View
378
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
7/30/2019 rasm thmani
1/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
2
PROFIL DIRINAMA : Muhammad Fathi Bin Ramli
TEMPAT LAHIR : Hospital Besar Kota Bharu
TARIKH LAHIR : 04 September 1990
ALAMAT RUMAH : Lot 198, Jalan Kubur, Kampung Lembah
Semerak, 16700 Pasir Puteh, Kelantan
NO. KAD PENGENALAN : 900904-03-5235
NAMA AYAH : Ramli Bin Deraman
PEKERJAAN AYAH : Guru
NAMA IBU : Padzilah Binti Haji Ghazali
PEKERJAAN IBU : Suri Rumah
HOBI : Melayari Internet, Membaca
PENDIDIKAN :
SEKOLAH TAHUN PENCAPAIAN
Sekolah Kebangsaan Merbau 1997-2002 UPSR -5A
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
Batu Rakit
2003-2007 PMR - 9A
SPM - 7A 5B
Kolej Mara Kuala Nerang April 2008 - Jun 2008
IPG Kampus Dato Razali Ismail Julai 2008 - sekarang
7/30/2019 rasm thmani
2/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
3
Halaman Pengakuan
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandangan :..
Nama Penulis : Muhammad Fathi bin Ramli
Tarikh : 27 September 2012
7/30/2019 rasm thmani
3/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
4
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana dengan keizinannya dapat saya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini dengan jayanya. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, para sahabat, para
tabi'in, tabi' tabi'in yang telah banyak memainkan peranan di dalam menyumbangkan
idea serta tenaga bagi memartabatkan agama Islam di seantero dunia.
Jutaan terima kasih kepada ibu bapa serta ahli keluarga kerana tidak jemu-
jemu memberikan galakan dan dorongan sehinggalah saya dapat menyiapkan
tugasan Kerja Kursus bagi subjek Hafazan Al-Quran (PQE 3104) ini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada mereka yang lain yang mana telah
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung terutamanya kepada pensyarah
subjek Hafazan Al-Quran iaitu Ustaz Dr. Saidi bin Mohd yang banyak memberikanpanduan dan tunjuk ajar selama saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga
kepada pihak institut khususnya warga Pusat Sumber Ibnu Sina IPG Kampus Dato
Razali Ismail kerana sentiasa memberikan saya sokongan serta maklumat yang saya
perlukan untuk menyiapkan tugasan ini.
Di sini saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak institut,
rakan-rakan seperjuangan serta yang lain-lain lagi yang mana tidak kurang juga
membantu baik dari segi tunjuk ajar, idea atau sebagainya,
Jasa kalian semua tidak mungkin akan dapat saya balas. Hanya Allah Taala
sahaja yang mampu membalasnya. Akhir kata dari saya, mohon ampun dan maaf
kepada semua andai terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan
7/30/2019 rasm thmani
4/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
5
samada secara sedar atau tidak. Semoga Allah memberkati hidup kalian semua,
Amin..
PENGENALAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang telah mentadbir alam ini
dengan sebaik-baik perancangan. Segala puji bagi Allah juga, Tuhan yang telah
memberi kami hidayah dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan kami dalam
memperjuangkan agama-Nya di bumi INSANIAH yang penuh dengan barakah.
Selawat dan salam buat junjungan besar baginda Rasulullah Muhammad SAW yang
telah diutus oleh Allah SWT untuk memberi rahmat ke seluruh alam ini.
Sesungguhnya manusia selalu mencari ketenangan dan kedamaian dalam
menghadapi liku-liku kehidupan. Mereka cuba untuk mendapatkannya dengan
hiburan, permainan, pembacaan dan sebagainya. Namun ketenangan yang di cari
datang dan pergi. Sebenarnya jiwa mereka kosong tanpa cahaya keimanan. Al-
Quran diturunkan sebagai penyembuh duka, pengubat luka danpenghibur hati yang
lara. Membaca Al-Quran adalah hiburan nurani yang mendamaikan hati serta
menjadi teman di waktu sunyi.
Al-Quran tidak menjadi usang meskipun di ulang-ulang. Keajaibannya tidak
pernah habis dan bangsa jin ketika mendengarnya mengatakan Sesungguhnya
kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan, yang memberi petunjuk ke jalan
yang benar, kemudian kami beriman kepadanya.
Sesiapa yang berkata berdasarkan Al-Quran, maka dia berkata benar.
Sesiapa mengamalkannya, dia mendapat pahala. Sesiapa memutuskan perkara
dengannya, maka dia telah berlaku adil. Dan siapa menyeru kepadanya, dia diberi
petunjuk ke jalan yang lurus. Al-Quran merupakan pemisah antara yang haq dan
batil.
7/30/2019 rasm thmani
5/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
6
Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan
dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan
huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana
dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-
mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan
dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat bahawa rasm
tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah
yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-quran pada ketika itu.
Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran.
Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan
dan kadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quranitu sendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah
baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk
juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya
sedikit pun.
Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada
umat Islam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja.
Selain daripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga
mempunyai kelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah.
Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang,
ianya melalui empat peringkat.
Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda
sebagaimana yang ada sekarang. Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan
titik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah
Marwan bin Hakam. Ketiga, penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak (harkat)
yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf. Dalam tahap keempat barulah ditambahkan
tanda-tanda wakaf Marka dan lain-lain. Al-Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat
Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat Raihani kemudian dengan Khat Thuluth dan
yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-
Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam
lainnya hingga ke hari ini.
7/30/2019 rasm thmani
6/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
7
KETEKALAN RASM DAN MASHAF
TAHAP PERTAMA
Zaman Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa sallam. Pada tahap ini penyandaran
pada hafalan lebih banyak daripada penyandaran pada tulisan kerana hafalan para
Sahabat Radhiyallahu anhum sangat kuat dan cepat disamping sedikitnya orang
yang mampu membaca dan menulis Bahkan peralatan-peralatan yang diperlukanuntuk menulis juga tidak begitu banyak. Oleh kerana itu siapa saja dari kalangan
mereka yang mendengar satu ayat, dia akan terus menghafalnya atau
menuliskannya dengan kelengkapan seadanya di pelepah kurma, potongan kulit,
permukaan batu atau tulang belikat unta. Jumlah para penghafal Al-Quran sangat
banyak.
Dalam kitab Shahih Bukhari dari Anas Ibn Malik Radhiyallahu anhu
bahawasanya Nabi Sallallahu alaihi wa sallam mengutus tujuh puluh orang yang
disebut Al-Qurra. Mereka dihadang dan dibunuh oleh penduduk dua desa dari suku
Bani Sulaim ; Ril dan Dzakwan berdekatan sumur Maunah. Namun dikalangan para
sahabat selain mereka masih banyak para penghafal Al-Quran, seperti Khulafa' Ar
Rasyidin, Abdullah Ibn Masud, Salim yang pernah menjadi hamba Abu Hudzaifah,
Ubay Ibn Kaab, Muadz Ibn Jabal, Zaid Ibn Tsabit dan Abu Darda Radhiyallahu
anhum.
TAHAP KEDUA
Pada zaman Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu anhu pada tahun 12 Hijriyah.
Penyebabnya adalah : Pada perang Yamamah banyak dari kalangan Al-Qurra yang
terbunuh, di antaranya Salim bekas hamba Abu Hudzaifah ; salah seorang yang
7/30/2019 rasm thmani
7/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
8
Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengambil pelajaran
al-Quran darinya.
Maka Abu Bakar Radhiyallahu anhu memerintahkan untuk mengumpulkan Al-
Quran agar tidak hilang. Dalam kitab Shahih Bukahri disebutkan, bahwa Umar Ibn
Khattab mengemukakan pandangan tersebut kepada Abu Bakar Radhiyallahu anhu
setelah selesainya perang Yamamah. Abu Bakar tidak mahu melakukannya kerana
takut dosa, sehingga Umar terus-menerus mengemukakan pandangannya sampai
Allah Subhanahu wa Taala membukakan pintu hati Abu Bakar untuk hal itu, dia lalu
memanggil Zaid Ibn Tsabit Radhiyallahu anhu. Di samping Abu Bakar bediri Umar,
Abu Bakar mengatakan kepada Zaid : Sesunguhnya engkau adalah seorang yang
masih muda dan cerdik akalnya, kami tidak meragukannmu, engkau dulu pernahmenulis wahyu untuk Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam, maka sekarang carilah
Al-Quran dan kumpulkanlah!, Zaid berkata : Maka akupun mencari dan
mengumpulkan Al-Quran dari pelepah kurma, permukaan batu dan dari hafalan
orang-orang lain.Mushaf tersebut berada di tangan Abu Bakar hingga dia wafat,
kemudian dipegang oleh Umar hingga wafatnya, dan kemudian di pegang oleh
Hafsah Binti Umar Radhiyallahu anhuma. Diriwayatkan oleh Bukhari secara panjang
lebar.
Kaum muslimin pada waktu itu seluruhnya sepakat dengan apa yang dilakukan
oleh Abu Bakar. Mereka menganggap perbuatannya itu sebagai nilai positif dan
keutamaan bagi Abu Bakar, sehingga Ali Ibn Abi Thalib Radhiyallahu anhu
mengatakan : Orang yang paling besar pahalanya pada mushaf Al-Quran adalah
Abu Bakar, semogaAllah Subhanahu wa Taala memberi rahmat kepada Abu Bakar
kerana, dialah orang yang pertama kali mengumpulkan Kitab Allah Subhanahu wa
Taala.
TAHAP KETIGA
Pada zaman Amirul Mukminin Uthman Ibn Affan Radhiyallahu anhu, iaitu
pada tahun 25 Hijriyah. Sebabnya adalah perbezaan kaum muslimin pada dialek
bacaan Al-Quran sesuai dengan perbezaan mushaf-mushaf yang berada di tangan
7/30/2019 rasm thmani
8/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
9
para sahabat Radhiyallahu anhum. Hal itu dikhuatirkan akan menjadi fitnah, maka
Uthman Radhiyallahu anhu memerintahkan untuk mengumpulkan mushaf-mushaf
tersebut menjadi satu mushaf sehingga kaum muslimin tidak berbeza bacaannya
kemudian bertengkar pada Kitab Allah Subhanahu wa Taala dan akhirnya berpecah
belah.
Dalam kitab Sahih Bukhari disebutkan, bahwasanya Hudzaifah Ibnu Yaman
Radhiyallahu anhu datang menghadap Uthman Ibn Affan Radhiyallahu anhu dari
perang pembebasan Armenia dan Azerbaijan. Dia khuatir melihat perbezaan mereka
pada dialek bacaan Al-Quran, dia katakan : Wahai Amirul Mukminin, selamatkanlah
umat ini sebelum mereka berpecah belah pada Kitab Allah Subhanahu wa Taala
seperti perpecahan kaum Yahudi dan Nasrani! Uthman lalu mengutus seseorang
kepada Hafsah Radhiyallahu anhuma : Kirimkan kepada kami mushaf yang engkau
pegang agar kami gantikan mushaf-mushaf yang ada dengannya kemudian akan
kami kembalikan kepadamu!, Hafshah lalu mengirimkan mushaf tersebut.
Kemudian Uthman memerintahkan Zaid Ibn Thabit, Abdullah Ibn Az-Zubair,
Said Ibnul Ash dan Abdurrahman Ibnul Harith Ibn Hisyam Radhiyallahu anhum
untuk menuliskannya kembali dan memperbanyaknya. Zaid Ibn Thabit berasal dari
kaum Ansar sementara tiga orang yang lain berasal dari Quraisy. Uthman
mengatakan kepada ketiganya : Jika kalian berbeza bacaan dengan Zaid Ibn Thabit
pada sebagian ayat Al-Quran, maka tuliskanlah dengan dialek Quraisy, karena Al-
Quran diturunkan dengan dialek tersebut!, mereka pun lalu mengerjakannya dan
setelah selesai, Uthman mengembalikan mushaf itu kepada Hafshah dan
mengirimkan hasil pekerjaan tersebut ke seluruh penjuru negara Islam serta
memerintahkan untuk membakar naskah mushaf Al-Quran selainnya.
Uthman Radhiyallahu anhu melakukan hal ini setelah meminta pendapat kepada
para sahabat Radhiyalahu anhum yang lain sesuai dengan apa yang diriwayatkan
oleh Abu Daud dari Ali Radhiyallahu anhu bahwasanya dia mengatakan : Demi
Allah, tidaklah seseorang melakukan apa yang dilakukan pada mushaf-mushaf Al-
Quran selain harus meminta pendapat kami semuanya, Uthman mengatakan : Aku
berpendapat sebaiknya kita mengumpulkan manusia hanya pada satu Mushaf saja
7/30/2019 rasm thmani
9/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
10
sehingga tidak terjadi perpecahan dan perbezaan. Kami menjawab : Alangkah
baiknya pendapatmu itu.
Musab Ibn Saadmengatakan : Aku melihat ramai manusia ketika Uthman
membakar mushaf-mushaf yang ada, merekapun kehairanan melihatnya, atau dia
katakan : Tidak ada seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, hal itu adalah
termasuk nilai positif bagi Amirul Mukminin Uthman Ibn Affan Radhiyallahu anhu
yang disepakati oleh kaum muslimin seluruhnya. Hal itu adalah penyempurnaan dari
pengumpulan yang dilakukan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu anhu.
Perbezaan antara pengumpulan yang dilakukan Uthman dan pengumpulan yang
dilakukan Abu Bakar Radhiyallahu anhuma adalah :
Tujuan dari pengumpulan Al-Quran di zaman Abu Bakar adalah menuliskan
dan mengumpulkan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dalam satu mushaf agar tidak
tercicir dan tidak hilang tanpa perlu kepada kaum muslimin untuk bersatu pada satu
dialek; hal itu disebabkan lebih terlihat pengaruh dari perbezaan dialek bacaan yang
mengharuskannya membawa mereka untuk bersatu pada satu mushaf Al-Quran
saja.
Manakala tujuan dari pengumpulan Al-Quran di zaman Uthman Radhiyallahu anhu
adalah : Mengumpulkan dan menuliskan Al-Quran dalam satu mushaf dengan satu
dialek bacaan dan membawa kaum muslimin untuk bersatu pada satu mushaf Al-
Quran kerana timbulnya pengaruh yang mengkhuatirkan pada perbezaan dialek
bacaan Al-Quran.
TAHAP KEEMPAT
Pemberian titik dan baris, terdiri dari tiga fasa :
1) Mu'awiyah bin Abi Sofyan menugaskan Abul Asad Ad-dualy untuk meletakkan
tanda bacaan (i'rab) pada tiap kalimat dalam bentuk titik untuk menghindari
kesalahan dalam membaca.
7/30/2019 rasm thmani
10/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
11
2) Abdul Malik bin Marwan menugaskan Al Hajjaj bin Yusuf untuk memberikan titik
sebagai pembeza antara satu huruf dengan lainnya (Baa'; dengan satu titik di bawah,
Ta; dengan dua titik di atas, Tsa; dengan tiga titik di atas). Pada masa itu Al Hajjaj
meminta bantuan kepada Nashr bin 'Ashim dan Hay bin Ya'mar.
3) Peletakan baris atau tanda baca (i'rab) seperti: Dhammah, Fathah, Kasrah dan
Sukun, mengikuti cara pemberian baris yang telah dilakukan oleh Khalil bin Ahmad
Al Farahidy.
Hasil yang didapati dari pengumpulan ini terlihat dengan timbulnya
kemaslahatan yang besar di tengah-tengah kaum muslimin, di antaranya : Persatuan
dan kesatuan, kesepakatan bersama dan saling berkasih sayang. Kemudian
mudharat yang besarpun boleh dihindari yang di antaranya adalah : Perpecahan
umat, perbezaan keyakinan, tersebar luasnya kebencian dan permusuhan.
Mushaf Al-Quran tetap seperti itu sampai sekarang dan disepakati oleh seluruh
kaum muslimin serta diriwayatkan secara Mutawatir. Dipelajari oleh anak-anak dari
orang dewasa, tidak terjejas kesuciannya tika dipermainkan oleh tangan-tangan
kotor para perosak dan tidak sampai tersentuh oleh hawa nafsu orang-orang yang
menyeleweng.
Adapun warga Madinah ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab
yang mampu menulis. Ketika nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang
Yahudi yang mengajar anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang
yang pandai menulis antaranya Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said,
Zaid b Thabit yang kesemuanya juga belajar tulis menulis daripada kalangan
Yahudi atas perintah Nabi s.a.w.
Kemudian datanglah Islam. Ia memerangi buta huruf bangsa Arab, dan
menghapuskannya demi mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan 4-5
surah Al-Alaq dan ayat-ayat 1-2 surah Al-Qalam membuktikan keadaan tersebut.
Peringatan melalui ayat-ayat tersebut membuktikan keperluan penulisan dalam
mengangkat martabat umat islam. Oleh sebab itu Rasul s.a.w sangat menggalakkan
sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia berbagai media untuk mencapai
hasrat tersebut. Tawanan perang badar yang pandai menulis diarahkan mengajar
7/30/2019 rasm thmani
11/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
12
sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit demi sedikit hilangnya buta
huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini membuktikan bahawa islam adalah
agama ilmiah, berbudaya dan bertamadun.
7/30/2019 rasm thmani
12/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
13
KAEDAH-KAEDAH RASM UTHMANI
1. Kaedah Pembuangan Atau Pengurangan (Hazaf)
hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu dalam
struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif,wau,ya,lam nun dan
huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu Al-Quran
a. hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:
i. alif pada kalimah basmalah samada lengkap atau tidak
ii. alif Al-Takrif yang didahului huruf lam untuk takid atau jar
iii. kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata yang berfungsi sebagai
pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata
contohnya;
7/30/2019 rasm thmani
13/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
14
(Yunus 51)
(Yunus 59)
(Al-Baqarah 177)
(Al-Baqarah 35)
iv. alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa contohnya;
(Al-Anbiyaa 007)
(Yusuf 082)
7/30/2019 rasm thmani
14/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
15
(Al-Muminun 113)
v. alif ya kata seruan (ya al-nida) contohnya
(Al-Baqarah 021)
(Al-Baqarah 033)
(Az-Zumar 053)
vi. alif kalimah aiyuha pada tiga tempat
(An-Nur 031)
(Az-Zukhruf 049)
7/30/2019 rasm thmani
15/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
16
(Ar-Rahman 031)
vii. alif domir marfuk yang bersambung dengan domir maful contohnya;
(Al-Baqarah 050)
(Ya-Sin 069)
(Al-Waqia 035)
viii. alif kata bilangan dua (muthanna) contohnya;
(An-Nisaa 016)
(Ta-Ha 063)
7/30/2019 rasm thmani
16/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
17
(Al-Qasas 032)
ix. kebanyakan alif pada kalimah jamak muzakkar salim contohnya;
(Al-Fatiha 002)
(Al-Baqarah 153)
(Al-Baqarah 043)
x. semua alif jamak muzakkar salim contohnya;
(An-Nisaa 025)
(An-Nisaa 034)
7/30/2019 rasm thmani
17/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
18
(An-Nisaa 034)
xi. alif pada kata nama bilangan (Asmak Al-Adad) contohnya;
(Al-Baqarah 196)
(Al-Araf 142)
(Al-Haqqa 007)
xii. alif baris dua di atas (fathatain) yang didahuluinya hamzah contohnya
(Al-Baqarah 022)
(Al-A'la 005)
(Al-i-'Imran 113)
7/30/2019 rasm thmani
18/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
19
xiii. alif bagi ha peringatan (ha tanbih) contohnya;
(Al-Baqarah 025)
(An-Naml 042)
(Muhammad 038)
xiv. Alif kata penunjuk (isim isyarah) contohnya;
(Al-Baqarah 002)
(Yusuf 056)
(Al-Baqarah 005)
xv. Alif kata nama penyambung (asmak al-Mausulah) contohnya;
7/30/2019 rasm thmani
19/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
20
(An-Nisaa 015)
(At-Talaq 004)
xvi. Alif ditengah-tengah ejaan nama ajam (bkn arab) yang sering
digunakan contohnya;
(Al-Anbiyaa 048)
(Al-Baqarah 136)
(Al-Baqarah 136)
xvii. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat
sahaja dalam Al-Quran;
7/30/2019 rasm thmani
20/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
21
(An-Nisaa 099)
xviii. Alifhamzah pada semua perkataan al an contohnya
(Al-Baqarah 071)
Kecuali ayat sembilan suran al-Jin
xix. Alif pada kalimah contohnya ;
(Al-Baqarah 072
xx. Dua alif yang berturut-turut iaitu;
(Al-An'am 077)
Kecuali di dua tempat surah al-Najm ayat 11dan 18
xxi. Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang iaitu
pada;
(Al-i-'Imran
184)
(Al-Baqarah 061)
7/30/2019 rasm thmani
21/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
22
Begitu juga pada empat tempat berikut;
(Al-Baqarah 226)
(Al-Furqan 021)
(Saba 005)
(Al-Hashr 009)
2. Kaedah ziyadah atau tambahan.
Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu
Al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan pada
bacaan. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya.
a. Ziyadah huruf wau pada ;
i. Kalimah pada
(Al-Araf 145)
7/30/2019 rasm thmani
22/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
23
ii. Begitu juga pada kalimah-kalimah berikut dalam surah-surah di bawah
;
(Al-Anfal 075)
(At-Talaq 004)
(Al-i-'Imran 119)
(Al-Baqarah 005)
(Al-Qamar 043)
b. Ziyadah ya pada kalimah-kalimah dan surah-surah berikut;
(Al-i-Imran 144)
(Al-Anbiyaa 034)
7/30/2019 rasm thmani
23/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
24
(Ta-Ha 130)
(Ash-Shura 051)
(Az-Zariyat 047)
(Al-Qalam 006)
(Al-An'am 034)
(Yunus 015)
Begitu juga pada kalimah (mala) pada surah berikut
(Hud 097)
7/30/2019 rasm thmani
24/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
25
REFLEKSI
Pada 27 Ogos 2012, unit PISMP Pendidikan Islam Semester 6 IPG Kampus Dato
Razali Ismail telah menerima tugasan bagi subjek Hafazan Al-Quran oleh pensyarah
subjek tersebut iaitu Ustaz Dr. Saidi bin Mohd. Kami telah diberi tempoh selama 4
minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini berlainan antara satu sama lainbergantung kepada tajuk yang telah diberikan. Tugasan ini dijalankan secara
individu. Kami dikehendaki menghantar tugasan ini pada 27 September 2012.
Secara keseluruhannya, tugasan ini perlu dibuat semasa kami menjalani
praktikum. Saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng
bersama Muhamad Arif bin Abdullah. Perkara pertama yang saya fikir setelah
mendapat tugasan ini adalah bagaimana saya perlu menyiapkan tugasan ini di
dalam waktu berpraktikum yang mana umumnya bagi guru pelatih apabila menjalani
praktikum, masa untuk menyiapkan tugasan adalah terbatas kerana kesibukan
dalam merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian di samping membina
bahan bantu mengajar.
Tajuk tugasan yang saya dapat adalah Ketekalan Rasm dan Mashaf. Tajuk
yang saya dapat adalah sama dengan tajuk Muhamad Hazwan bin Hamidan. Kami
dikehendaki menghuraikan ketekalan Rasm dan Mashaf secara individu kerana
tugasan ini dinilai secara individu. Tetapi dari segi bahan rujukan tidak menjadi
masalah walaupun sumber yang sama.
Kekuatan yang dapat saya lihat dan kesan semasa menyiapkan tugasan ini
adalah yang pertama dari sudut bahan dan buku-buku rujukan. Bagi saya, masalah
tentang rujukan ini tidak menjadi penghalang kepada saya kerana bahan-bahan
rujukan seperti buku-buku yang berkaitan dengan Rasm dan Mashaf mencukupi dan
saya memiliki buku-buku berkaitan dengan Rasm yang cukup. Selain itu juga, sayadan Hazwan juga berkongsi bahan-bahan berkaitan dengan tajuk ini. Jadi, masalah
7/30/2019 rasm thmani
25/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
26
berkaitan dengan bahan rujukan tidak mencukupi atau terbatas tidak berlaku dan
tajuk tugasan ini juga agak khusus dan amat mudah bagi saya dalam menyiapkan
tugasan ini.
Seterusnya, daripada tugasan ini juga saya dapat menambah ilmu
pengetahuan saya secara mendalam terutamanya berkaitan dengan Rasm, sejarah
Rasm, kaedah penulisan Rasm dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini sangat berguna
kepada saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam di sekolah kelak. Banyak
perkara-perkara yang saya tidak tahu berkenaan dengan Rasm terutamanya
berkenaan dengan sejarah penulisan Rasm semasa menyiapkan tugasan ini. Jadi,
melalui tugasan ini, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya.
Dari segi kelemahan pula, terdapat beberapa kelemahan yang saya terpaksa
hadapi dalam menyiapkan tugasan bertulis ini. Pertama adalah dari sudut kekangan
masa. Dalam waktu berpraktikum sememangnya kita hanya menumpukan kepada
membina dan merancang Rancangan Pengajaran Harian dan alat bantu mengajar
sahaja. Dengan waktu yang sibuk sebegini, saya tidak mempunyai banyak ruang
masa untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun bahan rujukan mencukupi, tetapi dari
segi proses mengambil isi-isi penting dalam bahan-bahan rujukan tersebut tidak
sempat kerana kekangan berpraktikum tersebut.
Kelemahan yang kedua adalah dari sudut pemahaman saya terhadap kaedah-
kaedah penulisan Rasm yang mempunyai kaedahnya yang tersendiri serta
memerlukan tunjuk ajar daripada guru untuk memahami tajuk tersebut. Satu kerugian
bagi saya sekiranya saya dapat menyiapkan tugasan ini tetapi tidak memahami serta
mempraktikkan apa yang saya telah buat.
Kesimpulannya, melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak
perkara. Walaupun menghadapi beberapa kesulitan dan kelemahan, tetapi perkara
tersebut dapat diatasi dengan baik. Perancangan yang baik serta mendapatkan
nasihat dan pandangan daripada sahabat-sahabat serta pensyarah amat membantu
saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya kepada
pensyarah kami, Ustaz Mohd Nor bin Jusoh memberi kerjasama, nasihat, dan
7/30/2019 rasm thmani
26/26
MUHAMMAD FATHI BIN RAMLI
bimbingan yang baik kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini secara
keseluruhannya. Wallahualam.
BIBLIOGRAFI
BUKU
1. Bahagian Penerbitan Teks Al-Quran KDN, Al-Quran dan Terjemahannya
(Mushaf Rasm Uthmani), Kuala Lumpur, Pustaka Darul Iman.
2. Haji Abdul Qadir Leong, (2009), Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, Selangor,
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
3. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, (2009), Al-Quranul Karim Rasm
Uthmani
(Bertajwid Dan Disertai Makna), Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid
4. Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004),
Buku
Panduan Rasm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
INTERNET
1) http://kerdipanrohani.blogspot.com/2010/04/penulisan-al-quran-rasm-
uthmani.html - diakses pada 20 September 2012
2) http://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/01/perkembangan-ilmu-al-qiraat-1-
sejarah.html- diakses pada 22 September 2012
3) http://badrizam.blogspot.com/2010/02/rasm-uthmani.html - diakses pada 25
September 2012
http://kerdipanrohani.blogspot.com/2010/04/penulisan-al-quran-rasm-uthmani.htmlhttp://kerdipanrohani.blogspot.com/2010/04/penulisan-al-quran-rasm-uthmani.htmlhttp://kerdipanrohani.blogspot.com/2010/04/penulisan-al-quran-rasm-uthmani.htmlhttp://kerdipanrohani.blogspot.com/2010/04/penulisan-al-quran-rasm-uthmani.htmlhttp://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/01/perkembangan-ilmu-al-qiraat-1-sejarah.htmlhttp://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/01/perkembangan-ilmu-al-qiraat-1-sejarah.htmlhttp://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/01/perkembangan-ilmu-al-qiraat-1-sejarah.htmlhttp://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/01/perkembangan-ilmu-al-qiraat-1-sejarah.htmlhttp://badrizam.blogspot.com/2010/02/rasm-uthmani.htmlhttp://badrizam.blogspot.com/2010/02/rasm-uthmani.htmlhttp://badrizam.blogspot.com/2010/02/rasm-uthmani.htmlhttp://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/01/perkembangan-ilmu-al-qiraat-1-sejarah.htmlhttp://jamalaljauhari.blogspot.com/2010/01/perkembangan-ilmu-al-qiraat-1-sejarah.htmlhttp://kerdipanrohani.blogspot.com/2010/04/penulisan-al-quran-rasm-uthmani.htmlhttp://kerdipanrohani.blogspot.com/2010/04/penulisan-al-quran-rasm-uthmani.htmlRecommended