View
213
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM
PEMBELAJAJARAN KEMAHIRAN HIDUP ( ERT) TINGKATAN 2
DAERAH KOTA SETAR.
SESI PENGAJIAN :2001/2004
Saya : NOOR AZLINA BT ABDUL AZIZ
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :2937-Z Taman Muhibbah, Jalan Sultanah, 05350,
(PM Hazil b. Abdul Hamid) Alor Setar, Kedah Tarikh : 5.3.2004 Tarikh : 5.3.2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP ELEKTIF EKONOMI
RUMAHTANGGA PELAJAR TINGKATAN 2 DAERAH KOTA SETAR
NOOR AZLINA BT ABDUL AZIZ
TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN ( KEMAHIRAN HIDUP )
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
ii
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) *
Tandatangan : ____________ __________
Nama Penyelia : PM. Hazil B. Abdul Hamid
Tarikh : 5.3.2004
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : Noor Azlina Bte Abdul Aziz
Tarikh : .....................5.3.2004........................
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat :
Ayahanda dan bonda tercinta dan di sanjungi:
Abdul Aziz b.Idris dan Che Chik bt Jaffar, Doa dan nasihat ayahanda,bonda menjadi semangat dan inspirasi
Perjuanganku,
Adinda-adinda yang dikasihi dan di sayangi Ikhsan,Tajuddin,Syamsinar,Hidayah,Azirah
Dorongan dan semangat di beri amat ku hargai…
Teman-teman seperjuangan tidak di lupakan, Perhargaan kalian akan di jadikan peransang dalam perjuangan ini
Sesungguhnya kalian amat bermakna dalam hidup ku…
Semoga Allah memberkati hidup kita Sekeluarga….Amin.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi kerana keizinanNya dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini tepat pada waktunya.
Setinggi-tinngi perhargaan yang tidak terhingga kepada Profesor Madya .
Hazil b Abd. Hamid selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan dan
nasihat yang beliau berikan telah banyak membantu dalam menjalankan dan
menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Tidak dilupakan , ribuan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah kerana memberi kebenaran mengadakan kajian ini. Ucapan terima
kasih kepada Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Sofiah dan Sekolah Menengah Sultanah Asma yang terlibat
dalam projek ini di atas kerjasama yang di berikan.
Selain daripada itu, ucapan terima kasih juga diberikan kepada keluarga dan
rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Projek Sarjana Muda ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di
gunakan dalam pembelajaran pelajar tingkatan dua di daerah Kota Setar . Objektif
kajian ini melihat bagaimana KBKK di gunakan oleh pelajar dalam pembelajaran
dan bagaimana ia di perkenalkan oleh guru dalam pengajarannya. Dalam kajian ini,
penyelidikan di buat berdasarkan pada mata pelajaran serta pengggunaan dalam
bidang amali. Pengetahuan pelajar dalam pengesanan pengajaran oleh guru. Selain
itu , keberkesanan menggunakan KBKK dalam subjek ERT oleh pelajar. Kajian ini
di lakukan pada pelajar perempuan seramai 191 di daerah kota setar iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultanah Asma dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Sofiah, Alor Setar, Kedah. Kajian ini berbentuk deskriptif dan di tafsir secara
kualitatif. Dapatan kajian menunjukan penggunaan KBKK dalam pembelajaran
pelajar adalah di tahap yang rendah. Dapatan kajian menunjukkan peratusan pelajar
yang menggunakan KBKK dalam pembelajaran dalam bidang teori adalah lemah
iaitu 43.3%, dan amali 42.5%. Pengesanan pelajar dalam pengajaran guru juga
peringkat yang serdehana iaitu 52.8% serta keberkesanan dalam KBKK yang rendah
iaitu 39.3%. Sehubungan itu,beberapa cadangan telah di adakan di antaranya
mengadakan kelas-kelas khas KBKK serta lebih banyak penekanan KBKK kepada
guru dan pelajar dalam pembelajaran .
VII
ABSTRACT
The aim of this studied was to find out the using of creative and critical of
thinking skills in learning among form two students in Kota Setar. The objective of
this study was to survey the KBKK application by students and how the skills were
introduced from the teachers to the students. The research based on the syllabus ,
practices and the students’ knowledge to pick up the teachings from the teachers.
The problem of KBKK application to ERT syllabus among students also being
studied. The survey was done to 191 female students from Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Sofiah and Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma. The
research was done through descriptive and evaluated qualitative. It was found that
the percentage of students who were using KBKK in learning was about 43.3% and
in practicing was about 42.5%. The students who could not fully picked up the
KBKK skill only 52.8% and the problem of the KBKK skill among students was
39.3%. From the results, some suggestions were given such as to hold an extra class
for practicing the KBKK skills and give more attention of practicing the KBKK
skills to teachers and students in class. .
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
DAFTAR SINGKATAN ISTILAH
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
xi
xii
xiii
xiv
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masaalah 2
1.3 Pernyataan Masaalah 6
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Batasan kajian 8
1.8 Kepentingan kajian 8
1.8.1 Pelajar 8
1.8.2 Guru 8
ix
1.8.3 Sekolah 9
1.9. Definisi istilah 9
1.9.1 Kemahiran berfikir secara kritis 9
1.9.2 Kemahiran Berfikir secara kreatif 10
1.9.3 Pembelajaran 10
1.9.4 Kemahiran hidup 10
1.9.5 Ekonomi rumahtangga 11
1.9.6 Penggunaan 11
1.9.7 Keberkesanan 11
1.9.8 Pelajar 11
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Konsep berfikir 12
2.2.1 Konsep pemikiran kritis 13
2.2.2 Konsep pemikiran kreatif 14
2.3 Penguasaan Kemahiran berfikir secara kritis 16
2.3.1 Penguasaan peringkat rendah iaitu peringkat kanak
Kanak 16
2.4 Penguasaan Kemahiran Berfiikir Secara Kreatif 17
2.5 Konsep Pembelajaran 18
2.6 Prinsip-prinsip pembelajaran ERT 18
2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran 19
2.7 Kajian-kajian lepas 20
BAB III METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk kajian 22
3.3 Populasi dan sampel 23
3.4 Instrumen kajian 24
3.5 Kajian rintis 26
x
3.5.1 Keesahan 26
3.5.2 Kebolehpercayaan 26
3.6 Prosedur kajian 27
3.7 Analisis data 28
3.8 Penutup 29
BAB IV ANALISIS DAPATAN 4.1 Pengenalan 30
4.2 Kajian rintis 30
4.3 Analisis data 31
4.3.1 Analisi latar belakang responden 31
4.3.2 Analisis bahagian B 35
4.3.2.1 Analisis persoalan kajian 1 35
4.3.2.2 Analisis persoalan kajian 2 38
4.3.2.3 Analisis persoalan kajian 3 40
4.3.2.4 Analisis persoalan kajian 4 43
4.4 Penutup 45
BAB V PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 46
5.2 Perbincangan 46
5.2.1 Perbincangan latar belakang 47
5.2.2 Perbincangan persoalan kajian 1 48
5.3.3 Perbincangan persoalan kajian 2 50
5.3.4 Perbincangan persoalan kajian 3 52
5.3.5 Perbincngan persoalan kajian 4 54
5.3 Rumusan 55
5.4 Cadangan 57
5.5 Cadangan lanjutan 57
5.6 Penutup 58
RUJUKAN 59
xi
LAMPIRAN 63
xi
DAFTAR SINGKATAN ISTILAH
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis
KB - Kemahiran Berfikir
ERT - Ekonomi Rumahtangga
KH - Kemahiran Hidup
JNS - Jemaah Nazir Sekolah
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak setuju
TP - Tidak Pasti
S Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SPSS - Statistical Package for Social Sciene
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
% Peratus
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.5 Item-item soalan-soalan yang akan di berikan
kepada responden 25
3.2 Taburan skor mengikut skala likert 26
3.3 Perkaitan antara persoalan kajian dengan item
Soalan 26
3.6.1 Tahap penilaian terhadap analisis kajian 29
3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik yang
Akan di gunakan 29
4.1 Taburan responden mengikut sekolah 32
4.2 Taburan responden mengikut tinggal brsama keluarga 33
4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan keluarga 34
4.4 Taburan responden mengikut bangsa 35
4.5 Taburan responden mengikut peratus bagi
mengesan penggunaan kemahiran berfikir 37
4.6 Taburan responden mengikut peratus
bagi pengggunaan KBKK dalam melakukan amali 39
4.7 Taburan responden mengikut peratus bagi
mengetahui KBKK dalam pengajaran guru. 42
4.8 Taburan responden terhadap masaalah
menggunakan KBKK dalam subjek ERT 45
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.5.1 Carta alir untuk kajian yang di lakukan oleh
penyelidik 28
4.3.1 Graf bar pecahan taburan responden mengikut
sekolah 33
4.3.2 Graf pai pecahan taburan responden yang tinggal
bersama keluarga 34
4.3.3 Graf pai pecahan taburan peratus responden
mengikut pekerjaan keluarga 35
4.3.4 Graf pai pecahan taburan peratus responden
mengikut bangsa 36
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang soal-selidik
B Surat Daripada Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan
C Surat Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran berfikir (KB) telah lama di perkenalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran dan di kenali sebagai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
(KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan KB telah di hasilkan untuk
beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris Pendidikan
Seni dan Kajian Tempatan. ( Pusat Perkembangan Kurikulum,2000 ).
KB telah menjadi sebahagian dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang di perkenalkan pada tahun 1998 pada semua subjek pada peringkat
menengah rendah dan menengah atas.
Melalui objektif KBSM untuk mencapai matlamat KB di nyatakan dengan
jelas untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran
yang rasional, kritis dan kreatif, di samping memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan
berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran
selaras dengan perkembangan baru dalam ilmu pengetahuan dan teknologi. ( Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1992). Ini menjelaskan bahawa KBKK perlu di beri
penekanan di dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru di peringkat sekolah
menengah. KBKK bukan sahaja perlu di dalam subjek-subjek seperti Matematik,
Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah , Geografi serta subjek lain tetapi di
2
dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional yang di dalamnya mempunyai
komponen kemahiran hidup, memerlukan pelajar perlu menggunakan kemahiran
berfikir.
Matapelajaran Kemahiran Hidup (KH) di gubal selaras dengan falsafah
pendidikan negara dan sejajar dengan usaha meningkatkan lagi daya pengeluaran
melalui penglibatan pelajar yang produktif ,kreatif dan inovatif. ( Halimah,1992).
Menerusi program KBSM, guru merupakan penggerak utama yang boleh mendorong
pelajar secara langsung untuk meningkatkan perkembangan intelek. Dari segi
strategi, guru harus menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang
menjalinkan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dengan teknik-teknik
penyampaian tertentu,diikuti dengan penggunaan bahan dan aktiviti yang boleh
mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna dan berkesan (Pusat
Pekembangan Kurikulum,1998). Oleh itu, interaksi di antara guru dan pelajar perlu
untuk menjamin keberkesanan pengajaran –pembelajaran.. Kemahiran berfikir ini
perlu di serapkan dalam pengajaran seseorang guru untuk melahirkan pelajar yang
berfikiran kreatif dan kritis dalam masyarakat dan negara untuk mencapai Wawasan
2020 dengan berkesan untuk menjadikan Malaysia negara maju.
1.2 Latar Belakang Masaalah
Sejak mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini di perkenalkan mulai
tahun 1991, matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham
teknologi dan ekonomi secara kreatif dan berinisiatif serta yakin diri dalam keadaan
teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan seharian . Selain itu, objektif mata
pelajaran ini di antaranya, membolehkan pelajar memupuk sifat kreatif, inovatif,
suka berusaha, jujur , berkerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistematik,
tabiat kerja yang selamat sihat dan bertanggungjawab. (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2002).
Melalui mata pelajaran Ekonomi Rumahtangga (ERT) pula,
membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan urusan
3
diri dengan berkesan dari segi makanan dan pemakanan, pakaian serta tempat
kediaman. Tujuannya ialah untuk membolehkan pelajar menyediakan makanan yang
seimbang, mengamalkan tabiat makan dan etika semasa makan yang baik, mengurus
pakaian sendiri serta menjaga kebersihan dan memelihara keceriaan dan keselesaan
tempat kediaman.Malah di antara objektifnya pelajar boleh memupuk sifat kreatif,
inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara bekerja yang
sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.(Pusat
Perkembangan Kurikulum,2001).
Menurut Halimah (1989), ERT merangkumi skop yang begitu luas –aspek-
aspek pengurusan diri ,sumber-sumber dan kekeluargaan juga dititik beratkan
Kesemua ini adalah penting ; memandangkan peranan seseorang individu telah
bertambah berat dalam masyarakat yang berkembang begitu rencam sekali.
Kemahiran berfikir dapat dilihat tiada penekanan sepenuhnya dalam pengajaran
guru, dimana sesetengah pelajar yang mengambil jurusan ERT tidak dapat
menguasai kemahiran berfikir untuk di aplikasikann di dalam pembelajaran. Malah
di antaranya tidak dapat memhubung kaitkan kemahiran berfikir dalam
pembelajaran. Pengaplikasian KBKK ini tidak dapat di lihat oleh pelajar dalam
matapelajaran ini. Walaupun ia telah lama di perkenalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam setiap matapelajaran tetapi perlaksanaan KB belum mantap
dan kurang di beri penekanan (JNSP, 1998) termasuklah pada subjek ERT.
Menurut Wan Zah (1994) , budaya menghafal dan menunggu maklumat yang
daripada guru telah sebati di dalam diri pelajar kerana mereka beranggapan budaya
ini lebih mudah dari berfikir. Budaya ini bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah
malah ia di bawa sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi. Malahan pelajar di
institut pengajian tinggi masih gagal untuk berfikir apatah lagi pelajar di peringkat
menengah rendah. Mereka lebih terdorong untuk menguji kecekapan menghafal.
Maka, lahirlah pelajar kita yang tidak produktif , inovatif dan kreatif.
Pendidikan latihan berfikir perlu di berikan kepada semua pelajar, bukan hanya
kepada pelajar –pelajar yang telah dapat menunjukkan pencapaian tinggi di dalam
mata pelajaran akademik. Pada masa ini semakin ramai guru-guru yang berminat
4
untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada para pelajar mereka. Sudah ada
guru-guru yang berminat untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada
pelajar-pelajar dengan cara mereka sendiri. Usaha mereka mendapat sambutan positif
daripada para pelajar dan mereka seronok belajar berfikir. Namun, masih ramai guru
yang belum mendapat cara-cara berkesan untuk mengajarkan teknik-teknik berfikir
kepada pelajar-pelajar mereka.
Salah satu aspek yang di perlukan oleh murid apabila mereka belajar berfikir
ialah keupayaan memidahkan kemahiran yang sudah mereka pelajari itu kepada
situasi –situasi lain. Oleh kerana mereka tidak memiliki kemahiran tersebut , kesan
yang mereka terima di dalam sesi belajar berfikir tidak kekal. Mereka hanya dapat
merasakan pengalaman seronok sahaja di dalam pembelajaran mereka. Sesi-sesi
itu tanpa dapat mengembangkan lagi kemahiran itu dalam proses belajar lainya,
mahupun ke dalam aktiviti-aktiviti lain yang sebenarnya mereka alami.
Pelajar yang berkebolehan sering kali di kaitkan dengan kemahiran teknikal
menurut Wan Azmi Ramli (1999), menyatakan kemahiran teknikal adalah salah satu
unsur yang penting di dalam kehidupan manusia, lebih banyak kemahiran berfikir
yang dapat di kuasai akan mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan mereka.
Menurutnya lagi ilmu pengetahuan hendaklah di sertai dengan tahap kemahiran yang
tingggi untuk mencapai kerja yang bermutu tinggi. Kemahiran teknikal yang di
maksudkan merangkumi penggunaan dan pengendalian alatan mesin dalam bengkel
kemahiran manipulatif dan dalam bengkel ert.
Menurut Chen (2002), kajian yang telah di jalankan ke atas pengajaran dan
pembelajaran di dapati ramai guru sukar untuk memperkembangan kemahiran
saintifik di kalangan pelajar mereka dan aktiviti sains seperti eksperimen jarang
sekali di lakukan. Guru-guru tersebut tidak dapat menangani pengajaran unsur sains
kerana latihan yang di lalui tidak memberi unsur penekanan kepada aspek berfikir.
Peranan guru dalam membentuk sesuatu masyarakat yang berfikir amatlah besar
. guru juga merupakan penggerak yang paling berkesan bagi menimbulkan ransangan
dalam belajar pada pelajarnya. Menuru kajian Edward J Murray, pergerakan
5
merupakan satu faktor yang terpenting bagi menentukan bagaimana seeorang itu
berperilaku. Pergerakan terlibat di dalam segala jenis perlakuan seperti pembelajaran
, perlaksanaan,penanggapan, pemerhatian,peringatan,pelupaan fikiran,penciptaan dan
pemerasan (terjemahan Atan Long,1968). Guru berperanan menjadikan pelajar-
pelajar teransang untuk berfikir. Pengajaran guru itu mestilah menwujudkan
pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam berfikir.
Daripada satu sudut lain, keadaan ini juga mencerminkan suatu isu lain , iaitu
para pelajar tidak tahu bahawa di dalam mata-mata pelajaran lain, mereka
sebenarnya mempraktikkan kemahiran-kemahiran berfikir. Menurut Mohd. Nasuha
(1995), mereka tidak dapat mengenal pasti kemahiran-kemahiran berfikir yang
sebagaimana yang sebenarnya mereka gunakan dalam mata pelajaran itu, dan
apakah persamaan – persamaannya dengan teknik berfikir yang di ajarkan kepada
mereka dalam sesi-sesi berfikir . Situasi ini menyebabkan para pelajar beranggapan
dalam mata pelajaran lain mereka tidak menggunakkan teknik-teknik berfikir,
padahal mereka memang menggunakkan teknik –teknik tesebut. Menurut Halimah
(1992), Komponen kesepaduan dalam kemahiran hidup merupakan satu strategi
penting bagi menjalin dan mengadunkan perolehan kemahiran-kemahiran tertentu ,
ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai-nilai murni, Sebagi satu cara bagi
memperkayakan pengalaman pelajar, komponen kesepaduan menghubungkaitkan
kemahiran hidup dengan kemahiran lain termasuklah kesepaduan pemikiran.
Peranan yang di mainkan oleh guru ialah mereka perlu memupuk minat pelajar
terhadap mata pelajaran yang di ajarnya adalah amat peting. Guru seharusnya
mendapatkan sesuatu keadaan yang mana pelajar akan merasakan kehilangan sesuatu
yang paling bernilai bagi mereka sekiranya tidak memberi perhatian terhadap
pengajaran guru. ( Musa Daia, 1992).
Menurut Nor Fadilah (1999), penambahan kerja guru kerana buku teks yang ada
sekarang tidak begitu mencabar atau mencetuskan pemikiran pelajar. Oleh itu para
guru terpaksa menyediakan bahan-bahan khusus untuk mengajar kemahiran berfikir
di mana penyediaan bahan-bahan kurikulum ini mengambil masa dan boleh
menyebabkan guru akan mengabaikan perkembangan pemikiran semasa belajar.
6
Menurut Johari (1995), masih ramai guru yang tidak begitu yakin dengan kaedah
mengajar kemahira berfikir kerana kurang pada peringkat latihan perguruan. Jika
guru tidak dapat menyalurkan kemahiran berfikir pada pelajar, proses dalam
pembelajaran pelajar tidak mungkin terjadi dan ini menjadikan kurang pendedahan
KBKK.
Membentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) adalah peranan
yang penting untuk memastikan generasi hadapan mempunyai daya intelek yang
tinggi, berinovatif serta berkecemerlangan dalam menangani sebarang masalah dan
mampu mencetuskan idea-idea bernas untuk kepentingan bersama.
1.3 Pernyataan masaalah
Membentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) adalah
peranan yang penting untuk memastikan generasi hadapan mempunyai daya intelek
yang tinggi, berinovatif serta berkecemerlangan dalam menangani sebarang masalah
dan mampu mencetuskan idea-idea bernas untuk kepentingan bersama berdasarkan
kepada pemasaalahan yang di nyatakan. Penggunaan KBKK ini perlu di lihat untuk
meninjau keberkesanan dalam pendidikan kita terutma dalam subjek ekonomi
rumahtanga
Ini menyebabkan penyelidik mengkaji tahap pengunaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif dikalangan pelajar tingkatan 2 di dalam daerah Kota Star.
Kajian akan melihat dari aspek pengesanan, penggunaan, pengetahuan serta
pemasaalahan pelajar dalam menggunakan kemahiran berfikir.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :
1.1 Mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir oleh pelajar dalam pembelajaran
pelajar dalam subjek ERT.
1.2 Mengenalpasti bagaimana KBKK ini di perkenalkan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui subjekERT.
1.5 Persoalan kajian
Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai, di antaranya ialah :
1.5.1. Adakah pelajar dapat mengesan penggunaan KBKK dalam pelajaran ert.
1.5.2. Adakah pelajar dapat menggunakan KBKK di dalam melakukan amali.
1.5.3. Adakah pelajar dapat mengetahui KBKK dalam pengajaran guru.
1.5.4 .Adakah terdapatnya keberkesanan menggunakkan KBKK dalam subjek ERT
oleh pelajar.
1.6 Skop kajian
Kajian ini di jalankan di dua buah sekolah Menengah Aliran Akademik di
dalam daerah Kota Setar di Negeri Kedah yang melibatkan pelajar-pelajar yang
mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup elektif Ekonomi Rumah Tangga iaitu :
i. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma
Recommended