View
242
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Muka surat 1 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 17 Januari 2018
KENYATAAN MEDIA
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM MEMBERSIH
KAWASAN PANTAI TANJUNG LIPAT, SABAH
17 Januari 2018 - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada hari ini melaksanakan Program
Tanggungjawab Sosial (Social Responsibility - SR) membersihkan kawasan Pantai
Tanjung Lipat di Kota Kinabalu, Sabah.
Pelaksanaan program ini telah disempurnakan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Sri
Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan Puan Noor Liza Awang Alip,
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK yang mewakili Datuk Bandar DBKK serta
hampir 200 orang warga kerja LHDNM.
Program yang bertemakan “Creating Awareness, Preserving Nature” ini merupakan
salah satu aktiviti SR LHDNM yang dirancang pada tahun ini dan bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada warga kerja LHDNM serta komuniti mengenai
kepentingan penjagaan alam sekitar yang merupakan sebahagian daripada ekosistem
kehidupan. Ia juga merupakan program SR LHDNM berskala besar yang kedua di
Negeri Sabah, di mana program pertama telah dilaksanakan dengan kerjasama
Lembaga Pemegang Taman-Taman Sabah dengan menurunkan Peranti Biodiversiti
Marin di Pulau Manukan pada tahun 2014.
Menurut Dato’ Sri Sabin, program SR yang dilaksanakan oleh LHDNM seperti ini adalah
sebagai menyahut seruan pihak kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) dengan pendekatan serampang dua mata, iaitu melaksanakan satu bentuk
khidmat kepada masyarakat serta pada masa yang sama turut menjalinkan kerjasama
Untuk siaran segera
Muka surat 2 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 17 Januari 2018
strategik dengan agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun NGO. Tambah beliau lagi,
sama seperti sistem percukaian yang mesti dipelihara demi kelestarian kemakmuran
negara, alam sekitar juga merupakan aset komuniti yang perlu dipelihara untuk
kelangsungan generasi masa hadapan.
Sementara itu, Datuk Bandar DBKK memuji pendekatan yang diambil oleh LHDNM
dalam usaha secara bersama memelihara alam sekitar. Menurut beliau penglibatan
agensi-agensi kerajaan dan badan korporat amat digalakkan dalam usaha sebegini
kerana ia bukan sahaja dapat menjadikan tempat rekreasi awam bersih, malah ia turut
mampu membantu meningkatkan ekonomi negeri apabila semakin ramai pelancong
berminat mengunjungi lokasi-lokasi menarik ini. Selain itu, usaha sebegini juga diyakini
mampu mendidik masyarakat untuk mengamalkan kebersihan serta aktiviti kitar
semula.
Turut hadir sama dalam program ini adalah Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif LHDNM, Pengarah LHDNM Cawangan Kota Kinabalu dan Pengarah-
Pengarah Jabatan LHDNM.
# # #
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 / 21676 | : 03-8313 7801 Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 17 Januari 2018
Muka surat 3 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 17 Januari 2018
Gambar 1 : Majlis Perasmian Program SR, dari kiri gambar (En. Mahmood Daud), dua dari kiri (Puan Noor Liza Awang Alip), tiga dari kiri (Dato’ Sri Sabin Samitah), dua dari kanan
gambar (Datuk Mohd Nizom Sairi), satu dari kanan (En. Abdul Manap Dim)
Gambar 2 : Antara aktiviti pembersihan kawasan pantai.
Recommended