View
236
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2017
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
13 JUN 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah
binti Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hajah Hasnah
binti Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia, Salam Sehati
Sejiwa & Salam NegaraKu Malaysia.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
4
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat
bagi bulan Jun 2017 pada pagi di
bulan Ramadan yang penuh dengan
keberkatan ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Forensik kerana telah mengatur dan
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan
begitu baik sekali.
5
3. Tidak terlambat rasanya untuk saya
mengucapkan selamat menjalankan
ibadah puasa dan solat terawih di
Bulan Ramadan ini. Semoga kita
semua mendapat keberkatan dari
Nya.
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN BULAN JUN 2017]
4. Puan Mariyam binti Mokhtar@Ahmad,
N19 dari Unit HRMIS, BKP telah
bersara pada 1 Jun yang lepas.
Setinggi penghargaan dan ucapan
6
ribuan terima kasih diucapkan beliau.
Jasa anda pada Jabatan Kimia
Malaysia tidak akan dilupakan.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, [MEDIA SOSIAL JABATAN KIMIA MALAYSIA]
5. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, bagi
yang masih belum mengetahuinya,
Jabatan Kimia Malaysia memiliki 3
akaun media sosial iaitu facebook,
twitter dan juga instagram. Saya amat
berharap agar semua Warga Kimia
7
supaya Follow, Share dan Like semua
akaun media sosial Kimia. Akaun
media sosial Kimia adalah seperti
berikut:
Facebook: Jabatan Kimia Malaysia
Twitter: @Kimia_Malaysia
Instagram: jabatankimiamalaysia
6. Media sosial merupakan salah suatu
wadah bagi memghubungkan jabatan
dengan masyarakat luar. Ianya
seharusnya dioptimumkan
sepenuhnya untuk tujuan
8
menghasilkan elemen ‘feel good
factor’ untuk penyebaran maklumat
kepada umum.
7. Saya merasa sedikit kecewa kerana
jumlah terkini warga kerja Kimia
secara keseluruhannya adalah 1,236
orang. Namun hanya segelintir yang
memberi respon kepada media sosial
Kimia. Saya menyeru agar semua
warga Kimia untuk bersama-sama
menaikkan rating media sosial Kimia
dengan like, share dan komen media
sosial Kimia tersebut.
9
Warga Kimia yang dikasihi sekalian,
[DISIPLIN]
8. Pada pagi ini, saya ingin menekankan
berkenaan isu disiplin dan saya ingin
memaklumkan kepada semua
berkenaan dengan Program
Pengupayaan Kendiri (PPK).
Program ini adalah satu kaedah
pengesanan awal/ pencegahan
terhadap kakitangn awam yang
menunjukkan masalah dalam
perkhidmatan. Ianya merupakan satu
10
program yang dibentuk dan perlu
dilaksanakan di peringkat jabatan
dengan teratur yang melibatkan
pelbagai masalah seperti kehadiran,
ponteng kerja, kod pakaian, ingkar
arahan dan lain-lain masalah disiplin
yang berbangkit/terjadi.
9. Isu disiplin perlu dipandang serius
oleh semua penjawat awam. Saya
menaruh keyakinan terhadap seluruh
warga Kimia dalam menjalankan tugas
dengan amanah, berdisiplin dan
11
bertanggungjawab. Bak kata perpatah
“Jangan biar nila setitik, rosak susu
sebelanga”.
10. Diingatkan juga kepada semua
pegawai penyelia untuk memantau
pegawai di bawah seliaan masing-
masing. Adalah menjadi tugas tiap-
tiap pegawai untuk menjalankan
kawalan dan pengawasan tatatertib ke
atas pegawai bawahannya dan
mengambil tindakan yang sesuai
dalam tiap-tiap hal pelanggaran
12
peraturan yang telah ditetapkan untuk
penjawat awam. Sekiranya pegawai
gagal menjalankan kawalan dan
pengawasan tatatertib ke atas
pegawai bawahannya, beliau boleh
disifatkan cuai dalam melaksanakan
tugasnya dan tidak bertanggungjawab,
dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
13
Tuan-tuan & Puan-puan sekalian,
[PEMATUHAN PERATURAN]
11. Saya berharap tuan/ puan dapat
mematuhi peraturan waktu bekerja di
bulan Ramadan iaitu pematuhan bagi
mereka yang memilih WB4 (pukul
7.30 pagi – 4.00 petang), WB5
(pukul 8.00 pagi – 4.30 petang) dan
WB6 (pukul 8.30 pagi – 5.00
petang). Rehat bagi bulan Ramadan
adalah setengah jam sahaja iaitu jam
1.00 hingga 1.30 petang. Manakala
14
hari Jumaat bermula jam 12.30 tengah
hari hingga 2.30 petang.
12. Saya juga ingin mengingatkan tuan/
puan, mulai 1 Julai 2017, tuan/ puan
akan dikenakan tindakan Surat
saman/ Surat tunjuk sebab jika
tidak mematuhi peraturan
berpakaian ke pejabat mengikut
peraturan – peraturan yang
berkuatkuasa. Diharap semua
Pengarah-Pengarah/ Ketua Seksyen/
Ketua Unit mengambil berat
15
berhubung perkara ini kerana
pemakaian tuan/ puan di pejabat
membawa imej Jabatan kepada
masyarakat luar.
13. Tuan/ Puan boleh dikenakan tindakan
tatatertib di bawah peraturan 6,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan tatatertib) tahun
1993 jika tidak mematuhi etika
pakaian ke pejabat.
16
Warga Kimia yang dikasihi sekalian,
[MAJLIS BERBUKA PUASA & KHATAM
AL-QURAN]
14. Bersempena dengan bulan Ramadan
yang mulia ini, pada esok hari, pihak
PEMURNI dengan kerjasama Kelab
Sukan & Kebajikan serta PUSPANITA
Kimia akan mengadakan Majlis
Berbuka Puasa & Khatam Al-Quran
bertempat di Dewan Syarahan
Forensik.
17
15. Majlis ini juga akan diserikan dengan
Program Penyampaian Sumbangan
Duit Raya kepada anak yatim, ibu
tunggal dan golongan yang
memerlukan dari kalangan warga Ibu
Pejabat, Jabatan Kimia Malaysia.
Saya ingin menyeru agar warga Kimia
memberikan kerjasama dalam
memberikan sumbangan dan turut
hadir dalam majlis tersebut.
18
16. Majlis seperti ini amat bermakna buat
kita semua kerana kita bukan sahaja
dapat berkumpul untuk berbuka puasa
bersama-sama, malah kita dapat
memberi sumbangan kepada warga
Kimia yang ditimpa musibah dan yang
memerlukan. Pemberian dapat
meningkatkan rasa ukhuwwah dan
persaudaraan kemanusiaan. Seperti
ungkapan, “tangan yang memberi
lebih baik dari tangan yang
menerima”. Semoga dengan
sumbangan ini sedikit sebanyak akan
19
memberikan keceriaan
kepada mereka semua dalam
menyambut Syawal nanti.
(Penutup)
17. Sebelum saya mengakhiri ucapan,
saya ingin mengucapkan ‘Selamat
Hari Lahir’ kepada warga Kimia yang
menyambut ulang tahun kelahiran
pada bulan Jun ini serta selamat
menjalani ibadah di bulan Ramadan
yang penuh keberkatan ini.
Perbanyakkan amalan, bersangka
20
baik, berbuat baik dan hindari sikap
negatif di bulan yang mulia ini.
18. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin
juga buat semua warga kerja KIMIA.
Bagi yang hendak pulang ke kampung
halaman nanti, berhati-hatilah di jalan
raya. Ingatlah orang yang tersayang...
Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun: Pucuk selasih bertunas menjulang, Dahannya patah tolong betulkan, Bulan yang mulia kembali menjelang, Salah & khilaf mohon dimaafkan…
21
Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Recommended