah engkau menyuruh aku?
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku mahu
membantu hubungan kamu sahaja, Barirah berkata: Aku
sudah tidak mahukan dia lagi.” 32 Yang demikian apabila
diketahui bahawa sabda baginda itu bukanlah sebagai
perintah, bahkan ia hanyalah sebagai perbincangan dan dia
diberi pilihan untuk memilih atau meninggalkannya. Adalah
menjadi hak Barirah meninggalkannya selepas beliau
dimerdekakan.
Terdapat satu riwayat yang maksudnya:
Telah datang isteri Thabit bin Qais kepada Nabi SAW, lalu
berkata: Wahai Rasulullah, aku bukannya benci kepada
Thabit tentang agama dan akhlaknya, tetapi aku sudah tidak
mencintainya lagi. Sabda Nabi SAW: Bolehkah engkau
kembalikan kepadanya kebun yang telah dihadiahkan
kepadamu? Jawabnya: Boleh, maka dia pun
meengembalikan kebun tersebut kepada Thabit, dan Nabi
menyuruh Thabit menceraikan isterinya.
Riwayat-riwayat tersebut adalah penjelasan yang
ringkas tentang permasalahan memberi pilihan kepada
32
Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 5/2023; Abu Daud dalam Sunannya, 2/207; An-Naasa’I dalam Sunannya, 8/245.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 48
____________________________________________________________________________________________
wanita untuk bersama dengan suaminya dan menghormati
kehendaknya jika dia ingin berpisah dengan suaminya.
Justeru tidak harus bagi seorang bapa atau sesiapa
sahaja untuk memaksa anak lelaki atau anak perempuannya
berkahwin dengan orang yang tidak dicintai (dibenci), dan
bagi wanita berhak mengakhiri hubungan perkahwinan
mengikut cara yang telah disebutkan sebelum ini.
Wallahu a’lam.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 49
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Persoalan mengenai
pelaksanaan syariat Islam
ini mestilah difahami
dalam skop yang luas
berbanding mengkhu-
suskan hanya pelaksa-
naan hukum hudud sebagai hukuman kepada pelaku
jenayah, sebagai-mana yang masyhur dikalangan
cendikiawan masa kini sama ada dari kalangan orang Islam
atau bukan Islam dengan sekira-kira pelaksanaan syariat
Islam itu mempunyai berbagai sudut dan tahap-tahap yang
berbeza. Tidaklah adil menggambarkan apa yang berlaku itu
dianggap ianya tidak mengikut syariat Islam hanya semata-
mata bercanggah sesetengah hukum Islam dengan
kenyataan hidup yang diamalkan. Sebenarnya
percanggahan ini telah pun berakhir sepanjang sejarah
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 50
____________________________________________________________________________________________
Islam dan di semua negara Islam dan pemerintahan mereka
mengikut tahap yang berbeza-beza dan tidak ada seorang
pun ulama Islam yang mengatakan bahawa negara tersebut
telah terkeluar daripada tali ikatan Islam, atau ia tidak selari
dengan kaedah syara’, malahan tidak salah dikatakan jika
kita mendakwa bahawa ungkapan melaksanakan syariah
merupakan satu ungkapan yang baru sahaja diguna pakai.
Hakikat yang perlu diketahui
1. Syariat itu ialah apa juga yang berkaitan dengan
akidah dan pandangan secara menyeluruh bahawa alam
cakerawala ini merupakan makhluk yang dijadikan oleh
penciptanya iaitu Allah SWT. Manusia itu
dipertanggungjawabkan dengan hukum-hukum syara’ bagi
menggambarkan perlakuannya, tanggungjawab ini datang
melalui wahyu yang dibawa oleh para rasul dan diturunkan
kitab-kitab kepadanya. Di dalam kitab-kitab ini diceritakan
mengenai hari akhirat untuk dihisab segala amalan manusia
sama ada untuk diberikan pahala atau di azab. Di dalam
kitab ini juga mengandungi ilmu fekah yang mengatur
pergerakan hidup individu, kelompok dan bermasyarakat. Ia
juga mengandungi sistem akhlak, kaedah pendidikan,
kaedah berfikir, berurusan dengan wahyu sama ada melalui
Al-Quran atau sunnah dan berurusan dengan kenyataan
yang berlaku biar bagaimana berlakunya perubahan,
pertukaran dan kerumitan.
2. Persoalan hudud mengandungi dua sudut.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 51
____________________________________________________________________________________________
Pertama: Iaitu mengi’tiqadkan kebenaran peraturan
hukum dalam menangani jenayah dan menguatkan lagi
dosa bagi jenayah tersebut, sejauhmana buruk dan
kesannya yang buruk ke atas masyarakat manusia, menolak
jenayah tersebut oleh semua manusia dalam apa juga
bentuknya. Peraturan ini tidak mengandungi kezaliman pada
diri dan tidak dianggap sebagai hukuman yang ganas.
Kedua: Hukum syara’ telah meletakkan syarat-syarat
dalam melaksanan hudud tersebut, sebagaimana ia telah
meletakkan kaedah dan tatacara untuk menangguhkannya
atau untuk memberhentikannya jika tidak memenuhi syarat-
syarat, kaedah dan aturcara yang ditetapkan. Pelaksanaan
hukum hudud dengan tidak memenuhi kriteria dianggap
sebagai terkeluar daripada kehendak syariah.
3. Mereka yang meneliti nas-nas syara’ mendapati
bahawa syara’ tidak menjadikan pelaksanaan hukum hudud
itu sebagai cara membalas dendam, malahan ia sebagai
membenteras jenayah sebelum ianya berlaku. Syara’ juga
tidak terlalu teruja melaksanakan hukum ini berbanding
keinginannya untuk memaafkan, mengampunkan dan
melindungi pelakunya, terdapat nas yang banyak mengenai
perkara tersebut.
4. Hampir dalam tempoh seribu tahun tidak
dilaksanakan hukum hudud di negara seperti Mesir, ini
kerana ketidak cukupnya syarat syarie yang menggariskan
kaedah tertentu untuk melaksanakannya yang menerangkan
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 52
____________________________________________________________________________________________
keharusan menarik balik ikrar bagi jenayah yang dilakukan
dan seumpamanya ialah sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Elakkanlah hukuman hudud jika terdapat syubahat.” 33 Dan
sabda nabi lagi yang bermaksud: “Tersalah dalam
memaafkan itu lebih baik daripada tersalah dalam
menghukum.”34
5. Zaman ini telah diisytiharkan sebagai zaman yang
secara umumnya mengecualikan pelaksanaan hukum ini.
Dalam masa yang sama pengecualian tersebut wajib
dilaksanakan dalam bentuk yang khas baginya. Ini kerana
zaman ini dianggap sebagai zaman dharurat yang
menimbulkan keraguan, fitnah dan dianggap sebagai zaman
jahiliah. Keadaan ini, memberi kesan dalam pelaksanaan
hukum syara’. Keadaan yang darurat membolehkan perkara
yang dilarang dilakukan sekalipun sekiranya ianya
menyeluruh dan berterusan, justeru itu mereka
membolehkan mengkebumikan mayat di dalam perigi
sedangkan ia bercanggah dengan syariat.
33
Riwayat ibnu Majah dalam Sunannya, 2/850; Ibnu Abi Syaibah dalam Musannifnya, 5/511; dan Al-baihaqi dalam Al-Kubra, 3/103.
34 Riwayat At-Tirmizi dalam Sunannya, 4/33; Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, 4/426.
Tirmizi memberikan komentar katanya: Kita tidak mengetahui hadis ini hadis marfu’ kecuali daripada hadis Muhammad bin Rabi’ah daripada Yazid bin Ziyad Ad-Dimasyqi dripada Az-Zuhri daripada ‘Urwah daripada Aisyah daripada Nabi SAW; dan diriwayatkan oleh Waqi’ daripada Yazid bin Ziyad seumpamanya dan tidak mengatakan ianya hadis marfu’. Riwayat Waqi’ itu lebih asah dan telah meriwayatkan seumoamanya salah seorang sahabat Nabi SAW mereka mengatakan sedemikian. Al-Hakim memberikan komentar dengan katanya: Hadis ini sohih isnadnya dan tidak terkeluar daripada pendapat keduanya.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 53
____________________________________________________________________________________________
Kadang kala syubhat mengharuskan hukuman hudud
ditangguhkan, sebagaimana dilakukan oleh Saidina Umar
bin Al-Khattab r.a. pada tahun kemarau di mana syubhat itu
telah menjadi lumrah dan menyebabkan hilangnya syarat-
syarat syara’ untuk melaksanakan hukuman hudud. Imam
Ja’far Sodiq, Al-Kurkhi dari mazhab Hanafi dan selain
daripada keduanya telah menggugurkan hukum haram
melihat wanita yang tidak menutup aurat di negara Wara’ al-
Nahr kerana mempraktikkan tidak memakai hijab sehingga
mengelak daripada memandang kepada wanita yang tidak
menutup aurat itu tidak dapat dielakkan dan dianggap
mustahil. Imam Al-Juwaini telah menerangkan di dalam
kitabnya ‘Al-Ghayyasi’ mengenai keadaan zaman kejahilan
dan menghuraikan perkara ini secara terperinci ketika
ketiadaan para mujtahid, kemudian orang yang alim tentang
syariat dan sumber-sumber syara’, maka apakah yang akan
dilakukan oleh manusia?
Dalam hubungan ini ulama usul fekah seperti Ar-Razi
dalam kitab Al-Mahshul menamakan dalam kitab mereka
dengan ‘nasakh aqli’ iaitu hukum kesan hilangnya tempat
untuk melaksanakan suruhan iaitu satu ungkapan yang
begitu halus, kerana akal tidak boleh menghapuskan hukum-
hukum yang kekal dengan kesepakatan ijma’ ummah. Tetapi
hukum tidak dapat dilaksanakan jika hilang tempatnya.
Umpamanya wuduk, membasuh tangan hingga ke siku itu
sebagai rukun, jika sekiranya tangannya terpotong, maka
tidak dapat dilaksanakan membasuh tangan dan dianggap
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 54
____________________________________________________________________________________________
mustahil. Demikian juga dengan hukum yang berkaitan
dengan hamba sahaya, hukum yang berkaitan dengan
masalah pemerintahan secara khalifah, hukum yang
berkaitan dangan adanya dua jenis mata wang mengikut
istilah syara’ iaitu emas dan perak dan banyak lagi contoh-
contoh lain.
6. Untuk sampai kepada pelaksanaan hukum syara’ dan
hukum yang dikehendaki oleh Allah SWT dan sampai
kepada mencapai ketaatan kepada Allah dan RasulNya
adalah wajib bagi kita melihat kepada kenyataan yang ada.
Terdapat di dalam kitab ‘Sya’abil Iman’ tentang nasihat
keluarga Nabi Daud a.s. yang diriwayatkan Wahab bin
Munabbih berkata:
3x�# �:����& �R�8�MF �R�1 �A�Q���� %��&�9 ���,� .���,�O0 %��& e��]��3 9���,�"���� �eM("���3
“Wajib ke atas orang yang berakal mengetahui keadaan
zaman dia berada, menahan lidahnya dari berkata-kata
perkara yang tidak berfaedah, dan berfikir apabila
melakukan sesuatu pekerjaan.35
Daripada huraian ini, para ulama fekah menjelaskan bahawa hukum-hukum itu berubah dengan perubahan zaman, jika sekiranya ia dibina berdasarkan kepada adat (uruf).36 Mazhab Hanafi mengharuskan dalam masalah 35
Riwayat Al-Baihaqi dalam kitab As-Sya’ab, 4/165. 36
Mengikut seksuen 90, dari majalah Al-Ahkam Al-Adliyah.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 55
____________________________________________________________________________________________
muamalat, akad yang rosak yang berlaku di negara yang bukan Islam, maka hukum berubah mengikut perubahan tempat. Mengikut kaedah fekah: Darurat itu mengharuskan perkara yang dilarang. Ini diambil daripada firman Allah:
Ç yϑsù §�äÜ ôÊ$# u�ö3 xî 8ø$ t/ Ÿω uρ 7Š$ tã Iξsù zΝøOÎ) ϵø‹ n=tã 4 ¨βÎ) ©!$# Ö‘θà. xî íΟŠÏm§‘ .
“Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat)
sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui
batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah
ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah: 173)
Kaedah fekah ini menjadikan sesuatu itu berubah
dengan perubahan keadaan, demikian juga berubahnya
sesuatu hukum dengan perubahan individu. Umpamanya
hukum seseorang individu yang normal yang boleh berfikir
berbeza dengan individu yang tidak boleh berfikir. Keadaan
yang empat ini iaitu masa, tempat, individu dan keadaan,
adalah yang diterangkan oleh Al-Qarafi sebagai keadaan
yang membawa perubahan yang wajib diambilkira ketika
hendak melaksanakan hukum di dalam kenyataan yang
sebenar.
Sebagaimana maklum bahawa zaman kita ini tidak
semestinya hari semalam hidup serupa pada hari ini dan
yang ada pada hari ini hidup serupa pada esok hari. Ini
disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
a. Peralatan komunikasi, pengangkutan, peralatan
modern dan ciptaan terkini telah menjadikan manusia
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 56
____________________________________________________________________________________________
hidup seolah-olahnya seperti dalam satu kampung
sahaja.
b. Bertambahnya bilangan manusia dengan tambahan
yang berterusan tidak akan berkurangan selama-
lamanya semenjak tahun 1830 hingga kini.
c. Jumlah ilmu yang tumbuh untuk mengetahui keadaan
diri manusia itu sendiri atau sebahagian daripada
masyarakat manusia atau berada di tengah-tengah
suasana tersebut sebagaimana yang telah
disebutkan.
d. Ciri-ciri zaman ini dan seumpamanya telah banyak
berubah dari segi pemahaman, seperti pengertian
akad, jaminan, penerimaan, hukuman, manfaat,
siasah syariyah, maka kita mesti memahami semua
ini supaya kita tidak terlepas daripada tujuan syariat
yang mulia.
7. Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah kita melihat
pengalaman negara-negara Islam masa kini dalam
melaksanakan hukum hudud:
a. Kita dapati Negara Saudi telah melaksanakan hukum
hudud melalui hukum syara’ secara langsung tanpa
mempunyai rang undang-undang dalam bentuk
kanun keseksaan undang-undang jenayah.
Pelaksanaan undang-undang di Saudi mengenai
hudud ini berterusan. Tidak terdapat suara atau
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 57
____________________________________________________________________________________________
laungan yang mendorong untuk membatalkan,
memberhentikan dan menggantungkannya. Sekalipun
di sana terdapat suara-suara dari penentang sistem
politik yang menyeru supaya memberhentikan
tindakan yang dilakukan dan menyifatkan peraturan
tersebut tidak adil kerana melanggar hak asasi
manusia.
b. Keadaan Pakistan, Sudan, salah sebuah negeri di
Nigeria dan salah sebuah negeri di Malaysia dan Iran
yang menetapkan pelaksanaan hukum hudud
syariyah. Hukum ini telah dihentikan pelaksanaannya
di Pakistan dan digantung pelaksanaannya selepas
pemerintahan An-Numairi di Sudan, di Iran dan
Malaysia dan dilaksanakan di wilayah Nigeria dalam
bentuk yang tidak sempurna. Kebanyakan negara-
negara tersebut mengamalkan sistem ta’zir sebagai
ganti daripada pelaksanaan hukum hudud, kecuali
jenayah yang menyebabkan hukuman mati.
c. Baki negara Islam yang bilangannya sebanyak 56
buah negara daripada 196 buah negara di seluruh
dunia langsung mendiamkan diri tentang undang-
undang hudud. Oleh itu, pandangan untuk persoalan
ini ialah bahawa zaman ini merupakan zaman
syubhat yang menyeluruh. Nabi SAW bersabda:
�Y�C�+a=���# r�������� ��y)��r
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 58
____________________________________________________________________________________________
Elakkanlah hudud bila berlaku syubhat.37
Sebagaimana yang dikira sah saksi dari segi syara’
dalam mensabitkan jenayah yang dikenakan hukuman
hudud sesungguhnya telah tiada sejak dulu lagi. Dalam
hubungan ini At-Tanukhi dalam kitabnya ‘Misywar al-
Muhadharah’ telah berkata: Pada masa dahulu, seorang
hakim apabila dia masuk ke sesuatu tempat atau kampung
dia akan dapati di sana terdapat 40 orang saksi dari
kalangan mereka yang diakui menjadi saksi, kerana keadilan
dan ketepatan mereka. Namum sekarang pada zamannya
apabila seorang hakim itui masuk ke tempat tidak
didapatinya melainkan hanya seorang atau dua orang saksi
sahaja. Ini bermakna, pada zaman kita ini secara umum
boleh disifatkan juga sebagai ketiadaan saksi yang cukup.
Pemeriksaan untuk sampai kepada hakikat sebenar
yang membawa kepada pelaksanaan hukum hudud
bukanlah dari metodologi hukum syariah. Contohnya, Maiz
datang sendiri menemui Nabi SAW mengakui apa yang
dilakukan, maka Nabi memalingkan muka baginda kerana
mengingkari dakwaannya itu sebanyak empat kali.
Kemudian baginda merujuk kepada keluarganya kerana
berkemungkinan mereka menyaksikan yang Maiz ini kurang
akalnya atau gila, kemudian baginda mencarikan untuk Maiz
jalan keluar dari hukuman ini. Apabila dia kembali menarik
balik pengakuan semasa dijalankan hudud, Rasulullah SAW
37
Riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, 2/850; Ibnu Abi Syaibah dalam Musannifnya, 5/511; dan al-baihaqi dalam al-Kubra, 3/103.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 59
____________________________________________________________________________________________
bersabda kepada Umar r.a (�d�8���K�H!@ ��B) “Hendaklah engkau
lepaskan dia.” Berdasarkan peristiwa ini, maka para ulama
menghukumkan harus menarik balik pengakuan selagi ia
berkaitan dengan hak Allah SWT dan bukan berkaitan
dengan hak manusia. Ini sebagaimana Nabi SAW tidak
menanyakannya tentang pihak kedua yang melakukan
jenayah iaitu pihak wanita, dan tidak dilakukan soal-siasat
terhadapnya untuk melengkap-kan siasatan. Telah
diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Abi Darda’ dan Abi
Hurairah bahawa seorang pencuri telah dibawa datang
kepada mereka lalu mereka bertanya kepadanya: Adakah
engkau mencuri? Katakan: Tidak.38
Dalil-dalil mengenai hudud sebagaimana yang
disebutkan itu pada asasnya menjelaskan bahawa dosa
yang dilakukan itu adalah dosa besar sehingga
menyebabkan perlu dikenakan hukuman hudud. Ia juga
menjadi pengajaran kepada orang lain daripada melakukan
jenayah tersebut sebagaimana firman Allah SWT:
y7 Ï9≡sŒ ß∃ Èhθsƒ ä† ª!$# ϵÎ/ …çνyŠ$ t7Ïã 4 ÏŠ$ t7Ïè≈tƒ Èβθà) ¨?$$ sù ∩⊇∉∪
“Dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-
hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-
hambaKu!" (Az-Zumar: 16)
38
Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Musannifnya, 5/519-520; dan Abdul Razak dalam Musannifnya, 10/224.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 60
____________________________________________________________________________________________
Hukuman hudud dapat disempurnakan dalam
keadaan ini dengan kepekaan masyarakat yang menyeluruh
yang lahir dari ilmu pengetahuan yang tepat tentang
beratnya dosa yang dilakukan itu dan memulaukan mereka
yang menghebahkan atau bermegah dengan pelakuan
tersebut. Sebagaimana syara’ membukakan pintu taubat
dan menyuruh supaya menutupi atau merahsiakan
perbuatan tersebut seperti yang dijelaskan dengan
banyaknya di dalam al-Quran dan hadis. Dengan penjelasan
yang ringkas ini, kami telah dapat menjelaskan asas dan
kaedah syara’ serta kenyataan sebenar mengenai masalah
pelaksanaan syariat dan tempat terletaknya hukum hudud di
dalam syariah Islam. Wallahu a’lam.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 61
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Isu “Pembunuhan orang yang
murtad” telah digambarkan oleh
pemikiran Barat sebagai
masalah yang besar. Mereka
mendakwa bahawa Islam
memaksa manusia sehingga
mereka menganut agama
Islam, dan mereka lupa tentang undang-undang Islam dalam
persoalan kebebasan berakidah yang digambarkan oleh
Allah dalam firmanNya:
Iω oν# t� ø.Î) ’Îû ÈÏe$!$# ( ‰s% t t6 ¨? ߉ô©”�9 $# z ÏΒ Äc xöø9 $#
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana
sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan
(kufur).” (Al-Baqarah: 256)
Kita boleh lihat persoalan ‘Pembunuhan Orang Yang
Murtad’ ini dari dua sudut:
Soalan 17
Setengah orang
mendakwa Islam
telah menghapus-
kan kebebasan
berakidah kerana
ia mengharuskan
membunuh orang
yang murtad,
apakah hakikat
sebenarnya?
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 62
____________________________________________________________________________________________
Pertama: Dalil-dalil syara’ yang jenis teori yang
mengharuskan darah muslim yang meninggalkan agamanya
dan meninggalkan jemaah Islam.39
Kedua: Pelaksanaan syariat dan kaedah berurusan
dengan persoalan murtad pada zaman Nabi SAW dan juga
pada zaman khalifah ar-rasyidin.
Adapun pada zaman Nabi SAW, Nabi tidak pernah
membunuh Abdullah bin Ubai dan baginda bersabda yang
bermaksud: “Semoga apabila kita kembali ke Madinah orang
yang mulia dari kalangan mereka akan mengeluarkan orang
yang hina”.40 Baginda juga tidak membunuh Dzal
Khuwaishirah al-Tamimi dan baginda mengatakan
kepadanya yang bermaksud: “Berlakulah adil sesungguhnya
engkau tidak berlaku adil”.41 Baginda tidak membunuh
mereka yang mengatakan kepadanya: Mereka mengatakan
bahawa engkau menegah daripada melakukan kesesatan
sedangkan engkau melakukannya.42 Baginda tidak
membunuh mereka yang mengatakan kepadanya:
Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah aku
mengharapkan keredhaan Allah.43 Baginda juga tidak
membunuh mereka yang mengatakan kepadanya ketika
baginda memberikan pelung kepada Zubair terlebih dahulu
untuk menyirami pokok kurmanya ini, kerana beliau adalah
39
Riwayat Muslim dalam Sohihnya, 3/1302. 40
Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 6/2636; dan Muslim dalam Sohihnya, 2/1006. 41
Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 3/1296; dan Muslim dalam Sohihnya, 4/2140. 42
Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, 5/2. 43
Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 3/1249; dan Muslim dalam Sohihnya, 2/739.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 63
____________________________________________________________________________________________
anak emak saudaramu.44 Dan lain-lain lagi perkataan
mereka yang menyebabkan Nabi merasa teraniaya dan
begitu rendah sekali kedudukannya, iaitu lafaz ini boleh
dianggap murtad bagi mereka yang mengatakannya.
Mereka menuduh Nabi SAW dengan ungkapan tersebut
seolah-olah baginda berbohong dengan amanah dan
keadilan yang dilakukannya.
Meninggalkan membunuh mereka yang telah
disebutkan itu dan lain-lain lagi daripada mereka adalah
kerana kepentingan yang begitu besar semasa hidup
baginda dan berterusan sehingga selepas wafat baginda,
menyebabkan orang menyukai Islam dan mereka tidak lari
daripada Islam. Jika sekiranya disampaikan bahawa baginda
akan membunuh para sahabatnya yang berkata begitu,
nescaya mereka semua akan lari dari Islam. Dalam
hubungan ini baginda telah memberitahu kepada Saiyidina
Umar apabila beliau menyuruh baginda supaya membunuh
Abdullah bin Ubai yang bermaksud: Jangan! Nanti
disampaikan kepada orang ramai bahawa Muhammad SAW
membunuh para sahabatnya.45 Baginda juga tidak
menggunakan apa yang diharuskan oleh Allah SWT
kepadanya untuk membalas dendam dan membalas
kesalahan orang-orang munafik sebagaimana firman Allah:
44
Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, 3/184; Als-Syasyi dalam Musnadnya, 1/117; diriwayatkan oleh pengarang kitab al-Musnad yang dinukil daripada kitab Sohih Muslim, 1/78.
45 Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 6/2636; dan Muslim dalam Sohihnya, 2/1006.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 64
____________________________________________________________________________________________
È⌡©9 óΟ©9 ϵtG⊥ tƒ tβθ à)Ï.≈oΨßϑø9 $# tÏ% ©!$#uρ ’ Îû ΝÎγ Î/θè= è% ÖÚt� ¨Β šχθà.Å_ ö� ßϑø9 $#uρ
’ Îû ÏπuΖƒ ωyϑ ø9 $# š�Ζtƒ Î� øóãΖs9 öΝÎγ Î/ ¢Ο èO Ÿω š�tΡρ â‘ Îρ$ pg ä† !$ pκ&Ïù �ωÎ) Wξ‹ Î=s% ∩∉⊃∪
šÏΡθ ãèù=Β ( $ yϑ uΖ÷ƒ r& (#þθà. É)èO (#ρä‹Ï{ é& (#θè=ÏnF è%uρ Wξ‹ ÏF ø)s? ∩∉⊇∪
“Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-
orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya,
serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di
Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-
masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi
mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran
denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja, serta
mereka tetap ditimpa laknat. di mana sahaja mereka
ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.” (Al-
Ahzab: 60-61)
Demikian juga yang diriwayatkan oleh Jabir bin
Abdullah bahawa seorang Arab Badwi telah membuat
perjanjian taat setia dengan Rasulullah SAW, lalu Arab
Badwi tersebut ditimpa sakit di Madinah. Dia pun menemui
Nabi SAW dan berkata: Wahai Muhammad tarik balik
sumpah taat setia aku itu, Rasulullah enggan melakukannya,
kemudian dia datang lagi kepada baginda dan berkata: Tarik
balik sumpat taat setia aku itu, Rasulullah enggan
melakukannya, kemudian datang lagi kepada baginda dan
berkata: Tarik balik sumpat taat setia aku itu, Rasulullah
enggan melakukannya, lalu orang Arab itu beredar,
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 65
____________________________________________________________________________________________
kemudian Rasulullah bersabda: Madinah ini seperti alat
peniup api, membersihkan yang kotor dan menggilap yang
suci bersih.46 Baginda tidak membunuhnya. Mengapa pula
baginda tidak membunuh mereka yang disebut di dalam
firman Allah:
šχθà.Î=øt s† «! $$ Î/ $ tΒ (#θ ä9$ s% ô‰s) s9 uρ (#θä9$s% sπyϑ Î=x. Ì� ø.ä3ø9 $# (#ρã�x. Ÿ2uρ y‰÷è t/
ö/ ÏSÏϑ≈n=ó™ Î) .
“Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka
tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu),
padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan
kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan
Islam.” (At-Taubah; 74)
Adapun pada zaman pemerintahan khalifah khasnya
pada zaman saidina Umar al-Khattab r.a. telah diriwayatkan
bahawa Anas telah kembali daripada Tustar lalu beliau
mengadap saidina Umar r.a. dan beliau bertanya
kepadanya, apakah yang dilakukan kumpulan enam orang
dari kabilah Bakar bin Wail yang telah murtad daripada
Islam, dan mereka semua bergabung dengan orang-orang
kafir? Kata Anas: Wahai amirul mu’minin, mereka ialah satu
kaum yang telah keluar daripada agama Islam dan telah
bergabung dengan orang musyrikin, lalu mereka telah
dibunuh di dalam peperangan, kemudian saidina Umar r.a.
berkata: ( �R�8���5� �������V ��,�V� ������ ��,�V ) “Sesungguhnya kami
46
Riwayat Al-Bukhari dalam Sohihnya, 6/2540.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 66
____________________________________________________________________________________________
daripada Allah dan kepadaNya juga kami dikembalikan”.
Anas bertanya: Adakah tiada jalan penyelesaian lagi mereka
itu dibunuh? Kata Umar: Ya, aku telah mengajak mereka
kembali kepada Islam, jika sekiranya mereka enggan aku
akan masukkan mereka ke dalam penjara.47 Saidina Umar
r.a. tidak nampak keperluannya untuk membunuh mereka,
sekalipun mereka telah murtad dan memerangi orang-orang
Islam.
Semua kejadian yang berlaku semasa turunnya
syariat Islam ini telah menjadikan ulama fiqah Islam
memahami bahawa persoalan ‘membunuh orang yang
murtad’ itu bukanlah persoalan yang berkaitan dengan
kebebasan akidah dan berfikir, ia juga bukan berkaitan
dengan masalah mengenakan hukuman. Begitulah juga,
dalil-dalil yang begitu menitikberatkan persoalan sedemikian
tidak mengambil berat masalah keluar daripada Islam lebih
dari masalah keluar dari islam untuk memerangi Islam yang
dianggap sebagai suatu jenayah yang menentang sistem
yang asas dalam sesebuah negara Islam. Ianya seperti
keluar untuk melawan hukum-hukum agama yang dianuti
oleh ummah. Ketika itu ia dianggap sama dengan jenayah
pengkhianatan yang besar yang diharamkan oleh semua
syariat, peraturan dan undang-undang.
Syeikh Syaltut bekas Syeikhul Azhar berpendapat
bahawa membunuh orang yang murtad itu bukanlah sebagai
satu hukuman hudud, katanya: Telah berbeza pandangan
47
Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 8/207.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 67
____________________________________________________________________________________________
ulama dalam masalah ini, kerana jika sekiranya diteliti, ramai
dari kalangan ulama berpendapat bahawa hudud tidak sabit
dengan menggunakan hadis ahad, dan kekufuran itu sendiri
bukanlah boleh mengharuskan darah. Yang mengharuskan
darah ialah apabila mereka memerangi orang Islam dan
memusuhinya dan cuba membuat fitnah mengenai agama
Islam. Ayat-ayat yang zahir di dalam al-Quran banyak
menjelaskan tentang tiada paksaan di dalam beragama.48
Membunuh orang yang murtad bukanlah kerana
kemurtadannya sahaja, malahan ianya disebabkan perkara
tambahan yang boleh memporak-perandakan perpaduan
umat Islam, di mana mereka menggunakan murtad itu untuk
mengeluarkan orang Islam daripada agama mereka. Ini
merupakan cara memerangi agama. Firman Allah:
Ms9$s%uρ ×πx.Í←!$ ©Û ôÏiΒ È≅ ÷δr& É=≈tGÅ3ø9 $# (#θ ãΖÏΒ# u ü“ Ï%©!$$ Î/ tΑÌ“Ρé& ’n? tã š Ï%©!$#
(#θ ãΖtΒ#u tµô_ uρ Í‘$ yγΨ9$# (#ÿρ ã�à.ø. $#uρ …çνt� Åz#u öΝßγ= yès9 tβθãè Å_ö�tƒ ∩∠⊄∪
“Dan berkatalah segolongan dari ahli Kitab (sesama sendiri):
"Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada
orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan
kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka
(merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula". (Ali
Imran: 72)
48
Al-Islam Akidah wa Syariyyah, Syeikh Syaltut, hal. 103.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 68
____________________________________________________________________________________________
Kenyataan ini disokong oleh apa yang dijelaskan oleh
Ibnu Taimiyyah: Bahawa nabi SAW telah menerima taubat
sekumpulan orang murtad dan baginda memerintahkan
membunuh kumpulan lain yang menggabungkan murtad itu
dengan perkara lain iaitu menyakiti dan membahayakan
agama Islam dan orang Islam. Contohnya baginda telah
memerintah supaya membunuh ‘Maqis bin Hababah pada
hari pembukaan Makkah, apabila dia murtad dan membunuh
serta merampas harta orang lslam dan dia tidak bertaubat
sebelum dia mampu melakukannya.
Nabi SAW juga telah memerintahkan membunuh ‘Al-
Quraniyyin’ apabila mereka murtad dan mempunyai agenda-
agenda tersebut. Demikian juga baginda memerintahkan
supaya membunuh Ibnu Khathal apabila disamping dia
menjadi murtad dia mencerca dan membunuh orang Islam,
dan memerintahkan supaya membunuh Ibnu Abi Sarh
apabila selain daripada murtad dia juga membuat tindakan
mencerca dan mereka-reka sesuatu yang buruk tentang
Islam.49
Daripada keterangan yang telah lalu, jelaslah bagi kita isi
mengenakan hukuman bunuh kepada orang yang murtad,
sebenarnya tidak dilaksanakan pada realitinya di dalam amalan
kehidupan. Kewujudan hukuman ini di dalam sumber-sumber
rujukan syariah bukanlah sebagai hukuman terhadap kebebasan
berfikir dan akidah, tetapi ianya adalah lebih disifatkan kepada
undang-undang pentadbiran. Wallau a’lam.
49
As-Shorim al-maslul, Ibnu taimiyyah, hal. 368.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 69
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Sesungguhnya penyebaran
khabar tidak baik dan fitnah
atau apa yang dipanggil
oleh masyarakat antara-
bangsa sekarang ini
sebagai keganasan,
bukanlah lahir daripada
ajaran semua agama. Ia lahir daripada akal atau pemikiran
yang rosak, hati yang keras membatu dan jiwa yang takbur.
Hati yang mengenal Tuhannya tidak akan mengenal erti
kerosakan, tidak tahu erti kehancuran dan tidak mengerti erti
membanggakan diri atau takbur.
Islam adalah agama yang bertolak ansur dan saling
hidup aman sesama insan sama ada secara individu atau
berjemaah. Agama Islam melihat manusia sebagai makhluk
yang paling mulia tanpa melihat kepada agamanya, warna
kulitnya atau bangsanya. Firman Allah:
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 70
____________________________________________________________________________________________
* ô‰s)s9 uρ $oΨøΒ§� x. ûÍ_t/ tΠ yŠ#u öΝßγ≈ oΨù=uΗxquρ ’Îû Îh�y9 ø9 $# Ì�ós t7ø9 $#uρ Ν ßγ≈oΨø%y—u‘ uρ š∅ÏiΒ
ÏM≈t7ÍhŠ©Ü9 $# óΟßγ≈uΖù=�Òsùuρ 4’ n?tã 9�3 ÏVŸ2 ô£ϑ ÏiΒ $ oΨø) n=yz WξŠÅÒø. s? ∩∠⊃∪
“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak
Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-
bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang
baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-
lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami
ciptakan.” (Al-Isra’: 70)
Islam meletakkan peraturan dari segi hubungan
antara orang Islam dengan bukan Islam dalam satu
masyarakat. Firman Allah:
�ω â/ä38yγ÷Ψtƒ ª! $# Ç tã tÏ% ©!$# öΝ s9 öΝä.θ è=ÏG≈s)ム’ Îû ÈÏd‰9 $# óΟ s9 uρ /ä.θ ã_Ì� øƒä† ÏiΒ
öΝ ä.Ì�≈tƒ ÏŠ βr& óΟ èδρ•�y9 s? (#þθäÜ Å¡ ø) è?uρ öΝÍκö& s9 Î) 4 ¨βÎ) ©! $# '=Ït ä† t ÏÜ Å¡ø)ßϑø9 $# ∩∇∪
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi
kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu
dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Mumtahanah:
8)
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 71
____________________________________________________________________________________________
Dalam ayat ini Allah memerintahkan kita supaya
berbuat ihsan kepada orang bukan Islam dan tidak menyakiti
mereka melalui firmanNya ( óΟ èδρ•�y9 s? βr&) yang membawa erti
berhimpun segala kebaikan. Seolah-olahnya Allah SWT
menyuruh kita dan mensunatkan kita bekerjasama dengan
orang bukan islam dalam apa juga perkara yang membawa
kebaikan.
Telah jelas bahawa sesiapa yang mengenali tentang
Islam akan tahu betapa Islam itu begitu mengambil berat
mengenai keamanan sejagat yang menjadi landasannya
yang utama. Malahan perkataan salam itu sendiri adalah
salah satu daripada nama Allah dan salah satu daripada
sifatNya. Firman Allah:
uθ èδ ª!$# ”Ï% ©!$# Iω tµ≈ s9 Î) �ω Î) uθ èδ à7Î=yϑ ø9$# â¨ρ‘‰à) ø9 $# ãΝ≈n=¡¡9 $# ßÏΒ÷σßϑ ø9 $#
Ú∅Ïϑø‹ yγ ßϑø9 $# Ⓝ Í“ yè ø9 $# â‘$¬6 yf ø9 $# ç�Éi9 x6 tGßϑø9 $# 4 z≈ys ö6 ß™ «! $# $ £ϑtã
šχθà2 Î�ô³ ç„ ∩⊄⊂∪
“Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan dia; yang
Menguasai (sekalian alam); yang Maha Suci; yang Maha
Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); yang Maha
melimpahkan Keamanan; yang Maha pengawal serta
Pengawas; yang Maha Kuasa; yang Maha kuat
(menundukkan segala-galanya); yang Melengkapi Segala
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 72
____________________________________________________________________________________________
KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala yang mereka
sekutukan dengannya.” (Al-Hasyr: 23)
Dan menjadikan penghormatannya itu kepada
hambaNya, dan memerintahkan mereka menjadikan salam
itu sebagai ucapan tahiyat yang diucapkan di antara mereka,
dan ia menjadi lambang dalam semua lapangan kehidupan
sama ada di masjid, di sekolah, di kilang perindustrian, di
pusat membeli belah .... Syurga dinamakan Darussalam.
Firman Allah:
öΝçλ m; â‘#yŠ ÉΟ≈n= ¡¡9 $# y‰ΖÏã öΝ ÍκÍh5u‘ ( uθ èδuρ Ο ßγ•‹Ï9 uρ $ yϑ Î/ (#θçΡ%x. tβθè= yϑ÷ètƒ ∩⊇⊄∠∪
“Bagi merekalah syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang
aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong
mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka
telah kerjakan. (Al-An’am: 127)
Ayat-ayat al-Quran yang menyebutkan tentang salam
itu adalah banyak.
Dari sini jelas bahawa kesejahteraan itu merupakan
syiar umat Islam di timur dan di barat semenjak lahirnya
Islam hinggalah masa kini. Ia merupakan lambang yang
diucapkan oleh seorang muslim kepada saudaranya yang
lain ketika bertemu dan juga semasa berpisah daripadanya
dengan ucapan (��M����& y�4���"��z ).
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 73
____________________________________________________________________________________________
Keselamatan dan keamanan bukan hanya tertentu ke
atas orang Islam sahaja, malahan orang Islam sentiasa
berkeyakinan bahawa manusia biar apa juga pegangan
hidupnya, mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan
aman dan sejahtera di dalam Negara Islam. Tugas menjaga
keselamatan orang lain daripada kezaliman merupakan
perkara yang diwajibkan oleh Islam dan ditekankan
kewajipan ini. Islam memberikan peringatan kepada
umatnya supaya tidak menggunakan tangan atau
percakapan mereka daripada menyakiti atau memusuhi
orang bukan Islam iaitu kafir zimmi. Allah SWT tidak
sukakan kepada orang yang zalim dan tidak memberi
hidayah kepada mereka malahan disegerakan azab mereka
di dunia atau ditangguhkan azab siksa kepada mereka di
akhirat dengan berlipat kali ganda.
Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis
yang menjelaskan tentang pengharaman dan keburukan
kezaliman dan menjelaskan kesannya yang dahsyat di dunia
dan akhirat kelak.
Terdapat hadis-hadis khusus mengancam mereka
yang menzalimi orang yang bukan Islam dari kalangan
orang kafir Ahli (yang membuat perjanjian damai) dan kafir
zimmi. Rasulullah SAW bersabda:
�{] ����]K�, ���1 :��B���3 ����| � 3 �fJ�1 ���1 9���K�Q��} ~�8�D ���i���H ���1 9.�\3���]�� 4�8F ���?���? �,�O�D 9���;�3 ��i, �s���}�!��q�# �em��0 ���;�3
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 74
____________________________________________________________________________________________
Sesiapa yang menzalimi orang kafir muahad atau
yang mengurangi haknya atau membebankan mereka
dengan sesuatu yang dia tidak mampu atau mengambil
darinya sesuatu dengan cara yang tidak menyenangkan
hatinya, maka aku akan menjadi lawannya pada hari kiamat
kelak.50
Islam menggesa kepada keselamatan dan
keamanan, kerana kedua-duanya begitu penting terhadap
kesetabilan hidup dan kemajuan insan dalam semua
lapangan hidup. Untuk kita mengetahui sejauh mana kesan
keselamatan dan keamanan ke atas kemajuan sesuatu
bangsa, maka kita perlu melihat kesan-kesan kehancuran
berpunca daripada peperangan yang berlaku ke atas
sesuatu bangsa, kemajuan dan kejayaannya sebagaimana
dikatakan oleh syair Arab: Sesuatu itu tidak dapat dizahirkan
keelokannya melalui perkara yang berlawanan dengannya.
Sekiranya kita dapati bahawa sumber kejayaan dan
kemajuan sesuatu ummah itu apabila anggota
masyarakatnya sihat dari segi kesihatan dan tubuh badan
untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka,
sedangkan kita akan dapati bahawa peperangan dan
tekanan ekonomi itu memberi kesan yang teruk yang boleh
merosakkan kesihatan ummah dan kesejahteraannya.
Bertolak ansur dengan mereka yang berbeza
pegangan agama daripada suatu bangsa yang seluruh
50
Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, 3/170; Al-baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 5/205; dan Al-Hafiz al-Mundziri dalam Targhib dan Tarhib, 4/7.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 75
____________________________________________________________________________________________
kehidupannya ditegakkan atas dasar agama dan mereka
telah diberikan kemenangan, perkara yang tidak pernah
berlaku dalam sejarah mana-mana agama. Inilah yang
disaksikan oleh orang Barat sendiri. Gustave Le Bon
seorang saintis Perancis mengatakan: Kita telah melihat dari
ayat-ayat al-Quran yang disebutkan di atas bahawa sikap
toleransi yang ditunjukkan oleh Muhammad kepada orang-
orang Yahudi dan Nasrani memberi kesan yang begitu besar
sekali pada akhirnya. Ia tidak pernah dilakukan oleh mana-
mana pengasas agama yang lahir sebelumnya seperti
agama Yahudi dan Nasrani dalam bentuk yang khusus, dan
kita dapat lihat bagaimana khalifah-khalifahnya menurut
jejak langkah dari sunnahnya (Nabi Muhammad SAW).
Sikap toleransi ini telah diakui oleh setengah ilmuan
Eropah yang masih meragui hakikat ini atau yang sedikit
mempercayainya apabila mereka mengkaji secara
mendalam mengenai sejarah Arab. Sebagai contoh,
Robertson dalam bukunya ‘Sejarah Syarlaken’ berkata:
Sesungguhnya orang-orang Islam sahaja yang mempunyai
perasaan cemburu kepada agama mereka dan mempunyai
semangat toleransi terhadap penganut agama lain. Mereka
dalam masa menghunuskan pedang untuk menyebarkan
ajaran Islam, mereka membiarkan orang yang tidak minat
kepada agama Islam bebas mengikut pegangan agama
mereka.51
51
Hadharah al-Arab, Gostev Lu Bon, hal. 128
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 76
____________________________________________________________________________________________
Tidak adil dan tidak tepat mempercayai bahawa
keganasan itu adalah daripada ajaran Islam hanya semata-
mata ianya dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa dirinya
sebagai orang Islam, kalaulah ini betul sudah tentulah ianya
adalah dakwaan untuk menghancurkan semua agama.
Sebagai contoh, kita mengetahui tentang ajaran
Kristian yang menyeru kepada kasih sayang, dan agama ini
dizalimi dan disiksa ketika mereka semua berada di dalam
keadaan lemah. Adakah kita mengambil kira apa yang
dilakukan oleh gereja di Sepanyol yang menekan dan
menyiksa orang-orang Islam dan orang Yahudi itu atas
nama ajaran Kristian? Gereja tersebut melepaskan
geramnya ke atas orang Yahudi dan orang Islam
disebabkan berkembangnya falsafah Ibnu Rusd dan
pemikirannya, khasnya di kalangan orang Yahudi yang
dihukum dengan dihalau setiap orang yang tidak mahu
menerima upacara pembaptisan (Kristian). Mereka
dibenarkan menjual harta bendanya yang alih dan tak alih
mengikut kehendak mereka dengan syarat mereka tidak
boleh mengambil emas dan perak, tetapi mereka hanya
dibenarkan mengambil nilai harganya dengan barangan dan
dokumen. Demikianlah, orang Yahudi keluar daripada
Sepanyol meninggalkan harta benda untuk menyelamatkan
diri mereka. Kemungkinan mereka mengalami kelaparan,
kesusahan dan kerumitan dalam pelayaran serta tidak
mempunyai sebarang harta dan papa kedana.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 77
____________________________________________________________________________________________
Gereja tersebut juga telah menghukum orang-orang
Islam pada tahun 1052 dengan menghalau mereka daripada
Seville dan sekitarnya jika mereka tidak mahu dibabtiskan
mengikut cara Kristian dengan syarat mereka tidak
dibenarkan pergi ke negara Islam dan sesiapa yang
mengingkari yang demikian akan dibunuh.52
Demikian juga, kita tidak suka untuk mengambil kira
tentang pelanggaran tentera Salib terhadap ajaran agama
Kristian. Oleh itu kami ingin membezakan antara ajaran
agama Kristian dengan tindakan sesetengah penganut
agama Kristian yang suka meyebarkan berita palsu juga
merupakan pengganas. Kurun kedua puluh yang telah
banyak berlakunya revolusi kerajaan seperti revolusi
komunis dan Nazi telah dilemahkan oleh kekejaman
peperangan Salib yang dilakukan untuk menentang orang-
orang Kristian sendiri, contohnya, mereka telah membajak
tanah dengan jasad mangsa-mangsa orang yang berpaling
dari agama Kristian sebagai cara untuk membaja anah.
Seorang ahli sejarah, Vedham telah menyebutkan
bahawa peperangan Salib ini penuh dengan kekejaman
yang dahsyat kerana pemimpin gereja (paderi) bersedia
menyiram minyak ke atas api dan menyemarakkan tindakan
kejam para tentera apabila mereka didapati ragu-ragu atau
lemah semangat. Kadang kala para tentera menjadi begitu
ganas dan kejam tetapi ada ketikanya mereka bersimpati
dan mempunyai perasaan belas kasihan . Sedangkan para
52
Al-Islam wa Annasroniyah Ma’al Ilmi wal Madaniyah, hal. 36-37 cetakan ke-8.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 78
____________________________________________________________________________________________
padri menganggap bahawa membuat tindakan yang
sederhana dan bersimpati itu sebagai melakukan
pengkhianatan.53
Syeikh Muhammed Abduh memperkatan tentang
mahkamah penyiasatan Kristian Katolik. Tekanan yang telah
dikenakan oleh mahkamah ini adalah begitu berat sekali
sehingga orang pada masa itu mengatakan, dianggap
macam mustahil seorang Kristian itu mati ditempat tidurnya.
Katanya lagi, mahkamah ini sejak dibangunkan pada tahun
1481 Masihi hingga tahun 1808 Masihi telah menghukum
seramai 340,000 orang di mana seramai 200,000
daripadanya dibakar hidup-hidup.54
Peristiwa yang tidak jauh daripada kita ialah berapa
banyak kampung yang telah dibinasakan keseluruhannya di
Afghanistan kerana menghukumkan seorang individu,
demikian juga pencerobohan dan pengeboman yang berlaku
di Baghdad hanya untuk menghukum seorang yang didakwa
bersalah memiliki senjata pemusnah yang lengkap
sedangkan ia tidak pernah wujud, malahan ia merupakan
suatu pembohongan yang mempunyai tujuan tertentu.
Pengganas yang terang-terang dilakukan oleh
gerakan Zionis tidak boleh dianggap sebagai ajaran agama
Yahudi, kerana semua agama datang untuk memberikan
kasih sayang kepada manusia, menyebarkan keadilan dan
bertoleransi sesama mereka.
53
Al-Ideologiyah al-Inqilabiyah, hal. 716. 54
Ibid.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 79
____________________________________________________________________________________________
Ini bukanlah bermakna kita tidak boleh menafikan apa
yang berlaku dalam bentuk keganasan dan penyebaran
berita palsu di negara kita yang aman damai ini, yang
berpunca dari kerosakan akal fikiran, busuk hati dan
membesarkan diri. Firman Allah:
#Y‘$ t6õ3ÏF ó™ $# ’ Îû ÇÚö‘ F{$# t� õ3tΒuρ ì ÄhM¡¡9 $# 4 Ÿωuρ ß,‹Ït s† ã� õ3yϑø9 $# à⋅ÄhM¡¡9 $# �ω Î)
Ï& Î#÷δr'Î/ 4
“Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan
berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat
(terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak
menimpa melainkan orang yang menjalankannya.” (Fathir:
43)
Malahan mereka itu hampir serupa dengan apa yang
difirmankan oleh Allah:
z ÏΒuρ Ĩ$ ¨Ψ9$# tΒ y7ç6 Éf ÷èム…ã& è!öθ s% ’Îû Íο 4θ uŠys ø9 $# $ u‹ ÷Ρ‘‰9 $# ߉Îγô± ムuρ ©! $# 4’n? tã $ tΒ
’ Îû ϵÎ6 ù=s% uθ èδuρ ‘$ s! r& ÏΘ$|ÁÏ‚ ø9 $# ∩⊄⊃⊆∪ #sŒ Î)uρ 4’< uθ s? 4tëy™ ’ Îû ÇÚ ö‘F{$# y‰Å¡ ø.ã‹ Ï9
$ yγŠÏù y7Î=ôγ ムuρ y ö� ysø9 $# Ÿ≅ó¡ ¨Ψ9$#uρ 3 ª! $#uρ Ÿω '=Ït ä† yŠ$ |¡x. ø9 $# ∩⊄⊃∈∪ #sŒ Î)uρ Ÿ≅ŠÏ%
ã& s! È, ¨?$# ©! $# çµø?x‹ s{ r& äο ¨“ Ïè ø9 $# ÉΟ øOM}$$ Î/ 4 …çµç7ó¡ yssù æΛ©yγy_ 4 }§ø⁄Î6 s9 uρ ߊ$yγÏϑø9 $# .
“Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya
mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau
tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 80
____________________________________________________________________________________________
mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada
dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras
permusuhannya (kepadamu).
Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat
hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana
padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan
keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak
suka kepada bencana kerosakan.
Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah
engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan
(meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu
padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan
demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-
buruk tempat tinggal.” (Al-Baqarah: 204-206)
Marilah kita mohon kepada Allah SWT semoga
memberikan kita ilham untuk kebaikan dan menyelamatkan
anak cucu kita, negara dan umat Islam keseluruhannya.
Wallahu a’lam.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 81
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Firman Allah kepada
Nabi Muhammad SAW:
!$ tΒuρ š�≈oΨù=y™ ö‘ r& �ω Î) ZπtΗôq y‘
šÏϑ n=≈yèù=Ïj9 ∩⊇⊃∠∪
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian
alam.” (Al-Anbiya’: 107)
Ayat al-Quran yang tersebut di atas menerangkan
kepada kita dengan skopnya yang luas merangkumi semua
tempat, bukan hanya tempat-tempat tertentu sahaja; semua
zaman yang pelbagai dan semua generasi dengan tidak
tertentu pada satu zaman; dan semua keadaan sama ada
semasa aman atau semasa berlaku peperangan bukan
dalam keadaan tertentu sahaja; dan manusia
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 82
____________________________________________________________________________________________
keseluruhannya sama ada yang beriman atau yang kafir,
orang Arab atau orang bukan Arab dan bukan golongan
tertentu sahaja. Ini adalah untuk menjadikan manusia
merasa terpanggil apabila meneliti keagungan apa yang
disifatkan oleh Al-Quran mengenai hakikat kenabian Nabi
Muhammad, nabi yang terakhir sebagai rahmat yang umum
dan menyeluruh yang jelas gambarannya di dalam semua
sikap Nabi SAW dalam menghadapi alam dan manusia di
sekitarnya.
Jihad dalam Islam merupakan peperangan yang
paling suci, bersih dan agung, perkara ini begitu jelas sekali
dari segi teori dan praktikalnya di dalam agama Islam dan di
sisi umatnya. Walaupun hakikat ini begitu jelas tetapi
disebabkan oleh taksub dan pura-pura jahil mengenai
hakikat agama Islam yang suci dan sentiasa menjadikannya
sebagai ancaman dan bahan untuk diperangi, justeru
berlakulah kekeliruan yang nyata mengenai erti jihad
mengikut perspektif Islam, sehingga tersebarlah tanggapan
bahawa Islam itu disebarkan dengan mata pedang dan ia
mengajak kepada kekerasan dan peperangan. Oleh itu
cukuplah untuk menolak pembohongan tersebut ialah apa
yang diperintahkan oleh Allah supaya kita melakukan
keadilan dan simpati tanpa mencampur adukkan antara teori
dan kajian mengenai hakikat sebenarnya dan tidak mereka-
reka ke atas yang lain. Firman Allah:
Ÿ≅÷δr' ¯≈tƒ É=≈tGÅ3ø9 $# zΝÏ9 šχθÝ¡ Î6 ù=s? ¨, ysø9 $# È≅ ÏÜ≈t6 ø9 $$Î/ tβθ ßϑçGõ3s?uρ ¨,ys ø9 $#
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 83
____________________________________________________________________________________________
óΟçFΡr& uρ tβθßϑ n=÷è s? ∩∠⊇∪
“Wahai ahli Kitab! mengapa kamu campur adukkan yang
benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan
kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (Ali Imran: 71)
Thomas Carlyle seorang penulis Barat dapat
memahami kebatilan dakwaan ini ketika dia menjelaskan di
dalam bukunya ‘Al-Abthol wa Ibadatil Buthulah’ dengan
katanya: Menuduh Nabi Muhammad menggunakan mata
pedang untuk mengajak manusia menerima dakwahnya
sebagai pendapat karut yang tidak dapat difahami. Ini
kerana bukanlah boleh difahami seseorang itu
mengisytiharkan sesuatu dengan menghunus senjata untuk
membunuh manusia atau mereka menyahut seruannya.
Orang yang mempunyai kemampuan untuk memerangi Nabi
SAW telah beriman dengannya, sedangkan mereka beriman
dalam keadaan taat dan mempercayai seruanya, dan Nabi
SAW telah diperangi oleh orang lain sebelum baginda
mampu memerangi mereka.55
Gustave Le Bon, seorang ahli sejarawan Perancis
dalam bukunya “Khadharah al-Arab” mengatakan mengenai
rahsia berkembangnya agama Islam pada zaman Nabi SAW
dan di zaman pembukaan negara Islam selepasnya: Sejarah
telah membuktikan bahawa semua agama tidak boleh
ditegakkan dengan kekuatan (peperangan) ... Al-Quran tidak
55
Haqaiq al-Islam wa Abathil Khusumihi, Al-‘Aqqad, hal. 166, cetakan al-Misriyah al-Ammah lil Kitab.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 84
____________________________________________________________________________________________
disebarkan dengan pedang, ia dikembangkan hanya dengan
dakwah. Melalui dakwah agama ini dianuti oleh bangsa-
bangsa yang telah memerangi negara Arab seperti Turki dan
Monggol. Al-Quran telah tersebar hingga ke India yang tidak
ada orang Arab di sana, yang ada hanyalah pengembara-
pengembara Arab. Bilangan umat Islam di sana kini lebih
daripada lima puluh juta orang. Demikian juga al-Quran telah
berkembang di China yang orang Arab tidak pernah
membuka tanah sedikit pun di sana.56
Baginda Rasulullah SAW telah menetap di Mekah
selama tiga belas tahun dan telah menyeru manusia kepada
Allah dengan cara yang bijaksana dan nasihat pengajaran
yang baik. Hasil daripada dakwah tersebut telah ramai yang
memeluk Islam dari kalangan orang kenamaan dan lain-lain
lagi. Kebanyakan yang masuk Islam itu adalah dari kalangan
orang yang fakir miskin, sedangkan Rasulullah SAW tidak
mempunyai harta kekayaan yang boleh menarik dan
memikat mereka yang memeluk Islam. Yang ada baginya
hanyalah dakwah sahaja. Masalah yang dihadapi oleh
mereka bukan setakat itu sahaja, malahan orang-orang
Islam terutamanya golongan fakir miskin dan hamba sahya
dan mereka yang tidak ada kedudukan daripada mereka
telah menghadapi berbagai azab dan siksaan yang sukar
untuk ditanggung hanya untuk mempertahankan agama
yang dianuti, siksaan ini tidak membuatkan mereka
berpaling dan tidak pernah menjejaskan akidah mereka,
56
Gostev Le Bon dalam Hadharah al-Arabm hal. 128-129, cetakan al-Hai’ah al-Misriyah al-‘Ammah lil Kitab.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 85
____________________________________________________________________________________________
malahan ia menjadikan mereka semakin kuat
mempertahankan kebenaran, mereka bertahan bagaikan
perwira biar pun bilangan mereka sedikit dan kekurangan
yang dihadapi. Kita tidak pernah mendengar orang yang
murtad kerana tidak puas hati dengan agamanya atau
ditawarkan dengan pelbagai perkara yang menarik oleh
golongan musyrikin supaya meninggalkan agama tersebut,
namun mereka semakin kukuh bagaikan emas yang tulen
yang apabila dibakar akan menjadi bersih lagi suci dan
bagaikan besi apabila dibakar semakin kuat dan keras.
Malahan setengah daripada mereka menganggap azab
siksa dan kepahitan yang dihadapi itu bagaikan kemanisan.
Berdasarkan kepada hakikat yang nyata ini, adakah
layak dikatakan bahawa nabi Muhammad SAW memaksa
manusia supaya memeluk agama Islam dengan cara
kekerasan, kekuatan, paksaan dan peperangan?
Dengan meneliti ayat-ayat al-Quran kita dapati
bahawa peperangan dalam Islam itu merupakan
peperangan yang paling suci:
1) Dari segi tujuan dan tekniknya.
2) Dari segi syarat dan kriterianya.
3) Dari segi natijah daripada peperangan tersebut.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 86
____________________________________________________________________________________________
Pertama: Tujuan perang dalam Islam ialah:
1) Menentang musuh dan mempertahankan diri
daripada serangan musuh.
2) Memberi jaminan untuk berdakwah kepada Allah dan
memberikan peeluang kepada orang-orang yang
lemah yang ingin memeluk Islam.
3) Menuntut hak-hak yang dirampas.
4) Menegakkan kebenaran dan keadilan.
Kedua: Syarat jihad ialah:
1) Mulia dan jelas dari segi pendekatan dan tujuan.
2) Tidak berperang kecuali dengan para tentera dan
tidak ada serangan ke atas orang awam.
3) Seandainya musuh cenderung kepada perdamaian
dan mengakhiri peperangan maka tidak ada
permusuhan kecuali ke atas orang-orang yang
melakukan kezaliman.
4) Menjaga orang tawanan dan melayan mereka dengan
layanan yang berperi kemanusiaan.
5) Memelihara persekitaran termasuk melarang
membunuh binatang ternakan yang tidak ada
kepentingan, membakar pokok-pokok kayu,
merosakkan tanaman dan buah-buahan, air,
mencemarkan perigi dan merobohkan rumah-rumah.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 87
____________________________________________________________________________________________
6) Memelihara kebebasan keragama kepada orang
bukan Islam dengan tidak merosakkan tempat
peribadatan mereka.
Ketiga: Kesan daripada peperangan ialah:
1) Mendidik jiwa bersifat mulia, penolong dan
kepahlawanan.
2) Menghapuskan kesesatan yang bertapak di dalam
hati manusia. Ia adalah kejahatan yang boleh
membawa kepada kerosakan di muka bumi selepas
dibaik pulih.
3) Menetapkan keadilan dan kebebasan kepada semua
orang biar apa juga akidah mereka.
4) Mengutamakan kepentingan umum daripada
kepentingan peribadi.
5) Merealisasikan kekuatan pertahanan untuk menjamin
kesejahteraan orang ramai di tanah tumpah darah
mereka.
Hakikat peperangan yang dilakukan oleh nabi SAW dan
pembukaan negara Islam.
1) Jumlah gerakan Nabi dalam ketenteraan adalah
sebanyak lapan puluh kali peperangan. Peperangan yang
benar-benar terjadi tidak berlaku melainkan sebanyak tujuh
kali sahaja.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 88
____________________________________________________________________________________________
2) Mereka yang memerangi Nabi kesemuanya adalah
daripada kabilah Mudhar iaitu anak bapa saudara nabi SAW
sedangkan baginda tidak pernah memerangi kabilah
daripada Rabi’ah dan Qahthan.
3) Bilangan orang Islam yang terbunuh dalam semua
pertempuran adalah seramai 139 orang, 112 orang adalah
daripada golongan orang kafir. Jumlahnya keseluruhannya
ialah seramai 251 orang, sama dengan bilang mangsa yang
terbunuh dalam kemalangan kereta di bandar yang
sederhana dalam setahun. Bilangan orang yang terbunuh
dalam setiap pertempuran daripada lapan puluh itu ialah 3.5
orang. Ini merupakan suatu perkara yang menggelikan hati,
sedangkan telah menjadi tabeat bagi orang Arab yang
mempunyai kekuatan yang jitu dan kedegilan dalam
peperangan, menjadi sebab mereka masuk Islam dan
mengubah agama mereka.
4) Selepas itu Islam berkembang dengan cara yang
biasa tanpa berlaku peperangan atau paksaan, dengan cara
mengadakan hubungan antara orang Islam dengan orang
bukan Islam; dengan cara penghijrahan yang teratur dari
Madinah ke seluruh pelusuh dunia. Hakikat perkembangan
Islam adalah seperti berikut:
a. Di dalam seratus tahun pertama hijrah, nisbah
perkembangan agama Islam selain daripada
Semenanjung Arab ialah: Di Iran sebanyak 5%, Iraq
sebanyak 3%, Syria sebanyak 2%, Mesir sebanyak 2
% dan di Sepanyol kurang daripada 1%.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 89
____________________________________________________________________________________________
b. Adapun tahun-tahun yang nisbah umat Islamnya
meningkat kepada 25% daripada penduduk adalah
seperti berikut:
i. Di Iran pada tahun 185 Hijriah, Iraq tahun 225
Hijriah, Syria tahun 275 Hijriah, Mesir tahun
275 Hijriah dan Andalusia tahun 295 Hijriah.
c. Adapun tahun-tahun nisbah umat Islamnya meningkat
kepada 50% daripada penduduknya adalah seperti
berikut:
i. Di Iran tahun 235 Hijrah, Iraq tahun 280 Hijrah,
Syria tahun 330 Hijrah, Mesir tahun 330 Hijrah
dan Sepanyol tahun 355 Hijrah.
d. Adapun tahun di mana nisbah umat Islam meningkat
75% penduduknya seperti berikut:
i. Di Iran tahun 280 Hijrah, Iraq tahun 320 Hijrah,
Syria tahun 385 Hijrah, Mesir tahun 385 Hijrah
dan Sepanyol tahun 400 Hijrah.
Keistimewaan perkembangan agama Islam ialah:
1) Tiada penghapusan etnik.
2) Memberikan layanan kepada hamba sahya dengan
layanan yang baik selepas memberikan pendidikan
kepada mereka, latihan dan diberikan tampuk
pemerintahan di zaman pemerintahan Mamalik
(keturunan hamba sahya).
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 90
____________________________________________________________________________________________
3) Mengekalkan kepelbagaian agama iaitu Yahudi,
Nasrani dan Majusi di mana kita dapati agama Hindu
kekal sebagaimana adanya dan juga agama-agama
lain di Asia Tenggara.
4) Memperakui kebebasan berfikir. Oleh itu tidak pernah
berlaku mereka melantik mahkamah untuk
menyelesaikan masalah mereka yang berbeza.
5) Negeri Madinah sentiasa berada di dalam keadaan
miskin walaupun ia menjadi sumber dakwah Islamiah
sehinggalah ditemui petrol di zaman moden ini.
Hakikat ini terus berkekalan hingga ke hari ini dan
sepanjang zaman. Sebaliknya negara Islam terdedah
kepada penjajahan, penghapusan etnik, pembuangan
negeri, dibicarakan di mahkamah, peperangan Salib,
penculikan penduduk barat Afrika, pengwujuan hamba abdi
di Amerika dari kalangan orang afrika dan lain-lain lagi.
Tujuan disebutkan fakta di atas adalah untuk
membandingkan kemurnian Islam dan bersihnya metodologi
Islam dalam peperangan dibandingkan dengan apa yang
dilakukan oleh orang bukan Islam dulu dan sekarang.
Inilah hakikat berkembangnya Islam dan kemurniaan
jihad di dalam perspektif Islam. Wallahu a’lam.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 91
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Kedudukan negara Islam
telah ber-kembang sejak
zaman kewujudannya
hingga berakhirnya
pemerin-tahan Uthma-
niyah. Setiap kali
keadaan masyarakat
menjadi kompleks
dengan berkembangnya
pendidikan dan pusat-
pusat akademik, dan
zaman ini pula dikenali dengan mengutamakan bidang
kepakaran, lalu orang-orang Islam pun mencipta sistem
pengurusan yang selari dengan perkembangan tersebut.
Kita lihat bagaimana saidina Umar mewujudkan
jabatan-jabatan dalam pentadbiran negara. Pada awal
pemerintahan Daulah Umawiyah pula bermulanya
diperkenalkan penggunaan wang syiling, bermulanya sistem
kuasa eksekutif dalam negara iaitu polis dan kekuatan
pertahanan iaitu tentera dan pengasingan kuasa kehakiman
daripada keduanya. Begitu juga kuasa politik.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 92
____________________________________________________________________________________________
Islam mempunyai ruang lingkup yang amat jelas yang
bolah dipraktikkan pada semua zaman. Umat Islam pada
zaman permulaan Islam boleh melaksanakannya walaupun
dalam masyarakat yang baru dan sedikitnya beban
pemerintah. Demikian juga umat Islam boleh
melaksanakannya dalam masyarakat yang begitu kompleks
dan bertambahnya beban pemerintahan negara.
Islam menjamin hak seseorang muslim dari segi
politik dan yang paling masyhur ialah:
1) Pemilihan hakim dan reda dengan perlantikan
tersebut. Ini ialah yang dinamakan di dalam hukum
fekah sebagai akujanji (bai’ah).
2) Penglibatan anggota masyarakat dalam persoalan
yang berkaitan dengan rakyat, iaitu konsep syura
yang digalakkan oleh Islam.
3) Perlantikan jawatan-jawatan politik di dalam kerajaan
atau institusi-institusi kerajaan.
4) Menasihati hakim dan peranannya dalam menyuruh
kepada kebaikan dan menegah segala kemungkaran.
Sistem-sistem pengurusan dalam menentukan hak-
hak berpolitik dan kaedah pelaksanaannya adalah berbeza-
beza. Apa yang dititikberatkan oleh Islam ialah mencapai
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 93
____________________________________________________________________________________________
maksud dan membiarkan peraturan dan pelaksanaannya
mengikut apa yang sesuai dengan keadaan semasa.
Adapun demokrasi secara khusus adalah tidak dapat
digambarkan, bahkan sistem demokrasi yang dipertahankan
oleh orang Barat dan mereka berulang kali berbalah untuk
pertahankan diri dari sistem autokrasi dan diktator, ia
dianggap sebagai sistem yang mungkar dan kafir,
sedangkan intipati sistem demokrasi itu adalah daripada
intipati islam.
Islam bersetuju dengan prinsip pemilihan pemerintah.
Dalil yang paling nyata mengenai perkara tersebut ialah
bahawa Islam menolak menjadi imam dalam solat bersama
orang yang disukai oleh makmum, apa lagi yang ada kaitan
dengan kepimpinan dalam politik. Oleh itu, manusia
mengadakan sistem demokrasi sama dari segi gaya dan
bentuk pelaksanaannya seperti mengundi, soal selidik dan
memberikan mandat pemerintahan kepada bilangan yang
majoriti, kepelbagaian parti politik, kebebasan media cetak,
pengasingan kuasa kehakiman, hak golongan menoriti untuk
bersuara dan sebagainya. Kesemua bentuk amalan
demokrasi tersebut dicipta oleh barat, sedangkan Islam yang
lebih mendahuluinya.
Adalah lebih sesuai kita sebagai umat Islam yang
menjadi peneraju kerana Islam mendahului dalam
demokrasi seribu tahun yang lalu dengan menekankan
kaedah yang diamalkan oleh konsep demokrasi.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 94
____________________________________________________________________________________________
Islam tidak menghalang umatnya meniru atau
mengambil idea dari segi teori atau penyelesaian secara
amali daripada orang bukan Islam. Rasulullah SAW telah
meniru idea pembuatan parit (khandaq) daripada orang
Parsi, sebagaimana baginda menjadikan tawanan
peperangan Badar daripada orang musyrikin untuk mengajar
orang-orang Islam membaca dan menulis. Demikian juga
baginda meniru membuat cop mohornya daripada raja-raja
bukan Islam. Saidina Umar al-Khattab meniru sistem
pembahagian jabatan, sistem cukai. Justeru kita perlu
mengetahui pada akhirnya, bahawa hikmah (ilmu) itu adalah
sesuatu yang hilang (yang mesti dituntut) daripada orang
mukmin, di mana sahaja ia menemuinya dialah yang paling
berhak mendap-atkannya.
Dari sini tidak semestinya seruan untuk mengamalkan
demokrasi itu adalah kerana mengambil kira peraturan
rakyat untuk mengendalikan hukum Allah, kerana tidak ada
percanggahan antara keduanya. Demokrasi yang
dilaksanakan di negara Islam adalah dianggap sebagai
suatu bentuk pemerintahan yang bersebati dengan prionsip
Islam dari segi politik dalam memilih pemimpin,
mengiktirafkan kuasa mesyuarat, nasihat menasihati, amar
makruf dan nahi mungkar serta menghapuskan keburukan
dan kemungkaran. Dengan lain perkataan, ketika umat Islam
dituntut melaksanakan amalan demokrasi, maknanya
mereka dituntut menggunakan sistem yang membantu
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 95
____________________________________________________________________________________________
merealisasikan tujuan kehidupan mulia yang mampu
bersamanya berdakwah ke jalan Allah SWT.
Tidak memberi sebarang mudarat kepada mereka
untuk menggunakan lafaz yang asing seperti demokrasi,
kerana penilaian hukum bukan pada nama tetapi pada apa
yang dimaksudkan dan isi kandungannya.
Walaupun begitu, kita tidak boleh selamanya
menganggap pelaksanaan mesyuarat itu sebagai suatu
salinan daripada demokrasi. Umat Islam tidak menggunakan
apa juga yang ada pada demokrasi Barat dan
melaksanakannya tanpa berfikir dan tanpa penelitian. Kita
kena mengakui bahawa pemikiran orang lain itu ada juga
yang betul dan jauh daripada kesilapan. Seseorang muslim
itu tidak meniru tetapi dia mengambil faedah dari
pengalaman orang lain berdasarkan ukuran yang
dikurniakan oleh Allah kepada kita iaitu ukuran syara’.
Pemimpin demokrasi Barat juga bersependapat
dengan kita bahawa pemikiran manusia itu tidak maksum
atau tidak terpelihara daripada salah dan silap, malahan ia
bergantung kepada perubahan, penambahbaikan dan
penyempurnaan. Demikian juga halnya dengan demokrasi
mengikut pengertian orang Barat, memerlukan kepada
pengubahsuaian seandainya kita ingin menjadikannya
sebagai demokrasi mengikut Islam. Ini kerana untuk
menyesuaiakanya dengan kebudayaan, adat istiadat dan
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 96
____________________________________________________________________________________________
gaya hidup bangsa yang diamalkan bagi menjamin
keamanan dan kestabilan hidup.
Demokrasi yang diakui oleh Islam dan disarankan
untuk mengamalkannya ialah demokrasi yang tidak
menjadikan perkara yang tetap bagi manusia seperti akidah
dan adat budaya, sebagai tempat untuk disisihkan dan
diperdebatkan sebagaimana demokrasi Barat yang
menjadikan penjaga skularisma dan bangsawan sebagai
garisan merah yang tidak boleh orang melangkauinya.
Demikian juga umat Islam menganggap bahawa akidah
Islam dan hukum yang tetap di dalam agama dan adat
budaya garisan merah dan garis sempadan bagi
melaksanakan demokrasi.
Oleh itu, demokrasi sekiranya tidak mencabuli hak-
hak sesuatu bangsa dalam memelihara identiti, akidah dan
personaliti mereka, dan tidak menjadikan hukum yang tetap
bagi manusia sebagai tempat untuk ditukar dan diubah,
maka ia merupakan demokrasi yang berkhidmat kepada
Islam dan mencapai matlamatnya. Jika sekiranya iza adalah
demokrasi yang ditetapkan daripada orang luar yang
bertujuan untuk mengawal bangsa dan sistem mereka,
maka ia merupakan suatu bentuk baru daripada bentuk-
bentuk penjajahan yang amat dibenci. Marilah kita memohon
kepada Allah untuk keselamatan kita dan tanah air kita.
Wallahu a’lam.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 97
____________________________________________________________________________________________
Jawab
Hakikat sebenar fatwa ini
ialah saya ditanya semenjak
beberapa tahun yang lalu
dan bukan pada masa
tersiarnya berita tersebut di
dalam akhbar. Fatwa
tersebut adalah khusus mengenai haji. Soalannya ialah:
Adakah harus menunaikan haji daripada duit yang didapati
daripada akad yang pasid seperti penjualan arak kepada
orang bukan Islam di negara mereka dan menggunakan riba
kepada orang bukan Islam. Jawapanku ialah:
Imam Abu Hanifah dan Muhammad kecuali Abi Yusof
berpendapat bahawa tidak ada riba antara orang Islam dan
orang kafir harbi di negara kafir harbi. Orang Islam di negara
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 98
____________________________________________________________________________________________
kafir harbi boleh mengambil harta orang kafir harbi dengan
apa cara sekalipun sekalipun dengan akad yang fasid
seperti judi atau menjual bangkai dan arak. Muhammad
mengatakan: Apabila seorang Islam masuh ke negara kafir
harbi dengan aman maka tidak mengapa dia mengambil
daripada mereka harta mereka sesuka hati dengan apa cara
sekalipun.57
Tambahnya lagi: Sekalipun kafir mustakman ada
terdapat di dalam negara kafir harbi itu, mereka boleh
menjual satu dirham dengan dikembalikan dua dirham
hingga sampai setahun. Kemudian mereka masuk ke negeri
kami dan selepas itu, mereka balik ke negara kafir harbi
tersebut, atau keluar pada tahun itu kemudian kembali
semula kepada mereka, iaitu diambil dua dirham selepas
cukup tempoh setahun, perbuatan ini tidak mengapa.58
As-Sarakhsi mengatakan selepas menyebutkan di
dalam hadis mursal yang diriwayatkan oleh makhul: Tidak
berlaku riba antara orang Islam dengan orang kafir harbi di
negeri kafir harbi. Ia hadis mursal riwayat makhul adalah
menjadi dalil bagi Abu Hanifah dan Muhammad pada
mengharuskan orang Islam menjual satu dirham dengan
nilai dua dirham kepada orang kafir harbi di negara mereka.
Demikian juga sekiranya orang Islam menjual kepada
mereka bangkai atau bermain judi dengan mereka dan
mengambil daripada mereka harta hasil daripada judi
57
Syarah al-Sair al-Kabir, As-Sarkhasi, 4/141 58
Syarah al-Sair al-Kabir, As-Sarkhasi, 4/148
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 99
____________________________________________________________________________________________
tersebut, harta tersebut adalah elok mengikut Abu Hanifah
dan Muhammad r.h.59
Pendapat Abu Hanifah dan Muhammad itulah yang
muktamad dan dipilih oleh ulama-ulama mazhab Hanafi.
Imam as-Sarakhsi mengatakan lagi: Hujah kami ulama-
ulama Hanafi mengenai perkara tersebut adalah daripada
apa yang kami riwayatkan, dan daripada apa yang
disebutkan daripada Ibnu Abas r.a. dan lainnya, bahawa
Rasulullah SAW bersabda dalam khutbahnya yang
bermaksud: Semua amalan riba di zaman jahiliyah adalah
perkara yang telah ditinggalkan, dan riba yang pertama yang
ditolak ialah al-Abas bin Abdul Mutalib.
Ini kerana saidina Abas selepas memeluk Islam
beliau kembali ke Mekah, dan beliau mengasuhnya dan apa
yang dilakukannya diketahui oleh Rasulullah SAW,
manakala baginda tidak menghalang Abas melakukannya,
ini menunjukkan ianya adalah harus, dan apa yang
menjadikannya ia ditolak selagi ia tidak diambil di dalam satu
majlis akad tersebut. Ianya berlaku sehinggalah berlaku
peristiwa Pembukaan Makkah.60
Al-Mirghinani,61 Al-Kamal bin Al-Humam,62 Al-
Hashkafi,63 dan Ibnu Abidin,64 mereka semua mengatakan:
59
Al-mabshut 14/56 60
Al-Mabshut 14/56 61
Al-Hidayah Ma’al Binayah, 7/384-385. 62
Fathul Qadir, 6/177. 63
Ad-Durrul Mukhtar, 4/188 dan nota kakinya adalah Hasyiah Ibnu Abidin. 64
Raddul Mukhtar ‘Alad Durril Mukhtar, yang dikenal dengan Hasyiah Ibnu ABidin, 4/188.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 100
____________________________________________________________________________________________
Tidak berlaku riba di antara orang Islam dengan orang kafir
harbi di negara kafir harbi. Mereka menyebutkan bahawa
orang Islam di negara kafir harbi boleh mengambil harta kafir
harbi dengan apa cara sekalipun asalkan bukan dengan
cara menipu.
Yang zahir daripada pendapat ulama Hanafi tersebut
bahawa hukum orang Islam mengambil dan memberi riba di
negara kafir harbi adalah umum, tetapi al-Kamal bin al-
Humam menjelaskan bahawa ulama Hanafi dalam
pengajaran mereka mengaitkan halalnya riba bagi orang
Islam di negara kafir harbi itu dengan mengambil daripada
orang kafir harbi, katanya: Yang jelas bahawa yang
dimaksudkan ialah halal akan akad yang secara langsung –
iaitu akad riba – jika barang tambahan itu diambil oleh orang
Islam, dan riba lebih umum daripada itu, kerana ia termasuk
jika sekiranya dibeli dua dirham dengan satu dirham dari
pihak orang Islam dan dari pihak orang kafir. Penyelesaian
masalah ini ialah umum pada dua wajah. Demikian juga
dengan permainan judi terkadang boleh membawa kepada
harta yang lebih itu milik orang kafir sekiranya dia yang
menang. Maka yang zahir bahawa keharusan itu
membolehkan orang Islam mengambil harta yang lebih.
Ulama Hanafi telah menetapkan dalam kuliah
pengajaran mereka itu apa yang dimaksudkan mengenai
halalnya riba dan judi jika yang mendapat harta lebih itu
adalah orang Islam; berdasarkan kepada alasan, sekalipun
jawapannya adalah sebaliknya disebutkan jawapan
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 101
____________________________________________________________________________________________
sebaliknya.65 Dipetik yang demikian itu oleh Ibnu Abidin,66
malahan termasuk juga jualan arak, dan menyebutkan
secara umum itulah yang sesuai di zaman kita ini.
Golongan Hanafiah mengemukakan hujah mengenai
pendapat mereka itu dengan beberapa dalil, antaranya:
1) Apa yang telah diriwayatkan oleh Makhul daripada
Rasulullah SAW maksudnya: Tidak ada riba antara orang
Islam dengan penduduk kafir harbi di negara kafir harbi.67
As-Sarakhsi mengatakan: Hadis ini boleh dibuat dalil
sekalipun ianya adalah hadis mursal, kerana Makhul adalah
seorang ulama fekah yang dipercayai, dan hadis Mursal
yang diriwayatkan daripada beliau boleh diterima. 68 Dalil ini
juga telah digunakan oleh Al-Mirghinani,69 dan Al-Kamal bin
Al-Humam.70
2) Muhammad berhujah dengan menggunakan dalil
hadis Bani Qainuqa’. Nabi SAW ketika mereka dibuang
negeri baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya
kami ada hutang yang belum selesai lagi. Maka sabda
baginda: Kamu segerakan membayar hutang tersebut atau
65
Fathul Qadir, 6/178. 66
Hasyiah Ibnu Abidin, 4/188. 67
Mursal Makhul ini disebutkan oleh as-Syafi’ie dalam kitabnya Al-Um, 7/359; Abu Yusof menyebutkannya dalam Ar-Raddu ‘Ala Sirah Al-Auza’ie, 1/97; Al-Hafiz dalam Ad-Dirayah fi Takhrij Ahadith al-Hidayah, 2/158; Az-Zaila’ie dalam Nushbur Rayah, 4/44; Ibnu Qudamah menyebutkannya dalam Al-Mughni, 4/47 tetapi beliau mengatak mengenainya: Khabar atau hadis mereka adalah mursal tidak diketahui kebenarannya, dan berkemungkinan ianya ingin melarang daripada perbuatan sedemikian. Telah memberikan dalil mengenai perkara ini oleh pengarang kitab Al-Mabshut, 14/56.
68 Al-Mabshut, 14/56.
69 Dalam Al-Hidayah (Al-Binayah Syarh Al-Hidayah, 7/384).
70 Fatul Qadir, 6/178 dan menukil pendapat As-Sarkhasi mengenai hadis tersebut.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 102
____________________________________________________________________________________________
biarkan apabila Bani Nadhir dibuang negeri juga, mereka
berkata: Sesungguhnya kami masih ada hutang kepada
mereka, baginda bersabda yang bermaksud: Biarkan atau
segerakan bayaran.71
As-Sarakhsi pula menjelaskan kaedah mengambil
dalil daripada peristiwa tersebut dengan katanya: Telah
sedia maklum bahawa berurusan dengan riba yang
terkandung di dalam sabdanya yang bermaksud: Kamu
biarkan atau segerakan bayaran tidak harus berlaku sesama
orang Islam dan jika sekiranya sesiapa yang berhutang
dengan orang lain dan diberikan tempoh tertentu kemudian
dia meletakkan syarat supaya dilangsaikan sebahagiannya,
tidak harus hukumnya. Saidina Umar, Zaid bin Thabit, Ibnu
Umar r.a. menghukumkan makruh pada yang demikian itu.
Kemudian diharuskan oleh Rasulullah SAW pada mereka
(Bani Qunaiqa’ dan Bani Nadhir), kerana mereka merupakan
kafir harbi ketika itu. Kerana itu mereka telah dibuang negeri.
Oleh itu, kita mengetahui bahawa diharuskan orang Islam
mengambil harta orang kafir harbi dan tidak harus
mengambil harta sesama umat Islam.72
3) Peristiwa yang berlaku ketika Rasulullah SAW
berdialog bersama Rukanah ketika berada di Mekah,
Rasulullah SAW berdialog dengannya pada setiap kali
dengan satu pertiga dari kambingnya, sekiranya perkara itu
tidak boleh, nescaya tidak akan dilakukan oleh Rasulullah
71
Riwayat Al-Hakim dalam al-Mustadrak dari hadis Ibnu Abbas, 2/60, dan dia mengatakan hadis ini sohih sanadnya dan tidak mengeluarkan oleh keduanya.
72 Syarah as-Siyarul kabir, 4/1412.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 103
____________________________________________________________________________________________
SAW, kemudian apabila baginda berdialog dengannya pada
kali ketiga berkata Rukanah: Tidak ada seorang pun yang
pernah menjatuhkan aku sebelum ini dan engkau bukan
berbalah denganku, kemudian Rasulullah SAW
mengembalikan kambing itu kepadanya.73
As-Sarakhsi berkata: Sesungguhnya baginda
mengembalikan kambing tersebut kepada Rukanah kerana
menghormatinya dan kebanyakan apa yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW terhadap orang musyrikin adalah bertujuan
untuk menjinakkan hati mereka kepada baginda sehingga
mereka beriman kepada Allah SWT.74
4) Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. dan lainnya beliau
berkata: Rasulullah SAW bersabda:
�N�1 :#�� �A�H� �:#�� �����1 �:#�� �U���1� 9Z��8���83 8�C�D �\�����B�?�� %�D �R��H
73
Asal hadis berdialog bersama tanpa menyebutkan ianya menggunakan kambing, riwayat Al-Hakim dalam al-Mustadrak, jilid ke-3; Abu Daud dalam Sunannya, 4/55 dan hal. 511; At-Tirmizi dalam Sunannya, 4/247; Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 10/18. Adapun mereka yang menyebutkan hadis al-mushoro’ah dengan menggunakan kambing, ia telah disebutkan oleh Al-Hafiz dalam al-Habir, 4/162 dan mengatakan hadis: Bahawa Rasulullah SAW berdialog bersama Rukanah dengan seekor kambing pada Abu Daud dan At-Tirmizi daripada hadis Abil Hasan al-Asqolani daripada Abi Ja’far bin Muhammed bin Rukanah. Diriwayatkan juga oleh Mu’ammar bin Rasyid al-Azadi dalam Sunannya , 11/427; Abu Daud dalam Al-Marasil. 1/230; Ibnu al-Mulaqqin al-Anshori dalam Khalashotul Badril Munir, 2/405; As-Syaukani dalam Nail al-Author, 8/256 dan diberikan komentar: Padanya menjadi dalil harusnya berdialog antara orang Islam dengan orang kafir dan begitulah antara sesama orang Islam, apa lagi jika sekiranya dia dituntut bukan menuntut. Beliau berharap mendapat sedikit kebaikan dengan melakukan sedemikian atau menghancurkan sikap bongkak dan keegoannya atau meletakkan sesuatu yang tidak penting dengan menzahirkan kekalahannya.
74 As-Siyarul Kabir, 4/1412; Al-Mabshut, 14/57
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 104
____________________________________________________________________________________________
& � �# �t��+��� �>�����+&�s���b����. Ketahuilah bahawa semua riba yang berlaku pada
zaman jahiliah ianya telah ditinggalkan dan riba pertama
yang aku tinggalkan ialah riba yang dilakukan oleh bapa
saudaraku Abbas bin Abdul Mutalib.75
Pengambilan dalil dalam hadis ini ialah bahawa Al-
Abbas r.a selepas memeluk Islam iaitu selepas dia datang
sabagai tawanan dalam peperangan Badar, beliau meminta
izin kepada Rasulullah SAW untuk kembali ke Mekah
selepas memeluk Islam, lalu baginda mengizinkannya, maka
dia mengamalkan sistem riba di Mekah hingga masa
pembukaan Mekah, beliau tidak menyembunyikan
perbuatan tersebut dari Nabi SAW. Apabila perbuatan yang
dilakukannya itu tidak dilarang oleh Nabi SAW, ini
menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah harus
hukumnya. Sesungguhnya dijadikan ia sebagai riba selagi ia
tidak diambil dalam majlis akad tersebut. Perbuatan ini
berlaku sehingga peristiwa pembukaan Makkah, dan
Makkah telah menjadi negara Islam, kerana itu riba tersebut
telah ditinggalkan ketika pembukaan Makkah.76
5) Abu Bakar as-Shiddiq r.a. telah melahirkan kekuatiran
terhadap orang kafir Quraisy sebelum hijrah ketika Allah
75
Riwayat Muslim dalam Sohihnya, 2/889; Abu Daud dalam Sunannya, 2/185; Al-Baihaqi dalam al-Kubra, 8/5.
76 As-Siyarul Kabir Ma’a Syarhihi, 4/1488; Al-Mabshut 14/75.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 105
____________________________________________________________________________________________
menurunkan ayat: ( .� �4��a!� �T+���� ... ).77 Seorang Quraisy berkata
kepadanya: Adakah engkau telah lihat orang Rom telah
dikalahkan? Jawabnya: Ya. Mereka berkata lagi: Adakah
engkau ingin bertaruh dengan kami? Jawabnya: Ya. Maka
beliau pun membuat pertaruhan dengan mereka, selepas itu
beliau memberitahu Nabi SAW lalu baginda bersabda: Pergi
kepada mereka dan tambahkan wang pertaruhan. Saidina
Abu Bakar pun membuat apa yang disuruh. Kemudian Rom
dapat mengalahkan Parsi, maka Abu Bakar pun mengambil
wang pertaruhannya dan Nabi SAW membenarkannya
mengambil wang pertaruhannya itu. Ini adalah perjudian
antara Abu Bakar dan orang kafir Mekah dan ketika itu
Mekah adalah sebagai negara kafir.78
6) Oleh kerana harta mereka itu harus diambil, maka
menjadi hak orang muslim untuk mengambilnya tanpa tipu
daya disebabkan haram menipu daya. Umat Islam pula
sekiranya berperang nescaya mereka boleh mengambil
harta kafir sebagai cara ghanimah (rampasan perang).79
77
Ia merupakan kisah Abu Bakar Siddiq meratapi kaum Quraisy kerana kekalahan Rum. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dalam Sunannya, 5/342 dikatakan ia hadis hasan gharib. Pengarang Tuhfah al-Ahwadzi mengatakan: al-Munahibah ialah al-Murahinah. Demikianlah juga yang disebutkan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya, 3/427 di mana dia mengatakan: Demikianlah disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi 3191 dan Ibnu Jarir 2117 dan selain daripada keduanya, daripada hadis Abdullah bin Abd Rahman al-Jumahi daripada Az-Zuhri daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar dalam meratapi ( .. 4��a!� �T+���� .�1. )
bukankah ia ganjil kerana bilangan itu dikira dari tiga hingga sembilan, kemudian berkata: Ini hadis hasan gharib dari sudut ini; Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir 2122 daripada Abdullah bin Amru beliau berkata sedemikian, wallahu a’lam.
78 Fathul Qadir, 6/178 dan lihat juga dalam Syarh as-Siyar al-Kabir, 4/1411; dan Al-
Mabshut, 14/57. 79
Syarah as-Siarul Kabir, 4/1410; Al-Binayah Syarah al-Hidayah, 7/385; Al-Mabshut, 14/58; Fathul Qadir, 6/178; dan Hasyiah Ibnu Abididn, 4/188.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 106
____________________________________________________________________________________________
Yang jelasnya kita dapati bahawa pengunaan
perkataan negara kafir dan negara kafir harbi oleh ulama-
ulama fekah adalah sebagai penggunaan yang bermasa, di
mana negara tersebut telah menzahirkan permusuhan
terhadap orang Islam dan memerangi negeri mereka atau
menghalau mereka daripada tanah air mereka sebagaimana
yang berlaku di dalam peperangan Salib, dan juga yang
berlaku di Andalusia dengan menghapuskan umat Islam,
memaksa mereka supaya murtad dan menghalau mereka
daripada tanah air mereka yang telah mereka diami sejak
beratus-ratus tahun lamanya.
Sesetengah negeri dinamakan dengan negara kafir,
kerana mereka menghalang umat Islam daripada berdakwah
kepada agama Islam, mereka melarang umat Islam tinggal
di negara tersebut. Kini suasana telah berubah, kita dapati
dunia sudah tidak memperdulikan lagi umat Islam menetap
di negara bukan Islam dan tidak melarang berdakwah
kepada Islam, seseorang itu bebas menganuti akidah
mereka dan bebas melakukan syiar agama mereka dan di
sana tidak ada lagi peperangan secara terbuka antara
negara tertentu dengan negara Islam. Oleh itu, dalam
keadaan ini, adalah lebih sesuai jika dipanggil negara
tersebut sebagai negara orang bukan Islam, sebagai
mengukuhkan bahawa pembahagian ini bukanlah
pembahagian secara syarak malahan ia hanya
pembahagian mengikut masa. Kita wajib mengambil kira
perkara tersebut ketika membaca teks-teks yang dipetik
daripada kitab-kitab terdahulu, dan tidak mengambil sesuatu
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 107
____________________________________________________________________________________________
hukum daripadanya yang boleh menyebabkan berlakunya
pertentangan kepada agama Islam atau dakwah Islamiah
dan agama umat Islam akan dianggap sebagai agama yang
membawa kepada pertentangan, kerana mereka tidak akan
mengatakan sedemikian kecuali apabila orang lain
menentang dan memusuhi mereka.
Kesimpulannya, mengikut ulama mazhab Hanafi
harus melakukan aktiviti dengan menggunakan akad yang
rosak di negara kafir harbi dan antara orang Islam dengan
penduduk di negara kafir harbi tersebut sama ada akad itu
adalah untuk jual beli bangkai, khinzir, arak atau judi.
Apa yang perlu diperhatikan apabila kita mengambil
pendapat ulama-ulama mazhab Hanafi, ialah kita juga perlu
melihat kepada mazhab-mazhab yang lain yang mempunyai
kaedah-kaedah berurusan dalam keadaan darurat dan
terpaksa. Oleh itu, kita juga boleh mengaitkan antara
pendapat ulama-ulama mazhab Hanafi dengan pendapat-
pendapat mazhab yang lain dalam masalah berkenaan.
Antara kaedah-kaedah tersebut, ialah:
1. Bertaklid kepada mereka yang mengatakan
diharuskan ketika dharurat kerana untuk
mengelakkan kesusahan. Syeikh al-‘Allamah As-
Syarwani mengatakan: Bagi mereka yang diuji
dengan ujian yang sedemikian sebagaimana yang
banyak berlaku hendaklah bertaklid sebagaimana
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 108
____________________________________________________________________________________________
yang telah dijelaskan untuk melepaskan diri daripada
melakukan perkara yang haram.80
2. Mengingkari itu adalah jika mengingkari perkara yang
telah ijmak. Al-‘Allamah As-Suyuthi mengatakan:
Dikira ingkar jika kita mengingkari perkara yang telah
disepakati bukan perkara yang terdapat perselisihan
pendapat. Ini bererti bahawa sesuatu masalah itu jika
sekiranya berbeza pendapat oleh ulama mazhab
fekah, maka tidak sah kepada ahli satu-satu mazhab
menolak pendapat ahli mazhab yang lain, kerana
masalah tersebut berlaku perbezaan pendapat.81
3. Membezakan antara batas pendapat fekah dan
hukum dan batas kewarakan. Ulama fekah telah
bersepakat bahawa batas warak adalah lebih luas
daripada batas hukum fekah. Ini kerana seseorang
Islam itu kadang-kadang meninggalkan perkara yang
harus kerana kewarakannya, sebagaimana para
sahabat r.a. meninggalkan 9/10 yang harus kerana
takut melakukan perkara yang haram. Tetapi ini tidak
bermakna bahawa mereka mengharamkan perkara
yang halal. Wara’ itu luas pengertiannya sehingga
seseorang sanggup menginfaqkan semua hartanya
kerana kewarakannya untuk mengelak daripada
mengambil sesuatu yang haram.
80
Hasyiah As-Syarwani dalam Tuhfah al-Muhtaj, 1/119. 81
Al-Asybah wan Nadzair al-Qaedah 35, hal. 158.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 109
____________________________________________________________________________________________
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan
mengenai mazhab Hanafi yang lalu, menunaikan
fardhu haji daripada pendapatan yang diusahakan
melalui akad yang rosak antara umat Islam dengan
penduduk negara kafir harbi hukumnya adalah harus,
kerana harta tersebut adalah hasil usaha yang baik
sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam As-
Sarakhsi: Demikian juga sekiranya mereka menjual
kepada mereka bangkai atau bermain judi dengan
mereka dan mendapat hasil melalui perjudian
tersebut, harta yang demikian itu adalah dari hasil
yang elok.82
Oleh itu, jika harta tersebut adalah harta yang
elok, maka harus dilakukan ibadah haji dengan
menggunakan harta tersebut pada pendapat semua
ulama fekah. Wallahu a’lam.
82
Al-Mabshut, 14/56.
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 110
____________________________________________________________________________________________
RUJUKAN
BIL NAMA KITAB PENULIS PENERBIT
1. Ihya’ Ulumiddin Abu Hamid Al-Ghazali Thob’ah Al-Azhariah 2. Al-Adab
As-Syar’iyah Muhammad bin Muflih bin Muhammad Al-Maqdisi
Aalamul Kutub
3. Al-Arbain Mohammad bin Abdullah Al-Hakim Dar Ihya’ At-Thuras 4. Irghamul Mubtadi’ Al-
Ghabiy Abdullah bin Muhammad bin As-Siddiq Al-Ghomari
Maktabah Al-Qahirah
5. Al-Isti’ab Yusof bin Abdullah bin Muhammad bin Abdel Bar
Darul Jail
6. Al-Islam Ruhul Madaniyah
Mustaffa AL-Ghalayini Darul ‘Adzam
7. Al-Islam Aqidah wa Syari’ah
Mahmud Shaltut Darul Qalam
8. Al-Islam wan- Nasroniyah Muhammad Abduh Darul Hadathah 9. Asnal Matholib Zakaria bin Muhammad bin Zakaria
Al-Anshori Darul Kutub Al-Islami
10. Al-Asybah wan-Nadzoir Abdul Rahman bin Abi Bakar bin Muhammad As-Suyuthi
Darul Kutub Al-Ilmiah
11. Al-Ishobah Ahmad bin Ali bin Hajar Al-‘Asqalani Darul Jail 12. I’lamul Muqi’in Muhammad bin Abi Bakar Az-Zar’i
(Ibnu Qaiyim Al-jauziyah) Darul Kutub Al-Ilmiah
13. Al-Iklil Syarah Mukhtashar Al-Khalil
Muhammad bin Yusof Al-‘Abdari(Al-Mauwaq)
Darul Kutub Al-Ilmiah
14. Al-Um Muhammad bin Idris As-Syafi’e Darul Ma’rifah 15. Amalil Azkar Ahmad bin Ali bin Hajar Al-‘Asqalani Muassasah Qurthubah 16. Al-Inshaf Ali bin Sulaiman bin Ahmad Al-
Mardawi Dar Ihya’ At-Thuras Al-‘Arabi
17. Al-Bahrur Raa’iq Zainuddin bin Ibrahim (Ibnu Najim) Darul Kitab Al-Islami 18. Al-Bahruz Zakhhar Ahmad bin yahya bin Murtadha Darul Kitab Al-Islami 19. Badai’ As-Shonai’ Maasud bin Ahmad Al-Kasani Darul Kutub Ilmiah 20. Al-Bidayah wan- Nihayah Ismail bin Amru bin Kathir Mathba’ah As-Sa’adah 21. Tarikh At-Thobari Muhammad bin Jarir bin Yazid At-
Thobari Darul Kutub Ilmiah
22. Tarikh Al-Maqrizi Al-Maqrizi Dar Shodir 23. Tarikh Baghdad Abu Bakar Al-Khathib Al-Baghdadi Darul Kutub Ilmiah 24. Tabyinul Haqaiq Othman bin Ali Az-Zaila’i Darul Kitab Al-Islami 25. Tuhfah Al-Ahwadzi Mohamed bin Abd. Rahman bin Al-
Mubarakfuri Darul Kutub Al-Ilmiyah
26. Tuhfatul Habib (Hasyiah Al-Bijirmi)
Sulaiman bin Muhamed Al-Bijirmi Darul Fikr
27. Tuhfatuz Zakirin Muhamed bin Ali As-Syaukani Mathba’ah Al-Babil halabi 28. Takhrij Ahadis
Al-Ihya’ Abdul Rahim bin Hussin Al-Hafiz Al-Iraqi
Darul ‘Ashimah bin Ar-Riyadh
29. Tartib Al-Madarik Al-Qadhi Iyadh Dar maktabah Al-Hayat 30. At-Targhib
wat-Tarhib Abdul ‘adzim bin Abdul Qawiy Darul Kutub Al-Ilmiyah
31. At-Ta’liq ‘Ala Sohih Ibnu Huzaimah
Mohamed Nasiruddin Al-Albani Maktabab Al-Ma’arif
32. Tafsir At-Thobari Muhamed bin Jarir bin Yazid At-Thobari
Darul Fikr
33. Tafsir Al-Quran Al-‘Adzim
Ismail bin Amru bin Kathir Ad-Dimasyqi
Darul Fikr
34. Tafsir Al-Qurthubi Muhamed bin Ahmad bin Abu Bakar Al-Qurthubi
Darul Fikr
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 111
____________________________________________________________________________________________
35. Tafsir Al-Kabir Imam Faklhrurrazi Darul Fikr 36. At-Taqrir Wat-Tahbir Muhamed bin Muhamed Al-‘Abdari
(Ibnu Al-Haj) Darul Kutub Al-Ilmiah
37. At-Talkhish Al-Habir Ahmad bin Ali bin Hajar Al-‘Asqalani Mu’assasah Qurthubah 38. Tanwirul halak Abdul Rahman bin Abu Bakar bin
Muhamed As-Suyuthi Jawami’ul Kalim
39. Tahzibul Asma’ Wal-Lughat
Yahya Syarafuddin An-Nawawi Al-Mathba’ah Al-Muniriyah
40. Al-Jami’us Shoghir Abdul Rahman bin Abu Bakar bin Muhamed As-Suyuthi
Dar Thoirul Ilmi
41. Jamiul Ulum Wal-Hikam Abdul Rahman bin Ahmad bin Rejab Al-Hambali
Darul Ma’rifah
42. Jami’ Bayanil Ilmi Wafadhlihi
Yusof bin Abdelbar An-Namiri Al-Qurthubi
Al-maktabah As-Salafiyah
43. Al-jauharul Munazzam Ahmad bin Muhamed bin Ali bin Hajar Al-haitami
Jawamiul Kalim
44. Hasyiah Ibnu Qasim ‘Ala Tuhfatil Muhtaj
Ibnu Qasim Al-‘Ibadi Dar Ihyaait Thurath Al-Arabi
45. Hasyiah Ar-Ramli ‘Ala Asnal Matholib
Ahmad bin Ahmad Ar-ramli Darul Kitab Al-Islami
46. Hasyiah As-Sindi Ibnu Abdul hadi Abul Hassan As-Sindi
Maktabah Al-Mathbu’aat Al-Islamiah
47. Hasyiah As-Syarwani ‘Ala Tuhfatil Muhtaj
Abdul Hamid As-Syarwani Dar Ihya’ At-Thutath Al-Arabi
48. Husnul Maqsadi Fi Amalil maulid
Abdul Rahman bin Abu Bakar bin Muhamed As-Suyuthi
Jawamiul Kalim
49. Hadharatul Arab Gustap Lubun Mustaffa Al-Halabi 50. Haqaiqul Islam Wa-
Abathili Hushumihi Abas Mahmud AL-‘Aqqad Al-hai’ah Al-Misriyah Lilkitab
51. Hilyah Al-Auliya’ Abu Naim Ahmad bin Abdullah Al-Asbihani
Darul Kitab Al-Arabi
52. Ad-Darrul Mukhtar Al-hashfaki Darul Kitab Al-Ilmiyah 53. Ad-Da’wat Al-Kabir Ahmad bin Hussin bin Ali Al-Baihaqi Markazul Makhthuthat 54. Daqaiq Ulin Nuha Mansur bin Yunus al-Bahuti Alamul Kutub 55. Ad-Dibaj Al-Mazhab Ibnuu Farhun Al-maktabah At-Thurath 56. Rahmatul Ummah fi
Ikhtilafil Aimmah Muhammad bin Abd Rahman bin Al-Husin as-Shafdi
Darul Fikr
57. Raddul Mukhtar ala Ad-Durril Mukhtar
Mohammad Amin bin Umar (Ibnuu Abidin)
Darul Kutub Al-Ilmiyah
58. Ar-Ruh Muhammad bin Abu Bakar Az-Zar’i (Ibnuu Al-Qaiyim Al-Jauziyah)
Maktabah Nashir
59. Az-Zuhd Ahmad bin Amru bin Abi ‘Ashim Dar Ar-Raiyyan 60. Az-Zuhd Ahmad bin Hanbal Ummul Qura 61. Subulus Salam Muhammad bin Ismail Al-Kahlani
As-Shon’aani Darul Hadis
62. As-Sunan Abu Uthman Said bin Mansur Al-Kharasani
Ad-Dar As-Salafiyah
63. Sunan Ibnu Majah Muhammad bin Yazid Al-Qazwini (Ibnu Majah)
Dar Al-Fikr
64. Sunan Abi Daud Sulaiman bin Al-Asy’ath As-Sajastani
Dar Al-Fikr
65. Sunan Al-baihaqi As-Shughra
Ahmad bin Al-Husin bin Ali Al-baihaqi
Maktabah Ad-Dar
66. Sunan Al-baihaqi Al-Kubra
Ahmad bin Al-Husin bin Ali Al-baihaqi
Dar Al-Baz
67. Sunan At-Tirmizi Muhammad bin Isa As-SalamiAt-Tirmizi
Dar Ihya’ At-Turath
68. Sunan Dar Al-Quthni Ali bin Amru Ad-Darul Quthni Al-Baghdadi
Dar Al-Ma’rifah
69. Sunan Ad-Darimi Abdullah bin Abd Rahman Ad-Darimi
Dar Al-Kitab Al-Arabi
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 112
____________________________________________________________________________________________
70. As-Sunan As-Shughra lil Baihaqi
Ahmad bin Husin bin Ali Al-Baihaqi Maktabah Ad-Dar
71. As-Sunan Al-Kubra Ahmad bin Syuib An-Nasa’i Dar Al-Kitab Al-Ilmiah 72. As-Sunan An-Nasa’i (Al-
Mujtaba) Ahmad bin Syuib An-Nasa’i Maktabah Al-Mathbu’at
Al-Islamiah 73. Sairu A’lam
An-Nubala’ Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaimaz Az-Zahabi
Muassasah Ar-Risalah
74. As-Sirah Al-Halabiyah
Ali bin Burhanuddin Al-Halabi Mathba’ah Mustaffa Al-Babi Al-Halabi
75. As-Sirah lIbnui Hisyam Abdul Malik bin Hisyam bin Ayub Dar Al-Jaial 76. As-Sailul Jarar Mohammad bin Ali As-Syaukani Al-Majlis Al-A’la Li Syuunil
Islamiah 77. Syajaratun Nur
Az-Zakiyah Muhammad bin Muhammad bin Makhluf
Dar Al-Kitab Al-Arabi
78. Syarah As-Sair Al-Kabir
Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal As-sarkhasi
As-Syarikat As-Syarqiyah lil Iklanat
79. As-Syarh Al-Shaghir Ahmad bin Muhammad bin Ahmad Ad-Dardir Al-‘Alawi
Dar Al-Ma’arif
80. As-Syarhul Kabir Ahmad bin Muhammad bin Ahmad Ad-Dardir Al-‘Alawi
Darr Ihyak Al-Kutub Al-Arabiyah
81. Syarh Al-mawahib Az-Zurqani Al-mathba’ah Al-Azhariah 82. Syarah An-Nail wa Syifa’
Al-‘Alil Muhammad bin Yusof bin Isa Athfisy Maktabah Al-Irsyad
83. Syarah Sohih Muslim li An-Nawawi
Yahya bin Syaraf An-Nawawi Dar Ihya’ At-Thurath
84. Syarah Minhaj At-Tholibin Jalaluddin Al-Mahalli Dar Ihya’ Al-Kutub Al-Arabiyah
85. Sya’bul Iman Ahmad bin Al-Husin bin Ali Al-baihaqi
Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah
86. As-Safa’ Abu Al-Fadhl ‘Iyadh Al-Maktabah At-Tijariyah 87. Syifa’ As-Saqam Tajuddin As-Subki Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah 88. Ashorim Al-Maslul Ahmad bin Abd Halim bin Taimiyah Maktabah Taj 89. Sohih Ibnu Hibban Mohammad bin Hibban At-tamimi Muassasah Ar-Risalah 90. Sohih Ibnu Huzaimah Muhammad bin Ishak As-Salam An-
Naisaburi Al-Maktab Al-Islami
91. Sohih Al-Bukhari Muhammad bin Ismail Al-Bukhari Dar Ibnu Kathir 92. Sohih Muslim Muslim bin Al-hajjaj An-Naisaburi Dar Ihya’ At-Thurath
Al-Arabi 93. Thobaqat
As-Syafi’iyah Tajuddin As-Subki Maktabah Isa Al-babi
Al-halabi 94. At-Thobaqat Al-Kubra Mohammad bin Saad bin Muni’ Al-
Bashri Dar Shodir
95. Thorhu At-Tathrib Abd Rahim bin Al-Husin Al-Iraqi Dar Ihya’ Al-Kutub Al-Arabiyah
96. Al-Aqidah At-Thohawiyah Al-Imam At-Thohawi Masktabah Ala’ 97. Amal Al-Yaum wa Al-
Lailah Abu Bakar bin As-Sunni Maktabah At-Thurath
98. Al-Inayah Syarh Al-Hidayah
Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-Babarti
Dar Al-Fikr
99. Al-‘Awashim Minal Qawashim
Abu Bakar bin Al-Arabi Al-maktabah As-Salafiyah
100. Ghidzaul Albab Muhammad bin Ahmad bin Salim As-Safaraini
Mu’assasah Qurthubah
101. Al-Ghurarul Bahiyah As-Syith Zakaria Al-Anshori Al-Mathba’ah Al-Yamaniyah
102. Al-Fatawa Al-Hadithiyah Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar Al-Haitami
Dar Al-Ma’rifah
103. Fatawa Ar-Ramli Ahmad bin Ahmad Ar-Ramli Al-Maktabah Al-Islamiyah 104. Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-
Kubra Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar Al-Haitami
Al-Maktabah Al-Islamiyah
105. Al-Fatawa Al-Kubra Ahmad bin Abd Halim bin Taimiyah Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 113
____________________________________________________________________________________________
106. Al-Fatawa Al-Hindiyah Lunjah Ulama Biriaasati Nizamuddin Al-Bulkhi
Dar Al-Fikr
107. Fath Al-Bari Ahmad bin Ali bin Hajar Al-‘Asqolani Dar Al-Ma’rifah 108. Fath Al-Bari li Ibnuu
Rejab Abu Al-Faraj bin Rejab Al-Hanbali Maktabah Al-Gurabak
Al-Athariyah 109. Fath Al-Ali Al-Malik Muhammad bin Ahmad bin
Muhammad al-Ma’ruf (‘Alisy) Dar Al-Ma’rifah
110. Futuhat Al-Wahhab (Hasyiah Al-Jamal)
Sulaiman bin Mansur Al-‘Ajili (Al-Jamal)
Dar Al-Fikr
111. Al-Furu’ Muhammad bin Muflih bin Muhammad Al-Maqdisi
Alam Al-Kutub
112. Al-Fawakih Ad-Dawani Ahmad bin Ghanim bin Salim bin Mihna An-Nafrawi
Dar Al-Fikr
113. Faid Al-Qadir Abdul Rauf Al-Munawi Al-maktabah At-Tijariyah Al-Kubra
114. Qawa’id Al-Ahkam fi Masholih Al-Anam
Izzuddin bin Abdul Salam As-Sulami Maktabah Al-Kulliyah Al-Azhariyah
115. Al-kamil fi Dhu’afaa’ Ar-Rijal
Abdullah bin ‘Adiy bin Abdullah Al-Jurjani
Dar Al-Fikr
116 Kassyaf Al-Qina’ Mansur bin Yunos Al-Bahuti Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah 117. Kasyfu Al-Khafa’ Ismail bin Muhammad Al-‘Ajluni Al-
Jarrahi Muassasah Ar-Risalah
118. Lisan Al-Arab Jamaluddin MuhammadIbnuu Mandzur
At-Tho’ah Al-Amiriyah bi Bulaq
119. Lam’ah Al-I’tiqad Abu Muhammad bin Quddamah Al-Maqdisi
Al-Maktab Al-Islami
120. Al-Mabshut Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal As-Sarkhasi
Dar Al-Ma’rifah
121. Al-Muttajir Ar-Rabih Abu Muhammad Syarafuddin Ad-Dimyathi
Dar Al-Fikr
122. Majma’ Az-Zawaid Ali bin Abu Bakar Al-Haithami Dar Al-Kitab Al-Arabi 123. Al-Majmu’ Yahya bin Syaraf An-Nawawi Matba’ah Al-Muniriyah 124. Majmuk Al-Fatawa Ahmad bin Abd Halim bin taimiyah Majma’ Al-Malik Fahad 125. Mahasin At-Ta’wil (Tafsir
Al-Qasimi) Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Dar Ihya’ Al-Kutub Al-
Arabiyah 126. Al-Mahalli Ali bin Ahmad bin Said bin Hazam Dar Al-Fikr 127. Mukhtar As-Shohhah Muhammad bin Abu bakar bin Abd
Kadir Al-Mathba’ah Al-Khairiyah
128. Al-Madkhal Muhammad bin MuhammadAl-Abdari (Ibnu Al-Haj)
Dar At-Thurath
129. Mursyid Al-Ha-ir Abdullah bin Muhammad bin As-Shiddiq Al-Ghomari
Maktabah Al-Qahirah
130. Al-Mustadrak ‘Ala As-Sohihain
Muhammad bin Abdullah Al-Hakim Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah
131. Musnad Abu Ya’la Abu Ya’la Ahmad bin Ali bin Al-Muthni At-Tamimi
Dar Al-Ma’mun li At-Thurath
132. Musnad Ahmad Al-Imam Ahmad bin Hanbal Muassasah Qurthubah 133. Musnad Al-Bazzar Ahmad bin Amru bin Abd Khaliq Al-
Bazzar Muassasah Ulum Al-Quran
134. Musnad Al-Harith bi Zawaid Al-Haithami
Al-harith bin Usamah wal Hufadz Al-Haithami
Markaz Khidmat As-Sunnah wa As-Sirah
135. Musnad As-Syasyi Abu Said bin Al-Haitham bin Kulaib Maktabah Al-Ulum wa Al-Hikam
136. Musnad As-Syihab Muhammad bin Salamah bin Ja’far Al-Qadha’ie
Muassasah Ar-Risalah
137. Musnad Al-Firdaus bi Ma’thur Al-Khithab
Syiruih bin Syahradar bin Syiruih Ad-Dailami
Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah
138. Al-Musnad Al-Mustakhrij Ahmad bin Abdullah bin Ishak Al-Ashbihani
Al-Kutub Al-Ilmiyah
139. Misbah Az-Zujajah Ahmad bin Abi Bakar bin Ismail Al-Kannani
Dar Al-Arabiyah
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 114
____________________________________________________________________________________________
140. Mushannif Ibnui Abi Syaibah
Abdullah bin Muhammad bin Abi Syaibah Al-Kufi
Maktabah Ar-Rushd
141. Mushannif Abd Razak Abd razak bin Humam As-Shon’ani Al-Maktab Al-Islami 142. Muthalib Ulin Nuha Mustaffa bin Saad bin Abduh Ar-
Rahibani Al-Maktab Al-Islami
143. Mu’thasar Al-Mukhtashar Yusof bin Muhammad Al-Hanafi Alam Al-Kutub 144. Al-Mu’jam Al-Washit Sulaiman bin Ahmad bin Ayub At-
Thobrani Dar Al-Haramain
145. Al-Mu’jam As-Shoghir Sulaiman bin Ahmad bin Ayub At-Thobrani
Dar ‘Ammar
146. Al-Mu’jam Al-Kabir Sulaiman bin Ahmad bin Ayub At-Thobrani
Maktabah Al-Ulum wa Al-Hikam
147. Mu’id An-Ni’am wa Mubid Aln-Niqam
Tajuddin As-Subki Dar Al-Kitab Al-Arabi
148 Al-Mughni Abdullah bin Ahmad bin Qudamah Dar Ihya’ At-Thurath 149. Manaqib As-Syafie Ahmad bin Al-Husin bin Ali Al-
Baihaqi Dar At-Thurath
150. Mahu Al-Jalil Syarah Mukhtashar Al-Khalil
Muhammad bin Ahmad bin Muhammad (‘Ulaisy)
Dar Al-Fikr
151. Al-Muafaqat As-Shathibi Mathba’ah Muhammadiyah 152. Mawahib Al-Jalil Muhammad bin Muhammad bin Abd
Rahman (Al-Hithab) Dar Al-Fikr
153. Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah Wazarah Al-Auqaf Al-Islamiyah bin Al-Kuit
Wazarah Al-Auqaf
154. Al-Maudhu’at Al-Hasan bin Muhammad bin Al-Hasan Al-Qurasyi As-Shon’ani
Dar Al-Ma’mun At-Thurath
155. Al-Muwatha’ Al-Imam Malik bin Anas Dar Ihya’ At-Thurath 156 An-Nihayah Ibnu Al-Athir Al-Mathba’ah Al-Khairiyah 157. Nihayah Al-Muhtaj
Syarah Al-Minhaj Ahmad bin Ahmad Ar-Ramli Dar Al-Fikr
158. Nail Al-Authar Muhammad bin Ali As-Syaukani Dar Al-Hadis 159. Al-Hidayah Abu Bakar bin Ali Ar-rasydani Al-
Mirghinani Dar Al-Fikr
160. Wafa’ Al-Wafa’ Ali bin As-Saiyid As-Syarif As-Samhudi
Mathbaah Al-Adab
161. At-Taqrir As-Sanawi (Qamus Al-Mar’ah)
Ma’had Ad-Dirasat Ad-Dauliyah li Al-Mar’ah (Medrid)
Ma’had Ad-Dirasat Ad-Dauliyah
162. Taqrir Lujnah Al-Kongres li Tahqiq Jaraim Al-Ahdath
(Akhlaq Al-Mujtama’ Al-Amriki Al-Munharah) (Al-Mujtama’ Al-‘Ari bi Al-Wathaiq wa Al-Arqam)
Lujnah Al-Kongres li Tahqiq Jaraim Al-Ahdath
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 115
____________________________________________________________________________________________
P e r s o a l a n I s l a m B a h a g i a n K e d u a | 116
____________________________________________________________________________________________
Kulit Belakang
Fadhilah al-Sheikh Dr. Ali Jum'ah
Ialah Dr. Ali Jum'ah Muhammad Abdul Wahab. Beliau merupakan Mufti Besar Mesir dan salah seorang ulama
Islam di peringkat antarabangsa yang paling dihormati. Beliau ulama mazhab Syafi'i masa kini (kontemporari) yang pakar dalam bidang Syariah dan Usul al-Fiqh. Dilahirkan di wilayah atas Mesir Bani Suwaif/ Suef pada 3 Mac 1952 (bersamaan 7 Jamadil Akhir 1371 Hijrah). Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Berkelulusan dari sekolah tinggi pada tahun 1969, pernah mendaftar di Universiti Ain Shams di ibu kota, Kaherah, Mesir. Setelah menghafal al-Quran, beliau mendalami pengajian Islam, belajar hadis dan fiqh Maliki pada masa lapang semasa di universiti. Selepas selesai Ijazah Sarjana Muda (Bachelor/ B.A) dari Universiti al-Azhar, Master/ M.A dan akhirnya beliau meraih Doktor Falsafah (Ph.D) dengan kepujian tertinggi dalam Metodologi Usul al-Fiqh pada tahun 1988.
Mengajar di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti al-Azhar sejak beliau meraih Master / M.A sehingga beliau dilantik menjadi Mufti Besar Mesir. Sebelum itu beliau menjadi seorang pembantu Profesor namun akhirnya beliau menjadi seorang Profesor.
Beliau telah dilantik menjadi Mufti Besar pada akhir September 2003 oleh Presiden Hosni Mubarak, menggantikan Mufti Mohamed Ahmed El-Tayeb. El-Tayeb telah dilantik sebagai Presiden Universiti al-Azhar, mengambil alih dari Ahmed Omar Hasyim. Jawatannya di Dar al-Ifta, sebuah agensi kerajaan yang dikehendaki mengeluarkan fatwa undang-undang Islam mengenai apa-apa persoalan terhadap umat Islam yang bertanya kepada mereka, kira-kira 5000 fatwa seminggu, termasuk fatwa rasmi mengenai isu-isu penting dan pertanyaan yang diajukan melalui panggilan telefon dan internet. Beliau telah berguru secara khusus dengan 28 orang guru dan telah menerbitkan lebih daripada 21 buah karya.
Recommended