View
254
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
113
PERANAN SAMA‘ DALAM PERADABAN ISLAM
*Abd Raof Nurin & **Abdul Salam Muhamad Shukri
*Pondok Tampin,
Jalan Padang Ragut, Repah, 73000 Tampin,
Negeri Sembilan, Malaysia.
**Jabatan Usul al-Din dan Perbandingan Agama,
Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tel: 06-4418202 (HP: 019-3825486)*
Email:pondoktampin@gmail.com
Abstrak
Majlis sama‘ berupaya mendamaikan jiwa manusia dan membina insan ke
arah insan yang rabbani. Ia juga dapat mewujudkan kerinduan dan
kegembiraan dalam ketaatan kepada Allah (SWT). Makalah ini
menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan
hubung kait majlis sama‘ dalam membentuk ketamadunan dan peradaban
yang agung. Juga akan dibincangkan hakikat dan peranan ulama Sufi
dalam membentuk jiwa masyarakat melalui majlis zikir dan tarekat.
Contoh yang terbaik ialah Empayar Turki Uthmaniyyah menjadi kuat
bermula dari kekuatan rohani yang diterapkan kepada pemimpin
sehinggalah rakyat jelata. Majlis sama‘ diibaratkan seperti air mutlak yang
membina semula jati diri insan. Jika dihidupkan dan disuburkan amat besar
manfaatnya jika diketahui. Semoga dengan ini roh Islam kembali bersinar,
ajaran batil akan mudah terhapus dan terhindar. Majlis ini dapat
dimanfaatkan kepada semua umat Islam dekat dan jauh. Ilmu dan tarbiah
menjadi manhaj para ulama’ yang sufi. Kerana tarbiah amat penting di
samping adab dan ilmu di kalangan pencinta Tuhan.
Kata Kunci: Majlis Sama‘, Peradaban, Islam, Tarekat, Empayar Turki
Uthmaniyyah
THE ROLE OF SAMA‘ IN ISLAMIC CIVILIZATION
Abstract
The sama‘ ceremony is able to bring peace to the human soul and build
man towards being a lordly man. It is also able to bring about fondness
and happiness in obedience towards Allah SWT. This paper explains the
role of sama‘ in Islamic civilization. What is related to sama‘ in shaping a
great civilization will be discussed here. Also will be discussed is reality
and the role of Sufi ulamas in shaping the community through dhikr
ceremonies and tarekat. A good example is the Ottoman Empire becoming
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
114
strong starting through spiritual strength that is instilled into its leaders
up to its people. Sama‘ is like the absolute water that builds the character
of a person. If it is cultivated, the benefits are innumerable. Hopefully, with
this the spirit of Islam will shine and falsehood will be easily vanquished
and avoided. Sama‘ can be beneficial to all Muslims far and wide.
Knowledge and systematic development becomes the belief of Sufi
scholars. This is because systematic development is important along with
adab and knowledge amongst the lovers of God.
Keywords: Sama‘ Ceremony, civilization, Islam, Tarekat, Ottoman
Empire.
Pendahuluan
Seruan menuju kebangkitan peradaban Islam kini terdengar di
seluruh pelusuk dunia. Umat Islam di seluruh pelusuk dunia
termasuklah di Malaysia berusaha mengembalikan kejayaan Islam
yang pernah diraih. Peradaban Islam adalah peradaban yang sangat
gemilang dan telah menggoncang dunia. Namun kini cahaya
kegemilangan itu agak malap dan perlu diterangkan kembali agar
terus bersinar menerangi alam ini. Keadaan umat Islam kini yang
terpaut dan terikut-ikut dengan budaya barat yang menjadi antara
faktor keruntuhan peradaban. Ini disebabkan kebanyakan hiburan
dari barat atau hiburan yang tidak mengikut syariat Islam ia
menggalakkan kelalaian lalu mengalihkan tumpuan insan dari
mengingati Allah dan lari dari tugas hakiki insan iaitu ‘ubudiyyah
kepada Allah. Salah satu usaha mengembalikan kejayaan peradaban
Islam ini ialah dengan diwujudkan kembali kepautan hati pada
Allah (SWT) dan Rasulullah (SAW) melalui majlis-majlis dhikr
Allah yang dibuat dalam keadaan yang santai dan menghiburkan.
Artikel ini dimulakan dengan perbincangan tentang hakikat
kemanusiaan (insan), konsep hiburan dalam Islam dan hubungan
antara insan dengan hiburan. Seterusnya perbincangan tentang
majlis sama‘ atau majlis hadrah dalam konteks tarekat dalam Islam
dan peranannya dalam peradaban Islam.
Konsep Insan (Manusia) Kalimah “insan” (manusia) berasal dari perkataan Arab. Dari sudut
bahasa ia diambil daripada tiga kata dasar, iaitu anasa-annasa-
nasiya. Kalimah anasa bermaksud “absara, ‘alima, ista’dhana.”
Kalimah absara bererti “melihat dan berfikir.” Dengan melihat dan
berfikir manusia dapat mengambil pelajaran daripada sesuatu yang
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
115
dilihat. Kalimah ‘alima bererti “mengetahui atau berilmu.” Dengan
ilmu, manusia dapat membezakan sesuatu perkara sama ada benar
atau salah. Manakala kalimah ista’dhana bererti “meminta izin.”
Manusia merupakan makhluk yang beradab yang perlu meminta
izin ketika akan melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu yang
bukan miliknya. Berpandukan maklumat ini, insan dapat diberi erti
sebagai “makhluk yang mempunyai kemampuan untuk berfikir,
makhluk yang berilmu dan makhluk yang beradab.”1 Kalimah insan
juga dinyatakan dalam al-Quran sebanyak 65 kali dalam 43 surah.
Secara umumnya, kalimah al-insan dalam al-Quran diertikan
sebagai manusia, namun istilah manusia dalam al-Quran tidak
hanya berfokuskan kepada kalimah al-insan. Terdapat sekitar 4
kalimah lain selain daripada al-insan dalam al-Quran untuk
pengistilahan manusia iaitu al-ins, al-bashar, al-nas, dan bani
Adam. 2
Istilah al-insan dalam al-Quran umumnya digunakan untuk
menggambarkan keistimewaan manusia sebagai makhluk yang
berilmu serta memiliki kemampuan untuk mengembangkan
ilmunya berdasarkan potensi yang dikurniakan oleh Allah. Manusia
merupakan makhluk Allah yang paling sempurna dan berbeza
dengan makhluk Allah yang lain kerana diberikan akal yang
sempurna dan berkemampuan memikirkan kebesaranNya.3 Oleh
yang demikian, manusia dapat melakukan lebih dari dua perkara
secara serentak seperti berdiri tegak serta berjalan dengan kedua
kakinya sambil memegang sesuatu dan juga berkata sesuatu atau
berzikir di dalam hati. Berbeza dengan makhluk Allah yang lain
tidak dapat melakukan hal tersebut secara serentak kerana mereka
menggunakan tangannya untuk berjalan pula.4 Setiap insan yang
normal mempunyai akal fikiran (‘ilm), perasaan (hal) dan juga
perbuatan (‘amal). Tingkah laku yang selari dengan apa yang
difikirkan dan dirasai dapat mewujudkan insan yang rabbani. Jika
1 Ibn Manzur, Lisan al-‘arab (Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1988), VII:
306-314. 2 Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi, Mu‘jam al-Mufahras li alfaz al-Qur’an al-
Karim (Beirut: Dar al-Fikr, 1987), 93-94. 3 Nasaruddin Umar, Kajian Tematik al-Qur’an tentang Kemasyarakatan: Wanita
dalam Perspektif al-Qur’an (Bandung: Angkasa, 2008), 235. 4 Shaykh Ihsan Muhammad Dahlan al-Jampasi, Siraj al-Talibin, Sharh Minhaj al-
‘Abidin ila Jannat Rabb al-‘Alamin li Imam al-Ghazali (Beirut: Dar al-Fikr, t.t),
Juzuk 1, 12.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
116
ketiga-tiga elemen ini tidak dapat diselarikan maka, insan yang
rabbani tidak dapat diwujudkan dan tingkah laku insan bertindak
tidak mengikuti apa yang telah difikir dan dirasa.5
Sesungguhnya pembentukan tamadun yang gemilang bermula
dengan pembentukan insan yang cemerlang. Tamadun yang
gemilang tidak akan wujud sekiranya insan yang cemerlang tidak
diwujudkan. Seluruh dunia mengetahui tamadun yang paling
gemilang pernah wujud di dunia ini ialah kerajaan Turki
Uthmaniyyah.6 Berdasarkan hadith Nabi (SAW) yang telah
diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir dan al-Saghir,
Imam Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazar, Ibn Khuzaimah, al-
Tabarani, dan al-Hakim telah mensahihkannya serta telah diakui
pentashihan al-Hakim tersebut oleh al-Dhahabi. Seterusnya, Imam
al-Sayuti telah merumuskan hadith tersebut berstatus sahih dalam
Jami‘ al-Saghir beliau. Iaitu hadith:
لتفتحن القسطنطينية فلنعم األمير اميرها ولنعم 7 الجيش ذلك الجيش
Terjemahan: Kota Konstantinopel akan
ditawan, maka (yang dapat menawannya
adalah) sebaik-baik raja adalah rajanya,
dan sebaik-baik tentera adalah
tenteranya.
Melalui hadith ini dapat difahami wujudnya satu kumpulan
manusia yang akan meranapkan kekuasaan raja dan kerajaan yang
5 Ismail Alias, “Pembentukan Minda Kelas Pertama Berdasar Perspektif Psikologi
(Kognitif),” Jurnal Pengurusan Awam / Disember 2006.
Http://www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=72522. Dicapai pada
23 Mei 2017. 6 Shaykh Ahmad al-Fatani, Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin (Kuala Lumpur:
Khazanah al-Fataniah, 1958), 114; Sayyid Zaini Dahlan, Dawlah al-Uthmaniah
Min Kitab Futuhat al-Islamiyyah (Istanbul: Maktabah Haqiqah bi Shari‘ Dar al-
Shafaqah bi Fatih Istanbul Turki, t.t), 109. 7 Imam Ahmad, al-Musnad (Beirut: Dar al-Fikr, 1993), Juzuk 7, no. hadis 18979,
8; Al-Hakim, Mustadrak ‘ala Sahihayn (Beirut: Dar al-Fikr, 2002), Juzuk 5, no.
hadis 8471, 338; Al-Dhahabi, Kitab Talkhis al-Mustadrak (Beirut: Dar al-Fikr,
2002), Juzuk 5, no. hadis 8471, 338; Al-Sayuti, Jami‘ al-Saghir (Beirut: Dar al-
Kutub ‘Ilmiyyah, t.t), Juzuk 1 dan 2, 169; Hamdan Sinnan - Fauzi Anjari, Ahl
Sunnah al-Asha‘irah Shahadat ‘Ulama’ al-Ummah wa Adilata-hum (Kuwait:
Dar al-Dhiya’, t.t), 266.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
117
zalim iaitu Byzantine. Para ulama’ telah membuat kajian
berdasarkan hadith ini akan terbina satu empayar dan tamadun yang
pemerintahannya bersifat adil. Seluruh rakyat termasuklah tampuk
pimpinannya bersifat adil, mempunyai jati diri dan akhlak yang
mulia8 disebabkan penerapan nilai rohani yang tinggi ke dalam diri
mereka. Penerapan nilai rohani ini tidak akan tercapai melainkan
dihubungkan dengan tiga rukun agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan.
Islam itu ialah fekah, iman ialah tauhid dan ihsan ialah tasawwuf.9
Berdasarkan hadith tersebut, dapat diketahui Sultan Muhammad al-
Fateh (1432-1481) yang berjaya membuka Kota Konstantinopel
berpegang kuat dengan fahaman Ahl Sunnah wa al-Jama‘ah aliran
al-Maturidiyyah dari sudut akidah, bermazhab Hanafi dari sudut
syariat, dan beliau bertasawwuf dan menjalani perjalanan ahli sufi
serta bertarekat. Akal yang sihat tidak akan menerima pemikiran
yang mengatakan akidah Sultan Muhammad al-Fateh rosak apabila
dibandingkan dengan sesuatu yang dijanjikan oleh Allah (SWT)
melalui lidah nabiNya yang mulia kepada manusia adalah seorang
yang baik dan adil (Sultan Muhammad al-Fateh).10
Penting diketahui akidah dan syariah, peranan tasawwuf dan
tarekat juga sangat besar dalam membentuk diri insan. Sebagai
contohnya Sultan Muhammad al-Fateh mempunyai guru tasawwuf
iaitu Shaykh Shamsuddin al-Wali yang merupakan seorang yang
bertarekat Naqshabandi.11 Sultan Muhammad al-Fateh telah
menjalani latihan kerohanian melalui cara dan tarekat gurunya.
Justeru itu, melalui seorang sultan, lalu diturunkan kepada tentera
seterusnya rakyat jelata. Tasawwuf dan tarekat terus berkembang
dan di mana-mana sahaja terdapat kewujudan kumpulan-kumpulan
8 Hasrizal Abdul Jamil, “Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Istanbul,”
Buletin Suara Masjid, Bil. 88 Tahun 10 Edisi Jamadil Awwal 1432H April 2011,
4. m.e-muamalat.gov.my/sites/.../suara_masjid_april_2011_edit_0.pdf. Dicapai
pada 23 Mei 2017. 9 Shaykh Muhammad Salih bin Murid al-Rawi, Fath al-Mubin (Mesir: Matbah
Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladu-h bi l-Misr), 8-293; Shaykh al-Islam
Zakaria al-Ansari, Fath al-Rahman Sharh ‘ala Muqaddimah Laqtah al-‘Ijlani
wa Balati Zaman (Mesir: Matbah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladu-h bil-
Misr, t.t), 70. 10 Hamdan Sinnan-Fauzi Anjari, Ahlu Sunnah al-Asha‘irah, 266. 11 PondokTampin, “Buah tangan dari Turkie 15- Kesultanan Empayer
Osmaniah bertarekat tasawuf”,
(http://pondoktampin.blogspot.my/2011/04/buah-tangan-dari-turkie-
15.html diakses pada 27 Disember 2017).
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
118
zikir (halaqat al-dhikr) atau hadrah.12 Kumpulan-kumpulan dhikr
ini dilakukan secara terbuka di masjid atau di tempat-tempat awam.
Halaqah zikir telah menjadi medium hiburan kepada masyarakat
ketika itu. Melalui halaqah dhikr, rakyat jelata dapat mengerat
silaturrahim, ketenangan dan ketenteraman negara. Di samping itu,
hiburan ini tidak bercampur dengan perkara-perkara yang
melalaikan dan berada di dalam ketaatan.13
Bagi tentera-tentera pula halaqah dhikr menjadi sumber
kekuatan mereka di samping kekuatan fizikal yang telah sedia ada.
Kerana halaqah dhikr dapat membentuk tumpuan hati kepada Yang
Satu (Allah). Dengan dhikr, hati terbentuk menjadi tabah dan
kukuh, tidak lagi lalai, bimbang dan terus ke medan perang tanpa
berpaling lagi kerana hati yang dipenuhi dengan dhikr Allah.
Sejarah peradaban Islam telah membuktikan faedah yang sangat
banyak dengan mewujudkan halaqah dhikr dalam bentuk majlis
sama’. 14
Hiburan
Hiburan merupakan sesuatu yang boleh menghiburkan sama ada ia
berbentuk muzik, nyanyian atau apa sahaja yang dapat
menghiburkan hati sehingga mendatangkan rasa yang membuatkan
seseorang itu boleh tersenyum bahagia dan gembira.15 Muzik
didefinisikan sebagai, "That one of the fine arts which is concerned
with the combination of sounds with a view to beauty of form and
the expression of thought or feeling".16 (Muzik sebagai salah satu
12Satriawinarah, “Tarekat dan Militer”
(https://satriawinarah.wordpress.com/2014/01/08/tarekat-dan-militer/ diakses
pada 27 Disember 2017); Refensi Makalah, ”Sejarah dan Penyebaran Tarekat
Maulawiyah”, ( http://www.referensimakalah.com/2012/11/sejarah-dan-
penyebaran-tarekat-maulawiyah.html/ diakses pada 27 Disember 2017). 13 Lukmanul Hakim Hanafi, Zulkifli Mohamad al-Bakri, Raja Raziff Raja
Shaharuddin, Hiburan: Muzik, Nyanyian, Nasyid Menurut Perspektif Fiqh Dan
Fatwa, 96. jfatwa.usim.edu.my/index.php/jurnal/article/download/6/6 - Dicapai
pada 23 Mei 2017. 14 Satriawinarah, “Tarekat dan Militer”; Refensi Makalah, “Sejarah dan
Penyebaran Tarekat Maulawiyah”. 15 Ahmad Sharifuddin Mustapha Mohd Zain Mubarak, “Dakwah Melalui Muzik
dan Nyanyian: Satu Perbincangan,” Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan
Kesenian, Universiti Kebangsaan Malaysia, 7-8 Ogos 2006), 102. 16 Dave Miranda, “The Role of Music in Adolescent Development: Much More
than the Same Old Song,” International Journal of Adolescence and Youth, Vol.
18, No. 1, (2013), 5–22, Http://dx.doi.org/10.1080/02673843.2011.650182.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
119
daripada "ilmu-ilmu kesenian (fine arts)" yang berkaitan dengan
kombinasi bunyi-bunyi menjurus kepada keindahannya (bentuk
bunyi tersebut) dan ekspresi perasaan dan pemikiran (jiwa).
Berdasarkan definisi tersebut, alatan muzik tidak disebut
sebagai satu keperluan melahirkan muzik bahkan definisi ini
merangkumi prosa, puisi (poem), melodi dan sebagainya daripada
segala bentuk kesenian barat. Definisi muzik ini dibicara oleh ahli
muzik barat sendiri yang mengatakan muzik itu tidak semestinya
mempunyai alatan. Kalimah muzik di dalam bahasa Arab tiada
dalam kamus klasik. Namun yang ada hanyalah perkataan ghanna
yang diterjemahkan oleh Hans Wehr sebagai melodious iaitu bunyi
lunak. Dalam kitab Majmu‘ah Sab‘ah Kutub Mufidah karangan
Sayyid Alawi bin Ahmad al-Saqqaf menyatakan ‘ilm al-musiqi
sebagai ilmu mengenai usul nagham iaitu nada, melodi, senandung,
rentak dan kayfiyah (cara) dalam menyusun alhan (mufrad, lahn)
iaitu lagu dan susunan kata bermelodi.Faedahnya adalah
melapangkan jiwa dan memusatkan tumpuan jiwa. Dengan sebab
ini, digunakan muzik ini pada saat kegembiraan, peperangan dan
mengubati penyakit. Muzik digunakan bagi menghiburkan diri
untuk mendapatkan kebahagiaan.17 Namun, hiburan ini dikaitkan
juga dengan masalah-masalah dalam masyarakat hari ini kerana
terdapat segolongan insan yang hidup hanya berpandukan akal dan
nafsu semata-mata, tidak mahu menerima lantaran masih tidak jelas
kepada mereka, bahawa sebenarnya beriman dan beramal soleh
(iaitu iman dan amal soleh) satu-satunya jalan yang membawa
kebahagiaan hidup yang hakiki. Golongan ini telah membuat
berbagai-bagai cara dan andaian dalam usaha mencari kebahagiaan
hidup dan hiburan yang sebenar.18
Kebahagiaan hidup dan wasilah kebahagian, antaranya adalah
melalui perantaraan hiburan menjadi fokus utama dalam
pengembaraan insan di alam dunia yang sementara ini. Di antara
pendapat mengenai hiburan dan kebahagiaan adalah seperti berikut:
17 Sayyid ‘Alawi bin Ahmad al-Saqqaf, Majmu‘ah Sab‘ah Kutub Mufidah (Mesir:
Matbah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladu-h bi Misr, t.t), 7. 18 Huzili Hussin dan Shuhairimi Abdullah, “Menangani Penetrasi Budaya
Hedonisme di Kalangan Mahasiswa: Satu Penyelesaian Menurut Perspektif
Islam dan Kaunseling,”
http://eprints.utm.my/479/1/HuziliHussin2006_Menanganipenetrasibudayahed
onismedi.pdf. Dicapai pada 23 Mei 2017.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
120
1) Hiburan dan kebahagiaan adalah pada harta benda dan
wang ringgit. Oleh yang demikian, manusia berlumba-
lumba meninggikan taraf ekonomi, menambahkan harta
benda dan mengumpul wang ringgit. Manusia
mengimpikan rumah besar, kereta, televisyen, kerusi
empuk, pinggan mangkuk, peti ais dan lain-lain peralatan
yang mewah dan moden.
2) Hiburan dan kebahagiaan adalah pada pangkat, darjat dan
kemasyhuran. Dapat disaksikan manusia berebut-rebut
untuk menjadi terkenal dengan tidak melepaskan peluang
walaupun terpaksa menipu, menindas, khianat, rasuah,
merosakkan orang lain dan sebagainya kerana mahu
dikenali ramai dan disebut sebagai orang yang berjawatan.
3) Hiburan dan kebahagiaan adalah pada ilmu pengetahuan
yang tinggi. Telah menjadi satu tradisi manusia
beranggapan bahawa hidup adalah untuk mencari ilmu
pengetahuan yang tinggi. Tanggapan mereka orang yang
paling tinggi ilmu adalah orang yang paling bahagia,
manakala orang yang tiada ilmu merupakan orang yang
paling celaka. Oleh kerana itu, manusia telah berkorban
tenaga, masa, fikiran, wang ringgit dan harta benda untuk
mencari ilmu dengan bermatlamatkan membeli sijil,
diploma atau ijazah yang akan menjadi simbol kebahagiaan
sepertimana yang diharapkan.
4) Hiburan dan kebahagiaan yang diperolehi melalui pelbagai
bentuk hiburan yang melalaikan dan tidak mematuhi
syarak.19 Di antara contoh bentuk hiburan yang
berkemungkinan sudah serasi dengan masyarakat dan
banyak meniru cara hiburan ala barat:
i. Mendengar nyanyian dan lagu-lagu yang tiada kena
mengena langsung dengan keagamaan dan disertai dengan
penggunaan atau bunyi alat muzik yang dilarang syarak
ditambah pula konsert yang diadakan mempunyai
pergaulan bebas, melalaikan fardhu sembahyang dan
berkesan untuk menarik golongan remaja kepada kelalaian.
ii. Mengadakan pertandingan nyanyian dengan hadiah-hadiah
yang lumayan.
19 Said Aqil Siradj, “Sama‘ dalam Tradisi Tasawuf,” ISLAMICA 7, no. 2 (2013):
361-80.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
121
iii. Mengadakan acara sukan renang bercampur lelaki dan
perempuan.
iv. Berhibur dengan acara yang pelik seperti menikam haiwan
sampai mati. Namun hiburan ini belum lagi kedengaran
berlaku di negara kita.
Demikian empat contoh yang menunjukkan bahawa insan hari
ini tidak dapat memahami hakikat, bahawa iman dan amal soleh
adalah punca kebahagiaan dan merupakan hiburan yang sejati.
Menurut pandangan penulis kesungguhan mereka dalam
memperbanyakkan harta atau meninggikan pangkat atau mencari
ilmu, sehingga mengabaikan perintah dan larangan Allah.
Sembahyang yang menjadi tiang agama dan sumber iman, kurang
diberi perhatian dan kebanyakkan daripada mereka sibuk mencari
kebahagiaan hidup melalui cara yang dilarang. Walau
bagaimanapun terdapat sesetengah golongan yang masih
sembahyang kerana kebiasaan atau terpaksa, namun sembahyang
itu tidak dapat memberi kesan untuk merangsangkan kehidupan
beragama. Buktinya melalui pengabaian pada amalan dan budaya
Islam serta identiti Islam yang diamalkan hanya tinggal nama.
Allah mengatakan dalam menjamin kebahagiaan, kejayaan dan
hiburan itu ada pada mereka yang beriman dan beramal soleh20
bukannya hiburan dan kebahagiaan itu hanya pada wang ringgit
atau pangkat darjat atau ilmu pengetahuan. Berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang telah ada dan sedang berlaku sebagai
contoh di Amerika dan negara-negara maju yang ramai orang-orang
kaya, berpangkat dan bijak pandai, namun kebanyakkannya bunuh
diri dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana tidak bahagia dan
tidak terhibur walaupun yang dihajati semuanya sudah tercapai.
Ini bukan bererti menafikan secara mutlak keperluan kepada
harta benda, pangkat, ilmu dan hiburan sebagai satu keperluan
seseorang insan. Penjelasan mengenai contoh hiburan ini hanyalah
wasilah atau alat untuk menyampaikan kepada maksud hiburan
yang hakiki. Ini kerana perkara-perkara yang nyata telah
diharamkan syarak tidak boleh dianggap sebagai hiburan.
Seseorang tidak akan merasa puas di dalam lubuk hatinya yang
mendalam dengan hanya berhibur dengan cara atau contoh yang
20 Lihat al-Qur’an, Surah al-Mu’minun (23): 1-11; Surah Yunus (10): 64.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
122
telah diberikan oleh penulis kerana Islam tidak mengiktiraf perkara
yang bersifat begitu.21
Pada pendapat penulis, setiap perkara yang telah diharamkan
adalah tidak layak untuk dianggap sebagai hiburan kerana ia
mampu merosakkan hati dan perasaan serta tidak dapat
memperbaiki atau mencetuskan semangat untuk terus maju dalam
menuju arah perjalanan hidup yang sebenar. Menurut pandangan
ulama’ Islam termasuk Imam al-Ghazali dan Syeikh ‘Abd al-Samad
al-Falambani tujuan atau maksud hiburan adalah untuk
mencetuskan perasaan yang bersih pada sisi agama dan boleh
membawa seseorang yang terhibur ke arah peningkatan dalam
mengabdikan diri kepada Penciptanya iaitu Allah (SWT).22
Mengukur dan menilai sebarang bentuk hiburan, sama ada sesuai
atau tidak dengan ukuran Islam, mestilah melalui terma-terma
shari`at yang berpaksikan kepada ilmu akidah, ilmu fekah dan ilmu
tasawwuf. Ketiga-tiga ilmu itu pula mesti melalui landasan Ahl al-
Sunnah wa al-Jama‘ah. Dasar-dasar Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah
pula mestilah menurut tafsiran ‘Asha’irah Maturidiyyah di sudut
akidahnya, menurut mazhab yang empat, di sudut feqahnya dan
menurut aliran Imam Junaid dan Imam Ghazali di sudut
tasawwufnya.23
Islam tidak pernah menghalang atau mengharamkan hiburan
secara mutlak. Ada hiburan yang dibenarkan dengan bersyarat
seperti nyanyian, nasyid, madih pujian pada Nabi SAW, syair-syair
gurindam, sajak, ruqs (tarian) dalam majlis sama‘ atau majlis
hadrah yang diamalkan oleh para ahli tasawwuf adalah
dibenarkan.24 Sebahagian orang telah tersalah anggap dengan
menisbahkan permainan alat muzik telah dibenarkan oleh agama
secara mutlak tanpa sebarang syarat dan disebut-sebut selalu
21 Sebagai perbandingan lihat, al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din (dicetak ditepi Kitab
Ittihaf Sadat al-Muttaqin al-Zabidi), (Beirut: Darul al-Fikr, t.t), juzuk 6, 455. 22 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 6: 455. 23 Al-Zabidi, Ittihaf Sadat al-Muttaqin, (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), Juzuk 2, 6-7;
Ibrahim al-Laqqani, Jauharah al-Tauhid (Permata Ilmu Tauhid Terjemahan
Indonesia H.Mujiburrahman), (Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn.Bhd, t.t), 82
dan 404. 24 Sahibus Samahah Ibn Idris al-Hassan al-Idris Dubai, “Tarian, Nyanyian dan
Sama‘ dalam Tariqat Tasawwuf” (Kertas kerja dibentangkan di Hotel Hilton
sempena Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawwuf pada 18-19
Ogos 2002), 3; Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 6: 493 dan 495.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
123
dikalangan orang ramai nama tokoh-tokoh tertentu yang telah
mengharuskan muzik secara bebas.25
Perkataan music diterjemahkan oleh penterjemah bahasa
Inggeris melalui perkataan sama‘. Makna terjemahan ini berbeza
dengan makna sama‘ yang sebenar. Rumusan Imam Ghazali dalam
kitab Ihya’ yang bertajuk Adab al-Sama‘ wa al-Wajd adalah sama
dengan perbincangan ini. Imam Ghazali mengatakan dalam kitab
Kimiya’ al-Sa‘adah kalimat muzik dan tarian bermaksud yang
berlaku dalam majlis sama‘ atau hadrah bukannya bermaksud
muzik yang menggunakan alat-alat muzik seperti gitar dan
sebagainya. Tambahan pula, Imam Ghazali menyatakan untuk hadir
di majlis sama‘ tidak boleh disertai pengunaan alat-alat muzik yang
ditegah oleh syarak dan hanya dengan menggunakan alat-alat yang
diharuskan seperti kompang atau rebana.26
Allah (SWT) berfirman di dalam al-Quran surah al-Shams:
ىهاقد أفلح من ز ك (al-Shams 91 : 9)
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang
mensucikan jiwanya.”
Dalam surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11:
شعون ٱلذين ١ ٱلمؤمنون أفلح قد هم في صلتهم خ
هم وٱلذين ٣معرضون ٱللغو هم عن ٱلذين و ٢
علون كوة ف فظون ٱلذين و ٤للز ٥هم لفروجهم ح
نهم فإنهم غير إل جهم أو ما ملكت أيم على أزو
ئك هم ٱبتغى فمن ٦ملومين لك فأول دون ٱلعاوراء ذ
عون وٱلذين ٧ تهم وعهدهم ر ن هم وٱلذين ٨هم ألم
تهم يحافظون ئك هم ٩على صلو رثون أول ١٠ ٱلو
لدون ٱلفردوس يرثون ٱلذين ١١هم فيها خ
(al-Mukminun 23: 1 -11) “Sesungguhnya, beruntunglah orang-
orang yang beriman. (Iaitu) orang yang
25 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 6: 475. 26 Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Qasidah menggunakan kompang, (Seremban:
Jabatan Mufti Negeri Sembilan), 12-13; Imam ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi, Fayd
al-Qadir, (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), Juzuk 2, 14.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
124
khusyuk dalam sembahyang. Dan orang-
orang yang menjauhkan diri dari
(perkataan dan perbuatan) yang tidak
berguna (lagha). Dan orang-orang yang
menunaikan zakat. Dan orang-orang
yang menjaga kemaluannya, kecuali
terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-
hamba yang mereka miliki maka
sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada
tercela. Maka barang siapa mencari lain
dari itu, mereka itulah orang-orang yang
melampaui batas. Dan orang-orang yang
memelihara amanat-amanat (yang
dipikulnya) dan janjinya. Mereka itulah
orang-orang yang akan mewarisi, yakni
yang akan mewarisi syurga Firdaus
mereka kekal di dalamnya.”
Juga di dalam Surah Yunus ayat 64:
دي ل تب ٱألخرة وفي نياٱلد ٱلحيوة في ٱلبشرى لهم
ت لكلم لك هو ٱلل ٦٤ ٱلعظيم ٱلفوز ذ
(Yunus 10 : 64)
Terjemahan: Untuk mereka sahajalah
kebahagiaan yang mengembirakan di
dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang
perubahan pada janji-janji Allah yang
demikian itulah kejayaan yang besar.
Allah menegaskan dengan jelas, al-bushra iaitu gembira, seronok,
hiburan akan dicapai oleh orang beriman dan bertakwa. Takwa
merupakan beramal dengan sesuatu yang diperintah dan
meninggalkan yang dilarang.27 Surah al-Ra‘d ayat 28 hingga 29
juga telah menegaskan bahawa hasil yang akan dicapai oleh orang
yang beriman dan beramal soleh dengan pencapaian ingatan
27 Hafaz Furqani & Mohamed Aslam Haneef, “Qur'anic Concepts of Man and
Nature and their Ethical Implications for Human Behavior: Developing an
Alternative Islamic Framework,” Al-Shajarah 20, no. 2 (2015): 247-265.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
125
tumpuan iaitu berzikir kepada Pencipta akan menghasilkan
ketenangan hati, sebagaimana yang digelarkan seperti aktiviti
hiburan.
ه ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر ٱلذين ٱأل بذكر ٱلل لل
ت ءامنوا وعملوا ٱلذين ٢٨ ٱلقلوب تطمئن لح ٱلص
٢٩اب م طوبى لهم وحسن
(al Ra`d 13:28- 29)
Terjemahan: “Mereka yang beriman itu,
hati mereka menjadi tenteram kerana
mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan
mengingati Allah hati menjadi
tenteram/tenang. Orang yang beriman
dan mengerjakan amal soleh,
beruntunglah mereka, dan sebaik-baik
tempat kembali.”
Berpandukan keterangan ayat-ayat al-Quran di atas, Allah
(SWT) sebenarnya menjawab pertanyaan bagaimana mencari
keuntungan atau kebahagian dan hiburan dalam hidup, iaitu hanya
dengan beriman dan beramal soleh. Ini dapat difahami bahawa iman
ialah sumber kebahagiaan hidup yang sebenar. Tanpa iman manusia
tidak mengenal erti kebahagiaan dan hiburan yang sebenar.28
Maksud Majlis Sama‘ atau Dinamakan juga Majlis Hadrah29
Imam Ghazali berkata: Telah menukil oleh Abu Talib al-Makki,
keharusan majlis sama‘ daripada para sahabat, beliau berkata
“Kalangan para sahabat telah hadir majlis sama‘ oleh ‘Abdullah bin
Ja‘far (ra), Abdullah bin Zubayr (ra), Mughirah bin Syu‘bah,
28 Ashaari Muhammad, Iman Dan Persoalannya (Batu Caves: Penerangan Al-
Arqam, 1983), 18; Bediuzzaman Said Nursi, Al-Iman wa Takamul al-Insan
(Iman dan Manusia) (Istanbul: Sozler Publication 2009), 16. 29 Al-Hafiz ‘Abd al-Hayy bin Abd al-Kabir al-Kattani, Risalah fi Mashru‘iyyah al-
Dhikr bi Ruqs wa Ijma‘ Turuq Sufiyyah ‘ala Dhalik, ed. Adnan ‘Abdullah Zihar,
(Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah, 2007), 158-162.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
126
Mu‘awiyah (ra) dan selain mereka.”30 Berkata Abu Talib lagi “telah
melakukan sedemikian oleh kebanyakan dari Salaf al-Salih, di
kalanya Sahabah dan Tabi‘in, sentiasalah mereka yang naik haji ke
Mekah di antara kami mendengar sama‘ pada hari-hari yang utama
setiap tahun, hari-hari yang diperintahkan Allah beribadat seperti
hari-hari tashriq.”31
Imam al-Ghazali menyatakan ciri-ciri khas majlis
sama‘/hadrah adalah seperti suara burung murai dan semua suara
yang timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia,
suara yang keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari
pukulan kayu cota (sejenis alat muzik), gendang dan kompang.
Tidak terkecuali dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik
(yang ditegah), bunyi gitar, muzik berpetik dan digesek dan serunai
yang terdapat dalam larangan syarak”.32
Walaupun penggunaan alat muzik ini boleh dimainkan
menurut beberapa pandangan ahli fekah, namun majoriti ulama
fekah dan tasawwuf tidak mengharuskan penggunaannya di dalam
majlis sama‘. Terdapat juga halaqah zikir yang menggunakan alat
muzik seperti “nai” di Yaman kerana menurut mereka ada
sebahagian ulama yang mengharuskan iaitu Imam ‘Abd al-Karim
al-Rafi‘i (w. 623/1226), 33 ulama besar kedua di madhhab Shafi’i
selepas Imam al-Nawawi. Begitu juga di Turki aliran tarekat
Bektashi yang diterapkan pada askar-askar Uthmaniyyah
(Inkishari/Janessari) telah berorientasikan zikir sama‘ atau majlis
sama‘ dalam setiap, sebelum dan sedang menjalani operasi
ketenteraan mereka.34
30 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din 6: 458 dan 459; Al-Zabidi, Ittihaf Sadat al-
Muttaqin 6: 458. 31 Al-Zabidi, Ittihaf Saadatul Muttaqin, 6: 465-468. 32 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 2: 296. 33 Zakaria al-Ansari, Fath al-Wahab bi-sharh Minhaj al-Tullab, Kitab al-Shahadat
(Beirut: Dar al-Fikr), Juzuk 1, 220; Sulaiman bin Muhammad bin Omar al-
Azhari, Hashiah al-Bujayrimi ala Minhaj al-Tulab, al-Tajrid li l-Naf’i al-‘Abidi
(Beirut: Dar al-Fikr, 1995), Juzuk 4, 372; ‘Abd al-Hamid bin Hussain al-
Dagestani al-Sharwani al-Makki, Hawashi al-Sharwani wa Ibnu Qasim ‘ala
Tuhfat al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj “Kitab al-Shahadat” (Beirut: Dar al-
Kutub Ilmiah, 1996), Juzuk 13, 218; Alwi bin Muhammad bin Ahmad Balfaqeh,
Min A‘qab al-Bud‘ah al-Muhammadiyah al-Tahirah (Tareem: Dar al-Muhajir),
71. 34 Satriawinarah, “Tarekat dan Militer”.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
127
Oleh yang demikian, penggunaan sebahagian alat-alat muzik
yang berselisih para fuqaha telah digunakan menurut aliran tarekat
Bektashi yang menjadi momentum tentera Uthmaniyyah ketika itu
dan di istana-istana Uthmaniyyah yang terdiri daripada sultan dan
ahli kerajaan telah menjadikan tarekat Mawlawiyah dengan tarian
darwish yang merupakan bentuk majlis sama‘ juga sebagai
momentum pembentukan kekuatan jiwa bagi kerajaan Turki
Uthmaniyyah. 35
Maksud Sama‘
Sama‘ menurut ahli Tasawwuf ialah salah satu latihan kerohanian
yang membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan
penyucian rohani. Sama‘ bukanlah difahami dengan maksud tari
menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan
alat-alat muzik. Majlis sama‘ adalah majlis yang diwarisi dan
mewariskannya oleh para ahli tasawwuf. Kandungan majlis sama‘
mempunyai acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh qari
yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar
dan terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang
dibenarkan oleh syarak seperti madih, salawat, burdah, nasyid dan
qasidah, majlis ilmu dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli irfan
(ma‘rifah) yang menyedarkan akal dan roh para hadirin tentang
kebenaran. Majlis sama‘ tidak perlu disertai dengan alat-alat muzik.
Majoriti ulama’ tasawwuf tidak setuju sesuatu majlis sama‘ disertai
alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang yang tiada khilaf ulama’
mengharuskan penggunaan kompang.36
Pandangan Ahli Tasawwuf terhadap Tarian (Ruqs) Sufi atau
Majlis Hadrah
Tarian pada majlis sama‘ yang dikenali sebagai majlis hadrah telah
dijelaskan oleh para ulama’ tasawwuf muktabar dalam sebahagian
karangan mereka. Antaranya ialah Imam Ibn ‘Ajibah (1747-1809)
yang diberi nama penuh sebagai Abi ‘Abbas Ahmad ibn
Muhammad ibn ‘Ajibah al-Hasani. Beliau wafat pada 1223 Hijrah
bersamaan 1809 Masihi. Beliau mengarang kitab tafsir, hadith,
fikah, lughah, dan kebanyakkan kitab beliau adalah dalam bidang
35 Refensi Makalah, “Sejarah Dan Penyebaran Tarekat Maulawiyah”. 36 Sayyid Ibn Idris bin Sayyid al-Hassan al-Idrisi, al-Ruqs wa al-Ghana’ wa al-
Sama‘ ‘inda Turuq al-Sufiyyah, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat
Tasauf Negeri Sembilan, Seremban, (2002).
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
128
tasawwuf. Karangannya melebihi 45 buah judul.37 Penulis
membawakan contoh terjemahan teks bahasa Arab mengenai
pandangan ahli tasawwuf tentang tarian (ruqs) bagi melihat
perbezaan antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang
mengikut syarak.38
Erti Ruqs iaitu tarian dan taraqqus iaitu menari bermaksud
“meninggikan tubuh dan menurunkan kebawah tubuh.”39 Selain itu,
ia juga bermaksud mengerak-gerakkan tubuh tanpa wujud nya suatu
ghalabah (dikalahkan) oleh hal (dhawq), bukanlah merupakan cara
orang-orang yang sudah sempurna tasawwufnya. Orang yang sudah
sempurna, sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnya kerana
cara yang sebegitu, lebih selamat dari sangkaan buruk kepada orang
yang melakukan sedemikian, walaupun dhawq memang benar
terjadi pada dirinya. Tetapi Imam Suhrawardi di dalam kitab beliau
berjudul ‘Awarif al-Ma‘arif telah menjelaskan keharusan ruqs
samaada disebabkan dhawqiyyah atau bagi sheikh untuk membantu
muridnya.40 Percanggahan besar antara ahli tasawwuf dan ulama’
zahir, mengenai tarian (ruqs) adalah seperti berikut:
Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid nas
syarak pada keharaman mahupun keharusan maka zahir nas-nas
menunjukkan harus.41 Sesungguhnya para imam
mengharamkannya disebabkan disertai perkara-perkara yang dibuat
oleh orang-orang fasik iaitu percampuran lelaki dan perempuan,
pondan-pondan dan alat-alat muzik yang diharamkan. Ini
berdasarkan kaedah usul fiqh iaitu ‘illah beredar menurut
ma`lulnya, pada ada dan tiada.42 Kesimpulannya hukum tarian
terbahagi 3 bahagian iaitu haram, harus dan dituntut atau
dianjurkan.
37 Al-Zirikli, al-A‘lam, Juzuk 1, 245. Rida Kahhalah, Mu‘jam al-Mu’allifin, 63.
Hasanin Makhluf, Shajarah al-Nur al-Zakiyyah, 400. 38 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, dalam
Sharh al-Hikam Ibn Ata’illah, juzuk 2, (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), 281. 39 Ibid., 281. 40 ‘Abd al-Kabir bin Muhammad bin ‘Abd al-Wahid, Nujum al-Muhtadin (Beirut:
Dar al-Kutub Ilmiah, t.t), 98. 41 Imam al-Sayuti, al-Hawi li l-Fatawi, juzuk 2, (Maktabah al-Riyad al-
Hadithiyyah), 234. 42 Husayn bin Ahmad bin Muhammad al-Kailani al-Shafi‘i al-Makki, Al-Tahqiqat
fi Sharh Waraqat (Amman: Dar al-Nafa’is, t.t), 534.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
129
Bahagian haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh
orang-orang awam dengan percampuran lelaki, perempuan, pondan
dan kehadiran mereka. Oleh yang demikian, tarian ini haram kerana
membawa kerosakan akhlak, membangkitkan tabiat-tabiat keji dan
nafsu-nafsu kesyaitanan.Termasuk juga dalam kategori haram
apabila tarian dalam majlis sama‘ bertujuan untuk riya’ dan
menunjuk-nunjuk kononnya dhawq pada halnya hatinya lalai.
Kategori haram apabila hati lalai adalah pendapat Sheikh Ibnu
Zarouq seperti yang dinukilkan oleh Ibnu ‘Ajibah di dalam Futuhat
Ilahiyah muka surat 283 tetapi dijawab oleh Sheikh Abd al-Kabir
bin Muhammad bin ‘Abd al-Wahid di dalam kitab beliau Nujum al-
Muhtadin. 43
Bahagian harus pula ialah tarian yang dibuat oleh orang-orang
soleh dan ahli tasawwuf ketika tiada rasa dhawq. Mereka
melakukan sedemikian dengan tujuan merehatkan lelah dalam diri
mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan hati mereka. Kategori
harus ini bersyaratkan ketika majlis dijalankan, tempat, dan para
hadirin tidak berlaku percampuran antara laki dan perempuan.
Tarian ini diharuskan kerana tiada perkara yang membawa kepada
yang haram.44 Pendapat yang mengatakan tarian (ruqs) ahli
tasawwuf serupa dengan perbuatan kaum Samiri ketika mereka
menyembah patung anak lembu adalah salah kerana perbuatan
kaum Samiri itu haram dengan sebab tujuan tarian adalah untuk
membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok
dalam melakukan perkara itu. Ianya begitu jelas dan terang
kufurnya walaupun belum pasti kesahihan riwayat kisah kaum
Samiri.45 Berlainan halnya dengan sesuatu yang berlaku disisi ahli
tasawwuf berdasarkan niat tujuan dan kayfiyah cara mereka.
Sesungguhnya telah sabit dalam hadith bahawa Saidina Ja‘far bin
Abi Talib )ra( menari di hadapan Rasulullah SAW ketika Baginda
bersabda:“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan
akhlakku.”46 Shaykh al-Sanusi telah menyebut hadith ini dalam
43 Seperti nukilan Ibnu ‘Ajibah dalam Futuhat Ilahiyah tetapi telah dijawab oleh
Shaykh ‘Abd al-Kabir bin Muhammad bin ‘Abd al-Wahid, Nujum al-Muhtadin
(Beirut: Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, t.t), 93 dan 95. 44 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, dalam
Sharh al-Hikam Ibn Ata’illah, juzuk 2 (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), 282. 45 Ibid., 282. 46 Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’ al-Khalq, Bab Fada’il Sahabah (Beirut:
Dar al-Fikr) Jil 2, 301.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
130
kitab Nushrat al-Faqir dan lain-lain.47 Seterusnya, Ibn Layyun al-
Tujibi menaskan tarian (ruqs) di masjid dalam hadith sahih riwayat
Muslim dari Saidatina Aisyah (ra) berkata:
“Suatu hari perayaan, beberapa askar-
askar orang Habsyi menari sebagai
menyambut raya dalam masjid. Nabi
bertanya kepada saya, “hendakkah
engkau melihat mereka?” saya
menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya
saya dengan tangannya sendiri, dan saya
melihat beberapa lama hingga beliau
berkata lebih dari sekali “belumkah puas
engkau lagi?”48
Imam Ibn ‘Uyaynah (ra) mengulas: Kalimat al-Zafaf dalam
hadith tersebut bermaksud al-Ruqs (tarian).49 Disabitkan asal
hukum tarian itu adalah harus kecuali setelah berlaku perkara-
perkara yang dilarang seperti syarat-syarat pengecualian. Sekiranya
dikatakan haram semata-mata haram secara mutlak pada zat tarian
itu, sudah tentu tidak dibuat tarian (ruqs) di hadapan Rasulullah
SAW.
Bahagian dituntut atau dianjurkan iaitu tarian para ahli
tasawwuf, ahli dhawq, ahl al-hal dan wajd, sama ada ketika sudah
ada wajd atau cuba mendapatkan wajd, sama ada tarian di dalam
majlis zikir atau sama‘, semuanya dianjurkan untuk melakukan
tarian (ruqs). Tiada syak lagi, bahawa ubat penawar untuk berhati-
hati dari kelalaian dan hanya untuk menumpukannya kepada Allah
adalah dituntut dengan pelbagai cara selagi mana tidak melakukan
perkara yang diharamkan atau diijma‘kan keharamannya oleh para
ulama’ kerana perkara sebegitu bukan lagi ubat penawar. Imam
Junayd al-Baghdadi (ra) ketika ditanya tentang majlis sama‘. Beliau
menjawab setiap perkara yang menumpukan hati hamba kepada
Tuhannya, adalah harus.50 Imam al-Fasi menulis dalam karangan
beliau berjudul Sharh al-Hisn, nas perkataan dari Shaykh al-Islam
Imam al-Sayuti (ra) berkata: aku menjawab, bagaimana pula boleh
47 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 282. 48 Muslim, Sahih Muslim, Kitab Salat ‘Aidin, Bab la Adhan wa la Iqamah. (Beirut:
Dar al-Thaqafah al-‘Arabiyah, t.t), Juzuk 6, 185-186. 49 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 282. 50 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 281-283.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
131
diingkari berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk, dan dalam
keadaan berbaring atas rusuk mereka. Sesungguhnya Allah (SWT)
berfirman dengan maksudnya “Mereka yang berzikir mengingati
Allah dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan
berbaring diatas rusuk mereka”. Siti Aishah (ra) berkata:
“Adalah Rasulullah SAW berzikir
mengingati Allah di setiap keadaan”.
Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah
perbuatan menari itupun tidak boleh diingkari, perbuatan sebab
menari itu disebabkan timbul rasa kelazatan shuhud dan al-wajd.
Telah diriwayatkan hadith Saidina Ja‘afar bin Abi Talib
menari di hadapan Rasullullah SAW bila Nabi SAW bersabda:
“Dikau menyerupai daku pada kejadian
tubuhku dan akhlakku”.
Sesungguhnya berita tentang berlakunya keadaan berdiri dan
tarian di dalam majlis-majlis sama‘ dan dhikr dengan kehadiran
ulama’ besar, seumpama Sheikhul Islam ‘Izz al-Din bin ‘Abd al-
Salam adalah sahih. Kemudian Ibn ‘Ajibah mengulas, aku
berpendapat sesungguhnya mutawatir khabar yang dinukil
berkenaan ahli tasawwuf zaman dahulu dan sekarang, sama ada di
timur mahupun barat bahawa mereka berhimpun untuk berzikir
mengingati Allah dengan cara berdiri dan menari. Tiada pula
sampai berita kepada kita ada terdapat ulama’ yang ingkar pada
perbuatan mereka itu.51
Kayfiyah ruqs atau cara tarian dalam bentuk Tamayyul iaitu
cenderung badan ke hadapan dan kembali tegak atau menari sudah
maklum disisi ahli tasawwuf seperti yang dibahas oleh Ibn ‘Ajibah
di dalam kitab komentar bagi al-Mabahith al-Asliyah sepertimana
yang telah dinukilkan oleh penulis.52
Penutup
Penulis mencadangkan solusi iaitu menukar bentuk majlis muzik
dan tari menari yang dilarang syarak walaupun masih berleluasa di
51 Imam al-Sayuti, al-Hawi li l-Fatawi, 2: 234; Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-
Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 282. 52 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 282;
Shaykh ‘Abd al-Wahid, Nujum al-Muhtadin, 136.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
132
dalam masyarakat dengan mencontohi dan meniru bentuk tradisi
amalan sama‘ dan hadrah yang telah diamalkan oleh ahli tasawwuf
dan telah diperakui benar oleh para ulama’ sebagai salah satu
amalan Islam. Selain itu, pihak pengkarya seni dan ahli agama perlu
melakukan perbincangan bersama dalam menghasilkan bentuk seni
yang selaras dengan tuntutan agama dan menyemak semula seni
tarian yang tidak berasal dari amalan Islam maupun tradisi seperti
poco-poco, zumba dan sebagainya. Penulis juga mencadangkan
kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan bidang seni
untuk meneliti semula pengunaan alat-alat muzik yang agak
melampau. Di samping itu, membuat bandingan antara tarian yang
dibolehkan dalam Islam seperti yang berlaku dalam majlis sama‘
atau hadrah, yang mengajak manusia kepada berzikir dan memberi
tumpuan kepada Allah dalam setiap gerak geri dengan poco-poco,
zumba dan sebagainya bagi mendapatkan hasil perbincangan dan
kesimpulan yang terbaik kepada umat Islam keseluruhannya.
Hiburan menurut seorang mukmin adalah kegembiraan dan
kebahagiaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah (SWT),
kerana iman yang dicari oleh semua manusia adalah merasai
kebahagiaan yang berkekalan dunia dan akhirat.
Rujukan
‘Abd al-Baqi, Muhammad Fu’ad, Mu‘jam al-Mufahras li-
alfaz al-Qur‘an al-Karim, Beirut: Darul Fikri, 1987.
‘Abd al-Wahid, ‘Abd al-Kabir bin Muhammad, Nujum al-
Muhtadin, Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah, t.t.
Ahmad al-Fatani, Shaykh. Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin,
Kuala Lumpur: Khazanah al-Fataniah, 1958.
Ahmad Sharifuddin Mustapha Mohd Zain Mubarak, “Dakwah
Melalui Muzik dan Nyanyian: Satu Perbincangan”.
Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 7-8 Ogos
2006
Ahmad, Imam, al-Musnad, Beirut: Dar al-Fikr, 1993.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
133
Al-Ansari, Shaykh al-Islam Zakariyya, Fath al-Rahman
Sharh ‘ala Muqadimah Laqtah al-‘Ijlani wa Balati
Zaman, Mesir: Matbah Mustafa al-Babi al-Halabi wa
Awladuh bi l-Misr, t.t.
Al-Ansari, Zakariyya, Fath al-Wahhab bi-Sharh Minhaj al-
Tullab Kitab al-Shahadat, Beirut: Dar al-Fikr, t.t.
Ashaari Muhammad, Iman dan Persoalannya, Batu Caves:
Penerangan Al-Arqam, 1983.
Al-Azhari, Sulayman bin Muhammad bin ‘Umar, Hashiah al-
Bujayrimi ‘ala Minhaj al-Tullab, al-Tajrid li l-Naf‘i
al-‘Abidi, Beirut: Dar al-Fikr, 1995.
Bilfaqih, Alwi bin Muhammad bin Ahmad, Min A‘qab al-
Buda’h al-Muhammadiyah al-Tahirah, Tareem: Dar
al-Muhajir, t.t.
Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Bada al-Khalq, Bab
Fada’il Sahabah. Beirut: Dar al-Fikr.
Dave Miranda, “The Role of Music in Adolescent
Development: Much More Than the Same Old Song,”
International Journal of Adolescence and Youth, Vol.
18, No. 1, (2013), 5–22,
Http://dx.doi.org/10.1080/02673843.2011.650182.
Al-Dhahabi, Kitab Talhiz al-Mustadrak. Beirut: Dar al-Fikr,
2002.
Furqani, H. Haneef, Ma, “Qur'anic Concepts of Man and
Nature and their Ethical Implications for Human
Behavior: Developing an Alternative Islamic
Framework. Al-Shajarah Volume: 20 Issue: 2 (2015),
247-265.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
134
Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din (dicetak di tepi Kitab Ittihaf
Sadat al-Muttaqin al-Zabidi), (Beirut: Darul al-Fikr,
t.t)
Al-Hakim, Mustadrak ‘ala Sahihayn. Beirut: Dar al-Fikr,
2002.
Hamdan Sinnan - Fauzi Anjari, Ahl Sunnah al-Asha‘irah
Shahadat ‘Ulama’ al-ummah wa Adillata-hum,
Kuwait: Dar al-Dhiya’, t.t.
Hasrizal Abdul Jamil. “Sultan Muhammad Al-Fateh Dan
Pembukaan Istanbul,” Buletin Suara Masjid. Bil. 88
Tahun 10 Edisi Jamadil Awwal 1432H April 2011, 4.
m.emuamalat.gov.my/sites/.../suara_masjid_april_20
11_edit_0.pdf. Dicapai pada 23 Mei 2017.
Hassan al-Idrisi, Sayyid Ibn Idris bin Sayyid, “Al-Ruqs wa al-
Ghana’ wa Sama‘ ‘inda Turuq al-Sufiyyah”, Seminar
Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasauf, Negeri
Sembilan, Seremban, (2002).
Huzili Hussin dan Shuhairimi Abdullah, “Menangani
Penetrasi Budaya Hedonisme di Kalangan Mahasiswa:
Satu Penyelesaian Menurut Perspektif Islam dan
Kaunseling”,
http://eprints.utm.my/479/1/HuziliHussin2006_Mena
nganipenetrasibudayahedonismedi.pdf. Dicapai pada
23 Mei 2017.
Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhah al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-
Asliyyah, dalam Sharh al-Hikam Ibn ‘Ata’illah. Juzuk
2. Beirut: Dar al-Fikr, t.t.
Ibn Idris al-Hassan al-Idris Dubai, Sahibus Samahah, “Tarian,
Nyanyian dan Sama’ dalam Tariqat Tasawwuf.”
Kertas kerja dibentangkan di Hotel Hilton sempena
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
135
Seminar Antarabangsa Dakwah Dan Tariqat
Tasawwuf pada 18-19 Ogos 2002.
Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-
‘Arabi, 1988.
Ismail Alias, “Pembentukan Minda Kelas Pertama Berdasar
Perspektif Psikologi (Kognitif),” Jurnal Pengurusan
Awam / Disember 2006. Http://www.myjurnal.my/public/article-
download.php?id=72522. Dicapai pada 23 Mei 2017.
Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Qasidah Menggunakan
Kompang, Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan,
t.t.
Kahhalah, Rida, Mu‘jam al-Mu’allifin, t.tp: t.p, t.t.
Al-Kattani, al-Hafiz ‘Abd al-Hayy bin ‘Abd al-Kabir, Risalah
fi Mashru‘iyyah al-Dhikr bi Ruqs wa Ijma‘ Turuq
Sufiyyah ‘ala Dhalik. Ed. Adnan Abdullah Zihar,
Beirut: Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, 2007.
Al-Laqqani, Ibrahim, Jauharah al-Tauhid (Permata Ilmu
Tauhid), Terjemahan Indonesia H. Mujiburrahman,
Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd., t.t.
Lukmanul Hakim Hanafi, Zulkifli Mohamad al-Bakri, Raja
Raziff Raja Shaharuddin, “Hiburan: Muzik, Nyanyian,
Nasyid Menurut Perspektif Fiqh Dan Fatwa, 96.”
jfatwa.usim.edu.my/index.php/jurnal/article/downloa
d/6/6 - Dicapai pada 23 Mei 2017.
Makhluf, Hasanin, Shajarah al-Nur al-Zakiyyah, t.tp: t.p, t.t.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
136
Al-Makki, Husayn bin Ahmad bin Muhammad al-Kaylani al-
Shafi‘i Al-Tahqiqat fi Sharh Waraqat, Amman: Dar al-
Nafa’is, t.t.
Al-Munawi, Imam ‘Abd al-Ra’uf, Fayd al-Qadir. Beirut: Dar
al-Fikr, t.t.
Muslim, Sahih Muslim. Kitab Salat ‘Aidin, Bab la Adhan wa
la Iqamah. Beirut: Dar al-Tsaqafah al-Arabiyah, t.t.
Nasaruddin Umar, Kajian Tematik Al-Qur’an tentang
Kemasyarakatan: Wanita dalam Perspektif al-Qur’an,
Bandung: Angkasa, 2008.
PondokTampin, “Buah tangan dari Turkie 15- Kesultanan
Empayer Osmaniah bertarekat tasawuf”,
http://pondoktampin.blogspot.my/2011/04/buah-
tangan-dari-turkie-15.html
Al-Rawi, Sheikh Muhammad Salih bin Murid, Fath al-Mubin
Mesir: Matbah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladu-
h bi l-Misr, t.t.
Refensi Makalah, “Sejarah dan Penyebaran Tarekat
Maulawiyah”, http://www.referensimakalah.com/2012/11/sejarah-dan-
penyebaran-tarekat-maulawiyah.html/ diakses pada 27
Disember 2017.
Said Nursi, Bediuzzaman, Al-Iman wa Takamul al-Insan
(Iman dan Manusia). Istanbul: Sozler Publication
2009.
Said, S.A., “Sama‘ dalam Tradisi,” ISLAMICA 7 (2) 2013.
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-
137
137
Al-Saqqaf, Sayyid Alawi bin Ahmad, Majmu‘ah Sab‘at al-
Kutub Mufidah, Mesir: Matbah Mustafa al-Babi al-
Halabi wa Awladu-h bi Misr, t.t.
Satriawinarah, “Tarekat dan Militer”.
(https://satriawinarah.wordpress.com/2014/01/08/tare
kat-dan-militer/ diakses pada 27 Disember 2017).
Al-Sayuti, Imam, al-Hawi li l-Fatawi, juzuk 2, t.tp: Maktabah
ar-Riyadh al-Hadithiyyah, t.t.
Al-Sayuti, Jami‘ al-Saghir, Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah, t.t.
Al-Sharwani al-Makki, ‘Abd al-Hamid bin Husayn al-
Dagestani, Hawashi al-Sharwani wa Ibn Qasim ‘ala
Tuhfat al-Muhtaj bi Sharh Minhaj Kitab al-Shahadat,
Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah 1996.
Zaini Dahlan, Sayyid, Dawlah al-Uthmaniyyah min Kitab
Futuhat al-Islamiyyah, Istanbul: Maktabah Haqiqah bi
Shari‘ Dar al-Shafaqah bi Fatih Istanbul Turki, t.t.
Al-Zirikli, al-A‘lam, Juzuk 1, t.tp: t.p, t.t
Recommended