View
129
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
LETTER OF CREDIT
‘SURAT KREDIT’
PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
EPPM2003
SEMESTER 3 SESI 2011/2012
SET 2
NAMA PELAJAR DAN NO. MATRIK
1. NABILAH BINTI MOHSIN A136177
2. NUR AZLIN BINTI AB KADIR A136808
3. NUR FATIHA BT. AHMAD ZAIDI A136515
4. NORAFIQAH BINTI JAMIL A136631
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. MOHAMAD ABDUL HAMID
ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK MUKA SURAT
1. PENGENALAN 3
2. OBJEKTIF 5
3. PRODUK KEWANGAN ISLAM 6
4. PERBANDINGAN ANTARA PERBANKAN ISLAM DENGAN
PERBANKAN KONVENSIONAL
11
5. APLIKASI SURAT KREDIT DI PERBANKAN ISLAM 16
6. KESIMPULAN 22
7. RUJUKAN 23
2
PENGENALAN
Surat kredit adalah satu akaun tanggungjawab yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada
penjual atau pengeksport yang mengakui bahawa bank akan membayar kepada penjual amaun
tertentu yang tercatat dalam surat kredit itu dengan syarat yang terkandung dalam surat kredit itu.
Surat kredit merupakan satu kemudahan yang dapat menjamin perolehan pembayaran dengan
kadar segera bagi jualan barangan. Menerusi kemudahan surat kredit, pengeksport boleh
mendapatkan pembayaran yang segera dan terjamin daripada pihak bank. Bank menyediakan
kemudahan dan khidmat surat kredit kepada pelanggannya. Kemudahan dan khidmat ini
biasanya diperlukan oleh pelanggan yang menjalankan perdagangan luar negeri berkaitan dengan
usaha memberi dan mengimport barang dari Negara asing. Bank boleh memberi kemudahan dan
khidmat ini berlandaskan mana-mana satu daripada tiga hukum mengikut kesesuaian kehendak
pelanggan iaitu al-wakalah, al-musyarakah dan al-murabahah (jualan dengan tambahan untung).
Bank boleh mengeluarkan surat kredit berlandaskan hukum al-wakalah. Perkataan al-
Wakalah adalah diambil daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud perwakilan.
Al-wakalah boleh ditakrifkan sebagai menyerahkan tugas atau urusan kepada orang lain dan
diserahkan tanggungjawab untuk bertindak bagi pihaknya.
Bank boleh juga mengeluarkan surat kredit dengan berlandaskan hukum al-musyarakah.
Dari segi bahasa, musyarakah atau syarikah bermaksud percampuran harta milik orang yang
berlainan sehingga tidak dapat dibezakan antara satu sama lain. Dari segi istilah, musyarakah
adalah perjanjian yang dimeterai antara dua pihak atau lebih sebagai rakan kongsi untuk
berkongsi modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan.
3
Sebagai pilihan ketiga, bank juga boleh mengeluarkan surat kredit berlandaskan hukum
al-murabahah. Murabahah adalah suatu bentuk jualan dimana penjual secara terang-terangan
menyebut kos komoditi yang dibeli, dan menjualnya kepada orang lain dengan menambah
beberapa keuntungan keatasnya. Dengan demikian, murabahah bukan pinjaman yang diberikan
atas bunga, yang merupakan jualan komoditi untuk kos / harga ditangguhkan.
4
OBJEKTIF
Memahami definisi surat kredit, al-wakalah, al-musyarakah dan al-murabahah.
Mengenali produk surat kredit.
Mengetahui hukum dan hikmah disyariatkan wakalah.
Mengetahui kelebihan dan kekurangan al-wakalah dalam surat kredit.
Mengetahui manfaat pembiayaan musyarakah.
Mengetahui hukum berkaitan murabahah.
Dapat membuat perbandingan antara surat kredit Islam dengan konvensional.
Memahami aplikasi surat kredit berlandaskan prinsip al-wakalah, al-musyarakah dan al-
murabahah di perbankan Islam.
5
PRODUK KEWANGAN ISLAM
Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perbankan Islam di Malaysia adalah
komprehensif dan setanding dengan produk dan perkhidmatan yang terdapat di bank-bank
konvensional. Keseluruhan produk tersebut meliputi kemudahan deposit, pembiayaan pengguna,
pembiayaan perdagangan, pembiayaan korporat dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Surat
kredit merupakan sebahagian produk kewangan Islam di bawah pembiayaan perdagangan. Bank
boleh memberi kemudahan dan khidmat ini berlandaskan mana-mana satu daripada tiga hukum
mengikut kesesuaian kehendak pelanggan iaitu al-wakalah, al-musyarakah dan al-murabahah
(jualan dengan tambahan untung).
Surat kredit al-Wakalah ialah bank bertindak sebagai wakil kepada pelanggan.
Perkhidmatan di mana satu pihak menamakan pihak lain sebagai wakil bagi dirinya. Oleh itu,
pihak bank akan bertindak sebagai agen kepada pelanggannya. Permulaannya, pelanggan akan
memaklumkan kepada bank keperluan surat kredit dan memohon bank supaya menyediakan
perkhidmatan. Seterusnya, bank akan meminta pelanggan meletakkan sejumlah deposit yang
sama jumlahnya dengan harga barangan yang dibeli atau diimport di bawah prinsip al-Wadi’ah
Yad Dhamanah. Kemudian bank akan menyediakan surat kredit dan menjelaskan bayaran
dengan menggunakan deposit pelanggan. Pihak bank mengenakan bayaran komisen bagi
perkhidmatan tersebut di bawah prinsip al-Ujr.
Hikmah disyariatkan wakalah ialah sebenarnya tugas asal tanggungjawab urusan
seseorang itu adalah bagi dirinya tetapi terkadang dia tidak dapat meneruskan tugas itu oleh
sebab keuzuran yang timbul pada dirinya dengan sebab-sebab atau urusan-urusan lain atau sakit
atau apa-apa sahaja halangan yang tidak dapat dielakkan maka dia berhajat kepada orang lain
6
yang boleh bertindak untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut maka terpaksa dia
mewakilkan bagi pihak dirinya untuk faedah dan kebaikannya. Aqad berwakalah itu pada hukum
syarak adalah harus berdasarkan Al-Quran dan sunnah.
1. Firman Alllah s.w.t dalam Surah Al Kahfi ayat 19 yang bermaksud :
"Hendaklah kamu utuskan seorang daripada kamu ke bandar dengan membawa wang untuk
membeli makanan"
2. Diriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w telah mewakilkan Hakim bin Hazm membeli kambing
untuk membuat qurban. Dan dari riwayat Abdullah bin Jaafar r.a. berkata :
“Saidina Ali tidak pernah menghadir diri dalam perbicaraan berhubung dengan harta benda dan
beliau mewakilkan Aqil r.a. bagi pihak dirinya.”
Maka atas aqad wakalah inilah kita menyediakan khidmat bagi pihak pelanggan (bukan
majikan) untuk urusan jual beli dan amanah menjaga emas (dinar) bagi pihak penyimpan emas.
Elektronik dinar atau e-dinar hanyalah rekod simpanan dan transaksi dinar emas. Masyarakat
Islam sejak zaman awal Islam lagi menggunakan al-wakalah dalam urusan jualbeli terutamanya
yang melibatkan urusan yang jauh, dimana tuan punya badan tidak dapat menghadirkan diri akan
mewakilkan urusannya kepada orang lain. Rasullulah s.a.w sendiri bertindak bagi pihak Siti
Khadijah dalam urusan jualbeli sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.
Kelebihan dan Kekurangan Al–Wakalah (Letter Of Credit):
KELEBIHAN KEPADA PENGIMPORT
Pengimport diberi jaminan bahawa pengeksport akan dibayar hanya jika semua terma dan syarat-syarat Surat Kredit telah dipenuhi.
Pengimport boleh berunding terma perdagangan yang lebih baik dengan pengeksport apabila pembayaran melalui Surat Kredit ditawarkan.
7
KEBURUKAN KEPADA PENGIMPORT
Surat Kredit tidak menawarkan perlindungan kepada pengimport terhadap pengeksport tentang penghantaran barangan berkualiti / atau kuantiti barangan yang lebih rendah. Akibatnya, ia adalah penting bahawa pengimport melaksanakan usaha wajar yang bersesuaian untuk menilai kebolehan pengeksport. Jika pengeksport bertindak secara menipu, satu-satunya cara yang sedia ada untuk pengimport itu adalah melalui prosiding undang-undang.
Ia adalah perlu untuk pengimport mempunyai garis kredit dengan sesebuah bank sebelum bank mampu untuk mengeluarkan Surat Kredit. Jumlah bayaran yang tertunggak di bawah setiap Surat Kredit yang dikeluarkan dikenakan kredit dari tarikh terbitan sehingga pembayaran akhir.
KELEBIHAN KEPADA PENGEKSPORT
Risiko pembayaran bergantung kepada kepercayaan kredit bank Islam (issuing bank) bukan kepercayaan kredit pengimport
Pengeksport bersetuju terlebih dahulu kepada semua keperluan bagi pembayaran di bawah Surat Kredit. Jika Surat Kredit tidak dikeluarkan seperti yang dipersetujui, pengeksport tidak diwajibkan untuk melakukan penghantaran barang terhadapnya.
Pengeksport boleh mengurangkan risiko politik.
KEBURUKAN KEPADA PENGEKSPORT
Dokumen hendaklah disediakan dan dibentangkan dalam peraturan yang ketat dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Surat Kredit.
Sesetengah pengimport mungkin tidak dapat untuk membuka Surat Kredit disebabkan kekurangan kredit.
Kemudahan dengan bank seterusnya menghalang pertumbuhan eksport.
Seterusnya, surat kredit al-Musyarakah ialah perkhidmatan di mana pelanggan bank
memperolehi kontrak menawarkan barang dagangan kepada sesebuah organisasi. Bank
membiayai sebahagian daripada jumlah pembayaran dan berkongsi keuntungan dengan
pelanggan. Pelanggan berunding dengan bank untuk mengadakan perkongsian di mana bank
akan menyediakan kemudahan kredit bagi membolehkannya mengimport dan menawarkan
barangan tersebut. Perkongsian ini berdasarkan prinsip al-Musyarakah yang beroperasi
8
berasaskan perkongsian untung. Penyediaan surat kredit ini bermula apabila pelanggan
memaklumkan kepada bank keinginannya mendapatkan kemudahan surat kredit serta
merundingkan syarat-syarat pembiayaan al-Musyarakah. Kedua-dua pihak bersetuju berkongsi
mengimport atau membeli barangan mengikut prinsip al-Musyarakah dan memeterai perjanjian
berkaitan bahagian modal masing-masing, nisbah pembahagian untung dan lain-lain.
Kemudian, pelanggan akan meletakkan sejumlah deposit sebagai modalnya sebagaimana
yang telah dipersetujui dalam kontrak al-Musyarakah dalam akaun al-Wadi’ah Yad Dhamanah.
Seterusnya bank akan mengemukakan surat kredit dan membuat pembayaran menggunakan
wang deposit pelanggan dan bahagian modalnya. Pelanggan akan mengambil barangan tersebut
dan menjualnya sebagaimana yang telah dipersetujui. Segala keuntungan yang diperolehi dari
penjualan tersebut akan dikongsi bersama mengikut nisbah yang dipersetujui dalam perjanjian.
Manfaat Pembiayaan Musyarakah:
1. Bank akan menikmati peningkatan bagi hasil pada saat keuntungan usaha nasabah meningkat.
2. Bank terhindar dari penyebaran negatif, kerana bank tidak berkewajipan membayar dalam
jumlah tertentu kepada nasabah pendanaan secara tetap, tetapi disesuaikan dengan pendapatan
usaha bank.
3. Pengembalian pokok pembiayaan disesuaikan dengan aliran tunai usaha nasabah, sehingga
tidak memberatkan nasabah.
4. Bank akan lebih selektif dan hati-hati (prudent) mencari usaha yang benar halal, aman dan
menguntungkan.
9
Manakala, surat kredit al-Murabahah ialah bank mengeluarkan surat kredit dan
membayar jumlah keseluruhan. Barangan yang dibeli seterusnya dijual kepada pelanggan dengan
harga kos dan keuntungan. Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat dalam
perdagangan atau perusahaan untuk membeli barang dagangan atau bahan mentah. Maka,
pelanggan tadi memerlukan surat kredit beserta pembiayaan untuk suatu jangka masa tertentu.
Prosedurnya bermula apabila pelanggan memaklumkan pihak bank akan keperluan surat
kreditnya dan memohon pihak bank membeli atau mengimport barangan tersebut terlebih dahulu
dan kemudian menjual kepadanya berdasarkan prinsip al-Muarabahah. Seterusnya, bank akan
melantik pelanggan sebagai agen untuk membeli barangan tersebut bagi pihaknya. Pihak bank
kemudiannya akan mengemukakan surat kredit dan menjelaskan bayaran menggunakan dana
bank sendiri. Akhir sekali bank akan menjual barangan tersebut kepada pelanggan pada tingkat
harga yang merangkumi kos dan tambahan margin keuntungan bank di bawah prinsip al-
Murabahah. Pelanggan boleh membuat pembayaran secara beransur-ansur mengikut tempoh
yang dipersetujui.
Hukum berkaitan al-Murabahah ialah :
1. Menjadi amanah ke atas penjual untuk menyatakan kos atau modal yang sebenar bagi barang
yang hendak dijual itu kepada pembeli.
2. Kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli) bersetuju di atas kadar untung yang ditetapkan
sebagai tambahan kepada kos sebenar.
10
PERBANDINGAN ANTARA PERBANKAN ISLAM DENGAN PERBANKAN
KONVENSIONAL
Perbezaan utama antara perbankan Islam dengan konvensional ialah perbankan Islam
perlu berlandaskan Syariah. Perbankan Islam juga perlu menghindar daripada terlibat dengan
aktiviti seperti riba’ atau gharar (ketidakpastian yang berlebihan). Sebagai contoh, bank-bank
Islam tidak mengenakan faedah bagi pembiayaan yang diberikan, sebaliknya pembiayaan
diberikan berdasarkan kontrak musyarakah dan sebarang keuntungan dan kerugian akan dikongsi
bersama. Dalam pembiayaan pembelian rumah pula, bank Islam akan menetapkan harga jualan
(termasuk margin keuntungan bank) pada peringkat awal lagi.
Bank syariah ialah bank yang beroperasi dengan tidak bergantung kepada bunga. Bank
syariah juga dikenali sebagai lembaga kewangan atau perbankan yang operasi dan produknya
dibangunkan berlandaskan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Manakala, bank konvensional pula
adalah badan usaha yang menghimpun dana dari masyarakat dalam bentuk simpanan dan
menyalurkannya kepada masyarakat dalam bentuk kredit atau bentuk-bentuk lainnya dalam
usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.
Bank Syariah sebagai salah satu institusi kewangan moden, menawarkan pelbagai produk
yang menarik untuk dimanfaatkan oleh para pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan
menyeluruh, baik untuk pembiayaan jangka panjang mahupun untuk pembiayaan jangka pendek
yang digunakan untuk pusingan modal bagi para pelaku perniagaan. Antara pembiayaan
perdagangan yang telah dibuat produknya adalah seperti surat kredit (letter of credit) di bawah
prinsip al-wakalah, al-musyarakah, al-mudharabah dan al-murabahah.
11
Jadual 1 Perbezaan Antara Bank Syariah dan Bank Konvensional
Perkara Bank Syariah Bank Konvensional
Peranan Sebagai penyimpan harta, sebagai
pengusahaan dan sebagai pemodal.
Sebagai peminjam dan pemberi
pinjaman.
Simpanan Simpanan yang dijamin atau
pelaburan.
Berdasarkan peratus bunga
yang dijanjikan .
Pembiayaan Jual-beli tangguh atau pembiayaan
modal.
Pinjaman berdasarkan faedah
bunga.
Hubungan dengan
pelanggan
Hubungan dengan pelanggan dalam
bentuk kerjasama.
Hubungan dengan pelanggan
dalam bentuk kreditur-debitur.
Contoh bank Bank Islam Malaysia Berhad. Maybank Berhad.
Dalam amalan surat kredit dengan prinsip Al-Wakalah dapat dilakukan oleh pelanggan
dengan Bank Syariah, apabila pelanggan mohon untuk dijadikan surat kredit, maka bank akan
membuatkan dan meminta pelanggan menyediakan deposit sepenuhnya menurut harga barang
yang akan di import. Deposit itu boleh diterima dalam bentuk wadiah, bank hanya akan
menggunakan komisyen kepada pelanggan di bawah elemen kontrak al Ujr wa al-umlah.
Dalam perdagangan import dan eksport, para pelaku perniagaan selalu menggunakan
Surat Kredit (LC). Bank Syariah menawarkan kontrak perdagangan seperti ini kepada pelanggan
di bawah elemen kontrak Al-Musyawarah.Caranya adalah dalam pembayaran barang yang akan
dibeli oleh pelanggan, ia berkongsi dengan bank. Untuk penjualannya diserahkan kepada
12
pelanggan dan keuntungan yang diperolehi dibahagi antara pihak bank dan pelanggan menurut
bahagian yang disepakati bersama.
Tidak seperti yang dilakukan bank-bank konvensional umumnya dalam memberikan
kredit, pembiayaan Mudharabah di Bank Syariah dilakukan dengan mengambil kira kepentingan
masing-masing pihak terutama debitur yang seringkali dianiaya dalam perjanjian kredit di bank-
bank konvensional yang umumnya melaksanakan perjanjian standard perjanjian pembiayaan
Mudharabah dilakukan dengan mengurangkan halangan-halangan yang sering kali melanda
usaha Mudharib. Pembiayaan Mudharabah lebih diutamakan pada pengusaha kecil dan
sederhana. Biasanya halangan yang paling besar bagi pengusaha kecil dan menengah adalah
kurangnya modal, minimumnya penguasaan teknologi dan terbatasnya liputan pemasaran.
Bagi pelanggan yang tidak mempunyai modal yang cukup dapat menggunakan elemen
kontrak Al-Murabahah dalam melaksanakan transaksinya. Kontrak ini akan memberikan peluang
kepada seseorang untuk mendapatkan sesuatu barang dengan bayaran secara bertangguh. Dalam
prinsip Al-Murabahah ini, terjadi jualbeli suatu barang pada harga asal dengan tambahan
keuntungan yang nilainya disepakati oleh kedua-dua belah pihak. Penjual dalam hal ini harus
memberitahu harga produk yang dia beli dan menentukan suatu tingkat keuntungan sebagai
tambahan. Contohnya anda memerlukan kredit untuk pembelian kereta. Dalam bank
konvensional anda akan dikenakan faedah dan anda diharuskan membayar secara bulanan
selama beberapa tempoh tertentu dan mungkin kadar faedah yang dikenakan akan meningkat.
Dalam perbankan syariah pula, bank syariah akan membeli kereta yang anda inginkan terlebih
dahulu, kemudian menjualnya kepada anda. Tetapi, kerana bank syariah yang membelinya
13
dahulu, maka apabila menjual kepada anda, harganya sedikit lebih mahal, sebagai bentuk
keuntungan kepada bank syariah tetapi bayarannya adalah tetap tanpa dikenakan kadar faedah.
Jadual 2 Perbezaan Bank Syariah Dan Bank Konvensional Berdasarkan Surat Kredit
Prinsip Bank Syariah Bank Konvensional
Al-Mudharabah Pemilik dana tidak mendapatkan bunga,
melainkan nisbah bahagian keuntungan.
Menghasilkan lebihan atau riba
daripada pinjaman.
Al-Musyarakah Sebagai penyertaan dengan
pembahagian sumbangan modal.
Pembiayaan seperti ini mirip
dengan kredit modal kerja.
Al-Murabahah Harga lebih mahal sebagai keuntungan
kepada bank syariah dan pembayaran
akan tetap tanpa di kenakan kadar
faedah.
Dikenakan faedah dan perlu
membayar secara bulanan.
Kadar faedah juga mungkin
akan meningkat.
Jadi, perbezaan antara Bank Syariah dan Bank Konvensional, pertama terletak pada
akadnya. Pada bank syariah, semua transaksi harus mengikut akad yang dibenarkan oleh syariah.
Dengan demikian, semua transaksi itu harus mengikuti kaedah dan peraturan yang berlaku pada
akad-akad muamalah syariah. Pada bank konvensional, transaksi pembukaan akaun, baik giro,
tabungan mahupun deposit, mengikut perjanjian simpanan, namun prinsip simpanan ini tidak
sesuai dengan aturan syariah, misalnya wadi'ah, kerana dalam produk giro, tabungan mahupun
deposit, menjanjikan ganjaran dengan kadar faedah yang tetap.
Kedua, terdapat pada ganjaran yang diberikan. Bank konvensional menggunakan konsep
bayaran (cost concept) untuk mengira keuntungan. Bunga yang dijanjikan di muka kepada
14
pelanggan penabung merupakan kos atau kos yang perlu dibayar oleh bank. Maka bank harus
"menjual" kepada pelanggan lain (peminjam) dengan bayaran bunga yang lebih tinggi.
Perbezaan antara keduanya disebut ‘spread’ yang menandakan apakah syarikat tersebut untung
atau rugi. Bila ‘spread’nya positif, di mana beban bunga yang dikenakan kepada peminjam lebih
tinggi dari bunga yang diberikan kepada penabung, maka dapat dikatakan bahawa bank
mendapat keuntungan. Sementara bank syariah pula menggunakan pendekatan ‘profit sharing’,
di mana dana yang diterima bank disalurkan kepada pembiayaan. Keuntungan yang didapati dari
pembiayaan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu untuk bank dan untuk pelanggan, mengikut
perjanjian pembahagian keuntungan.
Ketiga, sasaran kredit atau pembiayaan. Para penabung di bank konvensional tidak sedar
wang yang ditabung dipinjamkan untuk pelbagai perniagaan, tanpa memandang halal dan haram
perniagaan tersebut. Sedangkan di bank syariah, penyaluran dan simpanan dari masyarakat
dibatasi oleh prinsip asas, iaitu prinsip syariah. Jadi, pemberian pinjaman tidak boleh ke
perniagaan yang haram seperti, perjudian, minuman yang diharamkan, dan perniagaan lain yang
tidak sesuai dengan syariah.
APLIKASI SURAT KREDIT DI PERBANKAN ISLAM
15
Islamic letter of credit (ILC) adalah suatu akujanji bertulis yang diberikan oleh bank Islam
(issuing bank) kepada penjual (benefisiari) atas permintaan dan atas arahan pembeli (pemohon)
untuk membayar pada pandangan atau pada tarikh masa depan yang boleh ditentukan, jumlah
wang yang disebut adalah wang dalam had masa yang ditetapkan dan ditetapkan dokumen yang
perlu mematuhi terma dan syarat. Dalam konteks Islam, transaksi ILC ini boleh dilakukan
mengikut beberapa kontrak syariah iaitu wakalah (agensi), murabahah (kos campur keuntungan)
dan musyarakah (perkongsian).
Akad Wakalah dapat diaplikasikan ke dalam pelbagai bidang, termasuk dalam bidang
ekonomi, terutama dalam institusi kewangan:
Bukan Surat Kredit Import Syariah
Akad untuk transaksi Surat Kredit Import Syariah ini menggunakan akad Wakalah Bil Ujrah. Hal
ini sesuai dengan Fatwa Dewan Syariah Nasional Nombor: 34/DSN-MUI/IX/2002. Akad
Wakalah bil Ujrah ini mempunyai definisi dimana pelanggan memberikan kuasa kepada bank
dengan ganjaran pemberian ujrah atau upah. Namun ada beberapa modifikasi dalam akad ini
sesuai dengan situasi yang terjadi.
i. Akad Wakalah bil Ujrah dengan syarat-syarat:
Pengimport harus mempunyai dana pada bank sebanyak harga bayaran untuk barangan
yang di import.
Pengimport dan bank melakukan akad wakalah bil ujrah untuk melakukan dokumen-
dokumen transaksi import.
Jumlah ujrah / upah harus disepakati di awal persetujuan dan dinyatakan dalam bentuk
persembahan.
ii. Akad Wakalah bil Ujrah dan Qardh dengan syarat-syarat:
16
Pengimport tidak mempunyai dana yang cukup pada bank untuk pembayaran harga
barang yang di import.
Pengimport dan bank melakukan akad wakalah bil ujrah untuk menguruskan dokumen-
dokumen transaksi import.
Jumlah ujrah / upah harus disepakati di awal persetujuan dan di nyatakan dalam bentuk
nominal, bukan dalam bentuk persembahan.
Bank melakukan dana potongan (Qardh) kepada pengimport untuk pelunasan
pembayaran dana import.
iii. Akad Wakalah bil Ujrah dan Mudharabah, dengan syarat-syarat:
Pelanggan melakukan akad wakalah bil ujrah kepada bank untuk melakukan pengurusan
dokumen dan bayaran.
Bank pengimport melakukan akad Mudharabah, di mana bank bertindak sebagai shahibul
mal (pemilik modal) menyerahkan modal kepada pengimport sebanyak jumlah harga
barang yang di import.
iv. Akad Wakalah bil Ujrah dan Hiwalah, dengan syarat-syarat:
Pengimport tidak mempunyai dana yang cukup pada bank untuk pembayaran harga
barang yang diimport.
Pengimport dan Bank melakukan akad wakalah untuk pengurusan dokumen-dokumen
transaksi import.
Jumlah ujrah / upah harus disepakati di awal persetujuan dan dinyatakan dalam bentuk
nominal, bukan dalam bentuk persembahan.
Surat Kredit Eksport Syariah
Akad untuk transaksi Surat Kredit Eksport Syariah ini menggunakan akad Wakalah. Hal ini
sesuai dengan Fatwa Dewan Syariah Nasional Nombor: 35/DSN-MUI/IX/2002. Akad Wakalah
ini mempunyai definisi dimana bank menerbitkan surat pernyataan akan membayar kepada
pengeksport untuk memudahkan perdagangan eksport. Namun ada beberapa modifikasi dalam
akad ini sesuai dengan sutuasi yang terjadi.
17
i. Akad Wakalah bil Ujrah dengan syarat-syarat:
Bank melakukan pengurusan dokumen-dokumen eksport.
Bank melakukan pengagihan (collection) kepada bank penerbit L / C (issuing bank),
selanjutnya dibayar kepada pengeksport setelah dikurangkan ujrah. Jumlah ujrah
disepakati di awal dan dinyatakan dalam bentuk nominal bukan persembahan.
ii. Akad Wakalah bil Ujrah dan Qardh dengan syarat-syarat:
Bank melakukan pengurusan dokumen-dokumen eksport.
Bank melakukan pengagihan (collection) kepada bank penerbit L / C (issuing bank).
Bank memberikan dana talangan (Qardh) kepada pelanggan pengeksport sebanyak
jumlah harga barang eksport.
Jumlah ujrah harus disepakati di awal dan dinyatakan dalam bentuk nominal, bukan
dalam bentuk persembahan.
Pembayaran ujrah dapat diambil dari dana talangan sesuai dengan persetujuan dalam
akad.
Antara akad Wakalah bil Ujrah dan akad Qardh, tidak boleh kaitan (ta'alluq).
iii. Akad Wakalah bil Ujrah dan Mudharabah dengan syarat-syarat:
Bank memberikan kepada pengeksport seluruh dana yang diperlukan dalam proses
pengeluaran barang eksport yang ditempah oleh pengimport.
Bank melakukan pengurusan dokumen-dokumen eksport.
Bank melakukan pengagihan (collection) kepada bank penerbit L / C (issuing bank).
Pembayaran oleh bank penerbit L / C dapat dilakukan pada masa di mana dokumen
diterima (at sight) atau pada masa tamat tempoh (usance).
Pembayaran dari bank penerbit L / C (issuing bank) boleh digunakan untuk pembayaran
ujrah, pengembalian dana mudharabah, dan bayaran bagi hasil.
Dalam kes al wakalah surat kredit Islam, pelanggan perlu membayar terlebih dahulu nilai penuh barang sebelum penerbitan surat kredit. Tambahan pula, bank Islam akan menerima
18
komisen atau bayaran perkhidmatan untuk perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Di bawah ini adalah proses al wakalah surat kredit Islam :
1. Pelanggan memberitahu bank Islam (issuing bank) keperluan dan permintaan untuk ILC kepada bank Islam untuk menyediakan kemudahan.
2. Bank Islam boleh mengkehendaki pelanggan meletakkan deposit untuk jumlah penuh harga barang yang akan dibeli atau diimport, di mana bank Islam menerima wang tersebut di bawah prinsip Wadiah Yad Dhamanah
3. Bank Islam menerbitkan ILC dan membayar hasil kepada bank rundingan, menggunakan deposit pelanggan, dan seterusnya mengeluarkan dokumen kepada pelanggan.
4. Bank rundingan menuntut bayaran balik dari bank Islam sebagai satu arahan pembayaran semula.
5. Bank Islam mengenakan upah atau komisen kepada pelanggan bagi perkhidmatan di bawah prinsip al-ujrah berdasarkan prinsip wakalah.Di bawah prinsip murabahah (kos campur keuntungan), di mana pelanggan tidak dapat
membayar harga pembelian barang tersebut, bank Islam (issuing bank) menerbitkan ILC dan membayar harga pembelian kepada pengeksport / penjual barang. Bank dengan serta-merta
19
menjual barang tersebut kepada pelanggan pada harga markup untuk pembayaran yang tertangguh. Model surat kredit Murabahah adalah seperti yang di bawah :
1. Pelanggan memaklumkan kepada bank Islam (issuing bank) tentang keperluan dan permintaan ILC dan meminta bank Islam untuk membeli atau menyebarkan barang-barang yang menunjukkan bahawa dia akan bersedia untuk membeli barang tersebut dari bank Islam apabila rundingan ILC yang dilakukan atas prinsip konsep murabahah.
2. Bank Islam melantik pelanggan sebagai ejen untuk membeli barangan yang diperlukan bagi pihaknya.
3. Bank Islam menetapkan ILC dan membayar terus kepada bank rundingan menggunakan dana sendiri.
4. Bank Islam menjual barangan kepada pelanggan pada harga jualan yang terdiri daripada kos dan margin keuntungan di bawah prinsip murabahah untuk penyelesaian jangka tertunda
5. Pelanggan mengambil pemilikan barang dan melupuskan mengikut cara yang dipersetujui.
20
Di bawah prinsip-prinsip musyarakah (perkongsian), bank Islam (issuing bank) menerbitkan ILC dan kedua-duanya, bank dan pelanggan menyumbang kepada harga pembelian di bawah ILC, dan kemudian saham. Prosedur penjualan aset berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui. Kerugian adalah berkadar kepada sumbangan modal. Untuk memahami proses surat kredit Islam musyarakah, gambar di bawah adalah modelnya :
1. Pelanggan memberitahu bank Islam keperluan ILC dan perundingan dari segi pembiayaan musyarakah bagi keperluan beliau.
2. Pelanggan dan bank Islam meletakkan deposit bahagian kos barang-barang yang akan dibeli atau diimport sebagai satu perjanjian musyarakah yang bank Islam menerimanya di bawah prinsip Wadiah Yad Dhamanah.
3. Bank Islam menetapkan ILC dan membayar hasil kepada bank rundingan, menggunakan deposit pelanggan serta saham pembiayaan.
4. Bank Islam mengeluarkan dokumen kepada pelanggan.5. Pelanggan mengambil pemilikan yang baik dan melepaskannya mengikut cara yang
dipersetujui.
21
6. Keuntungan bank Islam dan pelanggan adalah daripada usahasama itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian.
KESIMPULAN
Surat kredit dalam amalan perbankan Islam di Malaysia adalah selaras dengan prinsip
muamalat Islam dan halal. Surat kredit yang diamalkan dalam perbankan Islam adalah mapan
dan berdaya maju dalam suasana perniagaan perbankan moden yang canggih dan elektronik.
Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa sistem perbankan Islam di
Malaysia yang mula dilaksanakan pada tahun 1983 dan telah melalui beberapa tahap
perkembangan dan boleh dianggap maju serta seiring dengan sistem perbankan konvensional.
Sistem perbankan Islam ini juga dilihat mapan dalam memberikan perkhidmatan dan penawaran
produk yang berdaya maju serta membantu meningkatkan sumbangan dalam pembangunan
ekonomi Negara.
22
RUJUKAN
1. 22/10/2001. Murabahah bantu syarikat urus modal.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2001&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_07.htm
2. 2 / 8/ 99. Pasaran Wang & Modal Perbandingan.
http://pangurusan-islam.tripod.com/pasaran_wang.htm
3. Abdullah Alwi Hj. Hassan . 2005. Teori Dan Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam
Di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Al - Faqir Ust. Hj Rafidi Hashim. Al-wakalah dalam fiqh islam.
http://www.dirham2dinar.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=107&Itemid=100
5. Mohd Taufik Yasabah. Jun 9, '08 1:22 PM. Al-Wakalah–Konsep dan aplikasi dalam Takaful.
http://thauffix0401.multiply.com/journal/item/11?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal
%2Fitem
6. Saifuldin Al’azmy. Definisi Murabahah. http://www.vic.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=82:definisi-murabahah&catid=37:celik-
niaga&Itemid=84
7. Mukhlisah Mardhiah. December 16, 2010. Konsep Musyarakah (Perkongsian).
http://mukhlisahfillah.blogspot.com/2010/12/konsep-musyarakah-perkongsian.html
23
8. Mac 9, 2011. Bank Syariah dan Bank Konvensional.
http://badruddin69.wordpress.com/2009/03/09/bank-syariah-dan-bank-konvensional/
24
Recommended