View
240
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA OKTOBER 2018
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA PUAN HAJAH ROSNAH AWANG
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
4 OKTOBER 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengacara Majlis
Yang Berusaha Dr. Cornelia Charito
Siricord @ Faridatul Akmar
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Pengarah-Pengarah Kanan
Pengarah-Pengarah Bahagian
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
3
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan Oktober 2018 pada
pagi yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
4
Pengarah Kanan serta warga kerja
Pusat Pengurusan Kualiti &
Penyelidikan kerana telah mengatur
dan menganjurkan Majlis
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan baik sekali.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[MESTECC BEBAS PLASTIK]
3. Seperti semua sedia maklum, YB
Menteri MESTECC telah melancarkan
Kempen “Let’s Breakup with Single-
Use Plastic” pada 7 September yang
5
lepas. YB Menteri telah memberikan 3
cabaran iaitu “No Single-Use Bottle”,
“No Straw” dan “No Plastic Wrap On
Food”.
4. Saya amat berharap agar semua
warga Kimia dapat bekerjasama bagi
menjayakan kempen ini. Pihak Kelab
Kimia telah menyahut cabaran ini di
mana semasa Kejohanan Badminton
Tertutup 2018 pada hari Sabtu lepas,
botol air mineral tidak diedarkan.
Sebaliknya semua peserta
6
menggunakan cawan yang boleh
diguna semula.
5. Pihak MESTECC juga sedang
mengadakan Cabaran Media Sosial
iaitu “Pertandingan Post Paling
Kreatif” untuk kempen ini yang akan
tamat pada 7 Oktober ini. Jadi
gunakan kreativiti anda untuk turut
serta dalam pertandingan tersebut.
PROJKM telah menghantar emel
hebahan mengenai pertandingan
tersebut, namun untuk maklumat
7
lanjut boleh berhubung dengan
PROJKM.
6. Kempen “Let’s Breakup with Single-
Use Plastic” ini tidak hanya terhad di
Ibu Pejabat sahaja, saya turut
menyeru semua Makmal Negeri serta
Cawangan untuk sama-sama
menjayakan program yang murni ini.
#plasticfreeMESTECC
#MESTECCputuscinta
8
Hadirin sekalian,
[KENAIKAN PANGKAT]
7. Untuk makluman, Encik Muhammad
Fauze bin Mohamad Ayob dari Kimia
Bintulu telah menerima pemangkuan
pangkat sebagai Pengarah Kimia
Sibu, Gred C52 bermula 1 Oktober
2018.
8. Tahniah saya ucapkan kepada beliau
dan selamat menerajui Kimia Sibu
dengan jayanya.
9
9. Berhubung dengan urusan kenaikan
pangkat lagi, sukacita saya umumkan
keputusan pengesahan kenaikan
pangkat kepada 8 pegawai C54, 6
pegawai C52 dan 8 pegawai C48.
Tahniah buat semua.
10. Pada 2 Oktober juga, Jabatan
menerima keputusan pemangkuan
C41/C44 Fleksi untuk 22 orang
pegawai C41. Seorang pegawai telah
dinaikkan pangkat ke Gred C44 Hakiki
dan 2 lagi pegawai yang sambung
10
belajar sebelum ini telah disahkan
kenaikan pangkat C41/C44Fleksi.
11. Tahniah sekali lagi kepada semua
yang terlibat.
[ANUGERAH PEMENTORAN KATEGORI
INDIVIDU]
12. Lagi berita baik untuk jabatan, Encik
Nor Azmi bin Abd. Karim, Pegawai
Sains di Bahagian Toksikologi, Pusat
Analisis Sains Forensik telah terpilih
sebagai penerima Anugerah
Pementoran Kategori Individu
11
berdasarkan keputusan Mesyuarat
Panel Penilai Anugerah Pementoran
Jabatan Perkhidmatan Awam yang
telah diadakan pada 21 September
2018 yang lepas.
13. Anugerah tersebut akan disampaikan
oleh YBhg. Datuk Borhan bin Dolah,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia pada 9 Oktober 2018 di
Jabatan Perkhidmatan Awam
sempena Persidangan Psikologi
Perkhidmatan Awam ke-23 Tahun
2018.
12
14. Tahniah Encik Nor Azmi (mohon ke
hadapan) dan tahniah jua buat
Urusetia Program Pementoran (PLKM
& BKP) yang menguruskan program
tersebut. Diharap program
pementoran yang dijalankan di Kimia
Malaysia dapat diteruskan untuk
meningkatkan pembangunan dan
kompetensi profesional, budaya,
peribadi dan sosial bagi pegawai baru.
13
[HARI SUKAN NEGARA]
15. Sambutan Hari Sukan Negara telah
diisytiharkan pada setiap hari Sabtu
minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun. Pada tahun ini, Hari Sukan
Negara telah diisytihar pada 13
Oktober 2018. Sehubungan itu,
Jabatan diminta untuk merancang
suatu aktiviti kesukanan pada hari
tersebut yang akan melibatkan
peserta Jabatan. Saya telah
berbincang dengan SU Kelab Kimia
14
yang akan menguruskan aktiviti ini
bersama AJK Kelab. Aktiviti yang
dikenalpasti akan diumumkan nanti.
Diharap semua warga Kimia turut
serta dalam program tersebut nanti.
16. Sambutan Hari Sukan Negara ini
merupakan suatu inisiatif Kementerian
Belia dan Sukan di mana ia adalah
satu langkah proaktif dalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah
‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
15
17. Bertepatan dengan Hari Sukan
Negara, Kejohanan Tertutup
Badminton Kimia Malaysia telah
dianjurkan pada Sabtu yang lepas.
18. Tahniah saya ucapkan kepada para
pemenang. Yang lain…cuba lagi.
Kalah menang adat bertanding.
19. Terima kasih serta tahniah jua buat
Kelab Sukan & Kebajikan serta
PUSPANITA Kimia yang telah berjaya
menganjurkan kejohanan ini.
16
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[BULAN BAHASA KEBANGSAAN]
20. Oktober semestinya bulan yang
dinanti-nantikan saban tahun oleh
pencinta bahasa. Ini kerana, seluruh
rakyat Malaysia akan menyambut
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK),
iaitu salah satu program tahunan
negara.
21. Bulan Bahasa Kebangsaan
merupakan suatu program yang
memfokuskan kempen cintai bahasa
Melayu yang dipelopori
17
penganjurannya oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka. Tujuan utama
pelaksanaan program ini adalah untuk
mendidik masyarakat berbilang
bangsa khususnya di Malaysia agar
dapat menyemarakkan dan
seterusnya memartabatkan bahasa
kebangsaan negara tersebut dalam
pelbagai aspek dan bidang yang boleh
memaju ke arah kelestarian bahasa
Melayu sebagai bahasa kelas dunia
yang praktikal dan realistik.
18
22. Untuk makluman awal, PEMURNI
Kimia dengan kerjasama Kelab Kimia
& Puspanita Kimia bercadang untuk
menganjurkan pertandingan Dikir
Barat serta Koir sempena Bulan
Bahasa tersebut.
Warga Kimia yang dikasihi,
[MESEJ INTEGRITI]
23. Di sini, saya ingin mengingatkan agar
warga Kimia untuk sentiasa
merancang pengurusan kewangan
serta permohonan pinjaman masing-
19
masing bagi memastikan tidak
berlakunya masalah keberhutangan
serius.
24. Sebagai peringatan, pegawai awam
hanya dibenarkan berhutang 60%
daripada emolumen dan mempunyai
baki gaji sekurang-kurangnya 40%.
Warga Kimia dipohon supaya
mematuhi surat-surat pekeliling dan
peraturan-peraturan yang berkuat
kuasa. Sekiranya pegawai masih tidak
mematuhi surat-surat pekeliling dan
berada dalam keberhutangan
20
kewangan serius sehingga
menjejaskan prestasi kerja maka,
tindakan tatatertib boleh diambil
terhadap pegawai tersebut di bawah
peraturan 4.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
[PERSIJILAN MS ISO/IEC 17025:2017]
25. Mulai tahun 2019, semua makmal-
makmal ujian, khususnya bukan
forensik, di Jabatan ini akan dinilai di
bawah Skim Akreditasi Makmal
Malaysia (SAMM) untuk persijilan MS
21
ISO/IEC 17025 yang baharu iaitu versi
tahun 2017, bagi menggantikan versi
tahun 2005. Semua dokumen kualiti
yang berkaitan dengan skim persijilan
ini perlu dikaji semula dan disesuaikan
dengan keperluan semasa.
26. Dokumen seperti Quality Manual,
Standard Operating Procedures,
borang-borang teknikal perlu dikemas
kini selaras dengan keperluan-
keperluan baharu dalam standard MS
ISO/IEC 17025:2017.
22
27. Pusat Pengurusan Kualiti dan
Penyelidikan, sedang giat menyiapkan
semua dokumen-dokumen yang
berkaitan untuk kegunaan semua
makmal di jabatan ini.
[MS ISO/IEC 17043 MALAYSIA
PROFICIENCY TESTING PROVIDER
(MYPTP) EXTENSION OF SCOPE AUDIT]
28. Seksyen Ujian Kemahiran Analisis
telah diaudit oleh Jabatan Standard
Malaysia untuk penambahan skop
akreditasi di bawah sistem MyPTP
23
pada 28 September yang lepas di
mana sebanyak 5 skim PT telah
dimohon untuk diakreditasikan.
Pasukan penilai telah membangkitkan
2 minor NCR dan 2 Observations.
[HARI INOVASI]
29. Hari Inovasi Jabatan Kimia Malaysia
peringkat Ibu Pejabat akan
berlangsung pada 23 Oktober 2018
ini. Program anjuran Pusat
Pengurusan Inovasi dan Kualiti
diadakan bertujuan untuk memupuk
24
dan meningkatkan budaya inovasi
dalam perkhidamatn awam,
khususnya di Jabatan Kimia Malaysia.
Budaya inovasi amat penting dan
telah dikenal pasti sebagai
sebahagian daripada elemen dalam
gerakan transformasi sektor awam
yang menyokong agenda peningkatan
daya saing Negara ini.
30. Pelbagai program telah diatur oleh
Pusat Pengurusan Inovasi dan Kualiti
sempena Hari Inovasi ini untuk semua
25
kakitangan seperti Ceramah Inovasi,
Pertandingan Anugerah Inovasi
Horizon Baharu KIK Kimia Malaysia,
Anugerah Inovasi & Kualiti
Pengurusan Makmal, Pertandingan
Penulisan Artikel & Kualiti, Cabaran
Inovasi (diadakan dengan kerjasama
Pusat Sains Negara) serta Cabaran
Kreativiti.
31. Semuanya pertandingan ini
menjanjikan hadiah-hadiah yang hebat
dan lumayan kepada para pemenang.
26
Semua kakitangan adalah dijemput
untuk turut serta bagi memeriahkan
program ini.
32. Adalah diharapkan, dengan
penganjuran Hari Inovasi yang penuh
dengan pelbagai aktiviti menarik ini,
akan dapat menyuntik semangat
warga kerja di jabatan ini untuk terus
kreatif dan inovatif dalam memperbaiki
dan meningkat mutu perkhidmatan
yang kita sediakan.
27
33. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, saya juga ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan Oktober ini.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Recommended