View
250
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR
DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH)
GHANDISWARI A/P PANIANDI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
Saya mengesahkan bahawa saya telah membaca tesis ini dan saya berpendapat tesis
ini mencukupi ciri-ciri dalam konteks skop dan kualiti bagi penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia).
Tandatangan : ……………………………..
Nama Penyelia : PM Dr. Mohd. Yusof Arshad
Tarikh : ……………………………...
iii
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR
DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH)
GHANDISWARI A/P PANIANDI
Tesis dihantar sebagai memenuhi salah satu syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Mei 2009
iv
Saya mengesahkan bahawa tesis saya yang bertajuk “persepsi pelajar terhadap saintis
dan kefahaman pelajar dalam sains (sekolah menengah)” adalah hasil kajian saya
sendiri kecuali petikan yang diambil seperti yang dicatat dalam rujukan. Belum ada
sesiapa yang membuat tesis dalam tajuk seperti ini sama ada untuk ijazah sarjana
muda atau ijazah lain.
Tandatangan : ……………………………………
Nama : GHANDISWARI A/P PANIANDI
Tarikh : ……………………………………
v
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan kepada P.M.Dr.Yusof Arshad, selaku penyelia projek sarjana
muda, yang begitu dedikasi dan bersungguh-sungguh membantu, memberi tunjuk
ajar dan membimbing sepanjang masa dalam menyiapkan kerja ilmiah ini.
Kesanggupan beliau meluangkan masa yang amat bernilai dan memberi cetusan idea
yang bernas telah menguatkan azam saya untuk menyempurnakan projek sarjana
muda ini dengan lebih baik dan bermutu.
Ucapan terima kasih juga ditunjukkan kepada pengetua, guru-guru,
pelajar-pelajar sekolah di daerah Skudai, Johor Bahru serta pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan
sepanjang tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga kepada panel pemeriksa dan
teman-teman seperjuangan di Universiti Teknologi Malaysia atas galakan, bimbingan
dan nasihat yang diberikan dalam menyempurnakan kerja ilmiah ini.
Akhir sekali, ribuan terima kasih ditujukan kepada ahli-ahli keluarga
yang kasihi yang sentiasa memberi motivasi dan semangat serta mendoakan kejayaan
saya. Semoga segala jasa baik yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal
daripada Tuhan.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah
terhadap imej saintis dan kefahaman mereka dalam sains. Sampel bagi kajian ini
adalah 150 pelajar tingkatan 2 dan 4 di sekolah sekitar daerah Skudai, Johor Bahru.
Instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah melalui soal selidik
yang diedar kepada para pelajar untuk dijawab dalam masa empat puluh minit.
Instrumen ‘Draw a Scientist Test’ di guna bagi mengkaji persepsi terhadap imej
saintis dan soalan berbentuk likert bagi menguji kefahaman dalam sains. Data
diperoses menggunakan perisian SPSS dan ‘Microsoft Excel’. Mengikut keputusan
yang diperolehi daripada kajian adalah walaupun imej terhadap saintis masih
stereotaip tetapi tidak tidak terlalu negatif seperti yang dilaporkan dahulu. Ia telah
mengalami perubahan. Manakala kefahaman pelajar dalam sains adalah pada takat
sederhana secara keseluruhan dan pelajar mempunyai minat yang mendalam dalam
memperolehi ilmu sains.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study was to investigate perception of secondary school
students’ towards image of scientist and their understanding in science. Sample for
this study are 150 students from form 2 and form 4 in schools around Skudai, Johor
Bahru. The instrument used in this research was a set of questionnaire and students
were asked to answer in forty minutes. Instrument “A Draw a Scientists Test” was
used to investigate students’ perception towards scientist, and Likert scale questions
was used to test students’ understanding in science. The data was analysed using
SPSS software and Microsoft Excel. According to the finding obtained in the
research, even though image of a scientist is still stereotype but it is not very negative
as previous reported. The image has undergone changes. While the students
understanding in science is at the moderate level overall and students have deep
interest in acquiring science knowledge.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PERAKUAN iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI GRAF xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENGENALAN 1
Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Skop kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
ix
2 SOROTAN KAJIAN 10
Pengenalan 10
2.1 Imej Stereotaip Terhadap Saintis 10
2.2 Kefahaman Masyarakat Dalam Sains 11
3 METEDOLOGI KAJIAN 14
Pengenalan 14
3.1 Reka Bentuk Kajian 14
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 15
3.2.1 Latar Belakang Sampel 15
3.3. Tatacara Kajian 18
3.4 Instrumen Kajian 19
3.5 Kaedah Analisis Data 19
3.6 Kajian Rintis 20
4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 21
Pengenalan 21
4.1 Persepsi Terhadap Imej Saintis 21
4.1.1 Persepsi Pelajar Sekolah Menengah
Terhadap Imej Saintis Secara Keseluruhan 22
4.1.2 Persepsi Terhadap Imej Saintis Antara
Pelajar Perempuan Tingkatan 2 dan 4 24
4.1.3 Persepsi Terhadap Imej Saintis Antara
Pelajar Lelaki Tingkatan 2 dan 4 25
4.2 Kefahaman Pelajar Dalam Sains 27
4.2.1 Minat Pelajar Dalam Mengikuti Beberapa
Jenis Bidang Isu Semasa di Media Massa 28
4.2.2 Pengetahuan Pelajar Dalam Mengikuti
Beberapa Jenis Isu Semasa di Media Massa 30
4.2.3 Tempat Kegemaran Pelajar Mendapat
Sumber Maklumat Sains 31
4.2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Sains 33
4.2.5 Kefahaman Pelajar Tingkatan 2 dan 4
Dalam Aspek Bidang Perubatan 37
x
4.2.6 Kefahaman Pelajar Tingkatan 2 dan 4
Dalam Aspek Bidang Sains Fizikal 43
4.2.7 Kefahaman Pelajar Tingkatan 2 dan 4
Dalam Aspek Bidang Sains Biologikal 46
4.3 Kesimpulan 50
5 RUMUSAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN KAJIAN
LANJUTAN 51
Pengenalan 51
5.1 Rumusan 51
5.2 Implikasi Kajian 52
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 53
5.4 Penutup 53
RUJUKAN 54
LAMPIRAN 57-71
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan sample mengikut jantina 15
3.2 Taburan sampel mengikut bangsa 16
3.3 Taburan sampel mengikut agama 16
3.4 Taburan sampel mengikut tingkatan 17
3.5 Taburan sampel mengikut tempat tinggal 17
3.6 Taburan sampel mengikut gred pencapaian dalam mata
pelajaran Sains 17
3.7 Jadual penentu tahap kefahaman pelajar dalam Sains 20
4.1 Maklumbalas pelajar terhadap imej saintis 22
4.2 Taburan persepsi pelajar terhadap Sains 34
4.3 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam
aspek bidang Perubatan 38
4.4 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam
aspek bidang Sains Fizikal 43
4.5 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam
aspek bidang Sains Biologikal 47
xii
SENARAI GRAF
NO GRAF TAJUK MUKA SURAT
4.1 Perbandingan antara pelajar perempuan tingkatan 2 dan 4
terhadap imej saintis 24
4.2 Perbandingan antara pelajar lelaki tingkatan 2 dan 4
terhadap imej saintis 26
4.3 Taburan minat pelajar dalam mengikuti beberapa jenis
Bidang isu semasa di media massa 28
4.4 Taburan tahap pengetahuan pelajar dalam mengikuti
beberapa jenis isu semasa di media massa 30
4.5 Taburan tempat kegemaran pelajar mendapat sumber
maklumat Sains di mana media sebagai saluran maklumat 32
4.6 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam
Bidang Perubatan 42
4.7 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam
Bidang Sains Fizikal 46
4.8 Taburan kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam
Bidang Sains Biologikal 49
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 57
B Surat kebenaran mendapat kelulusan daripada
EPRD (KPM) 69
C Surat kebenaran mandapat kelulusan daripada
JPN (Johor) 71
BAB 1
PENGENALAN
Pengenalan
Bagi masyarakat, sains biasanya merujuk kepada satu bidang aktiviti yang
sangat luas. Sains dibahagi kepada dua cabang iaitu sains asas (basic science) dan
sains gunaan (applied science). Sains asas merujuk kepada ciri di mana saintis
mencari dan menimba pengetahuan untuk kepentingan diri sendiri manakala sains
gunaan adalah di mana saintis meneroka atau mencari penyelesaian bagi masalah-
masalah yang timbul. Definisi bagi sains dalam skop yang luas merangkumi
kumpulan para pengkaji teknologi yang membangunkan serta mereka bentuk produk-
produk baru bagi kemajuan sains dan teknologi dengan pengetahuan asas (Weigold,
2001).
Pada tahun 1986, Friedman, Dunwoody dan Rogers telah memberi definisi
bagi perkataan sains dalam skop yang luas. Mengikut mereka, sains merujuk kepada
kehidupan, biologi, sains fizik, sains persekitaran, teknologi dan kejuruteraan.
Apabila dikata ‘penulisan sains’ ia termasuk skop di atas dan juga aspek lain seperti
politik, ekonomi serta aspek sosial dalam sains.
Memandangkan sains ada dalam hampir kesemua bidang, adalah patut untuk
kita mempunyai pengetahuan sains. Barulah kita dapat memahami proses sains yang
berlaku di sekitar kita. Aspek ini telah diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan di mana tumpuan diberi kepada pembangunan ‘human capital ’iaitu
modal insan khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Pendidikan telah diberi
2
keutamaan paling tinggi untuk melahirkan tenaga kerja yang bersantifik dalam
rancangan tersebut.
Selain itu, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah
dalam satu ucapan pembukaan symposium di Dewan Sa’adah Wisma Muis di Kota
Kinabalu, Sabah pada 14hb Ogos 2008 ada menegaskan hal ini. Beliau mengatakan
bahawa untuk mencapai Wawasan 2020 kita harus meningkatkan tahap sains dan
teknologi untuk berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Bagi
mencapai tahap tersebut Malaysia harus berusaha keras bagi membentuk sebuah
masyarakat cerdik sains. Masyarakat tersebut bukan sahaja boleh memahami
pengetahuan saintifik tetapi juga berkebolehan menukar pengetahuan sains mereka
kepada kegunaan praktikal dalam kehidupan seharian. Proses pembentukkan
masyarakat berpendidikan sains sudah semestinya bermula di sekolah. Ini kerana di
situlah tempat pendidikan formal bermula bagi setiap orang.
Sebarang maklumat tentang sains dan imej saintis dikumpul oleh kanak-
kanak sejak kecil lagi mempengaruhi persepsi mereka terhadap saintis (McAdam,
1990). Seterusnya ini akan memberi kesan kepada kelakuan mereka terhadap sains
dan saintis dan minat mereka dalam kursus serta pekerjaan yang berkaitan sains
kelak. Oleh yang demikian, pengetahuan saintifik dan persepsi terhadap saintis
saling berkait antara satu sama lain. Jika imej yang dibentuk oleh pelajar terhadap
saintis adalah negatif maka minat mereka untuk belajar dan menimba ilmu
pengetahuan sains akan terjejas.
Pada zaman kini pekerjaan saintis diceburi oleh lelaki dan juga wanita. Ia
bukan satu pekerjaan yang dimonopoli oleh golongan lelaki sahaja. Tugas saintis
adalah untuk meneroka alam semula jadi dan menemui prinsip-prinsip asas. Saintis
juga ada ketikanya melakukan kerja-kerja kejuruteraan dalam melakukan
pegubahsuaian radas eksperimen. Oleh yang demikian sering kali berlaku kekeliruan
antara tugas saintis dan jurutera.
3
Kajian ini akan meninjau persepsi yang dimiliki oleh pelajar terhadap saintis.
Adakah mereka memahami bidang atau tugas seorang saintis? Selain itu, pengkaji
juga akan meninjau kefahaman konteksual yang dimiliki oleh pelajar dalam aspek
sains.
1.1 Latar Belakang Masalah
Zaman moden yang serba canggih ini banyak kemajuan teknologi yang telah
dicapai oleh negara. Akan tetapi, kekeliruan tentang imej sesuatu pekerjaan masih
berlaku. Ini paling ketara berlaku dalam bidang sains. Saintis bukan sahaja satu-
satunya kerjaya yang mempunyai masalah imej. Peguam sering kali digambarkan
sebagai seorang yang tamak, bermanupulatif dan suka bercakap bohong. Manakala
seorang jurutera adalah seseorang yang membina jambatan.
Jika ditanya seorang kanak-kanak yang menuntut grade lima dia akan
memberitahu yang saintis adalah seorang lelaki yang memakai baju makmal, bekerja
bersendirian di makmal, mempunyai perangai yang pelik, dan stail rambut yang
serabut (tidak kemas). Imej stereotaip begini bukan sahaja wujud pada kanak-kanak
sahaja tetapi juga pada pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, orang dewasa
dan tidak terlepas juga saintis itu sendiri (McAdam, 1990).
Mengikut McAdam (1990), imej negatif terhadap saintis seperti orangnya
pelik, rambut yang tidak terurus dan lelaki yang berkot putih adalah sesuatu yang
biasa digunakan dalam hampir kesemua buku fiksyen kanak-kanak. Bukan sahaja
buku cerita sahaja yang menggunakan imej-imej negatif seperti ini, malangnya dalam
rancangan televisyen seperti Beakman’s World, Bill Nye the Science Guy, Mr
Wizard’s World, dan Newton’s Apple juga masih berpegang kuat kepada stereotaip
saintis sebegini. Di mana watak utamanya adalah selalunya lelaki, berperangai pelik
dan antisosial.
4
Tayangan gambar masa kini, tahun 90-an juga masih belum sepenuhnya pulih
daripada menggambarkan saintis sebagai imej yang negatif. Mungkin sifat
negatifnya telah kurang akan tetapi ia masih digambarkan sebagai seorang yang
bersifat pelik dan suka bertindak menentang kerajaan. Antara contoh watak dan
tajuk tayangan gambarnya ialah seperti Ellie Arroway dalam Contact yang
ditayangkan pada tahun 1997, Ian Malcolm dalam Jurassic Park yang ditayangkan
pada tahun 1993 dan John Nash dalam A Beautiful Mind yang ditayangkan pada
tahun 2001 (Frayling, 2005).
Walaupun dunia menuju ke arah kemajuan, masyarakat masih dibelenggu
dengan imej streotaip sebegini khususnya terhadap saintis. Imej sebegini mematah
semangat seorang pelajar untuk meneruskan pembelajaran atau mengambil sebarang
pekerjaan yang berasaskan atau berunsurkan sains. Ini kerana, sains sangat berkait
rapat dengan bidang tugas seorang saintis. Akhirnya pelajar kurang mengambil berat
tentang aspek sains dalam kehidupan dan juga mempunyai kurang pengetahuan
tentang siapa menciptanya atau prinsip sains disebalik sesuatu teknologi.
Dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan negara Eropah
(Science and Engeneering Indicators, 2004) menunjukkan bahawa masyarakat tidak
mempunyai pegangan yang kukuh terhadap sesuatu fakta asas sains, konsep sains
dan juga kefahaman tentang proses sains yang berlaku. Dalam kajian tersebut juga
menyatakan yang masyarakat cerdik sains di Amerika Syarikat dan di negara lain
adalah rendah. Kebanyakkan orang tahu yang bumi berputar mengelilingi matahari
dan cahaya bergerak lebih pantas berbanding bunyi. Akan tetapi, kurang orang yang
mengetahui maksud molekul.
Bagi membuktikan keadaan ini satu kuiz untuk menguji pengetahuan sains
masyarakat telah dijalankan. Pesertanya adalah orang Amerika dan Eropah. Kedua-
dua kumpulan dikehendaki menjawab 13 soalan. Secara puratanya orang Amerika
boleh menjawab 8.2 soalan dengan betul berbanding 7.8 soalan oleh orang Eropah.
Kedua-dua kumpukan gagal mendapat markah yang tinggi dalam kuiz tersebut.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Setiap pekerjaan seperti ahli bomba, doktor, peguam dan lain-lain pekerjaan
mempunyai imej yang tersendiri untuk melambangkan jenis tugas yang mereka
lakukan. Saintis menghadapi masalah imej yang agak serius. Di mana imej-imej
bagi mereka sejak zaman-berzaman tidak mengalami perubahan. Imej yang
terbentuk pula adalah berbentuk negatif.
Media seperti televisyen, majalah, buku cerita memainkan peranan yang
sangat penting dalam membentuk imej tentang sesuatu pekerjaan. Jika imej yang
digambarkan adalah negatif maka imej tercatat dalam minda pelajar adalah negatif
juga. Tambahan pula imej terhadap saintis oleh orang dewasa juga adalah stereotaip.
Jika kedua-dua media dan orang dewasa mempunyai imej yang stereotaip terhadap
saintis maka peluang imej saintis yang berstereotaip bentuk di minda pelajar adalah
tinggi. Ini menyebabkan pelajar kurang mengambil jurusan sains teras di sekolah
dan seterusnya perkerjaan yang berunsur sains.
Selain itu, kefahaman sains di kalangan pelajar juga adalah kurang. Mereka
mempunyai kurang pengetahuan tentang fakta asas sains, konsep sains dan isitilah-
isitilah sains. Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam mengikuti berita
sains dan mengambil bahagian dalam perbincangan isu-isu yang berkaitan sains. Ini
seterusnya akan mengakibatkan ilmu pengetahuan sains di kalangan kurang.
1.3 Objektif
Berdasarkan kepada latar belakang masalah, kajian ini dijalankan dengan
tujuan untuk:
a. Mengkaji persepsi pelajar terhadap imej saintis
b. Mengkaji kefahaman pelajar tentang sains
6
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, wujud dua persoalan kajian yang utama dan
beberapa persolan kecil seperti berikut:
a. Apakah persepsi pelajar terhadap imej saintis
i) secara keseluruhan
ii) bandingan persepsi pelajar perempuan tingkatan 2 dan 4
iii) bandingan persepsi pelajar lelaki tingkatan 2 dan 4
b. Bagaimana kefahaman pelajar tentang sains
i) minat pelajar dalam mengetahui beberapa bidang isu dalam media massa
ii) pengetahuan pelajar dalam bidang isu tersebut
iii) tempat kegemaran pelajar mendapatkan sumber maklumat sains
iv) persepsi pelajar terhadap sains
v) kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang perubatan
vi) kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang sains fizikal
vii) kefahaman pelajar tingkatan 2 dan 4 dalam aspek bidang sains biologikal
1.5 Kepentingan Kajian
Diharapkan kajian ini berguna untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran Sains. Antara kepentingan kajian ini adalah:
a) Bidang Pendidikan
Kajian ini diharap memberi gambaran sebenar tentang tahap pengetahuan
sains di kalangan pelajar pada masa kini dan sejauh mana aplikasi sains dalam
kehidupan seharian.
7
b) Pihak Guru
Hasil kajian ini menjadi panduan kepada guru-guru khususnya guru sains
dalam membantu membaiki keadaan mana yang perlu sewaktu pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga diharap menyedarkan guru-guru mengenai
kepentigan kefahaman sains kepada pelajar.
c) Pihak Penerbitan Buku Teks
Pihak penerbitan buku teks diharapkan dapat menghasilkan buku-buku yang
memaparkan sikap positif seorang saintis. Kandungan buku-buku teks yang seiring
dengan dunia sebenar tugas seorang saintis yang lebih menjana minda para pelajar.
d) Pihak Media Massa
Selain itu, kajian ini juga diharap menjadi panduan kepada media massa
kerana media massa adalah satu bahan di mana pelajar mendapat pengetahuan
tambahan.
1.6 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah menengah di sekitar daerah
Skudai, Johor Baharu. Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar tingkatan 2 dan
tingkatan 4.
1.7 Batasan Kajian
Bidang yang dikaji dalam kajian ini adalah terbatas kepada empat buah
sekolah yang dipilih sahaja di kawasan Skudai, Johor Baharu dengan mengambil kira
pencapaian pelajar.
8
1.8 Definisi Istilah
Definisi adalah merujuk kepada istilah-istilah yang sering digunakan dalam
kajian ini. Berikut disenaraikan beberapa istilah yang sering digunakan dalam kajian
ini berserta definisinya.
a) Persepsi
Persepsi adalah suatu gambaran atau bayangan dalam hati ataupun fikiran
tentang sesuatu perkara atau situasi (Kamus Dewan). Kebiasaanya persepsi
diperolehi melalui pandangan menerusi pancaindera. Pancaindera adalah merujuk
kepada lima deria manusia iaitu mata (lihat), telinga (dengar), lidah (rasa) hidung
(menghidu) dan tangan (sentuh).
Dalam psikologi dan sains kognitif, persepsi adalah satu proses untuk
mencapai kesedaran atau kefahaman mengenai saraf maklumat. Selain itu, persepsi
juga adalah suatu bentuk gambaran diri sendiri. Apa yang seseorang bayangkan
adalah gabungan daripada pengalaman lepas, budaya seseorang dan interpretasi dari
tanggapan mereka selama ini tentang perkara tersebut (Oxford English Dictionary).
b) Saintis
Saintis dalam skop yang besar merujuk kepada sesiapa yang melibatkan diri
dalam aktiviti yang sistematik bagi memperolehi pengetahuan. Jika kita
mengecilkan skop kita, saintis merujuk kepada individu menggunakan kaedah
santifik. Individu tersebut mungkin seorang yang pakar dalam satu atau lebih bidang
yang berkaitan sains (Oxford English Dictionary).
9
c) Kefahaman Sains
Kefahaman berdasarkan kata akar faham bermaksud keupayaan dan
kemampuan untuk memahami (Kamus Dewan). Kamus Oxford menyatakan sains
sebagai cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen
untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam
sekitar. Oleh itu, kefahaman sains di sini merujuk kepada kefahaman aspek sains
dari segi konteksual iaitu keupayaan dan kemampuan untuk memahami fakta sains.
10
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
Pendahuluan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar tentang saintis
pada masa kini. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti pelajar dalam mengetahui
konsep dan prinsip sains yang dipelajari dengan pengalaman mereka sehari-hari dan
kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan sains dengan bijaksana bagi
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.
Bagi mengkaji persoalan-persoalan di atas pengkaji akan menyorotkan
kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan permasalahan kajian ini.
2.1 Imej Stereotaip Terhadap Saintis
Sepanjang dalam jangka waktu 500 tahun, masyarakat mempunyai pelbagai
imej stereotaip terhadap saintis. Ada yang mengatakan saintis adalah ahli kimia,
penyelidik yang tidak berperikemanusiaan, wira pengembara, ahli ujikaji yang terbiar
(tidak ada bantuan) dan orang yang pakar tetapi bodoh. Semua imej stereotaip ini
boleh ditemui atau didapati daripada buku-buku fiksyen ternama, tayangan gambar,
televisyen dan majalah. Ramai pelajar yang terdedah kepada imej stereotaip sebegini
di mana mereka perlahan-lahan membentuk idea sendiri terhadap kerja seorang
saintis dan keperibadian seorang saintis. Jika pelajar membentuk imej negatif
terhadap saintis, persepsi ini akan menjejaskan motivasi seseorang untuk belajar
Recommended