View
235
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
250
Proses Pengurusan Dakwah dalam Peristiwa Perjanjian
Hudaibiyah
Faiz Abdul Rahim
faiz.ar@kuis.edu.my
Hazelena Dewi Fatahul Ariffin
hazelena@kuis.edu.my
ABSTRAK
Prinsip pengurusan yang ditonjolkan oleh Baginda s.a.w adalah yang terbaik. Hal
sedemikan menyebabkan sarjana barat mengkaji dan meneliti bagaimana Rasulullah s.a.w
mengurus tadbir ketika baginda masih hidup. Matlamat kajian ini adalah menganalisis
peristiwa perjanjian Hudaibiyah dalam konteks proses pengurusan. Kajian ini merupakan
kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian pensejarahan. Kajian ini
menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan
memfokuskan beberapa kitab sirah dan juga buku pengurusan. Manakala metode analisis
data, kajian ini menggunakan metode deskriptif. Dapatan kajian terdapat empat prinsip
pengurusan dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah iaitu perancangan, kepimpinan,
pengawasan, dan penilaian yang menyebabkan penyebaran agama Islam dapat dijalankan
secara aman setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah ini.
Kata Kunci: Proses pengurusan, Perjanjian Hudaibiyyah
PENGENALAN Penjajahan dan imperialisme telah mengakibatkan sistem pengurusan Barat diagung-agungkan
sehingga Islam sebagai model pengurusan yang unggul diketepikan oleh pentadbir awam.
Perbezaan besar pengurusan Barat dengan Islam ialah Barat lebih berasaskan kepada model
rasional, analitikal causative dan probalistic yang merangkumi apa yang dinamakan sebagai
konseptualitasi abstrak. Islam pula adalah lebih untuk dan dinamik kerana ia lebih komprehensif
yang menekankan etika, perseimbangan antara kemajuan material dan rohani, berakar umbikan
tradisi lokal, menentang ketidakadilan dan menekankan kerjasama, bukannya persaingan dalam
perlakuan. Dengan kata lain menurut perspektif Islam, ilmu pengurusan Barat adalah ilmu yang
tempang dan sekular yang tidak menepati kehendak Islam daripada segi asas, konsep dan
falsafahnya (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).
Sir George Bernard Shaw menyatakan jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris
bahkan Eropah – beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut. Saya sentiasa
menghormati agama Muhammad karena potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama
yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah
mempelajari Muhammad sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian, dia
harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad
memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala
permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia
(Anon 2012).
251
Mahatma Gandhi pula berkata, pernah saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang paling
mempengaruhi manusia. Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan
kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan,
keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya,
tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan
pedang ) menyingkirkan segala halangan (Anon 2012).
Kesimpulan dari dua pandangan tokoh besar bukan Islam ini ialah mereka mengakui bahawa
kepimpinan di dalam pengurusan Baginda s.a.w sangatlah sempurna. Ini menunjukkan apa jua
bentuk dan nilai-nilai pengurusan yang diambil oleh barat adalah berdasarkan dari Baginda s.a.w.
Hal ini terbukti daripada dua pandangan tokoh ini.
KONSEP PENGURUSAN Definisi Pengurusan
Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan perancangan, penyusunan,
pengarahan dan juga kawalan. Pada peringkat perancangan, perkara-perkara yang dititkberatkan
ialah soal-soal penetapan matlamat dan objektif, pembentukan strategi dan dasar. Proses
penyusunan pula melibatkan aktiviti-aktiviti menstruktur heirarki pengurusan dan fungsi,
penyelarasan melalui peraturan, dasar dan tatacara yang ditetapkan dan juga pengurusan
kakitangan. Manakala proses pengarahan pula merangkumi aspek-aspek kepimpinan dan
menjamin kecekapan dan keberkesanan organisasi. Sementara pada peringkat pengawalan, pihak
pengurusan mengawasi perlaksanaan ketiga-tiga proses tersebut dan mengambil tindakan-
tindakan tertentu supaya matlamat organisasi dapat dicapai (Juhary ali 2004).
Koontz dan O’Donnell (1972) menyatakan pengurus organisasi itu sebagai penciptaan dan
penyelenggaraan persekitaran dalaman sebuah perusahaan iaitu individu, bekerja bersama-sama
dalam kumpulan, boleh melakukan kerja-kerja itu dengan cekap dan berkesan ke arah pencapaian
matlamat kumpulan. Robbins dan Coulter (2005) pula menyatakan pengurusan itu merupakan
kerja penyelarasan aktivit-aktiviti supaya dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan melalui
dan dengan orang lain. Sesetengah penulis mengatakan pengurusan ialah proses mencapai
matlamat organisasi dengan melaksanakan empat fungsi utama, iaitu perancangan,
pengorganisasian, pengarahan, dan pengawalan.(Bartol, Mactin 2003)
Selain itu Juhary Ali (2000) menyatakan pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai proses
perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Antara lain, ia sebagai proses
pengarahan, penyelerasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat
yang dikehendeki dan prestasi sepenuhnya.
Menurut Azman Che Omar, pengurusan daripada segi pandangan Islam ialah satu proses
melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah
melalui dan bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan dan
menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan
sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di
akhirat.
Berdasarkan definisi-definisi di atas, didapati walaupun mempunyai sedikit perbezaan daripada
segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kesemua definisi itu mengandungi perkataan
252
proses dan matlamat. Ini bermakna dua aspek penting dalam pengurusan, iaitu yang pertama,
pengurusan sebagai proses menjalankan kerja sistematik serta memerlukan hubungan tertentu
antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain. Kedua, untuk mencapai matlamat organisasi,
iaitu apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara
satu dengan lain akan matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi
dapatdikenalpasti sama ada dalam bentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).
Penyusunan Dan Perancangan Pengurusan
Penyusunan ialah mengumpul dan menyenaraikan segala rancangan dan kegiatan untuk mencapai
sesuatu tujuan. Perancangan pula ialah mengkaji dan memilih aspek dan perkara yang pelbagai
sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Pilihan yang terbaik diperlukan untuk mencapai matlamat
dalam masa yang tertentu mengikut keupayaan, suasana, dan keadaan tertentu(Syed
Muahammad Dawilah Al-Edrrus 1989).
Perancangan itu terbahagi kepada dua. Pertama, bahagian politik yang bersifat umum dan luas.
Kedua, kerja pentadbiran dan pengurusan di dalam lingkungan garis panduan dan program yang
diwujudkan untuk mencapai matlamat politik (Syed Muahammad Dawilah Al-Edrrus 1989).
Perancangan yang baik ialah keupayaan menggunakan potensi manusia dan sumber alam sebaik
mungkin. Cara melaksanakan perancangan itu ialah dengan mengadakan carta organisasi dan
pembahagian tanggungjawab dan tugas. Pembahagian dan penyusunan pengurusan itu
mengandungi dua bahagian utama, iaitu membuat dasar dan tanggungjawab yang dirancang oleh
pihak majikan atau pemerintah.
Penyusunan dan perancangan mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ia membolehkan
pihak pengurusan membuat garis panduan dan jadual kerja untuk meningkatkan perkembangan
ekonomi dan kebajikan sosial. Ia menentukan tempoh pelaksanaan sesuatu projek atau program
seperti setahun, dua tahun atau sebagainya. Ia merupakan langkah pentadbiran dan pengurusan
yang pertama (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).
Di samping itu, Penyusunan dan perancangan pengurusan Islam mempunyai prinsip tertentu.
Antaranya ialah kajian atau penyelidikan, perundingan dengan tenaga pakar dan syura (Ahmad
Ibrahim Abu Sin 1991). Prinsip tersebut perlu dipatuhi agar semua perancangan dalam
pengurusan berkaitan dengan semua hal kehidupan umat Islam tidak dibuat secara tergesa-gesa,
dan tanpa faedah. Hal ini diwajibkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran melalui firman-Nya:
Maksudnya:
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu
kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak
mengetahui (Al-Nahl 16:43).
Dalam konteks kepimpinan Rasulullah s.a.w, Baginda s.a.w sendiri telah menjadi model bagi
pengurus yang efektif, cekap, cemerlang, dinamis dan berkualiti tinggi. Tambahan pula,
perancangannya kemas dan rapi. Baginda s.a.w menguruskan masyarakat Islam sejak awal secara
253
sistematik. Falsafah pengurusan Baginda s.a.w ialah menyeru mereka supaya memperkuatkan
iman dan mempertingkatkan ibadat kepada Allah S.W.T serta menegakkan keadilan.
Kemantapan pentadbiran bergantung kepada dasar dalam pengurusan organisasi itu sendiri.
Penyelerasan dan tindakan induk menentukan fungsi dan tanggungjawab jabatan dan unit di
dalam sesuatu organisasi. Penyusunan dan perancangan dahulu hingga kini masih lagi
mempunyai prinsip yang sama daripada segi politik, keagamaan, sosial, ekonomi, dan
sebagainya.
Walau bagaimanapun ia sentiasa berbeza daripada segi bentuk dan cara perancangan itu disedia
dan dilaksanakan. Pelaksanaan perlu mengenal pasti perubahan-perubuhan dan pembentukan
yang wajar dilakukan yang ditentukan oleh tempat dan suasana. Pakar pengurusan dari semasa ke
semasa wajar bekerja keras untuk menyelidik dan menganalisis keperluan semasa.
Kepimpinan Dalam Pengurusan
Terdapat pelbagai definisi tentang kepimpinan. Pertama, usaha untuk mempengaruhi individu
atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu. Kedua,
tingkah laku individu apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat
yang dikongsi bersama. Ketiga, seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa
kumpulan yang mengarah mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan (Subari Ramli
2012).
Kepimpinan merupakan ciri kemasyarakatan yang lahir hasil kerjasama individu dengan orang
lain. Ia merupakan suatu ikatan yang amat diperlukan oleh sesuatu organisasi, yang tugasnya
menyusun interaksi seluruh anggota masyarakat sama ada dalam bentuk individu mahupun
kumpulan masing-masing mempunyai tujuan yang tertentu(Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991).
Terdapat tiga asas utama dalam membantu sesuatu kepimpinan. Pertama, kumpulan manusia itu
mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua orang atau lebih. Kedua, kumpulan yang
dibentuk mempunyai tujuan dan hasrat yang sama.
Ketiga, seorang ketua yang dilantik mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjayakan
tujuan kumpulannya. Ketua ini hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam
memandu jemaahnya menuju matlamat yang dicita-citakan (Naccer Jabnoun 1994). Hal ini tidak
akan tercapai melainkan dengan wujudnya jalinan erat antara pemimpin dengan pihak yang
dipimpinnya tanpa adanya garis pemisah antara satu sama lain. Justeru itu, sesuatu takrif
kepimpinan itu belum lengkap jika ketiga-tiga asas tersebut tidak dibincangkan.
Mengikut Pepner dan Prestes dalam buku mereka al-Idarah al-Ammah, kepimpinan itu
merupakan seni penyusunan hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang
mengarahkan mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan (Ahmad Ibrahim Abu Sin
1991). Pihak sekolah angkatan tentera darat Amerika pula mentakrifkan kepimpinan sebagai seni
meniupkan semangat dalam diri seseorang serta mengenali individu itu melalui cara-cara tertentu
membiasakan mereka menjadi orang yang patuh, hormat dan boleh diarah, serta boleh
mendapatkan kerjasama dalam mencapai matlamat yang dituju dirancangkan (Ahmad Ibrarhim
Abu Sin 1991).
Definisi ini memberi maksud bahawa antara ketua dengan orang bawahan hendaklah ada dua
hubungan dua hala serta sentiasa memberi galakan antara satu sama lain. Ini beerti ketua bukan
sahaja memberi galakan kepada kakitangannya malahan sanggup menerima teguran, cadangan
254
serta pandangan dari kakitangannya. Sikap memberi dan menerima seperti yang disebutkan di
atas merupakan satu unsur penting dalam institusi kepimpinan.
Pengawasan Dalam Pengurusan
Pengawasan dalam pengurusan ialah sebahagian daripada pengurusan Islam itu sendiri. Ia
melibatkan keseluruhan sistem pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, kepimpinan,
membuat keputusan dan pelaksanaannya. Fungsinya utama ialah untuk memastikan segala
pengurusan itu berjalan mengikut jadual, mendedahkan kelemahan dan kesilapan bahagian-
bahagian dalam pengurusan dan bertindak segera memperbetulkan kelemahan khususnya jika
berlakunya penyelewengan (Mustafa Daud 1994).
Daripada segi operasinya ia terbahagi kepada dua. Pertama, elemen luaran yang merupakan
badan pengawas dari luar. Kedua, elemen dalaman iaitu pihak atasan, kakitangan atau pekerja
sendiri yang mengawasi dari dalam organisasi (Mustafa Daud 1994). Sasarannya ialah individu
atau kakitangan pengurusan dari peringkat atasan hingga ke peringkat rendah. Sekiranya
seseorang melakukan kesilapan ia akan dicadangkan untuk membuat pembetulan. Islam telah
meletakkan syarat supaya badan pengawas ini menggunakan segala kebijaksanaan dan mereka
mestilah mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam psikologi, kaunseling, komunikasi yang
baik dan memahami perasaan pekerja (Mustafa Daud 1994).
Penilaian
Prinsip pengurusan seharusnya diakhiri dengan melakukan tinjauan evaluatif-introspektif dalam
erti merenung ke dalam diri dengan motif otokratik (mengkritik diri) (Akademi Pengurusan
YaPEIM 2005). Dalam istilah agama amalan ini disebut muhasabah. Ia adalah amalan terpuji
yang harus disebatikan dalam cara hidup seseorang Muslim. Amalan ini tidak hanya relevan
untuk kehidupan peribadi, tetapi juga relevan dalam konteks organisasi. Setelah seluruh prinsip
pengurusannya selesai dilaksanakan harus segera dilakukan post moterm atau bedah siasat untuk
mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang telah berlaku dengan semangat untuk
mencegahnya daripada berulang.
Proses penilaian introspektif sebagaimana yang dirumuskan oleh Imam al-Ghazali boleh untuk
dijadikan panduan. Proses tersebut meliputi musyaratah (menasihati diri), muraqabah
(mengawasi diri), muhasabah (menilai diri), mu’atabah (mengkritik diri). Maksud musyartah
ialah menginsafkan diri tentang betapa berharganya setiap detik masa yang seharusnya
dimanfaatkan sepenuhnya untuk amal dan khidmat yang berprestasi setinggi-tingginya. Masa
pada hakikatnya adalah modal terpenting. Apabila masa itu berlalu maka berakhirlah segala-
galanya. Justeru adanya ungkapan-ungkapan seperti masa itu emas yang menunjukkan betapa
pentingnya masa (Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).
Muraqabah ialah amalan mengawasi diri atau kepekaan hati yang timbul kesedaran bahawa Allah
Maha Mengetahui segala gerak laku hamba-hamba-Nya, lahir dan batinnya. Kesedaran tersebut
secara konsekuensial membentuk sikap muraqabah terutama langkah-langkah dan tindakan-
tindakannya. Seorang petugas melakukan muraqabah sejak sebelum melaksanakan sesuatu
tindakan. Ia merenung ke dalam diri untuk mengawasi niatnya, apakah ia melakukannya dengan
ikhlas kerana Allah S.W.T atau motif lain. Jika memang kerana Allah S.W.T ia meneruskan
niatnya itu, tetapi jika tersirat tujuan lain maka harus segera memperbetulkan diri dengan
melurskan niatnya. Muraqabah seharusnya berterusan sepanjang proses pelaksanaan sesuatu
255
tugasan untuk memastikan segalanya menepati kehendak syara’ dan dilakukan dengan
sesempurna mungkin (Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).
Muhasabah membawa maksud menilai diri sesudah melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu
konsep tawbah juga mengandungi makna menilai pekerjaan masa lalu, mengenal pasti dan
menginsafi kesilapan-kesilapan, lalu bertekad untuk tidak mengulanginya. Muhasabah dalam
pengertian tersebut ternyata amat relevan dengan proses pengurusan yang memang perlu
melakukan post-mortem setiap kali selesai melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya
mengambil langkah-langkah pembaikan demi mencipta prestasi yang lebih baik pada masa
mendatang untuk kesilapan-kesilapan masa lalu harus dipastikan tidak berulang (Akademi
Pengurusan YaPEIM 2005).
Mu’atabah ialah amalan mengkritik dan menilai diri sendiri. Ia haruslah timbul daripada
kesedaran tentang kelemahan diri. Kejahilannya terutama dalam mengawal nafsu sehingga
mungkin ia telah terlanjur melakukan penyimpangan-penyimpangan seperti tamak, gopoh,
berbohong, mungkir janji, melakukan ketidakadilan dan lain-lain yang tidak diredhai Allah
S.W.T. Amalan mengkritik diri yang diikuti dengan langkah-langkah korektif dan akan
menghasilkan proses pembaikan yang berterusan menuju matlamat kesempurnaan dalam erti
martabat ihsan (Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).
PRINSIP PENGURUSAN
PERANCANGAN KEPIMPINAN PENILAIAN PENGAWASAN
Mengumpul
dan
menyenaraikan
Mengkaji dan
memilih
Keupayaan
menggunakan
potensi
manusia dan
Berkemahiran
untuk
mempengaruhi
Memberi
galakan antara
satu sama lain.
Memastikan
berjalan
mengikut
waktu
Mendedahkan
kelemahan
Memperbaiki
kelemahan
Muhasabah
Muraqabah
Mu’atabah
PERJANJIAN
HUDAIBIYYAH
Rajah 2.1: Kerangaka konsep Proses Pengurusan Dalam Perjanjian
Hudaibiyyah
256
Perjanjian Hudaibiyah Peristiwa perjanjian Hudaibiyah ini dijadikan sebagai subjek kajian kerana beberapa sebab. Ini
dinyatakan oleh Shafiyyurhaman al-Mubarakfury (1988)
1. Dakwah Islam semakin tersebar
2. Orang Islam diberikan peluang untuk menunaikan Haji di Makkah
3. Pengislaman beberapa tokoh seperti Khalid al-Walid, Amr bin al-As dan sebagainya.
4. Negara Islam di Madinah diiktiraf kerana orang kafir Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam
di Madinah.
Pada 1 Zulkaedah tahun 6 hijrah Rasulullah dan pengikutnya seramai 1400 orang telah berangkat
ke Makkah dengan niat mengerjakan umrah (al-Buti 2008). Antara sebabnya ialah Rasulullah
telah bermimpi mengunjungi Baitullah, bercukur rambut, mengambil anak kunci Baitullah dan
Wukuf di Arafah bersama-sama sahabat. Selain itu juga, timbul rasa rindu yang mendalam
terhadap keluarga, sanak saudara dan tempat lahir mereka di Makkah setelah enam tahun
meninggalkannya. Di samping itu, terdapat kekuatan iman dan azam dalam kalangan umat Islam
untuk menziarahi Baitullah. Tambahan pula, Kedudukan umat Islam sudah kuat dan mantap
setelah umat Islam berjaya mengatasi orang musyrikin Quraisy dalam beberapa siri peperangan
dan mengatasi ancaman Yahudi di Madinah (Ab Aziz Mohd Zin. 2012).
Apabila rombongan Rasulullah s.a.w hampir ke Makkah, orang musyrikin menghantar wakil
mereka iaitu Budail bin Warqa' al Khuzai memberitahu bahawa musyrikin Makkah bersedia
dengan senjata untuk menghalang kemasukan rombongan Islam. Rasulullah s.a.w mengarahkan
Budail memaklumkan semula kepada pihak Quraisy bahawa kedatangan muslimin untuk
menziarahi Ka’bah dan bukannya untuk berperang. Rasulullah s.a.w juga berharap dapat
diwujudkan perdamaian di antara kedua-dua belah pihak dalam satu tempoh tertentu (Abdul Hadi
Awang. 2001).
Selepas itu, Musyrikin menghantar pula ‘Urwah bin Mas’ud untuk berunding dengan Rasulullah
s.a.w. Walaubagaimanapun, rundingan tersebut gagal. Kemudian Rasulullah s.a.w mengutuskan
‘Uthman bin ‘Affan r.a pula untuk berunding dengan kafir Quraisy. Beliau ditahan selama tiga
hari oleh pihak kafir Quraisy. Rasulullah s.a.w menerima berita bahawa ‘Uthman bin ‘Affan r.a
dibunuh. Rasulullah s.a.w dan rombongannya bermesyuarat dan bersetuju membuat sumpah setia
untuk menuntut bela kematian Uthman. Sumpah setia ini dinamakan Bai'ah al-Ridhwan,
bersempena dengan tempat janji setia itu diadakan iaitu di bawah pokok bernama "Ridhwan"(
Abdul Hadi Awang. 2001). Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran
melalui firman-Nya:
Maksudnya:
Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia
kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, Maka sesiapa yang melanggar janjinya
257
nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati
janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar (al-Quran al-Fath 49:10).
Setelah musyrikin Makkah mengetahui keputusan rombongan orang Islam untuk membela
kematian ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mereka membuat keputusan membebaskannya semula. Pihak
musyrikin Makkah menghantar Suhail bin Amr untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w dan
bersetuju untuk mengadakan perjanjian dengan pihak orang Islam di Hudaibiyyah. Perjanjian ini
dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiyyah, bersempena tempat termeterinya perjanjian
tersebut. Penulis kepada perjanjian ini adalah ‘Ali bin Abi Talib r.a. (Shafiyyurhaman al-
Mubarakfury 1988)
Isi perjanjian tersebut ialah:
1. Orang Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut iaitu pada 6 hijrah dan
boleh mengerjakan pada tahun berikutnya. Mereka boleh membawa pedang yang
tersarung dan berada di Makkah tidak melebihi tiga hari.
2. Gencatan senjata dilaksanakan selama 10 tahun. Dalam tempoh itu kedua pihak tidak
boleh mengkhianati dan memungkir janji.
3. Orang kafir Quraisy yang masuk ke Madinah, (walaupun telah memeluk agama Islam),
hendaklah dipulangkan semula ke Makkah.
4. Orang Islam Madinah yang masuk ke Makkah, tidak perlu dihantar pulang ke Madinah.
5. Pihak Musyrikin Makkah dan Islam Madinah boleh atau bebas membuat perjanjian
dengan mana-mana pihak yang mereka suka.
6. Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana kaum yang bersengketa atau
berperang.
Pada mulanya para sahabat terutama Umar al -Khattab r.a yang mempertikaikan syarat-syarat
perjanjian itu kerana dilihat merugikan orang-orang Islam. Para sahabat turut mempamerkan
sikap negatif, seolah-olah membantah keputusan yang dibuat oleh Rasullulah s.a.w dalam
perjanjian tersebut, dengan tidak mengikuti arahan Baginda s.a.w melakukan tahallul.
Walaubagaimanapun, setelah melihat Baginda s.a.w sendiri yang melakukan tahallul, barulah
mereka bertahallul.
Dalam perjalanan pulang ke Madinah, iaitu setelah berada antara Makkah dan Madinah turunlah
surah al-Fath. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya
Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Supaya Allah
memberi ampunan kepada kamu terhadap dosa kamu yang telah lalu dan yang akan datang serta
menyempurnakan nikmat-Nya atas kamu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus. (al-
Quran, al-Fath 48:1-2)
258
ANALISIS DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Sebelum penulis menganalisis prinsp-prinsip pengurusan yang terdapat pada peristiwa
Hudaibiyah, penulis ingin menganalisis dahulu isi-isi perjanjian Hudaibiyah ini. Pertama, Orang
Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut 6 hijrah dan boleh mengerjakan pada
tahun berikutnya. Mereka boleh membawa pedang yang tersarung dan berada di Makkah tidak
melebihi tiga hari (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Perkara yang disepakati ini dilihat
menguntungkan keuda-dua belah pihak, iaitu orang Islam dan juga Kafir Quraisy. Ini kerana
orang Islam boleh memasuki tanpa gangguan dari kafir Quraisy Makkah dan menzahirkan Islam
yang mereka anuti. Bagi orang kafir pula, mereka boleh mempersiapkan apa sahaja daripada segi
pertahanan, ekonomi dan juga lain-lain.
Kedua, Gencatan senjata selama 10 tahun (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Dalam
tempoh itu kedua pihak tidak boleh mengkhianati dan memungkiri janji. Perkara ini sangat
menguntungkan orang Islam kerana mereka boleh menyebarkan dakwah Islam dengan mudah
tanpa sebarang ancaman. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan mengirim utusan
dan perutusan dalam bentuk surat kepada pembesar-pembesar dan Raja-raja di luar Makkah
seperti Maharaja Rom dan Prasi.
Ketiga, Orang kafir Quraisy yang masuk ke Madinah, (walaupun telah memeluk agama Islam),
hendaklah dipulang semula ke Makkah (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Keempat, Orang
Islam Madinah yang masuk ke Makkah, tidak perlu dihantar pulang ke Madinah
(Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Kedua-dua perkara dilihat sebenarnya tidak
menguntungkan pihak Islam. Walaubagaimanapun, jika diteliti daripada aspek pengurusan
strategi, didapati ia adalah salah satu metode dakwah yang berkesan walaupun dilakukan secara
tidak langsung. Ini kerana mereka yang telah memeluk Islam dapat menjalankan tugas
menyampaikan mesej dakwah kepada penduduk Makkah mengikut cara dan kaedah yang
tersendiri tanpa ada rasa perasaan takut. Hal ini kerana, mereka dilindungi oleh perjanjian yang
telah disepakati bersama antara kedua-dua belah pihak.
Kelima, pihak musyrikin Makkah dan orang Islam Madinah boleh membuat perjanjian dengan
mana-mana pihak yang mereka suka (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury 1988). Isi perjanjian yang
kelima ini sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Hal ini kerana, orang yang tidak
beragama dan berbelah bagi boleh memilih secara aman pihak mana yang mahu diikuti. Keenam,
kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana kaum yang bersengketa atau berperang.
Perkara ini muncul hasil daripada perkara yang kedua iaitu gencatan senjata selama 10 tahun.
Secara umumnya, perjanjian ini dilihat berat sebelah kepada orang kafir Quraisy sahaja.
Walaubagaimanapun, Baginda s.a.w melihat perjanjian ini adil dan menguntungkan orang Islam.
Ini kerana, melalui perjanjian ini, Islam dapat disebarkan dengan mudah kepada orang lain.
PRINSIP PENGURUSAN (PERANCANGAN) Baginda s.a.w membuat perjanjian atas dasar ingin merancang memasuki kota Makkah untuk
melakukan umrah dalam masa yang sama dalam keadaan berihram serta pedangnya bersarung
supaya orang kafir menganggap orang Islam datang bukan atas dasar untuk berperang tetapi
hanya ingin berziarah (Abdul Hadi Awang 2001). Tetapi orang kafir Quraisy tidak membenarkan
Baginda s.a.w serta sahabat unuk memasuki Makkah. Lalu, Baginda s.a.w menghantar Uthman
bin Affan r.a untuk mengadakan perundingan awal dengan orang kafir Quraisy (Abdul Hadi
Awang 2001) . Baginda menghantar ‘Uthman bin Affan r.a kerana sifat peribadinya yang lembut.
Ini menyebabkan orang Kafir berfikir bahawa orang Islam datang bukan atas dasar berperang
259
akan tetapi orang Islam datang kerana ingin berzirah ke Makkah sahaja. Walaubagaimanapun,
perundingan itu gagal dan menyebabkan tercetus peristiwa Ba’iah al-Ridhwan. Ini kerana orang
kafir Quraisy takut terhadap orang Islam yang semakin kuat dan ramai.
Semasa perancangan ini berlaku, Baginda s.a.w memilih Saidina Ali bin Abi Talib r.a sebagai
penulis perjanjian ini. Ini kerana Saidina Ali r.a adalah orang yang telus dan jujur serta pakar
dalam bidang bahasa. Ini menunjukkan Baginda s.a.w memastikan orang yang terlibat dalam
perancangan ini mempunyai kelebihan dalam bidang tersebut supaya segala perancangan dapat
berjalan dengan baik dan juga teratur. Hal ini disebut oleh Muhamammd Dawilah (1989) bahawa
perancangan harus mengumpul, meneyenaraikan mengikut keupayaan, suasana, dan keadaan
tertentu. Dengan termetrinya perjanjian ini, Baginda s.a.w boleh menyebarkan agama Islam
dengan aman. Ini jelas Baginda s.a.w telah melakukan perancangan jangka masa panjang dalam
tempoh 10 tahun yang akan datang
PRINSIP PENGURUSAN (KEPIMPINAN)
Peristiwa Hudaibiyyah juga memperlihatkan corak dan gaya kepimpinan Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w adalah seorang pemimpin yang mempunyai wawasan, futuristik, toleransi dan
berlapang dan toleransi mengubah minda dan keyakinan orang Islam untuk menerima untuk
kejayaan yang lebih besar. Ini menunjukkan gaya kepimpinan Baginda s.a.w. ada di dalam apa
yang diperkatakan oleh Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) seorang kepimpinan boleh
mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan tugas bagi mencapai objektif
tertentu.
Rasulullah s.a.w juga mengamalkan prinsip diplomasi atas dasar ingin memberi galakan antara
satu sama lain (Subari Ramli 2012) bagi menjayakan matlamat kepada perjanjian Hudaibiyah ini.
.Sebagai contoh Baginda s.a.w bersetuju dengan permintaan orang Quraisy tentang beberapa
perkara dalam yang lebih menguntungkan orang kafir Quraisy. Seperti mana terdapat di dalam
perkara ketiga dan juga keempat dalam perjanjian Hudaibiyah (Shafiyyurhaman al-Mubarakfury
1988). Dalam pada itu, Rasulullah s.a.w mengamalkan prinsip al-awlawiyyat. Al-awlawiyyat
bermaksud menjaga keutamaan dengan mendahulukan perkara yang lebih utama dalam senarai
perkara-perkara utama. Seperti contoh meminda kalimah dengan nama Allah yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang kepada dengan nama tuhan. Selain itu juga Baginda s.a.w
menukarkan Muhammad adalah pesuruh Allah kepada Muhammad bin Abdullah. Baginda s.a.w
melakukan perkara tersebut agar perjanjian ini termetrai kerana Baginda s.a.w melihat kepada isi
perjanjian tersebut buka pada pangkat dan juga nama.
Walaupun perjanjian itu dianggap tidak menguntungkan umat Islam sehingga ada kalangan
sahabat seperti Umar bin al-Khattab r.a memberikan maklum balas yang negatif kepada Baginda
s.a.w dan juga Abu Bakar r.a. Rasulullah s.a.w menghadapi menghadapi sebarang komentar dan
juga pandangan orang ramai dengan tenang serta menerangkan hikmah perjanjian tersebut.
Seperti contoh, dialog antara Umar bin al-Khattab r.a dan juga Baginda s.a.w di mana Umar r.a
mempersoalkan perkara terakhir di dalam perjanjian tersebut iaitu perkara ketiga dan keempat isi
perjanjian tersebut. Namun, akhirnya beliau sangat menyesal atas sikapnya itu kerana tidak
mempercayai kredibiliti kepimpinan Baginda s.a.w. (Ab Aziz Mohd Zin 2012).
Begitu juga, ketika Nabi s.a.w meminta para sahabat untuk melakukan tahallul, mereka enggan
berbuat demikian. Walaupun Baginda s.aw agak terkilan dengan tindakan mereka, namun hasil
pandangan isteri Baginda s.a.w, Umm Salamah r.a agar Baginda s.a.w melakukannya terlebih
260
dahulu, barulah para sahabat bertahllul (Ab Aziz Mohd Zin 2012). Ini menunjukkan bahawa
sebagai pemimpin agung, Baginda s.a.w tidak kekok menerima pandangan daripada orang lain
ketika berhadapan dengan krisis keyakinan. Ini juga menunjukkan Baginda s.aw mempunyai sifat
memberi galakan antara satu sama lain (Subari Ramli 2012).
PRINSIP PENGURUSAN (PENGAWASAN)
Prinsip pengawasan ini dapat diperhatikan melalui kejadian Baginda s.a.w menyerahkan semula
penduduk Makkah yang bernama Abu Jandal kepada pihak Quraisy. Ini kerana, beliau telah lari
dari keluarganya dan memeluk Islam apabila termetrinya perjanjian ini. Baginda s.a.w melakukan
ini atas dasar tidak mahu menjadi seorang memungkiri kepada janji yang telah dilaksanakan. Ini
menunjukkan Baginda s.a.w memperbaiki keadaan seperti yang diperkatakan oleh Mustafa daud
(1994) bahawa jika pengurusan itu melihat ada kelemahan mestilah di baiki ketika prinsip
pengawasan ini. Oleh yang demikian, perjanjian tersebut tidak terbatal.
Jika Baginda s.a.w tidak melakukan perkara ini, berkemungkinan besar perancangan Baginda
s.a.w yang utama untuk memasuki Makkah di samping menyebarkan agama Islam dengan mudah
dan aman terbantut.
PRINSIP PENGURUSAN (PENILAIAN)
Baginda s.a.w membuat penilaian hasil dari perjanjian ini, Baginda s.a.w dapat menyebarkan
agama Islam dengan mudah. Sebagai contoh misi Baginda s.a.w menghantar surat ke Khaibar,
Habsyah, Rom, Farsi dan sebgainya (Ab Aziz Mohd Zin 2012). Ini disebabkan orang Islam telah
terlindung dari perjanjian Hudaibiyyah perkara pertama iaitu gencatan senjata selama 10 tahun.
Proses ini dinamakan Muhasabah atau pun post-moterm yang bermaksud Apabila selesai
melaksanakan sesuatu pekerjaan dan seterusnya mengambil langkah-langkah pembaikan demi
mencipta prestasi yang lebih baik pada masa mendatang untuk kesilapan-kesilapan masa lalu
harus dipastikan tidak berulang (Akademi Pengurusan YaPEIM 2005).
Selain itu juga, apabila perjanjian ini termetrai, Orang Islam yang berada di Makkah tidak berasa
takut untuk menyatakan dirinya sudah Islam. Selain itu juga, mereka juga boleh berdakwah dan
memberi kefahaman Islam terhadap penduduk Makkah mengikut cara dan metode masing-
masing. Ini menunjukkan penilaian Baginda s.a.w tepat apabila perjanjian ini berjaya dan
menguntungkan agama Islam. Ini juga dilihat dalam bentuk muhasabah.
KESIMPULAN Diskusi tentang pengurusan selalunya dikaitkan dengan pemikiran pengurusan Barat. Ia
dibincangkan dengan pelbagai sudut termasuklah aspek perancangan, kepimpinan, pengawasan
dan penilaian.
Walaubagaimanapun, setelah ditelusuri melalui kajian terhadap sirah Nabawiyyah, penulis
mendapati bahawa aspek-aspek yang dibincangkan telah menepati dalam lipatan sirah Rasulullah
s.a.w. walaupun ia tidak ditunjukkan dalam bentuk disiplin ilmu yang tersusun, sebagaimana
ilmu-ilmu lain termasuklah ilmu pengajian Islam seperti Tafsir dan Fiqh. Ia telah dilaksanakan
secara teratur dan sistematik dalam pentadbiran dan pengurusan Baginda s.a.w. Kebijaksanaan
Baginda s.a.w mentadbir dan mengurus bukanlah secara kebetulan, tetapi ia merupakan gabungan
ketertibannya sebagai manusia biasa dan ketepatan panduan wahyu Ilahi.Ini dapat dilihat melalui
pengalaman Baginda s.a.w berinteraksi dengan persekitarannya. Di samping itu, Baginda s.a.w
261
turut memanfaatkan potensi dan fitrah para sahabat serta mereka yang boleh membantu
perjuangan Islam demi memastikan dakwah dapat tersebar.
Walaupun perjuangan Islam dan penyebaran dakwah mengahadapi rintangan atau dugaan yang
kadang-kadang mengundang kekeliruan, ketidaksefahaman, dan kekecewaan daripada
pendokong-pendokongnya namun kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w dapat memurnikannya
dan meletakkannya di landasan pemikiran berkenaan di tempat yang selamat.
RUJUKAN
Shiekh Abdullah Basmih, 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al- Quran.
Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHIES) Jabatan Perdana Menteri.
Ab Aziz Mohd Zin. 2012. Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi Saw. Kuala Lumpur: Tech.
Production.
Abdul Hadi Awang. 2001. Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah. Cet. Kelima. Jilid 1, 2 & 3.
Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Ahmad Ibarahim Abu Sin. 1991. Pengurusan Dalam Islam. (Terjemahan).Kuala lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Akademi Pengurusan YPEIM. 2005. Pengurusan Dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai
Qurani.
Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. Terjemahan Mohd Darus Sanawi. 2008. Fiqh Al Sirah. Jilid
1, 2 & 3. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Al-Umari, Akram Diya’. 1998. al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah. Cet 2 & 3. Jilid 1. Riyadh:
Maktabah al-‘Abikan.
Bartol, Kathryn M. dan Mactin, David C. 2003. Management. Boston: Mc-Graw-Hill.
Juhary Ali. 2000. Asas Pengurusan. Edisi Awal. Cetakan ketiga. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia. Sinaran Bros.
Juhary Haji Ali. 2004. Prinsip dan Amalan Pengurusan. Edisi Kedua. Cetakan Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Koontz, Harold dan O’Donnel, Cyrill. 1972. Principle of Management: An Analysis of
Managerial Functio. Tokyo: Mc-Graw-Hill
Muhammad Subari Ramli. Konsep al-Ihsan. kursus bina taqwa. Inst. Latihan dan Dakwah
Selangor (Ildas) 18 – 19 april 2012
Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributors Sdn Bhd.
262
Naceur Jabnoun. 1994. Islam And Mangment. Institusi Kajian Dasar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Pearce, J.A. & Robinson, R.B. 1997. Strategic manement – formulation, implementation and
control. 6th ed. Chicago: Time Mirror Higher Education Group.
Robbins, Stephen P. dan Coulter, Mary. 2005. Management. New Jersey: Pearson Education.
Safiyyu al-Rahman. 1988. Sirah Nabawiyyah – Ar-Rahiq Al-Makhtum. Terj. Muhammad Ramzi
Omar. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Syed Muahammad Dawilah Al-Edrrus. 1989. Pendekatan Islam di dalam Latihan Pembangunan
Sumber Manusia. Seminar Pengurusan dan Pentadbiran Islam. Pulau Pinang: Unversiti
Sains Malaysia
2012.http://r38life.blogspot.com/2011/02/pandangan-tokoh-non-muslim-terhadap.html.5
september
Recommended