View
4
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
~ Sl' •• 'ai
INF DI Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my
B agi menyemarakkan sektor pelancongan dan kebudayaan ne
gara, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Persatuan Penulis Pelanco ngan Malaysia (TRAM) dan Twin Holding Sdn Bhd melancarkan radio Intemet protocol UP Radio) pelancongan dan kebudayaan pertama di Malaysia, Matic.fm.
Dilancarkan sebagai inisiatif MaTiC dan MO ·TAC di bawah Strategi
+
Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Matic.fm radio berteraskan informasi pelancongan dan kebudayaan yang menggunakan IP Radio.
Ia boleh didengar serta ditonton di seluruh dunia secara dalam talian sarna ada menerusi aplikasi mudah ami Tune In di tele fon pintar atau laman web wwyv.matic.fm.
Bersiaran setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang dengan tagline 'Travel With Style', Matic.fm juga menjadi platform kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan termasuk agensi kerajaan menghebah dan mempromosikan produk, acara dan aktivitL
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul
KHAMIS 17 SEPTEMBER 2015 HarianMetro
I pelanconga--...--... Radio Matic.fm platform promosi produk, aktiviti berkaitan pelancongan, kebudayaan
Aziz berkata, penubuhan radio IP Matic.fm adalah kerjasama strategik yang baik kerana dapat menyemarakkan sektor pelan-
congan negara inL "Peranan radio" onli
ne sangat luas kerana ia bukan saja menghiburkan tapi dapat memberi kesedaran mengenai tujuan sesuatu program atau acara yang akan dilaksanakan.
"Justeru, dengan pelancaran Matic.fm, ia diharap dapat memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai industri pelancongan serta kebudayaan dengan lebih baik dalam membantu mencapai matlamat serta wawasan kementerian," katanya.
Menurutnya, media elektronik termasuk radio medium komunikasi yang sangat berkuasa dan rakyat Malaysia antara pendengar radio tertinggi di rantau inL
"Hasil kajian Penguku-
ran Pendengar Radio (RAM) oleh firma Nielsen, sembilan daripada 10 rakyat Malaysia menghabiskan hampir 18 jam seminggu mendengar stesen radio kegemaran mereka.
"Oleh itu, kewujudan Matic.fm tepat pada masanya kerana pendengar radio memerlukan lebih banyak informasi sambil berhibur," katanya.
Sementara itu, Presiden TRAM Datuk Azli Halim berkata, berse~uaian dengan konsep NBOS Voluntourism, semua penyampai radio Matic.fm bertugas secara sukarela menerusi segmen masing -masing.
"Beberapa segmen berkaitan pelancongan dan kebudayaan dipertaruhkan bagi menarik
pendengar seperti Best Of Malaysia, Anjung Budaya, We Are The Host, Sembang Santai, Citarasa Malaysia, Celebrity Escape dan banyak lagL
"Komitmen dan semangat semua penyampai radio satu usaha murni dan tanggungjawab so sial yang dizahirkan bagi m embantu memajukan industri pelancongan dan kebudayaan negara," katanya yang juga seorang daripada penyampai Matic.fm
Antara penyampai radio lain di Matic.fm ialah Ritchie Rahman, Nizal Mohamad, Aziz Desa, Brolan, Arie, Azz, Aishah, Cha Sulaiman, Lia Omey, Char-B, Helmi dan Zam MuL
Recommended