View
327
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
LAPORAN PENYELIDIKAN
KAJIAN ISU DAN CABARAN HUBUNGAN ANTARA PENGANUT AGAMA DI
MALAYSIA
KETUA PENYELIDIK
Prof. Datin. Dr. Azizan Baharuddin
Prof. Dr. Zaid Ahmad
PENYELIDIK
Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib
Prof. Dr. Jayum Anak Jawan
Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Darshan Singh
Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh
Dr. Hj. Ahmad Nasir Bin Mohd Yusoff
Dr. Adlina Abd. Halim
Dr. Arfah Ab. Majid
Dr. Daud Awang
Dr. Mohd Sani Badron
Dr. Mohd Zaidi Ismail
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Dr. Wan Azhar Wan Ahmad
Pn. Enizahura Abdul Aziz
Dr. Abd Hakim Mohad
Dr. Fatahyah Yahya
Pn. Nur Ayuni Mohd Isa
En. Soffizzan Abdul Rahman
En. Ahmad Adib Akhyar Aminarrashid
KERJASAMA
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
SOKONGAN DARI
Majlis Kebangsaan Islam (MKI)
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Antara Penganut Agama
(JKMPKA)
2013/2014
PENGHARGAAN
Kajian ini merupakan hasil kerjasama bestari pelbagai pihak. Idea bagi kajian ini telah
dicetuskan oleh Jawatankuasa Kerja 1 (Isu dan Cabaran Antara Penganut Agama) dalam
Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama
(JKMPKA). Ia bermula dengan dana yang diperolehi dari Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN) bagi membiayai fasa awal penyelidikan ini pada tahun 2012 dan
diteruskan dengan suntikan dana kajian dari Majlis Kebangsaan Islam (MKI) melalui Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak Ogos 2013. Komitmen dan kepercayaan yang
diberikan oleh MKI, IKIM, JPNIN dan JKMPKA bagi menjayakan penyelidikan ini amat
bermakna bagi semua penyelidik. Sekalung penghargaan dan juga jutaan terima kasih kepada
pusat pengurusan penyelidikan (RMC) Universiti Putra Malaysia (UPM) di atas kerjasama dan
sokongan berterusan sepanjang projek penyelidikan ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga
kepada semua responden budiman yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan kajian
ini. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga hasil
kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak bagi menjamin kesejahteraan,
keharmonian dan kestabilan negara terutama dalam mencapai status negara maju pada tahun
2020 nanti.
i
ii
SENARAI KANDUNGAN
BAB
1
2
3
4
5
PERKARA
PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Kepentingan Kajian
1.4 Objektif Kajian
TINJAUAN LITERATUR
2.1 toleransi sosio agama dan etnik
2.2 Konsep Hubungan Antara Penganut Agama
REKA BENTUK PENYELIDIKAN
3.1 Skop Penyelidikan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Kaedah dan saiz persampelan
3.4 Populasi dan sampel kajian
3.5 Lokasi Penyelidikan
3.6 Instrumen Kajian
3.7 Penganalisaan Data
DAPATAN KAJIAN
4.1 Profil Demografi
HASIL PENYELIDIKAN
5.1 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap
Halaman
i
ii
iv
iv
1
2
4
5
6
6
8
9
9
10
10
10
10
12
13
37
iii
Agama Secara Keseluruhan
5.2 Taburan Persepsi Terhadap Agama Secara
Kesuluruhan
5.3 Tahap Prejudis Responden Terhadap Agama
Secara Keseluruhan
5.4 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama
Secara Keseluruhan
69
85
99
6 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
6.1 Rumusan Penemuan Kajian
6.2 Implikasi
6.3 Cadangan
108
110
111
RUJUKAN
LAMPIRAN
BIODATA PENYELIDIK
112
118
130
iv
SENARAI JADUAL
Jadual Perkara Halaman
1 Taburan Umur 13 2 Taburan Jantina 15 3 Taburan Tahap Pendidikan 16 4 Taburan Pendapatan Bulanan 18
5 Taburan Sektor Pekerjaan 19
6 Taburan Agama 21
7 Taburan Etnik 21
8 Taburan Status Perkahwinan 22
9 Taburan Kawasan Penempatan 23
10 Taburan Latar Belakang Sekolah Rendah 24
11 Taburan Latar Belakang Sekolah Menengah 26
12 Taburan Rumah Ibadat 27
13 Taburan Agama Majoriti 29
14 Taburan Penganut Agama Lain 30
15 Taburan Responden Yang Mempunyai Rakan Dari Agama
Lain Di Kawasan Penempatan 32
16 Taburan Responden Yang Mempunyai Rakan Dari Agama
Lain Di Kawasan Penempatan (Mengikut kategori Agama) 33
17 Taburan Responden Yang mempunyai Jiran Dari Agama
Lain Di Kawasan Penempatan 34
18 Taburan Responden Yang Mempunyai Jiran Dari Agama
Lain Di Kawasan Penempatan (Mengikut Kategori Agama) 35
19 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Secara Keseluruhan 37
20 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Agama 39
21 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Umur 41
22 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Jantina 43
23 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Mengenai Agama
Mengikut Kategori Tahap Pendidikan 44
24 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Pendapatan Bulanan 48
25 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Sektor Pekerjaan 51
26 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Kumpulan Etnik/Kaum 54
27 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Status Perkahwinan 56
v
28 Jadual Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap
Agama Mengikut Kategori Kawasan Penempatan 57
29 Taburan Tahap Pengetahuan Terhadap Agama Mengikut
Kategori Sekolah Rendah 59
30 Taburan Tahap Pengetahuan Terhadap Agama Mengikut
Kategori Sekolah Menengah 61
31 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Agama Majoriti (Lokaliti) 63
32 Taburan Tahap Pengetahuan Tentang Agama Lain Bagi
Responden Yang Mempunyai Rakan Beragama Lain 65
33 Taburan Tahap Pengetahuan Tentang Agama Bagi
Responden Yang Mempunyai Jiran Beragama Lain 66
34 Taburan Persepsi Terhadap Agama Secara Keseluruhan 67
35 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Agama 68
36 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Umur 69
37 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Jantina 71
38 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Pendidikan 72
39 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Pendapatan Bulanan 75
40 Taburan Persepsi Responden Mengikut Sektor Pekerjaan 77
41 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Agama 78
42 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Status Perkahwinan 79
43 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Kawasan Penempatan 79
44 Taburan Persepsi Tentang Agama Mengikut Kategori
Sekolah Rendah 80
45 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Sekolah Menengah 81
46 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori
Agama Majoriti 82
47 Taburan Persepsi Terhadap Agama Berdasarkan
Mempunyai Rakan Dari Kumpulan Agama Lain 83
48 Taburan Persepsi Terhadap Agama Berdasarkan
Mempunyai Jiran Dari Kumpulan Agama Lain 83
49 Taburan Tahap Prejudis Responden Secara Keseluruhan 84
50 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama Lain
Mengikut Kategori Agama 84
51 Taburan Tahap Prejudis Responden Terhadap Agama
Mengikut Kategori Umur 85
52 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama
Mengikut Jantina 86
53 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama
Mengikut Tahap Pendidikan 87
54 Taburan Tahap Prejudis Responden Terhadap Agama 88
vi
Mengikut Pendapatan Bulanan
55 Taburan Tahap Prejudis Responden Terhadap Agama
Mengikut Sektor Pekerjaan 89
56 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama
Mengikut Etnik 90
57 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama
Mengikut Status Perkahwinan 92
58 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama
Mengikut Kategori Kawasan Penempatan 93
59 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama
Mengikut Jenis Sekolah Rendah 94
60 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama
Mengikut Jenis Sekolah Menengah 95
70 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama
Mengikut Agama Majoriti Di Kawasan Penempatan 96
71 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama Yang
Mempunyai Rakan Berlainan Agama 97
72 Taburan Tahap Prejudis Tentang Agama Bagi Responden
Yang Mempunyai Jiran Berlainan Agama 97
73 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Secara Keseluruhan 98
74 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden
Beragama Islam 100
75 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden
Beragama Buddha 101
76 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden
Beragama Kristian 102
77 Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden Beragama
Sikh 103
78 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden
Beragama Hindu 104
79 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden
Beragama Tao 105
80 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden
Yang Menganut Kepercayaan Tradisional 106
vii
SENARAI SINGKATAN
IKIM Institusi Kefahaman Islam Malaysia
IPT Institusi Pengajian Tinggi
IFC International Finance Corporation
JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian
Antara Penganut Agama
JPNIN Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
KDN Kementerian Dalam Negeri
MCCBCHST Malaysian Consultative Council of Christianity, Buddhisme,
Hinduisme, Sikhisme and Taoism
MGC Persatuan Gurdwara Malaysia
MKI Majlis Kebangsaan Islam
NGO Non-Governmental Organisation
PERKASA Pertubuhan Pribumi Perkasa
UPM Universiti Putra Malaysia
RMC Research Management Center
S.A.W Sallallahu Alaihi Wasallam
SPSS Statistical Package For The Social Sciences
SUK Setiausaha Kerajaan
viii
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang agama dan budaya yang hidup
secara aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing. Kemajmukan ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa. Walau
bagaimanapun kemajmukan tersebut turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam
misi menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju pada 2020. Situasi
semasa yang berkaitan dengan aspek agama dan hubungan antara agama khususnya antara Islam
dan bukan Islam merupakan fenomena dalam perhubungan antara penganut agama sekarang.
Beberapa permasalahan kajian telah dikenal pasti.
Secara amnya kajian ini dijalankan untuk mendalami dan menghurai isu serta cabaran hubungan
antara penganut agama yang dikatakan semakin rumit dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Penilaian telah dibuat menggunakan empat pembolehubah, iaitu pengetahuan, persepsi, prejudis
dan tahap kesedaran tentang isu agama berasaskan empat objektif utama, iaitu 1) Mengenalpasti
tahap pengetahuan umum responden terhadap asas-asas agama; 2) Mengenalpasti persepsi
2
responden terhadap agama; 3) Mengenalpasti tahap prejudis responden terhadap agama; dan 4)
Mengenalpasti tahap kepentingan isu agama kepada responden.
1.2 Pernyataan Masalah
Terdapat beberapa kes yang melibatkan hubungan antara penganut agama yang terjejas dan
berkait rapat dengan isu sensitiviti agama terutama isu kalimah Allah. Menurut Mujahid Yusof
Rawa (2013) pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada 16 Februari 2009 apabila
Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan
kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden. Keadaan ini berlaku
apabila pihak gereja menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk "God" bagi
terjemahan Bible Bahasa Malaysia. Pihak gereja menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri
Dalam Negeri ketika itu, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 7 Januari 2009 berhubung
larangan penggunaan kalimah Allah dalam “The Herald” tidak sah. Menurut pihak gereja lagi,
kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada penganut agama Islam sahaja. Namun kerajaan
berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam. Pada
31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa
keputusan Menteri melarang penerbitan “The Herald” itu daripada menggunakan kalimah Allah
menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah. Kes ini berlarutan di mana pada Julai 2013,
Titular Roman Catholic Archbishop dari Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi
membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak
membenarkan penggunaan kalimah tersebut. Menurut beliau lagi, Mahkamah Rayuan menolak
dan menetapkan pendengaran penuh rayuan pada 10 September lalu. Keputusan 10 September
untuk rayuan penuh ditangguh kepada 13 Oktober 2013. Keputusan rayuan pada 14 Oktober
2013 yang lalu menetapkan bahawa “The Herald” tidak boleh menggunakan kalimah Allah
3
dalam penerbitannya. Sehubungan dengan isu ini berlaku ketegangan di antara umat Islam yang
tidak berpuas hati terhadap tuntutan penganut Kristian di Malaysia.
Selain daripada itu, menurut, Azian Aziz (2009) terdapat isu pembinaan Kuil Hindu di Seksyen
23 Shah Alam, Selangor yang telah menimbulkan kemarahan penduduk Melayu Islam di
kawasan berkenaan. Kes ini bermula apabila penduduk di Seksyen 23 membantah cadangan
pembinaan kuil di kawasan mereka yang majoritinya beragama Islam berbanding hanya 40
penganut Hindu. Menurut beliau lagi, ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk
membatalkan cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas
solat Jumaat bagi menyuarakan bantahan tersebut. Keadaan bertukar menjadi kecoh dan
kontroversi apabila ada kalangan individu yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala
lembu semasa berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Tindakan ini
menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu akibat penghinaan yang melampau. Kesannya
telah mengakibatkan hubungan penganut Islam dan India menjadi tegang. Menurut Syed Mu’az
Syed Putra (2010) keputusan telah dibuat bahawa kuil tersebut akan dipindahkan ke Seksyen 23
dimana pembinaannya bukan di kawasan perumahan tetapi akan dibina di kawasan perindustrian
di Seksyen 23. Perkara ini telah dinyatakan oleh Y.B Puan Rodziah Ismail selaku Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Negeri
Selangor. Beliau menegaskan keputusan telah dibuat selepas mengambil kira pandangan semua
pihak termasuk pengurusan Kuil Sri Maha Mariaman. Pihak pengurusan kuil telah bersetuju
dengan keputusan tersebut dan berharap semua pihak termasuk penduduk di Seksyen 23 dapat
menerima keputusan ini.
Rentetan daripada beberapa kes dan insiden di atas telah memperlihatkan hubungan antara
agama yang kurang harmoni di Malaysia.
4
1.3 Kepentingan Kajian
Pemaparan isu sensitiviti agama oleh media sebenarnya membimbangkan pelbagai pihak
terutama rakyat dan kerajaan. Persepsi masyarakat dibentuk melalui pengaruh media. Perkara ini
turut ditegaskan oleh Zulkifli Hassan (2012) bahawa media amat berpengaruh dalam membentuk
persepsi masyarakat. Menurutnya penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem
“Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah
SAW serta menunjukkan salah faham terhadap agama Islam itu sendiri. Perkara ini terjadi
berikutan dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seperti peristiwa 11
September 2001 di bandar New York sebagai pencetus utama kepada fenomena Islamofobia.
Peristiwa berkenaan telah mengorbankan kira-kira 2,996 nyawa. Seterusnya, peristiwa
pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan kematian 191 orang. Malah pengeboman
di London pada 7 Julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim telah
memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia. Insiden sebegini menyebabkan umat
Islam dikaitkan dengan keganasan (terrorisme).
Walau bagaimanapun persepsi sebenar penganut agama terhadap penganut agama lain tidak
dapat dipastikan. Keadaan ini disebabkan oleh tiada data yang dapat menunjukkan secara tepat
tentang had antara agama terutama dalam konteks persepsi dan prejudis. Rentetan daripada itu,
menyebabkan masyarakat semakin sensitif terhadap isu agama seperti isu kalimah Allah,
pertukaran agama dan lain-lain. Oleh itu, penyediaan bukti saintifik yang empirikal amat
diperlukan.
Sehubungan itu, dapatan kajian ini dijangka boleh mengemukakan bukti terhadap status semasa
persepsi dan tahap prejudis masyarakat mengenai hubungan antara agama di Malaysia. Dengan
5
penentuan tersebut ia dapat membantu pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan- Jabatan Agama Negeri (JAIN), Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor
Negara (MPN), Malaysian Consultative Council of Christianity, Buddhism, Hinduism, Sikhism
and Taoism” (MCCBCHST), Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) dan lain-lain dalam merencana
program dan aktiviti untuk mengukuhkan hubungan antara penganut agama di Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan responden terhadap agama.
2. Mengenalpasti persepsi responden terhadap hubungan antara agama.
3. Mengenalpasti tahap prejudis responden terhadap hubungan antara agama.
4. Mengenalpasti tahap kepentingan isu agama kepada responden.
6
2.0 TINJAUAN LITERATUR
Ulasan literatur merupakan bahagian yang menerangkan ulasan-ulasan yang berkaitan dengan
kajian dibuat berdasarkan bahan rujukan seperti jurnal, tesis, buku, keratan akhbar, majalah,
bahan media massa dan bahan bercetak. Sorotan literatur ini digunakan bagi lebih memahami
kajian yang dijalankan dengan menerangkan tentang dapatan dan ulasan yang diperolehi
daripada kajian-kajian lepas.
2.1 Toleransi Sosio Agama dan Etnik
Toleransi dapat definisikan sebagai secara sukarela iaitu tidak mengambil tindakan terhadap
sesuatu yang tidak dibenarkan, di mana ia membawa maksud kebebasan terhad dan kebebasan
bersyarat (Adeney, 1926). Toleransi ditunjukkan dengan melibatkan sikap, pandangan,
tingkahlaku dan kepercayaan (Ferrar, 1976). Selain itu, sebagai satu polisi atau sikap terhadap
sesuatu yang tidak di terima, tetapi tidak pula ditolak secara aktif (Laursen, 2005). Dimensi
sosial adalah salah satu dari pelbagai dimensi yang perlu di kaji untuk memahami agama.
Menurut A.T Talib, (2012) tolenrasi agama ialah sikap atau kesediaan untuk membenarkan dan
menerima agama lain untuk diamalkan dalam mana-mana komuniti tanpa ada sebarang unsur
prejudis, bertujuan untuk mencapai keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Tambah
beliau lagi, tolenrasi agama bukanlah membawa maksud melihat agama lain juga benar, tetapi
7
ianya adalah memberikan hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-
masing.
Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah dengan bersandarkan kepada
Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana “tiap-tiap orang adalah berhak
untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4),16 mengembangkan
agamanya”. Daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut
agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-masing dengan
tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran
mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam. Menurut Khadijah Mohd Khambali & Mohd
Herzali, (2008) Islam sekadar mengiktiraf kewujudan agama-agama lain di dunia ini sebagai
suatu sunnatullah dan bukan mengakui kebenaran doktrin dan falsafah ajaran yang terkandung
di dalam agama lain.
Islam adalah agama yang dominan di Malaysia dan telah mewarnai kehidupan masyarakat
Melayu selepas pertapaan agama Hindu di Tanah Melayu (Ahmad Bashir Aziz, 2004). Oleh
yang demikian, masyarakat Malaysia dan agama Islam telah dilihat sebagai sinonim dan
kebanyakan persoalan mengenai adat istiadat, politik dan pemerintahan masyarakat Melayu telah
dipengaruhi oleh Islam. Jika diperhalusi, nilai yang terkandung dalam Islam adalah bersifat
universal dan dapat diterima oleh semua peringkat manusia dan mampu beroperasi dalam
konteks kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia (Auni Abdullah, 1991).
Namun begitu, penganut Islam perlu berusaha untuk memahami realiti kehidupan beragama
masyarakat bukan Melayu di Malaysia . Keadaan ini, selaras dengan ajaran agama Islam untuk
8
mengelakkan sikap salah faham masyarakat bukan Islam terhadap penganut Islam, Muhammad
Abu Bakar (1987). Selain itu, Batumalai (1989), menyatakan bahawa penganut agama Kristian
perlu mengamalkan sikap proaktif dan terbuka untuk memahami sosio-budaya dan agama
masyarakat bukan Kristian khususnya masyarakat Melayu dalam usaha mendekati mereka.
Dari segi toleransi etnik pula, Rabushka (1973) menyatakan segelintir etnik Melayu sahaja yang
menyatakan kesanggupan mereka untuk makan bersama dengan etnik Cina. Menurut beliau lagi
masyarakat Cina di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur tidak mempunyai masalah dan lebih
bertoleransi dalam konteks kesanggupan mereka untuk makan, kerja mahupun tinggal bersama
dengan etnik Melayu. Selain itu dari aspek stereotaip pula, etnik Melayu melihat orang-orang
Cina sebagai cerdik, bercita-cita tinggi, aktif, sopan dan bersih manakala bagi etnik Cina pula
menggambarkan orang-orang Melayu sebagai bersih, kurang bercita-cita, aktif, sopan dan cerdik.
Keadaan ini menunjukkan bahawa ada sebahagian amalan yang dipraktik oleh sesetengah etnik
dapat diterima oleh etnik yang berbeza seperti kesanggupan untuk makan bersama dengan etnik
lain.
2.2 Konsep Hubungan Antara Penganut Agama
Momokkan segelintir pihak tertentu dengan propaganda seperti Islamofobia, ganas, ekstrim,
jumud dan sebagainya sedikit sebanyak telah mempengaruhi dan mengganggu gugat hubungan
baik antara pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Kenyataan ini menggambarkan bahawa
cabaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan sahaja hadir dalam bentuk serangan fizikal
semata-mata malah turut melibatkan serangan pemikiran (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011).
9
Islamofobia merujuk kepada situasi di mana persepsi negatif atau kebimbangan atau kebencian
kepada Islam itu dizahirkan dalam bentuk ekspresi intelaktual seperti penulisan karya ilmiah atau
perbuatan yang merangkumi keganasan, protes dan gerakan Islamofobia itu sendiri (Zulkifli
Hassan, 2012). Dalam konteks di Malaysia, beliau mendapati manifestasi Islamofobia dikesan
berlaku dalam pelbagai bentuk. Misalnya, terdapat pemimpin parti politik yang memberi
kenyataan secara terang-terangan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud, selain
kenyataan beberapa pemimpin politik bukan Muslim yang berbaur menghina undang-undang
Islam. Didapati juga kes-kes melibatkan penghinaan terhadap Islam menerusi ruang siber seperti
Facebook dan Twitter serta manifestasi Islamofobia yang dizahirkan dalam bentuk lain seperti
menafikan hak berpakaian Muslim dalam pertandingan renang di sebuah kompleks sukan di
Selangor.
Seterusnya ialah berkaitan pluralisme agama yang dikenalpasti sudah mencapai suatu tahap
‘ancaman’ (Yusri Mohamad, 2010). Hal ini berikutan penekanan pluralisme lebih kepada
“kesamaan” dan “kesetaraan” dalam segala hal termasuk beragama. Kajian Yusri Mohamad
(2010) mendapati gejala pluralisme agama dalam konteks di Malaysia boleh dilihat menerusi isu
murtad dan cinta rentas agama, cadangan penubuhan Interfaith Commission (IFC) (Suruhanjaya
Antara Agama) perkongsian perayaan dan acara keagamaan, penggunaan kalimah Allah oleh
orang bukan Islam, ucapan salam kepada orang bukan Islam, isu pengharaman yoga kepada
orang Islam dan penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis oleh bukan Islam dalam ucapan-
ucapan politik.
10
Seterusnya, terdapat segelintir aktivis agama bukan Islam yang turut mempersoalkan dan
mengapi-apikan isu pertukaran agama Islam dalam kalangan etnik bukan bumiputera di mana
mereka cuba untuk menimbulkan pelbagai konflik keagamaan dan perkauman (Mohamed Azam,
2000). Namun begitu, terdapat juga aktivis Islam yang turut mengapi-apikan isu agama yang
mengugat hubungan antara penganut agama. Perkara yang sama berlaku dalam kelompok Islam
dan bukan Islam. Menurut Azizul Osman (2013) isu saranan pembakaran Bible versi Bahasa
Melayu menggunakan kalimah Allah. Isu ini bermula daripada Presiden Pertubuhan
Pribumi Perkasa (PERKASA) iaitu Datuk Ibrahim Ali membuat kenyataan dalam satu
perhimpunan di Pulau Pinang menyeru kepada umat Islam di negeri itu agar membakar Bible
yang menggunakan nama Allah atau mana-mana perkataan Arab yang dikatakan khas untuk
umat Islam. Ekoran daripada kenyataan itu, siasatan dijalankan selepas khabar angin tentang satu
perhimpunan untuk bakar Bible tersebar. Bagaimanapun pada 21 Januari lalu, Perkasa
mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Presiden Perkasa itu telah disalah ertikan.
Terdapat juga konflik intra agama seperti kes Ahmadiah di mana mereka ditangkap ketika
melakukan solat jumaat berjemaah di sebuah hotel bajet. Mereka merasa tertindas kerana pihak
kerajaan tidak mengiktiraf ajaran dan mengangap bahawa mereka adalah ajaran sesat
(myMetro,12 April 2014). Mereka turut mempertikaikan tindakan tersebut dengan hujah bahawa
ajaran berkenaan telah bertapak di Malaysia sejak puluhan tahun lalu. Selain itu, turut disertakan
dalam memorandum bertajuk ‘Penindasan Terhadap Orang Islam Ahmadi di Malaysia’ ialah
surat kepada wakil media serta agensi berkuasa agama di beberapa negeri memohon keadilan
kepada ajaran berkenaan dalam setiap liputan di negara ini. Mereka turut menghantar
memorandum setebal 48 muka surat kepada kerajaan Selangor pada 2012 yang sebelum itu telah
11
dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010 bagi menuntut keadilan.
Walaubagaimanapun, JAKIM telah menyenaraihitamkan kumpulan ini dibawah senarai
kumpulan yang diharamkan (rujukan di bahagian lampiran A pada muka surat 67).
Kesimpulannya, walaupun toleransi sosio antara agama pada keadaan yang baik, namun dengan
terdapatnya pelbagai isu yang berlaku sejak kebelakangan ini, dikhuatiri ianya mampu
mengeruhkan hubungan antara pelbagai penganut agama di Malaysia. Maka dengan itu, kajian
perlu dilakukan untuk mengetahui isu dan hubugan antara penganut agama.
12
3.0 REKA BENTUK PENYELIDIKAN
Bahagian ini menerangkan reka bentuk kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini.
3.1 Skop kajian
Secara umum, kajian ini dijalankan di seluruh Malaysia dengan tumpuan kepada kawasan bandar
di setiap negeri. Persampelan ini dibuat dengan mengambil kira demografi kawasan tersebut
yang mempamerkan kepelbagaian agama selain isu hubungan antara agama yang lebih menonjol
dipengaruhi senario politik yang lebih agresif.
Mengenalpasti pengetahuan, persepsi, prejudis dan kesedaran semasa terhadap isu-isu sensitif
yang melibatkan hubungan antara agama dalam kalangan masyarakat Malaysia yang beragama
Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.
3.2 Rekabentuk kajian
Kajian ini dijalankan menggunakan dua kaedah utama, iaitu survei dan pemerhatian. Bagi
kaedah survei, set soal selidik (instrumen) berkaitan isu-isu hubungan antara agama telah dibina
berdasarkan tinjauan literatur dan menerusi beberapa siri bengkel. Secara ringkasnya, metodologi
kajian adalah berdasarkan kepada perkara berikut:
13
3.3 Populasi dan sampel kajian
Dalam kajian ini, sampel dipilih terdiri daripada individu yang berumur antara 15 hingga 60
tahun. Kajian ini berjaya mendapatkan 1,500 responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat
umur.
3.4 Kaedah dan saiz persampelan
Teknik persampelan
Bagi mendapatkan sampel, teknik persampelan rawak mudah berstrata digunakan di mana
berasaskan kepada bancian kependudukan Malaysia (2010) dibahagi mengikut nisbah setiap
agama yang dominan dan negeri, iaitu Islam (40%), Kristian (30%), Buddha (20%) dan Hindu
(10%).
Saiz sampel
Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah 1,500 orang di mana ia mencukupi bagi mewakili
saiz sampel penduduk Malaysia.
3.5 Lokasi kajian
Kajian ini meliputi bandar-bandar utama di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Di Sabah
kawasan tumpuan merangkumi bandaraya Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Manakala di
Sarawak pula fokus kajian adalah di sekitar bandaraya Kuching, Sibu dan Bintulu.
3.6 Instrumen dan pengumpulan data kajian
Pengumpulan data bagi kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang telah di rangka
berdasarkan kepada objektif kajian dan pembolehubah yang ingin diukur, antaranya:
Bahagian A Maklumat demografi responden yang merangkumi meliputi agama, negeri, kaum,
jantina, umur, latar belakang sekolah rendah dan menengah, tahap pendidikan
tertinggi, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan, status perkahwinan dan kawasan
penempatan responden.
14
Bahagian B Beberapa soalan yang berkaitan dengan pengetahuan mengenai agama Islam,
Kristian, Buddha dan Hindu, iaitu empat agama yang dianuti oleh majoriti
penduduk Malaysia. Soalan ini adalah soalan asas mengenai pengetahuan mengenai
perayaan, makanan, amalan dan sebagainya.
Bahagian C Soalan di bahagian ini merangkumi soalan mengenai persepsi individu mengenai
agama. Soalan juga berbentuk asas mengenai persepsi asas agama-agama utama di
Semenanjung Malaysia. Skala pengukuran untuk instrumen ini adalah 1 = sangat
tidak setuju hingga 5 = sangat setuju.
Bagaian D Soalan di bahagian ini juga merangkumi soalan yang bersifat prejudis kepada
agama. Terdapat soalan negatif dan positif dinyatakan untuk responden menjawab
dimana setiap soalan menguji tahap prejudis individu terhadap aktiviti yang
dilakukan oleh setiap agama. Skala pengukuran untuk instrumen ini adalah 1 =
sangat tidak setuju hingga 5 = sangat setuju.
Bahagian E Merangkumi sebelas isu agama semasa yang diketengahkan untuk melihat sejauh
manakah sesuatu isu itu penting bagi responden. Sebelas isu ini dikenalpasti
berasaskan respons awam kepada IKIM. Hasilnya kajian akan melihat kepada dua
darjah kepentingan iaitu 1 = tidak penting dan 2 = penting bagi mereka. Antara
sebelas isu yang diketengahkan adalah :
1. Isu penghinaan terhadap agama
2. Isu hak penjagaan anak
3. Isu tuntutan mayat
4. Isu Malaysia negara Islam/sekular
5. Isu tapak rumah ibadat
6. Isu hudud
7. Isu bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
8. Isu kalimah Allah
9. Isu Bible versi Bahasa Melayu
10. Isu pertukaran agama
11. Isu penyebaran agama lain
15
3.6 Analisis kajian
Analisis deksriptif digunakan dengan melihat kepada frekuensi (n) dan juga peratus (%) bagi
setiap pembolehubah dan juga melihat kepada nilai skor dan min bagi empat pembolehubah yang
utama dalam kajian. Antara analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti di bawah:
Objektif 1
Mengenalpasti tahap pengetahuan
responden terhadap agama
Analisis deskriptif
- Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan
responden terhadap pengetahuan agama,
jumlah skor bagi pembolehubah
pengetahuan dikira.
Objektif 2
Mengenalpasti persepsi responden
terhadap hubungan antara agama
Analisis deskriptif
- Untuk mengenalpasti persepsi responden
terhadap hubungan antara agama, jumlah
skor bagi pembolehubah pengetahuan
dikira.
Objektif 3
Mengenalpasti tahap prejudis responden
terhadap hubungan antara agama
Analisis deskriptif
- Untuk mengenalpasti tahap prejudis
responden terhadap hubungan antara
agama, jumlah skor bagi pembolehubah
prejudis dikira.
Objektif 4
Mengenalpasti tahap kepentingan isu
agama kepada responden
Analisis deskriptif
- Untuk mengenalpasti tahap kepentingan
isu agama frekuensi bagi setiap isu dikira,
kemudian disusun mengikut turutan
frekuensi tinggi kepada frekuensi rendah.
Hasil kajian ini dipersembahkan dalam bentuk crostabulation bagi memberikan gambaran yang
lebih jelas.
Recommended