View
229
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN RAKYATHouse of Representatives
PARLIMEN KELAPANEighth Parliament
PENGGAL KEDUASecond Session
Jilid II Bil. 60 Hari Selasa 15hb Disember 1992
KANDUNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 39)
RANG UNDANG-UNDANG:
Rang Undang-undang Perbekalan 1993Jawatankuasa -Jadual:Maksud B.50 (Ruangan 40)Maksud B.51 (Ruangan 63)Maksud B.52 (Ruangan 119)
USUL-USUL:
Anggaran Pembangunan 1993Jawatankuasa —Maksud P.50 (Ruangan 40)Maksud P.51 (Ruangan 63)Maksud P.52 (Ruangan 119)
Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskandaripada Peraturan Mesyuarat (Ruangan 88)
DR.15.12.92.
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Selasa, I5hb Disember, 1992
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
BOLASEPAK LIGA SEMI-PRO - PEMAIN IMPOPT
1. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Belia dan Sukan menyatakanmengenai bolassepak Liga Semi-Pro:-
(a) sejak Liga ini dilancarkan pada tahun 1989,berapa ramaikah pemain-pemain import yangdiambil bermain untuk negeri-negeri sehinggaOgos 1992. Dari negara manakah pemain-pemaintersebut diimport;
(b) berapakah jumlah belanja yang telah dikeluarkanoleh persatuan-persatuan bolasepak negeri untukmembeli dan membayar gaji pemain-pemain importtersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992;
(c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatanhasil dari kedatangan pemain-pemain importtersebut; dan
(d) adakah Kerajaan akan mengharamkan pengambilanpemain-pemain import dari Yugoslavia untuk LigaBolasepak Semi-Pro di masa akan datang.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Cik Teng Gaik Kwan]: Tuan
Yang di-Pertua,
(a) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghadkan
pengambilan pemain-pemain asing tidak melebihi
tiga brang pada satu pasukan. Bilangan pemain
asing dari tahun 1989 hingga 1992 adalah seperti
berikut:
DR.15.12.92.
1989 - 34 orang.
1990 - 45 orang.
1991 - 48 orang.
1992 - 48 orang.
Negara pemain-pemain asing ini adalah dari
Austria, Czechoslovakia, Indonesia, Singapura,
Yugoslavia, Germany, Nigeria dan Poland.
(b) Pemain-pemain asing ini dibayar dan diberi kemudahan-
kemudahan seperti berikut:-
(i) Kebanyakan pemain asing dibayar gaji di antara
US$l,000 - US$2,000 sebulan. Ada sebilangan
kecil dibayar sehingga US$3,000.
(ii) Pemain-pemain ini hanya dibayar gaji sekurang-
kurangnya untuk empat bulan dan tidak melebihi
lapan bulan setahun.
(iii) Pemain-pemain asing juga diberi keraudahan
penginapan dan kenderaan tempatan.
(c) Belum ada kajian dijalankan mengenai peningkatan
mutu bolasepak dengan terlibatnya pemain asing.
Sungguhpun tegitu, peningkatan hasil kutipan pintu
iaitu RM5.3 juta pada tahun 1988 sebelum terlibatnya
pemain asing dan pada tahun 1991 sebanyak RN10.5 juta
memberi gambaran memang berdapat minat orang ramai
terhadap bolasepak.
DP.15.12.92. - 3 -
(d) Kerajaan belum bercadang mengharamkan pengambilan
pemain-pemain import dari Yugoslavia untuk Liga
Bolasepak Semi-Pro di masa akan datang.
Tuan Haji Ishak bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Salah satu perkara yang kelihatan jelas akibat daripada
semi-pro ini ialah apabila pemain-pemain bolasepak yang terlibat
didapati lebih berminat untuk bermain di peringkat negeri dan contoh
yang terbaru sekali ialah apabila kita lihat dalam kejohanan di
Singapura baru-baru ini didapati ramai pemain yang tidak berminat
untuk mewakili negara dan prestasi pasukan bolasepak negara juga
dalam kejohanan tersebut didapati amat mengecewakan. Soalannya
ialah sejauh manakah Kementerian berpendapat bahawa kejohanan
semi-pro ini telah membantu atau usaha-usaha dibuat ke arah membantu
meningkatkantaraf bolasepak pasukan negara?
Yang kedua, kita dapati bahawa semi-pro juga telah menyebabkan
persatuan-persatuan yang kaya masih mengekalkan kedudukan prestasi
permainan mereka, berbanding dengan pasukan-pasukan daripada negeri-
negeri yang miskin. Apakah Kementerian bercadang untuk melihat
perkara ini dan sejauh manakah langkah-langkah dibuat untuk membantu
pasukan-pasukan miskin dalam semi-pro?
DR.15.12.92. - 4 -
Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang
Berhormac, mengenai prestasi pasukan semi-pro yang terlibat dengan
kejohanan di Melian di Singapura, sebenarnya pihak Kerajaan pun
tidak berpuas hati dengan prestasi mereka itu. Tetapi memandangkan
bahawa persatuan berkenaan mempunyai pemain-pemain yang baru yang
telah diturunkan berraain di kejohanan itu, sebab itu bolehlah
dikatakan prestasinya tidak berapa tinggi.
Dan soalan yang kedua, pihak Kerajaan.....saya tidak begitu
jelas maksudnya, membantu pemain-pemain miskin, bukan?
Tuan Haji Ishak bin Arshad: Mutu permainan pasukan-pasukan
dari negeri yang miskin.
Cik Teng Gaik Kwan; Pasukan-pasukan misktin atau pemain miskin,
ini adalah salah satu dari tujuan juga bagi FAM mengadakan semi-pro
ini kerana boleh dikatakan hasil pendapatan meningkat iaitu
semenjak tahun 1988 yang kita mengadakan semi-pro, income atau hasil
boleh dikatakan meningkat. Inipun adalah satu cara bagi membantu
pemain-pemain yang miskin.
DR. 15.12.92 - 5 -
PEKERJA-PEKERJA LADANG - GAJI DAN KEMUDAHAN
2. Puan Hajah Ilani binti Dato' Haji Isahak minta Menteri SumberManusia menyatakan:
(a) apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaanbagi mempastikan pekerjaan di ladang menjadi Lebih menarikkepada rakyat tempatan;
(b) apakah benar pada keseluruhannya upah pekerja ladang jikadibanding dengan gaji kilang adalah rendah;
(c) adakah pekerja ladang diberi gaji tambahan (increment)tahutian, bonus tahunan dan bayaran gaji bulanan;
(d) adakah benar maslh baayak ladang ttdak merabekal air bersihsecukupnya kepada pekerja-pekerja ladang. Bagaimanadengan keadaan perumahan bagi pekerja-pekerja ladang.Apakah Kerajaan sudah puashati dengan kesesuaiannya bagipekerja-pekerja tempatan; dan
(e) apakah jenis bantuan, dorongan dan galakan yang diberioleh Kerajaan bagi memastikan keadaan hidup bagi pekerjaladang menjadi Lebih baik.
Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' M. Mahalingam]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon supaya soalan ini dijawab secara bertulis
kerana pertanyaan ini sungguhpun satu tetapi mengandungi lima
bahagian yang perlu dijawab satu persatu dan melibatkan jawapan yang
panjang yang mengandungi lapan muka. Kalau diberikan keizinan, saya
mohon menjawabnya secara bertulis, kalau tidak, saya mohon membaca-
nya.
DR.15 .12 .92 - 6 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Kalau jawapannya panjang dan mengambil masa yang
panjang, kita boleh benarkan supaya jawapan itu dibuat secara
bertulis.
Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Timbalan Yaag di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Soalan tambahan? Tiada jawapan tadi. Jawapannya
secara bertulis. [Ketawa] Baiklah,
Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. [Ketawa] Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan
Menteri, mengapakah ada perbezaan dari segi upah antara pekerja
tempatan dengan pekerja asing di ladang kelapa sawit, misalnya di
PuLau Carey terdapat pekerja-pekerja asing yang menerima upah yaag
lebih tinggi daripada pekerja tempatan.
Soalan kedua, setakat ini berapakah kes penyakit berbahaya yang
dikesan yang telah dibawa oleh pekerja-pekerja asing seperci HIV dan
apakah langkah-langkah yang telah diambiL oleh Kempeterian?
Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menjawab,
jadi bagalamana saya hendak berikan jawapan kepada soalan tambahan
itu. Soalan jawapan berbangkit daripada jawapan yang saya berikan ,
DR.15.12.92 - 7 -
elucidation dengan apa yang saya berikan di Dewan yang mulia ini
Bila Speaker kata jawapan secara bertulis, macam mana saya hendak
jawab?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Ya, ya. Timbalan Menteri kata tiada soalan tembahan.
fasal jawapannva secara bertulis.
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya minta jawapan secara bertulis-
lah.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Cubalah. Terpulanglah kalau beliau mahu jawab atau
tidak.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tetapi kalau boleh jawab, jawab
cepatlah. Soalan saya ialah, kita bersyukur oleh kerana ada usaha
dari pihak Ahli Parlimen S46 untuk membela nasib pekerja, oleh
kerana kita lihat banyak masalah Trade Union ini yang melibatkan
pekerja, yang memberi sumbangan kecil kepada Trade Union masing-
masing. Tetapi kita dsrati kepimpiman Trade Union selalu menyalah-
gunakan wang ini untuk kepentingan diri mereka dan jarang sangat
memperjuangkan perkara ini secara langsung khusus terutamanya
melalui Ahli-ahli Parlimen yang lebih berkaliber seperti Ahli-ahli
Parlimen Barisan Nasional . Soalan saya, adakah Yanp Berhormat ingin
menyiasat kepada kedudukan kewangan N U P W , if I not mistaken dan
juga TWU berhubung dengan tindakan mereka mengenai pekerja-pekerja
Dato' K. Mahalingam: Tuar Yans di-Pertua, soalan Yang
Berhormat dari Arau itu tidak berkaitan dengan soalan asal .
[Ketawa]
D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 - 8 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji
Ismai1.
[Soalan No . 3 — Y.B. Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail
tidak hadir].
UNDANG-UNDANG SYARAK DALAM PENTADBIRAN NEGERI
4. Dr. Sanusi bin Daeng Mariok minta Perdana Menteri menyatakansejauhmanakah kesediaan Kerajaan Pusat memberi laluan kepadaKerajaan Negeri bagi melaksanakan undang-undang "Syarak" dalampentadbiran negeri berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato Dr. Haji
Abdul Hamid bin Haji Othman]: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pusat
sedia memberi perhatian dalarn hal memberi laluan kepada Kerajaan
Negeri bagi melaksanakan undang-undang "Syarak" dalam pentadbiran
negeri berkenaan dengan mengikut .amaian undang-undang di negara
ini. Walaupun demikian, kajian dan penelitian yang terperinci dari
sudut peraakalan dan implikasi sesuatu undang-undang yang hendak
dijalankan perlulah dibuat terlebih dahulu. Seboleh-bolehnya,
pelaksanaan itu perlulah menggambarkan penerimaan masyarakat dan
daya penyelarasan undang-undang di antara negeri-negeri di dalam
Malaysia.
Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-pertua, tadi
Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa Kerajaan Pusat
sanggup memberikan kerjasama kepada mana-mana Kerajaan Negeri yang
berniat untuk melakukan hukum 'Syarak'. Katakanlah ada mana-mana
Kerajaan Negeri dalam Malaysia ini yang meminta kerjasama daripada
Kerjaan Pusat untuk meluluskan sesuatu undang-undang di parlimen ini
bagi membenarkan mana-mana negeri melaksanakan hukum 'Syarak',
DR.15.12.92 - 9 -
adakah Kerajaan Pusat sanggup memberikan kerjasamanya?
Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yans
di-pertua, pertama, dalam. soalan tambahan itu di gunakan perkataan
"kacakanlah". Jadi perkara itu tidak boleh dibincangkan di sini
kerana ianya khayalan sahaja. Dan isi kandungan soalan itupun sudah
dijawab - Kerajaan sedia memberi perhatian dalam hal memberi•
laluan. Itulah ertinya.
Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Setakat ini adakah mana-mana Kerajaan Negeri yang telah
meminta Laluan daripada Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum
Syarak di negeri-negeri?
Yang kedua, adakah perkara seperti mengharamkan arak itu di
bawah bidangkuasa negeri ataupun Pusat?
Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang
di-pertua, telah banyak negeri dalam Malaysia ini yang meminta
kebenaran untuk menjalankan undang-undang hukum Syarak ini - dari
dahulu lagi. Undang-undang mengenai keluarga Islam sudah Lama
berjalan dan Kerajaan membenarkan. Mengenai undang-undang yang
bersangkut dengan pajak-gadai Islam - itu ada hubungannya dengan
Akta yang berkenaan - ada negeri yang minta dan telah dibenarkan.
Banyak lagi undang-undang yang ura-ura pihak negeri bercadang hendak
mengemukakan kepada Kerajaan Pusat tetapi secara substantivenya
belum ada yang sampai ke Kerajaan Pusat. Hanya dengar khabar di
luar melalui akhbar-akhbar dan cakap-cakap di kempen-kempen
berkenaan sahaja.
Mengenai soalan arak ini, sepertimana yang kita sedia maklum,
DR.15.12.92 - 10 -
penjualan yang serupa itu adalah dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri,
maka ada Kerajaan Negeri yang menjalankannya tanpa merujuk kepada
kebenaran Kerajaan Pusat,
Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada dalam masa memberikan
perhatian dalam melaksanakan undang-undang Syarak ini, adakah pihak
Kerajaan sedar tentang perasaan bimbang oleh kaum bukan Islam,
khususnya apabila undang-undang tersebut boleh sedikit-sebanyak
mencabuli hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan. Adakah pihak Kerajaan bersedia menubuhkan satu Majlis
Perundingan Negara yang mengandungi semua agama termasuk yang bukan
Islam dan yang beragama Islam supaya perasaan khuatir dan risau
mereka, khususnya kaum-kaum bukan Islam, boleh diatasi, bahawa dalam
pelaksanaan hukum Syarak, sifat sekularisma Perlembagaan Persekutuan
tidak akan dicabuli. Sekian.
Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang
di-Pertua, bahagian akhir jawapan tadi telah merangkumi soalan Yang
Berhormat, iaitu seboleh-bolehnya pelaksanaan itu perlulah
menggambarkan penerimaan masyarakat dan daya penyelarasan undang-
undang di antara negeri-negeri dalam Malaysia. Jadi merangkumi
semua hasrat dan cita-cita rakyat Malaysia dan perkara menubuhkan
Jawatankuasa atau Lembaga dan sebagainya, itu akan diteliti apabila
sampai masanya.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Nor.
Tuan Ahmad bin Nor: Sebelum saya mengajukan soalan ini kepada
Timbalan Menteri, saya berharap akan mendapat jawapan yang memuas-
kan. Soalan No.5.
SISTEM DOKTOR-DOKTOR PANEL - AMALAN SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA
5. Tuan Ahmad bin Nor minta Meneri Sumber Manusia menyatakan:
(a) adakah Kerajaan sedar bahawa amalan sistem doktor-doktorpanel oleh syarikat-syarikat swasta kebanyakan tidakberlaku adil kepada pekerja-pekerja yang sakit sedangkanpara doktor panel lebih mementingkan pendapacan danhubungan mereka dengan syarikat sehingga ada ketikapekerja yang sakit teruk setelah mendapat rawatan dipaksauntuk balik bekerja semula; dan
(b) bolehkah Kerajaan membuat kajian dan pertimbangan supayapekerja bebas menerima rawatan dari mana-raana doktor yangbertauliah dan tidak terikat dengan doktor-doktor panelyang ditentukan oleh syarikat.
Dato' M. Mahalingam: Saya bukan dacang ke sini untuk mendapat-
kan publisiti. Kita memberikan jawapan yang sepatutnya tiap-tiap
kali yang diberikan di sini.
Tuan Yang di-Pertua,
(a) amalan sistem doktor-doktor panel oleh syarikat-syarikat
pada umumnya berjalan dengan 1ancar. Amalan sistem
melantik doktor-doktor panel oleh syarikat-syarikat adalah
lebih berfaedah kepada pekerja-pekerja kerana majikan akan
menanggung segala perbelanjaan rawatan pekerjanya. Dalam
kebanyakan kes, faedah ini juga dipanjangkan kepada
keluarga pekerja-pekerja berkenaan. Pekerja-pekerja juga
bebas berjumpa dengan mana-mana doktor yang ada dalam
panel syarikat di mana mereka bekerja dan suka.
DR.15.12.92 -12-
Mengenai aduan Ahli Yang Berhormat bahawa
para doktor tidak berlaku adil kepada pekerja-
pekerja, sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai
kes yang spesifik, silalah rujukkan perkara
tersebut kepada Kementerian Sumber Manusia untuk
disiasat.
(b) Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat dari Bayan Baru bukan merupakan satu
masalah yang serius. Kementerian Sumber Manusia
jarang menerima aduan dari pekerja-pekerja
mengenai hal ini. Oleh itu, adalah tidak wajar
perkara ini dibangkitkan sebagai satu perkara
untuk dipertimbangkan. Pada hal sistem doktor-
doktor panel oleh syarikat-syarikat pada umunmya
berjalan dengan lancar.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri mengenai
doktor panel. Pada satu ketika dahulu saya bercakap berhubung
dengan medical chit syndrom. Adakah medical chit syndrom ini
berlaku kepada yang terlibat sebagai panel kepada syarikat-syarikat
yang besar, dan adakah Kementerian mengambil tindakan supaya perkara
ini tidak menggugatkan dayausaha untuk meninggikan tahap human
resources, sumber manusia di negara ini? Soalan pertama.
Soalan kedua, adakah pihak pertubuhan pekerja memberi tumpuan
agar medical chit syndrom ini tidak berlaku kepada para pekerja?
DR.15.12.92 -13-
Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua soalan Yang
Berhormat tadi bangkitkan ialah mengenai doctors activicies. Oleh
itu, soalan itu wajar dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan.
Tuan Ahmad bin Nor: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, ada-
kah Timbalan Menteri sedar bahawa jika sekiranya, walaupun bebaskan
dikatakan tadi para pekerja berjumpa dengan mana-mana doktor, tetapi
biasanya jika sekiranya pengakuan doktor yang selain daripada panel-
panel doktor itu tidak akan diterima oleh syartkat, kecuali akan di-
rujuk semula kes-kes berhubung dengan kesihatan dan lain-lain
berhubung dengan. perubatan diserahkan kepada panel doktor semula.
Sekarang saya hendak tanya, jika sekiranya perkara masalah ini
berterusan, bolehkah para pekerja mendapat pemeriksaan perubatan
kesihatan di klinik ataupun di hospital Kerajaan, dan bolehkah
Kementerian mengarah supaya syarikat-syarikat mengakui dan menerima
pemeriksaan rawatan, dan termasuk cuti sakit yang diberikan oleh
klinik dan hospital Kerajaan?
Dato' M. Mahalimgan: Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang
Berhormat dari Bayan Baru, sekiranya pihak majikan dan kesatuan
sekerja dapat berunding dan bersetuju supaya pihak pekerja bebas
menerima rawatan dari mana-mana doktor yang bertauliah dan tidak
terikat dengan doktor-doktor panel yang diperuntukkan. oleh syarikat,
pihak Kementerian tidak ada apa-apa halangan dan mengalu-alukan
tindakan yang sedemikian.
DR.15.12.92 -14-
KTM - JUMLAH PENUMPANG DAN KARGO
6. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman minta MenteriPengangkutan menyatakan:-
(a) jumlah penumpang dan perkhidmatan kargo melaluiperkhidmatan Keretapi Tanah Melayu pada tahun1991 hingga Jun 1992;
(a) apakah perkhidmatan-perkhidmatan. baru yangdiperkenalkan oleh KTM untuk menggalakkan tabiatmenggunakan Keretapi di kalangan rakyat Malaysiadan pelancong asing; dan
(c) apakah program yang akan dirancang dan disusunsetelah KTM diperbadankan untuk menjadikan KTMBerhad mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajah Zaleha binti
Ismail]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan
Keretapi bagi tahun 1991 ialah seramai 8,718,432
orang. Dan bagi Januari hingga Oktober 1992
ialah seramai 6,215,584 orang.
Jumlah kargo yang diangkut oleh keretapi
bagi tahun 1991 ialah sebanyak 4,349,995 tan.
Bagi Januari hingga Oktober 1992 ialah sebanyak
3,094,683 tan.
(b) Kerajaan sentiasa menggalakkan tabiat menggunakan
Keretapi di kalangan rakyat Malaysia dan.
pelancong asing. Ke arah ini, KTM Berhad telah
memperkenalkan satu perkhidmatan baru, iaitu
Ekspres Timuran di antara Singapura-Tumpat mulai
15hb Oktober 1992. Perkhidmatan ini diadakan
sebagai usaha galakan kepada rakyat Malaysia dan
DR.15.12.92 -15-
juga pelancong-pelancong asing, khususnya dari
Singapura yang ingin, membuat lawatan ke Pantai
Timur. Dalam pada itu, perkhidmatan-perkhidmatan
yang sedia ada sedang dipertingkatkan kemudahan
dan mutunya.
(c) Setelah diperbadankan pada Ihb Ogos 1992 KTM
Berhad telah menyusun beberapa strategi yang
berorientasikan komersil untuk menyediakan
perkhidmatan yang cekap bagi semua peringkat
rakyat Malaysia.
Dr Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat
menerangkan sesuatu yang saya nampak aneh juga, pada tempoh hari
saya nampak ada list dalam koc-kocnya, 'Indian Railway Service' .
Adakah ini bermakna Indian Railway Service telah masuk ke Malaysia
untuk mengambilalih KTM dengan adanya penswastaan atau
diperbadankan? Saya tengok ada tulisan di situ 'Indian Railway
Service'. Saya pun hairan juga. Adakah ini bermakna diperbadankan
dengan diambilalih oleh Indian Railway Service?
Beberapa Ahli: [Menyampukl
Dr Tan Seng Giaw: Saya nampak ada rakan-rakan. di situ tidak
berminat dengan perkara seperti ini. [Ketawa] Bolehkah Yang
Berhormat menerangkan setakat manakah landasan, kembar, perkhidmatan
special rail ini, berjaya dilaksanakan?
Datin Paduka Hajah Zeleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,
rasanya kami bukan tak berrainat, kami rasa geli hati sebab saya
sendiri pun tak sedar ada pula Indian Railway Service tercatat.
Di manakah Yang Berhormat? Di dalam kockah, di manakah?
DR.15.12.92 -16-
Dr Tan Seng Giaw: Saya nampak di Segambut. Saya tengok di koc
itu 'Indian Railway Service', sama ada ini satu pengkhianatan
ataupun. sengaja diadakan di situ? Saya pun tak tahu, cuma hendak
tanya bilakah meresap masuknya Indian Railway Service?
Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Kalau itu yang•
dimaksudkan ialah kerana kerja-kerja membina landasan baru ataupun
menukar landasan, dilaksanakan oleh IRCON, iaitu (Indian Railway
Construction). Itulah sebabnya ada mereka di situ. Jadi, bukanlah
tuduhan Yang Berhormat tadi itu mengatakan bahawa KTM Berhad ini
sudah tukar pula jadi Indian Railway Service. Saya pun hairan juga
tadi. Saya geli hati sebab saya rasa tak pernahlah dalam
Kementerian kami membuat keputusan sedemikian.
Mengenai projek landasan berkembar, ianya sedang dilaksanakan.
dan dijangka siap keseluruhannya pada April 1995. Penyiapan
kerja-kerja itu iaitu dari Sentul sampai ke Shah Alam - May 1994.
Dari Sentul ke Pelabuhan Kelang - September 1994. Dari Rawang ke
Kuala Lumpur - Oktober 1994. Kuala Lumpur ke Bangi - November 1994,
dan Kuala Lumpur ke Seremban - April 1995. Kerja-kerja ini sedang
dilaksanakan sekarang.
Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
tahu, ada dua soalan. Pertama, sejauhmanakah pihak KTM sudah
membuat kajian ataupun mengambil langkah yang positif ke arah
cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya stesen-stesen
keretapi dijadikan pusat-pusat membeli-belah sebagai salah satu
daripada usaha untuk menarik minat ataupun kecenderungan rakyat
mengguna keretapi.
DR.15.12.92 -17-
Perkara yang kedua, saya mendapat tahu bahawa KTM banyak
memberi tanah ataupun lease tanah kepada setinggan-setinggan
terutamanya yaag menduduki tanah-tanah kepunyaan Keretapi Tanah
Melayu.
Jadi, apabila timbul pelaksanaan penswastaan dan sebagainya,
bagaimanakah kedudukan setinggan-setinggan ini, dan adakah mereka
terpaksa membayar balik ataupun apakah cara yang akan digunakan oleh
KTM bagi mengatasi masalah setinggan-setinggan yang menduduki
tanah-tanah kepunyaan keretapi?
Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,
tadi saya telah jawab, saya kata, mengenai soalan pertama dari Ahli
Yang Berhormat itu iaitu langkah-langkah positif mengenai
menggunakan stesen-stesen atau mengubahsuai stesen-stesen itu
untuk menjadi pusat membeli-belah dan sebagainya, saya telah
mengatakan tadi iaitu KTM Berhad menyusun beberapa strategi yang
berorientasikan komersial dan stesen-stesen itu ialah salah satu
daripadanya.
Mengenai tanah yang dikatakan dileasekan kepada setinggan,
kepada setinggan KTM tidak pernah leasekan tanah. Mereka hanya
duduk di tanah-tanah KTM itu tanpa kebenaran. Tetapi, telah
dibenarkan beberapa lama, berpuluh-puluh tahun. Kalau setinggan
memang tidak pernah, tetapi apabila KTM terpaksa menggunakan
DR.15.12.92 -18-
tanah-tanah rizab itu tadi, mereka ini ditempatkan senulla dengan
membina rumah-rumah panjang supaya mereka itu terbela. Dan
Wakil-wakil Rakyat pun senang hatilah, saya salah seorang
daripadanya jugalah. Kalau tidak, menjadi masalah kepada Ahli-ahli
Parlimen dan Wakil-wakil Rakyat Negeri mengenai setinggan ini.
Mengenai tanah-tanah TOL, sebahagian besar daripadanya masa ini
masih lagi dibenarkan, dan apabila KTM nanti sudah membuat satu
strategi hendak menggunakan atau hendak membangunkan tanah-tanah
itu, sudah tentulah ianya akan diambil balik.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin.
[Soalan No. 7 - Y.B. Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin
tidak hadir]
" WU SUU" DALAM SUKAN KOMANWEL - PEMILIHAN
8. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Belia dan Sukan menyatakansama ada Kerajaan akan menerima "Wu Shu" (Silat Cina) sebagai satuacara dalam Sukan Komanwel yang akan berlangsung di Malaysia pada1998. Sekiranya tidak, mengapa.
Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, penentuan jenis sukan
yang akan dipertandingkan dalam Sukan Komanwel ditetapkan oleh
Persekutuan Sukan Komanwel. Persekutuan ini, sebagai badan pengawal
Sukan Komanwel, telah pun menetapkan sebanyak 11 jenis sukan yang
akan dipertandingkan di Sukan Komanwel pada tahun 1998 iaitu Sukan
Olahraga, Akuatik, Badminton, Lawn Bowling, Tinju, Lumba Basikal,
DR.15.12.92 -19-
Gimnastik, Bola Jaring, Menembak, Skuasy dan Angkat Berat.
Malaysia sebagai sebuah negara yang menawarkan untuk menjadi
tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998 telah mengemukakan tiga
lagi sukan tambahan iaitu Hoki, Kriket dan Ragbi untuk dipertanding-
kan di Sukan Komanwel kelak.
Walau bagaimanapun, Persekutuan Sukan Komanwel belum memberi
keputusan persetujuan untuk menerima sukan-sukan tambahan tersebut
setakat ini. Wu Shu tidak termasuk dalam senarai pilihan yang
dikemukakan oleh Persekutuan Sukan Komanwel.
Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Bolehkah Timbalan Menteri memberitahu, sama ada Persatuan Olimpik
Malaysia ataupun badan-badan sukan Malaysia telah mencadangkan
bahawa Sukan Komanwel akan mempertimbangkan sama ada silat dan juga
Wu Shu, bukan hanya dapat dipertandingkan secara rasmi, dan juga
kalaii tidak bolehkah ini menjadi satu pertunjukan rasmi di Sukan
Komanwel yang akan dacang.
Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya
sebutkan tadi, Kementerian Belia dan Sukan cuba mencadangkan untuk
menambah lagi tiga jenis sukan sahaja. Dan barangkali ada
kemungkinan besar kita akan membuat cadangan untuk silat atau Wu Shu
untuk pertunjukan sahaja.
Puan Lim Lay Hoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya
ingin hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah
rancangan Kementerian untuk mengembangkan Wu Shu di kalangaa
masyarakat Malaysia terutama di kalangan murid-murid di
DR.15.12.92 -20-
sekolah-sekolah.
Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, jawapan untuk Ahli
Yang Berhormat dari Padang Serai, Kementerian Belia dan Sukan memang
menggalakkan .Wu Shu menjadi sejenis sukan yang popular di kalangan
sekolah. Tetapi, ini terpulanglah kepada Persatuan Wu Shu, kita
tidak boleh berbuat apa-apa.
SAHAM TELEKOM DI SARAWAK - PENGAGIHAN
9. Tuan Wahab bin Suhaili minta Menteri Kewangan menyatakanpihak-pihak yang telah diagihkan dengan saham Telekom di Sarawak.Sila nyatakan dengan terperinci saraa ada orang perseorangan,syarikat-syarikat atau badan-badan berkamm.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Loke Yuen Yow]: Tuan Yang
di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam kes Terbitan
Awam Saham Telekom, hanya dua pihak sahaja di Sarawak yang dtagihkan
dengan saham tersebut. Pihak yang berkenaan adalah Kerajaan Negeri
dan Syarikat Cita Positif Sdn. Bhd. di mana masing-masing
diperuntukkan saham sebanyak 2.4 juta sahara dan 1 juta saham.
Dr. Nawawi bin Mat Awin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Untuk mengelakkan soalan yang berpanjangan mengenai Terbitan Saham
STM ini, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan memberi
senarai penuh untuk seluruh negara.
Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab
soalan tambahan ini, boleh saya menyebut dengan secara terperinci
DR.15.12.92 -21-
semua pihak yang diberikan ataupun yang telah dapat saham Syarikat
Telekom Malaysia Berhad (STMB).
Tuan Yang di-Pertua, senarai ini agak panjang.
Pengagihan Saham Terbitan Awam Syarikat Telekom Malaysia Berhad
(STMB) adalah sebanyak 500 juta unit saham biasa. Adalah diberikan
seperti berikut:-PNB - 100 juta unit saham;Kakitangan ataupun Pengarah STMB
- bagi Kakitangan - 70.5 juta unit saham;
ESOS - 29.5 juta unit saham;
Tawaran kepada orang awam di mana 51.9 juta dikhaskan untuk
pelabur-pelabur dan Institusi-institusi bumiputera - 147.9 juta unit
saham;
Dan Cawaran kepada pelabur-pelabur yang diluluskan adalah
seperti berikut:-MOF Incorporated - 88.249 juta unit;
KWSP - 10 juta unit;DPPM - 5 juta unit;
LUTH - 1 juta unit;
Syarikat Cita Positif Sdn. Bhd. - 1 juta unit saham;MAIKA Holdings - 1 juta unit;
Advanced Personal Computer Sdn. Bhd. - 3 juta unit;
SP Management Services Sdn. Bhd. - 3 juta unit;Clearway Sdn. Bhd. - 3 juta unit;
DR.15.12.92 -22-
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua , banyak bunyi
monyet. [Ketawa]
Peruntukan kepada Kerajaan Negeri - 24 juta unit saham;
Peruntukan kepada Sultan dan Yang di-Pertua Negeri - 1.1 juta
unit saham;
Dan Kakitangan Kumpulan K,L&M dalam Syarikat STMB - 11.751 juta
unit saham.
Jumlahnya - 500 juta unit saham.
DR.14.12.92 - 23 -
Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa
saham STM menjadi begitu "Super Blue Chip", ia merupakan satu
peluang uatuk cepat kaya, maka apakah mekanisme yang ada sekarang di
bawah Kementerian berkenaan ataupun di bawah dasar Kerajaan Barisan
Nasional untuk memastikan bahawa wujudnya keadilan. Contohnya,
kenapa 10 juta saham diberi kepada MIC atau MAIKA - saya tidak
tahulah, dengan hujah bahawa ini adalah untuk memajukan bangsa India
sebab mereka masih mundur. Kami, untuk menolong mana-mana bangsa
yang miskin, DAP tidak menentang. Tetapi kenapa saham ini tidak
diberi kepada bangsa-bangsa asli di negeri Sarawak dan Sabah yang
lebih mundur dan lebih miskin daripada bangsa India seperti bangsa
Iban, Dayak, Kadazan, Dusun dan orang Ulu. Mereka pun ada persatuan
seperti DBMA, STU dan sebagainya.
Apakah mekanisme yang ada untuk memastikan bahawa pengagihan
saham pada masa lepas dan pada masa akan datang akan dijalankan
secara adil, supaya mereka yang betul-betul memerlukan bantuan dapat
diterima?
Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang jelas
kita lihat, bahawa Kerajaan kita selalu memastikan keadilan apabila
mengagih-agihkan saham-saham, seperti saham STMB. Berkenaan dengan
MAIKA, saya tidak ingin menyebut banyak mengenai perkara ini, kerana
ia masih di dalam siasatan pihak yang berkenaan. Dan sama ada
pengagihan ini adil atau tidak, itu terpulanglah kepada siasatan
yang sedang dibuat. Berkenaan dengan kaum-kaum lain yang miskin,
yang perlu diberikan saham 'blue chip" seperti saham syarikat
DR.14.12.92 - 24 -
Telekom ini, Kerajaan bersetuju, tetapi pihak-pihak yang berkenaan
mestilah memohon melalui chanel-chanel yang betul dan seperti yang
saya sebutkan tadi bahawa PNB diberikan 100 juta unit dan inipun
adalah untuk orang-orang awam ataupun kaum-kaum yang miskin dan juga
kakitangan kumpulan K, L dan M. Itu yang diminta oleh pihak yang
berkenaan dan sebanyak 11.751 juta unit saham yang diberikan kepada
kakitangan kumpulan K, L dan M itu adalah untuk kumpulan yang rendah
dan pihak-pihak seperti KWSP pun diberikan saham, juga kepada
Kerajaan-kerajaan Negeri dan orang-orang awam. Ini adalah adil
sekali dan keputusan tni telah dibuat oleh Kabinet.
KEGELINCIRAN KERETAPI DI RAWANG - HASIL SIASATAN
10. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Pengangkutan menyatakanhasil siasatan terperinci terhadap kegelinciran keretapi di Rawang,tiga hari selepas pelancarannya baru-baru ini.
Datin Paduka Hajah Zaleha bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua,
penyiasatan mengenai kejadian kegelinciran keretapi di Rawang pada
20hb Jun, 1992 adalah di peringkat akhir dan dijangka laporan
mengenainya akan disiapkan tidak lama lagi.
LESEN PERJUDIAN - LANGKAH YANG DIAMBIL
11. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Kewanganmenyatakan:
(a) jenis-jenis perjudian yang diberi lesen oleh KerajaanPusat untuk menjalankan operaslnya mengikut pecahan negeridari tahun 1980 - 1992;
(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menghapuskannya .
DR.14.12.92 - 25 -
Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua:
(a) Semenjak tahun 1980 hingga 1992 jenis-jenis lesen
perjudian yang dilesenkan oleh Kerajaan Pusat adalah
seperti berikut:-
(i) Lesen Pertaruhan Empat Nombor Ekor - tiap-
tiap negeri melainkan Kelantan mulai Ihb
Januari 1991;
(ii) Lesen Pertaruhan Sports TOTO - melainkan
Kelantan mulai Ihb Januari, 1991;
(iii) Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan
Kebajikan - yang mana telah ditutup pada
tahun 1990;
(iv) Lesen Pertaruhan Nombor Ramalan 3D, 1+3D
dan Loteri Sweepstakes - yang hanya ber-
operasi di Seraenanjung sahaja mulai 1989;
(v) Lesen pengendalian Mesin Slot kepada Kelab-
kelab Syarikat dan Kelab-kelab persatuan di
Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
sahaja;
(vi) Lesen Kasino di Genting Highlands;
(vii) Lesen Pertaruhan Norabor Ramalan 4D, 3D dan
Lotto di Sabah;
(viii) Lesen Pertaruhan Nombor Kuda - yang di-
jalankan hanya di Kelab Lumba Kuda, Pulau
Pinang, Perak dan Selangor.
DR.14.12.92 - 26 -
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada
masa ini iaitu pada tahun 1992, tidak terdapat Lesen ataupun
keraudahan baru yang diluluskan. Aktiviti-aktiviti ataupun jenis-
jenis perjudian yang disebutkan tadi telah dikurangkan. Antaranya:
(i) Pada tahun 1989, Kerajaan telah menamatkan lesen•
pertaruhan Ascot Sports Sdn. Bhd., dan pada
tahun 1990 Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan
Kebajikan pula ditamatkan operasinya;
(ii) Di antara tahun 1989 hingga tahun 1990, lesen
pengendalian Mesin Slot oleh Kelab-kelab
Syarikat telah dikurangkan daripada 106 kepada
34 sahaja, manakala lesen untuk Kelab Persatuan
pula dikurangkan daripada 222 kepada 48 sahaja.
Tuan Yang di-Pertua , Kerajaan telah mengambil 1angkah dan
tindakan bagi mengawal dan mengurangkan aktiviti-aktiviti tersebut .
Kerajaan juga tldak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi mengen-
dalikan mana-mana aktiviti perjudian. Kawalan ke atas aktiviti-
aktiviti perjudian juga telah dipertingkatkan dan pengawasan yang
rapi di buat dari masa kesemasa dan di samping itu Pihak Polis telah
meningkatkan penyerbuan dan tindakan terhadap perjudian tidak
berlesen.
DR.14.12 .92 - 27 -
Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-pertua,
soalan tambahan. Adakah satu kaj Lan dibuat oleh pihak Kerajaan sama
ada penglibatan rakyat dengan aktiviti perjudian ini semakin ber-
tambah atau berkurangan. Dan berapakah peratusan bertambah dan
berkurangnya?
Kedua, oleh kerana pengharaman judi adaLah diterima oleh semua
agama dan menjadi pegangan kepada semua agama pada dasarnya, adakah
Kerajaan bercadang untuk mengharamkan seluruhnya?
Dato' Loke Tuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab
soalan pertama, tidak ada kajian official yang dibuat oleh pihak
Kerajaan. Tetapi kita tahu melalui, feedback, dengan izin, daripada
semua pihak, bahawa penglibatan rakyat dalam aktiviti perjudian
telah berkurangan.
Untuk menjawab soalan yang kedua, jawapannya adalah tidak.
Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut jawapan- jawapan yang telah
diberi pada masa yang lalu, bahawa pihak Kerajaan telah melesenkan
perjudian ini oleh kerana untuk mencegah perjudian-perjudian haram.
Jadi, saya ingin tahu adakah perjudian haram ini masih.......
Seorang Ahli: Semua judi haram.
Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: ....maksudnya
perjudian yang tidak berlesenlah. Adakah perjudian yang tidak
berlesen ini masih berleluasa ataupun sudah berkurangan melalui
dasar Kerajaan ini.
DR.14.12.92 - 28 -
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua, kita dapati juga ada
perjudian-perjudian telah berlaku di kelab-kelab, khasnya di
kelab-kelab sukan, kelab-kelab golf dan sebagainya, yang tidak
memerlukan lesen daripada pihak Kementerian. Jadi, oleh sebab dasar
Kerajaan talah untuk mengawal perjudian, adakah pihak Kerajaan akan
mencadangkan supaya kelab-kelab seperti itu memerlukan lesen untuk
perjudian yang diamalkan oleh ahli-ahli kelab.
DR.15 .12 .92 - 29 -
Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang
saya jawab tadi, Kerajaan telah mengurangkan Lesen-lesen yang telah
diberikan dahulu. Jumlah lesen-lesen yang ada sekarang di dalam
negara kita ini telah dikurangkan dan tidak ada Lesen-lesen baru
ataupun kemudahan-kemudahan baru diberikan.
Berkenaan dengan perjudian yang tidak berlesen, walaupun pihak
Polis telahpun meningkatkan tahap tindakan mereka supaya aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat ini tidak dijalankan, tetapi nampaknya di
dalam negeri-negeri di mana langsung tidak ada lesen dikeluarkan
oleh pihak Keraj aan, aktiviti perjudian tidak berlesen itu adalah
yang tinggi sekali di dalam negeri-negeri yang berkenaan. Jadi,
oleh kerana itulah, Kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan
perjudian tetapi memberikan beberapa legal outlets supaya orang yang
suka berjudi boleh pergi ke legal outlets walaupun mereka selalu
digalakkan supaya jangan berjudi,
Berkenaan dengan soalan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, tidak
ada mana-mana pihak atau tempat-tempat di dalam negara kita ini
boleh menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen dan sama ada di
kelab sukankah atau golf, ini adalah satu polisi yang terang.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Taimin bin Lumaing.
[Soalan No.12 - Y.B. Tuan Taimin bin Lumaing tidak hadir]
D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 - 30 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Robert Lau Hoi Chew.
[Soalan Nb.13 - Y.B. Tuan Robert Lau Hoi Chew tidak hadir]
LESEN BOT - SYARAT-SYARAT YANG KETAT
14. Tuan Gooi Hock Seng minta MenCeri Pengangkutan menyatakar:-
(a) sama ada Kerajaan menyedari bahawa akibat daripadasyarat-syarat yang ketat untuk memperolehi lesen bot,terdapatnya kekurangan bot pelancongan yang kecilatau sederhana di negara ini terutamanya di PulauPinang;
(b) sama ada Kerajaan akan mengulangkaji syarat yangketat ini untuk melonggarkan di mana yang mungkinbagi menaikkan industri bot penumpang dan;
(c) apakah kemudahan dan syarat-syarat yang ada bagimereka yang berminat untuk diperiksa bagi pengemudidan lesen pemandu enjin .
Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,•
(a) syarat-syarat yang dikenakan oleh Kerajaan bagi
mendapatkan lesen-lesen bot tidaklah ketat. Syarat-
syarat yang dikenakan adalah syarat-syarat minima
bagi menjarain bot-bot berkenaan boleh membawa
penumpang dengan selamat;
(b) Kerajaan tidak bercadang untuk mengkajt semula
syarat-syarat yang dikenakan untuk bot-bot penumpang
ini demi menentukan keselamatan penumpang yang
menggunakan bot-bot tersebut;
DR.15 .12 .92 - 31 -
(c) bagi seseorang yang inein mengambil Peperiksaan
Jurumudi , m e r e k a mestilah rakyat Malaysia yang
berumur tidak kurang dari 18 tahun dan telah
berkhidmat sekurang-kurangnya 24 bulan di atas kapal
pelayaran atau 36 bulan di atas kapal yang panj ang
sekurang-kurangnya 10 meter.
Bagi Sijil Pemandu Enjin pula ianya boleh dibahagikan
kepada tiga kelas iaitu Sijil Pemandu Enjin Kelas 1,
Kelas 2 dan Kelas 3. Syarat-syarat bagi mengarabil
Sijil Pemandu Enj in Kelas 3 iaLah:-
(i) pemohon mestilah berumur cidak kurang dari 18
tahun;
(ii) menamatkan latihan awal yang boleh dijalankan di
Akademi Laut Malaysia;
(iii) menamatkan 18 bulan perkhidmatan laut di atas
kapal yang mempunyai kuasa tidak kurang daripada
175 kilowatt.
Syarat-syarat bagi mengambil Sijil Peraandu Enjin
Kelas 2 ialah:-
(i) memegang Sijil Pemandu Enjin Kelas 3;
(ii) menamatkan kursus persediaan yang boleh dijalan-
kan di Akademi Laut Malaysia;
(iii) menamatkan 12 bulan perkhidmatan laut di atas
kapal yang mempunyai kuasa tidak kurang daripada
350 kilowatt.
D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 - 32 -
Syarat-syarat bagi m e n g a m b i l S i j i l Pemandu Enjin
Kelas I :-
(i) memegang Sijil Pemandu Enjin Kelas 2;
(ii) menamatkan kursus persediaan yang boleh dijalan-
kan di Akademi Laut Malaysia;
(iii) menamatkan 12 bulan perkhidmatan laut di atas
kapal yang mempunyai kuasa tidak kurang dari 750
kilowatt,
Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak
bertanya, apakah speed limit yang diterimapakai untuk raereka yang
mengendalikan bot penumpang ataupun yang terlibat dengan pengang-
kutan laut? Apakah etika ataupun syarat-syarat yang harus diterima-
pakai untuk mereka memperlahan ataupun melajukan bot?
Saya lihat oleh kerana tidak ada peraturan ini menyebabkan
kadang-kadang mereka tidak sedar ada bot-bot kecil yang berlalu
berhampiran dan mereka mungkin tidak sempat untuk memperlahan dan
sebagainya. Ini memberi gangguan dan ada kes-kes di Langkawi yang
menyebabkan bot-bot kecil tenggelam oleh kerana bot penumpang inl
terlampau laju.
Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua
had laju bukan kepada pemandunya tetapi mengikut kawasan perairannya
seperti juga di jalan-jalan raya. Jadi, kalau ada bot yang laju,
kalau pada masa itu penguatkuasaan dijalankan, sudah tentulah ianya
akan diambil tindakan dan kalau ada incidents, dengan izin, atau
DR.15.12.92 - 33-
kejadian-kejadian yang berlaku seperti kata Yang Berhormat tadi,
wajarlah dilaporkan kepada'pihak Polis dan juga kapada Jabatan Laut .
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Raya ingin tahu sama ada Kementerian mengenakan syarat-
syarat tambang untuk menaiki bot-bot pelancongan ini. Kerana saya
kira, tambang yang dikenakan pada hari ini pelancong-pelancong
melawat Pulau Langkawi, khasnya, agak begitu tinggi dari orang-orang
yang berpendapatan rendah agak sukar untuk melancong di Pulau
Langkawi.
Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,
tambang-tambang tidaklah ditetapkan sewenang-uenangnya dan ianya
juga bergantung kepada permintaan pada satu-satu masa dan memang
tambang ada had ceilingnya. Apa juga bayaran di bawah ceilingnya
itu, ianya adalah dibenarkan.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan mengenai syarat-syarat untuk mengeluarkan lesen untuk
perahu ataupun kapal penumpang, Soalan saya ialah berlandaskan
1atarbelakang yang mana kemalangan berlaku di Sarawak dalam masa 20
tahun tidak kurang dari 300 orang mati dalam bot-bot yang berlanggar
dan terus tenggelam di Sarawak. Jadi, soalan saya, adakah Kerajaan
bercadang untuk mengkajl semula syarat-syarat pelesenan untuk bot-
bot penambang atau bot-bot ekspress terutama sekali di sungai-sungai
Sarawak yang mana ciri-ciri keselamatan dan keselesaan duduk di
dalam bot itu jarang diambil kira. Kalau diambil kira pun, tidak
DR.15.12.92 - 34 -
dLtekankan sangat. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji. semula
agar ciri keselamatan dan ciri kesenangan ditekankan?
Yang kedua, adakah Kerajaan bercadang untuk membuat satu syor
agar bot-bot laju sebagaimana yang digunakan di Sarawak menggunakan
bahan-bahan pembinaan bot yang tidak cepat tenggelam sebagaimana
yang ditunjukkan bot-bot yang canggih di luar negara. Bot itu bila
berlanggar ia tidak terus tenggelam, tidak seperti bot besi yang
digunakan di Sarawak, bila terlanggar sahaja ia terus tenggelam.
Itulah orang mati bukan sahaja oleh kerana perlanggaran tetapi oleh
kerana tenggelam bot itu, masuk ke dasar sungai.
Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,
sebenarnya apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat itu telah saya
jawab semasa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di peringkat
Jawatankuasa dan mengenai tempat duduk itu, saya telah ceritakan
syarat-syaratnya.
Untuk melesenkan bot, memang sudah ada syarat-syaratnya dan
ianya berkaitan juga dengan keselamatan iaitu seslapa juga ingin
memohon melesenkan bot, mereka hendaklah membuatnya di Pejabat
Syahbandar di mana-raana tempat yang berkenaan dan dokumen-dokumen
serta maklumat yang diperlukan adalah jenis dan tujuan menggunakan
bot itu. Hendak bot apa, hendak bawa barangkah atau penurapang?
Dokumen pembelian dan juga hakmilik perlu diberikan serta
jenis, jumlah dan kuasa injinnya. Maklumat peribadi pemilik bot pun
dikehendaki. Bot-bot yang hendak diiesenkan akan diperiksa
DR.15.12.92 - 35 -
terlebih dahulu oleh Pegawai Pelabuhan atau wakilnya dari Pejabat
Syahbandar di mana bot tersebut hendaklah dilesenkan bagi menentukan
kesesuaian penggunaannya dan tahap keselamatan minimum yang ada
padanya. Tarikh dan masa pemeriksaan itu akan ditetapkan semasa
serta kelulusan diperolehi, iaitu melalui Borang Merin 206, Pejabat•
Syahbandar akan mengeluarkan nombor tetap bot serta nombor plet
tahunan bot yang berkenaan dan buku lesen akan dikeluarkan untuk
simpanan pemilik bot. Tempoh sah lesen adalah hanya 12 bulan.
DR.15.12.92 -36-
Jadi, sekiranya lesen itu hendak dibaharui, maka pemeriksaan
terpaksa dibuat lagi, iaitu melihatkan syarat-syarat keselamatannya
itu tadi yang dikatakan cepat tenggelam atau tidaknya dan
sebagaianya itu, Bayaran pelesenan dikenakan mengikut berat dan
jenis botnya. Jadi, itulah beberapa syarat untuk melesenkan bot dan
prosedur untuk mendapatkan sijil penumpang untuk bot pula - ia ada
pula sijil penumpang. Permohonan untuk mendapatkankan sijil
penumpang dibuat melalui Pejabat Laut yang berdekatan atau terus
kepada Ibu Pejabat Laut dengan menyatakan jenis pelayaran yang
dipohon beserta dengan dua salinan pelan pembinaan bot itu. Pelan-
pelan disemak untuk memastikan kesesuaian dan tahap keselamatan
minima seperci yang diperlukan. Segala komen dan keperluan tambahan
akan dinyatakan dan disampaikan kepada pemohon.
Kalau ada yang tak sesuai mesti dibina atau dipinda semula,
ianya akan diberitahu sebelum ianya dapat diluluskan. Pemobon
membuat pindaan ke atas pelan yang berdasarkan yang dikomen itu tadi
dan pelan yang dipinda itu baru diserahkan semula pula kepada Ibu
Pejabat Laut untuk disahkan. Selepas pengesahan diberi, pemohon
bolehlah membuat pembinaan - baru boleh bina bot itu. Selepas
sudah disahkah pelan dan sebagainya itu tadi dengan diawasi oleh
pemeriksa kapal untuk memastikan bahawa pembinaan mengikut pelan
yang disahkan dan tatacara pembinaan mengikut norma-norma yang
baik. Selepas bot siap, ujian kecondongan - itu yang dikatakan
tadi; kalau mungkin agaknya ia tidak tegak, ia akan senget pula,
ujian kecondongan dan pemeriksaan akhir peralatan keselamatan
dijalankan. Kemudian baru sijil penumpang diberi kepada pemohon.
DR.15.12.92 -37-
SEKRETARIAT APEC/EAEC - PENUBOHAN
15. Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan meagapakah Malaysia tidakbegitu ghairah di dalam usaha menubuh sebuah sekretariat APEC.Adakah usaha dibuat untuk menubuhkan suatu sekretariat EAECdilakukan dan jika ia, adakah ianya mendapat sokongan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri [Tuan S.S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa
APEC dilancarkan di Canberra tahun 1990, negara-negara yang
menganjurnya telah menyatakan bahawa APEC adalah satu forum yang
bersifat perundingan di kalangan negara-negara Asia Pasifik. Mereka
juga telah menyatakan yang APEC tidak akan menjadi satu blok
perdagangan atau organisasi yang formal. Oleh itu, apabila
sekretariat APEC dicadangkan, Malaysia tidak begitu ghairah untuk
menyokongnya kerana bimbang APEC akan menyimpang daripada tujuan
asalnya. Namun demikian, pada mesyuarat APEC di Bangkok pada lOhb
September 1992, Malaysia tiada halangan satu sekretariat yang kecil
ditubuhkan di Singapura untuk membantu menyelaras projek-projek yang
akan dilaksanakan.
Mengenai EAEC pula, oleh kerana ia adalah satu forum
perundingan sahaja, maka satu sekretariat tetap adalah tidak perlu
pada masa kini.
Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen,
apakah perkembangan yang terbaru mengenai cadangan negara-negara
DR.15.12.92 -38-
di rantau ini tentang penubuhan EAEC khususnya dari segi sikap
negara-negara yang masih "duduk atas pagar".
Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, Berkaitan dengan
EAEC, pihak Kerajaan-kerajaan yang berkaitan dengan FAEC sedang
mengkaji dengan memdalam sistem untuk menubuhkan dan juga untuk
menguruskan EAEC dan kita sedang menunggu laporan daripada pihak ini
untuk Menteri-menteri mengambil satu keputusan di atas penubuhan dan
juga perjalanan EAEC ini.
Berkaitan dengan negara-negara yang tidak menyokong EAEC - saya
rasa itulah tujuan soalan yang kedua - saya rasa tidak ada mana-mana
pihak yang bertentangan dengan EAEC, hanya kita sedang menunggu masa
untuk menubuhkan dengan berkesan EAEC ini.
Timbalan Yang di-Pertua, [Tuan Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin]: Masa untuk soal jawab sudah cukup.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan
Jawapan bagi Pertanyaan No. 3, 7, 12, 13, dan 16 hingga 27 akan
dimasukkan dalam naskhah bercetak kelak]
DR.15.12.92 -39-
RANG UNDANG-UNDANG DI3AWA KE DALAW MESYUARAT
RANG UHDANG-UNDANG PERINDUSTRIAN SEKORITI (PINDAAN)Bacaan Kali Yang Pertama
Pang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta
Perindustrian Sekuriti 1983; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan
Menteri Kewangan; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang
kedua pada Mesyuarat ini.
RANG UNDANG-UNDANG PETROLEM- (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) (PINDAAN)
Bacaan Kali Tang PertamaRang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta
Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984; dibawa ke dalam
Mesyuarat oleh Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri;dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada
Mesyuarat ini.
RANG UNDANG-UNDANG KEMAJUAN PETROLEUM (PINDAAN)
Bacaan Kali Yang pertamaRang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta
Kemajuan Petroleum 1974; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh SetiausahaParlimen di Jabatan Perdana Menteri; dibaca kali yang pertama; akan
dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
RANG UNDANG-UNDANG BEKALAN GAS
Bacaan Kali Yang PertamaRang Undang-undang bernama suatu Akta untuk mengadakan
peruntukan bagi perlantikan dan fungsi-fungsi Ketua Pengarah BekatanGas, pelesenan pembekalan gas kepada pengguna melalui talian paip
dan perkara-perkara yang berkaitan pembekalan gas kepada harga yang
munasabah, kawalan talian paip, pepasangan dan perkakas bekalan gas
berkenaan dengan keselamatan orang-orang dan bagi maksud-maksud yangberkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha
Parlimen di Jabatan Perdana Menteri; dibaca kali yang pertama; akandibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
DR.15.12.92 -40-
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993
Jawatankuasa
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbekalan 1993 dan Anggaran
Pembangunan 1993" dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. [Hari
Keempatbelas]
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Maksud B.50 [Jadual] -Maksud P.50 [Anggaran Pembangunan, 1993] -
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya mengemukakan Kepala
Bekalan B.50 dan Kepala Pembangunan P.50 di bawah Kementerian
Perusahaan Awam terbuka untuk dibahas. Arau sudah habis ya?
Mengikut Hansard itu, Yang Berhormat sudah habis.
Tuan Shahidan bin Kassim; Masa habis itu semalam, saya 5 tninit
lagi.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya.
Tuan Shahidan bin Kassim: Boleh?
Tuan Pengerusi [Tuan Hajl Juhar bin Haji Mahiruddin]: 2 minit
ya?
DR.15.12.92 -41-
3.37 ptg.Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya tak mahu tipu, mungkin
dua atau tiga minit. Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh sedikit
sahaja, Di bawah ini, setnalam oleh kerana saya dicabar menyentuh
fasal MARA, tak sempat. Kalau sempat saya akan sentuh, tetapi
mengambil masa sarapai satu jam.
Jadi saya hendak sentuh ini, di bawah Maksud Majlis Amanah
Rakyat, 060000, kemudian dalam buku ini ditutup jumlah MARA RM70
juta. Okay, selepas itu dimulakan di bawah tajuk baru 010000 dan
140000. Yang saya hendak sentuh ini 015000; saya kurang pasti sama
ada di bawah MARA ataupun di bawah Kementerian sendiri. Yang saya
hendak persoalkan di sini, Tabung Pembangunan Projek Perusahaan
Kecil bagi usahawan baru telah diperuntukkan sebanyak RM6 juta.
Tahun 1991 telah diperuntukkan sebanyak RMl juta; 1992 telah
diperuntukkan sebanyak RMl juta, tetapi tidak ada peruntukan diberi
bagi tahun 1993. Jadi, saya ingin bertanya mengapa terjadi
demikian. Di mana wang RW4 juta yang sepatutnya disalurkan pada
tahun 1993 dan sehingga 1995 sebagaimana yang telah dicatitkan di
sini?
Kemudian saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sejauh mana
kita telah capai untuk membangunkan pengusaha-pengusaha kecil
terutamanya di bawah usahawan baru? Oleh kerana tabung usahawan
baru yang sekarang ini dimasukkan ataupun dicorvertkan dengan iain,
di bawah PUNB, kita lihat kita menghadapi masalah mengenai tabung
ini oleh kerana Menteri Kewangan setelah dua tahun dilancarkan, baru
dua projek diluluskan. Saya dimaklumkan selepas itu walaupun telah
diluluskan dua projek, tetapi sampai sekarang wang belum
dikeluarkan. Jadi saya menganggap buat masa kini, sehingga ini,
sehingga saat ini, PUNB masih lagi tidak dapat memberi perhatian dan
juga tumpuan ke arah tabung usahawan baru.
DR.15.12.92 -42-
Tetapi ini ialah Tabung Perusahaan Kecil bagi usahawan baru.
Ini bukan, secnua pihak menyokong. Kelmarin DAP pun menyokong supaya
kita beri perhatian tentang usaha—usaha untuk meningkatkan usahawan-
usahawan baru di peringkat projek kecil dan juga mungkin sederhana.
Saya hendak tanya pencapaian yang telah dibuat sehingga kini dan
mengapa peruntukan untuk membantu begini kecil? Kita sedia maklum
Yang Berhormat, dalam usaha kita untuk membantu usahawan-usahawan
kecil ini, apa yang dimaksudkan perusahaan kecil di sini. Saya
ingin bertanya. Sebab kadang-kadang dia bertindih dengan mungkin
kulitkraf, mungkin juga projek-projek di bawah Kementerian Luar
Bandar. Adakah peruntukan ini dipindah kepada Kementerian Luar
Bandar? Tetapi saya hendak persoalkan oleh kerana benda ini telah
ada dan follow-up oleh agensi yang berkenaan untuk memastikan bahawa
perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana ini dapat diteruskan..
Kita tahu bahawa konsep payung lebih bermakna dalam usaha kita
untuk membangunkan usahawan kecil dan sederhana. Oleh kerana dalam
keadaan pertandingan terbuka yang ada sekarang kita dapati amat
sukar untuk perusahaan-perusahaan kecil untuk menembusi pasaran dan
juga memasuki pasaran yang saya rasa cukup tercabar dan canggih
ini. Kita sedia maklum masyarakat Malaysia dalam kedudukan gross
yang tinggi dan inflasi yang rendah ini, dia lebih suka kepada
barangan-barangan yang berjenama. Malah banyak Ahli-ahli Parlimen
di sinipun suka pakai barangan yang berjenama.
DR.15.12.92 -43-
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]; Yang
Berhormat..,.
Tuan Shahidan bin Kassim; ....Kepong pun suka pakai barangan
yang berjenama.
Tuan Pengerusi Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masa sudah
cukup Yang Berhormat.*
Tuan Shahidan bin Kassim: Ya?
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masa
cukup.
Tuan Shahidan bin Kassim: Lima minit, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Dah
lebih. Dah lebih dah!
Tuan Shahidan bin Kassim: Tak apa, sat lagi Jerai akan
sambung. Saya hendak gulung. Keraudian 02000 - sebagat
penggulungannya. Infrastruktur Kawasan Perindustrian. Saya hendak
minta MARA supaya pendekatan baru sekarang diambil supaya MARA
memilih kawasankawasan yang strategik. Kita tidak mahu MARA hanya
dibenarkan kawasan-kawasan yang kononnya hendak bangunkan kawasan
luar bandar tetapi sebenarnya tidak dapat dibangun. Kalau kita
hendak bangunkan orang-orang di luar bandar, mereka harus
dibangunkan di kawasan-kawasan yang strategik di luar bandar. Kalau
kita hendak bangunkan kawasan luar bandar kita kena dapat orang di
bandar untuk bangun orang luar bandar. Itu baru betul sebab dia
sudah tahu apa yang ada pasaran di bandar. Dia patut bertukar-kalih
macam itu. Tetapi kalau orang luar bandar hendak bangun luar bandar
DR.15.12.92 -44-
Tuan Pengerusi, saya ingat amat sukar sebab kita hanya terkongkong,
information kita hanya terkongkong dalam kawasan luar bandar. Jadi,
sudah sampai masanya walaupun terpaksa membelanja sedikit dalam
usaha untuk membaharui imej MARA supaya sentiasa mara, supaya
pendekatan kita pendekatan yang lebih agresif, supaya kita memilih
tempat-tempat yang lebih strategik walaupun agak mahal sedikit -
walaupun agak mahal sedikit. Dengan itu saya percaya kita dapat
bangunkan usahawan bumiputera sehingga ke tahap yang boleh disukai
oleh semua pihak termasuk DAP. Terima kasih.
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]
Dr Tan Seng Giaw: [Bangun]
Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Mana
satu? Saya kena beri seorang Ahli, selepas ini Menteri menjawab.
Tidak ada masa. Ya Jerai.
3.43 ptg.
Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih, Tuan
Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin membahaskan Butiran 030100 -
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri. Seperti yang. kita semua
sedia maklum, perbadanan ini adalah diwujudkan untuk menjadi satu
badan amanah membimbing ekonomi bumiputera di dalam mencapai tahap
dasar ekonorai tersebut. Dan kita dapat lihat pada hari ini konsep
payung yang diwujudkan oleh Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri
ini kadangkala tidak begitu raenyeluruh dan mendatangkan manfaat
kepada masyarakat bumiputera terutama sekali yang bergiat di dalam
bidang ekonomi.
DR.15.12.92 -45-
Tuan Pengerusi, kita tidak dapat menafikan bahawa setengah
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri telah mencapat kejayaan. Saya
mengucapkan syabas kepada Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri
Johor yang pada masa kini telah dapat disenaraikan di dalam BSKL dan
menyenaraikan sahara-sahamnya di pasaran orang awam, Ini menunjukkan
bahawa perbadanan tersebut telah berjaya untuk mencapai tahap dan
mencapai matlamat yang diwujudkan. Apa yang mendukacitakan kita dan
saya kira Kementerian Perusahaan Awam perlu mengambil tindakan yang
sewajarnya ialah apabila kita melihat auak-anak syarikat perbadanan-
perbadanan ini yang ditubuhkan itu kadangkala bersaing dengan
syarikat-syarikat bumiputera.
Saya mengesyorkan kepada Kementerian Perusahaan Awam supaya
apabila sebuah anak-anak syarikat itu hendak ditubuhkan mestilah
kita mengkaji dengan sedalam-dalamnya. Mengkaji supaya anak
syarikat yang ditubuhkan ini tidak akan bersaing dengan syarikat
bumiputera yang saya kira tidak begitu kuat dan tidak begitu kukuh.
Terdapat di sebuah negeri hinggakan anak-anak syarikat ini
ditubuhkan untuk melibatkan diri di dalam insuran di mana begitu
banyak syarikat-syarikat bumiputera dan terpaksa kita compete.
Jadi, semua projek yang akan dijalankan oleh perbadanan itu
diberikan kepada anak syarikat tersebut. Jadi, di raanakah tempat
syarikat-syarikat bumiputera yang melibatkan diri di dalam bidang
insuran ini untuk mendapat perniagaan. Jadi, saya kira kalaulah
anak-anak syarikat ini diwujudkan dan diusahasamakan dengan
syarikat-syarikat bumiputera seperti mewujudkan supporting industry
kepada industri-industri besar yang dibawa masuk oleh Kerajaan
DR.15.12.92 -46-
ataupun oleh Perbadanan-perbadanan Kemajuan Megeri itu sendiri.
Maka ini akan menolong untuk membanyakkan lagi orang-orang Melayu di
dalam bidang manufacturing.
Saya ingin menarik satu contoh di mana anak syarikat Perbadanan
Kemajuan Negeri Kedah sendiri bergiat di dalam teksi - membawa orang
daripada kaki Gunung Jerai naik ke Gunung Jerai sedangkan ada sebuah
lagi syarikat bumiputera yang telah dilesenkan. Jadi ini adalah
satu kerja yang saya kira bukan menjadi konsep payung. Tetapi
konsep menindih balik syarikat-syarikat bumiputera. Kalau boleh
saya hendak Kementerian Perusahaan Awam ini menguasai terus
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri. Setakat hari ini mereka
tidak mempunyai satu, hanya dapat menasihati dan membimbing, tetapi
tidak dapat menguasai terus ataupun memberi arahan secara terus
kepada Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri ini. Saya kira
kalaulah benar perkara seperti ini wujud, m.ika kita akan dapat lihat
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri ini akan diperalatkan oleh
segolongan-segolongan masyarakat yang berniaga yang memperalatkan
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri ini untuk manfaat mereka
sendiri, Kita kadang-kadang dapat dilihat anak-anak syarikat joint
venture yang diwujudkan oleh perbadanan int sendiri akhirnya
dicontrol dan dimonopoli oleh usahawan-usahawan luar.
Jadi, inilah perkara-perkara yang saya kira perlu
dipertingkatkan oleh Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri kerana
kita tidak mahu perbadanan ini menjadi ataupun dikatakan orang
sebagai hanya broker untuk meminta tanah daripada Kerajaan Negeri,
DR.15.12.92 -47-
dlubah taraf dan akhirnya diberi kepada syarikat-syarikat ataupun
diswastakan kepada syarikat-syarikat yang akhirnya menguntungkan
segelintir masyarakat perniagaan - tidak menyeluruh.
Jadi, Tuan Pengerusi, berbalik saya kepada Butiran 070600
berkenaan dengan Pusat Khidraat Kontraktor. Saya ingin memberitahu
kepada Timbalan Menteri bahawa wujud seorang taukeh yang dipanggil
'Hai Ee di- negeri Kedah dan mereka ini atau taukeh ini memonopoli
lebih kurang 100 lesen Kelas "F" Bumiputera di negeri ' Kedah' di
beberapa daerah. Saya berharap Kementerian akan dapat mengarahkan
Pusat Khidmat Kontraktor menyiasat perkara ini. Kerana kalau
perkara ini masih kita biarkan berlaku berleluasa begini maka ini
akan merugikan dasar yang diwujudkan oleh Kerajaan dan matlamat ini
tidak akan tercapai.
DR.15.12.92 - 48 -
Jadi, 'Hai Ee' ini akan pegang lesen-lesen kelas F ini di
tiap-tiap daerah dan dia ada orang yang berada di Pejabat-pejabat
Daerah dan semua projek-projek kecil di dalam kelas F ini akan
dimonopolikan oleh beliau. Siapa sahaja yang dapat, beliau yang
membuatnya sehinggakan beliau membuka akaun di bank di Alor Setar
dan akaun ini dioperate atas nama syarikat tersebut dan beliau
sendiri yang menandatangani cek-cek tersebut. Jadif saya berharap
perkara ini akan dapat diambil tindakan keras oleh pihak Pusat
Khidmat Kontraktor. Kalau kita perlu membatalkan lesen-lesen yang
telah dialibabakan ini, kita perlu bertindak sedemikian dan kita
wujudkan kembali kontraktor-kontraktor bumiputera yang lain, kerana
kelas F inilah kelas yang terendah di mana kontraktor-kontraktor
bumiputera boleh belajar untuk mencapai hingga ke kelas A. Tetapi
kalau sudah sampai ke kelas F itu sendiri"mereka ini dapat mengali-
babakan lesen-lesen ini, maka bilakah mereka ini boleh dapat mempe-
lajari di dalam bidang kontraktor.
Tuan Pengerusi, Butiran 040000 -Perbadanan Pembangunan
Bandar. Saya kira UDA telah mematnkan peranan yang baik dt dalam
membangunkan bangunan-bangunan, merailiki bangunan-bangunan di
bandar-bandar yang besar. Saya kira kini sampailah masanya UDA
untuk memasuki raerabina bangunan-bangunan kedai ataupun rumah-rumah
kedai di kawasan bandar-bandar yang sedang membangun. Kerana kita
dapat melihat di bandar itu bangunannya akan bangun dengan
tersendiri, tetapi apabila kita pergi ke kawasan-kawasan, di
DR.15.12.92 - 49 -
daerah-daerah, kita dapati banyak lagi daerah-daerah yang mempunyai
bangunan-bangunan rumah kedai yang lama, bangunan-bangunan rumah
kedai yang dibina zaman Jepun dahulu. Di daerah saya sendiri,
daerah Yan, bangunan rutnah kedai tersebut dibina sebelum tok wan
saya dilahirkan, jadi begitu lama. Sedangkan orang-orang tuan tanah
miliki tanah tersebut tidak mampu untuk membangun atau membina
bangunan baru. Jadi, inilah peranan UDA hari ini, melangkah kaki
masuk ke daerah-daerah dan merabangunkan bangunan-bangunan ini,
selain daripada yang kita harapkan MARA, selain daripada yang kita
harapkan Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Jadi,
inilah peranan saya kira Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri, UDA dan sebagainya memainkan peranan untuk memegang aset-
aset hak bumiputera supaya apabila bumiputera yang mampu untuk
memiliki bangunan-bangunan tersebut, maka bangunan ini dijual kepada
raereka.
Kadang-kadang orang-orang Melayu yang baru sahaja belajar
budaya berniaga ini, raemang kita tidak dapat nafikan budaya niaga
bagi orang-orang Melayu adalah baru. Kita masih, orang Melayu kata
'baru dapat kaki1, baru belajar nak berjalan. Kadang-kadang
berjalan, berjalan, jatuh; bangun, berjalan, berjalan, jatuh. Jadi,
kalau kita tidak dapat memberi sokongan yang sepenuhnya, kalau kita
hendak tolong, kita tolong sepenuhnya, jangan kita tolong separuh
jalan, kemudian kita akhirnya menyalahkan balik kepada orang-orang
Melayu yang dia tak erti berniaga. Sebenarnya orang-orang Melayu
ini boleh berniaga, sudah erti berniaga, sudah faham cara berniaga,.
tetapi kadang-kadang peluang yang diberikan itu tidak secukupnya dan
opportunities, dengan izin, tidak diberi dengan sepenuhnya, maka
DR.15.12.92 - 50 -
mereka tidak dapat mencapai kehendak dan keperluan yang mereka
hendak di dalam bidang perniagaan.
Tuan Pengerusi, saya mengharapkan UDA apabila dapat masuk ke
daerah-daerah dan membuat bangunan-bangunan, walaupun kita kata
'Urban Development Authority' maksudnya itu 'Pembangunan Bandar',
tetapi bukanlah dimaksudkan pada fikiran saya, bandar-bandar yang
besar sahaja. Jadi, masuklah ke bandar-bandar yang berada di
daerah-daerah di seluruh negara ini dan kita bangunkan daerah-daerah
ini. Kita telah mencapai kemerdekaan begitu lama dan kita perlu
melihat bangunan-bangunan yang baru, walaupun tidak besar tetapi
sekadar di dalam daerah tersebut, sekadar kemampuan pembeli-perabeli
di dalam daerah-daerah yang ada di dalam negara kita ini.
Tuan Pengerusi, saya ingin pergi kepada Butiran 030300 -
Pembangunan Usahawan. Saya kira ini adalah satu perkara yang perlu•dipertingkatkan oleh Kementerian Perusahaan Awam, iaitu mewujudkan
banyak lagi usahawan-usahawan dari peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah. Kita dapat lihat hari ini banyak anak-anak yang
telah keluar daripada Pusat Giat MARA, yang telah keluar daripada
IKM, akhirnya tidak memasuki bidang yang telah mereka pelajari itu
disebabkan oleh tidak ada bimbingan. Mereka ini mempunyai
kemahiran, raereka ini mempunyai kebolehan, tetapi tidak ada
bimbingan untuk membangunkan mereka ini di dalam bidang keusaha-
wanan. Jadi, saya kira kalau Kementerian boleh wujudkan Sekolah•
Pembangunan Usahawan, kerana sekarang ini zaman kita menuju ke zaman
2020, jadi vision kita hanyalah ke hadapan sedikit dan kita wujudkan
Sekolah Pembangunan Usahawan supaya anak-anak kita bangsa.
DR.15.12.92 - 51 -
Malaysia yang mempunyai semangat atau harapan untuk menjejak kaki di
dalam bidang perniagaan ini memasuki sekolah ini dan diberi
birabingan yang sewajarnya.
Tuan Pengerusi, saya kira setakat itulah sahaja pandangan saya.
Saya berharap Kementerian Perusahaan Awam akan mengambil tindakan
yang sewajarnya, kerana saya kira inilah nadi ekonomi orang-orang
Melayu di bawah Kementerian Perusahaan Awam. Saya kira di sinilah
bimbingan untuk orang-orang Melayu menjejakkan kaki di dalam bidang
perniagaan dan di ainilah di mana Perbadanan-perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri boleh memainkan peranan yang penting untuk menjadi
'lend bank', untuk menjadi satu badan yang benar-benar diwujudkan
menolong orang-orang Melayu di dalam bidang perniagaan.
Satu lagi, sebelum saya terlupa, saya ingin memperingatkan
kalau boleh biarlah Ahli-ahli Lembaga Perbadanan-perbadanan Kemajuan
ini datang daripada anak-anak negeri tersebut yang berkhidmat di
dalam negeri tersebut. Kalau boleh, letakkanlah ahli-ahli daripada
Dewan Perniagaan Melayu raewakili orang-orang Melayu di dalara sektor
ekonomi dan perniagaan menjadi Ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri. Kerana saya dapat lihat, contohpya negeri
Kedah, 3/4 daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah ini duduk di Kuala
Lumpur dan memegang jawatan-jawatan yang besar, mereka tidak ada
masa kadang-kadang untuk menghadiri mesyuarat. Jadi, ini akan
menggugat prestasi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah itu
sendiri. Jadi, saya berharap Kementerian akan mengambil satu
tindakan yang sewajarnya dan dapat meraberi bimbingan kepada
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang belum aktif, yang
belum mencapai tahap yang kita kehendakkan.
DR.15.12.92 - 52 -
•
Dengan itu, Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih dan saya
menyokong.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat Timbalan Menteri, minta jawab.
3.58 ptg.
Timbalan Menteri Perusahaan Awam [Dato' Dr Siti Zaharah binti
Haji Sulaiman]: Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi
sumbangan dan pandangan-pandangan terhadap perbahasan yang bersabit
dengan Kementerian Perusahaan Awam.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Berkenaan dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-
ahli Yang Berhormat dari Bayan Baru, Arau dan Jerai yang telah,
pertamanya, menyentuh berkenaan dengan persoalan PKEN yang dikatakan
bersaing dengan usahawan bumiputera. Yang Berhormat-Yang Berhormat
juga mendakwa bahawa PKEN memberi tumpuan hanya kepada golongan-
golongan tertentu dan tidak raeningkatkan secara menyeluruh peranan
pengusaha-pengusaha bumiputera selaras dengan matlamat mewujudkan
masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
Secara keseluruhannya saya ingin maklumkan bahawa PKEN di dalam
melaksanakan peranan dan aktivitinya, memberi tumpuan kepada bidang-
bidang perniagaan dan pelaburan yang kurang diceburi oleh usahawan-
usahawan bumiputera, terutamanya di dalam bidang-bidang perusahaan
yang memerlukan pelaburan modal dan kepakaran pengurusan yang
tinggt. Dalam usaha-usahanya untuk menerokai bidang-bidang baru
yang berteknologi tinggi, PKEN perlulah mengadakan usahasama dengan
pelabur-pelabur asing, khususnya untuk mendapatkan pemindahan
teknologi moden, kepakaran pengurusan dan kemasukan modal.
DR.15.12.92 -53-
Namun demikian, PKEN tidak mengabaikan peranannya untuk membantu
usahawan-usahawan bumiputera, khasusnya dalam konteks mewujudkan
masyarakat perdagangan dan perindustrian dan langkah-langkah yang
diambil adalah seperti berikut:
(i) Membantu dan merabolehkan bumiputera mendapat tempat dan
keraudahan untuk berniaga di kawasan-kawasan yang sesuai
dan strategik;
(ii) Menawarkan kerja-kerja kontrak kepada kontraktor-
kontraktor bumiputera;
(iii) Melaksanakan konsep venture-capital di mana melalui konsep
ini, agensi-agensi di bawah Kementerian akan melabur dalam
sesebuah perniagaan baru yang berpotensi secara
berkongsian dengan usahawan-usahawan bumiputera;
(iv) Melaksanakan program bimbingan dan bantaan kepada
usahawan-usahawan bumiputera;
(v) Membekalkan bahan-bahan binaan kepada kontraktor
bumiputera; dan
(vi) Mewujudkan kumpulan eksekutif bumiputera di dalam pelbagai
bidang perniagaan dan perusahaan yang diceburi oleh
DR.15.12.92
agensi-agensi Kementerian secara langsung dan melalui
syarikat-syarikatnya sendiri kerana ada kalanya melalui
pengalaman ini, mereka ini kadangkala telah keluar dan
melalui cara penswastaan telah juga turut menyumbang
kepada pengwujudan masyarakat kumpulan bumiputera.
Mengenai dakwaan bahawa ada setengah-setengah syarikat PKEN
yang dikatakan telah diwujudkan atas dari tidak peka kepada
masalah-masalah bumiputera yang ada, saya kira ini telah menjadi
satu perkara yang telah diteliti oleh pihak PKEN yang telah mula
membuat perancangan-perancangan berasaskan kepada perancangan-
perancangan induknya dan telah memberi panduan-panduan tertentu
kepada semua PKEN-PKEN di seluruh negeri supaya memberi tumpuan
kepada bidang-bidang yang memang kurang diceburi dan tidak mempunyai
kemampuan oleh usahawan-usahawan bumiputera. Jadi, perkara ini
diharap akan terus menentukan supaya PKEN di dalam usahanya untuk
meningkatkan peranan, agensi-agensi amanah akan juga terus memainkan
peranan bagi menentukan supaya penguasaan kurapulan usahawan
bumiputera itu, kalau pun belura lagi mencapai tahap yang memuaskan
tetapi masih lagi boleh dibuktikan melalui usaha-usaha agensi-agensi
amanah.
Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat
berkenaan dengan soal perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang
dikatakan terdiri daripada kalangan politik. Sebenarnya, soal
perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah sama ada dalam agensi-agensi
DR.15.12.92 -55-
tertentu di dalam Kerajaan, di bawah Kementerian Perusahaan Awam ini
bukanlah terdiri hanya di kalangan ahli-ahli politik. Mungkin itu
secara kebetulan. Tetapi merangkumi berbagai golongan .di kalangan
ahli-ahli profesional, malah wakil-wakil dari Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Pusat turut, seperti Perbendaharaan dan agensi-agensi pusat
yang lain juga turut dilantik.
Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat dari Arau dan juga Jerai mengenai peranan. PKK, inginlah
saya menerangkan, memanglah pada suatu ketika dulu, pada peringkat
awalnya, PKK ada memainkan peranan membimbing dan menolong
kontraktor bumiputera menyelesaikan masalah-masalah yang mereka
hadapi. Tetapi oleh sebab golongan jumlah pendaftaran kontraktor
itu begitu besar dan adalah lebih penting untuk meneliti pelaksanaan
projek yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor berdaftar
berasaskan kepada prosedur ataupun arahan-arahan baru, khususnya,
daripada Perbendaharaan yang telah minta supaya PKK mengambil
tindakan berasaskan kepada Arahan Pekeliling Perbendaharaan kepada
projek-projek yang tidak dapat dijalankan oleh kontraktor-kontraktor
yang berdaftar ini.
Oleh yang demikian, tugas dalam hal ini, iaitu untuk menumpu
kepada urusan-urusan dan hal ehwal yang berkaitan dengan pendaftaran
dan juga untuk menentukan monitoring ke arah pelaksanaan prestasi
kontraktor-kontraktor ini adalah jauh lebih penting, teratamanya,
memandangkan bahawa jumlah bilangan mereka ini adalah besar seperti,
kalau mengambil contoh, tadi Yang Berhormat dari Jerai ada
D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 -56-
menyebutkati tentang kes yang berlaku di Kedah dan saya harap perkara
ini dapat dilaporkan secara rasmi dan bertulis untuk siasatan lanjut
di jalankan.
Dalam kategori F sahaja, jumlah bumiputera yang mendaftar
secara aktif adalah sebanyak 10,175 dan bukan bumiputera adalah
sebanyak 10, 175. Tetapi mengikut keseluruhan jumlah kontraktor
bumiputera daripada Kelas A sarapailah ke bawah, kita ada sejumlah
sebanyak 13,353 yang semuanya harus mematuhi kepada syarst-syarat
mereka berdaftar. Dan oleh kerana walaupun rasanya pihak PKK tidak
mengambil tindakan secara melulu kerana dikarakan bahawa mesti
memahami dan sebagainya, tetapi urusan-urusan utituk memberi bantuan
dan juga memberi pertolongan ataupun khidmat nasihat kepada
kontraktor-kontraktor bumiputera ini sebenarnya dilaksanakan oleh
bahagian ataupun agensi-agensi lain di dalam Kementerian Perusahaan
Awam.
Namun demikian, untuk maklumaa Ahli-ahli Yang Berhormat,
sebenarnya tindakan yang diambil oleh PKK selepaa raendapat laporan
daripada agensi pelaksana, biasanya menghantar 'show-cause letter'
untuk mendapat penjelasan tentang aduan-aduan yang dibuat biasanya
oleh agensi pelaksana. Jadi, sekiranya PKK menerima' jawapan, PKK
akan merujuk balik kepada agensi-agensi pelaksana dan jika tidak
menerima jawapan, sebab itulah Seksyen Kontrak dan Penguatkuasaan
akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk keputusan.
Jangka masa biasanya lama dan sebab-sebab biasanya jumlah kontraktor
bumiputera ini disenarai-hitamkan adalah salah satunya memajakkan
DR.15.12.92 -57-
ataupun menyalahgunakan peluang ataupun meng"Ali-Baba'kan yang cuba
kita atasi. Tetapi yang biasanya kita ingin menghintari ialah
masalah-masalah kelewatan projek, terutamanya dalam keadaan. projek
itu penting untuk disiapkan, tidak mencukupi modal pusingan, itu
sudah menjadi asas pertimbangan untuk syarat-syarat' pendaftar
sebagai kontraktor. Tiada mempunyai pekerja mahir dan profesional,
walaupun kadang-kadang pada asalnya, dalara permohonan untuk
dipertimbangkan sebagai kontraktor pendattar, sudah tersenarai
pekerja-pekerja raahir dati profesional. Tetapi kadangkala selepas
siasatan, tidak tulen maklumat itu ataupun mengakibatkan kepada
penjejasan pelaksanaan projek-projek.
Jadi, perkara-perkara ini sudah menjadi tanggungjawab PKK dan
terpaksalah PKK melakukannya walaupun dalam usaha kita menggalakkan
jumlah jurubina ataupun koutraktor-kontraktor ini menjadi salah satu
matlamat untuk turut menyumbang kepada matlamat mewujudkan
masyarakat perdagangan dan perindustrian tetapi tidaklah untuk
menjejaskan prestasi dan atas nama pengusaha bumiputera itu sendiri.
Berkenaan dengan program usahawan kecil, inginlah saya jelaskan
bahawa sebenarnya RM5 juta yang disediakan itu adalah untuk
pembangunan ruang-ruang bagi peniaga-peniaga kecil seluruh negara
ataupun untuk melengkapi keperluan-keperluan peniaga mendapat
tempat-tempat perniagaan. Dan program-program yang dirancang akan.
melibatkan golongan-golongan seperti usahawan-usahawan yang
dikenalpasti berpotensi ataupun prausahawan belum hendak menjadi
DR.15.12.92 -58-
usahawan tetapi kita rasa besarlah kemungkinan akan menjadi usahawan
yang berdaya-maju ataupun. di kalangan golongan usahawan yang akan
mula berniaga serta termasuk usahawan-usahawan yang wanita.Juga
program ini ataupun program yang dikatakan Program Pembangunan
Usahawan ini, Kementerian telah juga turut mengendalikan Program
Usahawan Muda di 29 buah sekolah di seluruh Malaysia dengan bilangan
penuntut yang terlibat seramai 2,320 orang penuntut. Dan bagi tahun
1993 nanti, 19 buah sekolah MRSM dalam Kementerian akan turut
terlibat dalam program ini.
Dalam program usahawan siswa pula, Kementerian juga telah
mengadakan program-program di universiti-universiti dan pusat-pusat
pengajian tinggi sehingga kini sebanyak 7 buah utiiversiti yang
terlibat dengan jumlah peserta sebanyak 2,084 peserta.
Kementerian akan juga mewujudkan program yang sama dalam tahun 1993.
Bagi Pinjaman Dsahawan Kecil, program ini diwujudkan bagi
membiayai program siswazah menganggur dan disertai sebanyak RM55,000
setiap peserta. Tetapi memandangkan bahawa program siswazah
menganggur ini telah tidak mendapat sambutan yang diharapkan, maka
program ini terpaksa ditangguhkan tetapi akan diwujudkan balik
apabila dapat diselaraskan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
DR.15.12.92 -59-
Berkenaan dengan perkara yang dibangkickan mengenai kawasan
perindustrian tadi, memanglah tujuan MARA melibat-serta dalam usaha
untuk menyediakan kawasan-kawasan kecil industri ini adalah untuk
memberi peluang kepada peringkat pengusaha-pengusaha pertengahan,
stnall scale industries (SMl). Kawasan-kawasan ini telah juga
dikenatpasti di tempat-tempat yang strategik seperti contohnya, di
Mukim Batu, Batu Caves. 'MARA juga sedang merancang kawasan-kawasan
yang sedemikian di tempat-tempat lain seperti di negeri Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Perak dengan tujuan untuk menjadikan pusat
kawasan KIK ini bukan hanya sekadar memberi peluang kepada
pengusaha-pengusaha pertengahan tetapi untuk dijadikan rangkaian
mereka berusaha-sama dengan pengusaha-pengusaha kecil yang lain
dalam sekitaran industri ringan ataupun di dalam sekitarannya
perkembangan kawasan-kawasan industri ringan.
Berkenaan dengan perkara mengenai UDA yang telah dibangkitkan
oleh Ahli Yang Berhormat dari Arau dan juga Jerai, pertanyaan Yang
Berhormat dari Arau mengenai Kompleks Pertama..,,...
Tuan Ahraad bin Nor: [Bangunl
Tuan Pengerusi: Ya, Bayan Baru bangun, Yang Berhormat.
Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Ya.
Tuan Pengerusi: Hendak beri jalan atau tidak?
Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Berkenaan dengan
apa itu?
DR. 15.12.92 -60- -
Tuan Pengerusi: Nanti boleh tanyalah.
Tuan Ahmad bin Nor: Berkenaan dengan MARA,
Dato' Dr.Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: MARA
Tuan Ahmad bin Nor: Sebelum melangkah ke UDA.
Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman:Ya, boleh saya
pergi ke MARA dahulu.
Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi, bolehkah saya diberi
jalan? [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya ingin tahu tentang perkara
yang telah saya bangkitkan berhubung dengan VARA dan satu perkara
yang penting yang telah saya bincang dengan panjang lebar berhubung
dengan pembelian 450 keahlian Kelab Golf Rahman Putra. Jadi, saya
ingin tahu bagaimanakah Yang Berhormat Menteri Perusahaan Awam telah
bersetuju dengan pembelian keahlian kelab itu dengan harga RM62,500
bagi setiap ahli yang jumlahnya bernilai PMl.25 juta.. Saya hendak
tahu setakat manakah pihak BPB telah menyiasat kes ini? Siapakah
yang telah dipanggil untuk disoalsiasat? Apakah pendirian
Kementerian berhubung dengan MARA membenarkan Syarikat MARA Holdings
Sdn. Bhd. menyalahgunakan wang yang telah diperuntukkan oleh
tujuan-tujuan mengikut objektif MARA sendiri yang telah dijelaskan
oleh Timbalan Menteri? Terima kasih.
Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Pengerusi,
mengenai perkara keahlian Kelab Golf, saya difahamkan urus-jualan
keahlian kelab golf oleh MARA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) dijangka
dapat diselesaikan pada bulan Mac, 1993. Walau bagaimanapun,
mengenai pendakwaan berlakunya penyelewengan menjual-beli ini,
DR.15.12.92 -61-
Kementerian difahamkan bahawa BPR sedang membuat penyiasatan
mengenai kes pembelian keahlian kelab golf dan pihak Kementerian
bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam sebarang
siasatan yang diperlukan. Jadi, cukuplah yang itu, Yang Berhormat.
Kita benarkan supaya perkara siasatan dijalankan.
Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan semalam oleh Yang
Berhormat dari Arau berkenaan dengan Kompleks Pertama. Ingin saya
maklumkan bahawa pada masa kini UDA memiliki 29% harta di blok
podium dan Syarikat Pertama Enterprise 4% dan bakinya dimiliki oleh
pemilik-pemilik individu. Sebenarnya harta UDA di blok podium
adalah terletak di tingkat bawah dan di tingkat satu dipanggil Bazar
Pertama; dan di tingkat tiga yang mana kesemuanya adalah menghadap
Jalan Raja Laut. Kesemua ruang niaga di Bazar Pertama telah
disewakan kepada penyewa-penyewa bumiputera kecualinya kepada hanya
dua penyewa bukan bumiputera. Jumlah penyewa ialah seramai 52 orang
penyewa. Oleh yang deraikian, UDA tidak memiliki sebarang ruang
niaga yang terletak berhadapan dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan
pemiliknya adalah dimiliki oleh individu-individu.
Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan mengenai UDA yang
diminta supaya tidak hanya meneruskan fungsinya untuk menyusun
semula masyarakat di bandar. Sebenarnya, Rancangan Pembangunan
Bandar dan Pembangunan Semula Bandar bukanlah setakat di
bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Sebenarnya, ada
peruntukan yang disediakan sebanyak RM56 juta secara pinjaman bagi
membiayai projek-projek yang sudahpun diberi keutamaan untuk
---·-·------
DR.LS.l2.92 -62-
dilaksanakan dalam tempoh Rancan6an Malaysia Keenam. Ada di
antaranya di Bandar Baru Green, Ip oh; di Pulau Pinan6 dan ju6a di
tap.-ik bekas ~ • .rnpita l di Kuan tan se lain darip-11.'1 yang ada di Ja lan
Tun H. S. Lee di Kuala· Lumpur ini. Peruntuk.'.!-: terscbut hanyalah
untuk membiayai sebaha6ian daripada keperluan p-=mbangunan UDA oleh
kerana Ul)A cuba menampung sebahagian daripada keperluan
perbelanjaannya melalui kewangan dalamannya.
Namun demikian, projek-projek yang akan dilaksanakan sebenarnya
adalah bersif at sosio-ekonomi di mana UDA terpaksa memastikan dahulu
bahawa projek-projek yan6 berkenaan akan memberi faedah kepada
bumiputera. Sungguhpun demikian, seberapa yang boleh UDA akan
menentukan bahawa projek-projek yang diban6unkan itu akan mendapat
sedikit keuntungan di samping dapat juga melaksanakan matlamat
sosialnya. •
Saya ingat. itulah sahaja yang dapat saya memberi penjelasan
berkenaan dengan perkara-perkara yang diban6kitkan. Saya ingin
mengucapkan berbanyak terima kasih dan juga beberapa pandangan yang
telah diberikan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan ingatan-ingatan
ten tang beberapa perkara akan diambil perhatian dan tindakan o leh
Kementerian. Terima kasih.
Tuan Peugerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah
bahawa wang sejumlah RM90,741,700 untuk Maksud B.50 di bawah
Kementerian Perusahaan Awam j adi sebahagian daripada Jadual
hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM90,741,700 untuk Maksud B.50 diperintahkan jadi
sebahagian daripada Jadual.
...
e
DR.15.12.92 -63-
Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak
RM26l,587,020 yang disebutkan untuk Waksud P.50 dalam Anggaran
Pembangunan bagi tahun 1993 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.
Wang sebanyak RM261,587,020 untuk Maksud P.50 diluluskan jadi
sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1993.
Maksud B.51 [Jadual] -Maksud P.51 [Anggaran Pembangunan, 1993]-
Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.51 dan P.51 di bawah
Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Ya, Padang Terap.
4.17 ptg.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar [Padang Terap]: Terima
kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 di
bawah tajuk Politik dan Penerangan. Seterusnya, Butiran 030200 di
bawah tajuk Ekonomi Antarabangsa sekaligus kerana ianya ada kaitan
dengan apa yang hendak saya hujahkan.
Tuan Pengerusi, pertama sekali ingin menyentuh mengenai dengan
EAEC yang mana di dalam jawapan kepada Soalan Mulut yang saya buat
tadi yang diberi jawapannya oleh Setiausaha Parlimen Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengatakan bahawa EAEC tidak
akan cuba menubuhkan sekretariatnya di atas alasan bahawa ianya
hanya satu kumpulan perundingan. Tetapi dalam jawaparmya juga
beliau mengatakan bahawa APEC adalah satu perkumpulan sebegitiu iaitu
satu perkumpulan perundingan dan ditubuh sekretariat. Oleh itu,
DR. l5.12.92 -64-
kalau mengikut logiknya, jikalau APEC sebagai satu kumpulan
perundingan boleh tubuh sekretariat, mengapa tidak EAEC menubuhkan
sekretariat.
supaya mengambil inisiatif untuk menubuhkan sekretariat EAEC kerana
ini akan, dengan izin, mengconcretizekan kedudukan EAEC sebagai satu
wawasan daripada aegara kita yang mana tanpa sekretariat walau
sekecil mana sekalipun, ianya tidak akan berkesan di dalam usaha
untuk mengadakan caucus ini.
Tuan Pengerusi, perlu diingat bahawa di dalaa hal ini kita tahu
mahu tidak mahu EAEC akan menjelma sebagai satu blok. Mahu tidak
mahu jikalau mengikut trend perdagangan dan trend pembaaguaan
ekonomi dunia sekarang ini, dalam masa lima tahun kemungkinan EAEC
terpaksa dijadikan economic bloc memandangkan bahawa NAFTA dan
lain-lain. lagi usaha-usaha untuk mewujudkan institusi perlindungan
perdagangan oleh negara-negara yang sedang berlumba untuk
mendapat pengaruh perdagangan di dunia ini.
DR.15.12.92 -65-
Tuan Peagerusi, kita mesti ingat bahawa zaman ini adalah zaman
peperangan perdagangan. Tidak ada lagi 'cold-war' tetapi yang
menjelma ialah satu senario peperangan perdagangan antarabangsa yang
habis-habisan yang akan dilakukan khususnya selepas pencapaian
Perjanjian GATT - Uruguay Round yang pada masa ini sedang di dalara
proses peringkat terakhir selepas Amerika dan EEC bersetuju dalam
hal subsidi pertanian.
Tuan Pengerusi, lagi sekali dalam hal ini mengenai EAEC, saya
ingin pihak Keraenterian memberikan penerangan yang lebih lanjut
mengenai pendirian Jepun terhadap EAEC. Walaupun Yaag Berhormat
Menteri Luar telahpun menjawab mengatakan bahawa pihak Jepun tidak
menyokong EAEC di dalam satu Kertas Putih yang dikeluarkan baru-baru
ini, tetapi saya sebagai seorang pemerhati perkembangan ekonomi
antarabangsa, saya dapati bahawa apa yang berlaku sekarang ialah
dalam keadaan, dengan izin, a state of ambiguity yang mana pada satu
pihak, satu Kertas Putih yang merupakan kertas dasar oleh Kerajaan
Jepun tidak menyokong EAEC tetapi di satu pihak lagi, iaitu pihak
Menteri Luar Jepun mengatakan beliau raenyokong EAEC. Bolehkah pihak
Kementerian mengulas lebih lanjut kerana pada masa ini keadaan
ambiguity ini membawa banyak kekeliruan kepada pemerhati-pemerhati
dalam negara.
Saya tahu bahawa pihak Jepun pada masa ini sedang mengambil
pendirian yang berhati-hati, cautious, dengan izin. Tetapi
sekurang-kurangnya ' kita perlu mendapatkan satu pendirian yang
tidak akan menahan proses concretisation, dengan izin, EAEC ini
diadakan.
DR.t~.12.92 ·-66-
Tuan Pengerusi, satu lagi perkara di bawah dua Butiran ini,
s.:1ya ingin merujuk kepada soal Jawatac\..lasa Pengkaj ian Sempadan di
an:ara Malaysia/Thailand yang baru-bar·_, i.ni mer.;.;a<lakan pers idangan- • ny1.1 Ji Langkawi, iaitu supa.ya m~:<:iJ,ambL ~ira per.-.i:· anguna.n-pembangunan
• ekonomi di kedua-<lua belah sempad::.:., Malaysia/Thailand. Sa tu
perkara spesifik yang saya ingin mec·v1.sukkan di dalam perbincangan • •
ini ialah ·pembangunan di sebelah perh;i::asan di antara Thailand dan
Malaysia, di kawasan Durian Burung iaitu di kawasan Padang Terap,
kawasan saya.
Kawasan Durian Burang adalat; satu kawasan yang dahulunya
merupakan kawasan perhubungan traditional di antara Kedah dengan
Pattani. Orang-orang Kedah dan Pattani datang berdagang melalui
pusat ini, iaitu yang dipanggil nama tempatnya Durian Burung, Mukim
Tunggal Kiri, kaJau saya tidak salah, daerah Padang Terap yang pada
tahun 1955 keseluruhan kawasan itu dikosongkan melalui satu strategi
Hamlet yang dibuat oleh Templer di zaman darurat di dalam mengatasi
ancaman komunis militan dalam tahun 1955 yang mana rumah-rumah,
jelapang padi orang-orang kampung dibakar ha.bis oleh tentera British
dan orang-orang kampung di situ dibawa untuk ditempatkan semula di
kawasan a.pa yang dipanggil sekarang Padang Sanai, dekat dengan Kuala
Nerang.
Pada masa sekarang dengan terhapusnya ancaman komunis, perlulah
pihak Kerajaan khususnya Kementerian Luar dan juga Kementerian Dalam • I
Negeri mengambilkira supaya kawasan ini dapat dibuka semula kerana
pada masa ini penggunaan entry point ini digunakan secara ha.ram -
DR.15.12.92 -67-
wujud smuggling, dengan izin, dan juga pelarian-pelarian daripada
proses undang-undang menggunakan jalan itu. Yang pentingnya ialah,
kawasan yang tepian dan jiran di serapadan Durian Burung di sebelah
Thailand telahpun d i b a n g u n k a n , infrastruktur-infrastruktur
telahpun diwujudkan. Pada hal kawasan di sebelah Malaysia masih
lagi hutan dan juga masih digunakan sebagai pengkalan tentera kita
patrol ataupun berjaga-jaga di situ. Andainya kawasan Durian Burung
di Padang Terap ini dibuka, saya pasti kos perbelanjaan untuk kita
menjaga negara daripada kegunaan penyeludupan dan juga pelarian
daripada proses undang-undang akan lebih rendah kerana kita boleh
menggunakan pembangunan di situ sebagai penapis terhadap
kejadian-kejadian ini.
Tuan Pengerusi, akhir sekali saya ingin membangkitkan khususnya
dalam Program 030200 - Ekonomi Negara, iaitu peranan Kementerian
khususnya melalui kedutaan-kedutaan kita di luar negeri di dalam
hal-hal mempertahankan usaha-usaha untuk mensabotaj ekonomi negara
kita, khususnya di dalam kempen anti kayu tropika dan juga kempen
anti barang-barang keluaran kita. Di dalam ucapan menyentuh
Kementerian lain dahulu, ada saya sebutkan iaitu apabila pihak
Parlimen Austria meluluskan bil tnengenai eco labelling, boleh
dikatakan seraua delegasi-delegasi kita di Eropah 'were taken by
surprise', dengan izin, kerana kemungkinan maklumat-maklumat yang
penuh tidak diberikan kepada mereka.
DR.15.12.92 -68-
Di dalam hal ini saya ingin mencadangkan kepada Kementerian
Luar Negeri supaya mewujudkan satu unit khas khusus untuk
bekerjasama dengan MPIDC yang ditubuhkan di bawah Kementerian
Perusahaan Utama untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan yang berasal
dari negara ini ataupun kumpulan-kumpulamdari negara-negara itu
sendiri untuk menjalankan, kalau boleh, overt dan covert action di
dalara usaha kita untuk membanteras sabotaj-sabotaj yang dibuat
secara halus oleh negara-negara Barat yang ingin mempertahankan
barang-barang pengeluaran mereka.
Kalaulah ini dilakukan, kemungkinan besar perkara-perkara yang
saya katakan tadi, iaitu kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa
yang berlaku di sana dan kita sendiri lebih bertindak sebagai
reactive, bukan proactive. Dengan adanya badan ataupun unit ini ,
kemungkinan besar kita dapat bertindak proactive dan kemungkinan
besar kita boleh raewujudkan persepsi-persepsi yang betul mengenai
usaha-usaha ekonomi kita untuk membangunkan negara melalui produk-
produk yang saya katakan tadi.
Dengan itu, saya menyokong, terima kasih.
DR.15.12.92 - 69 -
Tuan Pengerusi: Kepong.
4.30 ptg.
Dr Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, saya hendak
menyentuh 030000 - Ekonorai dan Kerjasama Serantau, termasuk 030100,
030200 dan 020000 dengaa sekaligus.
Tuan Pengerusi, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang
Terap tadi mengenai EAEC adalah satu point yang relevant mengenai
keperluan untuk mengadakan Kumpulan Ekonomi Perunding yang disyaki
oleh Amerika Syarikat sebagai satu blok ekonomi. Sampai sekarang
pihak Amerika Syarikat belum lagi menerima hakihat bahawa EAEC akan
dilaksanakan di rantau Asia. Walau bagaimanapun, adalah perlu bagi
pihak Kementerian untuk mempertingkatkan usaha bagi memujuk, bagi
mengkaji dan menggalakkan pihak Amerika Syarikat untuk menerima hal
ini, kerana kalau kita meninjau, meneliti keadaan NAFTA (North
American Free Trade Area), kita dapati ini merupakan satu blok -
memang satu blok ekonomi.
Walaupun pihak Amerika Syarikat telah berkali-kali mengatakan
bahawa NAFTA bukan satu blok, hanya satu persatuan di mana free
trade, perdagangan bebas akan digalakkan dengan sepenuhnya. Tetapi
kalau kita meneliti dalara perjanjian, mungkin kita boleh dapati
bahawa ada syarat-syarat dalam NAPTA di mana syarikat-syarikat di
Malaysia misalnya di luar daripada Amerika, kalau hendak menyertai
aktiviti perdagangan mesti memenuhi syarat-syaratnya. Misalnya,
kalau kita buka kilang di Mexico, komponennya mestt didapati mungkin
50%, 60%, 70% daripada Amerika Syarikat, dan inilah yang dimakna
yang disebutkan sebagai free trade, perdagangan bebas.
DR 15.12.92 - 70 -
Jadi, adalah perlu bagi pihak Kementerian Luar Negeri untuk
mengkaji dengan lebih teliti apakah yang disebutkan sebagai NAFTA.
Dan bagaimana NAFTA akan menjejaskan perdagangan Malaysia dengan
negara-negara di dalam NAFTA, Ini satu keperluan yang saya tidak
pernah dengar di dalam Dewan yang mulia ini, penjelasan daripada
Kementerian Luar Negeri ataupun Kementerian Perdangan Antarabangsa
dan Industri mengenai NAFTA. Ini perlulah bagi pihak Kementerian
berbuat demikian supaya untuk kepentingan perdagangan Malaysia akan
dipelihara dengan tepat,
Tuan Pengerusi, mengenai satu perkara lagi iaitu AFTA (Asian
Free Trade Area). Kalau tidak silap, minggu lepas ada satu
mesyuarat di Jakarta mengenainya. Saya bimbangnya, Tuan Pengerusi,
perdagangan di antara negara-negara ASEAN jumlah tak sampai 20% -
mungkin 18% sahaja, jumlah perdagangan negara-negara ASEAN. Ini
merupakan satu peratusan yang rendah. Pada tahun 1985 peratusannya
20% jumlah perdagangan ASEAN. Tetapi sekarang turun 2%, 3%. Ini
menunjukkan aktiviti yang dimainkan oleh Kementerian Luar Negeri di
rantau ASEAN ini adalah tidak,memuaskan dari segi memujuk dan tneng-
galakkan dan mempertingkatkan perdagangan di antara ASEAN.
Walaupun ada CEPT dan ada usaha untuk mengurangkan tarif di
antara negara-negara ASEAN. Malaysia tarifnya bukan tertinggi.
Yang tertinggi itu misalnya di Filipina, di Thailand, di Indonesia
- yang sangat tinggi, Dan disebutkan bahawa pada 2008 diharapkan
peratusan tarif akan dikurangkan kepada 5%. Kalau inilah tujuannya,
saya nampak setakat ini belura lagi diumumkan satu senarai keluaran
yang komprehensif, comprehensive product list, tidak diumumkan. Ini
DR.15.12.92 - 71 -
merupakan satu keleraahan. Bagaimanakah hendak kita capaikan
matlamatnya kalau senarai seperti ini belum lagi diumumkan? Dan
yang kedua, satu jadual untuk mengurangkan tarif ini pun tidak
diumumkan. Kedua-dua ini merupakan satu kelemahan di dalam usaha
untuk mengadakan satu CEPT yang efektif dan juga untuk mencapai
matlamat menjadikan rantau ini sebagai AFTA.
Saya berharap pihak Kementerian mengambil perhatian mengenai
kelemahan-kelemahan yang telah sentuh tadi. Bolehkah Yang Berhormat
terangkan satu jadual bagi Malaysia kerana saya nampaknya sejak
Belanjawan pada 30hb Oktober, ada usaha-usaha untuk mengurangkan
berapa item, berapa barang tarif dan cukainya terraasuk lebih 600
barang dikurangkan cukainya? Ini satu langkah yang betul dari pihak
Malaysia, tetapi di negara-negara lain di ASEAN itu tidak nampak
lagt.
Tuan Pengerusi, memandangkan masa yang begitu singkat, saya ada
satu perkara di mana saya berharap pihak Kementerian dapat memainkan
peranan yang lebih positif. Setakat ini saya tidak narapak ada peng-
umuman untuk meraberi bantuan kepada pihak Indonesia kerana gempa
bumi dan ombak raksasa yang memusnahkan beberapa kawasan di Pulau
Flores . Ini merupakan satu letupan gunung berapi yang besar juga,
tidak sebesar Gunung Berapi Krakatua.
Beberapa Ahli: Gempa.
Dr Tan Seng Giaw: Gempa ya.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat. . .
Dr Tan Seng Giaw: Satu gempa bumi.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, sila teruskan.
Dr Tan Seng Giaw: Dia hendak celah sinilah.
Tuan Pengerusi: Jikalau dia celah pun janganlah beri perhatian.
DR.15.12.92
Dr Tan Seng Giaw: Saya tak beri perhatian. Cuma....
Tuan Pengerusi: Sila teruskan.
Dr Tan Seng Giaw: .....untuk menjaga kesopanan Dewan Rakyat
ini, saya [Ketawa] .....Kementerian Luar Negeri mesti memainkan
peranan yang lebih positif, Kita mungkin memperuntukkan beberapa
juta untuk membantu mangsa gempa bumi dan ombak raksasa di Pulau
Flores menunjukkan sikap pendirian kerjasama negara Malaysia
terhadap Indonesia untuk membantu mangsa-mangsa rakyat Indonesia
menghadapi kesusahan bencana alam.
DR.15.12.92 - 73 -
Ini menunjukkan satu sikap yang sihat, yang positif, yang
sungguh baik untuk menunjukkan begitu bersedianya untuk memberi
pertolongan dan kerjasama kepada negara jiran kita di dalam hal-hal
memelihara kepentingan rakyat.
Itulah sahaja yang hendak saya ucapkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Maran.
4.41 ptg.
Dato' Haji Mohamad bin Abdullah [Maran]: Tuan Pengerusi, saya
ingin merujuk kepada Butiran 010000, Prograra 010100 - Pentadbiran
dan Kewangan,
Di Kementerian Luar Negeri sudah barang tentu mempunyai
beberapa bahagian di dalam pentadbiran Kementerian itu sendiri bagi
menentukan urusan perjalanan Kementerian berjalan dengan baLk.
Tetapi, ada satu perkara yang penting, yang perlu Kementerian
yang berkenaan mengambil perhatian ialah mengenai Jabatan ataupun
Bahagian Undang-undang. Sebab, Kementerian Luar Negeri ini adalah
menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan luar negara, yang mahu
tidak mahu kadangkala terlibat terus dengan undang-undang. Undang-
undang ini adalah undang-undang antarabangsa. Jadi, kalau sekiranya
perkara-perkara yang berlaku dengan undang-undang, di mana-mana
sahaja dan juga di Bangsa-bangsa Bersatu, sudah barang tentu kita
DR.15.12.92 - 74 -
perlu merujuk kepada undang-undang sama ada keputusan yang kita
hendak buat itu betul dengan kehendak undang-undang itu sendiri.
Jadi, kalau sekiranya kita tidak ada Pegawai Undang-undang yang
tertentu, bagaimana kita hendak memutuskan perkara itu dengan cepat.
Jadi, buat masa ini sebagaimana saya difahamkan terpaksa merujuk
kepada Jabatan Peguam Negara yangmana Peguam Negara juga menjalankan
tugas yang begitu sibuk. Kadangkala terpaksa pihak Pegawai yang
kurang mahir dengan undang-undang mengambll keputusan yang
tersendiri dan tidak menepati yang dikehendaki oleh undang-undang
itu sendiri.
Jadi, pada pendapat saya memang elok sekali sekiranya
Keraenterian ini mengwujudkan Jabatan Undang-undang tersendiri
ataupun Bahagian Undang-undang supaya boleh melicinkan lagi
perjalanan Kementerian ini dari masa ke semasa.
Tuan Pengerusi, perkara yang kedua, yang hendak saya bangkitkan
ialah kalau merujuk kepada Buku Prestasi ini, kita kedapatan bahawa
lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri serta juga Menteri Luar Negeri dan Timbalan Menteri Luar
Negeri ada dinyatakan. Contohnya, Anggaran Belanjawan tahun 1992
ialah 6 lawatan bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, 4 lawatan
Timbalan bagi Perdana Menteri dan 21 lawatan Menteri bagi
Luar Negeri dan Timbalan Menteri Luar Negeri.
Saya ingin penjelasan daripada enam ini bagi Perdana Menteri
dan empat bagi Timbalan Perdana Menteri dan 21 bagi Menteri Luar
Negeri, adakah telah membuat lawatan-lawatan tersebut dan ke
negara-negara mana. Bagi Anggaran Be1anjawan tahun 1993,
DR.15.12.92 - 75 -
lawatan mereka ini ialah:
Perdana Menteri - 8;
Timbalan Perdana Menteri - 35;
Menteri Luar Negeri dan timbalan Menteri Luar Negert - 35;
Bolehkah pihak Menceri memberikan gambaran ataupun jangkaan•
negara-negara mana yang akan dilawati?
Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 00100
mengenai Pejabat-pejabat dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut.
Kebanyakan Pejabat-pejabat Kedutaan dan sebagainya bagi negara kita
menyewa bangunan-bangunan tertentu di negara yang kita mempunyai
kedutaan dan sebagainya. Dalam jangka panjang, apabila kita menyewa
sudah tentu kita akan raenggunakan kewangan yang banyak, kalau
beberapa tahun sekiranya kita akan membelanjakan berjuta-juta
ringgit wang. Jadi, adakah Kerajaan bercadang supaya membeli
bangunan-bangunan tertentu bagi kegunaan Kedutaan? Kalau sudah
membeli setakat ini, berapa banyakkah kedutaan-kedutaan kita telah
membeli bangunan pejabat sendiri di luar negara?
Begitu juga di Malaysian Consulate ataupun di Pajabat
Perwakilan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang mana
kita menyewa sebuah bangunan telah beberapa lama. Walaupun, ura-
uranya kita hendak membeli sebuah bangunan yang lain untuk kegunaan
seterusnya, tetapi saya difahamkan sehingga sekarang kita belum mem-
beli lagi bangunan itu. Bunyi-bunyinya telah ada rundingan untuk
DR.13.12.92 - 76 -
membeli sebuah bangunan untuk dijadikan Psjabat.
Jadi, saya ingin tahu daripada Kementerian yang berkenaan,ada
kah benar kita akan membeli
pejabat kita di New York dan bilakah bangunan ini akan dibeli.
Selain daripada itu, saya juga mengambil kesempatan untuk mem-
beritahu bahawa pekerja-pekerja di Pejabat Perwakilan, Malaysia di
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun kakitangannya amat kurang.
Pada masa-masa tertentu mereka terpaksa bekerja labih siang dan
malam. Ini kita perlu beri perhatian supaya kita menambah lagi
kakitangan kita supaya mereka jangan sampai ketika mana mereka talah
terlalu penat sehinggakan tidak dapat menghasilkan kerja yang baik.
Jadi, kalau. kita menambah kakitangan itu, kita berdasarkan
kepada pengeluaran hasil daripada yang dilakukan oleh pegawai itu.
Jadi, kalau sekiranya kerja itu terlalu banyak, sudah barang tentu
hasil dan mutu pekerjaan mereka akan menurun. Sebab itulah kita
perlu menambah kakitangan di tempat ini bagi menentukan kerja-kerja
kita di masa yang akan datang berterusan.
Di Bangsa-bangsa Bersatu, memanglah pegawal-pegawai kita
sentiasa berurus dengan negara-negara lain, melobi bermacam-macam,
Jadi, kadangkala kita tidak menentukan masa, bukan masa pejabat
sahaja kita berjumpa dengan pegawai-pegawai atau kedutaan-kedutaan
lain, tetapi kita perlu di luar masa pejabat bagi menemui mereka,
bagi menentukan hasrat negara kita untuk melobi sesuatu perkara itu
boleh berhasil, Sebab itu elok sekalilah Kementerian ini menambah-
kan kakitangan kita di Pejabat Perwakilan Malaysia di Pertubuhan
DR.15 .12 .92 - 77 -
Bangsa-bangsa Bersatu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Batang Lupar.
4.49 ptg.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Tuan Pengerusi,
saya ingin bercakap di bawah Maksud Bekalan 51, di bawah Butiran
010000, Program 010200 - Perhubungan dan Keselamatan.
Tuan Pengerusi, kalau kita pandang keadaan dunia pada raasa
sekarang ini, walaupun perang d ingin telah tamat, tetapi apa yang
kita pandang, pertelingkahan sempadan masih berleluasa. Kita nampak
peperangan di negeri-negeri CIS selepas negara Soviet Union. Kita
nampak pertelingkahan di Indo-China, di Cambodia, pertelingkahan di
Palestine, pertelingkahan Iran/Iraq dahulu dan banyak lagi per-
telingkahan di antara negara-negara di dunia ini berlaku..
DR.14.12.92 -78-
Tetapi, tidak dapat dinafikan apabila pertelingkahan berlaku, ada
negara-negara yang besar, terutama nagara-nagara penjual senjata,
umpamanya negara Amerika,United Kingdom dan negara-negara Eropah,
yang meraih keuntungan yang begitu banyak sekali. Umpamanya, di
dapat peperangan Gulf Conflict,satu perbincangan di antara Menteri
Great Britain dengan Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Puan
Margaret Thatcher, kalau Gulf war tidak berlaku, kemungkinan
penjualan senjata yang berjumlah $20 bilion ke Gulf, mungkin tidak
berlaku juga. Bahkan pihak-pihak yang tertentu, seperti Amerika
telah menafikan tentang pengetahuan mereka bahawa perselisihan
sempadan di antara Iraq dengan Kuwait akan menjadi satu peperangan
yang besar. Ini juga telah memberi keuntungan yang begitu besar,
iaitu sehingga RM45 bilion kepada pihak Amerika. Ini bermakna,
peperangan yang berlaku di sana-sini, sepertt di Gulf, di Timur Jauh
dan di mana-mana sahaja, adalah menjadi satu keuntungan yang amat
sangat kepada negara penjual senjata.
Jadi, berlandaskan ini, pada suatu ketika dahulu, Malaysia
telah mengajukan satu cadangan untuk pendaftaran senjata dan pen-
daftaran pembinaan senjata di dunia. Jadi, persoalan yang saya
hendak bangkitkan di sini ialah macam manakah penerimaan negara-
negara peugeluar senjaca di atas cadangan Malaysia untuk mendaftar-
kan semua pembinaan-pembinaan senjata dan pengeluaranpengeluaran
senjata di seluruh dunia? Itu soalan yang pertama saya bangkitkan.
DR.14.12.92 -79-
Saya ingin berpindah kepada Butiran 02000 - Politik dan
Penerangan. Sebagaimana yang kita ketahui, Kepulauan Spratly telah
menjadi satu rebutan atau tuntutan kepada enam buah negara iaitu
negara China, Vietnam, Taiwan, Filipina, Brunai, Singapura dan
negara kita. Kepulauan yang berkenaan adalah berdekatan dengan
kepulauan Paracel yang mempunyai tidak kurang daripada 200
kepulauan-kepulauan kecil dan batu karang yang dipercayai kaya
dengan sutnber alam semulajadi. Pada satu ketika dahulu, pihak
Vietnam telah menghantar orang untuk mencari minyak di kawasan yang
tertentu, walaupun saya mendengar bahawa cerita ini adalah tidak
materialise, dan pihak China, semenjak tahan 1974 lagi telah tnembuat
serangan-serangan yang tertentu kepada pihak Vietnam iaitu pada
tahun 1974 - satu serangan dan pada tahun 1988 - satu lagi serangan
yang melibatkan kematian dan tenggelamnya kapal-kapal perang
Vietnam, daa di kebelakangan ini, iaitu pada bulan Mac, 1992 - kalau
tidak salah saya, pihak China celah membuat satu undang-undang yang
merangkumi semua Kepulauan Spratly dan Pulau Paracel, menjadi salah
satu daripada kejayaan China. Ini dengan sendirinya China tidak
menghirau sama sekali tuntutan-tuntutan oleh negara kita dan
negara-negara yang berkenaan seumpamanya, Filipina, Singapura,
Vietnam, Brunei dan sebagainya.
Dalam ketika yang sama, pihak Barat telah menjual satu pertiga
senjata-senjata kepada negara-negara yang pada masa sekarang
nampaknya telah mendapat satu masalah, iaitu masalah tuntutan kepada
kepulauan Spratly. Kalau tidak salah saya, kita menduduki 3
DR.14.12.92 -80-
daripada Kepulauan Spratly, Vietnam - 8, China - 6 dan beberapa buah
untuk negara lzin - saya ingat,,. Brunei tidak ada. Jadi, kita ada
satu pertelingkahan sempadan dan pihak Barat menjual pula senjata
yang canggih, yang moden dan bulan membunuh beribu-ribu rakyat.
Jadi, dengan sendirinya kita nampak bahawa ada "the brokers of war"
di dunia ini di mana tujuannya tidak ada lain, ialah untuk "trade"
•dengan menjualkan senjata kepada pihak yang bertelingkah. Malaysia
juga bersetuju, bahkan saya sendiri ada membuat statement, yang
mengatakan kita mestilah menggunakan Pertubuhan Serantau untuk
mengatasi masalah serantau. Jadi, berdasarkan ini, persoalan saya
ialah, apakah formula-formula tertentu yang telah dibuat oleh pihak
Kerajaan kita kepada negara-negara ASEAN ,yang mana terlibat juga
dalam pertelingkahan. sempadan atau tuntutan Pulau Spratly ini?
Soalan yang kedua, saya dengar pihak Indonesia hendak menjadi
Area Manager, di kawasan Timur Jauh supaya jangan berlaku
pertelingkahan. Jadi, persoalannya, macam manakah penerimaan pihak
ASEAN dan pihak Vietnam dan China serta pihak lain yang tidak ada
terlibat dalam ASEAN terhadap cadangan-cadangan dan rumusan-rumusan
yang d ibuat oleh p ihak Indones ia dan apakah t indakan-t indakan
Indonesia pada ketika ini sudah tnendatangkan kesan? Supaya apa yang
berlaku di Barat, di Timur Tengah dan di negara-negara CIS, tidak
berlaku di Pulau Spratly, yang mana mungkin mendatangkan akibat yang
buruk kepada negara yang terdekat sekali, seperti Malaysia yang
jaraknya hanya 170 kra daripada sempadan Spratly dengan kepulauan
yang kita tuntut itu. Jadi, 'spill-over' daripada satu perteling-
DR.14.12.92 -81-
kahan itu memang ada, terutama sekali dengan adanya strategi moden
(the current), yang kita anggap sebagai satu strategi militari yang
baik sekali iaitu 'pre-eraptive action', iaitu dengan memecahkan
kemudahan peperangan di negara-negara tertentu jauh keluar dari
kawasan pertempuran hendak diselamatkan. Itu soalan yang kedua.
Soalan yang ketiga yang saya ingin tanya ialah apakah peranan
ASEAN untuk membawa semua negara yang bertelingkah, berhubung dengan.
Kepulauan Spratly ini, supaya persoalan Kepulauan Spratly ini boleh
diselesaikan di atas meja perundingan dan ti-iak menerusi senjata.
Kita mesti ingat, undang-undang yang diluluskan oleh pihak China
pada bulan Mac, 1992 telah memastikan bahawa pihak China boleh
menguatkuasakan undang-undang itu dengan menggunakan senjata. Oleh
itu, dengan sendirinya Pulau Layang-layang yang kita duduki pada
masa sekarang juga sudah termasuk dalam sempadan negeri China, makna
kata ia adalah kepunyaan negeri China - iaitu di kawasan Nanyang,
Southeast Asia. Jadi, kita telah dengar iaitu Perdaaa Menteri
China, Li Peng, telah melawat ke Vietnam baru-baru ini dan melalui
percakapan-percakapan. yang dilaporkan, yang disebut oleh Perdana
Menteri China tersebut telah mempertunjukkan satu canda baik, yang
mana mereka mungkin bersedia untuk berunding. Kerana, jika berlaku
peperangan, ia adalah di antara China dengan Vietnatn dan kita
mungkin mendapat effectnya sahaja,
Jadi, dalam keadaan yang sedemikian, 'to strike while the iron
is still hot', saya ingat, apakah tindakan Kerajaan kita, ASEAN dan
pihak-pihak yang tertentti untuk mengatasi masalah ini supaya pihak
China boleh bersetuju dan pertelingkahan di antara China dengan
Vietnam boleh reda sedikit supaya persoalan Spratly ini boleh
diatasi. Dengan itu, Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Tuan Pengerusi: Tumpat. Selepas Arau, Menteri menjawab.
DR.15.12.92 -82-
5.00 ptg.
Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood [Tumpat]: Tuan
Pengerusi, Maksud Bekalan 51 iaitu 3.51 Kementerian Luar,mukasurat
259, Program 010000, 020000 dan 030000, saya mohon menyentuh secara
sekaligus.
Tuan Pengerusi, sepatutnya Malaysia akan memainkan peranan yang
penting di arena antarabangsa bagi mempengaruhi negara-negara
anggota terutama di kalangan negara-negara Islam yang menghadapi
masalah seperti di Somalia dan juga di Bosnia-Herzegovina dan
sebagainya. Tetapi apa yang saya lihat dan saya difahamkan bahawa
baru-baru ini di dalam Sidang OIC yang baru lalu, ternyata pihak
Yang Berhormat Menteri kita tidak menghadirkan diri ke sana. Bagi
saya ketidakhadiran Yang Berhormat Menteri Luar Malaysia ke Sidang
OIC yang baru lalu memberikan garabaran bahawa betapa tidak seriusnya
Malaysia dalam menangani isu-isu negara-negara umat Islam sekarang
ini, sedangkan Sidang OIC yang diadakan baru-baru ini adalah
merupakan satu sidang yang amat penting dan mustahak kerana banyak
isu-isu masalah umat Islam dengan negara Islam telah dipersoalkan.
Ketidakseriusan dalam isu ini dapatlah kita lihat misalnya
daripada sumbangan bantuan kita kepada negara-negara yang terlibat
atau umat-umat lslam yang terlibat misalnya bantuan kepada mangsa-
mangsa kebuluran yang sedang melanda di Somalia. Kerajaan kita
DR.15.12.92 -33-
hanyalah telah menyumbang sebanyak RM62,397.6l diberi di atas asas-
asas kemanusiaan.
Yang kedua, begitu juga bantuan yang diberi kepada Bosnia-
Herzegovina sebanyak RMl,284,550 bermakna US$0.5 juta, juga di atas
dasar kemanusiaan. Jika dibandingkan dengan bantuan itu, jauh lebih
kecil daripada bantuan yang pernah Malaysia beri kepada ANC sebanyak
sejumlah US$5 juta bersamaan dengan PM40 juta pada tahun 1990.
Selain daripada itu, Kerajaan telah juga membiayai sebahagian
daripada kos perbelanjaan pengurusan pejabat dan rumah Wakil ANC di
Kuala Lumpur sebanyak RM60,000 setahun sejak tahun 1991.
Tuan Pengerusi, di sini juga bukanlah bermakna saya menafikan
sama sekali peranan yang dimainkan oleh Walaysia dalam isu-isu Islam
di peringkat antarabangsa. Tidak salah kalau saya katakan bahawa
menangani isu-isu antarabangsa yang dialami oleh negara dan umat
Islam tidak lebih daripada sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja
dan semata-mata untuk menarik perhatian orang-orang Melayu dan umat
Islam dalam negara ini untuk memberi sokongan kepada Parti UMNO.
Bantuan kepada Bosnia tidak cukup hanya sekadar menampung beberapa
puluh orang Bosnia di negara ini dan bantuan sejumlah tidak sampai
RMl juta....
Tuan Shahidan bin Kassin: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Ya, Arau bangun Yang Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya hendak tanya berapa banyak PAS
bagi kepada orang Bosnia? Adakah tentera PAS telah dihantar untuk
DR.15.12.92 -84-
membantu orang Bosnia sebagaimana yang telah dimomok-momokkan oleh
Ketua Pemuda PAS?
Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Terima kasih
atas soalan dan .
Tuan Pengerusi, saya ingin mengetahui juga wang sumbangan
sebanyak US$0.5 juta itu disalurkan kepada agensi mana untuk Bosnia-
Herzegovina? Sebab saya difaharkan, tidak kesemua wang yang
disumbangkan oleh negara kita sampai kepada sasarannya. Kalau
negara kita boleh mengirimkan tentera di Cambodia, apakah Malaysia
tidak berkeberatan untuk mengirim sejumlah tentera kita ke Bosnia?
Sebab bagi pandangan saya, apa yang berlaku di Bosnia jauh lebih
dahsyat daripada apa yang berlaku di Cambodia.
Kalau boleh, pihak Kerajaan Malaysia melatih sukarelawan-
sukarelawan kita untuk kita kirim ke sana.
Tuan Pengerusi: Kalau melatih itu bukan sukarelawan. [Ketawa]
Kalau Kerajaan melatih, itu bukan sukarelawan.
Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Terima kasih, Tuan
Pengerusi. Jadi, bererti Tuan Pengerusi sokong pandangan saya
dengan menambah. [Disampuk]
Sebelum Bosnia menjadi padang jarak padang tekukur, sebelum
Bosnia hancur, sebelum umat Islam di Bosnia hancur atau bertukar
agama, maka sangat perlu bukan sahaja Malaysia, bahkan seluruh
negara-negara yang menganggotai OIC mengambil langkah-langkah yarig
lebih positif sebagaimana yang ditunjukkan di dalam isu Masjid Babri
DB.15.12.92 -85-
di Ayodhya, India sehingga memaksa Kerajaan India memberi pengakuan
untuk membangunkan semula masjid tersebut walaupun pada peringkat
awal, Kerajaan India cuba bermain sandiwara dalatn isu ini.
Tuan Pengerusi, saya rasa terkilan kerana soal Masjid Babri
ini, kenapa setakat ini pihak Parti MIC tidakpun pernah mengeluarkan
apa-apa statement atau bantahan dalam soal-soal ini? Begitu juga
Majlis Kuil Hindu di Malaysia.
Di sini juga, saya ingin menyentuh sedikit tentang Somalia.
Dalam isu Somalia, Tuan Pengerusi, kenapa nainpaknya Amerika bernafsu
sangat untuk mengirim tenteranya di Somalia dan tenteranya pun telah
dikirimkan. Nampaknya banyak isu-isu telah timbul, masalah telah
timbul di sana di mana pengiriman tentera Amerika di sana dengan
berbagai-bagai alasan yang diada-adakan juga, sebagaimana sikapnya
terhadap pengiriman tenteranya ke Kuwait dan Saudi Arabia pada
tempoh hari. Kenapa dalam isu Bosnia, Araerika hanya' melihaC sebelah
mata sahaja? Sepatutnya Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menghantar
tentera-tentera Amerika ke Somalia, sebaiiknya menghantar tentera-
tentera di kalangan negara-negara yang berkecuali seperti Australia,
Kanada dan sebagainya ataupun tentera-tentera daripada negara-
negara umat Islam, Malaysia, Tndonesia dan sebagainya. Sebab negara
tersebut tidak bercita-cita untuk menjadi "polis dunia" atau
menjajah dunia.
Malaysia sepatutnya dapat mempengaruhi Bangsa-Bangsa Bersatu
supaya dapat menentukan tempoh peralihan bagi menggantikan Tentera
DR.15.12.92 -86-
Amerika dengan pihak yang lain di Somalia. Amerika boleh meneruskan
bantuannya di bidang kewangan, kita tidak bantah. Kita sokong.
Anmerika sepatutnya, dapat menumpukan untak memulihkan negaranya
daripada bencana alam yang menimpa negaranya baru-baru ini, sampai
di New York sendiri telah dibanjiri oleh arus air yang begitu
dahsyat.
Amerika mungkin akan menjadikan Somalia sebagai pangkalannya-
yang baru selepas daripada Kuwait dan Saudi Arabia. Walaupun
Amerika mengelak daripada pergi ke Bosnia tetapi Amerika telah
membantu dan membiayai Rusia dalam bidang ekonomi. Tetapi yang
paling mendukacitakan saya ialah kenapa dalam soal Bosnia ini, pihak
Rusia telah merupakan negara pembekal senjata yang terbesar untuk
Serbia bagi menentang Bosnia. Kita tidak faham kenapakah Rusia
telah mengambil sikap-sikap yang demikian.
DR. 15.12.92 - 87 -
Yang ketiga, Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh sedikit masalah
peruntukan yang begitu banyak yang telah diperuntukkan kepada Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri untuk lawatan ke luar negeri, sampai
RM10juta setahun, saya rasa banyak. Apakah pihak Kementerian Luar
tidak berhasrat untuk sesuai dengan pandangan dan pendapat Yang Amae
Berhormat Perdana Menteri sendiri dalam forum televisyen baru-baru
ini yang menganjurkan supaya rakyat berhemat? Saya rasa tidak
keberatan pihak kita juga, Perdana Menteri juga mesti menunjukkan
contoh-contoh yang baik dalam berhemat ini. Jangan menjadi ketara,
hendak suruh anak berjalan betul, tetapi bapa ketara itu sendiri tak
jalan betul.
Tuan Pengerusi, di sini sukalah saya minta penjelasan sedikit
berapa banyakkah kewangan yang digdnakan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri dalam satu-satu lawatan ke luar negeri? Berapa
banyak yang dihabiskan? Apakah peruntukan yang diperuntukan
sebanyak RMIO juta setahun itu telah dihabiskan ataupun masih banyak
berbaki, yang saya rasa perlu diketahui oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat sekalian termasuk saya juga.
Tuan Pengerusi, yang terakhir sekali saya hendak tanya masalah
apa yang ditanya oleh Yang Berhormat sebelum daripada saya, iaitu
masalah Spratly ini. Masalah Spratly tak perlu saya sentuh, saya
hendak tahu sedikit masalah Kepulauan Sipadan dan Ligitan yang
melibatkan Malaysia dan Indonesia. Apa yang saya tahu masalah
Kepulauan Sipadan dan Ligitan sehingga sekarang ini belum lagi
diselesaikan. Apakah hendak selesai secara perang ataupun secara
DR.15.12.92 - 88 -
secara damai? Juga masalah Malaysia dengan Singapura, iaitu masalah
isu Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang. Saya rasa masalah Pulau Batu
Putih baru-bara ini telah pun dijelaskan dalam Parlimen ini, tetapi
bagi. saya tidak begitu jelas dan bagaimana dengan masalah Pulau
Pisang ini?
Saya rasa itulah sahaja yang ingin saya sentuh. Kalau ada
silap, saya mohon maaf dan saya mengucapkan terima kasih.
Tuan Pengerusi: Arau.
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Mohd. Tajol
Rosli bin Dato' Mohd. Ghazali]:[Bangun]
Tuan Pengerusi: Ya, nanti sekejap Yang Berhormat - sekejap.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN DARIPADAPERATURAN MESYUARAT
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Mohd. Tajol
Rosli bin Dato' Mohd. Ghazali]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
mencadangkan;
Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 12(1), Dewan ini
tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga pukul 8.45
malam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Peter
Tinggom anak Kamarau]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
DR.15.12.92 - 89 -
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, usul berbunyi
bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga 8.45 malam ini,
hendaklah dipersetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan,
Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 12(1), Dewan ini
tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga pukul 8.45
malam.
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993
Jawatankuasa
Perbahasan disambung semula.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Maksud B.51 [Jadual] -Maksud P.51 [Anggaran Pembangunan, 1993] -
Tuan Pengerusi: Arau. Selepas ini Menteri menjawab.
5.14 ptg.
Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Pengerusi, saya hendak
bercakap di bawah tajuk Bekalan B.51 dan P.51 sekaligus.
Yang pertama, saya hendak bercakap fasal aktiviti politik.
Objektifnya cukup terang, iaitu bagi mencapai matlamat seperti
menegak dan mempertahankan kedaulatan negara, memelihara keutuhan
D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 - 90 -
wilayah, menentukan kepentingan negara di bidang ekonomi, politik.
dan sosial sentiasi terjaga, dipertahankan dan seterusnya dikembang-
kan, dan menentukan, ketahanan negara kita di dalam keadaan politik
dan ekonomi dunia yang bertukar dengan pesatnya.
Yang pertama saya hendak sentuh fasal OIC,ataupun dalam bahasa
momok politik antarabangsa sekarang, dia mengatakan "oh,I see".
Jadi, Yang Berhormat sebelum itu saya hendak ucap tahniah kerana
Kementerian Luar Negeri telah berjaya bersama-sama untuk menegakkan
imej negara dari segi aktiviti politiknya, terutama yang juga
penerangan luar negeri sampai ke tahap yang cukup membanggakan.
Saya ucap tahniah kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Kalau tak
cukup, kalau kerja terlampau banyak, kita boleh lantik seorang
Setiausaha Parlimen. Banyak orang qualified di sini.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Jadi, kejayaan tni harus dipertahankan. OIC baru-baru ini,
kalau mengikut laporan akhbar yang Yang Berhormat telah sebutkan
bahawa kita bersetuju untuk menyertai dalam apa bentuk sekalipun
termasuk ketenteraan, dengan syarat ianya diluluskan oleh Jawatan-
kuasa Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Jadi, di sini Yang
Berhormat, saya ingin bertanya sejauh mana yang boleh kita buat,
yang mampu kita buat untuk membolehkan perkara ini ditekankan tiap-
tiap hari sebab sekarang ini saya tengok selepas kutipan derma yang
mencurah-curah berhubung dengan mangsa-mangsa di Bosnia, kita nampak
ada nada-nada yang perlahan sedikit. Kita kena ingat penderitaan
mereka semakin teruk.
Walaupun PAS mengkritik dengan hebat, tetapi PAS tak berani
menjawab berapa sumbangan dan apakah sumbangan PAS yang telah
diberikan untuk membantu mangsa-mangsa di Bosnia, termasuk sampai
DR.15.12.92 - 91 -
bersemangat hendak hancar sukarelawan dan sebagainya. Berapa orang
sudah pergi? Tak ada.
Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Tumpat
bangun.
Tuan Shahidan bin Kassim: Dan Yang Berhormat. Tumpat tak berani
menjawab soalan saya kerana dia tak beri bantu apa-apa.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, dia bangun. Hendak
beri jalan?
Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Tuan Pengerusi,
saya sengaja tak mahu jawab. Sekarang saya hendak jawablah.
Sumbangan yang telah PAS beri kepada.....
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keatl: Yang Berhormat, hendak
jawabkah ataupun hendak soal?
Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Minta hendak jawab-
lah soalannya.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Penjelasan.
Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Adakah Arau sedar,
terima kasih Padang Terap, tolong ajar saya. Adakah Arau sedar
bahawasanya PAS telah menyumbang kepada Bosnia lebih banyak daripada
sumbangan yang telah diberi oleh Kerajaan Malaysia?
Tuan Shahidan bin Kassim: Berapa? Soalannya berapa? Tetapi,
dia tak hendak jawab sebab dia takut kita tanya dia duit ini dia
ambil dari mana? Tetapi walau bagairaanapun, kita ucapkan tahniah
oleh kerana dalam hal ini, saya tak raahu mempolitikkan isu ini.
Saya ingat Yang Berhormat, kita hendak minta kepada Kerajaan, kita
DR.15.12.92 - 92 -
juga tak mahu mempolitikkan isu ini. Kita hendk minta supaya pihak
Kerajaan dan kita bersama, secara bersungguh-sungguh dan Kerajaan
kita nampak bersungguh-sungguh, Cumanya Kerajaan tak mampu, macam
kuasa-kuasa besar yang lain untuk menekan lebih daripada itu. Saya
tahu kemampuan kita ada batasnya dan sekarang yang kita buat pun di
luar batasan kita oleh kerana benda ini berlaku.Walaupun dari segi
kemampuan Malaysia dilihat sebagai negara yang kecil ini, saya ingat
di peringkat antarabangsa memang kita tak boleh pergi ke tahap itu,
tetapi kita sudah mampu lebih ke hadapan. Ini di antara sebab-
sebabnya oleh kerana kepimpinan yang mulia yang telah dibawa oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. RMIO juta tak
bermakna.
Jadi, saya kesal Yang Berhormat, Yang Berhormat menyebutkan
soal lawatan Perdana Menteri ke luar negeri. Yang Berhormat tak
pernah bertanya, mungkin Yang Berhormat tak pernah ambil metamatik
ataupun ekonomi; saya hendak beritahu, RMIO juta ini yang telah
disumbangkan oleh Kerajaan dengan begitu kecil tetapi hasil yang
kita dapat mungkin sejuta kali ganda, mungkin satu juta kali ganda,
mungkin RMIO bilion. Tetapi itu dari segi hasil. Yang itu saya
rasa nombor dua, tetapi yang nombor satu dan ini merupakan
investment ataupun tanaman modal jangka panjang ialah maruah negara
dan juga maruah bangsa Malaysia yang telah dipertegakkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya rasa tak cukup, RMIO juta
masih kecil kalau dibandingkan dengan apa yang telah dibuat dan apa
yang telah disumbangkan kepada negara kerana negara majulah yang PAS
boleh beri sumbangan lebih daripada Kerajaan tadi. Kalau negara tak
maju, kalau semua orang miskin di Malaysia, PAS jangan harap. Orang
PAS mari kutip derma untuk Bosnia, saya beri; Barisan kutip derma,
saya beri; DAP kutip derma saya beri.
DR.15.12.92 -93-
Ini kerana Malaysia sekarang barada di tahap yang cukup kukuh.
Siapa yang buat? Tidak lain tidak bukai, kepimpinan Barisan
Nasional. Jadi, saya ucap tahniahlah kepimpinan Barisan Nasional
dan PAS, DAP semua pihak hari itu telah bersetuju bahawa kita telah
bawa banyak perubahan. Jadi OIC, "Oh, I see" - ini saya hendak
tanya sejauh mana yang boleh kita buat untuk memberi tekanan,
pressure atau lain-lain lagi untuk membolehkan supaya tindakan
segera diambil. Kita bersetuju, cadangan PAS yang baik kita
bersetuju, bagaimana boleh mereka menghantar tentera begitu cepat ke
Somalia tetapi tidak boleh menghantar begitu cepat ke Bosnia.
Berapakah sumbangan yang kita telah beri kepada OIC?
Apakah boleh, di sini sebab saya tidak tahu dia ambil angka
daripada mana, saya cuma angka saya berdasarkan kepada prestasi dan
juga Belanjawan yang diberi di dapan saya. Dia dapat angka yang
lebih lagi saya dok cari kat mana tidak jumpa. Bagus. Makna kata
infomation dia lebih cepat daripada saya. Tetapi saya hendak
tengok dt sini sumbangan yang diberi dia campur sekali. Sumbangan
kepada UN, OIC, Sekretariat Komanwel dan juga Badan-badan Pertubuhan
Antarabangsa. Saya minta supaya sumbangan kita kepada OIC
dilebihkan .
Saya hendak sebut di sini dia ada hubungkait dengan yang
pertama berhubung dengan duta-duta yang kita hantar ke luar negeri.
Saya sudah ulang-ulang sebut, saya akan berulang terus sehingga saya
harap suatu perubahan besar dibuat. Kalau sekiranya keperluan bagi
negara yang kita hendak hantar duta itu, keperluan yang berbentuk,
lebih kepada corak ekonomi maka orang yang berlatarbelakang yang
demikian kita hantar. Kalau negeri yang berlatarbelakangkan politik
SR.15.12.92 -94-
kita hantar orang yang lebih berlatarbelakangkan politik. Kita
pandang sayalah, ini sabab kawan-kawan banyak yang jadi duta-duta,
mereka sendiri yang cadang kepada saya, saya bukan cakap kosong di
sini.
Dia cadangkan sudah sampai masanya supaya kita mengikut arus
peredaran ancarabangsa sebagaimana yang telah disebutkan di bawah
aktiviti politik tadi, keadaan politik dan ekonomi dunia yang
bertukar dengan pesatnya. Kita jangan bagi kerana kenaikan pangkat,
ini maaf cakap saudara-saudara dari Kementerian Luar Negeri .
Mungkin setengah daripada orang-orang Kementerian Luar Negeri
mungkin kerana berada terlampau laraa di Kementerian Luar Negeri
mungkin dia hendak berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri pula
ataupun Kementerian Perdagangan. Jadi, kita ambil orang-orang yang
minat dalam perdagangan untuk jadi duta bagi melibatkan parkara-
perkara yang berhubungkait dengan aktiviti ekonomi.
Kalau sekiranya negara-negara Russia, sebab Russia dia punya
market, pasarannya 170 juta - kalau saya tarsilap angka, saya minta
maaf - tapi kalau saya tidak silap 170 juta lebih kurang. Ini
merupakan pasaran yang cukup besar. Dia masuk McDonald, McDonaldkah
baru-baru ini masuk. Dia masuk McDonaldkah, Coca-Cola, saya kurang
pasti. Ha McDonald! Dia masuk McDonald sebab dia hendak buat cara
American, jadi dia ini sekarang dalam proses perubahan. Orang yang
mencari rezeki ataupun yang terlibat dalam perniagaan, dalam proses
peralihan ini ialahproaes untuk kita masuk dulu - kita akan mendapat
tempat. Kalau orang sudah established kita hendak pargi bertanding,
kita susah.
DR.15.12.92 -95-
Jadi, itu sebab ssya kata dalu, Menteri Kanan Singapura apabila
berlaku sahaja perpecahan di Soviet Union, dia hantar Menteri Kanan
dia pergi dulu melawat negara-negera yang berpecah kerana dia
mengambil kssempatan daripada perubahan yang sedang berlaku dan
pasaran di sana ialah pasaran yang besar walaupun orang masih
miskin tetapi pasarannya cukup besar untuk membolehkan kita
bertapak. Jadi, kita harap duta-duta yang dihantar duta-duta yang
bersesuaian dengan keadaan perkembangan yang pesat, bukan karana
kita hendak naikkan pangkat pegawai tetapi mengikut kesesuaian
negeri.
Yang keduanya, kemampuan suatu-suatu badan perniagaan atau
negara itu dia bergantung kepada dua. Yang pertama, badan Itu
sendiri ataupun negara icu sendiri. Yang keduanya, personaliti atau
individu yang terlibat. Malaysia pada masa sekarang saya rasa
Malaysia sebagai satu badan yang cukup kuat sebagai sebuah negara
tetapi individu yang memimpin - Dr Mahathir Mohamad itu juga
terkenal, individu yang kuat, yang dikenali dan gambar-gambarnya
disimpan. Gambar-gambarnya disimpan sebagai tokoh antarabangsa yang
dihormati. Saya tengok di beberapa tempat yang orang menyimpan
gambar-gambar Dr Mahathir sebagai tokoh antarabangsa yang di-
hormati. Gambar-gambar Tumpat tidak adalah termasuk gambar saya.
Jadi, kita hendak tunjukkan bahawa individu dan juga badan itu
sendiri termasuk juga orang yang memimpin badan perniagaan, Yang
pertama sekali syarikat itu sendiri kuat, yang keduanya orang yang
memimpin. Kalau sekiranya orang yang memimpin syarikat yang kuat
orang itu tidak nampak satu individu yang menonjol, tokoh yang
menonjol jadi dia tidak berapa menjadi - sahamnya akan jatuh.
Tetapi kalau tokoh yang menonjol memimpin pula syarikat yang kuat
DR.15.12.92 -95-
dan besar, sahamnya akan meningkat. Demikian juga duta-duta. Jadi
duta-duta harus memainkan peranan di samping, contohnya saya beri
contoh yang baiklah, saya tidak tahu duta-duta yang lain kecuali
kawan saya di Kuwait, seorang lagi ia1ah Wakil Tetap kita di.
Bangsa-bangsa Bersatu. Ini merupakan di samping dia mewakili
Malaysia yang kuat dia merupakan tokoh yang menonjol.
Jadi, dia mesti mengambil daya usaha sendiri mempastikan bahawa
dengan ketokohannya juga dia dihomati. ltu sebab bila kita hantar
student kita ke luar negeri, kita kata, "kamu ini duta-duta kecil
yang patut mewakili Malaysia". Duta-duta besar ini sepatutnya yang
sebenarnya sudah mewakili Malaysia mesti merupakan tokoh-cokoh yang
boleh menonjol, yang boleh sebenarnya disegani dan juga dihormati
sebagaimana kuatnya negara Malaysia.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, saya tertarik hati
dengan Kementerian Luar Negeri yang sentiasa mendapat publisiti yang
baik dalam akhbar tempatan. Sejauh mana publisiti dan juga usaha
gigih Kementerian ini didengar di peringkat antarabangsa? Kita
semua bacalah, kita semua baca, kita faham di dalam negeri. Tetapi
katalah macam isu Pulau Batu Putih, sejauh mana didengar di negara
jiran? Sejauh mana usaha Malaysia yang begitu gigih didengar di
masyarakat antarabangsa? Mungkindalam persidangan itu didengar,
tapi akhbar mereka didengar ataupun tidak.
Maka di bawah penerangan dan aktiviti di luar negeri, saya
cadangkan kalau sekiranya kita perlu mengiklan, kita iklan
dalam akhbar yang berkenaan. Yang Berhormat boleh minta peruntukan
yang lebih untuk ini. Kita akan menyokong. Kalau perlu iklan, kita
iklan. Kalau perlu kita berpakat dengan pengarang-pengarang, kita
terpaksa berpakat untuk membolehkan supaya apa yang telah mendapat
DR.15 .12 .92 -97-
publisiti dalam akhbar-akhbar dalam negari juga mendapat pandangan
dari mereka di luar negeri. Dengan demikian saya percaya kita akan
sentiasa mengikuti perkembangan dunia yang barubah dengan begitu
pesat .
Kemudian pasal tokoh menonjol dan akhbar ini, kita bukan hendak
minta suatu perubahan struktur yang besar, cuma kita minta supaya
ianya sesuai. Kita harap kalau sekarang ini kita sedang bergerak ke
arah Wawasan 2020, duta-duta kita kita panggil balik dan beri kursus
supaya dia selaras dan sama dan msraka merupakan orang-orang
penampan utama di luar negeri dan sentiasa memarhatikan terutamanya
tokoh-tokoh politik yang ingin pergi memburukkan negara Malaysia. ka
luar negeri. Bagaimana mereka hendak pastikan bahawa mereka
mengetahui pergerakan tokoh-tokoh ini. Kita lihat ramai mereka ini
yang kadang-kadang bukan dia hadir seminar atau perjumpaan.
Kadang-kadang dia hadir memberi ceramah di universiti-univarsiti
tertentu. Bagaimana kita hendak pastikan supaya selepas itu kita
kena perbetulkan balik keadaan.
Kita dapati terdapat tokoh-tokoh politik terutamanya
pembangkang yang pergi ke luar negeri, dia pun cerdik kadang-kadang
dia pun tidak pergi seminar dan sebagainya tetapi dia beri ceramah
di universiti-universiti dan masa itulah usaha-usaha meraburukkan
kepimpinan dan juga negara dibua-t. Bagaiinana boleh kita dapat
barbuat sesuatu untuk membolehkan kita membetulkan kaadaan pemikiran
duta-duta kacil supaya tidak rosak? Hendak pastikan supaya
pembangkang juga - ini oleh kerana maruah negara sudah sampai ke
peringkat yang duit tidak boleh beli lagi - memastikan supaya imej
ini senciasa dijaga.
DR.15.12.92 - 93 -
Kementerian Luar Negeri dengar. Menterinya yang cukup hebat,
saya rasa pasti boleh berbuat demikian, memberitahu bahawa kalau
sekiranya hendak bangkang beberapa isu tentang polisi-polisi yang
mereka tak puashati, mereka boleh bangkang tetapi. bukan ianya men-
garnbarkan satu keburukan yang boleh melibatkan negara secara
keseluruhan. Contohnya macam isu pembalakan. Kalau isu pembalakan
kita beri sentuhan kepada soal pembalakan, jangan ianya melibatkan
negara keseluruhan. Sebagaimana yang pernah dibuat oleh Ahli dari
Puchung dahulu, dia bukan sahaja memberi penekanan kepada kesatuan
sekerja, tetapi dia telah mengugut negara, menggunakan ugutan yang
boleh mengancam negara, Kita mahu sebab negeri ini negeri terbuka,
negara Malaysia adalah negara demokrasi yang paling demokratik, kita
mahu supaya benda ini dibuka, kita tak mahu tahan, tetapi yang boleh
Kementerian Luar Negeri buat, beri sedikit garispanduan supaya
mereka tidak bercakap yang boleh merosakkan negara.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, sila
gulung.
Tuan Shahidan bin Kassim: Jadi, ke arah itu, Tuan Pengerusi,
saya menyokong. Akhir sekali, saya ingin bertanya, ada beberapa
polisi yang kita buat dahulu, terutamanya ' Look East Policy' .
Melalui Look East Policy kita telah berjaya meningkatkan prestasi
pekerja-pekerja kita dan juga ekonomi kita ks tahap yang baik. Saya
ingin bertanya, bagaimana kedudukan polisi ini yang ada sekarang?
Apakah kita kaji semula? Sejauh mana negara mendapat keuntungan,
DR.15.12.92 - 99 -
terutamanya dari sokongan yang telah diberi oleh negara-negara yang
demikian. Saya ingin bertanya kenapa, sebagaimana Ahli dari Padang
Terap telah sebutkan, kita mengharapkan oleh karana kita memberi
sokongan kepada Jepun, sebagai contohnya, kadang-kadaag dia bertukar
pendapat; sekali dia menyokong, sekali dia tak menyokong dan
sebagainya. Sejauh mana Look East Policy ini sebenarnya bersama-
sama digerakkan dengan Kerajaan itu sendiri. Sejauh mana orang-
orang Jepun faham tentang Look East Policy dan sebagainya. Jadi,
sejauh mana ataupun setakat mana perkara ini dipastikan supaya ianya
berterusan dan sentiasa panas isu-isu ini. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Kementerian diminta
jawab.
5.32 ptg.
Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che
Wan]: Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian
Luar Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di peringkat
Jawatankuasa berkenaan dengan Kementerian Luar Negeri. Pada umumnya
saya menerima baik pandangan-pandangan dan teguran-teguran yang
telahpun disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kecuali Ahli
Yang Berhormat dari Turapat yang saya nampak begitu sempit pemikiran-
nya dan begitu songsang pendapatnya sehinggakan boleh mengeluarkan
kata-kata yang pada hemat saya amat cetek sekali, yang saya kira
akan kita perjawabkan satu-parsatu. Ini menunjukkan tentang betapa
sempit dan ceteknya pemikiran mereka sehinggakan boleh mengeluarkan
soalan-soalan ataupun kata-kata, yang agak pada hemat saya, amat
mendukacitakan.
DR.15.12.92 - 100 -
Kepada Yang Berhormat dari Padang Terap, saya ingin memberi
jawapan kepada tiga persoalan yang talahpun diucarakan oleh beliau.
Pertamanya berkenaan dengan konsep EAEC yang begitu hangat
diperbincangkan sejak akhir tahur. 1990 hingga kini. EAEC masih lagi
di peringkat rundingan, walaupun pada dasarnya ASEAN telahpun
bersetuju untuk ditubuhkan. Maka buat masa kini untuk kita
mempertimbangkan mewujudkan sebuah sekretariat adalah terlampau awal
sangat.
Berkenaan dengan pendirian Jepun, ingin saya perjelaskan
bahawasanya walaupun kita dengar berbagai-bagai tohmahan tentang
sikap Kerajaan Jepun, tetapi ingin saya nyatakan bahawasanya pihak
Jepun sebenarnya faham konsep EAEC ini, tetapi oleh sebab tertentu
tidak lagi mampu membuat satu pendirian menyokong penubuhan konsep
EAEC, sekadar menyatakan bahawasanya mereka ingin melihat dahulu
ASEAN membuat satu kata sepakat dan mendapat persetujuan yang lebih
mantap lagi.
Berkenaan dengan kontrovesi ataupun salah faham tentang Kertas
Putih yang telahpun dikeluarkan oleh Kerajaan Jepun pada Ihb
Disember baru-baru ini, pada dasarnya ianya mengandungi analisa dan
pandangan terhadap ekonomi Jepun, ekonomi dunia serta arah aliran
ekonomi serantau. Tiada langsung rujukan yang dibuat terhadap EAEC
secara khusus, hanya sakadar untuk menekankan bahawasanya rantau
Asia Timur ini umumnya hendaklah tidak menuju ke arah berasingan
dalam usaha-usaha untuk menyatukan negara-negara di Asia Timur.
Dengan lain-lain kata, ia tidak ingin melihat ada wujudnya blok
DR.15.12.92 - 101 -
ataupun dasar ' protectionistn' , dengan izin, di kalangan negara-
negara di Asia Timur, oleh kerana kita semua menyokong dan ingin
terus memperluaskan dasar ekonomi terbuka seperti yang kita alami
kini, Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawasanya ramai
pihak-pihak akademik mahupun pihak swasta Jepun secara terang-
terang, tak segan-silu menyokong konsep EAEC, cuma Kerajaan sahaja
lagi belum membuat apa-apa keputusan secara muktamad.
Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, saya ingin
mendapat penjelasan yang lanjut. Yang Berhormat Timbalan Menteri
kata dalam Kertas Putihnya itu Jepun tidak sebut langsung EAEC.
Boleh saya dapat kepastian, kerana dalam laporan ada disebut bahawa
Jepun menentang EAEC, iaitu conclusion yang dibuat daripada Kertas
Putih ini. Kalau tidak disebut langsung EAEC, maksudnya pentafsiran
Kertas Putih itu adalah salah dibuat oleh media massa.
Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Pengerusi, boleh
kita berikan kepada Yang Berhormat tentang apa yang telah sebenarnya
ditulis dalam Kertas Putih ini,
Soalan yang kedua, iaitu adalah berkenaan dengan Jawatankuasa
Pengajian Malaysia-Thailand. Saya sambut baik cadangan Ahli Yang
Berhormat dari Padang Terap supaya kawasan Durian Burung di Mukira
Tunggal Kiri, bahagian Padang Terap itu dibuka semula untuk menge-
lakkan kejadian-kejadian seperti 'smuggling', dengan izin, dan
sebagainya terus berleluasa di situ, apatah lagi kawasan yang di
sebelah Thailand telahpun dimajukan. Saya percaya dan yakin pihak
Kerajaan sedang menimbang untuk membangunkan kawasan tersebut oleh
kerana keadaan kini telah berubah jika dibandingkan dengan tahun-
DR.15.12.92 - 102 -
tahun zaman 1955 bila kes itu dikosongkan apabila ada masalah
'militant communists' di sempadan Malaysia-Thailand.
Bagi yang ketiga itu, ialah berkenaan dengan sabotaj ekonomi,
khususnya tentang 'eco labelling' kayu tropika yang dibuat oleh
pihak Kerajaan Austria baru-batu ini yang mana pihak negara kita
mengecam dan menentang hebat apa yang telahpun diura-urakan hendak
dibuat oleh pihak Kerajaan Austria. Di sini saya ingin menyatakan
bahawasanya sebuah pasukan petugas telahpun ditubuhkan yang dipenge-
rusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama dan ahli-ahli-
nya termasuklah daripada Kementerian Luar Negeri, Keraenterian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga MTITC. Tugas utama
pasukan petugas ini ialah untuk membanteras kempen 'anti tropical
timber' ini. Baru-baru ini juga Kerajaan Austria telah menghantar
seorang perutusan khasnya ke Malaysia pada 11 hingga 14 November
yang lepas, khususnya untuk mengetahui keadaan serta pandangan
Malaysia mengenai undang-undang tersebut secara lebih dekat lagi,
Setahu kita bahawasanya di peringkat ini undang-undang ita masih
lagi belum dilaksanakan.
Menyentuh tentang komen yang dibuat oleh Yang Berhormat dari
Kepong, terutamanya berkenaan dengan NAPTA (North America Free Trade
Area). Saya ingin menyatakan bahawasanya tentang NAPTA ini telahpun
banyak kali kita perjelaskan di Dewan yang mulia ini, khususnya oleh
Kementerian saya dan juga Kementerian Perd-agangan Antarabangsa dan
Industri. Pihak Kerajaan telahpun membuat berbagai kajian mengenai
implikasi perdagangan terhadap penubuhan NAFTA ini.
DR.15.12.92 -103-
Kerajaan juga telah mengadakan berbagai dialog dengan pihak sektor
swasta dan telah menjelaskan tentang apakah kesannya akan berlaku
sekiranya NAFTA ini diwujudkan secara rasminya pada Ihb Januari,
1994. Malah kita menyarankan bahawasanya untuk mengambil
kepentingan perdagangan di rantau NAFTA itu, kita mengesyorkan agar
pihak swasta negara kita pergi membuka kilang di Mexico dengan
keadaan pelaburan yang baik, dengan harga buruh mungkin kompetitif,
untuk mereka mengilang barang-barang mereka di Mexico supaya mudah
bagi mereka untuk hendak eksport ataupun menghantar ke Amerika
Utara, Kanada dan sebagaiaya,
Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, Yang Berhormat dari
Kepong bangun.
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Sudah tentu dengan
adanya NAFTA akan kuranglah tarif dan cukai yang dikenakan di antara
negara-negara yang termasuk dalam perjanjian NAFTA itu.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, bolehkah Yang Berhormat
menjelaskan bagaimanakah dengan mengadakan kilang-kilang Malaysia di
Mexico akan menguntungkan negara ini, walhal komponen-koraponen yang
disyaratkan oleh NAFTA itu ialah kita hendak membeli mungkin 50%
atau 70% komponen untuk kilang-kilang kita? Bagaimana tni akan
menguntungkan Malaysia? Itu satu cara. Dan walaupun Kementerian
Yang Berhormat dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri pernah menyebutkan mengenai NAFTA tetapi bukan mengenai
DR.15.12.92 -104-
sekatan NAFTA ke atas perdagangan itu, bukan dari segi itu, bukan
menyebutkan ini merupakan satu. bloc ekonomi yang mempunyai tarif
yang tertentu.
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Sudah tentu. Mangkin
berat bagi negara-negara la.ln untuk hendak mengeksport barangan
mereka ke kawasan-kawasan NAFTA setelah mereka mewujudkan satu
konsep yang kita anggap akan merupakan satu perlindungan juga.
Walaupun pihak NAFTA, terutamanya Amerika Syarikat mengatakan mereka
tidak akan wujudkan konsep protectionism ini, tetapi semua orang
tahu dan kita pun tahu sedikit-sebanyak perlindungan ini akan juga
wujud. Itulah sebab kita sarankan kepada pihak swasta kita agar
mana-mana kilang yang boleh dibuat di Mexico, sebagai contoh,
perlu kita buat, agar dapat kita menggunakan faedah dan kepentingan
Mexico itu untuk membolehkan kita aksport pula ke , North America
ataupun Canada sebab katika itu Mexico akan dapat satu
keistimewaan yang barangan dibuat oleh Mexico. Walaupun ada local
component yang perlu ditentukan oleh Mexico tetapi, umumnya, kita
boleh memastikan pasaran yang besar lagi. Kita semua tahu bahawasanya
North America dan Canada tnerupakan satu pasaran yang paling besar
dengan keupayaan pembeli yang begitu kuat sekali. Itu satu cadangan
daripada kita memperluaskan lagi, mempalbagaikan lagi, market dan
pasaran kita selain daripada Amerika Syarikat dan kawasan di sana,
di Latin Amerika, di Afrika dan lain-lain negara di Pasifik dan juga
DR.15.12.92 -105-
negara-negara Selatan kita berbuat juga untuk kita mengelak daripada
terperangkap sekiranya eksport kita ini terhad untuk masuk ke
negara-negara di kawasan NAFTA.
Tentang AFTA (ASEAN Free Trade Area) pula, ingin saya
mengatakan bahawasanya Menteri-menteri Ekonomi ASEAN baru-baru ini
telahpun bersidang di Jakarta yang telahpun membincangkan
pelaksanaan CEPT yang telah Yang Berhormat dari Kepong bangkitkan
sebentar tadi. Pada umumnya, mesyuarat itu. telah diadakan pada llhb
Disember yang lalu, baru beberapa hari yang sudah, dan kita telahpun
diberitahu bahawasanya pihak Manteri-menteri Ekonomi tslahpun
mencapai persetujuan bagi menetapkan tarif di bawah CEPT itu serta
jadual pelaksanaannya. Adalah ditahamkan bahawa senarai CEPT ini
serta jadual pelaksanaannya akan diumumkan tidak lama lagi oleh
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tentang perkara yang ketiga, kita memang amat sedih dan
bersimpati dengan apa yang berlaku di Indonesia baru-baru ini di
Pulau Flores yang telahpun berlaku gempa bumi yang besar pada hari
Sabtu, 12hb Disember baru-baru ini. Di dalam kita bersimpati dengan
jiran tetangga kita, kita juga tidak lupa untuk membuat sesuatu
bagi menunjukkan perasaan simpati kita dan Kerajaan sedang menimbang
tentang apakah bantuan yang perlu dan akan diberikan oleh pihak
Karajaan. Cuma saya ingin tanya berapa pula DAP hendak menyumbang?
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari
Maran yang yang pada umumnya telah banyak memberi galakan dan
kata-kata perangsang kepada Kementerian Luar Negeri dengan
mencadangkan beberapa perkara demi kepentingan dan prestasi
Kementerian yang saya wakili ini.
DR.15.12.92 -106-
Tentang cadangan Yang Berhorraat untuk diadakan satu Bahagian
Undang-undang Khas dalam Kementerian Luar Negeri, sukacita saya
menyatakan bahawasanya walaupun sudah lama diminta olsh Kementerian,
alhamdulillah, akhir-akhir ini baru sahaja, tidak lama dulu, pihak
Kerajaan telahpun meluluskan supaya diwujudkan sebuah Jabatan
Undang-undang khusus untak Kementerian Luar Negeri, Dan kini kita
telahpun berbincang dengan pihak Peguam Negara untuk mendapatkan
seorang peguam yang agak bersesuaian untuk diletakkan secara tetap
di Jabatan Perundangan, Kementerian Luar Negeri.
Tentang lawatan-lawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Luar Negeri serta Timbalan Menteri Luar Negeri
pada tahun ini dan pada tahun sudah, saya kira amat panjang untuk
saya hendak jawab di sini, kerana masa tidak mengizinkan, lagi pun
kita telah jawab beberapa kali dalam sidang Dewan Rakyat sepanjang
masa. Kalau sekiranya Yang Berhormat ingin juga tahu dengan lebih
jelas, pihak kami akan memberinya secara bertulis,
Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat supaya Kerajaan
membeli lebih banyak bangunan-bangunan canseri di luar negeri,
memang itulah cadangan kita juga, tetapi kita terikat dengan jumlah
peruntukan yang kita dapat perolehi daripada Kementerian Kewangan
mahupun Kerajaan. Pada dasarnya, kalau boleh, kita mahu mempunyai
atau memiliki keseraua pejabat-pejabat, canseri-canseri mahapun
kediaman-kediaman kita di luar negeri. Tetapi kita mestilah
mengikut keadaan dan kemampuan kita. Kita hanya mampu membeli
sekiranya dapat peruntukan daripada pihak Kerajaan. Walau
DR.15.12.92 -107-
bagaimanapun, setakat ini pihak Kerajaan kita merailiki tidak kurang
daripada 22 buah canseri kita di seluruh dunia dan ini telahpun
kita jawab pada satu masa dahulu, saya ingat.
Di New York, seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi
untuk kita membeli sebuah canseri, kita sedang berbincang dengan
pihak swasta yang mana kita bercadang untuk meminta . pihak swasta
yang tertentu membelikan bangunan tersebut dt New York, untuk disewa
oleh kita buat sementara sebelum kita beli pejabat itu pada masa
yang sesuai. Nampaknya itulah satu cara yang baru untuk kita buat
di peringkat New York supaya dapatlah kita sedikit demi sedikit
memiliki lebih banyak bangunan-bangunan demi untuk kepentingan
jangka tnasa panjang ekonomi negara kita.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah
menyaraukan agar dipertambahkan kakitangan, ini juga memang sentiasa
dipinta oleh pihak Kementerian dan juga ianya tertakluk kepada
kelulusan oleh Kerajaan teatang penambahan kakitangan di Kementerian
dan juga di pejabat-pejabat kedutaan di seluruh dunia.
DR.15.12.92 - 108 -
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batang Lupar bertanyakan tentang
cadangan Malaysia untuk mewujudkan satu pendaftaran senjata ataupan
keperluan senjata dunia dan apakah keadaan dengan cadangan Malaysia
itu. Perkara ini saya akan berbincang dan bertanya dengan pihak
Kementerian Pertahanan sebab ini ada kaitan dengan Kementerian
Pertahanan dan saya perlu notis untuk menjawab pertanyaan yang
begitu spesifik daripada Yang Berhormat sebentar tadi.
Berkenaan dengan kontroversi di Kepulauan Spratlys yang
sesungguhnya menjadi perhatian umum kini, pada dasarnya seperti Yang
Berhormat sedia maklum bahawasanya Kerajaan kita mengamalkan sikap
dan dasar berbincang untuk mengatasi masalah tuntutan bertindih
kepulauan batu-batu karang yang wujud di kalangan Kepulauan
Spratlys.
Di sini juga saya ingin menyatakan bahawasanya walaupun pada
mulanya kita lihat ada sesetengah negara yang mengambil tindakan
sendiri untuk menunjukkan tuntutan mereka tetapi akhir-akhir ini,
dalam masa beberapa bulan yang larapau ini, apa lagi selepas satu
Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN di Manila diadakan pada
pertengahan tahun ini, selain daripada negara ASEAN, negara-negara
seperti China dan Vietnam pun telah menunjukkan satu sikap yang
lebih baik untuk menyelesaikan masalah tuntutan bertindih ini secara
dialog.
Kita akan terus berusaha untuk berbuat demikian agar masalah
Spratlys ini walaupun rumit dan memang kita nampak berat untuk
diselesaikan dengan cepat tetapi sekurang-kurangnya semua negara
DR.15.12.92 - 109 -
yang menuntut Kepulauan Spratlys ini telahpun bersetuju untuk
berbincang dan berdialog bagi menyelesaikan masalah itu. Setakat
ini. belum ada formula yang tertentu dapat kita lihat ianya perlu
dibincangkan dari masa ke semasa. Oleh kerana ia melibatkan enam
buah negara, sudah tentu ianya perlu masa jua.
Tentang cadangan Indonesia sebagai orang tengah, kita memang
menyarabut baik cadangan ataupun hasrat Indonesia untuk menjadi orang
tengah untuk menyelesaikan tnasalah tuntutan bertindih Kepulauan
Spratlys. Tetapi buat masa kini, negara-negara yang berkenaan lebih
menumpukan tentang perbincangan di antara sesama mereka dahulu.
Mungkin kalau ianya tidak berhasil, sudah tentu cadangan Indonesia
itu akan diambilkira.
Itulah sahaja Yang Berhormat dan Tuan Pengerusi yang dapat saya
javab. Selepas ini saya pohon izin daripada Yang Berhormat Tuan
Pengerusi untuk meminta Yang Berhormat Menteri Luar menjawab dengan
lebih tepat lagi soalan-soalan yang telahpun dibangkitkan oleh lain-
lain Yang Berhormat semasa tibanya Yang Berhormat Menteri Luar ke
Dewan ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Silakan.
5.53 ptg.
Menteri Luar Negeri [Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]:
Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih di atas keizinan
memberi penghormatan kepada saya untuk menjawab soalan-soalan yang
ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa berdebat mengenai
belanjawan Kementerian Luar Negeri. Saya minta maaflah kepada
rakan-rakan saya Ahli Yang Berhormat yang sebelum ini telah bercakap
DR.15.12.92 - 110 -
dan kebetulannya pada waktu itu saya tidak ada di sini kerana pada
waktu yang sama kebetulannya saya mengadakan perjumpaan dengan
Duta-duta Negara-negara OIC di Kuala Lumpur ini.
Saya mengharapkan Budget Kementerian Luar Neieri ini, dibahas-
kan semalam tetapi tidak jadi dan mengharapkan pada hari ini bermula
jam 5.00 tetapi lebih awal daripada yang saya jangkakan. Jadi, saya
minta maaf tetapi perkara yang saya bincangkan semasa bertemu dengan
Duta-duta Negara OIC yang berada di Kuala Lumpur ini adalah khusus
mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil berkaitan dengan Bosnia
dan Somalia.
Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat dari Tumpat dalam ucapannya
telah menimbulkan satu perkara tentang saya tidak hadir atas naraa
Menteri Luar di Persidangan OIC di Jeddah. Maka sebab itulah, saya
mengambil kesempatan untuk memberi jawapan kepada perkara ini.
Sebenarnya, Tuan Pengerusi, kehadiran Timbalan Menteri Luar
Negeri di Persidangan OTC di Jeddah itu adalah kehadiran yang
membawa mandat yang penuh daripada Kerajaan kita dengan arahan-
arahan yang tertentu untuk mengambil keputuaaa-keputusan berkaitan
dengan apa juga perbincangan yang berlaku di Jeddah. Jadi, dengan
kehadiran Timbalan Menteri dengan membawa mandat yang penuh
berkaitan dengan dasar dan pendirian negara Malaysia berkaitan
dengan isu Bosnia-Herzegovina itu, maka kehadiran Timbalan Menteri
tidaklah boleh dianggap sebagai satu kehadiran yang merendahkan
martabat OIC ataupun yang difikirkan kehadiran yang kurang berkesan
di dalam hal ini. Kalaulah Timbalan Menteri menghadiri mesyuarat
DR.15.12.92 - 111 -
itu tanpa ada mandat dan tidak pula boleh mengambil dan memberi
keputusan dalam apa-apa perbincangan yang berlaku, maka tentulah ada
penjejasan. Tetapi atas isu Bosnia-Herzegovina ini, Kerajaan kita
memang sudah ada dasar-dasar yang tertentu dan pendirian-pendirian
yang tetap yang sentiasa kita perjuangkan dan alhamdulillah selama
ini dapat juga kejayaan mengenainya.
Berkaitan dengan isu Bosnia-Herzegovina ini juga, sebenarnya
tindakan-tindakan yang kita ambil itu bukanlah berupa tindakan-
tindakan yang kecil ataupun tindakan yang boleh dianggap sebagai
memandang ringan atas isu Bosnia-Herzegovina. Kita memandang berat
dan kita mengambil peranan yang paling aktif dalam bidang antara-
bangsa mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Bosnia-Hezregovina
bukan sahaja terhad kepada ataupun sewaktu OIC mengadakan persi-
dangan bahkan di dalam mana-mana juga persidangan yang lain, kita
mengambil pendirian yang sama.
Kerajaan kita bukan sahaja telah memberi bantuan kewangan
setakat ini, lebih banyak daripada Yang Berhormat jangkakan tetapi
yang pentingnya ialah kita paling menghargai sumbangan yang telah
diberikan oleh rakyat Malaysia melalui tabung-tabung yang dikelola-
kan oleh media dan akhbar-akhbar tempatan yang sekarang ini kalau
dijumlahkan semuanya sudah hampir RM5i juta banyaknya. Kementerian
Luar Negeri sendiripun telah berusaha untuk mengumpul sumbangan-
sumbangan yang boleh diberikan oleh rakyat Malaysia khususnya pihak
swasta dan telah berjaya mengumpul RM653,000 untuk kita sampaikan
kepada pihak Bosnia. Segala wang yang telah kita kumpulkan itu
disampaikan melalui saluran Kerajaan Bosnia yang ada sekarang.
DR.15.12.92 - 112 -
Kita memang berhati-hati di dalam kita menyalurkan bantuan-bantuan
kita kepada pihak Bosnia. Kita takut nanti kalau-kalau bantuan itu
disalahgunakan. Kita ada saluran yang tertentu iaitu melalui
Kerajaan yang ada sekarang dan Kerajaan Bosnia sekarang inipun ada
wakilnya yang ditempatkan di Kuala Lumpur dan segala kemudahan kita
telah beri dari segi mengadakan tempat pejabatnya dan kemudahan-
kemudahan pejabatnya itu semuanya adalah ditanggung oleh Kerajaan
Malaysia.
Semasa Menteri Luar Bosnia datang baru-baru ini, beliau telah
mengumumkan bahawa Kerajaan Bosnia akan menetapkan seorang Duta di
Kuala Lumpur. Ini bermakna selama ini Bosnia hanya ada dua Duta
yang telah ditempatkan iaitu satu di Eropah di Germany dan satu lagi
di Kuala Lumpur. Belum ada lagi mana-mana Duta yang ditempatkan
oleh Bosnia melainkan Kuala Lumpur dan Bonn. [Tepuk] Kita akan
menggunakan khidmat bantuan dan kerjasama Kedutaan Bosnia di Kuala
Lumpur ini untuk menyalurkan segala bantuan.
Baru-baru inipun pihak Menteri Luar Bosnia telah meminta kepada
saya supaya diusahakan bantuan yang segera untuk keperluan makanan
seperti tepung, minyak masak dan berbagai lagi keperluan yang
dikehendakinya. Maka ini adalah sacu daripadanya yang menyebabkan
saya memanggil Duta-duta OIC di Kuala Lumpur untuk membincangkan
perkara ini supaya kita mengadakan rancangan segera bagi menyampai-
kan bantuan-bantuan yang diperlukan seperti tepung, rainyak masak dan
lain-lain lagi.
DR.15.12.92 - 113 -
Kita juga tslah membuat keputusan untuk mengambil alih khemah
orang-orang pelarian Bosnia yang ada dalam negara yang berjiran
dengan Boania, kerana kita menganggap bahawa ini adalah satu cara
yang paling praktik, yang mudah daripada segi logistiknya, lebih
mudah daripada membawa mereka ke sini. Kalau tadi Yang Berhormat
kata, yang kita bawa ke sini itu adalah bilangan yang kecil, memang
kecil pada waktu ini. Kita pun memang berhajat untuk menambah lagi,
tetapi yang sebaiknya, biarlah kita menguruskan mereka yang menjadi
orang pelarian di mana-mana negara yang berjiran dengan Bosnia-
Herzegovina, umpamanya, dengan negara Slovania kerana Menteri Luar-
nya pun telah melahirkan minat untuk mendapatkan bantuan kita bagi
membantu orang-orang pelarian yang ada di dalam banyak khemah orang-
orang pelarian di negara tersebut.
Saya telah membincang kan perkara ini dengan beberapa Men teri-
menteri Luar OIC supaya mereka juga sama-sama mengambil tindakan
ini. Di mesyuarat saya dengan Duta-duta OIC tadi, adalah juga untuk
menerangkan kepada mereka rancangan yang kita laksanakan ini dan
meminta supaya raereka juga turut serta untuk mengurangkan bebanan
negara-negara jiran yang hari ini terpaksa memberi tempat teduh
kepada begitu ramai orang-orang pelarian Bosnia. Usaha kita itu
sebenarnya adalah di dalam berbagai bentuk dan tidak semestinya
diukur dengan hanya sekali dua kita menghulurkan bantuan kewangan.
Fasal Somalia, kita telah memberikan bantuan lebih daripada
RM62,000 yang Ahli Yang Berhormat maksudkan itu. Sebenarnya kita
DR.15.12.92 - 114 -
telah memberikan sebanyak US5150,000 sebagai bantuan kepada Somalia
dan kita adalah mengambil sikap terbuka untuk memberi apa jua
bantuan kemudiannya. Kita telah membuat keputusan untuk menghantar
satu pasukan tentera ke Somalia untuk mengambil bahagian dalam
"Peacekeeping Operations", dalam gerakan-gerakan untuk menjamin
keamanan, memberi bekalan dan menjaga keselamatan serta menyampaikan
apa juga keperluan-keperluan kepada orang-orang Somalia. Ini adalah
satu keputusan yang telah kita ambil dan kita telahpun memberitahu
kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu tentang keputusan kita
dan kita hanya menunggu masanya untuk dijemput oleh pihak Bangsa-
bangsa Bersatu untuk kita mengambil bahagian. Kita tidak boleh
pargi bersendirian, kita mesti menunggu dahulu jemputan itu. Walau-
pun kita sudah beritahu kesediaan kita, bila-bila masa sahaja
dijemput maka sampailah kita nanti ke Somalta.
Begitu juga halnya dengan Bosnia, kita telahpun memberitahu
pihak Bangsa-bangaa Bersatu dan kita bersedia pergi ke sana untuk
gerakan-gerakan Operasi Damai yang diadakan di Bosnia itu bagi
membantu mengedarkan bantuan-bantuan kepada orang-orang Bosnia.
Tetapi pada waktu ini kita memahami bahawa bilangan askar yang ada
di sana, tenaga yang membantu gerakan-gerakan damai yang ada disana
sudah mencapai 221,000 orang ramainya dan mereka belum lagi memerlu-
kan tenaga tambahan. Sebaik sahaja mereka memerlukan tenaga
tambahan itu, maka kita akan menghantar askar-askar kita ke sana.
Yang Berhormat telah menimbulkan juga beberapa perkara yang
lain dan izinkanlah saya mengarabil kesempatan untuk menjawabnya di
samping saya memberi jawapan ke atas perkara OIC yang dihubungkait-
DR.15.12.92 - 115 -
kan dengan kehadiran saya di Jeddah.
Yang Berhormat telah menimbulkan perkara yang berkaitan dengan
fasal Pulau Sepadan dan Pulau Ligitan. Ini adalah masalah kita
dengan Indonesia. Kita telahpun bertukar-tukar dokumen mengenai
kedudukan Pulau Sepadati dan Pulau Ligitan. Kita telahpun menyerah-
kan dokumen-dokumen kepada pihak Indonesia dengan hujah-hujah yang
membuktikan bahawa pulau ini adalah hak wilayah kita. Merekapun
berbuat demikian. Jadi ksdua-duanya membuat hujah-hujah untuk
menegakkan yang masing-masing memiliki kedua—dua palau ini. Jadi
kita perlulah mengadakan rundingan untuk mencari penyelesaian dan
isu yaag berkaitan dengan Pulau Sepadan dan Ligican ini akan kita
bincangkan nanti dalam mesyuarat Suruhanjaya Bersama Indonesia/
Malaysia yang dicadangkan diadakan di Indonesia pada akhir bulan
Januari ini. Jadi perkara ini akan dibincangkan lagi. Tahun sudah
ianya dibincangkan di sini dan tahun depan akan dibincangkan di
Jakarta dan sama ada dalam perundingan itu kita akan mencapai
penyelesaian atau tidak, ini sama-samalah kita tunggu. Begitulah
juga halnya dengan Pulau Batu Putih. Kita telahpun mengadakan
pertukaran dokumen mengenai pulau Batu Putih ini dan sedikit masa
lagi satu perbincangan akan diadakan pada peringkat pegawai
Singapura dan pegawai kita. Perbincangan int akan diadakan di Kuala
Lurapur. Ertinya, kita bukanlah cidak akcif, bukanlah berdiam diri
bahkan terus aktif kerana ini ...
Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat, Larut
bangun .
DR. 15.12. 92 - 116 -
Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Tuan Pengerusi,
bolehkah saya tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kesan
tindakan perauda PAS atas Pulau Batu Putih atau "Hitam", saya pun
tidak tahulah?
Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Sebenarnya, itu adalah
satu tindakan yang pada hemat saya tidak akan dapat membantu
menyelesaikan masalah. Walau apapun kita lakukan, tidak bermakna
dengan tindakan kita itu maka tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu
Putih itu sudah selesai ataupun tamat. Yang pentingnya ialah
perkara ini mesti dirundingkan dengan pihak Singapura. Tidak
bermakna kalau dengan tindakan yang dicadangkan oleh pemuda PAS itu,
maka Singapura akan kata, "Yalah, itu karau punya dan kami tidak akan
membuat tuntutan lagi". Itu bukan satu penyelasian. Itu saya fikir
curaa hendak mencari publisiti untung policik semata-matalah.
Tuan Pengerusi, berkaitan dengan lawatan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri keluar negeri dan peruntukan yang dibuat iaitu RMIO
juta, sebenarnya, RMIO juta ini adalah sacu peruntukan yang kecil,
bukan besar, kerana lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu
bukan melancong tetapi adalah lawatan yang bertujuan untuk
menggalakkan perdagangan, pelaburan, menggalakkan kerj asama ekonomi
yang lebih luas. Ini penting kepada kita. RMIO juca ini kalau
hendak dibandingkan dengan syarikac rokok yang mengiklankan rokoknya
dengan belanja RM200 juta setahun, RMlO juta ini untuk perbelanjaan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri keluar negeri bagi menggalakkan
kerjasama ekonomi, pelaburan dan perniagaan adalah sata peruntukan
yang amat kecil. Sebenarnya kita perlukan lebih banyak daripada itu
DR.15.12.92 - 117 -
lagi. Tetapi kita memahami tentang keadaan kewangan kita, jadi RMIO
juta ini boleh dikatakan sudah mencukupi dan berpatutan. Hasil
daripada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini telah
menunjukkan bukti-bukti yang perdagangan antara negara Malaysia
dengan negara-negara yang telah dibuat lawatan dan yang telah
diadakan perjanjian-perjanjian perdaganan, pelaburan dan sebagainya,
menunjukkan perdagangan yang lebih banyak telah dapat diadakan di
antara negara kita dengan negara-negara yang dilawati itu. Jelaslah
manfaat memang banyak yang telah diperolehi oleh negara kita dan
negara sahabat yang kita telah jalingkan hubungan, terutamanya
hasil daripada lawacan Yang Aniat Berhormat Perdana Menteri .
Berhubung dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli
Yang Berhormat dari Arau, sebenarnya Ahli Yang Berhormat dari Arau
menumpukan debatnya itu ke atas perkara yang berkaitan dengan
penempatan Duta-duta dan kesesuaian Duta-duta untuk berkhidmat di
negara-negara di mana mereka dihantar bertugas. Perkara ini adalah
perkara yang penting, sebenarnya. Kita mahukan Duta kita mempunyai
bukan sahaja tahap pengetahuan-pengetahuan yang baik tetapi juga
tahap profesionalisma yang tinggi, kerana Duta-duta kita mempunyai
peranan yang besar di luar negeri. Peranan mereka bukan sekadar
untuk menjalinkan hubungan antara negara kita dengan negara di mana
mereka berkhidmat, tetapi juga untuk menggalakkan kerjasama dalam
bidang ekonomi dan pembangunan. Mereka perlu memputiyai maklumat-
maklumat yang terkini mengenai negara-negara itu, dan mereka perlu
juga mengetahui segala selok-belok kerja mereka, perlu memahami
benar segala isu-isu yang ada hubung-kait ataupun yang mempengaruhi
hubungan antara negara Malaysia dan nagara sahabat.
DR. 15.12.92 - 118 -
Kemahiran perlu dipunyai oleh seseorang duta-duta. Memang apabila
kita memilih seorang itu untak bertugas di suatu tempat, kita
melihat dari segi kesesuaiannya. Kesesuaiannya dengan tempat
kedutaan di tnana beliau akan dihantar. Itu adalah menjadi satu
pertimbangan yang utama, yang tidak kita ketepikan. Sanioritynya,
kekananannya, kebolehan, kemampuannya itu adalah yang kita
fikirkan.
Secara umum untuk dalam usaha untuk kita meningkatkan lagi
profesionaliama duta-duta kita, Kerajaan telah menubuhkan IDFR, atau
pun (Institut Diplomasi dan Hubungan Luar). Institut ini baru
sahaja ditubuhkan. Umurnya baru setahun lebih, belum pun dua
tahun. Institut ini memang diberi peranan untuk memberi latihan,
sebaik-baik latihan kepada bakal-bakal diplomat kita. Dan juga
memberi latihan kspada pegawai-pegawai diplomatik dartpada negara-
negara lain, daripada negara-negara sahabat seperti hari ini baru
kica raulakan satu kursus untuk ahli-ahli diplomat dari negara-negara
Asia Tengah, Central Asia Republik. Kita juga memberi latihan nanti
kepada para diplomat daripada negara-negara lain, negara-negara yang
sedang membangun yang ingin mendapat bantuan ataupun khidmat latihan
yang boleh kita berikan kepada mereka .
Jadi, ini adalah satu perkara yang memang pandang "berat kerana
kecekapan duta-duta kitalah yang akan menjadi faktor yang penting
untuk menjamin, untuk mempastikan yang hubungan kita dengan negara-
negara aaing itu berada dalam keadaan baik yang paling menguntung-
kan. Terima kasih.
DR.15.12.92 - 119 -
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahLi Yang Berhormat,
masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM191,361,000 untuk Maksud
B.51 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada
Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikerauka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak SM191,361,000 untuk Maksud B.51 diperintahkan jadi.
sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Masalahnya ialah bahawa
perbelanjaan sebanyak RM15,665,000 yang disebutkan untuk Maksud P. 51
dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 1993 hendaklah diluluskan.
Masalah dikerauka bagi diputuskan dan disetujukan.
Wang sebanyak RM15,665,000 untuk Maksud P.51 diluluskan jadi
sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1993.
Maksud B.52 [Jadual] -Maksud P.52 [Anggaran Pembangunan, 1993] -
Tuan Pengerusi [Tuan Oag Tee Keat]: Kepala Bekalan B.52 dan
Kepala Pembangunan P. 52 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka
untuk dibahas sekarang. Bagan.
6.13 ptg.
Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya
ingin mengambil sedikit masa untuk membahas Maksud B. 52 Butiran
010500, 020400, dan P.52, 0200, 0300 sekaligus.
Tuan Pengerusi, Kerajaan celah memperuncukkan sejumlah RM40
juta kepada sebuah syarikat swasta iaitu Doloraice Sdn. Bhd. untuk
menaikkan taraf Jalan Persekutuan Satu, atau Federal Road One, iaitu
DR. 15.12,92
dari Nibong Tabal sehingga Bumbung Lima di Seberang Perai. Kerja
sedang berjalan dengan lancar mulai awal tahun ini. Rakyat berte-
rima kasih kepada Kerajaan-kerajaan mengambil berat tentang keadaan
Federal Road Ont di Seberang Perai ini. Akan tetapi karja-kerja
memulih telah menyebabkan banyak kesulitan kepada pengguna-pengguna
jalan di sepanjang jalan ini. Saya suka menarik perhatian pihak
yang berkenaan supaya diacurkan kerja-karja pemulihan ini dengan
lebih berkesan dan mengurangkan kesalitan kepada pengguna-pengguna
jalan. Antara satu cara ialah diminca Syarikat Dolomite ini menja-
lankan kerja-kerja pada waktu malam. Dan kini Dolomita membuat
kerja di semua peringkat jalan ini, tetapi Dolonite tidak menyiapkan
kerja-kerja bersambungan iaitu kontraktor ini membuat kerja-kerja
dengan melompat-lompat peringkatnya. Ini mengakibatkan jalanraya
adalah setengah tinggi dan setengah rendah. Dan kemalangan se1alu
berlaku pada waktu apabila pengguna menggunakan jalan ini kerana
kaadaan jaLan yang cidak rata. Lagipun jadual kerja untuk membaik-
pulih Federal Road One ini telah terlambat mengikut jadualnya.
Diharap pihak yang berkenaan boleh menyusun semula agar kerja-kerja
pemulihan ini tidak membawa kesulitan dan boleh dipercepatkan.
Tuan Pengerusi, saya suka menyentuh juga tentang skim mengatasi
keseaakan lalulintas di Pulau Pinang, mukasurat 270. Tuan
Pengerusi, sistem trafik di BuCterworth kini dalara keadaan yang
sangat sesak. Antara cadangan-cadangan yang telah saya buat dalam
Dewan yang mulia ini pada tahun yang lepas ialah untuk membina
sebatang jambatan dari Bagan Dalam hingga ke Pekan Perai. Ini boleh
DR.15.12.92 - 121 -
mengalirkan lalulintas, tidak payah memasuki jalan bandar di Butter-
worth. Akan tetapi, sehingga ini tidak nampak apa-apa kesan dapat
dijalankan untuk mengatasi kesesakan jalan lalulintas di Butter-
worth.
Terdapac juga projek-projek jalan lingkaran luar Butterworth
dan P 1 au Pinang te1ah di1uluskan.Sejak pe1acaran Rancangan
Malaysia Keenam dua tahun yang lepas projek jalan lingkaran luar
Butterworth dan Palau Pinang ini pun belum nampak ada apa-apa kerja
permulaannya. Di sini saya ingin tahu dalara menjimat perbelanjaan
Kerajaan Persekutuan, sama ada projek jalan lingkaran luar Butter-
worth ini akan dimansuh atau ditangguhkan. Saya berharap projek ini
adalah sangat mustahak untuk mengatasi jalan lalulintas di Butter-
worth. Diharap projek ini janganlah diraansuh atau dicangguhkan.
Tuan Pengerusi, juga saya ingin sentuh di sini ialah mengenai
Jambatan Pulau Pinang. Kawan saya dari Bukit Mertajam seringkali
membangkitkan kadar tol di Jarabatan Pulau Pinang, Kadar Col kini
ialah RM7 untuk sebuah kereta, berbanding dengan 5 sen sahaja untuk
Lebuhraya di darat Semenanjung Malaysia ialah 5 sen untuk 1 km. dan
Jambatan Pulau Pinang hanya 13 kra. Jikalau dihitung ia hanya patut
dikenakan kadar 65 sen sahaja. Tetapi kadar tol Jambatan Pulau
Pinang kini ialah RM7, dekat 10 kali ganda.
DR.I5.12.92 - 122-
Dan bekas Menteri Kerja Raya telah berjanji hendak menurunkan
kadar tol di Jambatan Pulau Pinang. Beliau juga berkata, ini telah
dipcrsetujui oleh Kabinet. Tseapi, sehingga kin;. tol Jambatan Pulau
Pinang masih kekal dan. tidak nampak ada apa-apa kesan hendak
diturunkan. Sebagai seorang anak Pulau Pinang, Kerajaan Parsekutuan
telah mengambil sebahagian besar darat dan laut Pulau Pinang untuk
projek Jambatan Pulau Pinang ini dan tidak ada apa-apa pampasan
atau apa-apa jua puti di segi kewangan untuk Kerajaan Pulau Pinang.
Sekiranya kadar tol diturunkan kepada satu kadar yaag memuaskan, ini
adalah satu ganti rugi atau sagu hati bagi anak-anak Pulau Pinang.
Tuan Pengerusi, motosikal yang menggunakan lebuhraya di
Semenanjung tidak perlu membayar apa-apa Col, tetapi di Jambatan
Pulau Pinang, motosikal dikenakan RML.60 sen kadar tol. Kawan kami
di sini selalu meraitita kepada Kerajaan supaya kadar tol untuk
motosikal boleh dimansuhkan semua sekali. Ini adalah kerana
kebanyakan penunggang-penunggang motosikal adalah dari kalangan
pekerja dan orang-orang yang miskin dan patut dikecualikan daripada
merabayar tol.
Satu lagi perkara berkenaan Jambatan Pulau Pinang, ialah
kebersihan jambatan. Saya ada dengar, ada pihak swasta telah diberi
kontrak untuk menyelenggara dan membersihkan jambatan. Tetapi,
keadaan jambatan ini nampaknya kotor, sehingga bangkai-bangkai
DR.15.12.92 - 123 -
binatang juga selalu ternampak di tepi-tepi jalan, tanpa ada orang
yang membersihkannya. Pasir dan debu yang jatuh dari lori-lori juga
tiada orang yang membersihkannya.
Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat tahu di sini, sama ada
syarikat swasta ini wujud tetapi tidak bekerja dan sebaliknya
dibayar dengan wang ringgit yang telah diperuntukkan.
Tuan Pengerusi, kenaikan kadar tol untuk lebuhraya di
Semenanjung Malaysia. Kami semua tahu bahawa mulai tahun hadapan
iaitu sedikit masa lagi, dua minggu lagi, kadar tol di Semenanjung
Malaysia akan dinaikkan 50% iaitu 5 sen dinaikkan sehingga 7 1/2 sen
sekilometer. Dan selepas 1995 iaitu raulai dari tahun 1996 kadar tol
akan dinaikkan sekali lagi pula dari 7 1/2 sen hingga 10 sen satu
kilometer. Kami semua faham bahawa Kerajaan telah menandatangani
satu perjanjian atau kontrak dengan PLUS atau UEM di mana pihak
swasta ini boleh raeningkatkan kutipan tol. Tetapi, saya anggap 50%
kenaikan kadar tol ini adalah terlebih. Bolehkah Kerajaan
Persekutuan mengkaji semula berkenaan dengan isi kandungan kontrak
ini.
Tuan Pengerusi, akhir sekali saya ingin sentuh berkenaan dengan
Butiran 010500 iaitu Pemberian Kontrak. Banyak keriyataan telah
dikeluarkan oleh Menteri Kerja Raya di mana terdapat tender-tender
diberi kepada kontraktor-kontraktor dan akhirnya kerja tidak
disempurnakan tetapi terbengkalai atau ditangguh pada tempohnya.
Walaupun satu garispanduan untuk tender telah diumumkan oleh Menteri
berkenaan pada bulan Mac tahun ini, nampaknya int tidak berkesan.
Terdapat lebih kurang 16 kontrak di Pulau Pinang, kebanyakar.
bangunan-bangunan Kerajaan,sekolah-sekolah baik pun jambatan-
jarnbatau telah terbengkalai atau ditangguh. Dan ini telah menyebab-
kan kesulitan di segi kewangan baik pun disegi masa untuk kemudahan-
kemudahan rakyat Pulau Pinang. Banyak telah diperkatakan oleh
Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini bahawa apabila menawarkan tender
mesti meneliti latar belakang, pengalaman, dari segi kewangan, semua
diambil pertimbangan dan bukan dipilih bulu sahaja, diberi kepada
sesiapa yang ada pengaruh politik yang diberikan tender.
Saya haraplah kerja-kerja atau projek-projek yang telah
terbengkalai atau tertangguh di Pulau Pinang ini dirumus semula dan
kerja-kerja dijalankan seawal mungkin supaya tidak membawa apa-apa
kerugian kepada rakyat. Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Parit Sulong.
6.28 ptg.•
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Tuan Pengerusi, di
dalam membahaskan perkara ini saya ingin merujuk kepada Maksud
Bekalan B. 52, Butiran 020000 iaitu mengenai Jalan dan Jambatan;
Butiran 030000 mengenai Bekalan Air; dan akhir sekali adalah
mengenai P.52 - Butiran 00900 dan 01900 serta 02300 sekaligus.
Tuan Pengerusi, saya akan menyebut perkara-perkara yang
DR.15.12.92 - 125 -
spesifik di mana sekiranya pihak Kementerian tidak mahu raenjawab
pun, perkara ini harus diambil tindakan sewajarnya.
Pertama sekali adalah mengenai Jambatan Parit Sulong, Jambatan
Parit Sulong adalah satu jambatan yang historical, jambatan yang
lama, apabila hendak dibangunkan jambatan yang baru, perkara ini
telah pun mendatangkan satu protes ataupun bantahan yang agak
'mild', dengan izin, daripada masyarakat setempat supaya rekabentuk-
nya yang ada sekarang ini dipelihara. Tetapi, walau bagaimanapun,
nampaknya suara kami agak terketepi dan projek itu akan dijalankan
dengan rekabentuk yang baru. Dalam pada itu kerja-kerja pembinaan
jambatan yang telah pun dimulakan lebih kurang awal tahun lalu
hingga sekarang tergendala.
DR.15.12.92 -126-
Ini menyebabkan satu fenomena baru di kawasan Parit Sulong,
iaitu kekerapannya berlaku kemalangan jalanraya yang menyebabkan
maut di kawasan sebelum dan sesudah jambatan, oleh kerana
kerja-kerja yang terbengkalai telahpun menyebabkan beberapa jalan
menjadi sempit dan sebagainya. Jadi, menerusi Dewan ini saya ingin
tahu bila agaknya kerja-kerja yang tergendala itu akan bermula
semula dan kenapa pula kerja-kerja itu tergendala dan kalau boleh
diberi 'time frame', bilakah jarabatan Parit Sulong dengan rekabentuk
yang baru itu akan siap?
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Keduanya, adalah mengenai jalan daripada pekan Semerah hingga
ke Bandar Penggaram, Batu Pahat, yang juga melintasi kawasan saya.
Jalan ini juga adalah satu jalan yang bersejarah, jalan yang dibina
secara konkrit - berraakna jalan simen. Kalau orang dahulu, zaman
datuk nenek saya, -iaitu zaman jalan simen, mereka panggil jalan
kompeni - jalan orang putih. Tidak panggll jalan gomen, tetapi
jalan kompeni - British East India Company, dengan izin, dan jalan
ini sebenarnya adalah melalui kawasan paya yang mungkin sewaktu di
bina, dari segi kejuruteraannya (engineering), tidak mengambil kira
raasalah foundation jalan itu, Jadi, jalan simen ini adalah dibuat
mengikut compartment, yang bermakna dia ikut sekian-sekian kaki,
macam highway yang dibuat sekarang daripada Air Kroh bawa ke Tangkak
- macam itulah. Jadi f sekarang ini kalau kenderaan berat lalu di
jalan itu, jalan itu akan bergegar. Itu tidak apalah, kerana orang
dari Semerah hingga ke Peserai meraang selalu digegarkan, tetapi
apabila jalan ini rosak, dia main tampong sahaja, main tampal,
tampal, tampal, sehingga jalan ini tidak ada rupa jalan dah. Dan
jalan inilah juga yang mencatatkan jumlah kemalangan jalanraya yang
DR.15.12.92 -127-
amat berat dan juga menyebabkan rungutan yang amat berat kepada
Wakil-wakil Rakyat daripada dahulu hingga sekarang "since time in
memory" - orang kata, kerana sudah lama sangat rungutan di bawa ke
Dewan Sakyat ini tetapi tidak ada pun diambil pusing - kata orang
kampung. Kenapa tidak ambil pusing? Kenapa tidak di bauah Kepala
Banci Jalan Lalulintas dan Penyelesaian Jalan ataupun di bawah
perkara-perkara sama ada jalan ini selamat ataupun tidak, di ambil
kira mengenai jalan ini.
Saya pula mendapat tahu daripada Jabatan Kerjaraya negeri Johor
bahawa kononnya sudah ada peruntukkan yang hendak di keluarkan untuk
repair jalan ini. Tetapi sampai sekarang pun tidak ada juga.
Janganlah bila hendak pilihanraya beritahu rakyat, tetapi selepaa.
pilihanraya, tidak ada Wakil Rakyat yang kena lanyak. Jadi, saya
tidak mahu perkara-perkara macam ini dan kita tidak mahu Kerajaan
Barisan Nasional yang memang bertanggungjawab, akan dijadikan satu
perkara yang dipersenda-sendakan di kampung-kampung. Jadi, saya
harap pihak Kementerian Kerjaraya mengambil satu pandangan yang
tegas, iaitu mengapa kalau dari Muar hingga ke sempadan Sungai
Sarang Buaya, jalan kompeni ini boleh di buat balik, tetapi mengapa
pula jalan dari Semerah masuk ke kawasan Parit Sulong hingga ke
bandar tidak dibuat balik. Apakah perbezaan-perbezaannya? Apakah
sebab-sebabnya perkara ini tidak dilakukan. Oleh kerana, saya rasa,
aspirasi rakyat, harapan rakyat dan janji Kerajaan kepada rakyat
adalah sama di mana-mana di seluruh negara. Jadi, diharap janganlah
beza-bezakan kami.
DR.15.12.92 -128-
Tuan Pengerusi, yang ketiganya saya hendak tersebut mengenai
Lembaga Lebuhraya Malaysia.Sekali lagi saya hendak sebutkan bahawa
Lebuhraya daripada Sektor Pagoh ke Yong Peng telahpun dibuka dua
bulan yang lalu dan sekali lagi ianya merentasi kawasan Parlimen
Parit Sulong dan kawasan ini juga adalah kawaaan paya. Kawasan di
mana Kerajaan terpaksa membuat ubah-suai kepada beberapa anak
sungai, terpaksa menambak lembah dan sebagainya. Telahpun saya
sebutkan di dalam Dewan yang lalu, di dalam Jawatankuasa juga
mengenai dengan bagaimanakah pembinaan jalan raya ini, yang akan
memudahkan laluan, mempercepatkan laluan kenderaan dan sebagainya,
tetapi menimbulkan kesusahan kepada rakyat, khususnya, pada musim
tengkujuh seperti pada masa sekarang. Kalau sekarang ini kita take
a slow drive daripada Pagoh menuju ke Yong Peng, di kanan kiri
jalan kita tengok bagaimana Lebuhraya Utara - Selatan telahpun
menyebabkan banjir. Bagaimana kebun-kebun koko, kebun-kebun kelapa
sawit dan kebun-kebun getah ditenggelami banjir.
Kita memang tidak mahu menyekat lebuhraya, kita suka. Bukan
macam orang Semangat 46 atau orang PAS - mereka politikkan
lebuhraya, tidak! Kita cuma mahu, dari segi kejuruteraannya
(engineering), apabila lalu, seperti yang saya katakan dahulu, kalau
lalu di kawasan lembah, tolonglah cari jalan, janganlan sampai
tersekat pengaliran air. Wakil Rakyat telah mendapat surat siap
dengan gambar 'colour' iaitu gambar sebelum banjir, gambar sedang
banjir dan gambar sesudah banjir. Sedang banjir pokok di naiki air
sedalam tiga kaki dan sesudah banjir pokok semua mati.Macam mana
DR.15.12.92 -129-
kami hendak memberi pembelaan? Bagaimana kami hendak mengeluarkan
peruntukkan? Saya sudah suarakan dalam Parlimen, tetapi tidak ada
tindakan pun.
Tahun lalu, di kampung yang dilalui oleh Lebuhraya yang ada
sekarang ini, sektor dari Yong Peng ke Air Hitam, kalau tidak silap
saya, ataupun ke Renggam - banjirnya sampai ke paras pusat dan kali
ini banjir lagi. Saya sudah kata bagairaana aungai yang tidak pernah
berlaku banjir sedalam itu iaitu sampai atas pusat, tetapi apabila
bina lebuh raya berlaku banjir setinggi macam itu. Jadi, semua
tuduh lebuhraya - dia kata Lembaga Lebuhraya (LLM), apabila di tuduh
LLM, berbangkit pula soal yang panjang sampai kononnya, kompeninya
orang UPNO tetapi tidak ada pembelaan, dan sebagainya. Jadi, saya
mintalah supaya perkara ini di atasi. Tolonglah, suara beribu-ribu
rakyat, berbagai bangsa di Parit Sulong yang menghadapi kesusahan
akibat banjir dan sekarang ini saya minta siasatlah di mana sekarang
ini sedang berlaku perkara ini. Tolonglah siasat betul-betul dan
tengok betul atau tidak wakil rakyat ini cakap.
Seterusnya, oleh kerana sektor Yong Peng pergi ke Renggam,
kalau tidak silap saya, masih lagi melalui kawasan Parit Sulong,
maka saya ingin bertanya, benar atau tidak pembinaan Lebuhraya untuk
sektor Yong Peng dan seterusnya itu adalah terbengkalai oleh kerana
kononnya ia berkait dengan personaliti di dalam mereka yang
menjalankan kontrak dan sebagainya. Saya widak mahu mencari
kepastian, tetapi inilah suara-suara rakyat setempat, kononnya
kerja-kerja yang dibuat sekarang ini adalah kurang cekap sehingga
DR.15.12.92 -130-
mereka terpaksa menghadapi banjir. Apabila banjir implikasi kosnya
adalah besar - anak-anak terpaksa terganggu sekolahnys, orartg-orang
terpaksa di pindahkan dan ini melibatkan Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan sebagainya. Mengapa perkara yang tidak pasrah ada
danulu, tetapi apabila ada projek Lebuhraya ini, maka perkara ini
tiba-tiba ada. Saya tidak mahu perkara ini berlaku lebih kritikal
daripada apa yang saya suarakan dan saya berharap pihak Kementerian
akan mengambil tindakan.
Seterusnya mengenai bekalan air - ini juga perkara yang agak
magic kepada saya dan agak tidak logik terus. Tiga tahun yang lalu,
satu kawasan penempatan semula - mana otang DAP, mereka ini selalu
menjerit mengenai penempatan semula orang-orang Tioaghua. Kampung
ini menempatkan lebih kurang 3,000 orang Tionghua yang duduk di situ
dan mereka ini penyokong kuat Barisan Nasional dan DAP tidak boleh
penetrate. Tiga tahun yang lalu sudah dimasukkan bekalan air dan
sudah pasang meter, tetapi sampai sekarang air tidak keluar.
Tuan Pengerusi, ini cerita lama, tetapi apakah implikasi kepada
perkara ini? Satu inefficiency. Saya boleh cakap, kalau saya
hendak menuduh, tetapi saya tidak mahu. Keduanya, mungkin ada sikap
ambil lewa, ambil endah tidak endah. Orang sudah bercakap dalam
Tindakan Daerah, sudah sebut dalam Dewan Undangan Negeri dan
sekarang ini hendak bawa ke Parlimen, baru hendak bertindak?
DR.15.12.92 -131-
Perkara ini sudah 3 tahun. Pilihanraya akan datang bila-bila
masa. Jangan perkara ini, saya selalu mengingatkan, dijadikan bahan
melemahkan Kerajaan Barisan Nasional sedangkan Kerajaan Barisan
Nasional adalah Kerajaan yang membela rakyat. Apa saya hendak cakap
kepada rakyat? Minggu lalu saya pergi ke kawasan ini. Dia tunjuk
dan mengatakan bahawa major problem kawasan ini tidak ada lain.
Tengok sendiri, Saya check sendiri dari rumah ke rumah, memang
betul. Masing-masing sudah marah. Meter masing-masing sudah
dicabut. 3 tahun bekalan air patut sudah masuk, sekarang ini tidak
ada air pun. Excuse apa? Apa alasan? Paip terlalu kecil? Ini
kalau paip terlalu kecil, apa kesannya kepada engineering design?
Tidakkah diambil fikir? Kalau kawasan itu umpamanya kawasan tinggi,
tidak adakah mereka memerlukan pam? Mengapa bila sudah pasang paip
baru kata pam itu tidak kuat dan sebagainya? Siapa punya kepala-
kita hendak para sekarang? Wakil Rakyat punya kepala yang kena pam
sekarang!
Tuan Pengerusi, mungkin kepada kita ini perkara trivial tetapi
kepada rakyat, beribu-ribu penyokong Barisan Nasional dari kalangan
Tionghua, ini penting. Perkara ini saya rasa tidak diberi
pembelaan oleh kerana yang bertanggungjawab ialah Wakil Rakyat.
Kita terpaksa menyuarakan. Banyak kali dah kita suara. Mengapa
tidak ada tindakan? 3 tahun aampai sekarang. Mengapa perkara ini
harus terus-menerus diizinkan berlaku dan tanpa pembelaan?
DR.15.12.92 - 132-
Paling akhir, Tuan Pengerusi ,juga mengenai Lembaga Lebuhraya.
Apabila Lembaga Lebuhraya membina jalan raya daripada sektor Pagoh
ke Yong Peng, menjejaskan dan melanggar satu kampung. Tidak apa.
Orang kampung boleh pindah, masjid pun kena. Di sini pagar
lebuhraya, di situ masjid. Dilanggar juga. Kita minta ubahlah
sedikit. Tidak mahu juga. Sekarang hendak suruh-ganti, minta derma
pun hendak buat masjid baru, tidak ada juga. Hendak kena perah juga
Kerajaan.
Saya harap, let's have some goodwill. Kita ada tolak-ansur.
Kita ada muhibah. Di dalam kiia menjalankan projek-projek yang
besar, projek-projek yang implikasi dan kesan dan manfaatnya adalah
besar kepada rakyat, let's not forget to have some goodwill,
mempunyai muhibah kepada rakyat marhain, rakyat yang miskin, rakyat
yang memang sentiasa bergantung kepada seluruh kepimpinan mereka
yang mereka ketengahkan menerusi pilihanraya.
Oleh kerana saya rasa amat sedih, terlalu sedih dan terlalu
hairan mengapa apabila lebuhraya membuat sesuatu design sehingga
melanggar masjid pun, tidak hendak berganjak sekalipun, seinci pun
tidak mahu. Saya dengar di kawasan Timbalan Menteri Pembangunan
Luar Bandar, sekolah pun terjejas. Betul Yang Berhormat? Saya
tahu, kawasan dia dengan saya sempadan. Why? Mengapa? Kenapa
tidak ada sikap tolak-ansur di sini? Mereka menjalankan kerja bagi
pihak Kerajaan. Sekolah dibangunkan oleh Kerajaan. Masjid datang
dari peruntukan Kerajaan. Rakyat yang diketengahkan untuk menyokong
DR.15.12.92 -133-
Kerajaan. Mengapa mereka tidak mahu toe the line, dengan izin?
Tidak mahu menghayati semangat rakyat yang menjulang Kerajaan?
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Minta
gulung Yang Berhormat.
Tuan Ruhanie bin Raji Ahmad: Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi.
Saya memang amat menyokong seluruh projek-projek yang dijalankan
oleh Kementerian, tetapi saya agak kesal sedikit apabila masalah-
masalah yang dianggap kecil ini kurang diberi perhatian dan dengan
itu saya menyokong sepenuh-penuhnya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Jubar bin Haji Mahiruddin]: Sungai
Petani.
6.44 ptg.
Che Ibrahim bia Mustafa [Sungai Petani]: Tuan Pengerusi, saya
akan bercakap tentang Butiran 020000 dan sedikit tentang Butiran
030000.
Saya ingin meminta perhatian dan tindakan daripada Kementerian
yang berkenaan tentang pembangunan pesat di bandar Sungai Petani.
Kepesatan bandar Sungai Petani adalah amat pesat dan. kadang-kadang
akibat daripada kepesatannya itu kadangkala menimbulkan kesan-kesan
sampingan yang menyusahkan penduduk-penduduknya.
Yang pertama, berkait dcngan pendirian kilang PERWAJA di
Gurun. Kilang PERWAJA, salah sebuah kilang yang besar di Gurun
telah didirikan dan dijangka akan beroperasi pada awal tahun
hadapan dan dalam proses perancangan kilang PERWAJA tersebut,
DR.15.12.92 -134-
masalah-masalah infrastruktur sebenarnya tidak mendapat perhatian
yang sewajarnya dari pihak perancangan dan saya ingin meminta pihak
Kementerian supaya mengkaji kemungkinan kesulitan-kesulitan yang
bakal dirasai oleh masyarakat tempatan apabila kilang ini beroperasi
sepenuhnya terutama dari segi laluan lalulintas dan pengangkutan.
Apabila lori-lori yang bakal membawa besi-besi yang sudah siap
daripada kilang-kilang ini untuk dieksport maka kesesakan jalan raya
yang sudahpun sesak sekarang akan bertambah sesak. Jadi, sewajarnya
perancangan diambilkira terhadap jalan-jalan untuk lori-lori ini
melaluinya sama ada dari kilang ke pelabuhan ataupun dari pelabuhan
ke kilang, yang pertama untuk mengelakkan kesesakan supaya lori-lori
ini tidak melalui jalan-jalan yang sudahpun sesak itu. Kalau boleh,
perlu dirancang supaya laluan jalan susur khas untuk lori-lori yang
berkait an ini dibuat untuk mengelakkan kesesakan dan berkaitan
dengan ini ialah had muatan yang perlu kita fikirkan apabila lori
ini memuat besi-besi tadi. Akibat daripada muatan yang padat dan
berat, sudah pasti jalan-jalan yang sedia ada di situ akan mengalami
kerosakan yang segera dan akibatnya akan menimbulkan gangguan kepada
lalulintas.
Kemudian, masalah yang kedua, saya ingin menarik perhatian
pihak Kementerian tentang jalan daripada Sungai Petani ke Tikam
Batu. Saya telah difahamkan bahawa sebenarnya ada peruntukan untuk
menambah, melebarluaskan jalan daripada Sungai Petani ke Tikam Batu
yang jalan ini sebenarnya adalah jalan yang selalunya membawa maut.
DR.15.12.92 -135-
Jalan yang seringkali mencetuskan kemalangan. Saban minggu, boleh
dikatakan ada sahaja jiwa yang melayang akibat daripada kemalangan
antara jalan dari Sungai Petani ke Tikam Batu akibat daripada jalan
yang berliku-liku dan kesesakan jalan raya. Sewajarnya,
tindakan-tindakan segera perlu dilakukan - untuk mengatasi masalah
ini.
Berkaitan dengan kepesatan pembangunan bandar itu sendiri dan
akibat daripada terdirinya kilang PERWAJA di Gurun tadi, rnaka saya
difahamkan bahawa Kerajaan telah meluluskan hampir RM30 juta untuk
raenyediakan bekalan air untuk keperluan kilang PERWAJA. Inilah apa
yang berlaku sebenarnya. Bertahun-tahun rakyat telah menunggu untuk
menanti bekalan air tetapi apabila kilang besi itu didirikan, maka
secara spontan RM30 juta itu diluluskan untuk mendahului besi
daripada rakyat.
Jadi, apa yang saya harapkan supaya peruntukan RM30 juta itu
bukan sahaja diperuntukkan untuk keperluan -kilang PERWAJA itu
sahaja. Sewajarnya, peruntukan itu juga wajar disalurkan kepada
kampung-kampung yang berdekatan dengan bandar Sungai Petani dan juga
kawasan-kawasan yang di sekitarnya supaya masalah-masalah bekalan
air dapat diselesaikan segera. -Misalnya, kampung-kampung di
sepanjang kawasan Bewan Undangan Negeri Pantai Merdeka dan d£
kawasan-kawasan yang di sekitarnya, telah bertahun-tahun tidak
mendapat air. Walaupun ada kepala paip tetapi tidak mempunyai
bekalan air kecuali pada waktu raalam sahaja, pukul 3, pukul 4 pagi
air keluar.
DR.15.12.92 -136-
Jadi, ini sebenarnya saya minta perhatian Kementerian supaya
masalah-masalah ini diatasi. Kita perlukan pembangunan, kita
perlukan kemajuan dan saya sokong kemajuan,sokong pembangunan,
tetapi janganlah rakyat jelata dikorbankan demi pembangunan dan
kemajuan ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Jerai,
6.51 ptg.
Tuan Haji Badruddin bin Haji Amiruldin [Jerai]: Tuan
Pengerusi, saya bangun untuk menyokong perbelanjaan bagi Kementerian
Kerja Raya.
Tuan Pengerusi, seringkali kita menyalahkan pengguna jalanraya
apabila sesuatu kemalangan itu berlaku. Kita juga tidak nafikan
bahawa kelemahan daripada pihak Jabatan Kerja Raya untuk
memperbaiki, menyelenggarakan jalan-jalan yang sedia ada agak begitu
lembab dan lemah. Mungkin pengguna itu berjaga-jaga, tetapi diatas
jalan yang kadangkala berlopak-lopak, jalan yang kadangkala
mempunyai selekoh yang begitu tajam, jalan yang kadangkala tidak
mempunyai tanda isyarat yang memuaskan, maka itulah yang menyebabkan
kadangkala kemalangan itu berlaku.
Jadi, saya kira tidaklah begitu adil apabila seseorang itu
tidak terpaksa membayar cukai jalan, tetapi jalan yang mereka
nikmati itu tidak setandig dengan cukai jalan yang telah mereka
keluarkan. Apatah lagi kita terpaksa juga membayar tol apabila kita
menggunakan lebuhraya. Di sini juga saya ingin mengesyorkan kepada
Kementerian Kerja Raya supaya memperbaiki jalan yang sedia ada
DR.15.12.92 -137-
daripada Sungai Petani hingga ke Taiping kerana jalan-jalan ini
telah saya katakan dahulu, mempunyai lopak lebih kurang 253 lopak,
kalau tak silap saya, lubang daripada Alor Setar ke Kuala Lumpur.
Saya kira 200 lebih lubang. Itu tak kira lubang kecil, Tuan
Pengerusi, ini lubang besar-besar ini. Jadi, kadang-kadang kita
terpaksa mengelak lubang itu, kita terpaksa berhadapan dengan
trailer. Saya sendiri biasa, rim tayar saya terpaksa diganti kerana
jatuh lopak. Nasib baiklah saya cermat, kalau tidak - pilihanraya
kecil, Tirabalan Menteri, duit belanja banyak hendak buat pilihanraya
kacil - jangan main-main.
Jadi, inilah, kita kena bersikap adil sedikit kepada pengguna
jalan. Kita selalu, bila saya tanya Yang Berhormat Menteri
Pengangkutan, kenapa kemalangan? Dia dok salahkan pengguna.
Memanglah, kadang-kadang pengguna pun cuai, tetapi tak semua yang
cuai. Jadi, disebabkan. oleh keadaan jalanraya itu sendiri yang
menyebabkan pengguna jalanraya itu kadang-kadang berada di dalam
keadaan yang tersepit dan menghadapi kemalangan jalanraya.
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan lebuhraya, saya kurang faham
apabila kita dapat melihat lebuhraya-lebuhraya baru dibina itu
kadang-kadang dalam masa dua atau tiga tahun terpaksa diperbaiki
semula. Lebuhraya dari Bukit Kayu Hitam ke Sungai Petani, terutama
sekali di persimpangan untuk memasuki jalan Langgar di Kedah, dekat
dengan titi itu sudah berkali-kali diperbaiki. Jadi, saya kira, di
manakah kesilapannya, mungkin kita tidak membuat kajian yang
sebenamya ataupun dari kesilapan dari pihak kontraktor yang membina
jalan tersebut. Ataupun, kajitanah yang sebenarnya tidak kita
DR-15.12.92 -138-
dapat. Jadi, di sinilah yang menyebabkan kadang-kadang jalan itu
meridak dan turun dan berlopak-lopak. Jadi, saya kira ini kalau kita
seringkali memperbaiki atau kita seringkali resurfaca sahaja, tidak
memperbaiki struktur di bawah itu, maka saya kira kita membazirkan
wang. Jadi, saya ingat, kalau boleh saya syorkan kepada Kementerian
Kerja Raya ini supaya memastikan setiap lebuhraya yang akan dibina
atau yang sedang dibina ini dipastikan tanah-tanah tersebut memang
sesuai untuk dtjadikan lebuhraya. Saya faham kerana di kawasan
Kedah ini kebanyakan lebuhraya melalui bendang, ataupun sawah, orang
Kuala Lumpur kata, dan mungkin tanah-tanah itu mendap dan turun.
Tetapi mungkin cara lain boleh kita lakukan supaya keadaan ini tidak
berlaku.
Saya kira planning untuk kita buat lebuhraya ini janganlah ktta
hanya buat planning untuk jangkamasa yang pendek. Kita tengok
lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Seremban; siap sahaja lebuhraya itu,
terpaksa kita buat expansion another dua lane, sedangkan kalau kita
plan daripada awal, mungkin perbelanjaan yang kita perlukan untuk
memperbesarkan lebuhraya itu tidak seperti yang sekarang ini.
Sekarang ini mungkin double daripaa peruntukan yang kita perlukan
untuk merabuat lebuhraya empat lane " sehala. Jadi ini kita kena
kaji; biarlah kita sakit dahulu, tetapi kita senang kemudian.
Jangan kita senang dahulu, sakit kemudian, kerana ini wang rakyat.
Rakyat di kampung ini, saya ini asal orang kampung, dan saya ini
Wakil Rakyat kampung, terpaksa cakap fasal kampung Tuan Pengerusi.
Masalah ayak ini, dengan izin, big problem - very big problem.
Kadang-kadang kita pun naik susah hati. Dekat kawasan saya, Tuan
DR.15.12.92 -139-
Pengerusi, ada kawasan perairan MADA. Bila air tak ada depa mandi
di tepi jalan, Tuan Pengerusi. Kita lalu, "Hai Yang Berhormat, apa
habak? Mailah tengok sama!", sambil dok jirus air. Jirus itu
siramlah. Jadi kadang-kadang, yang panggil kita itu kalau yang
elok-elok sedikit, yang ranum panggil, kita hendak berhenti pun•
segan. Susah hati, Tuan Pengerusi. Saya sudah habak berkali-
kali. Jadi, bila orang kampung curi air, JKR tangkap, denda sampai
RM500 atau RM600. Dia kata air hendak minum pun tak ada. Dan saya
biasa pergi. rasmikan satu mesyuarat, dia bubuh air lebih kurang
macam teh tarik dekat saya, dan satu gelas lagi air dartpada paip,
Dia kata apa yang saya dok minum, inilah dia air teh tarik ini,
tetapi tak ada buihlah air itu, Hak Yang Berhormat dok minum, ini
dia, dia kata yang bersih ini.
Jadi kita kena kasihanlah kepada orang luar bandar ini. Macam
saya katakan tadi, tiga per empat daripada Wakil Rakyat yang duduk
dalam Parlimen yang mulia ini berasal daripada kampung. DAP tak
apalah depa duduk di pekan macam Kepong. Sua lengan, RM5, cucuk
sekali RMIO, dia raba kulit orang, naik kudis sedikit, RM15, RM20,
senang, tak apa. Macam kita ini mai dari karapung. Jadi, orang
kampung ini dia bukan banyak sangat masalah, dia kata beri air
cukup, beri api cukup, jadilah. Makan, dia boleh pergi cari. Dia
tak ada lauk dia pergi mengail ikan di sawah, padi dia boleh dapat
beras. Dia hendak merasa sayur tak ada, sayur di belakang rumah
ada, tetapi kalau atr tak ada, api tak ada, memanglah masalah besar
bagi orang kampung. Jadi setakat mana? Setakat mana kita sebagai
Wakil Rakyat dapat memberi-tahu, "Hangpa sabarlah, sabar sat".
DR.15.12.92 -140-
Okaylah, kita sabar dua tahun. Mai dua tahun lagi, "Sabar sat".
Dia kata Yang Berhormat kata Yang Berhormat, memanglah rumah kita
ini duduk dalam pekan sedikit, adalah lampu, depa duduk di sebelah•
kampung sedikit tak ada lampu. Jadi, depa kata "Yang Berhormat, tak
apalah, tengok filem P. Ramlee pun tak apa; kami sedang tengok
tilem p. Ramlee dia kata, lup, api padam. Di kawasan saya, api
terpadam seminggu lima enam kali. Kemudian saya bersetuju dengan
sahabat saya di Sungai Petani; bila naik kilang PERWAJA, api terang
benderang akan masuk; bila kita minta peruntukan untuk air, dia kata
duit tak ada. Tetapi bila naik kilang PERWAJA, paip besar pokok
kayu balak itu! Air mai mana yang kita dahulu tak ada? Dia keluar
ikut mana? Saya pun tak faham!
Kawasan saya di kawasan luar sedikit, Tuan Pengerusi, - saya
ini kalau kalut sedikit, pergi loghat Kedah, minta maaf, Tuan
Pengerusi. Mintalah yang mana tak faham cuba-cuba fahamlah.
Pemberita pun macam itu jugalah, Kena tulis sedikit, orang kampung
dok komplen dengan saya. Dia kata saya tak cakap fasal luar
bandar.
Jadi, Tuan Pengerusi, macam kawan saya kata, masuk paip, masuk.
meter, depa bayar duit meter, bayar dutt, kemudian tiap-tiap bulan
di kampung ini dia pukul rata, kena bayar duit air; buka-buka air,
air tak keluar, angin sahaja keluar! Dia kata "Saya bayar duit air,
fasal apa mai angin?" Kita hendak terangkan macam mana Tuan
Pengerusi? Jadi kita hendak beri reason macam mana? Bila dia kata
PERWAJA itu airnya hendak masuk mai, sedangkan dl kawasan yang
berhampiran dengan kilang PERWAJA itu tak ada air. Jadi, tolonglah
DR.15.12.92 -141-
kalau boleh Timbalan Menteri, di Sarawak pun macam itu juga saya
kira. Tetapi di sebelah Kedah int pun macam itulah juga. Fasal
orang Kedah kalau dia naik angin, tak tanam padi, Tuan Pengerusi,
kacau negeri kita. Majoriti beras datang daripada Kedah. Saya
hendak tolong habak sahaja, sebab takut depa bebal.
Jadi, kenalah beri. Yang ini kita kenalah beri. Orang kampung
ini Tuan Pengerusi, depa bukan banyak cerita; depa tak pergi Coffee
House, dia duduk kedai pondok, makan nasi lemak sebungkus, teh
secawan, lima enam kupang, selesai masalah. Dia tak duduk di Coffee
House, dia tak pergi Karaoke, tetapi kalau air tak ada, api tak
ada, kita hendak masuk kawasan pun tak boleh! Sepenggal saya boleh,
dia boleh marah, mai dua penggal, dia kata "Apa Yang Berhormat,
pakai kot sakan sangat, air tak ada?" Jadi susah..
DR,15.12.92 -142-
Parit Sulong tadi pun sampai naik perasaan, keluar pergi minum
teh dah. Marahlah tu! Saya nasib baiklah, saya belah-belah Maghrib
saya tidak berapa marah. Lepas Isya, tiga empat hari tak balik
kampung - marah.
Lagi satu, Tuan Pengerusi, jalan. Jalan dari Guar Chempedak
masuk ke kawasan saya di Yan. Jalan itu dibina semasa Perang Dunia
Kedua. Jalan itu Tuan Pengerusi, kalau siisteri itu mengandung
sembilan bulan hendak lahirkan anak, naik kereta nak pergi ke
hospital dia beranak tengah jalan. Dia punya hayun jalan itu,
berendoi, hak yang sihat pun naik pening kepala. Jadi, kesianlah
hak yang duduk belah pekan ini kadang-kadang lubang kecilpun
ditampung. Hak yang di luar bandar itu sampai berayun jalan -
bila berayun itu - berorabak. Absorber kereta saya enam bulan tukar
sekali, ha itu bukan kata saya melawak tu. Enam bulan Cukar
sekali. Jadi, mintalah - saya dah minta - berapa kali dah, depa
kata, "tak apa Yang Berhormat, jangan susah hati. Kita la ni negara
sedang membangun, ekonomi bagus, kita bagi jalan." Jadi orang
tua-tua mengadu kat saya, dia kata daripada Tok Wan hang sampai- ke
hang, hang ini, - youlah - tapi cara orang kampung dia kata jalan
dok macam itu. Ini kita hendak tengok Yang Berhormat baru ini,
boleh buat tak boleli buat. Kalau saya tidak boleh buat Tuan
Pengerusi, Yang Berhormat ini dok pi kawasan saya dia serang. Mai
DR.15.12.92 -143-
pilihanraya tersungkorlah saya pula. Itu, Yang Berhormat PAS, Mat
Sabu, tapi tak apalah, dia nak pi dia habak kat kita. Ha Nilam
Puri, dia pi ceramah, dia kata, "ha ni dia jalan tak ada, jalan
berayun. Bagi kat kita, kita buat jalan tak berayun". Berayun lagi
teruk lagi, tapi tak apalah depa kata, depa pembangkang. Yang kita
memerintah tak boleh buat jalan elok. Jadi, saya mintalah, saya
segan dah, tahun depan saya tak mahu bercakap dah pasal ini - pasal
saya kira tahun ini Yang Berhormat Timbalan Menteri akan buat. Yang
pertama air, kedua api, ketiga jalan. Hak itulah mustahak - orang
kampung. Jadi, kita duduk di bandar ini lain. Jadi, di bandar ini
terhentak sikitpun kadang-kadang, kira di bandar kita duduk dalam
motokar boleh baca suratkhabar, boleh baca majalah. Hak yang parti
PAS dia baca Harakah , S46 dia tak ada apalah, dia dok baca hak
oranglah. Tak apalah tu, nak buat macam mana. Hak DAP dia baca
Rocket, macam hak Kepong tu dia bacalah macam-macam kan. Biar pi
lah kat dia! Jadi di luar bandar, pegang suratkhabar pun terketar,
bila kita naik motokar, punya susahnya jalan. Saya ingat Timbalan
Menteri pan mai dari Sarawak, faham jalan Sarawak.
Jadi, saya mintalah sangat-sangat, saya pun tak mahu cerita
panjang dah, setakat inilah: Air, api, jalan, jambatan. Satu lagi
jambatan. Jambatan ini biasa lori dengan lori selisih terlekat
tengah-tengah jalan - tak lepas. Ini bukan saya melawak, jalan dia
lebar, mai tang titi kecil. Dia"selisih dari jauh terlekat - hendak
keluar tak boleh. Yang ini saya mintalah ini, ini di Yan ini -
DR.15.12.92 -144-
kawasan sayalah. Terlekat sungguh sayapun hari itu tak bawa karaera,
kalau tidak saya hendak ambil gambar hantar kat Datuk Leo Moggie
dan Timbalan Menteri Kerja Raya - hendak tunjuk lori terlekat di
atas jambatan. Cerita kat orang, orang tak percaya tapi benda itu
berlaku. Jadi, tiga inilah saya ingat Tuan Pengerusi, dah habis dah
cerita. Jadi, saya menyokonglah dan saya harap tolonglah, bagilah
peruntukan yang sewajarnya kepada orang-orang luar bandar ini.
Kesianlah sikit kat oraug luar bandar, kita dah merdeka banyak tahun
dah. Masalah asas air itu cukup mustahak dan saya kira kalau tak
ada duit sangat, bagi air tu dulu, api itu kemudian sikit tak apa.
Itupun kalau api tak bagi kadang-kadang tidor, tidor tengah malam
dia mai-mai terajang lampu, terbakar sebuah rumah. Jadi
[Disampuk] saya menyokonglah, Tuan Pengerusi.•
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Nilam
Puri. Yang lain kena sabar - masih ada masa lagi.
7.05 ptg.
Tuan Mohamad bin Sabu: [Nilam Puri] Tuan Pengerusi, terima
kasih kerana memberi peluang. Terutamanya saya mengucapkan terima
kasih sebelum mulakan ucapan iaitu pembinaan jalan-jalan raya di
Kelantan yang dibiayai oleh Persekutuan setakat ini berjalan dengan
lancar. Kita harap kerjasama pihak Persekutuan dan Kerajaan Negeri
akan berjalan terus lancar dan pembinaan jalan raya mengikut jadual
dan setakat ini kami mengucapkan terima kasih kepada pihak
Persekutuan kerana pembinaan jalan raya yang dijanjikan ataupun yang
termasuk dalam perbelanjaan tahun lalu berjalan dengan lancar.
DR.15.12.92 -145-
Yang pertama saya ingin sentuh 03100 - iaitu jalan antara
Genting Highland, Bukit Fraser dan Cameron Highland. Satu perkara
kita ingatkan bahawa jalan ini kalau kita lihat sudah tentulah ia
akan dipertemukan antara kemuncak gunung dengan kemuncak gunung.
Tadi telah disebut oleh Yang Berhorraat dari Jerai, Parit Sulong dan
kami seraua daripada luar bandar. Betapa peruntukan-peruntukan
diperlukan untuk membina jalan, air dan elektrik. Jalan antara
Genting Highland, Bukit Fraser dan juga Cameron Highland, apakah
perlu ia disegerakan, kerana di sini bukan ada penduduk yang ramai.
Kemudian sekarang ini Malaysia menghadapi tuduhan tidak menghormati
penebangan hutan dan sebagainya dan kita juga menjadi juara dalam
memperjuangkan tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman yang hijau, sedangkan
kalau berlaku pembinaan jalan raya ini sudah tentulah banyak kawasan
hutan yang akan ditebang. Yang pentingnya apakah perlu ia
disegerakan sehingga peruntukan RM2 juta lebih. Kerana jalan ini
bukan melintasi di kawasan penduduk yang ramai. Memang kita boleh
berhujah untuk kepentingan pelancongan tapi setakat yang ada ini
kita boleh pergi ke Fraser's Hill dengan mudah, kita boleh pergi ke
Cameron Highlands dengan mudah, kita dapat pergi ke Genting Highland
dengan mudah, apa perlu pula dihubungkan tiga bukit ini sedangkan
pembinaan jalan-jalan raya di kampung yang memerlukan wang segera
tidak diutamakan. Oleh itu, kalau boleh kita harap kaji semula
projek ini sebelum kita dikritik lebih hebat ataupun sebelum kita
dikatakan mengutamakan pelancong daripada rakyat sendiri.
DR.15.12.92 -146-
Yang kedua jalan yang akan dibina antara Lojing, Gua Wusang dan
Kuala Berang. Jalan ini juga sudah tentu akan tembus ke Sungai.
Siput yang peruntukannya RM40 juta. Jalan ini memang baik untuk
kepentingan orang ramai tetapi saya ingatkan lagi sekali bahawa bila
hendak membina jalan ini, kalau hendak tebang hutan, tebang hutan
sekadar untuk luas jalan itu sahaja. Tapi kadangkala kita melihat
yang diperlukan untuk buat jalan misalnya dalam 100 kaki atau 200
kaki, tapi yang ditebang kiri kanan jalan itu terlalu luas. Ada
tujuan mengambil balak dan sebagainya. Kita harap Kementerian Kerja
Raya memastikan bila jalan dilalui nanti, ditebang betul-betul
mengikut peraturan dan keluasan jalan yang dikehendaki sebab jalan
ini akan merintasi hutan yang tebal dan soal ekologi, soal ini perlu
kita jaga sungguh-sungguh kerana kita lihat sekarang ini terutama
sekali di Cameron Highlands cuacanya telah naik 3°C. Jadi bagi
orang yang hendak melancong ke Cameron Highland untuk menikmati
cuaca sejuk, sekarang sudah tidak sejuk lagi dah. Sebab 3°C telah
naik di Cameron Highland. Jadi kalau hutan menuju ke arah itu
ditebang lagi, dibuang lagi dengan tidak mengikut
peraturan-peraturan, maka tempat-tempat sejuk di Malaysia akan
hilang.
Seterusnya 01100 - Jalan raya Timur Barat yang peruntukannya
RM30 juta. Saya hairan jalan raya ini sejak ia dibuka daripada
zaman Allahyarham Tun Fazak sampai sekarang kal.au kita lalui tidak
ada tempat yang tidak diperbaiki. Hari-hari diperbaiki. Diperbaiki
ini adakah menurut kajian ataupun mereka kaji dengan teliti
bagaimana hendak memperbaikinya - buat sekaligus.
DR.15.12.92 - 147 -
Yang saya bimbang, sengaja dia buat tak kukuh supaya bila
runtuh, maka boleh dapat kontrak lain, boleh dapat sign kontrak yang
baru. Ini anggapan saya, sebab saya tengok kadang-kadang tempat
yang sama diperbaiki 3-4 kali, takkan tak cukup jurutera (engineer)
untuk mengkaji bagaimana hendak memperbaiki sekaligus? Tetapi kita
lihat jalan ini tiap-tiap tahun ada peruntukan, tetapi runtuh hampir
sepanjang jalan. Bahkan kalau musim hujan kita hendak melintasi
Lebuhraya Timur-Barat ini, daripada Gerik untuk sampai ke Jeli
memang kita gerun, takut dia runtuh di mana-mana. Oleh itu, kita
harap pihak kerja raya siasat betul-betul keruntuhan. itn, apakah
benar-benar ia runtuh kerana kesan. ekologinya ataupun pihak
engineers ataupun pihak yang mendapat kontrak itu tidak mengikut
peraturan-peraturan yang ditentukan.
Kemudian, Butiran 03000 - Jalan Alternatif bagi Lebuhraya
Persekutuan. Saya sendiri tidak tahu jalan mana yang dianggap
alternatif ini, peruntukannya RM20 juta. Tetapi jalan antara Klang
ke Sitiawan, Sitiawan ke Beruas, Sitiawan ke Pantai Remis, Pantai
Remis ke Taiping, jalan ini hendaklah diupgred dengan segera, sebab
sekarang ini memang jalan ini seolah-olah menjadi jalan alternatif
untuk orang di sebelah Shah Alam, Klang untuk balik ke Utara, mereka
tidak melintasi lagi Kuala Lumpnr. Tetapi jalan ini seperti Yang
Berhormat dari Jerai kata tadi, kalau kita naik daripada Klang
hendak sampai ke Teluk Intan, kita tak lapar pun jadi lapar,
jalannya berayun, berayun teruk sungguh jalan ini. Jadi, kita harap
DR.15.12.92 - 148 -
•
dapat diperbaiki segera. Jalan Teluk Intan ke Sitiawan, sekarang
ini alhamdulillah, dia telah baik dan kita boleh menjimatkan masa.
Tetapi jalan-jalan ini telahpun menjadi jalan alternatif sekarang
ini dan. kita harap pihak Kementerian ini dapat memperbaiki segera
jalan itu, kerana ia menjadi pilihan utama sekarang ini.
Seterusnya, Kerajaan juga hendak membina lapangan terbang baru,
iaitu Lapangan Terbang Sepang. Saya ingin bertanya apakah kemudahan
lalulintas yang akan dibuat untuk menuju ke lapangan terbang baru
yang akan dibina di Sepang nanti. Kemudian, jalan ini adakah akan
dikenakan tol? Sebab selama ini jalati Kuala Lumpur ke Subang tidak
dikenakan tol, walaupun diupgred beberapa kali, diperbaiki beberapa
kali, tetapi tidak dikenakan tol. Saya ingin bertanya, jalan Kuala
Lumpur menuju ke lapangan terbang baru nanti adakah akan dikenakan
tol? Kalau dikenalan tol, kadar sebanyak mana?
Seterusnya, berhubung dengan laluan kedua Johor-Singapura.
Sekarang ini orang ramai masih tidak puashati, terutama bayaran
pampasan kepada pemilik-pemilik tanah di situ masih lagi mereka
tidak puashati. Oleh itu, saya harap pihak Kementerian dapat
selesaikan dengan segera pampasan itu, kerana setelah tanah mereka
diambil, mereka mahukan pampasan itu dengan segera untuk mereka
memulakan kehidupan baru. Oleh kerana Singapura juga turut terlibat
dalam laluan kedua ini, berapa kos yang Singapura keluarkan? Dan
jumlah wang yang dikeluarkan oleh pihak Singapura itu, adakab
bersepadanan dengan nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat
Singapura dengan laluan kedua nanti? Kita bimbang merekalah yang
dapat nikmat lebih dalam laluan kedua ini, tetapi perbelaajaan yang
DR.15.12.92 - 149 -
dikeluarkan oleh Kerajaan Singapura tidak sepadan dengan yang
dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Sekian.
Tuau Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Batang
Lupar.
7.14 mlm.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Bataag Lupar]: Tuan Pengerusi,•
saya ingin bercakap sedikit berhubung dengan Kementerian Kerja Raya,
Maksud Pembangunan 52 di mukasurat 271, Projek/Butiran 04000 -
Pembinaan Jalan Raya Besar di Sarawak. Kita sudah dengar tadi Yang
Berhormat dari Parit Sulong bagaimana sedih sekali oleh kerana tak
ada jalan di kampung mereka. Begitu juga Jerai bagaimana sedih
mereka oleh kerana jalan yang tidak begitu baik dan selesa. Tetapi
kalau Yang Berhormat Yang Berhormat ini datang ke Sarawak, mungkin
dia terpaksa bawa kain tuala untuk mengelapkan airmata mereka kerana
menangis, kerana keadaan di Sarawak seratus kali ganda lebih dahsyat
apa yang kita nampak. Jalan raya yang 30 tahun lalu dirancang oleh
pihak British pada tahun 50an dan dibina sejak tahun 60an sampai
sekarang masih belum siap lagi, tak panjang, 973 kilometer sahaja
dari Sematan pergi ke Mirt. Jadi, yang sedihnya sekali - Menteri
kita dari Sarawak dan Timbalan Menteri kita pun. dari Sarawak -
orang kata "apa Menteri ini buat, duduk di rumah tinggi Sarawak,
jauh sangat, tak nampak lagikah?" Jadi, saya tak payahlah bersedih
sangat. Kalau saya sedih sangat, baju pun nanti basah pula, saya
hendak balik selepas ini.
Saya ingin bertanya, 'Jalan Besar Utama' disebut di sini yang
diberi peruntukan RMl.2 billion dan pada tahun ini diberi
DR.15.12.92 - 150 -
RM74,500,030. Jadi, Jalan Besar Utama di Sarawak itu tak ubahlah-
jalan estet yang ada di Semenanjung ini. Hanya satu kereta boleh
pergi dan satu boleh balik, itupun kadang-kadang adakala macam di
Jerai juga, macam mana Yang Berhormat dari Jerai sebutkan tadi, ada
tempat yang sempit. Kawan saya dahulu hampir patah kepala kerana
terjatuh ke dalam gaung yang begitu dalam oleh kerana tak dapat
mengelak 'road table" yang lembik, jadi dia jatuh dengan keretanya
sekali. Jadi, inilah keadaan di Sarawak.
Kalau kita pergi ke Miri, di antara Miri dan Sarikei sekarang,
tak berapa panjang, saya dengar hanya 30 kilometer, belum siap lagi.
Kalau gunakan Pajero ataupun apa-apa bangsa kereta, sukar hendak
jalan. Mungkin kereta kayu-balak boleh jalan. Tetapi apa yang
dikatakan Jalan Besar Utama Sarawak ini masih tak boleh dilalui oleh
Trooper pun yang tak boleh jalan pada masa sekarang oleh kerana
hujan.
Jadi, saya hendak tanya kepada pihak Kementerian apakah
tindakan Kementerian dan bilakah jalan ini boleh siap? Perlukah
kita tunggu tahun 2020 baru kita orang Sarawak boleh tengok jalan
daripada Kuching ke Miri itu boleh disiapkan.Ini jalan utama
Sarawak.
Saya pun baru balik daripada Sabah, bahkan Sabah pun saya
nampak, alhamdulillah, lebih baik daripada Sarawak. Tak payahlah
saya sebut Semenanjung. Di Kuala Lumpur ini dahulu saya sudah
berjalan 50 batu dengan motor, hanya di Kelantan sahaja saya belum
datang menggunakan kereta, tempat lain setnua sudah. Saya baru balik
daripada Marudi. Naik kapal terbang daripada Miri ke Marudi, 15
minit naik kapal terbang, naik dan turun 15 minit tetapi tak ada
DR.15.12.92 - 151 -
jalan. Naik bot 2 1/2 jam, Inilah masalah komunikasi berada di
Sarawak. Itu kita tak kisah sangat. Orang Sarawak memaug berjalan
dalam hutan, Pihak NGO luar negara hendak simpan orang Penan untuk
menjadikan 'show case' untuk distudy, Sudah adakah orang Sarawak
juga keseluruhannya digunakan jadi satu show case 'the most•
undeveloped state' daripada segi infrastructure. Dan Menteri kita
ialah Menteri dari Sarawak, alhamdulillah, tahniah daripada saya.
Satu lagi, kalau kita tak nampak Butiran 02 Lebuhraya
Pan-Borneo, wah, nampak nama bukan main lagi canggih dan indah,
tetapi Pan-Borneo yang kita idam-idamkan itu hanya 180 kilometer
sahaja, sampai sekarang pun belum siap lagi. Tak payah menangis.
Kalau menangis, Batang Lupar pun diflooded nanti! Pihak DAP tak
hendak jambatan Pulau Pinang itu, suruh hantar menyeberang ke Batang
Lupar, kita suka lagi di sana. Tetapi jangan katakan jambatan macam
Pulau Pinang itu hendak dihantar ke Batang Lupar atau ke Sarawak,
jalan raya utama inipun hanya 6 kaki sebelah dan 6 kaki sebelah,
jalan 12 kaki sahaja, dikatakan Jalan Raya Utama dan Pan-Borneo,
tetapi sekarang pun belum siap, 30 tahun merdeka.
Tuan Pengerusi, bayangkanlah kesedihan tak payah disebut lagi.
Kita dengar bila kita pergi ke kawasan, kita kata negara Malaysia
sudah termaju sekali, yang kaya sekali. Bukan saya hendak bantah.
Mana-mana projek besar macam Sepang, macam triangular luxury road
yang menghubungi 3 tempat tadi Cameron Highlands dan Fraser's
Hills - itupun bina juga, tetapi jalan di Sarawak itu belum dibina,
DR.15.12.92 -152-
Jadi, ttdak payahlah saya sebutkan yang lain. Kalau saya
sebutkan latn, itu tidak payahlah. Panjang sangat. Jalan daripada
Kuching ke Sematan umpamanya, sampai sekarang. Saya daripada
Primary IV dulu sudah tengok jalan macam itu, sampai sekarang pun
masih macam itu juga. Saya tidak berani menggunakan kereta sebab
saya tidak ada cukup duit hendak untuk ganti 'spare-parts' tiap-tiap
bulan macam mana Yang Berhormat dari Jerai bercakap. Jadi, daripada
Kuching ke Sematang, lebih 30 kilometer pun belum siap lagi. Jangan
dikatakan yang lebih indah, lebih aneh dan lebih baik daripada ini.
Jadi, saya haraplah pthak Kementerian menumpukan perhatian dan saya
ingin bertanya bila anggarannya? Sebelum itu, saya katakan terima
kasih.
Jalan di pedalaman kawasan saya yang sepanjang 10 kilometer
sudah siap, Terima kasih ke atas pembinaan jalan ita. 10
kilometer, sekurang-kurangnya kita tunggu lebih kurang daripada
lebih 29 tahun 'sudah siap. Jadi, ini mendatangkan rahmat juga
kepada masyarakat di Kampung Pusa, di Kampung Sepauh dan Seri Aman,
umpamanya. Tetapi apa yang berlaku di Julau dan di Mukah itu, jalan
itu belum siap lagi. Serupa juga tidak boleh jalan.
Pindah kepada tajuk 04000 - Lain-lain Jalan Raya Besar. Ini
jalan raya besar, kalau kita sebutkan "terminology", orang Sarawak
ini, inilah cerita yang saya dengar dahula, Bila Nabi Sulaiman
panggilkan semua binatang-binatang datang ke mesyuarat, jadi Sang
Semut yang kecil tidak datang. Ia terlambat. Bila ditanya "kenapa
lambat datang?" "Tuanku", katanya, "saya kena luka, panjang
sejengkal." Nabi Salaiman ketawa. "Badan kamu yang pendek macam
DR.15.12.92 -153-
itu, macam mana luka panjang sejengkal?" "Tuanku, luka patek ialah
sejengkal patek sendiri", kata dia. Jadi, yang besar kita sebutkan di
Sarawak itu. besar kepada orang Sarawak tetapi di sini hanyalah
"feeder road" ataupun jalan estet.
Jadi, haraplah jalan raya di kawasan saya, Sebangan, tidak
panjang - 10 kilometer, gunakan pasir dari sungai masuk atas jalan,
siap dalam masa 2 tahun - 4 kilometer daripada Sebangan sampai ke
Tebedu. Orang Tebedu kata "Yang Berhormat, kita memang tidak
pandang lagi "position", kata dia. Sekarang jalanraya telah siap,
kita hendak beli kereta. 4 kilometer - macam mana orang di sana
menerima hakikat pertolongan Kerajaan itu begitu baik sekali.
Tetapi sekarang, kenapa pula yang 5 kilometer lagi dari Tebedu
sarapai Sebuya tidak siap? Jadi, saya bertanya kenapa tidak siap dan
bila hendak disiapkan yang 9 kilorneter itu, tidak panjang. Tidak
payahlah jambatan, macam yang dikatakan oleh DAP itu.
Jadi, saya berpindah kepada Butiran 04200 - Penyiasatan dan
Penyelidikan Jalanraya di Sarawak. lni, kalau tahu 'terminology'
penyiasatan, ianya hendak mencari jalan baru. Saya hendak bertanya
Yang Berhormat Menteri, pendek sahaja. Di manakah jalan itu, apakah
jalan yang diselidikkan itu dan menghubungkan pekan-pekan mana dan
bandar-bandar mana?
Saya pindah kepada mukasurat 273, Butirau 11500 - Bekalan Air
Luar Bandar - Rancangan Khas. Kita juga terdengar di Dewan ini
macam mana sedihnya Ahli Parlimen, macam mana pembangunan luar
bandar ada juga hubungkait dengan politik. Orang kampung bertanya
DR.15.12.92 -154-
apa yang berlaku? Jadi, di Sarawak, kalau orang hendak minum air,
dia takung air hujan. Sekarang pihak JKR beri tanki plastik untuk
menyalurkan air hujan.
Pada suatu ketika dahulu, apabila gunung Pinatubo menyemburkan
habuknya ke udara, ada dikatakan habuk-habuk ini akan sarapai ke
Sarawak. Saya memang berasa curiga kerana orang di kawasan saya
akan minum air hujan bercampur dengan habuk-habuk yang dihambun
keluar oleh gunung Pinatubo.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Oleh kerana di Sarawak, api dan
air ini di bawah 50% pengeluar yang ada menikmati api dan air.
Tetapi air di Batang Lupar banyak. Mana-mana batang sungai ini di
Sarawak adalah banyak sungai sekali - Batang Sadong pun air boleh
diminum semua ini.Tetapi oleh 'kerana air' tidak disalurkan kepada
kampung-kampung tertentu, jadi masih orang di sana, kalau musim
kekeringan, musim panas, orang tidak ada air. Kalau musim hujan
ini, adalah air, alhamdulillah, kerana tangki-tangki getah yang
diberi boleh disimpan sampai 2 tahun. Lepas 2 tahun Kerajaan
terpaksa beli baru untuk diagih-agihkan kepada pihak orang kampung.
Ini kita berterima kasih kepada Kerajaan kerana telah memberikan
keselesaan sedikit sekurang-kurangnya kepada pihak masyarakat di
kampung-kampung di luar bandar. Tetapi apa yang berlaku, oleh
kerana pada tiap-tiap tahun kita menggunakan mungkin berjuta-juta
duit, membeli getah-getah tangki-tangki air ini. Bahkan membazir
wang Kerajaan, kalau kita gunakan, mungkin kita selidikkan air yang
berpatutan dan salur kepada satu tempat daripada tiap-tiap kampung
DR.15.12.92 -155-
dan rumah-rumah yang tertentu. Walaupun kita belanja dengan lebih
sedikit dengan sekaligus tetapi sekurang-kurangnya tindakan kita itu
mungkin boleh tahan begitu lama lagi. Itulah kadang-kadang Ahlt
Parlimen, kalau orang di sini tidak faham. Ahli Parlimen di sana,
orang minta jambatan, minta tangki air, minta generator untuk api di
rumah panjang di kampung-kampung.
Oleh kerana masalah kemudahan asas itu masih dibawah 50?.
Jadi, saya berharaplah orang luar baadar jangan mendengar sahaja
kekayaan negara. Jangan mendengar sahaja hasil negara. Jangan
mendengar sahaja kemajuan negara. Pandang-pandanglah rumah yang
tinggi-tinggi supaya kita dapat melihat Batang Lupar, Batang Sadong,
Batang Rejang, Batang Baram itu nampakkan sedikit. Mungkin dengan
itu, nanti dapat jalan dihubungkan supaya jangan orang menanya
Menteri dari mana tetapi dari negara kita. Tetapi hasilnya belum
lagi nampak. Bukanlah saya hendak menghina, bukanlah saya .,.
tetapi ini adalah satu kenyataan. Jadi, saya berharap tekanan
patutlah diberi agar orang Sarawak dengan merasa, bukan
kedaerahan , kerana dengan keadaan yang begini, kerana mendapat
kemudahan asas yang sama, barulah kita merasa kita diterima
sebagaimana "masyarakat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi."
Kalau tidak, perasaan itu mungkin terjejas sedikit. Saya mungkin
tidak ter jejas oleh kerana macam mana saudara saya dari Jerai
bercakap saya diam di Kuching, duduk di Kuching, api ada, air ada,
televisyen pun ada. Jadi, yang di kampung itu mungkin berperasaan
begitu.
Dengan itu, Tuan Pengerusi, saya menyokong. Terima kasih.
DR.15.12.92 -156-
Tuan Pengerusi: Padang Terap.
7.28 ptg.
Dato' Dr. Affifudin b i n Haji Omar [Padang Terap]: Tuan
Pengerusi, saya hanya hendak mengambil masa sedikit sahaja iaitu
kepada makasurat 266, Butiran 020300 Pembinaan, Penyeliaan dan
Penyelarasan Pembinaan dan 020400 iaitu Perkhidmatan Penyelenggaran.
Saya hanya ingin memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kerja
Raya mengenai dengan peruntukan pembinaan jalan-jalan di kawasan
FELDA di dalam rancangan-rancangan FELDA, iaitu dengan lebih
spesifik, "the internal reticulation system". Jadi, Yang Berhormat
Timbalan Menteri Kerja Raya itu dekat dengan Yang Berhormat Timbalan
Menteri Pembangunan Luar Bandar boleh buat consultation nanci.
Dua tahun lalu, Tuan Pengerusi, saya bangkitkan soal ini dan
pada masa itu telah diselesaikan dengan satu peruntukan yang
disalurkan kepada Kementerian Kerja Raya. Masa ttu, Wakil dari
Sungei Siput menjadi Menteri Ker ja Raya dan beliau telah membuat
selepas Sidang Parlimen - beliau telah membuat satu pengisytiharan
dalam akhbar bahawa peruntukan untuk yang saya katakan ini sebanyak
RM30 juta telahpun disediakan dan akan diagih-agihkan kepada
rancangan-rancangan FELD seluruh negara. Saya ingin bertanya ke
manakah wang RM30 juta diagihkan kerana satu daripada rancangan
FELDA yang awal adalah di kawasaa saya di tempat yang bernama Lubok
Merbau .
DR.15.12.92 -157-
Di kawasan ini boleh dikatakan rancangan pembangunan PELDA di
situ telahpun mencapai tahap kematangan. Penduduk-penduduknya
telahpun mencapai tahap standard of living ataupun level of living,
dengan izin, pada peringkat yang tinggi. Mereka telahpun berupaya
membeli motokar dan motosikal. Jadi, apa yang malangnya ialah jalan
yang dahulu dibina dengan tanah merah masih lagi wujud dan apa yang
mereka beli tadi tidak dapat menikmati infrastruktur-infrastruktur
yang sesuai.
Pada saya dari segi pembangunan luar bandar, kawasan-kawasan
inilah yang mesti didahulukan pembinaan infrastruktur sebegini
kerana rakyat telahpun dapat mengatasi ataupun telah mendapat kuasa
membeli. Jadi, apabila mereka mendapat kuasa membeli, dengan izin,
expectation mereka terhadap infrastruktur yang akan diberi 'oleh
Kerajaan melambung tinggi. Oleh kerana semenj ak tahun 1968 lagi,
jalan-jalan ini belura lagi ditarkan. Pada hal di kawasan-kawasan
FELDA yang lain, yang lebih muda dan yang lebih terakhir dibina
telahpun disediakan dengan jalan-jalan tar yang cukup di dalam
internal reticulation system mereka.
Tuan Pengerusi, saya bangkitkan soal ini kerana di dalam buku
ini saya tidak dapat lihat langsung peruntukan-peruntukan untuk
ini. Di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Padang Terap, Pegawai
Daerah (D.O.) telah memberitahu bahawa peruntukan ini tidak ada
langsung di dalam Rancangan Malaysia Keenam. Jadi, pada saya ini
DR.15.12.92 -158-
adalah mungkin satu perkara yang tidak sengaja, yang tertinggal dan
saya harap pihak JKR ataupun Kementerian Pembangunan Luar Bandar
dapat mengatasi masalah ini.
Andaikata, Tuan Pengerusi, bukan saya hendak mengajar Timbalan
Menteri - tidak - andaikata peruntukan tidak ada di dalam FELDA,
mungkin FELDA tidak akan dilayan lagi di dalatn Rancangan Malaysia
Keenam untuk mendapatkan peruntukan ini, saya ingin mencadangkan
kepada Menteri Kerja Raya ataupun Timbalan Menteri Pembangunan Luar
Bandar, supaya mensifatkan pembinaan jalan-jalan di dalam Raacangan
FELDA ini, khususnya di Rancangan FELDA Lubuk Merbau, di Padang
Terap sebagai pembinaan jalan kampung, jangan taruh nama FELDA dt
situ. Dimasukkan di dalam peruntukan pembinaan Jalan-Jalan Kecil
Desa.
Saya harap dengan dimasukkan sebegitu kemungkinan ttdak berlaku
masalah-masalah di dalatn peruntukan Rancangan Malaysia Keenam kerana
saya bimbang oleh sebab kawasan itu adalah kawasan yang telah
matang. Apabila kita sudah bina, dengan izin, expectation yang
terlalu tinggt, apabila kita tidak dapat memberi apa yang raereka
harap sebagai keraudahan asas, maka frustrationnya pun akan
meninggi. Akhirnya, akan gagallah usaha-usaha kita untuk membina
satu masyarakat desa yang berpuas hati dan yang akan memberi
produktiviti yang lebih tinggi di hari muka.
Saya harap kedua-dua Kementerian ini dapat mengambil tindakan
yang sepatutnya dan jalan yang saya maksudkan itu hanya berharga
RM2.2 juta sahaja iaitu 7 km internal reticulation yang perlu dibina
segera kerana apa yang saya kata tadi semenjak tahun 1968 lagi
penduduk-penduduk di situ mengharapkan pembinaannya. Sekian, terima
kasih.
DR.15.12.92 -159-
Tuan Pengerusi: Maran.
7.34 ptg.
Dato' Haji Mohamad bin Abdullah [Maran]: Terima kasih, Tuan
Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00700, muka surat 270
iaitu mengenai Perabinaan Lain-lain Jalan Persekutuan dan
Jambatan-jambatan. Peruntukan yang dikehendaki di sini ialah RM74.5
juta.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian yang berkenaan apakah
jalan-jalan Persekutuan dan jambatan-jambatan yang dibina bagi
peruntukan yang sedemikian rupa. Adakah Kementerian Kerja Raya
memasukkan cadangan untuk membina sebuah jarabatan yang menyambungkan
di antara Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka dengan DARA yang
menyeberang Sungai Pahang? Kerana dahulu saya dengar ada ura-ura
Kerajaan hendak membina jambatan ini dan pernah saya bangkitkan
pada dahulu lagi mengenai jambatan ini. Jadi, saya minta penjelasan
daripada Menteri yang berkenaan adakah termasuk rancangan ataupun
bilakah rancangan itu hendak dilaksanakan bagi mengadakan jambatan
bagi menghubungkan di antara Lembaga Kemajuan Wilayah Jeagka dengan
DARA yang menyeberangi Sungai Pahang melalut Kampung Chenor.
Kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 03100 Jalan Genting
Highlands, Bukit Fraser dan Cameron Highlands. Saya menyokong dan
bersetuju dengan Kerajaan mengadakan jalan sedemtkian rupa.
Walaupun ada di antara beberapa pihak yang tidak menyukainya tetapi
DR.15.12.92 -160-
ini adalah merupakan pandangan jauh daripada Kerajaan kerana
faedahnya amat baik. Selain daripada pelancongan, kita boleh
mengeluarkan berbagai-bagai. hasil daripada tempat-tempat ini
terutama sekali mengenai tanaman, sayur-sayuran dan juga
bunga-bungaan yang sekarang ini juga mendapatkan hasil yang banyak
kepada negara kita.
Jadi,di samping Kerajaan membuat jalan-jalan yang lain dan
sebagainya, ttndakan Kerajaan sekarang untuk tnerabina jalan ini
adalah amat munasabah sekali. Memanglah Kerajaan tidak mampu
mungkin untuk membuat perkara iai serentak tetapi perkara yang
dijalankan ini adalah amat baik sekali.
Tuan Pengerusi, saya juga mengambil kesempatan bersetuju dengan
Padang Terap mengenai jalan-jalan di dalam rancangan tanah. Saya
menggambarkan bahawa satu masa nanti masalah raucangan tanah kita
tidak akan memanggil lagi rancangan tanah. Ini merupakan kampung
sebab memang keseluruhan rancangan tanah ini adalah penduduk di luar
bandar. Jadi, mungkin kita akan memanggil kampung-kampung
tertentu. Kita tidak memanggilnya rancangan. Mungkin kita
menggunakan Ketua Kampung dan sebagainya. Jadi, kalau kita
menggunakan peruntukan sebagaimana yang dinyatakan tadi, ini amat
menepati untuk menyempurnakan semua kemudahan asas termasuk
jalan-jalan di dalam rancangan itu merupakan daripada
Kementerian-kementerian yang berkenaan merupakan jalan luar
bandar. Saya percaya apabila ini akan berlaku maka keseluruhan
kemudahan asas jalan-jalan raya di dalam rancangan ini dapat
diselesaikan.
DR.15.12.92 -161-
Tuan Pengerasi, saya ingin juga merujuk kepada Buttran 02300,
Tajuk 03 - Projek Baru Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak. Saya
mengucapkan syabas kepada Kerajaan kerana ada merancang untuk
membuat projek baru Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak sebab jalan yang
ada sekarang amat-amat merbahaya. Selain daripada merbahaya ialah
kereta terlalu banyak, kadangkala menyukarkan untuk perjalanan yang
cepat. Tambahan pula ada setengah-setengah tempat itu memang selalu
berlaku kemalangan. Jadi, usaha Keraja-an untuk mengadakan projek
baru Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak adalah amat munasabah sekali.
Kerana pada mulanya dahulu semasa kita merancangkan Lebuhraya Kuala
Lumpur/Karak kita meraikirkan bahawa jalan itu adalah di antara jalan
yang terbesar di negara kita. Tetapi apabila sampai di zaman ini,
jalan itu telah tidak sesuai lagi. Sepatutnya kita membuat jalan
yang lebih besar kerana boleh digunakan dengan selamat.
Jadi, walau bagaimanapun tindakan Kerajaan untuk mengadakan
projek baru Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak adalah amat munasabah.
Saya hanya ingin penjelasan daripada Kementerian dengan RM5 juta
ini, apakah rancangan yang hendak dibuat, bilakah jalan ini akan
dilaksanakan dan bilakah jalan ini dijangka siap untuk memudahkan
perjalanan menyambung di antara Barat ke Timur iaitu melalui
Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak yang dirancangkan ini. Sekian, terima
kasih.
DR.15.12.92 . - 162 -
Tuan Pengerusi: Bagan Serai.
7.40 ptg.
Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismai1 [Bagan Serai]: Tuan
Pengerusi, saya suka membangkitkan satu dua perkara di bawah
Butiran 020000 - Jalan dan Jambatan di mukasurat 265. Saya ingin
bertanya kepada Timbalan Menteri Kerja Raya berkenaan dengan suatu
kampung di mana-lebuhraya sekarang sedang dibina iaitu dari Changkat
Jering pergi ke Alor Pongsu. Sampai di Alor Pongsu ia menemui satu
kampung yang bernama Kampung Jalan Baru di Alor Pongsu dan karapung
ini telah terbelah dua oleh lebuhraya ini. Pihak Ketua Kampung itu
telahpun mengemukakan sebab-sebab yang mana mereka menghendakkan
supaya satu terowong patut diadakan untuk memudahkan anak-anak pergi
ke sekolah pada masa hadapan, untuk mengadakan kenduri-kenduri
kampung dan seterusnya untuk membawa orang yang meninggal dunia
yang tidak terpaksa melalui satu jalan yang terlalu jauh. Kalau
tidak dibuat satu terowong untuk membolehkan laluan masyarakat
kampung ini, maka kampung ini akan terus-menerus berpecah kepada dua
dan ini akan mendatangkan banyak kesusahan. Jadi harapan orang-
orang kampung di sLtu ialah supaya dibuat satu cerowong untuk laluan
kereta kecil, basikal ataupun motosikal melalui lebuhraya ini,
ataupun sebagai gantiannya, mengadakan sebuah jejambat yang boleh
dilalui oleh motosikal untuk menyeberangi melalui jalan atas dari
sebeLah ke menyebelah kampung ini.
Satu perkara lagi ialah berkenaan dengan jambatan. Dalam
pertanyaan bagi Jawab Mulut dahulu, saya telah mengemukakan
DR.15.12.92 - 163 -
satu cadangan bagi mengadakan jambatan di antara Kuala Kurau dengan
Kampung Kuala Gula. Pada masa itu saya telah mendapat jawapan
bahawa perkara inL akan dimasukkan ke dalam Mid-term Review. Saya
ingin tahulah, apakah kedudukannya sekarang dari segi priority dan
juga dari segi kemungkinan jambatan ini dibuat, oleh kerana
memandangkan bahawa tempat ini memanglah satu tempat yang belum lagi
terbongkar potensinya sebagai satu tempat pelancongan yang sangat
baik.
Perkara yang akhirnya ialah bekalan air. Di kawasan saya ini
ada cerdapat sebuah loj i air yang di.ambi.1 daripada kolam Bukit
Merah, dipam naik ke atas sebuah bukit dl tempat yang tinggi.
Caranya lalah dengan menggunakan bekalan api elektrik untuk
menjalankan jentera pam. Oleh kerana selalu sangat berlaku bekalan
elektrik terputus, maka bekalan air juga selalu mendapat gangguan.
Kalau tidak ada elektrik, maka air juga tidak ada. Oleh sebab itu,
apa salahnya Kementerian ini memiktrkan supaya ditambah dengan
memasang sebuah jenerator untuk menggantikan bekalan api elektrik
ini apabila ada gangguan. Ini sebagai satu suggestion yang saya
rasa practical untuk mengatasi masalah gangguan yang selalu sangat
berlaku dan menimbulkan banyak masalah di hari-hari yang tertentu,
kadang-kadang biia dekat hari raya bekalan elektrik Lnl terputus.
Orang-orang kampung gaduh sangatlah kerana tiadanya bekalan air di
kawasan ini. Apabila tiada bekalan air, maka susahlah untuk menda-
patkan bekalan air kerana kawasan ini jauh daripada tempat yang ada
punca air. Jadi, sekadar itu sahajalah dan saya menyokong, terima
kasih.
Tuan Pengerusi: Kuala Langat.
DR.15.12.92 - 164 -
7.45 mlm.
Datuk Basri bin Bajuri [Kuala Langat]: Tuan Pengerusi, saya
ingin mengambl bahagian dalam perbahasan ini. Saya ingin menyentuh
B.52, Butiran 020000 dan 030000 masing-masing mengenai Jalan Raya
dan Jambatan dan Bekalan Air.
Bagaimana yang umum telah tahu bahawa hampir separuh daripada
kegiatan ekonomi negara ini berkisar di Lembah Klang dan umum juga
sudah tahu bahawa hari ini Lembah Klang hampir sudah tidak ada
langsung tanah yang dapat dimajukan dan mahu atau tidak mahu, kerana
pembangunan akan terus berjalan, keadaan ini akan terus melimpah.
Pembangunan akan melimpah kelaur daripada Lembah Klang dan limpahan
ini akan berlaku ke arah utara Lembah Klang iaitu Hulu Selangor dan
Kuala Selangor dan ke selatan Lembah Klang iaitu Daerah Sepang dan
Kuala Langat. Apa yang paling nampak menonjol sekarang ialah
pembangunan di Kuala Langat kesan daripada limpahan pembangunan di
Lembah Klang.
Hasil daripada pembangunan yang begitu pesat, jalan raya yang
menyambungkan di antara bandar Klang dengan bandar Banting telah
menjadi begitu sesak dan ini menyebabkan jalan itu bukan lagi
merupakan jalan yang selamat untuk digunakan walaupun oleh pejalan
kaki. Boleh dikaktakan setiap hari ada berlaku kemalangan sama ada
kecil ataupun besar. Begitu juga boleh dikatakan setiap minggu ada
berlaku kemalangan yang membawa kepada kehilangan nyawa dan perkara
ini telahpun dibangkitkan dalam mesyuarat Tindakan Daerah dan
beberapa cadangan telah dibuat.
Saya telah dimaklumkan bahawa tahun depan akan diperbesarkan
jalan itu, iaitu Jalan Lima daripada 20 kaki kepada 40 kaki. Saya
DR.15.12.92 - 165 -
bagi pihak penduduk Kuala Langat merakamkan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kepada Kementerian. Walaupun begitu, kami berpendapat
bahawa dengan pembesaran jalan daripada 20 kaki kepada 40 kakl itu
belum lagi dapat mengatasi masalah lalulintas di situ kerana jalan
itu sekarang menjadi jalan utama pengangkutan daripada selatan,
khususnya daripada Negeri Sembilan ke Pelabuhan Klang, lebih-lebih
lagi dengan wujudnya jalan rentas yang menyambungkan di antara
Kampung Bukit Changgang ke Bandar Baru Salak Tinggi. Boleh dikata-
kan semua lori-lori sama ada lori roda 4 ataupun roda 20 melalui
jalan itu kerana jalan itu jalan yang terpendek di antara Seremban
dengan Pelabuhan Klang.
Saya suka mencadangkan, selain daripada jalan itu dibesarkan,
Kerajaan harus memikirkan satu jalan pilihan yang saya rasa boleh
dilakukan bukan dengan cara membina satu jalan baru tetapi memadai
dengan meng'upgrade'kan jalan yang ada yang boleh menyambungkan di
antara Daerah Sepang ke Klang melalui Kuala Langat. Saya rasa jika
jalan ini dapat diadakan, kesesakan lalulintas dapat dikurangkan dan
kemalangan-kemalangan juga dapat dikurangkan. Dalam usaha kita
hendak mencapai perkembangan ekonomi yang pesat, klta memerlukan
efficiency di atas jalan raya kerana banyak masa akan terbuang jika
jalan raya tidak cukup sempurna.
Selain daripada itu, saya ingin juga menyentuh satu perkara
yang saya rasa perlu Kerajaan acau Kementerian mengambil perhatian.
Untuk mengatasi. kesesakan ini, satu atau dua jambatan patut difikir-
kan dan cadangan telahpun kami bawa ke peringkat negeri dan
peringkat negeri telah membawanya ke peringkat Pusat, tetapi
DR.15.12.92 - 166 -
malangnya dalam Rancangan Malaysia Keenam, cadangan untuk mewujudkan
sebuah jambatan yang menyambungkan di antara Kampung Sawah dengan
Kampung Telok Panglima Garang telah tidak ada di dalam Rancangan•
Malaysia Keenam. Saya mohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri
supaya dapat memasukkan projek ini di dalam kajian semula Rancangan
Malaysia Keenam, Jambatan ini, jika diwujudkan, sebenarnya dapat
memendekkan perjalanan di antara 12 hingga 16 batu dan akan dapat
mengurangkan masa perjalanan di antara setengah jam hingga ke satu
jam. Ini pentingnya.
DR.15.12.92 - 167 -
Dan dari segi ekonominya juga, saya rasa ini tidak merugikan kerana
banyak hasil-mahsul yang dikeluarkan di sana. Saya percaya dengan
adanya jamhatan itu kelak, sepanjang pantai Kuala Langat, satu masa
nanti akan menjadi tumpuan pelabur-pelabur, sama ada pelabur dalam
atau luar negeri akan dapat dibangunkan. Jadi, Yang Berhormat
Timbalan Menteri, saya mengharapkan supaya projek jambatan yang akan
menghubungkan di antara Kampung Teluk dan Kampung Sawah yang akan
memendekkan masa perjalanan dan menjimatkan juga masa pembinaan akan
dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam ini.
Mengenai interchange di Sungai Besi, saya nampak sudah wujud,
dibangunkan sebuah petrol station yang saya nampak begitu hampir
dengan jalan. Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana Kerajaan
boleh meluluskan sebuah petrol station berhampiran dengan jalan raya
yang cuma mempunyai dua lorong tiap-tiap sebelah, sedangkan di
sebelah sana jalan diperluaskan, diperbesarkan dari dua lorong
kepada tiga lorong. Tetapi apabila ianya sampai berhampiran dengan
Bandaraya, benda ini disekat. Jadi, apa maknanya kita membesarkan
jalan di sana, kalau jalan di sebelah sini kita sekat - ada bottle
neck di situ. Jadi, ini saya rasa boleh menimbulkan masalah dan
tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, khusus-
nya daripada Seremban ke- Kuala Lumpur. Jadi, saya mintalah diberi
perhatian dan diberi jawapan.
Yang akhir sekali ialah mengenai bekalan air, Saya ingin
menyentuh di tempat saya sahaja. Di Kuala Langat hari ini merupakan
DR.15.12.92 - 168 -
tempat yang menjadi tumpuan kepada pelabur-pelabur, dan projek
perurnahan bertambah begitu banyak, lebih-lebih lagi apabila wujud
Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur di Sepang nanti, raahu atau
tidak mahu Kuala Langat akan menjadi tumpuan peniaga-peniaga dan
usahawan-usahawan kerana tidak ada pilihan lain. 01eh itu, saya
suka mencadangkan supaya persiapan Jabatan Bekalan Air dimulakan
daripada sekarang, kerana kami tidak mahu apabila pembangunan besok
datang ke situ, orang-orang kampung, rakyat di luar bandar akan
mengalami nasib seperti yang dialami oleh kawan-kawan kita barang-
kali di Batu Pahat yang kekurangan air atau tekanan air yang
rendah. Jadi, saya minta supaya pihak Kementerian memberi perhatian
terhadap perkara ini. Jadi, dengan itu saya menyokong.
Tuan Pengerusi: Arau.
7.53 ptg.
Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Pengerusi, saya hendak
bercakap di bawah tajuk Bekalan B.52 dan P.52 sekaligus. Yang
pertama, pasal -Penyelenggaraan Bangunan. Saya mencari-cari sebab
kita hanya dibekalkan benda yang ada di depan mata ini, mencari-cari
di mana peruntukan penyelenggaraan, maintenance bangunan-bangunan
Kerajaan. Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai tinggi JKR, tidak
ada peruntukan khas, malah harapir kosong yang diberikan untuk menye-
lenggarakan bangunan. Malah bangunan Kementerian Dalam Negeri,
Polis di Bukit Aman yang terbakar itu sepatutnya di bawah kawalan
JKR, tetapi tidak ada wang peruntukan yang diberikan untuk tujuan
maintenance. Jadi, yang saya hendak tanya di sini kepada
DR.15.12.92 - 169 -
Kementerian yang berkenaan sejauh manakah Kementerian Kerja Raya
dapat memaklumkan kepada mereka yang terlibat untuk memberi
kelulusan ini, yang mana maintenance ini cukup penting dikelolakan
oleh JKR. Kalau sekiranya Jabatan itu sendiri ingin mengambilalih
penyelenggaraan, maka pegawai-pegawainya harus mendapat penyeliaan
terus daripada Jabatan Kerja Raya. Sebab kita sedia maklum, dalam
Malaysia ini jabatan teknikal yang besar untuk pengurusan bangunan,
jalan dan lain-lain infrastruktur yang besar ialah JKR. Kalau
sekiranya Jabatan ingin berdikari, cuma dapatkan seorang teknisyen
ataupun seorang jurutera, ia tidak cukupi untuk menyelenggarakan
bangunan. Saya lebih suka perkara ini dibalikkan kepada JKR dari
segi penyelenggaraan, sebab pegawai-pegawai yang membuat supervision
di peringkat Kementerian ataupun Jabatan adalah pegawai-pegawai yang
bukan pakar dalam bahagian teknikal.
Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat di mana peruntukan
yang diberi untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan Kerajaan supaya
perkara-perkara yang berhubung ataupun tragedi yang berlaku tidak
lagi berulang, sebagaimana kebakaran yang berlaku di Kementerian
Dalam Negeri di Bukit Aman baru-baru ini. Saya pasti kalau sekira-
nya JKR membuat maintenance dan perhatikan supaya benda itu dicek
tiap-tiap tahu, saya ingat ia boleh beri kepastian. Kalau JKR tak
buat kerja, saya tak tahulah. Tetapi pada masa sekarang oleh kerana
maintenance mungkin setengahnya diambil oleh jabatan ataupun pihak
EPU menganggap jabatan yang patut menjaga. Kita ingat cara berbuat
demikian, maknanya kita di dalam masa yang sama di pihak agensi
pusat iaitu JKR sendiri - kita tak tengok kedudukan manpowernya,
DR.15.12.92 - 170 -
tiba-tiba kita wujudkan manpower di peringkat Kementerian yang
supervisionnya tidak mendapat terus dartpada JKR.Jadi, saya minta
supaya perkara ini diperhatikan. Jangan kita menunggu tragedi,
Sebab ada satu dilemma yang berlaku dalam negara ini, Tuan
Pengerusi, kita menunggu tragedi berlaku baru kita ambil tindakan.
Tak boleh macam itu, tak elok sangat. Kita menunggu yang paraquat
itu cukup merbahaya untuk penduduk Malaysia. Itu pun masih kata
kita masih boleh benarkan. Pada hal benda yang paling saya takut
sekali racun rumput ini. Kalau saya tengok orang racun rumput, saya
hendak pergi dekat pun saya tak berani, Kadang-kadang sekali-sekala
dia hendak minta jabat tangan, saya kata minta ampunlah, basuh
tangan dahulu. Saya cukup takut benda ini. Kita tahu benda itu
cukup bahaya, dari baru-baru ini ada orang mati, ini contohlah,
Banyak petani-petani yang terlibat dengan paraquat yang mati - dalam
kes saya sendiri empat orang di kampung saya yang terlibat dengan
racun rumput. Jadi, kita tak mahu benda-benda ini berterusan. Yang
Berhormat tak payah jawab sebab ini Kementerian Kesihatan. Tetapi
sebagai contoh sahaja, sebab saya tak bangun, Kementerian Kesihatan
tak dapat cakap.
Kemudian yang keduanya fasal jalan. Saya tak bersetuju dengan
Yang Berhormat fasal JKR korek banyak kali. JKR tak korek - yang
korek Jabatan Telekora dan sebagainya, selepas itu Tenaga Nasional
masuk. JKR tak korek. JK.R jadi tandil, mandore, Tetapi yang saya
hendak tanya Yang Berhormat, saya ingat dalam pemerhatian saya
sekurang-kurangnya 10 kemalangan berlaku di kampung beliau, Jejawi,
depan rumah saya. Sebab kita buat jalan baru - kontaktor ini, dia
pasang tanda, sebagai contohnya, "jalan ini jalan sehala", tetapi
bila dia pasang untuk pergi jalan sehala itu, kadang-kadang bila
papan itu jatuh, jalan itu jadi dua hala. Jadi, orang bertembung.
Kalau saya tak stlap tiga kematian. Saya hendak tanya, kalau hal
ini terjadi, siapakah yang hendak bertanggungjawab. Siapa yang
hendak pastikan.
DR.15.12.92 -171-
Saya ucap tahniah sebab di lebuhraya tanda-tanda yang memberi
amaran tentang kerja-kerja sedang dibuat itu, dibuat tanda-tanda
kekal. Kalau kita pergi ke Pahang, dia bubuh gambar Polis pula beri
tangan di kiri kanan, itu sudah cantik. Bermakna benda-benda kekal
yang dia tidak boleh jatuh oleh angin dan sebagainya. Kemalangan
ini siapa hendak bertanggungjawab? Kita belum pernah mencuba kes
ini secara khusus di mahkamah. Tetapi di mahkamah di England, benda
ini telah dicuba dan didapati yang salah ialah Kerajaan. Sebab
sebatang pokok menghempap semasa kereta sedang berjalan, oleh kerana
pokok ini berada dalam reserve Kerajaan. Kes ini - sebab saya buat
undang-undang ini dahulu semasa di Tahun I dahulu. Kes ini oleh
sebab tanah ini berada dalam reserve Kerajaan, pokok itu. dianggap
pokok Kerajaan, bila dihempap di atas kereta, Kerajaan kena bayar.
Jadi, sekarang ini keraalangan ini berlaku oleh kerana jalan
raya ini sedang dibaiki oleh JKR, disupervise oleh JKR. Siapa yang
hendak bertanggungjawab di atas kemalangan yang begini besar, yang
berlaku, yang melibatkan kematian. Contohnya apa yang berlaku di
jalan dua hala, yang berlaku di Jejawi, di depan rumah mertua Ahli
Yang Berhormat dari Nilam Puri.
Kemudian, yang berikutnya ialah fasal projek turnkey. Apa
makna turnkey Yang Berhormat? Bagi saya, yang saya tahu, projek
turnkey ini, bila projek siap beri kunci. Tetapi, ada pula dia kata
DR.15.12.92 -172-
turnkey JKR. Turnkey JKR ini sampai ke tahap kita menyediakan
pelan, lepas itu bila mulakan projek, pembayaran progress yang
pertama dibayar. Cuma yang tidak diikut, dahulu kalau ikut proses
biasa, dia bayar pendahuluan 15%. Tetapi Curnkey JKR ini, dia tidak
bayar 15%, dia bayar progress yang pertama dan seterusnya. Apakah
beza di antara turnkey JKR dengan turnkey-turnkey yang dibuat oleh
ICU ataupun turnkey-turnkey yang lain.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Sebab ini perlu diberi penerangan yang jelas, sebab kita hendak
dapat penerangan tentang turnkey, VOT dan sebagainya, supaya JKR ada
satu turnkey, ICU ada satu turnkey, PAS satu turnkey. Jadi, kita
pun ada banyaklah turnkey. Saya hendak tanya supaya khusus, sebab
bila orang bertanya, kita boleh menjawab.
Kemudian yang berikutnya, yang terakhir sekali, sebab saya
ingat masa sudah hampir lewat, kita perlu pulang segera. Ini fasal
penyertaan bumiputera. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga unit
iaitu unit kontrak, unit penyenggaraan dan unit bumiputera. Boleh
atau tidak unit bumiputera ini ditukar nama? Unit bumiputera dan
rakan kongsi. Saya tidak bersetuju sebab sekarang ini kal.au kita
lihat, saya dalam MAPEN, DAP masuk sekerat, sebab Wakil daripada
Kepong itu dia masuk tidak sampai sebulan, dua bulan, dia pun lari,
sebab dia tidak sanggup menghadapi saya dan rakan-rakan yang boleh
berhujah dengan lebih baik. DAP keluar, tetapi dia masuk separuh
jalan.
Betul atau tidak you lari semasa kita bertengkar dahulu?
Kemudian dia keluar, tidak masuk lagi dalam MPEN.
DR.15.12.92 -173-
Dalam MPEN, walaupun ini dipertikaikan angkanya, bumiputera
katalah diberi kontrak katakan RM17 juta. Dia masuk dalam angka
RM17 juta. Tetapi bumiputera yang sebenarnya tidak adalah Yang
Berhormat. Kebanyakan bumiputera 3% ataupun kalau projek besar 2%.
Kalau RM100 juta - 1%. Itu bumiputera. Jadi, sebab Kerajaan telah
mengiktiraf bahawa bumiputera rakan kongsi, ini adalah sah. Bukan
Ali-Baba - rakan kongsi. Kita bubuh tajuk rakan kongsilah. Sebab
saya tidak nampak, kita tahu bahawa memang banyak bumiputera yang
mampu untuk mengendalikan projek.
Saya di antara bumiputera yang mampu. Tetapi, sebab ini kita
kena declare kita punya interest tidak payah sebut, tidak pernah
dapat pun. Bagus pun tidak payah beri pun. Kalau beri pun nanti
DAP kata saya dapat sebab saya baik dengan orang Kerajaan. Bagus!
Tidak payah beri kepada saya apa pun tidak mengapa. Tetapi, saya
kata lebih baik setengahnya dibuat bumiputera dan rakan kongsi,
sebabnya yang dapat itu akhirnya atas nama rakan kongsi. tni
seperti yang disebut semasa perjumpaan Ahli Yang Berhormat, ada
seorang di Kedah, dia control 40 Kelas 'F', Jadi, siapa yang dapat
daripada Kelas 'F' ini, yang 40 ini yang dapat, pasti sudah dia akan
mendapat. Nama dia, OBkah atau apa saya tidak tahu; jadi, dia beli
Mercedes yang cukup besar sekali, lebih besar dartpada Mercedes
Menteri Besar Kedah. Orang paciggil Mercedes kelas 'S'kah atau apa,
saya pun kurang pasti, lebih kurang macam itulah, 'geng' Kedah 'dok'
khabar.
DR.15.12.92 -174-
Jadi, ini diubah tajuk, Kadang-kadang Yang Berhormat kata,
saya ini berjenaka. Ini serius! Saya cukup marah ini. Kalau
sekiranya benda ini berterusan, kita tidak ke mana-mana. Kerajaan
menekankan bahawa supaya bumiputera dengan bukan bumiputera, ini
ialah satu rupa bangsa Malaysia baru yang hendak diwujudkan, tetapi
masih lagi konsep 3% ini berjalan. Sejauh mana supervision yang di-
buat oleh JKR? Untuk hendak pastikan perkataan bumiputera ini, se-
benarnya bumiputera, saya rela kalau di mana ada kawan-kawan saya
dalam bumiputera.
Walaupun saya bukan orang nombor satu, hanya orang nombor dua
dalam Dewan Perniagaan, tetapi saya masih Ketua di Perlis. Saya
hendak beritahu saya rela, kalau sekiranya dia beri kepada bumi-
putera, tetapi sebenarnya dia ambil commission, saya rela benda itu
tidak payah diberilah. Sebab benda itu boleh membodohkan orang.
Sebab orang ini dia akan bodoh kalau dia ada duit terlampau banyak.
Maaflah kepada orang kaya. Sebab kalau dia dapat duit banyak ter-
lampau cepat, dia akan bodoh. Kalau dia ada duit banyak steady
lama-lama - okaylah. Sebab tiba-tiba 'phap!' RMl juta mari di
depannya, dia terbodoh sekejap. Maaf terbodoh sekejap, bukan lama.
Selepas itu dia cerdik baliklah, dia boleh berpoya-poya.
Jadi, saya minta supaya perhatian khusus diberikan. Kemudian
unit ini, saya hendak tanya Yang Berhormat, walaupun Yang Berhormat
mungkin, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya ini,
dia cukup arif tentang perkara ini - unit ini dengan unit
Kementerian Perusahaan Awam, dahulu dipanggil Pusaka Bumi, sekarang
dipanggil apa? Unit Khidmat Kontraktor? Apa habungannya pula?
Dahulu Unit Khidmat Kontraktor, dia ada hubungan dengan Unit JKR,
malah dalam keadaan-keadaan tertentu dia bertelagah. Dia kata:
DR.15.12.92 -175-
"Kami lebih berhak untuk menolong bumiputera". Semua orang berhak
tolong bumiputera. Akhirnya, siapa pun tidak boleh tolong. Jadi,
saya minta supaya unit ini betul-betul memberi pengkhususan.
Sekarang kita mestilah buat secara terbuka. 'Sok-sik, sok-sik' -
dia payah hendak tulis. Berbisik-bisik! Tidak payah lagi, buat
cara terbuka. Kalau hendak beri, beri bumiputera, supervise
elok-elok Yang Berhormat. Kalau bumiputera dengan rakan kongsi,
bumiputera dengan rakan kongsi. Bumiputera yang dapat 3% jangan
beri lagi. Saya bersetuju, mengarut cerita ini. Ssebab kita tidak
rela melihat orang-orang yang demikian rupa. Sebab dia boleh
memalukan unit bumiputera dan bumiputera sendiri, sebab dia dapat
commission, kerja tidak dibuat dan sebagainya. Kita tidak rela
melihat orang yang tidak bekerja dengan teruk tetapi dapat habuan
dengan cepat menawan.
Yang kedua terakhir, dalam di bawah ini Yang Berhormat ada
sebut .....
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]; Yang Berhormat, sila
gulung.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Pengerusi, selalu suruh saya
gulung, fasal apa? Saya bercakap tidak sampai sepuluh minit.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sadah cukup masa Yang
Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak mengapa. Kita kawan baik.
Projek Penswastaan. Saya lihat ini, Lebuhraya Shah Alam/Lingkaran
Tengah dan Lebuhraya Hubungan Utara/Selatan.
DR.15.12.92 -176-
Apa maknanya ini Yang Berhormat. Apa dia Hubungan
Utara/SeLatan? Sebab saya mendengar khabar, berita daripada sahabat
dari Labuan, orang Labuan pula yang bercerita kepada saya, dia kata:
"Ada Bukit Kayu Hitam ke Kuala Perlis". Sebabnya kita hendak tolong
orang Kedah, sebab sepatutnya lebuhraya dahulu Lebuhraya Padang
Besar/ke Johor Bahru. Tetapi sekarang dia tukar Bukit Kayu Hitam.
Tetapi oleh kerana Pengkalan Kuala Perlis penting untuk pembangunan
Langkawi, adakah ini termasuk lebuhraya di antara Bukit Kayu Hitam
sehingga ke Kuala Perlis. Sebab di sini tidak dimasukkan, jadi saya
hendak tanya macam mana hendak dimasukkan. Dan apa makna hubungan
tentang Utara/Selatan.
Tuan Pengerusi, yang akhir sekali, saya hendak gulung, selama
seminit sebab Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka dapat seminit,
Tan Sri beri tadi. Demi keadilan, sebab kita perlu mempertahankan
keadilan, saya perlu seminit.
Ini berkenaan tol. Saya ingat tol di Malaysia adalah yang
terbaik. Kalau tuan-tuan pernah pergi ke Itali, Yang Berhormat
Dato' Mohd. Tajol Rosli pernah pergi, seraua Timbalan Menteri dan
semua Setiausaha Parlimen pernah pergi ke Itali, dia setiap dua batu
ada satu tol. Bukan berbata-batu macam kita, dua batu.
Kadang-kadang setengah tempat sebatu, satu kilometer, satu tol.
Jadi, disebabkan kita yang terbaik, kita jaraknya berbatu-batu,
walaupun harganya mahal. Kita bersetuju. Saya hendak cadangkan
kepada Yang Berhormat, oleh kerana inilah masanya untuk membolehkan
- sebab dalam masa ekonomi kita sedang meningkat ini, inilah masa
untuk kita membina sebanyak-banyak jalan. Dalam masa orang-orang
Malaysia mampu untuk melaburkan sumber kewangannya dengan begitu
banyak, inilah masa untuk kita beri peluang, untuk kita mendapatkan
lebih banyak lebuhraya-lebuhraya, walaupun terpaksa menggunakan tol.
DR.15.12.92 - 177 -
Saya mencadangkan ini sebab rakyat Malaysia mesti menerima
hakikat. Ada seorang, orang Perlis, dia daripada Lembah Bilut dan
emaknya mati di Perlis. Dia ini orang PAS, namanya Mek Assabah -
tukang gunting rambut. Dia kata, "Yang Berhormat, biarlah saya
bayar RM18.00 - tidak apa, kalau tidak kerana lebuhraya saya tak
sempat tengok emak saya dikebumikan". la seorang PAS yang cukup
fanatik dengan PAS dan apabila dia pergi ke Lerabah Bilut pun dia
terus memperjuangkan PAS dan saya ingat kini dia menjadi Ketua
Cawangan Lembah Bilut, tetapi dia ada bercakap "kalau tidak kerana
lebuhraya ini, pasti dia tidak dapat melihat emaknya dikebumikan".
Begitulah tingginya penghargaan rakyat Malaysia kepada lebuhraya tol
yang ditentang oleh DAP dan PAS. Jadi, saya menyokong supaya
dibanyakkan lebuhraya walaupun terpaksa mengenakan tol. Terima
kasih.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
oleh kerana kesuntukan masa, saya terpaksa mengizinkan seorang
sahaja lagi untuk berucap. Ya,Yang Berhormat dari Sarawak.
8.07 mlm.
Tuan Michael Lisa Kaya [Bukit Mas]: Terima kasih, Tuan
Pengerusi. Oleh kerana kesempatan yang diberikan kepada saya, saya
ingin merujuk kepada P.52 mukasurat 271, dalam Butiran 040000 -
Pembinaan Jalanraya-jalanraya Besar di Sarawak dan juga merangkumi
jalan besar utama, Lebahraya Pan-Borneo, jalan ke projek elektrik
hidro dan lain-lain jalanraya besar.
DR.15.12.92 - 178 -
TUan Pengerusi, dalam butiran ini, kita ketahui bahawa anggaran
untuk talmn 1993 iaitu jumlah yang diperuntukkan untuk empat bidang
ini hanya RM145,300,050. Dari pandangan saya, oleh kerana Negeri
Sarawak adalah salah satu negeri yang mundur sekali di dalam
pembangunan jalanraya ataapun infrastruktur, maka saya merasa
anggaran sebanyak RM145 juta ini tidak munasabah dan mencukupi,
Saya berharap oleh kerana kedua-dua Menteri Kerjaraya adalah berasal
dari Sarawak, kadang-kadang mungkin juga susah ataupun sulit sekali
untuk kedua-dua Yang Berhormat ini memohon banyak peruntukkan bagt
negeri Sarawak, tetapi saya sekali ini menyarankan supaya sekiranya
ada ' review' pada tahun yang akan datang, tolonglah tambah sedikit
lagi, oleh kerana kalau kita ikut perbandingan tafsiran yang diberi
kepada kita melalui JabaCan Kerja Raya - mereka menafsirkan dalam
satu kilometer, anggaran perbelanjaannya adalah RMl.2 juta dan kalau
sekiranya RM145 juta ini diperuntukkan untuk negeri Sarawak, saya
merasa tiap-tiap tahun hanya 121 kilometer jalanraya yang akan
dibina. Bukan sahaja jalanraya besar atau jalanraya utama, tetapi
di sini termasuk juga Lebuhraya Pan-Borneo dan lain-lain jalanraya
besar.
Saya ingin menegaskan mengenai Lebuhraya Pan-Borneo yang
diperuntukkan sebanyak RM16,000,900, dan saya merasa sedikit sedih
oleh kerana peruntukan itu adalah tidak mencukupi dan saya berharap
dan menyarankan sekali lagi, oleh kerana tiap-tiap kali kita meng-
adakan persidangan Parlimen, Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak selalu
membangkitkan isu-isu mengenai kemunduran pembinaan jalanraya di
negeri Sarawak dan saya berharap Timbalan Menteri Kerja Raya yang
DR.15.12.92 - 179 -
ada sekarang ini, tolonglah meminta banyak sedikit peruntukan untuk
negeri Sarawak. Sekiranya kita hanya bergantung kepada peruntukan
dari satu cara sahaja, maka saya ingin bertanya kepada Kementerian
Kerjaraya ataupun Timbalan Menteri Kerjaraya: Apakah cadangan
Kerajaan Persekutuan untuk masa hadapan bagt mengatasi masalah-
masalah seperti tidak cukup wang untuk pembinaan jalanraya-jalan-
raya, khususnya untuk negeri Sarawak? Adakah Kerajaan Persekutuan
Ingin berbincang dengan Kerajaan negeri Sarawak untuk mencari satu
cara yang baik? Sekiranya kita dapat menubuhkan satu badan sepertt
PLUS di Semenanjung, apakah salahnya kita membuat satu kajian iaitu
bolehlah juga satu badan seperti itu ditubuhkan di negeri Sarawak,
khas untuk mengkaji bagaimana kita dapat mempercepatkan pembinaan
jalanraya-jalanraya, khususnya di negeri Sarawak?
Tuan Pengerusi, oleh kerana saya sendiri merasa bahawa negeri
Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya raya dari segi bahan-bahan
mentah, maka kita perlu membuka jalanraya ini dengan secepat mungkin
supaya banyak tanah-tanah di sekitar jalanraya dapat kita terokai.
Ini juga, pada pandangan saya, sekiranya pada masa sekarang banyak
kompeni-kompeni yang besar-besar dan firma-firma gergasi dari
Seraenanjung datang melabur di negeri Sarawak seperti Island &
Peninsular dan ada tiga empat kompeni yang saya kenal, maka ini akan
mendorong banyak lagi syarikat-syarikat gergasi seperti. Island &
Peninsular untuk datang ke Sarawak. Apabila mereka melabur di
negeri Sarawak dan membuka tanah untuk kelapa sawit, maka ini juga
dapat merapatkan hubungan kita dari segi perhubungan di antara
penduduk di Sarawak atau pekerja-pekerja di sana dengan ahli-ahli
DR.15.12.92 - 180 -
syarikat ataupun bidan-badan syarikat yang besar. Selain daripada
itu negeri Sarawak juga akan mendapat manfaat daripada pelabur-
pelabur dari Semenanjung Malaysia dan sekiranya tiap-tiap tahun
hanya $100 juta lebih diperuntukkan untuk Sarawak, saya percaya
mungkin apabila sampai tahun 2020 pun, kita masih lagi membincangkan
mengenai jalanraya ini.
Tuan Pengerusi, kadang-kadang saya tidak merasa senang, iaitu
sewaktu kita berbahas di dalam Persidangan seperti ini, tidak ada
perkara yang lain, dan kalau kita tidak bangkitkan mengenai jalan-
raya-jalanraya yang kadang-kadang tergendala pembinaannya, raaka apa
lagi perkara yang hendak kita ucapkan? Kadang-kadang kita Ahli-
ahli dari Sarawak sama-sama mahu berucap dan membincangkan hal-hal
yang mengenai apa yang berlaku di seluruh negara kita, tetapi oleh
kerana ada perkara sulit yang perlu kita bangkitkan dalam Dewan ini,
maka kerana itulah banyak kalt timbulnya cerita mengenai jalan
raya. Saya berharaplah " supaya Timbalan Menteri Kerjaraya dapat
mencari jalan yang baik bagaimana kita dapat mempercepatkan
pembinaan jalanraya-jalanraya di negeri Sarawak.
Keduanya, saya difahamkan bahawa banyak jalan raya besar di
Sarawak, yang sebetulnya Lebuhraya Pan-Borneo, ada dua atau Eiga
package, dengan izin, yang mungkin terjadi kelewatan di dalam
pembinaannya sekarang. Saya baru pulang dari Sarawak, dan saya
difahamkan bahawa pembinaan jalanraya dari Lundu/Sematan ke Serian/
Tebedu, sekarang ini tidak mempunyai wang yang cukup, .walaupun
tender ttu sudah lama dijalankan. Dan saya difahamkan bahawa
mereka juga telah menyuarakan perkara ini di dalam menjalankan
projek ini, tetapi sampai sekarang mereka masih menungga dan ini
telah menimbulkan s.itu masalah kepada kontraktor-kontraktor, oleh
kerana sekiranya projek yang diberi kepada kontraktor-kontraktor,
yang berharga RMl juta kita itu memerlukan, misalnya machinery-
machinery.
DR.15 .12 .92 - 181 -
Kita perlu menyediakan dari segi kewangan dan apabila kita sudah
menyediakan perkara seperti ini, kelewatan meluluskan tender itu
juga menjadi satu masalah dan saya berharap Timbalan Menteri Kerja
Raya dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah separti ini dan
aaya ingin tahu dengan cara terperinci oleh kerana saya boleh
dikacakan diarah untuk bertanya dan dalam Dewan yang mulia ini
adalah cara yang baik.
Bagaimanakah kedudukan kontrak ataupun pembinaan
Serian-Tembedu dan jalanraya (highway) Lundu-Sematan? Sehubungan
dengan ini, saya ingin merujuk kepada Butiran 04300 - Jalan-jalan
Pembangunan di Sarawak yang diperuntukkan untuk masa hadapan hanya
RM39,180,000. Saya ingin tahu secara terperinci sekiranya Timbalan
Menteri Kerja Raya ada butir-butir yang berkenaan, sama ada tahu
peruntukan ini dikhaskan untuk mana-mana jalan raya dan sekiranya
tidak ada butir yang terperinci sekarang, saya ingin cahu supaya ia
dapat diberi kepada saya secara bertulis.
Inilah sedikit-sebanyak perkara penting yang saya bangkitkan
tadi. dan saya ingin tegaskan sekali lagi, Tuan Pengerusi, dan saya
berharap Kementerian Kerja Raya betul-betul mencari satu jalan
bagaimana dapat mempercepatkan pembinaan jalan raya di negeri
Sarawak.
Baru-baru ini, kita baca laporan dalam suratkhabar, di mana
Menteri Tenaga, TeLekom dan Pos banyak berkata, "Oh, negeri Sarawak,
dengan izin, ada banyak potentlal for hydropower; kita boleh jual
DR.15. 12.92 - 182 -
ke Indonesia, kita boleh jual ke negara Brunei Darussalam dan ke
negara-negara sekitar negeri Sarawak". Saya rasa sendiri, apabila
saya baca suratkhabar itu, ini seolah-olah memang baik, memang
betul, tetapi kalau kita kaji dengan secara mendalam, saya percaya
sekiranya pembinaan jalan raya ini tidak dipercepatkan, misalnya,
projek hidro di Bakun akan terjejas. Tuan Pengerusi, kalau kita
hendak pergi ke Bakun, kalau tidak melalui helikopter, susah pergt
ke sana. Kalau ikut betul-betul jalan pergi ke Bakun, mungkin kita
hendak gunakan, orang Sarawak kata "perahu panjang". Kadang-kadang
kita kena tarik perahu panjang itu, dan mungkin dalam 4, 5 hari
baru sampai Bakun. Dengan izin, where is the potential? Susah
sekali. Saya berharap kedua-dua Menteri yang duduk di dalam
Kementerian Kerja Raya akan betul-betul cari cara yang lain.
Misalnya, Sarawak Economic Developraent Corporation (SEDC) di
Sarawak ada sebuah anak syarikat iaitu PPES. Apa salahnya kita
bincang sama PPES dari Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kerajaan
Persekutuan dan sekiranya SEDC ada cukup wang, mereka boleh bantu
sedikit secara gerentikah ataupun dengan bayaran tiap-tiap tahun.
Oleh kerana kita ingin bersaraa-sama untuk memajukan negeri
Sarawak,bukan hanya untuk orang-orang di Sarawak tetapi untuk kita
di Malaysia, saya berharap Timbalan Menceri Kerja Raya dapat
menitikberatkan hal-hal khas yang saya tegaskan tadi dan. mencari
jalan bagaimana kita dapat mempercepatkan pembinaan jalan-jalan raya
di negeri Sarawak. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.
DR. 15.12.92 - 183 -
Tuan pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Timbalan
Menteri diminta jawab.
8.24 mlm.
Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Peter Tinggom anak
Kamarau]: Tuan Pengerusi, pertamanya saya suka mengucapkan terlma
kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh dan
memberi cadangan dan mengenalpasti masalah-masalah berkaLtan dengan
bidang tugas Kementerian Kerja Raya, iaitu Yang Berhormat dari
Bagan, Yang Berhormat dari Parit Sulong, Yang Berhormat dari Sungai
Petani, Yang Berhormat dari Jerai, Yang Berhormat dari Nilam Puri,
Yang Berhormat dart Batang Lupar, Yang Berhormat dari Padang Terap,
Yang Berhormat dari Maran, Yang Berhormat dari Bagan Serai, Yang
Berhormat dari Kuala Langat, Yang Berhormat dari Arau dan, yang
akhir sekali, Yang Berhormat dari Bukit Mas.
Tuan Pengerusi, perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat-Yang
Berhormat sekalian ialah bukan semata-mata berkenaan dengan jalan
raya tetapi ada juga menyentuh berkenaan dengan bekalan air. Jadi,
di sini sebelum saya memberi penjelasan ataupun mana-mana yang saya
ada di depan saya ini, suka saya memberi penjelasan berkenaan dengan
bekalan air.
Bekalan air mengikut bidang tugas adalah di bawah bidang tugas
Kerajaan Negeri. Sungguhpun di bawah bidang tugas Kerajaan Negeri,
Kerajaan Pusat ada memberi bantuan dari segi pinjaman. Selain dari
itu, Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya Persekutuan
DR.15.12.92 - 184 -
pun memberi bantuan dari segi teknikal serta bantuan-bantuan yang
lain supaya Kerajaan Negeri dapat menjalankan tugas mengikut
kehendak-kehendak negeri-negeri masing-masing.
jadi , yang kedua, apabila saya mendengar bekalan air yang
disentuh oleh dua, tiga orang Yang Berhormat tadi , saya rasa bekalan
air ini sungguhpun dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri,
misalnya di Sarawak, di Sabah ataupun di Semenanjung, tetapi
peruntukan bekalan air di luar bandar adalah di bawah tugas
Kementerian Perabangunan Luar Bandar. Jadi, oleh kerana itu,
Kementerian Kerja Raya memang seboleh-bolehnya akan membantu dan
menolong apa yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri ataupun bagi
pihak orang di luar bandar, kalau peruntukan datangnya dari
Kementerian Perabangunan Luar Bandar. Jadi, itu berkenaan dengan
bekalan air.
Berkenaan dengan segaLa peruntukan dan pelaksanaan yang telah
diberi oleh Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya dan Jabatan
Kerja Raya, memang telah dijalankan dari setahun ke setahun, dan
apa yang telah kita ketahui, Yang Berhormat pun telah ketahui.
DR.15.12.92 -185-
Tiap-tiap tahun ataupun tiap-tiap di Pancangan Malaysia yang
kita ada, pada masa ini. kita sedang dalam Rancangan Malaysia Keenam,
permintaan dari Kerajaan Negeri mernang tidak semua dapat diluluskan
oleh Kerajaan Pusat kerana permintaan ini memang banyak. Jadi oleh
kerana itu, tiap-tiap tahun Kerajaan akan meluluskan satu
peruntukan. Nengikut yang sedia ada yang telah kita bincangkan
sekarang, inilah yang telah diatur oleh Kerajaan Pusat untuk
membantu, bukannya satu tempat ataupun satu negeri - seluruh
negara. Jadi, oleh kerana peruntukan wang yang terhad, sunggubpun
kita mahu lebih lagi, perkara ini memang kebiasaannya kita selalu
dengar. Mengikut yang kita dengar tadi, walaupun lebuhraya, kalau
sudah satu tahun, dua tahun, ada juga lebuhraya itu "pandai"
berubah. Apa lagi kalau kita memikirkan jalan persekutuan yang
lain, ataupun jalan negeri yang lain.
Jadi, oleh kerana itu memang banyak masalah yang timbul. Jadi,
oleh kerana masalah yang timbul ini, jadi banyak perkara
ditimbulkan, yang disentuh oleh Yang Berhormat sekalian. Dengan
itu, saya cuba memberi segala penjelasan yang ada pada saya, saya
mulai dari yang pertama, iaitu Yang Berhormat dari Bagan.
Bagi pihak LLM, berkenaan dengan jambatan Pulau Pinang, telah
menawarkan kontrak kepada syarikat swasta untuk menyelenggarakan
jambatan Pulau Pinang untuk tempoh dua tahun. Pihak LLM sememangnya
mengambil berat tentang kebersihan di atas jambatan tersebut.
Pengawasan dan penyeliaan yang rapi sentiasa diadakan di atas
jambatan. Sekiranya terdapat sebarang kekotoran, tindakan serta-
DP.15.12.92 -186-
merta diambi1 untuk membersihkannya, Jadi, pembayaran kepada pihak
kontraktor dibuat berdasarkan kepada kerja-kerja yang mereka laku-
kan. Ini berkenaan dengan pembersihan jambatan Pulau Pinang.
Berkenaan dengan tol jambatan Pulau Pinang yang sedang dijalan-
kan sekarang dikenakan bayaran RM7.00 untuk kereta, tetapi lebuhraya
cuma kita bayar 5 sen satu kilometer. Kadar tol ini dianggap ber-
patutan kerana jika kadar tol dikurangkan dan untuk motorsikal pula
tidak dikenakan tol, ianya akan memberikan kesan negatif terhadap
perkhidmatan feri Pulau Pinang. Jadi, di sini kita telah mengetahui
iaitau kos pembinaan jambatan Pulau Pinang memang besar. Jadi, tol
yang dikenakan itu telah ditetapkan, jadi itulah keadaannya.
Jadi, berkenaan dengan tol di lebuhraya, Kerajaan telah
menandatangani perjanjian dengan UEM untuk membina Lebuhraya Utara-
Selatan di mana syarikat swasta perlu memperolehi sumber kewangan
sendiri dan pinjaman institusi kewangan untuk membina lebuhraya
tersebut. Oleh yang demikian, syarat-syarat perjanjian perlulah
dipatuhi memandangkan kos pekerjaan pembinaan lebuhraya itu adalah
tinggi.
DR.15.12.92 -187-
Berkenaan dengan kerja-kerja membaiki jalan di Seberang
Perai menyebabkan kesulitan kepada lalua-lintas dan projek berkenaan
tidakmengikut jadual, saya telah ditahamkan pihak JKR senantiasa
mengarahkan pihak kontraktor supaya meminimumkan, ertinya mengurang-
kan kesulitan lalu-lintas kepada pengguna jalan berkenaan. Walau
bagaimanapun, memang sukar untuk mengatasi masalah sepenuhnya.
Untuk menjalankan kerja di waktu malam sahaja, ini akanmembebankan
kepada kontraktor kerana upahnya tentulah tinggi.
Mengenai kelewatan projek, JKP akan cuba sedaya upaya supaya
kontraktor berkenaan meningkatkan prestasi. Kemajuannya sekarang
lebih kurang 28%, tetapi jadual 42%. Jadi, ini betul memang ada
terlewat.
Jadi, perkara pemberian kontrak kepada kontraktor-kontraktor
yang kurang berkeupayaan terutamanya di Pulau Pinang, saya telah
difahamkan bahawa Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya telahpun
melaksanakan sistem penilaian tender baru bagi projek-projek yang
bernilai RM5 juta ke atas.
DR.15.12.92 -188-
Di ,bawah sistem penilaian baru ini perkara-perkara yang dititik-
beratkan ialah keupayaan teknikal dan keupayaan kewangan
kontraktor. Bagi penender yang tidak mencapai markah minimum yang
diperlukan tiada akan dipertimbangkan. Adalah diharapkan dengan
pelaksanaan sistem baru ini dapat membantu mengurangkan bilangan
projek sakit ataupun terbengkalai.
Bagi projek yang disebut "Butterworth Outer-Ring Road",
peruntukan Rancangan Malaysia Keenam RH41.7 juta, mengikut yang saya
telah difahamkan juru perunding telah dilantik untuk menjalankan
penyiasatan kerja-kerja ukur dan rekabentuk kedua-dua projek ini.
Peruntukan yang diluluskan hanya mencukupi untuk tujuan rekabentuk
sahaja dan ianya dijangka siap pada pertengahan tahun 1995.
Kerja-kerja binaan mungkin akan bermula pada masa Rancangan Malaysia
Ketujuh jika peruntukan diluluskan oleh Kerajaan.
Jadi, saya beralih kepada perkara yang disentuh oleh Yang
Berhormat dari Parit Sulong. Tuan Pengerusi, yang pertama...
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa sudah
suntuk.
Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Oh!
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat diminta
sambung esok.
Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Baik. Terima kasih.
Majlis Mesyuarat bersidang semula,
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang
esok.
Dewan ditangguhkan pada pukul 8.45 malam.
Recommended