View
226
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Refleksi Bina Insan Guru Peringkat 2
Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu subjek wajib yang harus
dijalankan oleh semua pelajar PPG di semua Institusi Pendidikan Guru di seluruh
Malaysia. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang
dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan
insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai
spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang
ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan ilmu dari
pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui
praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang
dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah
yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru iaitu selaras dengan
hasrat negara. BIG Peringkat dua ini mewajibkan kami melaksanakan beberapa
aktiviti yang telah ditetapkan secara “School Base” dan masanya adalah dua
puluh (20) jam.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah saya jalankan ialah mengadakan Kem
Motivasi UPSR, Hari Permuafakatan, Gotong-royong di sekolah, Program Warga
Emas dan Tertib/ Adab di meja makan. Sebelum melaksanakan kelima-lima
aktiviti ini saya telah membuat kertas kerja pelaksanaan aktiviti dengan pihak
sekolah dan rakan sejawat saya . Selepas aktiviti saya juga menyediakan
laporan dan membuat refleksi bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan.Hasil
daripada melaksanakan tugasan BIG peringkat dua ini, saya telah menperolehi
banyak pengalaman dan pengetahuan. Misalnya, saya telah menimba ilmu yang
amat banyak tentang cara mengendalikan sesuatu aktiviti, menimba ilmu tentang
cara membuat kertas kerja, membuat laporan dan membuat refleksi. Selain itu,
saya juga dapat belajar menguruskan sesuatu aktiviti, mencari atau mengumpul
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang hendak saya
laksanakan. Pada masa yang sama, saya juga telah meningkatkan lagi
kemahiran berkomunikasi serta kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam
diri saya.
Bagi menjayakan program BIG ini saya telah banyak bertanyakan
pendapat, pandangan dan buah fikiran daripada rakan-rakan sejawat, pihak
sekolah serta rakan-rakan pelajar PPG. Justeru itu, secara tidak langsung, saya
telah dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya terhadap bidang ini.
Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti program BIG ini, kami dapat memupuk sikap dan
nilai-nilai positif. Misalnya, kami dapat mengeratkan lagi hubungan,
persefahaman serta perpaduan dilkalangan warga pendidik dan juga para pelajar
yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Namun demikian,
tugasan BIG ini amat mebcabar bagi saya. Saya telah mengalami pelbagai
masalah dan cabaran untuk melaksanakan kesemua aktiviti ini.
Ini adalah kerana saya mengalami masalah kekangan masa disebabkan
kesibukan menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program yang berfokus
kepada UPSR. Namun demikian, berkat daripada kesabaran, kecekalan dan
kegigihan saya, saya dapat menjalankan semua aktiviti BIG ini dengan jayanya.
Kejayaan aktiviti-aktiviiti yang telah saya jalankan ini adalah kerana adanya
kerjasama dan sokongan yang amat baik daripada pihak sekolah, rakan sejawat,
dan murid-murid di sekolah saya. Tidak kurang penting juga sumbangan
daripada rakan-rakan pelajar PPG sama ada dari segi ilmu pengetahuan,
pendapat, cadangan dan sebagainya. Tanpa kerjasama yang padu dan bantu
daripada mereka sudah pesti saya akan gagal melaksanakan semua aktiviti
tersbeut.
Dengan kesempatan keemasan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
membantu saya menjayakan aktiviti BIG ini, sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Tanpa bimbingan daripada pensyarah, kami membuat tugas bak
berjalan dalam kegelapan. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang
dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan
mencucuri rahmat ke atas kalian.
Recommended