View
804
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
bagi SCE 3111 PISMP Sains Semester 6 IPGM seluruh Malaysia
Citation preview
PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH
REFLEKSI
Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Selain itu,
sebagai seorang bakal guru saya perlu mengambil kira mengenai pentadbiran dalam
peperiksaan kerana setiap guru pasti akan mengendalikan sama ada peperiksaan atau ujian
yang kecil di sekolah. Jadi setiap pendidik perlu mempelajari dan mengetahui kriteria yang
terdapat dalam pentadbiran peperiksaan.
Sebagai guru pelatih, saya dapat mempelajari tentang bagaimana mengubal soalan
sains yang berkualiti. Selepas saya bertugas di sekolah nanti, saya akan mengubal soalan-
soalan sains dan mata pelajaran lain dengan mengikut jadual spesifikasi ujian (JSU) dan
Taksonomi Bloom.
Seorang guru perlu mengetahui selok-belok peperiksaan sebelum, semasa dan
selepas peperiksaan dilaksanakan. Hal ini sangat penting kerana prosedur dalam
pentadbiran peperiksaan perlu dituruti untuk memastikan kelancaran pelaksanaan
peperiksaan dan keberkesanan item yang ingin diuji kepada murid-murid. Dengan berjaya
dan berkesannya pentadbiran ujian ini, maka keputusan yang bakal diperoleh dapat dinilai
dengan efisyen dan meningkatkan kualiti pendidikan sekaligus meningkatkan kualiti modal
insan yang bakal dilahirkan.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman
yang berharga. Saya telah belajar cara-cara untuk melaksanakan ujian di sekolah. Saya juga
telah menimba pengalaman baru dalam membina soalan-soalan untuk murid sasaran.
Soalan yang dirangka perlulah menepati sukatan pelajaran yang telah diajar kepada murid.
Saya telah memilih soalan yang sesuai mengikut jadual spesifikasi ujian (JSU) yang telah
dibuat. Oleh itu, ini merupakan pengalaman yang berharga bagi saya sebagai guru pelatih.
Seterusnya seorang bakal guru juga perlu mengetahui dan membezakan antara
peperiksaan atau penilaian berpusat dengan Penilaian Berasaskan sekolah. Jika dilihat
secara kasar penilaian berpusat lebih merujuk kepada penilaian sumatif iaitu penilaian yang
dilaksanakan selepas akhir satu unit pembelajaran, semester atau tahun. Peperiksaan
berpusat ini biasanya dilaksanakan oleh organisasi luar dimana pentaksiran yang dirancang,
dibina dan dilapor adalah Lembaga Peperiksaan sendiri dan bukannya pihak sekolah.
Walaupun begitu, pihak sekolah tetap terlibat dengan pentadbiran dan penyimpanan rekod
peperiksaan berpusat ini.
Saya membina jadual spesifikasi ujian (JSU) dan juga soalan objektif yang akan diuji.
Selain itu, saya juga perlu menganalisis data yang telah diperoleh apabila selesai menanda
kertas soalan. Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti adalah soalan yang dirangka tidak
14
PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH
seragam. Selain itu, semasa mentadbir ujian, saya juga mendapati murid sasaran
mengambil mudah ujian yang telah dijalankan dan menganggap perkara tersebut sebagai
perkara yang remeh-temeh. Mereka tidak bersungguh-sungguh semasa menjawab kertas
ujian yang telah diberikan dan bercakap-cakap semasa ujian ditadbir.
Di samping itu, maklumat tentang isu-isu mengenai ujian Sains dan subjek Sains
sendiri di sekolah tersebut tidak terlalu banyak untuk dihuraikan di dalam tugasan kami. Jadi,
saya telah mengumpul maklumat-maklumat yang telah diberikan oleh guru subjek Sains
sekolah tersebut iaitu Puan Norhana. Beliau telah memberikan maklumat yang diperlukan
sepanjang proses menjalankan ujian.
Oleh itu, saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalankan
tugasan ini akan memberikan manfaat kepada saya. Saya telah belajar cara-cara untuk
mentadbir ujian di sekolah dan juga cara-cara untuk membuat soalan. Saya juga amat
berbesar hati kepada pihak sekolah kerana sudi memberikan peluang kepada saya untuk
mentadbir ujian di sekolah tersebut. Saya telah memperolehi pengalaman yang amat
berguna untuk mendidik anak bangsa pada masa hadapan.
15
PISMP SEM 6 PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH IPG KSAH
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Huraian sukatan pelajaran KBSR sains tahun 5.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bhasah Abu Bakar (2003). Asas pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum Books.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Manual am pentadbiran instrumen.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mok, Soon Sang (1997). Pedagogi 2 – pelaksanaan pengajaran. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Noor Azreen Bt Abd Aziz (2008). Pentaksiran alternatif: menuju ke arah transformasi sistem
pentaksiran di Malaysia. Batu Pahat: Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
W. James Popham (2000). Assessing mastery of wish-list content standards. Los Angeles:
University of California.
16
Recommended