View
31
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
i
PERSEPSI PELAJAR ALIRAN VOKASIONAL TERHADAP KAUNSELING
KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA TENGAH,
MELAKA.
CHE NOR AZNONMIZA BT CHE AMAT
LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN ( KEJURUTERAAN AWAM )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :……………………………
Nama Penulis : CHE NOR AZNONMIZA BT CHE AMAT
Tarikh :……………………………...
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi
Untukmu Bonda yang dikasihi, Allahyarhamah Zaharah Bt Mohamed
Terima kasih di atas pengorbananmu. Walaupun tidak sempat melihat kejayaan
anakmu ini namun inilah berkat doamu yang mengiringi perjalanan hidupku.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu…
Abah yang dihormati dan dikasihi, Che Amat B.Ishak
Jasamu, doamu, nasihatmu, tunjukajarmu dan pengorbanamu akan kukenang hingga ke akhir hayat.
Buat keluarga, adik-adik yang sayangi
Terima kasih di atas segala doa, pengorbanan dan sokongan yang tidak pernah putus.
Akanku balas jasa kalian dengan kejayaan.
InsyaAllah…..
Teman Seperjuangan
Terima kasih segala sokongan, tunjur ajar, nasihat dan pengalaman yang kita kongsi
bersama. Semoga kita bersama-sama berjaya.
iv
PENGHARGAAN
Assalamuaikum W.B.T
Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan rahmatNya, maka akhirnya pengkaji dapat menyiapkan
penyelidikan ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga buat penyelia saya iaitu Tuan Hj.Kandar B.Selamat yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan sokongan sepanjang penyelidikan yang dijalankan.
Ribuan terima kasih kepada pihak Fakulti Pendidikan dan pihak pengetua
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka yang banyak memberi kerjasama
dan tunjuk ajar.
Ucapan terima kasih juga buat abah dan keluarga yang banyak membantu dan
memberi sokongan. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian. Juga buat
rakan-rakan seperjuangan yang banyak berkongsi ilmu sepanjang kajian ini
dilakukan. Tidak lupa kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam tempoh kajian ini dilakukan.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap
perkhidmatan kaunseling kerjaya bagi pelajar dalam bidang ketukangan kejuruteraan
dalam membantu pemilihan kerjaya. Objektif kajian untuk mengenalpasti aktiviti-
aktiviti, penyediaan maklumat dan sikap pelajar dalam kaunseling kerjaya. Kajian
ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian.
Sampel kajian terdiri daripada 162 orang responden yang dipilih secara rawak di
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka. Kajian rintis dijalankan iaitu
α=0.84 diperolehi. Soal selidik diproses dan dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science ( SPSS ) versi 12.0. Dapatan
kajian menunjukkan pelbagai aktiviti kaunseling kerjaya memperolehi min iaitu 3.72
yang berada pada tahap tinggi. Manakala penyediaan maklumat kerjaya dengan nilai
min 3.50 dan sikap pelajar memperolehi min 3.24 berada pada tahap yang sederhana.
Ini menunjukkan bahawa pelajar memberi persepsi positif terhadap aktiiviti
kaunseling kerjaya yang dijalankan. Cadangan lanjutan juga dibincangkan.
vi
ABSTRACT
This research is to identify engineering student’s perceptions towards career
counseling services in helping them to make the right choice of career. The
objectives are to identify activities, information preparations and the student’s
attitude in career counseling. The instrument of this research is through descriptive
survey. The sample involves 162 respondents chosen randomly in Sekolah
Menengah Teknik Melaka Tengah, Melaka. The results of the first research that had
been carried out is a α=0.84. Then, the survey description had been processed and
analyzed using Statistical Package for the Social Science ( SPSS ) version 12.0. The
results from it show that varieties of counseling activities that have been done
achieve the mean 3.72 which is still in high level. However the career information
preparation shows mean with only 3.50 and the students’ attitude with only mean
3.24 which is in intermediate level. This concludes that students show a positive
feedback towards career counseling. The follow up of this matter is being discussed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI LAMPIRAN x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-3
1.2 Sejarah Perkembangan Bimbingan di Sekolah 4
1.3 Latar Belakang Masalah 5-6
1.4 Pernyataan Masalah 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
viii
1.8 Kepentingan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Persepsi 10
1.9.2 Kaunseling 11-12
1.9.3 Kerjaya 12
1.9.4 Kesedaran Kerjaya 12-13
1.9.5 Pendidikan Teknik dan Vokasional 13-14
1.9.6 Sikap 15
2.0 Rumusan 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Matlamat Pendidikan Kerjaya 16-18
2.3 Keperluan Maklumat Kerjaya 18-20
2.4 Aktiviti Kaunseling Kerjaya 20
2.4.1 Sesi Kaunseling 21-22
2.4.2 Penilaian Diri 23
2.5 Kerjaya Voksional 23-25
2.6 Keperluan Sikap Pelajar 25
2.7 Kerangka Teori Kaunseling Kerjaya 25
2.7.1 Teori Holland 26
2.8 Kajian-kajian Lepas 27-28
2.9 Rumusan 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN
.3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30-31
3.3 Lokasi Kajian 31
ix
3.4 Sampel Kajian 31-32
3.5 Instrumen Kajian 32
3.5.1 Instrumen Bahagian A 32
3.5.2 Instrumen Bahagian B 33
3.6 Kajian Rintis 34
3.7 Prosedur Kajian 35
3.8 Analisis Data 36-37
3.9 Rumusan 38
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data Bahagian A 40
4.2.1 Jantina 40
4.2.2 Bangsa 41
4.2.3 Pengkhususan 41-42
4.2.4 Tempat Tinggal 42
4.3 Analisis Data Bahagian B 43
4.3.1 Analisis Persoalan 1 44-46
4.3.2 Analisis Persoalan 2 47-49
4.3.3 Analisis Persoalan 3 50-54
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Perbincangan 55
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 56
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 56
5.2.2.1 Persoalan Kajian 1 57-58
5.2.2.2 Persoalan Kajian 2 59-60
x
5.2.2.3 Persoalan Kajian 3 61-63
5.3 Rumusan 63-65
5.4 Cadangan 65-67
5.4.1 Pelajar 63
5.4.2 Guru 63-64
5.4.3 Pihak Sekolah 64-65
5.5 Cadangan Lanjutan 67
5.6 Penutup 68
BIBLIOGRAFI
Bibliografi 69-72
xi
SENARAI SINGKATAN
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
KP - Kurang Pasti
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
SPSS - Statistical Package For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
% - Peratus
f - Frekuensi
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 33
3.2 Pemeringkatan Skala Likert 36
3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 35
3.4 Skala Pemeringkatan Skor Min 37
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 40
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 41
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Pengkhususan 41
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Tempat Tinggal 42
4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus, Min Aktiviti
Yang Dijalankan Bagi Membantu Pemilihan Kerjaya Pelajar. 44
4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus, Min
Penyediaan Maklumat Kerjaya. 47
4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus, Min Sikap
Pelajar Terhadap Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya. 50-51
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 73-77
B Jadual Penentuan Saiz Sampel 78
C Surat Kementerian Pelajaran (EPRD)79-80
D Surat JPN Melaka 81
E Cronbach’s Alpha Kajian Rintis 82-83
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perubahan ekonomi, globalisasi dan perubahan teknologi memberi kesan
secara langsung terhadap dunia pekerjaan. Seiringan dengan perubahan yang berlaku
sesetengah pekerjaan terhapus, sebaliknya bidang pekerjaan baru yang belum
diketahui dahulu diperkenalkan. Perubahan yang berlaku dalam dunia pekerjaan
mempengaruhi pasaran kerja dan penawaran terhadap bidang latihan dan pendidikan
di pusat-pusat latihan serta institusi pengajian tinggi.
Kerjaya adalah satu bidang kehidupan yang amat kompetetif dalam
masyarakat moden. Pendidikan dan keluarga memberi kesan tertentu terhadap
pilihan, pengurusan, masalah yang dihadapi oleh golongan graduan mahupun pelajar.
Mobiliti sosial melalui pendidikan banyak bergantung kepada peluang-peluang
terbuka pekerjaan, kesedaran kerjaya, perancangan sumber manusia, k-ekonomi
permintaan dan persaingan. Matlamat program perkembangan kerjaya di sekolah
menengah bertujuan untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran kerjaya
pelajar seiring dengan pengetahuan dan kemahiran akademik.
2
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992), usaha memberi fokus kepada
penguasaan pengetahuan bahasa, kemahiran dan kecekapan dalam bidang sains dan
teknologi ke tahap optimum boleh dilakukan pertamanya dengan memberi
penekanan dalam proses pendidikan untuk mempertingkatkan keupayaan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ke arah pencapaian kecemerlangan.
Sesungguhnya kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting dalam
kehidupan manusia. Mengikut Kamus Dewan Bahasa (1997) kerjaya adalah sebagai
satu perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan yang
dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara untuk mencari
nafakah. Ringkasnya kerjaya merupakan sesuatu persediaan yang dilakukan oleh
seseorang sebelum ia melibatkan diri ke alam pekerjaan tersebut. Sidek Mohd Noah
(2002), membuat kesimpulan bahawa kerjaya termasuklah segala persediaan sebelum
seseorang itu menceburkan diri dalam dunia pekerjaan sebenar dan juga peranan-
peranan lain yang dilakukan olehnya selepas bersara. Kerjaya juga merangkumi
pemilihan sesuatu pekerjaan, melaksanakan tugas yang diamanahkan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti selepas bersara bertujuan memenuhi keperluan fizikal,
mental, rohani dan psikologi individu.
Kesedaran kerjaya penting di setiap tahap perkembangan kerjaya.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya menekankan aspek kesedaran
kerjaya bagi mempastikan proses perkembangan kerjaya seseorang itu berjalan
dengan baik. Bagi membolehkan seseorang pelajar itu mempunyai perkembangan
kerjaya yang baik, adalah perlu mendapatkan kesedaran kerjaya yang sewajarnya.
Rohany Nasir (2003) dalam tulisannya mengulas bahawa tidak dinafikan pentingnya
peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya di setiap tahap
perkembangan kerjaya bagi memastikan seseorang individu mempunyai kesedaran
kerjaya.
Mohd.Khairul B.Ismail (2003), Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di
sekolah bertanggungjawab merancang serta melaksanakan program dan aktiviti
kaunseling kerjaya. Program yang dijalankan boleh membimbing pelajar dengan
memberi input tentang kerjaya dari segala perspektif berdasarkan situasi ekonomi
nergara dan kehendak organisasi yang memerlukan tenaga pekerja yang terlatih dan
3
berkelayakan. Ini merangkumi perkhidmatan membimbing pelajar dalam
menguruskan masa, membantu mendapatkan pengalaman pekerjaan, memberi
galakan ke arah penerokaan dan pemilihan kerjaya, menyediakan sistem sokongan
kepada bakal graduan dan para pelajar dalam proses membuat keputusan kerjaya dan
proses transisi ke alam kehidupan selepas menamatkan persekolahan.
Kesedaran kerjaya juga akan mempengaruhi pilihan dan aspirasi kerjaya.
Seseorang individu akan mula mengidentifikasikan diri dengan sesuatu bidang
pekerjaan yang mereka kenali dan sukai yang akhirnya akan mempengaruhi pilihan
dan aspirasinya terhadap sesuatu pekerjaan.
Matlamat Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah untuk membentuk dan
membina pelajar Teknikal dan Vokasional untuk menjadikan insane yang seimbang
yang progresif, kreatif, inovatif, berfikiran kritis dan beretika luhur kearah
pembangunan teknologi dan ekonomi negara. Dengan terlaksananya program ini,
maka keperluan masyarakat dan negara dapat dipenuhi dengan melahirkan satu
kumpulan pekerja mahir manakala keperluan individu boleh dipenuhi dengan
menjadikan mereka yang produktif, berdikari dan ahli masyarakat yang boleh
menyumbangkan kepada masyarakat amnya dan negara khususnya.
Dasar perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah digerakkan
oleh perkembangan di dalam pendidikan dan terutamanya di sektor-sektor luar
seperti pembangunan ekonomi. Secara prinsipnya, pendidikan ini adalah selari
dengan dasar pembangunan sumber manusia di negara ini.
Terdapat banyak faktor yang menunjukkan bahawa pendidikan vokasional
adalah semakin penting dan kian berkembang. Pendidikan yang diberikan adalah
berfungsi dan relevan kepada individu dan masyarakat. Kita juga harus mengelakkan
berlakunya pengangguran di kalangan pelajar teknik dan vokasional. Pendidikan ini
menawarkan program teknologi yang lebih rigorous bagi membolehkan pelajar
berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan
kejuruteraan. Melalui cara ini, negara akan mendapat melahirkan tenaga kerja yang
berpengetahuan inggi, berketrampilan dan mengamalkan nilai murni.
4
1.2 Sejarah perkembangan bimbingan di sekolah
Pada tahun 1963, perkhidmatan bimbingan mula diperkenalkan di sekolah-
sekolah menengah, iaitu berikutan dengan Perakuan Suruhanjaya UNESCO melalui
Russel K.Mackenzie, seorang pakar Rancangan Colombo. Pada tahun 1962 hingga
1963, beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan
negeri dalam beberapa aspek bimbingan. Hasil dari latihan itu, senaskah buku
Perkhidmatan Panduan di Sekolah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan
diedarkan kepada sekolah-sekolah pada tahun 1966.
Seminar bimbingan telah diadakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pada
tahun 1968. Pada tahun yang sama, surat pekeliling KP 5209/30/(30) bertarikh 1
September 1968 telah dihantar kepada ketua jabatan pendidikan di setiap negeri
untuk mengarahkan Guru Besar menyediakan kemudahan asas kepada guru-guru
tentang panduan dan kerjaya dengan tujuan melicinkan perkhidmatan tersebut.
Pada awal tahuan 1973, Unit Panduan Pendidikan dan Kerjaya ditukarkan
dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan kepada Bahagian Sekolah-
sekolah. Di peringkat awal, penekanan bimbingan di negara kita ialah terhadap
bimbingan kerjaya. Mulai awal tahun 1980, penekanan berubah kepada bimbingan
dan kaunseling pendidikan, peribadi, kerjaya,sosioemosi dan pencegahan
penyalahgunaan dadah.
Persatuan kaunselor Malaysia (PERKAMA) dan Malaysia Vocational and
Guidance Association (MAVOGA) ditubuhkan untuk mempergiatkan lagi aktiviti-
aktiviti bimbingan dan kaunseling. PERKAMA ialah sebuah organisasi yang
berbentuk professional dan mempunyai ahli-ahli yang berdedikasi, sentiasa bertujuan
untuk meninggikan nilai mutu potensi dan keistimewaan setiap individu serta
bersedia menghulurkan perkhidmatan bakti untuk masyarakat.
5
1.3 Latar Belakang Masalah
Perkhidmatan kaunseling kerjaya menekankan aspek kesedaran kerjaya bagi
mempastikan proses perkembangan kerjaya seseorang itu berjalan dengan baik.
Dunia pekerjaan juga amat luas serta jauh berbeza daripada dunia pesekolahan. Oleh
itu, peranan sekolah khususnya guru bimbingan dan kaunseling supaya memastikan
setiap pelajar dibekalkan dengan cukup pengetahuan tentang diri dan pekerjaan
dalam pelbagai bidang kejuruteraan.
Menurut Mohd.Yunus Muhammad Noor (1994) melalui peninjauannya, ada
yang memikirkan bahawa bimbingan kerjaya di sekolah hanya setakat mengadakan
perjumpaan kelab kerjaya sekali sebulan atau kadang-kadang memanggil seorang
pensyarah jemputan yang akan memberi ceramah tentang profesion masing-masing.
Pengkaji ingin mengkaji persepsi pelajar terhadap pelaksanaan program-program
kaunseling kerjaya dan penyediaan maklumat kerjaya sekaligus mempengaruhi sikap
pelajar.
Dalam alam persekolahan setiap pelajar wajar memperolehi maklumat yang
tepat dan mutakir tentang kerjaya. Malahan khidmat kerjaya sewajarnya mudah
diperolehi semua ahli masyarakat tidak mengiran peringkat umur. Bagi menentukan
khidmat kerjaya dapat disampaikan dengan sempurna, wajarlah khidmat tersebut
disampaikan oleh kaunselor yang terlatih dalam bidang kerjaya. Pembangunan
negara yang menyerlah ini akan memerlukan pelbagai jenis pekerjaan bagi
menampung pertumbuhan dalam bidang industri pengeluaran dan perkhidmatan.
Sehubungan dengan itu, kesedaran tentang peluang kerjaya penting bagi pelajar agar
dapat menceburi masa depan alam pekerjaan yang diminatinya.
Menurut Rohany Nasir (2003), pelajar sekolah khususnya pelajar sekolah
menengah sering menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Antara masalah-
masalah yang berkaitan ialah tidak dapat membuat keputusan, kurang maklumat
tentang diri dan kerjaya, tiada kepastian tentang kerjaya yang akan dipilih, kurang
minat untuk merancang atau melihat ke hadapan dan tidak mampu menyelesaikan
masalah.
6
Peranan dan kepentingan pendidikan vokasional jarang dipersoalkan. Ini
dibuktikan dari pertambahan bilangan lulusan pendidikan vokasional pada setiap
tahun terutama dari Kursus Aliran Kemahiran. Namun begitu, sebilangan pelajar ini
seringkali menemui masalah kerjaya. Menurut Safiah Mat Nor (1997), mereka tidak
berupaya menghubungkan di antara latihan yang diperolehi dengan situasi untuk
pekerjaan. Akibatnya, ramai memilih jenis pekerjaan yang tidak sealiran dengan
latihan.
Menurut Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (1995). Kementerian
Pendidikan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1964 dan bertanggungjawab
membangunkan Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam negara. Keberkesanan
pelaksanaan program PTV banyak bergantung kepada keupayaan pelajar atau pelatih
yang menceburi bidangnya. Kegagalan pelajar mengikuti program yang dianjurkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan akan menyulitkan pihak perindustrian untuk
mendapatkan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Menurut Baharudin (1993)
dalam kajiannya menyatakan bahawa, peningkatan taraf dan pertambahan bilangan
serta penyusunan semula kurikulum Peningkatan Teknik dan Vokasional tidak
bermakna sekiranya sambutan daripada masyarakat dan golongan pelajar khasnya
tidak memberangsangkan.
Pemilihan kerjaya adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan ini. Ia
satu perjalanan yang panjang di mana kita akan membuat perubahan kerjaya yang
terbit sama ada dari kesedaran diri sendiri atau sebagai reaksi kepada kejadian yang
berlaku dalam hidup kita.
Ini merangkumi perkhidmatan membimbing pelajar dalam menguruskan
masa, membantu mendapatkan pengalaman pekerjaan, memberi galakan ke arah
penerokaan dan pemilihan kerjaya, menyediakan sistem sokongan kepada bakal
graduan dalam proses membuat keputusan kerjaya dan proses transisi ke alam
kehidupan selepas menamatkan persekolahan atau pengajian.
7
1.4 Pernyataan Masalah
Pengkaji ingin mengkaji persepsi pelajar aliran vokasional dalam bidang
ketukangan kejuruteraan (elektrik, elektronik, amalan bengkel mesin, kimpalan dan
fabrikasi logam, automotif, binaan bangunan serta penyejukkan dan penyamanan
udara) terhadap kaunseling kerjaya
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :
1. Mengenalpasti perkhidmatan kaunseling kerjaya di sekolah yang dikaji
menjalankan aktiviti membantu pelajar memilih pekerjaan.
2. Mengenalpasti perkhidmatan kaunseling kerjaya di sekolah yang dikaji
menyediakan maklumat tentang kerjaya kepada pelajar.
3. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya yang
dijalankan di sekolah tersebut.
8
1.6 Persoalan Kajian
Persoalan –persoalan yang timbul ialah :
1. Apakah perkhidmatan kaunseling kerjaya di sekolah yang dikaji menjalankan
aktiviti untuk membantu pelajar memilih kerjaya?
2. Apakah perkhidmatan kaunseling kerjaya di sekolah yang dikaji
menyediakan maklumat kerjaya kepada pelajar?
3. Apakah perkhidmatan kaunseling kerjaya di sekolah mempengaruhi sikap
pelajar?
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah terbatas kepada pelajar-pelajar tingkatan
empat sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah,Bukit
Katil, Melaka dalam aliran vokasional dalam bidang ketukangan kejuruteraan
(elektrik, elektronik, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi logam,
automatif, binaan bangunan serta penyejukan dan penyamanan udara). Responden
terdiri daripada pelajar tingkatan empat kerana tahap kematangan mereka lebih tinggi
berbanding pelajar menengah rendah. Selain daripada itu, mereka mula didedahkan
dengan pelbagai bidang kerjaya dan boleh membuat pemilihan subjek yang
bersesuaian dengan kerjaya yang mereka minati.
Recommended