View
282
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
8/7/2019 Peringatan Minit
1/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
PENYATA PERSIDANGANPERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
HARI : JUMAATMASA : 9.00 MALAM (1 OGOS 2007)TEMPAT : BALAI SERBAGUNA KG.
JAWA
BERSATU BERSETIA BERKHIDMATGEMILANG CEMERLANG TERBILANG
1
8/7/2019 Peringatan Minit
2/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
PERGERAKAN PEMUDA UMNO (CAWANGAN KAMPUNG JAWA)BAHAGIAN PONTIAN
Ruj. Kami : PPU/CwKJ/Notis/2008(1)
Tarikh : 28 JULAI 2008
Kepada,
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap
Ahli Jawatankuasa
Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO
Cawangan Kampung Jawa.
Saudara,
NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
CAWANGAN KAMPUNG JAWA TAHUN 2008
Adalah dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu bersesuaian Fasal 20 Peraturan Pergerakan Pemuda dan Fasal 15
Perlembagaan UMNO mengkehendaki Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan-cawangan
dikehendaki mengadakan Persidangan Tahunan.
3. Untuk makluman saudara, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Jawa akan
mengadakan Persidangan Tahunan sebagaimana ketetapan berikut :
Hari / Tarikh : Jumaat / 01 Ogos 2008 :
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balai Serbaguna Kampong Jawa
Kehadiran saudara amatlah dialu-alukan untuk memastikan Persidangan tersebut dapatlah
dijalankan dengan sempurna. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas
kerjasama dan keperihatinan saudara dalam menjayakannya kelak.
Sekian, Wassalam.
BERSATU BERSEDIA BERKHIDMAT
Yang menjalankan tugas,
.
(ABDULL SHUKOR BIN ALI)
Pen. Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan.
s/k : - Pen. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian
- Saudara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan
- Ketua UMNO Cawangan
- Setiausaha UMNO Cawangan
2
8/7/2019 Peringatan Minit
3/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
AGENDA PERSIDANGAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPUNG JAWABAHAGIAN PONTIAN, 2008
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi.
2. Bacaan Doa.
3. Nyanyian Lagu Bersatu dan Ikrar Pemuda secara beramai-ramai oleh ahli-ahliyang hadir persidangan.
4. Pengumuman Pengerusi jumlah ahli Pergerakan yang hadir serta telahmenyempurnakan yuran tahunannya mengikut Fasal 25.1 dan 25.2Perlembagaan UMNO.
5. Ucapan Ketua Pemuda UMNO Cawangan.
6. Ucapan Ketua UMNO Cawangan.
7. Ucapan Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian.
8. Persidangan disambung semula.
8.1 : Pesanan Pengerusi persidangan mengenai tatacara persidangan8.2 : Membentangkan Peringatan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO
Cawangan Kg. Jawa tahun 2007.8.2.1 : Membentangkan Persidangan Tahun lalu
(Kertas Mesyuarat Bil. 1/2007)8.2.2 : Membentangkan laporan tahun lalu.
(Kertas Mesyuarat Bil. 2/2007)
8.2.3 : Membentangkan laporan Kewangan Berakhir31.12.2007.(Kertas Mesyuarat Bil. 3/ 2007)
8.3 : Memilih 2 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan keMesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian(Menurut Fasal 19.4.3 Peraturan Pemuda).
8.4 : Mencadangkan 2 nama untuk dipilih sebagai wakil Pergerakan PemudaUMNO Bahagian Pontian ke Perhimpunan Agong Pergerakan PemudaUMNO Malaysia.
9. Membentangkan dan membahaskan usul-usul (jika ada)
10. Tangguh Persidangan.
11. Ucapan Penangguhan.
12. Persidangan ditangguhkan
3
8/7/2019 Peringatan Minit
4/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
IKRAR PEMUDA
Kami Pemuda MalaysiaBersatu Dan Padu Tenaga
Berjuang Berkorban Jiwa RagaUntuk Ketahanan Bangsa
Pemuda Harapan NegaraMembela Dan Membuat Jasa
Membina Negara Kaya RayaIbu Pertiwi Malaysia
Mari Kita Bersatu Dan BerikrarMengaku Dan Bersumpah
Menjunjung Agama , Bangsa ,Negara
Bersungguh Dan Setia
Kami Pemuda MalaysiaMerupakan Benteng Yang Waja
Pertahan Kedaulatan AgamaSerta Bangsa Dan Negara
Lagu Umno :
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
Bersatu Kita BersatuDengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh BerpaduKita Rumpun Melayu
Bersama Kita BersamaMendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada BangsaAgama Dan Negara
Lambang Kita Yang GagahDipandang Mulia Dan Indah
BERSATU BERSETIA BERKHIDMATCogan Katanya
UMNO Terus MaraUntuk Rakyat Malaysia
(Ulang)
4
8/7/2019 Peringatan Minit
5/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
PERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
BAHAGIAN PONTIAN
PERINGATAN PERSIDANGANPERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
2007(KERTAS MESYUARAT BIL 1/2007)
PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
5
8/7/2019 Peringatan Minit
6/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
PERGERAKAN PEMUDA UMNO (CAWANGAN KAMPUNG JAWA)BAHAGIAN PONTIAN
PERINGATAN PERSIDANGAN
Tarikh : 13 Jun 2006
Masa : 8.45 malam
Tempat : Balai Serbaguna Kampong Jawa
1. HADIR
1.1 : En. Razali Bin Rosman, Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Caw. Kg.Jawa dan
1.2 : En. Juahir Bin Salamon, Ketua UMNO Caw. Kg.Jawa.
1.3 : 9 orang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampong Jawa.
2. JAWATANKUASA PENYELARAS- Tn. Haji Zulkifli Bin Rusad selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian.
3. PENGERUSI PERSIDANGAN- Persidangan dipengerusikan oleh En. Razali Bin Rosman, selaku Pengerusi Tetap
Persidangan.
4. BACAAN DOA
- Bacaan doa dipimpin oleh En. Abu Hairi Bin Hanafi.
5. NYANYIAN LAGU UMNO DAN IKRAR PEMUDA- Dinyanyikan oleh semua yang hadir.
6. PENGUMUMAN JUMLAH KEHADIRAN- Pengerusi Tetap mengumumkan kehadiran Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan
Seramai 9 orang.
7. UCAPAN EN. MOHD RASIDI BIN JAMARI KETUA PEMUDA UMNO
CAWANGAN KAMPONG JAWA.
7.1 : Mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatmengadakan persidangan pada hari ini.
7.2 : Mengalu-alukan kehadiran pada semua jemputan dan ahli Pemuda Umno
Cawangan Kampong Jawa.
7.3 : Mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas kehadiran ke Persidangan
Pemuda UMNO Cawangan Kampong Jawa.
7.4 : Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda Cawangan Kg. Jawa ataskerjasama yang telah diberikah sepanjang memegang jawatan Ketua Pemuda.
7.5 : Mengharapkan agar persidangan berjalan lancar.
6
8/7/2019 Peringatan Minit
7/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
8. UCAPAN EN. JUAHIR BIN SALAMON - KETUA UMNO CAWANGAN
KAMPONG JAWA.
8.1 : Mengalu-alukan kehadiran Ahli Pemuda UMNO cawangan dan parahadirin.
8.2 : Melahirkan rasa bangga atas kerjasama dari Pemuda, Pergerakan Wanita, kepadaCawangan dan juga kampong.
8.3 : Melahirkan penghargaan kepada Pemuda yang telah memberikan kerjasama dan
sokongan yang jitu yang membawa kejayaan cemerlang pada parti.
8.4 : Memohon maaf kerana tidak dapat bergerak cergas atas faktor kesihatan.
8.5 : Menggesa semua ahli pemuda merebut peluang yang sedia ada untuk menaiktaraf
kehidupan dan mengamalkan budaya hidup sihat.
8.6 : Menyeru agar semua ahli khasnya pemuda UMNO agar meraih peluang yang luas
daripada pihak kerajaan.
8.7 : Menyatakan penetapan tarikh Mesyuarat Cawangan.
8.8 : Projek membaikpulih jalan mungkin akan dilaksanakan pada tahun ini mengikut
Rancangan Malaysia ke-9 dianggarkan sebanyak RM400 ribu.
8.9 : Menyeru agar semua ahli pemuda bersatu bersama cawangan ke arah kemajuandan kemakmuran kampong dan parti.
9. UCAPAN TUAN HAJI ZULKIFLI BIN RUSAD - WAKIL KETUA UMNO
BAHAGIAN
9.1 : Ucapan alu-aluan dan menyampaikan salam Ketua Pemuda
9.2 : Mengucapkan tahniah dan syabas kerana berjaya melaksanakan persidangandengan kehadiran yang memuaskan walaupun persaingan dengan World Cup.
9.3 : Memperkenalkan rakan penyelaras En. Ghani Bin Sang
9.4 : Mengharapkan pemuda UMNO terus berjuang.
9.5 : Mengharapkan agar pemuda dapat menjalankan aktiviti tanpa memikirkankeuntungan kewangan dan menyarankan agar bergabung dengan cawangan
berhampiran dalam melaksanakan sesuatu projek.
9.6 : Menggalakkan pemuda agar aktif bersukan dan menyertai kejohanan peringkatdaerah dan DUN.
9.7 : Menyeru agar ahli pemuda dapat turut serta dalam aktiviti yang dijalankan olehpemuda bahagian.
9.8 : Mengharapkan dan mendoakan agar Ketua Umno Cawangan agar cepat sembuh.9.9 : Mengharapkan agar persidangan dapat dijalankan dengan lancar.
PERSIDANGAN DIMULAKAN.
10. PESANAN PENGERUSI TETAP :
En. Razali Bin Rosman, selaku Pengerusi Tetap mengingatkan agar ahli pemuda dapat
bermesyuarat dengan penuh harmoni dan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan. Beliau
juga berharap agar pemilihan dapat dijalankan dengan mengambil kira kreteria-kreteria yang
sesuai.
11. MEMBENTANGKAN PERINGATAN PERSIDANGAN TAHUN LALU :
7
8/7/2019 Peringatan Minit
8/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
Sdr. Fahmizam selaku Pen. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan mewakili
Setiausaha telah membentangkanPeringatan Persidangan Tahun 2005.
12. MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN
Sdr. Fahmizam selaku Pen. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan mewakiliSetiausaha telah membentangkan Penyata Tahunan 2005.
13. MEMBENTANGKAN LAPORAN KEWANGANSdr. Rosni Bin Paremen selaku Pen. Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan
telah membentangkan Laporan Kewangan.
14. MEMILIH 2 ORANG PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
CAWANGAN KE PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN PONTIAN.
14.1 : Sdr. Fahmizam Bin Juahir
14.2 : Sdr. Rosni Bin Paremen
15. MENCALONKAN DAN MEMILIH 2 ORANG PERWAKILAN PERGERAKANPEMUDA UMNO BAHAGIAN PONTIAN KE PERHIMPUNAN PERGERAKAN
PEMUDA UMNO MALAYSIA.
17.1 : En. Nik Bin Hassan17.2 : Naza Mohar Bin Pengiran
16. MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL
(Kertas Mesyuarat Bil. 4/04)
- Tiada
17. TANGGUH PERSIDANGAN
- Tuan Pengerusi Tetap menangguhkan persidangan ini tepat pada jam 10.45 malam.
20. UCAPAN PENANGGUHAN
20.1 : En. Juahir Bin Salamon mengharapkan agar AJK Pemuda dapat melaksanakan
tanggungjawab yang diberi dengan penuh semangat.
20.2 : En. Mohd Rasidi Bin Jamari mengharapkan agar perhubungan AJK Bahagian
dengan peringkat cawangan lebih berfungsi.
21. JAMUAN RINGAN
Disediakan oleh :
(ABDULL SHUKOR BIN ALI)
8
8/7/2019 Peringatan Minit
9/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
Pen. Setiausaha,
Pergerakan Pemuda UMNO
Cawangan Kg. Jawa.
9
8/7/2019 Peringatan Minit
10/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
PERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
BAHAGIAN PONTIAN
LAPORAN TAHUNANPERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
2006(KERTAS MESYUARAT BIL 2/2005)
PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
10
8/7/2019 Peringatan Minit
11/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
PERGERAKAN PEMUDA UMNO (CAWANGAN KAMPUNG JAWA)BAHAGIAN PONTIAN
1. Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan KampongJawa.
Pengerusi Tetap : En. Razali Bin RosmanTimb. Pengerusi Tetap : En. Misiran Bin Jonet
Ketua : Sdr. Mohd Rasidi Bin Jamari
Naib Ketua : Sdr. Fahmizam Bin Juahir
Pen. Setiausaha : Sdr. Abdul Shukor Bin AliPen. Bendahari : Sdr. Rosni Bin Paremen
Ahli Jawatankuasa :
i. Sdr. Iskandar Bin Othman
ii. Sdr. Ngasrol Bin Samien
iii. Sdr. Md. Ramzan Shah Bin Razaliiv. Sdr. Md. Faizal Bin Tugiman
v. Sdr. Faizal Bin Maulana
vi. Sdr. Mohd Hafiz Bin Sumadi
vii. Sdr. Mohd Razib Bin Rosman
Pemeriksa kira-kira : Sdr. Mohamad Zaini Bin Tugiman
Sdr. Mohd Rajak Bin Jamari
2. Senarai Pengerusi Biro-biro
Biro Politik Dan Ekonomi : Sdr. Mohd Rasidi Bin Jamari
Biro Ugama Dan Dakwah : Sdr. Iskandar Bin Othman
Biro Sukan : Sdr. Fahmizam Bin Juahir
Biro Keceriaan Kampong : Sdr. Mohd Hafiz Bin SumadiBiro Kerja-kerja Khas : Sdr. Md. Faizal Bin Tugiman
3. Aktiviti Pemuda
3.1 : Membantu dalam Majlis Sambutan Hari Raya penduduk Kampung Jawa.
3.2 : Menyertai dalam Pertandingan Bola Sepak peringkat DUN.3.3 : Membantu dalam Program Gotong Royong dan Menceriakan Kampong.
11
8/7/2019 Peringatan Minit
12/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
PERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
BAHAGIAN PONTIAN
PERINGATAN PERSIDANGANPERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
2006(KERTAS MESYUARAT BIL 3/2006)
PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPONG JAWA
12
8/7/2019 Peringatan Minit
13/13
Pemuda Umno Cawangan Kampong Jawa
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2006PERGERAKAN PEMUDA UMNOCAWANGAN KAMPUNG JAWABAHAGIAN PONTIAN, 2007
PENDAPATAN
Baki berakhir pada 31 Disember 2004 00.00
Sumbangan Ketua Pemuda 100.00
Sumbangan Naib Ketua Pemuda 50.00
Lain-lain 50.00
Jumlah 200.00
PERBELANJAAN
Penyata Persidangan 50.00
Jamuan Persidangan 150.00
Jumlah 200.00
Disediakan oleh :
..
(SDR. ROSNI BIN PAREMEN)
Pen. Bendahari
Pergerakan Pemuda UMNO
Cawangan Kg. Jawa
Disemak : Disemak :
..
(MUHAMMAD ZAINI BIN TUGIMAN) (MOHD RAJAK BIN JAMARI)
Pemeriksa Kira-kira Pemeriksa Kira-kira
UMNO Cawangan Kg. Jawa UMNO Cawangan Kg. Jawa
Disahkan oleh :
(MOHD RASIDI BIN JAMARI)
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Kg. Jawa.
13
Recommended