View
268
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER ITAM, PULAU PINANG
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2
(PKSR 2 2015)
SEJARAH
TAHUN 6
MASA: 1 JAM
NAMA :………………………………………………………..
TAHUN :……………………..
Kertas soalan ini mengandungi 2 Bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi 25 soalan objektif dan Bahagian B mengandungi soalan subjektif. Sila jawab semua soalan.
Pemarkahan
Bahagian Markah
Bahagian A /50
Bahagian B /50
Keseluruhan
BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF
Pilih jawapan yg sesuai dan jawab semua soalan.
1. Siapakah Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia?
A Menteri Besar
B Ketua Menteri
C Perdana Menteri
D Yang di-Pertuan Agong
2. Mengapakah konsep daulat penting dalam institusi raja?
A Menjalinkan kemesraan dengan rakyat
B Menunjukkan kekuasaan pemerintah
C Mengukuhkan ekonomi negara
D Menjalin hubungan luar
3. Gambar berikut merupakan Batu Bersurat di Teresat, Kuala Berang, Terengganu.
Apakah kepentingan tinggalan arkeologi tersebut?
A Simbol kedaulatan raja
B Kemajuan tamadun Melayu
C Bukti kedatangan Islam
D Lambang kesenian Melayu
4. Antara berikut, binaan manakah mempunyai ciri-ciri kesenian Islam yang tinggi?
I Istana Terengganu
II Menara Condong, Perak
III Muzium Negara, Kuala Lumpur
IV Bangunan Dewan Undangan Negeri, Sarawak
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5. Apakah bahasa yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
A Bahasa Arab
B Bahasa Sanskrit
C Bahasa Inggeris
D Bahasa Melayu
6. Apakah institusi yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
A Institut Aminuddin Baki
B Bangunan Parlimen
C Dewan Bahasa dan Pustaka
D Universiti Terbuka Malaysia
7. Senarai berikut merupakan kuasa Barat yang pernah menjajah negara kita.
Belanda
British
Apakah faktor yang mendorong kedatangan kuasa tersebut?
I Sistem perundangan lonngar
II Institusi raja runtuh
III Kekayaan hasil bumi
IV Kedudukan strategik
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8. Tokoh-tokoh berikut menentang penguasaan British di Sarawak.
Tokoh Rentap
X
Siapakah X?
A Dato’ Bahaman
B Sharif Masahor
C Tok Janggut
D Mat Salleh
9. Mengapakah penduduk menentang penguasaan James Brooke di Sarawak?
A Dianggap sebagai lanun
B Campur tangan adat resam
C Pengenalan peraturan tanah
D Institusi raja dipersoalkan
10. Maklumat berikut merujuk kepada tokoh kebanggaan negara kita.
Dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun 1977
Menggalakkan anak perempuan mendapat pendidikan
Menubuhkan Satok English School
Siapakah tokoh yang dimaksudkan?
A Pak Sako C S. A Ganapathy
B Dol Said D Lily Eberwein
11. Tokoh berikut menentang penubuhan Malayan Union pada tahun 1946.
Mengapakah beliau berbuat demikian?
A Merupakan suatu bentuk penjajahan baru
B Menyedari kesengsaraan masyarakat
C Penguasaan Parti Komunis semakin berleluasa
D Kegagalan menghapuskan cukai kepala
12. Tokoh berikut memberi sumbangan penting kepada negara kita.
Dato’ Onn Jaafar
Tun H. S. Lee
Tun V. T. Sambanthan
Apakah peranan mereka?
A Menggagalkan penguasaan komunis
B Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
C Menentang kemaraan Jepun
D Menjalin hubungan dengan British
13. Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik menjadi Ketua Utama Negara?
A Pencalonan rakyat jelata
B Dipilih melalui pilihan raya
C Berdasarkan pencapaian cemerlang
D Secara bergilir-gilir
14. Maklumat berikut merupakan ciri-ciri alat kebesaran diraja.
Merupakan alat perang zaman dahulu
Terdiri daripada dua batang tongkat pendek berhulukan kubah
Apakah alat yang dimaksudkan?
A Cokmar
B Cogan Alam
C Tombak Berambu
D Pending Diraja
15. Gambar berikut merupakan Jata Negara.
Dua ekor harimau yang terdapat pada jata negara melambangkan ________.
A Kekuasaan
B Keadilan
C Keberanian
D Kemegahan
16. Cogan kata berikut terdapat pada Jata Negara.
Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada cogan kata tersebut?
A Permuafakatan C Keberanian
B Keyakinan D Kemegahan
17. Gambar tersebut merupakan Jalur Gemilang.
Apakah maksud warna kuning yang terdapat pada bendera tersebut?
A Perpaduan rakyat
B Keberanian menghadapi cabaran
C Kesetiaan rakyat kepada Raja
D Keluhuran dan keikhlasan
18. Pada situasi manakah bendera separuh tiang dikibarkan?
A Kekalahan Piala Thomas
B Kemangkatan Sultan
C Rusuhan kaum berlaku
D Demonstrasi besar-besaran
19. Lagu berikut telah dipilih menjadi lagu kebangsaan negara kita.
Lagu tersebut merujuk kepada lagu rasmi negeri _____________.
A Melaka
B Pahang
C Selangor
D Perak
20. Apakah hukuman yang dikenakan terhadap individu yang tidak menghormati lagu Negaraku?
Terang Bulan
A Denda tidak melebihi RM 100.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan
B Dikehendaki menjalani Pusat Latihan Khidmat Negara
C Dikehendaki melakukan kerja amal selama setahun
D Denda sebanyak RM 1 000.00 sahaja
21. Antara berikut, tokoh manakah yang memperjuangkan bahasa Melayu?
I Mohamed Hamzah
II Saiful Bahri
III Syed Syeikh al-Hadi
IV Zainal Abidin bin Ahmad
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
22. Maklumat yang berikut merupakan usaha yang dilakukan untuk mengembangkan bahasa Melayu.
Ditubuhkan pada tahun 1924
Diketuai oleh Zainal Abidin bin Ahmad
Menerbitkan buku terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu
Apakah institusi yang dimaksudkan?
A Universiti Kebangsaan Malaysia
B Dewan Bahasa dan Pustaka
C Pejabat Karang Mengarang
D Institut Terjemahan Negara
23. Apakah bunga kebangsaan Malaysia?
A Bunga Raya C Bunga Cempaka
B Bunga Mawar D Bunga Orkid
24. Lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya dikaitkan dengan prinsip Rukun Negara. Apakah prinsip Rukun Negara yang kelima?
A Keluhuran Perlembagaan
B Kepercayaan kepada Tuhan
C Kesopanan dan Kesusilaan
D Kedaulatan Undang-undang
25. Apakah nama bunga kebangsaan bagi Indonesia?
A Sampaguita C Dok Champa
B Anggerik Bulan D Simpur
(50 markah)
Bahagian B: Soalan Objektif
Jawab semua soalan di bawah.
A. Pilih dan garis jawapan yang betul.
1. Selain Malaysia, (Kemboja, Filipina) juga masih mengekalkan institusi beraja dalam sistem pemerintahan negara.
2. (Yang di-Pertuan Besar, Yang di-Pertua Negeri) merupakan gelaran bagi raja di Negeri Sembilan.
3. Sebelum kedatangan agama Islam di nusantara, telah wujud agama-agama lain seperti (Kristian, Hindu) yang menjadi anutan masyarakat setempat.
4. (Gitar, Gambus) merupakan salah satu alat muzik yang digunakan dalam seni muzik Islam.
5. Bahasa Melayu berasal dari rumpun (Austronesia, Australia) dan sangat mudah menerima unsur luar.
6. Kekayaan hasil bumi seperti (arang batu, bijih timah) telah mendorong kedatangan kuasa luar untuk menjajah negara kita.
7. Pulau Pinang, Singapura dan Melaka merupakan (Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu) yang wujud pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu.
8. (Tok Janggut, Dato’ Bahaman) menentang British kerana beliau telah kehilangan kuasa mengutip cukai dan jawatannya sebagai pembesar telah dilucutkan.
9. Kemerdekaan negara kita berjaya dicapai melalui proses (rundingan, peperangan) dengan pihak British.
10. Bendera (Union Jack, Persekutuan Tanah Melayu) telah diturunkan menandakan Tanah Melayu bebas daripada kuasa penjajahan British.
(10 markah)
B. Senaraikan lima prinsip Rukun Negara mengikut turutan yang betul.
(5 markah)
C Padankan gambar dengan nama alat kebesaran diraja dengan betul.
Cokmar
Rukun Negara
(5 markah)
D Tulis makna lambang-lambang yang terdapat pada identiti negara di bawah dengan
betul.
Kalung Diraja
Pending Diraja
Cogan Alam dan Cogan
Agama
Keris Panjang Diraja
Identiti Negara Lambang Makna
Jata Negara
Bulan dan Bintang
Pokok Pinang
Lima bilah keris
Warna kuning pada awan-awan
Bendera Kebangsaan
Warna putih
14 jalur
Warna biru
Warna merah
Bunga Kebangsaan Lima kelopak
Warna merah
(10 markah)
E Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
kedaulatan
perpaduan
Jalur Gemilang tertutup
Wilayah Persekutuan
1. Nama bendera kebangsaan negara kita ialah ________________________.
2. Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur yang melambangkan 13 buah
negeri dan sebuah ______________________ dalam Malaysia.
3. Warna biru pada bendera kebangsaan negara kita melambangkan
___________________rakyat yang hidup rukun dan damai.
4. Bendera yang koyak dan lusuh hendaklah dimusnahkan dengan cara
membakarnya secara ___________________.
5. Setiap negara di dunia mempunyai bendera kebangsaan untuk
menunjukkan ___________________negara mereka.
(5 markah)
F Lengkapkan seni kata lagu di bawah.
Negaraku
Negaraku,
Tanah tumpahnya _______________
Rakyat hidup
________________ dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan __________________
Raja kita
Selamat ________________
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
_____________bertakhta
(5 markah)
G Nyatakan lambang pada Jata Negara yang diwakili oleh abjad di bawah.
A G
B H
C I Empat warna
D J
E K
F Bintang pecah 14 L(10 markah)
Disediakan oleh: Disemak oleh:
………………………………………….………………………………………………
(Noor Aznah binti Taib) (Pn. Siti Normah Yahaya)
Penolong Kanan Kokurikulum
Sek. Keb. Ayer Itam, Pulau Pinang.
Recommended