View
42
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM
MATA PELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS
SITI RAHANA BINTI MAMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
POLA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM
MATAPELAJARAN KIMIA DI KALANGAN PELAJAR PINTAR CERDAS
SITI RAHANA BINTI MAMAT
Laporan Projek ini dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
iii
DEDIKASI
Teristemewa…….
Ku tujukan khas kepada
Bonda dan ayahanda yang disayangi
Zahara Ismail dan Mamat Awang,
Segala jasa, pengorbanan dan didikanmu,
Tidak ternilai di dunia dan akhirat,
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T
Di ampuni dosa bonda dan ayahanda
Buat adik-beradikku
Kak nie, kak yah, abang nur, kak jah, kak tiey dan abang yie
terima kasih atas segala bantuan dan dorongan kalian
hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya
kepada rakan-rakan seperjuangan
kenangan bersama akan ku ingati
jasa kalian tetap ku kenang
iv
PENGHARGAAN
“ Dengan Nama Allah Yang Maja Pengasih Dan Maha Penyayang”
Alhamdullilah dengan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izinNya saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk Ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia).
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Profesor Madya
Dr. Rio Sumarni bt Shariffudin, selaku penyelia projek sarjana muda ini di atas
segala bimbingan, tunjuk ajar teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang
penyelidikan ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada pengetua-pengetua Sekolah Berasrama
Penuh dan MRSM kerana telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian
ini. Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung sepanjang kajian ini dijalankan.
v
ABSTRAK
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan elemen yang penting
di dalam sistem pendidikan di Negara kita sekarang. Walaupun kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif bukan sebagai mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu
disepadukan bagi semua mata pelajaran. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta
perbezaan kemahiran berfikir berlainan jantina di kalangan pelajar pintar cerdas.
Sejumlah 200 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Mereka merupakan
pelajar daripada dua buah sekolah berasrama penuh dan sebuah MRSM. Alat kajian
yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada dua
bahagian iaitu A dan B. Bahagian A berkaitan dengan biodata responden manakala
bahagian B merupakan soalan-soalan kimia yang berkaitan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Data yang diperoleh di analisis menggunakan ‘Statistical Package
for the Social Science’ (SPSS) versi 11.5. Hasil daripada kajian mendapati bahawa
pencapaian pelajar dalam kemahiran berfikir yang dikaji berada pada tahap
pencapaian sederhana iaitu dengan peratus sebanyak 62.48%. Kajian ini diharap
dapat memberi panduan kepada pihak guru dan sekolah dalam usaha memantapkan
lagi perlaksanaan Kemahiran Berfikir Secara kritis Dan Kreatif dalam pengajaran
dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
Critical and creative thinking skill is an important element in our
educational system. Even though critical and creative thinking skill is not a taught
subject its philosophy has to be integrated into all subjects. The purpose of this
study is to examine the critical and creative thinking patterns among male and
female among excellent students. 200 respondents were chosen from two Fully
Residential School (FRS) and Mara Junior Science College (MJSC). The instrument
used in the study has a set of survey question that divided into two parts. Question in
part A were related to the background of respondents while question in part B were
related to chemistry questions related to critical and creative thinking skills. Data
obtained from this study was analyzed using 'Statistical Package for the Social
Science' (SPSS) version 11.5. Result from this study showed that students
achievement in thinking skill were at the medium level with percentage of 62.48%.
It is hoped that this study will become a guideline for teachers at schools in order to
strengthen the implementation of critical and creative thinking skills in the teaching
and learning among excellent students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS -
PENGESAHAN PENYELIA -
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 2
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Batasan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Konsep 8
viii
1.7.1 Definisi
1.8 Kesimpulan 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 14
2.1 Proses Berfikir 16
2.2 Gaya Pembelajaran Pelajar 18
2.3 Alat-alat Berfikir 19
2.3.1 (CoRT I) 19
2.3.1.1 (P.M.I)] 19
2.3.1.2 (CAF)] 19
2.3.1.3 [ Consequences and
Sequel (C&S)] 19
2.3.1.4 (AGO) ] 19
2.3.1.5 [ First Important Priority (FIP)] 19
2.3.1.6 (APC)] 19
2.3.1.7 [Other People’s View (OPV)] 19
2.3.2 (CoRT IV) 20
2.3.2.1 (Yes, No and Po) 20
2.3.2.2 (Stepping Stone) 20
2.3.2.3 (Random Input) 20
2.3.2.4 (Concept challenge/ dominant idea) 20
2.3.2.5 (Remove faults) 20
2.3.2.6 Kombinasi 20
2.3.2.7 Mentakrifkan masalah 20
2.3.2.8 Keperluan-keperluan 20
2.3.2.9 Penilaian 20
2.3.3 Pengurusan Grafik 20
2.4 Model Kemahiran Berfikir 21
2.4.1 Model Swartz dan Parks (1993) 21
2.4.1.1 Pemikiran Analisis 21
2.4.1.2 Pemikiran Kreatif 22
2.4.1.3 Pemikiran Kritis 22
ix
2.4.2 Model KWLH 23
2.4.3 Model PILTS 23
2.4.4 Model Kemahiran Berfikir PPK (1993) 24
2.4.4.1 Pemikiran kritis 25
2.4.4.2 Pemikiran Kreatif 25
2.4.4.3 Pemikiran Penyelesaian Masalah 26
2.4.5 Model CoRT Edward De Bono (1973) 26
2.4.6 Model Berfikir Beyer(1991) 26
2.5 Kepentingan Kemahiran Berfikir 27
2.5.1 Mengelak kesilapan berfikir 27
2.5.2 Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif 29
2.5.3 Memperkembangkan daya intelek 30
2.5.4 Merealisasikan wawasan 2020 30
2.6 Perbezaan Penguasaan KBKK 31
2.7 Kesimpulan 32
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 33
3.1 Reka Bentuk Kajian 33
3.2 Tempat Kajian 34
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 35
3.4 Instrumen Kajian 36
3.5 Kajian Rintis 39
3.6 Prosedur Kajian 40
3.7 Analisis data 40
3.8 Kesimpulan 41
4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 42
4.1 Huraian Latar belakang Responden 43
4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan
Jantina 43
x
4.1.2 Taburan Responden Mengikut
Kelayakan Akademik Memasuki
Sekolah Berasrama Penuh Atau
Maktab Rendah Sains MARA 43
4.1.3 Taburan Responden Mengikut
Keputusan PMR 44
4.1.4 Taburan Responden Mengikut
Keputusan Peperiksaan Penggal
Akhir Tingkatan Empat 45
4.2 Analisis Soal Selidik Bahagian B 45
4.2.1 Mengenal pasti penguasaan aspek
kemahiran berfikir secara kritis iaitu
komponen menilai, mencirikan dan
menganalisis di kalangan pelajar
pintar cerdas. 46
4.2.2 Mengenal pasti penguasaan kemahiran
Berfikir secara kreatif iaitu
komponen menghubungkaitkan,
membuat inferens dan meramal di kalangan
pelajar pintar 49
4.2.3 Peratus Komponen-komponen Kemahiran
Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif 51
4.2.4 Mengenal pasti sama ada terdapat
perbezaan tahap penguasaan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif antara
pelajar pintar cerdas yang berlainan jantina. 53
4.3 Rumusan 53
5 PERBINCANGAN
5.0 Pengenalan 55
5.1 Perbincangan Hasil Kajian
5.1.1 Perbincangan Latar belakang Responden 56
5.1.2 Perbincangan Penguasaan Kemahiran
xi
Berfikir Secara Kritis di Kalangan Pelajar
Pintar Cerdas 57
5.1.3 Perbincangan Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif di Kalangan
Pelajar Pintar Cerdas 60
5.1.4 Perbincangan Perbezaan Tahap
Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif Antara Pelajar
Pintar Cerdas Yang Berlainan Jantina. 67
5.2 Rumusan 68
5.3 Cadangan 68
5.4 Cadangan lanjutan 70
5.5 Kesimpulan 70
BIBLIOGRAFI 72
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45
Jadual 4.1.2 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik Memasuki Sekolah Berasrama Penuh Atau MRSM 46
Jadual 4.1.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 46
Jadual 4.1.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Peperiksaan Penggal Akhir Tingkatan Empat 47
Jadual 4.2 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 48
Jadual 4.2.1 Frekuensi dan Peratus Bagi Komponen Menilai,
Mencirikan dan Menganalisis 49
Jadual 4.2.2 Mengenal pasti Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif Iaitu Komponen Menghubungkaitkan,
Membuat Inferens dan Meramal di Kalangan
Pelajar Pintar 52
Jadual 4.2.3 Taburan Komponen-komponen Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif 55
Jadual 4.2.4 Perbezaan jantina mengikut peratus 56
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 2.1 Proses berfikir 17 Rajah 2.2 Model Kemahiran Berfikir 18 Rajah 2.3 Peta Domain Pemikiran 30 Rajah 2.4 Operasi Hemisfera Kiri dan Kanan Otak 31
xiv
SENARAI SINGKATAN KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan SBP - Sekolah Berasrama Penuh MRSM - Maktab Rendah Sains MARA UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah PMR - Penilaian Menengah Rendah SPM - Sijil Pelajaran Malaysia DK - Darjah Kecerdasan SPSS - Statistical Package For The Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian Perancang Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
2 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Jabatan Pendidkan Negeri,
Kelantan
3 Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia
4 Set Borang Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan berkualiti perlu dalam membangunkan minda masyarakat yang
matang berfikir. Pendidikan merupakan saluran yang penting untuk membentuk
individu masyarakat yang berpengetahuan, memiliki unsur intelek dan mempelajari
sikap positif dan nilai yang baik. Pendidikan adalah sebagai alat peningkatan dan
pembangunan minda individu dan sebagai asas penting kearah negara menuju status
negara maju (Abd. Rahim, 1999). Masyarakat yang berilmu tinggi akan menjadi aset
penting kepada pembangunan sesebuah Negara. Ini kerana mereka dapat
menguruskan Negara dengan lebih baik dan berkesan. Melihat betapa pentingnya
perkembangan daya intelek dan berfikir, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK,
1987) telah direncanakan untuk memeperkembangkan dan meningkatkan pemikiran
kritis dan kreatif individu pelajar merentasi kurikulum ( Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1990, 1992).
Pembangunan pelajar yang berpengetahuan dan berfikiran rasional serta
mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak menjadi agenda
penting dalam menjayakan Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020 negara. Dalam
ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (1991) semasa membentangkan
‘blueprint’ Negara yang bertemakan ‘wawasan 2020: Malaysia Melangkah
Kehadapan’ telah menekankan keperluan pembangunan sumber manusia yang
berteraskan kepada penguasaan daya intelek untuk menjadi sebuah negara maju.
2
Maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah
Negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya.
Tenaga otak adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam.
Tanpa ragu-ragu lagi pada tahun 90-an dan seterusnya Malaysia mestilah
memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang
amat penting ini [manusia].
Para pendidik bersetuju bahawa kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat
dipertingkatkan di kalangan pelajar melalui proses pengajaran secara eksplisit yang
menggunakan situasi harian sebagai konteks pembelajaran (Ristow, 1988). Pelajar
dikatakan berkeupayaan mempelajari kemahiran berfikir jika kurikulum menegaskan
dan memberikan tumpuan cara bagaimana ianya boleh dilakukan (Presseisen, 1986).
Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah direka bentuk untuk
membantu perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (Costa, 1988).
1.2 Latar Belakang Kajian
Walaupun ada berbagai ciri peribadi yang membezakan seorang pelajar
dengan pelajar yang lain, ciri yang selalu dibicarakan ialah “pintar cerdas”. Minat
yang tinggi terhadap pintar cerdas mungkin terbit daripada kepercayaan bahawa ciri
itu merupakan jurumudi bagi kejayaan dalam semua lapangan hidup. Pelajar pintar
cerdas dianggap akan berjaya dalam pelajaran sekolah dan dalam kehidupan seharian
mereka secara automatik. Bagaimanapun, anggapan itu tidak disokong oleh kajian
saintifik. Sering kali pelajar pintar cerdas bukan sahaja gagal membina skim
pemikiran yang mantap malah jiwa mereka juga mengalami masalah penyesuaian
diri, kekosongan jiwa, kekecewaan dan kerisauan. Sebahagian daripada tokoh pintar
cerdas yang terkemuka pernah mengalami kesulitan dalam pendidikan sekolah.
Misalnya Einstein gagal dalam bahasa, Schubert gagal dalam matematik, George
Bernard Shaw tidak dapat mengeja dengan baik dan Newton memaparkan skim
pemikiran yang serba kekurangan semasa sekolah rendah (Larson, 1073).
3
Sehubungan itu, satu fakta penting yang harus kita sedari ialah pelajar pintar cerdas,
sama seperti pelajar lain, tidak bebas daripada masalah hidup. Fakta ini perlu diberi
perhatian yang serius jika kita ingin membimbing pelajar pintar dan berbakat
merealisasikan potensi diri mereka dengan baik.
Kemahiran berfikir telah dijadikan satu elemen penting dalam sistem pendidikan
di negara ini sebagai usaha untuk mempertingkatkan daya intelektual para pelajar.
Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dapat dikuasai oleh pelajar, objektif tentang
penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah
iaitu dalam kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum bersepadu
sekolah menengah (KBSM). Program penyerapan kemahiran berfikir dalam isi
kandungan kurikulum matapelajaran yang dilaksanakan dalam KBSM adalah
dirumuskan dari beberapa prinsip penting dari yang berikut.
• Kemahiran berfikir perlu dikembangkan untuk mengatasi kelemahan berfikir
dan mengelakkan pemikiran yang sempit ketika menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
• Peningkatan pembelajaran kemahiran berfikir perlu dilakukan secara
eksplisit, sedar dan terancang supaya lebih berkesan.
• Pengajaran kemahiran berfikir perlu memberi perhatian kepada proses
(model, strategi dan kaedah) dan alat berfikir dan menggunakan unsur
‘metacognition’.
• Pemindahan unsur, konsep dan pengetahuan kemahiran berfikir yang
dipelajari di bilik darjah perlu berhubung rapat dan berguna untuk suasana
dan keperluan hidup harian pelajar.
• Pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir boleh dibantu atau
digabungkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan kemahiran
belajar.
Kemahiran berfikir membolehkan pelajar dapat menghadapi cabaran terkini dan
masa hadapan serta mampu menangani cara hidup yang sesuai tanpa mengorbankan
nilai dan amalan yang sesuai dengan rakyat Malaysia. Ini kerana ciri utama orang-
4
orang yang kreatif ialah mereka memiliki autonomi intelektual yang tinggi. Mereka
membuat keputusan berdasarkan pendapat peribadi sendiri. (Ainon & Abdullah,
1994).
Menurut Ainon dan Abdullah (1994), memiliki kepintaran sahaja belum
mencukupi dalam menjalani kehidupan. Ramai orang yang pintar tidak memiliki
kemahiran berfikir, malah ramai orang yang mempunyai kepintaran dalam
‘perangkap kepintaran’ dan oleh itu menjadi pemikir yang tidak mahir. Kepintaran
ialah salah satu suatu potensi. Sebagai contoh semua orang mempunyai potensi untuk
menjadi perenang. Berfikir ialah kemahiran yang membolehkan kita menggunakan
potensi itu. Jadi, kaki dan tangan ialah alat yang membolehkan kita menggunakan
potensi berenang untuk menjadi perenang yang baik.
Pada masa ini ada kekeliruan tentang kepintaran dan keupayaan berfikir.
Umumnya orang percaya kepintaran dan daya berfikir adalah dua perkara yang
serupa. Jadi, orang yang pintar dipercayai ialah orang yang pandai berfikir.
Kekeliruan ini adalah disebabkan oleh sistem pendidikan kita yang melakukan
kesilapan serius. Guru-guru percaya para pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi
secara automatik pandai berfikir. Oleh itu mereka tidak perlu diajar berfikir kerana
mereka sudah ada bakat berfikir dan menjadi seorang pemikir yang baik.
1.3 Penyataan Masalah
Tidak seorang pendidik pun akan menafikan bahawa matlamat penting sistem
persekolahan ialah untuk memperkembangkan daya pemikiran pelajar. Malangnya,
matlamat ini tidak diberikan perhatian sewajarnya dan kerap kali diketepikan.
Pelajar didedahkan kepada sesuatu matapelajaran tetapi tidak diajar berfikir tentang
isi yang dipelajari. Pengajaran terlalu menekankan kepada penyampaian ‘fakta’ atau
maklumat, iaitu “mengetahui apa” sambil mengabaikan cara menggunakan atau
mencari maklumat sendiri, iaitu “mengetahui bagaimana”. Meurut Raths (1971), oleh
5
kerana pengajaran pemikiran diabaikan kemahiran berfikir pelajar didapati sangat
bergantung kepada guru dan tingkah laku impulsif, dogmatik dan malas memberi
pendapat.
Guru dan pelajar seharusnya didedahkan kepada ‘cara berfikir’ yang
menunjukkan terciptanya sesuatu yang baru tanpa melibatkan masa yang banyak.
Dengan perancangan dan strategi yang rapi, ini bukanlah suatu perkara yang
mustahil boleh dilakukan. Kemahiran berfikir memerlukan pelajar menggunakan
struktur ilmu dalam menyelesaikan masalah atau mengilhamkan sesuatu yang unik,
ini termasuklah kaedah pemikiran lateral, pemikiran saintifik dan pemikiran kritis.
Kemahiran berfikir berperanan melahirkan para pelajar iaitu generasi yang
akan datang yang mempunyai daya intelek yang tinggi dalam membina idea-idea
yang bernas. Pihak kementerian telah melakukan pelbagai usaha seperti menjalankan
kursus-kursus dan menghasilkan modul-modul yang yang bersesuaian untuk
membantu guru-guru dan para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bilik darajah bagi membolehkan penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif dapat berlangsung seperti yang telah dirancangkan dalam kurikulum sekolah.
Para pelajar perlu memahami konsep kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif agar mereka dapat menguasainya dan dapat mengaplikasikannya sama ada
dalam
pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.. Justeru itu, kajian ini perlulah
dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan para pelajar dalam
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
6
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah dibuat bagi menjalankan kajian ini iaitu :
1) Mengenalpasti penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis iaitu
komponen menilai, mencirikan dan menganalisis di kalangan pelajar
pintar cerdas.
2) Mengenalpasti penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu
komponen menghubungkaitkan, membuat inferens dan meramal di
kalangan pelajar pintar cerdas.
3) Mengenalapasti sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif antara pelajar pintar cerdas
yang berlainan jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang perlu di kaji ialah :
1) Apakah penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis iaitu
komponen menilai, mencirikan dan menganalisis di kalangan pelajar
pintar cerdas.
2) Apakah penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu komponen
menghubungkaitkan, membuat inferens dan meramal di kalangan pelajar
pintar cerdas.
3) Apakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif antara pelajar pintar cerdas yang berlainan jantina.
Recommended