View
248
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
form
Citation preview
PK01 – Pengurusan Panitia
PK01/3
FORMAT LAPORAN PROGRAM
1. Nama Program : Pendaftaran dan Taklimat Tahun 1 (2015)
2. Tarikh : 28hb Disember 2014
3. Hari / Masa : Ahad / 8.00 pagi
4. Tempat : Dewan Sri Budiman SKTDS
5. Objektif : 1. Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa danpihak sekolah.
2. Menyampaikan maklumat tentang persediaan anak-anak serta informasi-informasi terbaru untuk sesi persekolahan tahun 2015.
6. Sasaran : Semua ibubapa murid Tahun 1 SKTDS Sesi 2015
7. Butiran aktiviti : Rujuk Lampiran Aktiviti
8. Penilaian Program :
8.1 Kekuatan Program : ~Mendapat kerjasama guru-guru dan penglibatan yang baik dari ibubapa.~Maklumat dan informasi dapat disampaikandengan jayanya.
8.2 Kelemahan Program : Terlebih masa.
8.3 Cadangan Penambahbaikan : Masa untuk setiap slot perlu ditetapkan agar tidak terlebih masa dan mengambil
masa bagi slot yang lain.
9. Dokumentasi Bergambar : Rujuk Lampiran Bergambar
Disediakan : Disahkan :
……………………… …………………..(PN. FARHANAZ SYAZNA BALQIS AZMI) (TN. HJ. KAMARUDDIN B. HJ. OTHMAN)Penyelaras Tahun 1 Guru BesarSK Taman Desa Skudai SK Taman Desa Skudai
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia
Laporan Aktiviti :
Bertarikh 28 Disember 2014 ( Ahad ), perlaksanaan Taklimat dan Pendaftaran
bagi murid tahun 1 sesi 2015 telah diadakan. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00
pagi disambut baik dengan kehadiran ibu bapa yang turut ditemani anak masing-
masing ke sekolah.
Pn Mazura selaku pengacara memulakan majlis dengan menjemput Ustaz
Dorahim bin Maidin membacakan doa. Diikuti dengan ucapan alu-aluan dan taklimat
sarana oleh Guru Besar, Tn. Hj. Kamaruddin b. Hj. Othman. Majlis diteruskan lagi
dengan taklimat-taklimat oleh Pn. Norhashimah ( Disiplin & Peraturan Sekola),
Program Transisi ( Pn.Azlin), KSSR & PBS ( Pn. Ziana ), LINUS (Fasilitator LINUS
En. Mahadi), Bahasa Arab & Pendidikan Islam ( Ustazah Norlaila ), VLE Frog
( En.Kharul ) dan 3K ( Pn Huzaliza ). Pada hari tersebut, ibu bapa juga menerima
buku teks yang akan digunakan oleh murid-murid pada sesi 2015. Segala
perancangan yang direncanakan pada hari pendaftaran berjalan dengan jayanya.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala yang
baik antara ibu bapa dan pihak sekolah. Ia juga diadakan sebagai usaha pihak
sekolah mendapatkan maklum balas ibu bapa tentang persediaan yang sepatutnya
mereka lakukan menjelang persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan.
Majlis ini turut digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah untuk menyampaikan
informasi-informasi terbaharu tentang sesi persekolahan tahun hadapan. Sesi
taklimat ini ternyata telah mendapat reaksi positif dari ibu bapa yang hadir. Tahniah
kepada Jawatankuasa Perlaksana yang telah dapat mengadakan program
penerangan yang amat baik.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia
Dokementasi bergambar :
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
Recommended