View
2.972
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
Citation preview
PRINSIP-PRINSIP MEMASAK
•Prinsip memasak ialah memasak menggunakan haba kering dan haba lembap
•Haba kering
Merupakan cara memasak dalam minyak panas, dalam udara yang panas atau atas haba yang panas.
•Haba lembap
Melalui cara ini makanan dimasukkan dalam cecair yang panas atau wap dari air mendidih.
Pengertian Prinsip memasak
Tujuan-tujuan
makanan dimasak
Melembutkan makanan
supaya mudah dihadam
Membunuh kuman dan
bakteria
Menyedapkan rasa dan membaiki
rupa makanan
Supaya makanan
tahan lama
Mempelbagaikan sajian
KAEDAH MEMASAK
Memasak haba keringMenggril
Membakar
Memanggang
Menggoreng tanpa minyak
Menggoreng minyak penuh
Menggoreng tohor
KAEDAH MEMASAKMemasak haba lembap
Mengukus
Merebus
Mencelur
Mereneh
Merendidih
Definisi
Definisi Makanan yang dimasak dengan menggunakan api terbuka
yang terhasil daripada bara api atau gril dapur gas atau elektrik
Contoh Mananan yang Digril• Daging lembut atau kambing yang lembut• Daging ayam• Makanan laut seperti ikan,sotong,udang.• Cendawan• Tomato
Kebaikan Menggril• Makanan cepat masak• Makanan kurang berminyak
Keburukan Menggril• Penjagaan rapi diperlukan supaya makanan tidak hangus• Makanan perlu dimakan segerakerana cepat kering
Menggril
Definisi Memasak dengan menggunakan pancaran haba
dalam ketuhar
Contoh makanan yang dibakar• Kek• Pastri• Pai Puding• Biskut
Kebaikan membakar• Mudah kerana memerlukan sedikit perhatian• Beberapa jenis makanan boleh dimask pada satu
masa• Zat makanan tidak banyak hilang
Membakar
Definisi Kaedah memasak yang menggunakan haba
kering,nyalaan api terbuka atau ketuhar
Contoh makanan yang dipanggang• Makanan laut seperti ikan,sotong,udang dan lain-
lain.• Ayam• Daging• Jagung
Kebaikan memanggang • Makanan cepat masak• Makanan kurang berminyak
Keburukan Memanggang• Penjagaan rapi diperlukan supaya makanan tidak
hangus• Makanan perlu dimakan segerakerana cepat kering
Memanggang
Definisi Menggoreng dalam kuali yang panas tanpa
menggunakan lemak.
Contoh makanan yang digoreng tanpa minyak• Kacang tanah• Sosej• Bijirin• Kerisik
Kebaikan menggoreng tanpa minyak• Makanan menjadi lebih kering• Zat makanan tidak hilang terutama sekali makanan
yang disadur
Keburukan Menggoreng tanpa minyak• Memerlukan banyak perhatian apabila menggoreng
makanan
Menggoreng tanpa minyak
Definisi Menggoreng dengan minyak yang meliputi seluruh makanan
Contoh makanan yang digoreng minyak penuh• Ayam goreng• Pisang Goreng
Kebaikan menggoreng minyak penuh• Cara memasak yang cepat• Zat makanan tidak hilang terutama sekali makanan yang
disadur
Keburukan Menggoreng minyak penuh• Memerlukan banyak perhatian apabila menggoreng
makanan • Makanan digoreng susah dihadam kerana kandungan lemak
yang tinggi
Menggoreng minyak penuh
Definisi Menggoreng dengan minyak yang meliputi setengah paras
makanan
Contoh makanan yang digoreng minyak penuh• Telur dadar• Penkek• Kutlet ikan
Kebaikan menggoreng minyak penuh• Cara memasak yang cepat• Zat makanan tidak hilang terutama sekali makanan yang
disadur
Keburukan Menggoreng minyak penuh• Memerlukan banyak perhatian apabila menggoreng
makanan • Makanan digoreng susah dihadam kerana kandungan
lemak yang tinggi
Menggoreng tohor
Definisi Makanan dimasak dengan wap yang terbebas daripada air mendidih
Contoh makanan yang dikukus• Ikan• Apam• Pau• Pulut
Kebaikan mengukus• Mudah kerana tidak memerlukan banyak perhatian kecuali
menambah air yang kurang• Makanan akan jadi lebih ringan dan senang untuk dihadam
terutama sekali untuk pesakit
Keburukan mengukus• Masa memasak adalah lama• Makanan rasa tawar dan perlu dihidang dengan sos atau kuah atau
makanan diperasa terlebih dahulu
Mengukus
Definisi Makanan dimasak dalam air yang menggelegak
dan direnehkan hingga empuk
Contoh makanan yang direbus• Telur• Bijirin• Daging• Sayur berakar
Kebaikan makanan yang direbus• Cara memasak yang tidak memerlukan perhatian• Pelbagai makanan boleh direbus pada satu masa
Keburukan makanan yang direbus• Hilang rasa dan zat makanan kecuali air rebusan
digunakan semula• Makanan menjadi pecah dan hancur
Merebus
Definisi Merendam makanan di dalam air panas dan mendidih dalam periuk tampa tudung
Contoh makanan yang dicelur• Sayur-sayuran• Buah-buahan• kekacang
Kebaikan mencelur• Melembutkan makanan• Membaiki warna makanan
Keburukan mencelur• Makanan akan kehilangan vitamin B dan C yang larut dalam air
Mencelur
Definisi Kaedah memasak dengan air mendidih secara perlahan di
dalam periuk bertutup dalam tempoh yang lama
Contoh makanan yang direneh• Sup• Kekacang
Kebaikan mereneh makanan• Tidak memerlukan perhatian penuh semasa memasak• Zat-zat makanan tidak hilang• Cara memasak yang ekonomik kerana sedikit sahaja
bahan api yang digunakan
Keburukan mereneh makanan• Memerlukan masa yang lama untuk masak
Mereneh
Definisi Makanan dimasak dalam periuk atau kaserol dalam sedikit
cecair dengan api yang perlahan-lahan
Contoh makanan yang direndidih• Sayur-sayuran• Buah-buahan• Kekacang
Kebaikan merendidih makanan• Tidak memerlukan perhatian penuh semasa memasak• Zat-zat makanan tidak hilang• Cara memasak yang ekonomik kerana sedikit sahaja bahan
api yang digunakan
Keburukan merendidih makanan• Memerlukan masa yang lama untuk masak
Merendidih
Recommended