View
33
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
1
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
SULIT
BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman
Tahun 4
Mei
2018
1𝟏𝟒 jam
PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2018
TAHUN 4
Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………
BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman
Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,
C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak
2
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 16
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan berikut.
1. Para petani sibuk membanting _____________ yang telah dituai.
A. lalang C. daun
B. sayur D. padi
2. “Bilakah ______________ hendak pulang ke kampung?” tanya Azmin kepada
Zainal.
A. anda C. kami
B. aku D. kamu
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3. Hutan ______________ untuk tujuan pembangunan, pertanian dan juga
pembalakan.
A. ditebang C. diredah
B. dipotong D. dikerat
4. Peserta cilik itu menyampaikan ceritanya dengan ______________ dan gaya
yang menarik.
A. cerdik C. cekap
B. petah D. pintar
5. Bakul yang berisi baju kotor itu ibu letak ______________ atas mesin basuh.
A. di C. daripada
B. dari D. kepada
3
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6 Anisa mengutip botol dan tin minuman untuk dijual bagi mendapatkan wang
saku _______________ kanak-kanak lain seusianya masih leka bermain.
A. maka C. taktala
B. kemudian D. agar
7. “_______________, bergaya nampak hari ini! Awak hendak pergi ke mana?”
tanya Aaira kepada Mona.
A. Cis C. Ah
B. Amboi D. Wahai
8. Pokok manggis di hadapan sekolah itu semakin ________________.
A. membesar C. dibesar
B. pembesar D. terbesar
9. “Kamu semua perlu _______________ kerja sekolah yang saya beri tadi.” Cikgu
Ridzuan mengingatkan anak muridnya.
A. fahamkan C. siapkan
B. tuliskan D. buatkan
10. Pertukaran saiz kasut kepada saiz lain boleh dibuat dalam tempoh tiga hari
dari tarikh pembelian.
Pilih perkataan sinonim bagi pertukaran.
A. perubahan C. perpindahan
B. peralihan D. pergantian
4
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
11. Kami amat yakin bahawa Aisyah akan berjaya dalam peperiksaan kerana
dia rajin dalam bilik darjah.
Pilih perkataan antonim bagi yakin.
A. pasti C. tentu
B. musykil D. jelas
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
12. I. Penghuni pangsapuri itu turun dengan menggunakan tangga kerana
lif rosak.
II. Harga minyak petrol dan diesel turun sebanyak dua sen pada minggu
ini.
III. Asmah memungut buah durian yang turun dari pokok yang ditanam
oleh datuk.
IV. Hazrul menjerit ketika bot yang sarat dengan muatan itu turun di
dalam sungai.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
13. Sebagai tanda menghargai jasa pemimpin negara, Liza dan Syuhada
menampal potret tokoh-tokoh negara pada papan kenyataan.
A. Siapakah yang menampal potret tokoh-tokoh negara pada papan
pernyataan?
B. Bilakah potret dan jasa tokoh-tokoh negara ditampal pada papan
kenyataan?
C. Bagaimanakah cara Liza dan Syuhada menghargai jasa tokoh-tokoh
negara?
D. Mengapakah Liza dan Syuhada menghargai jasa pemimpin negara?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. Kita tidak akan menjadi malas, malah berasa lebih cergas jika kita rajin
bersukan.
A. Kita akan menjadi malas jika tidak bersukan dengan cergas.
B. Jika kita malas bersukan, kita akan berasa lebih cergas.
C. Rajin bersukan akan membuatkan kita berasa lebih cergas dan tidak
akan menjadi malas.
D. Kecergasan sewaktu bersukan dapat mengelakkan kita daripada
menjadi malas.
5
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.
15. A. Emak menjahit abang dua pasang baju.
B. Kakak menghadiah ibu sehelai selendang.
C. Sudah berpuluh tahun keluarga kami tinggal di kampung.
D. Setiap hari dia bermain bola sepak di padang itu.
16. I. Gasing yang terpaling lama berpusing itu diumumkan sebagai
pemenang.
II. Selepas pulang dari latihan sukan, dia terus menuju ke dapur kerana
dahaga.
III. Kita mestilah belajar dengan tekun demi mencapai kejayaan dalam
pelajaran.
IV. Puan Sakinah menyiram pokok bunga di setiap pagi supaya tidak
menjadi layu.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
6
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
17. Sikap suka membaca harus disemai sejak
A. awal kanak-kanak. C. di bangku sekolah.
B. setelah dewasa. D. di pusat pengajian tinggi.
18. Apakah manfaat yang akan diperoleh dengan membaca?
A. Dapat membeli buku-buku yang menarik.
B. Dapat dijadikan tabiat setelah menjadi ibu bapa.
C. Dapat membuang masa dengan sia-sia.
D. Dapat menambah pengetahuan dan pengalaman.
19. Pelbagai cara boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk sikap suka
membaca dalam kalangan anak-anak, kecuali
A. membelikan pelbagai bahan bacaan yang menarik dan bermanfaat.
B. meluangkan masa untuk membaca bersama dengan anak-anak.
C. membawa anak-anak ke perpustakaan, kedai dan pameran buku.
D. mengenakan hukuman kepada anak yang tidak mahu membaca.
20. Rangkai kata masa lapang dalam petikan bermaksud
A. waktu bekerja. C. waktu senggang.
B. tempoh rehat. D. saat sibuk.
7
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Gariskan kata sendi yang terdapat dalam ayat di bawah.
a) Beberapa kaki cendawan yang aneh ditemukan di Taman Cendawan, Bukit Seri
Lukut.
b) Penyajak terkenal itu mendeklamasikan dua rangkap sajak dengan penuh
syahdu.
c) Penyambut tetamu itu mengenakan serawan kerongsang pada baju
kebayanya.
d) Semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Cikgu Hasma menerima
beberapa keping kad ucapan daripada anak muridnya.
[4 markah]
Soalan 22
a) Tulis ayat majmuk daripada ayat-ayat tunggal di bawah ini.
Ayat tunggal:
I. Lori yang membawa anak-anak ayam itu terbabas.
II. Lori yang membawa anak-anak ayam itu terbalik.
Ayat majmuk:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
8
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
b) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]
c) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]
9
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
Soalan 23
Fahami puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.
a) Punca tiadanya kawasan tadahan air ialah
______________________________________________________________________________
[1 markah]
b) Sikap mencintai bumi ditanamkan dalam jiwa supaya
____________________________________________________________________________
[1 markah]
c) Ketika di kantin, Aida terlihat seorang murid tahun satu membuang bungkusan
roti ke dalam longkang. Oleh itu, Aida telah
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[2 markah]
10
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
d) Sebagai seorang yang prihatin akan alam sekitar, bagaimanakah kamu
menjaga alam sekitar supaya sentiasa bersih?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
a) Mengapakah murid tersebut tidak dapat mengambil Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah?
___________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]
11
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah.
I. Kejadian berlaku semasa murid itu dalam perjalanan pulang ke rumah
dari kelas tambahan. ( )
II. Kaki murid itu terputus apabila diseret sejauh 50 meter oleh lori yang
melanggarnya. ( )
[2 markah]
c) Pada pendapat kamu, nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengelakkan kemalangan jalan raya dalam kalangan murid.
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[3 markah]
12
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
Soalan 25
Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.
a) Selain galah panjang dan susun tin, permainan lain secara berkumpulan ialah
___________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]
13
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
b) Matlamat karnival ini diadakan adalah untuk
___________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]
c) Aufa dan adiknya ingin bermain batu seremban. Berapakah jumlah bayaran
yang perlu disediakan oleh mereka?
___________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[2 markah]
Kertas soalan tamat
14
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A
1. D
2. D
3. A
4. B
5. A
6. C
7. B
8. A
9. C
10. D
11. B
12. A
13. C
14. C
15. D
16. B
17. A
18. D
19. D
20. C
BAHAGIAN B
Soalan 21
a) di
b) dengan
c) pada
d) daripada
Soalan 22
a) Lori yang membawa anak-anak ayam itu terbabas lalu terbalik.
b) Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah bagai mencurahkan
air ke daun keladi.
c) Nah, minum air ini Sang Monyet! Inilah akibatnya jika kamu tidak mahu
mendengar nasihat orang lain.
15
PPT © 2018 [Sila lihat sebelah
Soalan 23
a) penebangan hutan yang berleluasa.
b) manusia dapat menjaga bumi tanpa memusnahkan dan mencemarkannya.
c) menegur murid tahun satu itu supaya membuang sampah ke dalam tong
sampah yang disediakan supaya tidak mencemarkan kawasan kantin.
d) Sebagai seorang yang prihatin akan alam sekitar, saya akan memastikan setiap
sampah dibuang dengan betul serta mengamalkan kitar semula agar alam
sekitar sentiasa bersih.
Soalan 24
a) Murid tersebut tidak dapat mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya.
b) I. √ II. X
c) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan
kemalangan jalan raya dalam kalangan murid adalah dengan mematuhi
peraturan jalan raya yang telah ditetapkan, melihat kiri dan kanan sebelum
melintas jalan raya dan menunggang basikal secara melawan arus.
Soalan 25
a) Selain galah panjang dan susun tin, permainan lain secara berkumpulan ialah
konda kondi.
b) Matlamat karnival ini diadakan adalah untuk menyemaikan perasaan cinta
terhadap permainan tradisional yang merupakan warisan bangsa.
c) Jika Aufa dan adiknya ingin bermain batu seremban, jumlah bayaran yang perlu
disediakan oleh mereka ialah RM4.
Recommended