View
12
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
Salam Sejahtera, syukur saya kepada tuhan dengan limpah kurnia dan keberkatannya
dapatlah saya menyiapkan kerja kursus dalam masa yang ditetapkan.Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami En.Rozali Bin Mohd. Ali kerana
memberi bimbingan dan panduan untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Sepanjang
menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru samada secara
langsung dan tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima
sepanjang, namun rasa berminat saya terhadap matapelajaran matematik sejak kecil lagi dan
pengalaman saya mendorong , saya tempuhi segalanya dengan senang dan sabar.
Kerja proses 1 perlu dihasilkan dalam kumpulan bertiga. Kami telah mencari maklumat
dan informasi tentang tajuk Persamaan Linear dan Ketaksamaan Linear dari bahan buku,
laman sesawang dan artikel. Dengan usaha yang gigih mencari ilmu yang berkaitan dengan
tugasan ini dapat membantu kami menyiapkan tugasan. Tugasan ini telah menambah
pengetahuan saya tentang tajuk tersebut.
Kami menerima kerja kursus ini pada perjumpaan bulan Julai. Saya dapat mulakan kerja
kursus ini dengan rakan-rakan dalam kumpulan saya. kami bertiga berbincang dengan melalui
e-mel , skype dan telefon bimbit untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga dibantu oleh
pensyarah pembimbing dengan menerangkan kehendak soalan. Dengan ini, kami telah
mendapat sedikit sebanyak gambaran yang jelas dan idea untuk menyiapkan tugasan kerja
kursus ini. Walaupun, pada mulanya agak sukar tetapi dengan kerjasama semua ahli kumpulan
kami berjaya menyiapkan kesemua tugasan ini.
Saya mencari maklumat yang dikehendaki daripada internet. Pada zaman yang menuju
kearah globalisasi ini, semua maklumat yang dikehendaki terdapat di hujung jari. Selain daripad
itu, buku – buku matematik seperti buku rujukan matematik juga membantu saya untuk
REFLEKSI
VANITHA A/P GUNASEKHARAM
790330-04-5308
Matematik Ambilan Khas Februari 2013
mendapat maklumat yang dikehendaki. Perbincangan dengan guru – guru cemerlang
matematik dan guru- guru berpengalaman juga menjadi satu kelebihan dan memudahkan saya
untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelatih yang membuat pratikum
sekolah saya. Oleh kerana mereka, saya dapat membuat jalan penyelesaian bagi soalan kendiri
yang dibekalkan. Pelatih memberi panduan untuk menyelesaikan soalan yang saya tak dapat
cari selesaikan.
Kekangan masa juga adalah salah satu masalah yang utama bagi kami menguruskan
tugasan ini.Ini kerana,beban kerja di sekolah begitu bertambah. Masalah ini saya atasi dengan
mengatur masa yang saya ada agar semua kerja yang diberikan dapat disiapkan dalam
jangkamasa yang telah ditetapkan.Kerjasama yang diberi oleh ahli kumpulan saya telah
melancarkan lagi penyiapan kerja kursus ini.Pada pendapat saya tanggungjawab terhadap
tugasan yang diberikan amat penting.Disamping itu,memberikan komitmen terhadap kumpulan.
Akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan matematik ini dengan berjaya. Terima
kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah, rakan sekumpulan, guru-guru di
sekolah para sahabat dan pelathi IPRM kerana memberi idea dan sokongan .Tugasan ini telah
memberi penekanan melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam profesion
perguruan pada masa akan datang.
Recommended