View
49
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
report
Citation preview
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
-Sediakan suatu kajian kes tentang pengurusan kewangan sekolah di sebuah
sekolah menengah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTj) dan di sebuah sekolah
menengah yang bukan bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTj). Apakah perbezaan
tentang pengurusan kewangan sekolah antara sekolah PTj dan bukan PTj?-
1.0 Pendahuluan
Kewangan merupakan nadi bagi setiap individu dan organisasi untuk
meneruskan kelangsungan dan fungsi kehidupannya. Begitulah halnya dengan
peranan kewangan di institusi pendidikan. Oleh yang demikian, pengurusan
kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat, agar kewangan boleh
diperolehi secukupnya, dibelanja dan diurus mengikut tatacara yang betul serta
dapat memenuhi matlamat organisasi.
Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-
prinsip pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur,
mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor (Mahashim
Bajuri:1994). Oleh itu, pengurusan kewangan sesungguhnya melibatkan
pentadbiran kewangan ditadbir secara bijaksana, agar mencapai matlamat
organisasi.
Dasar pendidikan di Malaysia bagi peringkat rendah, menengah dan tinggi
datangnya dari kerajaan pusat yang disalurkan melalui Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Pengajian Tinggi. Menurut Zaidatol Akmaliah (2001), beliau
menyatakan bahawa dalam konteks pengurusan kewangan di peringkat sekolah
ianya ditadbir bagi mencapai objektif tertentu iaitu untuk mengadakan kawalan ke
atas pungutan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur
supaya tidak berlaku kesilapan dan kehilangan, menyenangkan pelaksanaan tugas
pengetua terhadap perakaunan kewangan sekolah dan membolehkan kedudukan
sebenar perakaunan dan kewangan sekolah diketahui pada masa-masa tertentu.
Pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan diperlukan bagi menjamin
pembelajaran dan kos efektif. Konsep ‘pengurus mengurus’ adalah konsep
pengurusan kewangan sekolah yang diberi taraf PTj , yang memberi fokus kepada
1
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
pengurusan yang berpengetahuan, bertanggungjawab, bertekad, berintegriti,
bermoral dan beretika. Pemberian taraf PTj kepada sekolah yang mengurus wang
dengan cekap dan cemerlang merupakan salah satu usaha penstrukturan semula
Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam mencapai hasrat untuk mempunyai tahap
pendidikan yang berkualiti dan cekap, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkemas dan melicinkan pentadbirannya dengan membenarkan keputusan
dibuat di mana ia diperlukan.
Selaras dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia meneruskan usaha
untuk menurunkan kuasa kepada sekolah-sekolah daripada segi mengurus
kewangan dengan memberi status sebagai pusat tanggungjawab (PTj) kepada
sekolah-sekolah yang layak. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh
Kamaruddin Kachar (1989) dan Devies dan Ellison (1992), fungsi kewangan
sekolah adalah memberi kuasa kepada sekolah bebas membuat perbelanjaan. Ini
bermaksud, perbelanjaan itu mestilah mengikut garis panduan dan peruntukan
undang-undang yang telah ditetapkan. Tambahan lagi, perbelanjaan yang berkesan
dapat memberi jaminan bahawa sekolah akan mendapat faedah jika penggunaan
wang dilakukan secara optimum.
2.0 Pernyataan Masalah
Pengurusan kewangan sekolah merupakan satu tugas penting yang
diamanahkan kepada pengetua. Dengan bantuan yang diberikan oleh penolong
kanan, penyelia petang, guru-guru kanan atau ketua-ketua bidang serta kerani
sekolah, tugas-tugas kewangan yang telah disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran
telah dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian, nyatalah bahawa pengurusan kewangan secara
sistematik adalah terletak sepenuhnya kepada pengetua. Sebagai orang yang
menjadi pengurus di sekolah, pengetua memainkan peranan yang penting dalam
melaksanakan tugas-tugas kewangan. Perancangan kewangan yang berkesan,
kawalan yang rapi ke atas penerimaan dan perbelanjaan dana-dana yang ada perlu
diberi perhatian yang serius.
2
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
Sehubungan itu, pihak pengurusan kewangan sekolah perlulah mengambil
penekanan dan membuat penelitian terhadap struktur sistem pengurusan kewangan
sekolah. Di samping itu, pihak pengurusan kewangan sekolah juga perlulah
mengetahui prosedur atau tatacara yang betul dalam mengurus tadbir kewangan
sekolah sebaiknya. Selain itu, kekuatan dan kelemahan perlaksanaan juga perlu
diambil kira bagi memastikan pihak pengurusan dapat memahami sistem ini dengan
lebih berkesan.
Oleh itu, sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, bagi
memenuhi keperluan pihak pengurusan maka kajian ini dijalankan dengan
mencungkil konsep, objektif, kaedah perlaksanaan yang merangkumi struktur dan
pengagihan peruntukan, kekuatan dan kelemahannya. Dapatan kajian ini dapat
memberikan maklumat yang berguna kepada pihak pengurusan kewangan sekolah,
terutamanya kepada pengetua semoga dapat terus memberikan khidmat yang
cemerlang dalam mengurus tadbir kewangan sekolah. Selain itu, ianya juga
menyumbang kepada peningkatan mutu pengurusan kewangan sekolah.
Bagi sekolah yang telah mendapat taraf pusat tanggungjawab (PTj), pihak
pengurusannya boleh menggunakan dapatan kajian ini unutk memantapkan lagi
prestasi pengurusan mereka. Bagi sekolah yang belum mendapat taraf pusat
tanggungjawab (PTj) pula, maklumat ini akan dapat membantu mereka
mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti pengurusan kewangan supaya lebih
cemerlang di masa akan datang dan seterusnya melayakkan mereka untuk sama-
sama mendapat status pusat tanggungjawab.
3
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
3.0 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perbezaan di antara
sekolah bertaraf pusat tanggungjawab dengan sekolah bertaraf bukan pusat
tanggungjawab. Ianya merangkumi aspek berikut:
1. Mengetahui struktur dan sistem pengurusan kewangan sekolah bagi sekolah
bertaraf pusat tanggungjwab dan sekolah bertaraf bukan pusat
tanggungjawab;
2. Mengetahui dan memahami prosedur atau tatacara yang sebenar dan tepat
kepada pengurusan kewangan sekolah, dan
3. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sekolah bertaraf pusat
tanggungjawab dan sekolah bertaraf bukan pusat tanggungjawab.
4.0 Soalan Kajian.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perbezaan pengurusan
kewangan bagi sekolah betaraf pusat tanggungjawab (PTj) dan sekolah bukan
bertaraf pusat tanggungjawab (PTj). Maka persoalan yang dibangkitkan dan dibina
sebagai pandu arah kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah struktur dan sistem pengurusan kewangan sekolah yang tepat bagi
sekolah bertaraf pusat tanggungjawab (PTj) dan sekolah bukan bertaraf
pusat tanggungjawab (PTj)?
2. Apakah prosedur atau tatacara yang betul yang mesti dipatuhi dalam amalan
pengurusan kewangan sekolah yang baik dan betul bagi sekolah bertaraf
pusat tanggungjawab (PTj) dan sekolah bukan bertaraf pusat tanggungjawab
(PTj)?
3. Apakah kekuatan dan kelemahan sekolah bertaraf pusat tanggungjawab
(PTj) dan sekolah bukan bertaraf pusat tanggungjawab (PTj)?
4
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
5.0 Metodologi Kajian
Bahagian metodologi kajian ini akan membincangkan hal-hal yang
berkaitan reka bentuk kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan menganalisis
data kajian. Menerusi, reka bentuk kajian, akan diterangkan berkaitan bentuk kajian
yang digunakan dan sebab mengapa reka bentuk tersebut diguna. Dalam instrumen
kajian, akan diterangkan hal berkaitan kaedah maklumat itu diperolehi dan
dikumpul dan apakah instrumen yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan.
Perihal berkaitan prosedur kajian akan dibincangkan dan ianya berkaitan
dengan langkah-langkah yang diambil dalam mendapatkan dan mengumpulkan
maklumat yang dikehendaki untuk memastikan objektif kajian ini akan tercapai.
Akhir sekali, hal berkaitan proses menganalisis data kajian akan dikupas dalam
melengkapi segmen metodologi kajian ini. Ianya merangkumi perbincangan
berkaitan langkah-langkah menganalisis data dilakukan.
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan satu kajian kualitatif. Kajian
kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat
kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis
dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Kajian kualitatif
menyokong kefahaman yang mendalam dan menyeluruh berkaitan sesuatu
fenomena. Di samping itu, kajian kualitatif menyediakan kefahaman mendalam
mengenai kompleksiti yang selalu berlaku dan menyediakan pengetahuan yang
konkrit dan mendalam bagi memahami sesuatu fenomena.
Terdapat pelbagai jenis kajian kualitatif seperti kajian kes, kajian etnografi,
kajian etologi, kajian interaksi simbolik, kajian tindakan dan kajian sejarah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapatlah dinyatakan bahawa kajian kualitatif
bagi kajian ini merupakan jenis kajian kes. Kajian kes adalah suatu kajian yang
berkenaan usaha untuk memahami individu atau entiti tertentu.
Kajian ini, jelas menunjukkan bahawa matlamat atau objektif kajian adalah
untuk meneliti dan mengkaji berkaitan pengurusan kewangan sekolah menengah
yang bertaraf pusat tanggungjawab dan juga sekolah menengah yang tidak bertaraf
pusat tanggungjawab. Temubual menerusi telefon juga dilakukan untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kedua-dua sekolah berkenaan.
5
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
Terdapat beberapa soalan telah dikemukakan dan dijawab dengan teliti oleh ketua
kerani yang telah ditemui. Rujuk lampiran bagi soalan-soalan yang telah diutarakan
kepda ketua pembantu tadbir sekolah menengah tok perdana. Sekolah ini
merupakan sekolah yang mendapat taraf sekolah pusat tanggungjawab. Soalan-
soalan yang ditanya antaranya maklumat berkaitan Ketua Pusat Tanggungjawab
(PTj) bagi sekolah bertaraf bukan PTj dan jumlah peruntukan yang diterima oleh
sekolah bertaraf PTj bagi Bantuan Penyelenggaraan Sekolah.
6.0 Dapatan Kajian.
Berdasarkan kepda objektif kajian yang telah dibina sebelum ini, kajian ini
adalah bertujuan untuk memberi maklumat penting berkaitan sekolah bertaraf pusat
tanggungjawab dan sekolah bertaraf bukan pusat tanggungjawab. Ianya
merangkumi persoalan berikut:
1) Apakah struktur dan sistem pengurusan kewangan sekolah yang tepat bagi
sekolah bertaraf pusat tanggungjawab (PTj) dan sekolah bukan bertaraf
pusat tanggungjawab (PTj)?
Bagi sekolah bertaraf pusat tanggungjawab ianya berperanan untuk
mengawal dan mengurus kewangan yang disalurkan daripada Ketua Pusat
Tanggungjawab. Pihak sekolah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam urusan
menyediakan anggaran belanjawan mengurus tahunan, perbelanjaan dan
pembayaran mengikut peruntukan yang diluluskan dan mengikut prosedur yang
ditetapkan, menyimpan rekod dan dokumen kewangan, bertanggungjawab dalam
semua aktiviti kewangan dan perakaunan sekolah dan bertanggungjawab ke atas
audit.
Sekolah-sekolah menengah yang mendapat taraf pusat tanggungjawab ialah
seperti Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Sukan, Sekolah Teknik, Sekolah
Menengah Agama Persekutuan Dan Sekolah Menengah Khas. Bagi sekolah-
sekolah menegah di Sabah dan Sarawak, ianya adalah bertaraf pusat
tanggungjawab. Walaubagaimanapun, terdapat juga Sekolah Menengah Harian
Biasa di semenanjung Malaysia yang diberikan taraf pusat tanggungjawab ini. Ini
adalah kerana sekolah berkenaan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam
6
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
menguruskan kewangan sekolah mereka. Ketua Pusat Tanggungjawab adalah
berbeza mengikut jenis sekolah. Bagi Sekolah Berasrama Penuh, Ketua Pusat
Tanggungjawab ialah Jabatan Sekolah. Manakala bagi Sekolah Sukan dan Sekolah
Menengah Khas, Ketua Pusat Tanggungjawab ialah Jabatan Pendidikan Khas.
Ketua Pusat Tanggungjawab bagi Sekolah Teknik ialah Jabatan Teknikal. Bagi
Sekolah Menengah Agama Persekutuan pula, Ketua Pusat Tanggungjawab bagi
sekolah tersebut ialah Jabatan Pendidikan Agama Islam. Sekolah-sekolah
menengah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pula, Ketua Pusat
Tanggungjawab bagi sekolah-sekolah tersebut ialah Pejabat Pendidikan Daerah
semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. (Rujuk Rajah 1)
Bagi sekolah yang bertaraf bukan pusat tanggungjawab pula, ianya terdiri
daripada Sekolah Menengah Harian Biasa dan Sekolah Bantuan Modal. Ketua
Pusat Tanggungjawab bagi sekolah-sekolah menengah ini ialah Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD). Rajah di bawah menunjukkan ringkasan struktur dan sistem
pengurusan bagi sekolah yang bertaraf bukan pusat tanggungjawab.(Rujuk Rajah 2)
2) Apakah prosedur atau tatacara yang betul yang mesti dipatuhi dalam
amalan pengurusan kewangan sekolah yang baik dan betul bagi sekolah
menengah bertaraf pusat tanggungjawab (PTj) dan sekolah menengah
bukan bertaraf pusat tanggungjawab (PTj)?
Bagi sekolah bertaraf pusat tanggungjawab, peruntukan yang diterima
daripada Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berbentuk
waran dan geran. Manakala bagi sekolah bertaraf bukan pusat tanggungjawab pula
menerima peruntukan dalam bentuk geran.
Peruntukan yang diterima oleh sekolah PTj dan bukan PTj adalah
pemberian peruntukan kerajaan kepada sekolah-sekolah yang berdasarkan bantuan
per kapita (Per Capita Grant - PCG) dan ianya terbahagi kepada mata pelajaran dan
bukan mata pelajaran. Mata pelajaran yang dimaksudkan termasuklah yang teras,
wajib, tambahan ataupun bahasa asing dan elektif; manakala PCG bukan mata
pelajaran termasuklah seperti peruntukan kepada pusat sumber sekolah, bimbingan
7
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
dan kaunseling, lain perbelanjaan berulang tahun (LPBT), lain perbelanjaan khas
(LPK) sekolah dan LPBT serta LPK asrama. Bilangan pelajar yang berdaftar di
sekolah pada bulan Oktober pada tahun semasa digunakan bagi menentukan amaun
peruntukan yang akan diterima oleh pihak sekolah pada tahun berikutnya.
Manakala bagi waran bantuan kerajaan yang diterima oleh sekolah PTj
pula meliputi bantuan peruntukan kerajaan bagi tujuan pembayaran gaji dan
emolumen, elaun perjalanan dan pengangkutan guru-guru dan kakitangan, gaji guru
ganti dan pengangkutan pelajar.
Kawalan peruntukan bagi sekolah PTj adalah dengan menggunakan sistem
berkomputer iaitu sistem e-SPKB. Sistem e-SPKB adalah Sistem Perancangan dan
Kawalan Belanjawan Secara Elektronik merupakan satu sistem perakaunan vot
berkomputer untuk mengawal belanjawan. e-SPKB dibangunkan bertujuan unutk
menghubungkan empat daripada enam aplikasi kerajaan elektronik yang melibatkan
proses pembayaran dan perakaunan. Manakala bagi sekolah bertaraf bukan PTj,
kawalan perbelanjaan dibuat menggunakan Buku Tunai.
Pemberian bantuan berkenaan oleh Bahagian Kewangan Kementerian
Pelajaran Malaysia adalah bertujuan untuk memastikan aktiviti pendidikan yang
terdapat di sekolah-sekolah dapat mencapai tujuan dan seterusnya dapat memenuhi
matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, jumlah bantuan
per kapita (Per Capita Grant - PCG) sama ada mata pelajaran atau bukan mata
pelajaran adalah bergantung kepada enrolmen pelajar yang berdaftar di sekolah
berkenaan dalam tahun semasa dan tidak menunjukkan perbezaan peruntukan yang
akan diterima oleh kedua-dua sekolah tersebut.
Pengurusan kewangan sekolah merangkumi prosedur pembelian barang,
pembayaran gaji guru-guru dan kakitangan, bantuan pembangunan, kawalan audit
dan bantuan penyelenggaraan sekolah. Bagi sekolah bertaraf PTj, prosedur
pembelian barang-barang yang mempunyai nilai yang tinggi akan melibatkan
langkah-langkah berikut. Pertama sekali, pihak sekolah perlulah mengetahui jenis
barang yang hendak dibeli dan mengetahui jenama-jenama yang terdapat bagi
barang berkenaan.
8
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
Kedua, pihak sekolah perlulah meminta pembekal untuk memberikan sebut
harga bersama nama jenama barang dan nama syarikat. Selepas itu, pihak sekolah
perlulah membuat perbandingan harga bagi mengetahui pembekal mana yang dapat
membekal barang yang diperlukan dengan harga yang lebih murah tetapi dalam
masa yang sama, kualiti barang tersebut dapat dikekalkan. Ketiga, apabila harga
dan jenama barang telah diperolehi, maka pihak sekolah perlulah mengisi Pesanan
Tempatan (LO) yang akan ditandatangani oleh pengetua sekolah dan selepas itu,
LO itu akan dihantar kepada pembekal bagi membekal barang tersebut. Keempat
pembekal akan menghantar barang bersama-sama salinan LO dan invois. Kelima,
pihak sekolah akan menyediakan baucer pembayaran untuk tujuan pembayaran.
Baucer pembayaran, salinan LO dan invois akan dihantar ke Jabatan Akauntan
Negara bagi tujuan pembayaran. Akhir sekali, langkah yang keenam yang perlu
diikuti adalah pihak Jabatan Akauntan Negara akan mengeluarkan cek dan
pembayaran terus kepada pembekal berkenaan.
Manakala bagi sekolah bertaraf bukan PTj pula, prosedur pembelian
barang akan memerlukan langkah-langkah berikut. Iaitu, pertama pihak sekolah
perlu mengetahui jenis barangan dan harga barang sebelum membuat pembelian.
Kedua, pihak sekolah akan mengisi pesanan tempatan dan dihantar terus ke kedai
ataupun pembekal bagi membeli barang tersebut. Ketiga, barang-barang berserta
salinan LO dan invois akan dihantar oleh pihak pembekal kepada pihak sekolah.
Keempat, pihak sekolah akan menyediakan baucer pembayaran dalaman atau
baucer kecil pembayaran berdasarkan kepada LO dan invois. Kelima, baucer
pembayaran dalaman berserta cek cek pembayaran dari akaun sekolah akan
dikeluarkan oleh pihak sekolah atas nama pembekal. Bagi pembelian runcit yang
kurang daripada RM50, pihak sekolah akan mengeluarkan baucer kecil kewangan
daripada pembayaran tunai dibuat melalui wang panjar runcit. Langkah yang
terakhir adalah bagi tuntutan elaun guru-guru, pihak sekolah akan menyediakan
baucer pembayaran dan selepas itu ianya akan dihantar kepada Ketua Pusat
Tanggungjawab iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mendapatkan
pengesahan dan kelulusan kemudian dihantar pula ke pejabat pembayaran iaitu
Jabatan Akauntan Negara.
Seterusnya, proses pembayaran gaji guru-guru dan kakitangan sekolah
bertaraf PTj pula, gaji guru dan kakitangan akan dibayar oleh pihak sekolah sendiri
9
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
di mana pihak sekolah akan menghantar lembaran gaji terus ke Jabatan Akauntan
Negara. Amaun gaji tersebut akan dikreditkan terus ke akaun guru-guru dan
kakitangan. Manakala bagi sekolah bertaraf bukan PTj, lembaran gaji guru-guru
dan kakitangan akan disediakan oleh pihak sekolah dan ianya akan dihantar kepada
Ketua Pusat Tanggungjawab iaitu Pejabat Pendidakan Daerah (PPD) untuk tujuan
penyemakan bagi mengenalpasti sekiranya berlaku kesalahan yang dilakukan
sewaktu menyediakan lembaran gaji berkenaan. Setelah penyemakan dibuat dan
dipastikan tiada kesalahan yang dilakukan, maka lembaran gaji tersebut akan
dihantar ke Jabatan Akauntan Negara untuk tujuan pembayaran gaji kepada guru-
guru dan kakitangan sekolah berkenaan.
Pengurusan kewangan sekolah juga merangkumi peruntukan bantuan
pembangunan sekolah. Bagi sekolah yang bertaraf PTj, pengetua akan memohon
peruntukan bantuan pembangunan sekolah daripada pihak PPD. Pembangunan
sekolah merangkumi urusan seperti menambah ruang kelas baru di sekolah malah
juga membina bangunan sekolah baru. Untuk menguruskan bantuan ini, pihak
sekolah yakni pengetua akan mengemukakan permohonan berkenaan urusan
pembangunan kepada PPD. Pihak PPD akan meluluskan peruntukan berkenaan
setelah sekolah memnuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya, bagi
pembinaan bangunan baru perlulah berdasarkan kepada enrolmen murid dalam
tahun semasa pembelajaran. Setelah itu, pihak PPD akan memilih kontraktor untuk
tujuan pembangunan sekolah. Manakala bagi sekolah yang bertaraf bukan PTj,
bantuan pembangunan sekolah tidak termasuk dalam peruntukan yang akan
diterima dan tidak diuruskan sendiri oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlulah
membuat kertas kerja untuk memohon bantuan berkenaan. Bantuan ini boleh dibuat
melalui Unit Pembangunan yang diuruskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab
(Pejabat Pendidikan Daerah).
Bagi proses kawalan audit pula, sekolah yang bertaraf PTj akan diaudit
oleh Ketua Audit Negara. Memandangkan penyata kewangan tahunan sekolah
adalah berpusat, maka penyata kewangan tahunan sekolah akan diuruskan dan
dikelolai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawalan audit yang bersifat terus
kepada Unit Audit Kementerian Pelajaran Malaysia akan meyakinkan bahawa
pihak sekolah telah mematuhi arahan perbendaharaan serta pekeliling kewangan
dan perakaunan dari semasa ke semasa. Penyata kewangan tahunan sekolah akan di
10
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
audit oleh Ketua Audit Negara. Manakala bagi sekolah yang bertaraf bukan PTj ini,
penyata kewangan tahunan sekolah akan diaudit oleh Unit Audit di Bahagian Audit
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyata kewangan tahunan sekolah
bertaraf bukan PTj adalah bersifat tidak berpusat. Maka, kawalan dan pemantauan
tidak dapat dibuat terhadap keberkesanan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana tiada sistem perakaunan yang berpusat.
Bantuan penyelenggaraan sekolah bagi sekolah bertaraf PTj dan bukan PTj
adalah diuruskan oleh PPD. Pihak sekolah tidak menerima peruntukan daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bentuk tunai atau bukan tunai. Contoh
penyelenggaraan sekolah adalah seperti membaiki bumbung sekolah yang bocor
akibat bencana alam, membaiki kerusi dan meja sekolah yang rosak dan
menyelenggara kemudahan ICT seperti komputer. Bantuan penyelenggaraan
sekolah adalah diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Tuntutan
peruntukan bantuan ini akan dibuat oleh pengetua sekolah. Setelah laporan dihantar
oleh pihak sekolah, maka pihak PPD akan mengambil tindakan seperti membut
pemantauan dan menganggar jumlah kerosakan yang dialami sekolah.
Walaubagaimanapun, terdapat juga masalah yang timbul apabila laporan yang
dikemukakan oleh sekolah tidak dipeduli dan dipandang sepi oleh pihak PPD.
Peruntukan lambat disalurkan kepada sekolah atas alasan-alasan seperti tiada
peruntukan yang mencukupi. Natijahnya, sehingga berbulan-bulan lamanya, kerja-
kerja pembaikan dan penyelengaraan gagal dilakukan. Ini berikutan kelewatan dan
kegagalan pihak PPD mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menyelesaikan
masalah yang dilaporkan oleh sekolah.
3) Apakah kekuatan dan kelemahan sekolah bertaraf pusat tanggungjawab
(PTj) dan sekolah bukan bertaraf pusat tanggungjawab (PTj)?
Pentadbiran kewangan sekolah berfungsi mencapai matlamat kesejahteraan
pembelajaran dan pengajaran seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran.
Bagi mencapai objektif kajian yang ketiga, akan dibincangkan beberapa kekuatan
dan kelemahan sekolah bertaraf PTj dan sekoah bertaraf bukan PTj ini yang telah
dikenalpasti secara lebih terperinci. Bagi sekolah yang bertaraf PTj terdapat
11
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
beberapa kekuatan yang dikenalpasti iaitu kawalan kewangan lebih terjamin serta
tidak berlaku penyelewengan dan kekurangan peruntukan, pemantauan prestasi
perbelanjaan sekolah teratur kerana ia perlu melalui Jabatan Akauntan Negara,
bayaran gaji dibuat secara berpusat dan ia tidak berlaku kelewatan pembayaran gaji
dan kawalan perbelanjaan dan pembayaran dibuat terus oleh Ketua Audit Negara.
Bagi sekolah bertaraf bukan PTj, kekuatan yang ada adalah seperti sekolah
yang menerima peruntukan geran akan berbelanja secara lebih berautonomi kerana
ia tidak dikawal terus oleh Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Audit Negara,
pihak sekolah akan mudah berurus niaga dengan pembekal kerana peruntukan
geran ini dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan peruntukan tersebut akan
diuruskan oleh pihak sekolah sendiri, tempoh berbelanja adalah lebih lama
berbanding sekolah PTj ataupun, peruntukan boleh melewati tempoh perbelanjaan
tahun semasa kewangan dan kutipan hasil sekolah seperti sewa kantin dan kedai
buku boleh digunakan dan dibelanjakan oleh pihak sekolah itu sendiri.
Disebalik kekuatan yang tersirat bagi kedua-dua sekolah PTj dan bukan
PTj, tentunya terdapat kelemahan yang perlu diatasi oleh sekolah PTj dan bukan
PTj. Kelemahan yang dikenalpasti bagi sekolah PTj adalah seperti bagi sekolah PTj
akan selalu berlaku kelewatan dalam pembayaran bagi perolehan dan pembayaran
barangan ataupun perkhidmatan yang telah diperolehi oleh pihak sekolah, kawalan
perbelanjaan adalah ketat kerana ia perlu mematuhi arahan perbendaharaan serta
pekeliling kewangan dan perakaunan dari semasa ke semasa. Selain itu kelemahan
yang dikenalpasti adalah tempoh perbelanjaan bagi peruntukan yang diterima
adalah terhad kerana segala peruntukan perlu dibelanjakan dalam tempoh
kewangan tahun semasa. Segala peruntukan yang diterima mempunyai tarikh luput
dan akan berakhir pada akhir tahun sekiranya peruntukan itu tidak dapat
dibelanjakan. Kelemahan lain yang dikenalpasti adalah hasil sekolah seperti sewa
kantin dan kedai buku tidak boleh dibelanjakan oleh pihak sekolah kerana ianya
adalah hasil kerajaan dan perlu dimasukkan ke dalam Tabung Hasil Kerajaan.
Sekolah bukan PTj pula mempunyai kelemahan seperti kawalan
perbelanjaan adalah lebih bebas maka terdapat ruang untuk penyelewengan
dilakukan, di samping jumlah peruntukan atau bantuan kerajaan terikat dengan
kadar bantuan, oleh yang demikian, sekolah bukan PTj ini menerima kurang
12
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
peruntukan berbanding sekolah PTj. Kelemahan lain adalah akan berlaku kekangan
perlaksanaan apabila tiada kemudahan seperti bank di kawasan Sabah dan Sarawak.
Maka sukar bagi pihak sekolah untuk menguruskan peruntukan berkenaan.
Kelemahan yang lain adalah seperti keberkesanan perbelanjaan tidak dapat
dipantau dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berikutan tiada sistem
perakaunan yang berpusat yang digunakan seperti e-SPKB. Selain itu, kelemahan
lain yang dikenal pasti adalah tiada peruntukan bagi menyelenggara pembayaran
sekolah. Pihak sekolah perlulah memohon dari Ketua PTj terlebih dahulu untuk
tujuan ini dan ini akan melambatkan proses penyelenggaraan untuk dilakukan.
7.0 Perbincangan dan Rumusan.
Pusat Tanggungjawab (PTj) berperanan mengawal dan mengurus
kewangan yang disalurkan daripada Ketua Pusat Tanggungjawab. Pihak sekolah
diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam urusan menyediakan anggaran belanjawan
mengurus tahunan, perbelanjaan dan pembayaran mengikut peruntukan yang
diluluskan dan mengikut prosedur yang ditetapkan, menyimpan rekod dan dokumen
kewangan, bertanggungjawab dalam semua aktiviti kewangan dan perakaunan
sekolah dan bertanggungjawab ke atas audit. Walaubagaimanapun, terdapat isu dan
cabaran yang perlu dihadapi dalam pengurusan kewangan sekolah bertaraf pusat
tanggungjawab begitu juga sebaliknya.
Bagi sekolah yang bertaraf pusat tanggungjawab, isu dan cabaran yang
dihadapi adalah sangat sedikit memandangkan taraf sekolah PTj ini adalah
penambahbaikan kepada sistem pengurusan kewangan sekolah yang sedia ada iaitu
sekolah yang bertaraf bukan PTj. Bagi kebanyakan sekolah bukan PTj secara
keseluruhannya, akan menghadapi isu dan cabaran yang lebih kurang sama.
Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh sekolah PTj adalah seperti
tuntutan elaun perjalanan, pengangkutan guru dan gaji guru ganti akan mengambil
masa yang lama. Ini berikutan proses tuntutan yang mempunyai beberapa fasa
seperti tuntutan dari sekolah kepada PPD, seterusnya dari PPD ke JPN dan akhirnya
barulah kepada KPM. Walaubagaimanapun, bagi sekolah yang bertaraf PTj, elaun
13
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
tersebut sangat mudah dan hanya memerlukan proses yang pendek dalam menuntut
elaun-elaun berkenaan. Di mana, amaun elaun tersebut akan dikreditkan kepada
akaun guru yang terlibat secara terus menerus.
Walaubagaimanapun, pengurusan kewangan telah pun mengalami proses
penambahbaikan iaitu, prosesnya kini dipendekkan kerana sekolah akan menuntut
terus kepada PPD dan seterusnya dikemukakan terus kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk tujuan pembayaran.
Isu dan cabaran yang lain adalah berkaitan dengan peruntukan bagi
bantuan pembangunan dan bantuan penyelenggaraan sekolah. Bagi sekolah bertaraf
bukan pusat tanggungjawab, pihak sekolah tidak akan menerima peruntukan
tersebut secara keseluruhan sebaliknya pihak sekolah perlu memohon bantuan
kewangan tersebut daripada Ketua Pusat Tanggungjawab iaitu Pejabat Pendidikan
Daerah. Walaubagaimanpun, masalah yang sering dihadapi adalah bantuan tersebut
lambat unutk disalurkan kepada sekolah dan adakalanya bantuan tersebut tidak
sampai langsung kepada sekolah. Ini adalah berikutan, Ketua Pusat Tanggungjawab
yang berkenaan tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan secara
akauntabiliti.
Melihat kepada masalah berikut, kebanyakan sekolah mengalami dilema
apabila terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menerima bantuan
berkenaan. Antara alasan yang diberikan adalah kerana kekurangan peruntukan.
Sedangkan hakikat yang sebenar, pihak yang berkenaan kadangkala terlepas
pandang atau memandang sepi kepada tuntutan yang telah dibuat.
Natijahnya, sekolah tidak dapat membuat tindakan ke atas masalah yang
dihadapi mereka di sekolah. Masalah lain yang dihadapi sekolah berhubung
bantuan ini adalah apabila sekolah memohon bantuan ini daripada ketua PTJ,
urusan berkaitan pembangunan termasuk kontraktor adalah menjadi urusan ketua
PTj dan sekolah tidak mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa tindakan.
Masalah yang sering timbul adalah apabila pengetua tidak berpuas hati
dengan hasil kerja yang dilakukan oleh kontraktor yang dipilih oleh Ketua PTj
memandangkan pengetua adalah individu yang akan berada di sekolah dan
14
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
menggunakan kemudahan yang ada. Selain itu, akan timbul juga masalah lain iaitu
penyelewengan yang akan dibuat oleh kontraktor itu sendiri.
Oleh yang demikian, pihak kementerian telah melakukan proses
penambahbaikan kepada sistem pengurusan kewangan sekolah dengan memberi
taraf pusat tanggungjawab kepada sekolah-sekolah di Malaysia dengan harapan
pengurusan kewangan sekolah menjadi lebih berkualiti dan bermutu agar matlamat
utama pendidikan dapat dicapai dengan jayanya.
8.0 Cadangan dan Kesimpulan.
Menurut Mahashim Bajuri (1994), beliau menyatakan bahawa
pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip
pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengurus,
mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor.
Manakala bagi Zaidatol Akmaliah (2001), pengurusan kewangan
sesungguhnya melibatkan pentadbiran kewangan ditadbir secara bijaksana, agar
mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks pengurusan kewangan di peringkat
sekolah ianya ditadbir bagi mencapai objektif tertentu iaitu; pertama, untuk
mengadakan kawalan yang ke atas pungutan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh
sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan kehilangan.
Keduanya adalah untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap
perakaunan kewangan sekolah. Ketiganya pula adalah untuk membolehkan
kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah diketahui pada masa-masa
tertentu.
Lembaga Pengelola Pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia
mengharapkan pentadbir sekolah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang
pengurusan kewangan. Guru-guru juga sepatutnya mempunyai minat untuk
mengambil perhatian bagaimana pengurusan kewangan sesebuah sekolah
dikendalikan. Aspek pengurusan kewangan merupakan sesuatu yang sangat penting
dan perlu dikendalikan dengan sistematik dan berkesan.
15
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dan
dilakukan tindakan pengawalan supaya sebarang bentuk kelemahan dapat di atasi.
Sifat-sifat manusia seperti kemahiran, kejujuran dan motivasi akan mempengaruhi
pelaksanaan tugas-tugas kewangan.
Oleh yang demikian diharapkan pihak Kementerian Pendidikan atau pihak
yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan perlu melantik pengetua yang
telah mendapat kursus dalam bidang pengurusan kewangan sekolah terlebih dahulu.
Bagi pengetua yang sedang berkhidmat pula perlu diberi latihan atau kursus
berkaitan dengan bidang kewangan. Begitu juga dengan kerani-kerani am di
sekolah perlu diberi kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang
yang berkaitan dengan kewangan sekolah. Diharapkan dengan latihan dan kursus
yang diberikan itu akan membolehkan sekolah melaksanakan sistem perakaunan
sekolah dengan lebih berkesan demi peningkatan prestasi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Tugas pengetua sangat kompleks, merangkumi beberapa aspek seperti
pentadbiran, pengurusan dan juga kepimpinan. Pengurusan kewangan merupakan
satu proses di mana jentera pentadbiran kerajaan menggunakan cara-cara tertentu
bagi memperolehi dan memperuntukkan sumber-sumber kewangan berdasarkan
kepada keutamaan-keutamaan berkenaan dan mematuhi prosedur-prosedur serta
kawalan-kawalan tertentu bagi mencapai matlamat-matlamat awam secara cekap
dan berkesan. Dalam pengurusan kewangan, tiga komponen utama yang perlu
diberi perhatian iaitu belanjawan, pembiayaan dan kawalan termasuk perakaunan,
laporan dan auditan.
Selain daripada itu pengetua bersama guru-guru boleh merancang aktiviti
atau program sekolah pada tahun semasa. Segala program yang dikemukakan
dengan kertas kerja yang lengkap akan diluluskan oleh PPD berdasarkan
peruntukan sedia ada di bawah pusat tanggungjawab. Situasi ini akan mendorong
para guru dan pihak sekolah untuk memajukan sekolah baik dari segi kurikulum,
kokurikulum, keceriaan dan bina insan.
16
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
Sehubungan itu, pengetua sekolah yang memainkan peranan sebagai
pengurus kewangan sekolah harus memahami dan mematuhi semua prosedur
kewangan di sekolah. Kewangan sekolah sebaiknya dilaksanakan mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta
dapat mewujudkan akauntabiliti di kalangan pengurus sekolah. Menurut Hussein
Mahmood (1993), pengurusan yang tidak jelas mengikut peraturan kewangan akan
menjejaskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya. Pengetua perlu menyelia
segala kerja berkenaan kewangan sekolah yang dijalankan oleh staf sokongan dan
guru-gurunya. Ini kerana tanggungjawab sebenar dan terakhir dalam urusan
kewangan terletak pada dirinya dan segala penyelewengan membawa padah kepada
pengetua sendiri.
Wan Mohd.Zahid (1994) pula berkata, dalam buku garis panduan
Perakaunan dan Kewangan Sekolah menyatakan pengetua selaku pengurus
pendidikan bukan sahaja dikehendaki mahir dalam bidang pendidikan tetapi juga
mahir dalam bidang pengurusan khususnya pengurusan kewangan sekolah perlu
dipertingkatkan supaya mencapai kejayaan.
Menurut Ahmad Zaki Hussin (2001), akauntabiliti yang perlu dipikul oleh
pengetua sebagai pegawai kanan kerajaan meliputi tiga aspek iaitu, kewangan,
pengurusan dan program. Akauntabiliti kewangan merujuk kepada akauntabiliti
yang memberi jaminan bahawa akaun-akaun yang diselenggarakan dan diuruskan
itu boleh dipercayai dan segala urusniaga dijalankan dengan ikhlas dan teratur dan
memenuhi peraturan undang-undang yang berkuat kuasa. Akauntabiliti pengurusan
ialah akauntabiliti yang boleh mewujudkan kecekapan dalam pengurusan kewangan
bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti sekolah dan mengelakkan pembaziran.
Akauntabiliti program dikaitkan dengan keselarasan dasar sesebuah sekolah dalam
mencapai matlamat yang ditetapkan; sesuatu perancangan itu menepati dan
mencukupi; serta perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira
suasana dan keadaan setempat.
Menurut Sharil @ Chahril Marzuki (1994), pengetua sebagai pengurus
kewangan bertanggungjawab dalam memastikan tidak ada sebarang penyelewengan
berlaku dalam pentadbiran kewangan di sekolah. Pengetua perlu melengkapkan diri
17
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
supaya memahami amalan keseluruhan aspek pentadbiran kewangan sekolah
seperti perakaunan, perancangan, belanjawan, pemberian, perbelanjaan, pengurusan
stok, penyelenggaraan buku tunai dan membuat tuntutan. Pengetua tidak sepatutnya
menyerahkan sepenuhnya urusan kewangan sekolah kepada pembantu tadbir
(kewangan) ataupun kepada guru yang dipilih khas bagi mengurus kewangan ini.
Pengetua juga dikatakan bertanggungjawab dalam menentukan pentadbiran
kewangan sekolah dikendalikan mengikut peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan dalam Perintah Kewangan. Pengetua dikehendaki mengkaji dan
mematuhi segala prosedur kewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan
kewangan sekolah. Sejauhmana pengurusan kewangan di sekolah dapat
dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan
dan sikap pengetuanya.
Tahap pengurusan kewangan di sekolah perlu dipertingkatkan supaya
mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Dalam hal ini, dasar memberi taraf PTj
kepada banyak sekolah di negara kita adalah satu langkah yang bijak. Ia adalah
penting bagi membolehkan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia menjalankan
program pendidikan dengan berkesan tercapai serta mendapat keyakinan daripada
pihak ibu bapa tentang kewibawaan pengurusan kewangan di sekolah-sekolah.
Pengetua selaku pengurus kewangan sekolah perlu bijak dalam bidang pengurusan
kewangan sekolah. Kemahiran ini sangat penting kerana kewangan merupakan
salah satu sumber yang perlu diurus dengan baik untuk mendapat hasil yang paling
optimum. Walaupun kerja-kerja perkeranian diserahkan kepada orang lain,
pemantauan dan penelitian pada segala butiran adalah tanggungjawab pengetua
sendiri. Segala dokumentasi kewangan sekolah hendaklah dibuat dengan betul dan
sebarang penyelewengan yang ada perlu dibetulkan supaya ia tidak menjejaskan
usaha sekolah bagi meningkatkan mutu pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab memastikan
perancangan kewangan yang berkesan dan berkualiti dilaksanakan dengan
jayanya melalui sistem kawalan dan pemantauan yang berterusan. Ini bertujuan
mengelakkan sebarang kecuaian, ketidakmahiran, penyelewengan dan tidak
menjejaskan usaha sekolah meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara.
18
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
Sokongan, bimbingan dan tunjuk ajar serta usaha berterusan bagi menambah baik
sistem kewangan dan perakaunan daripada kementerian kepada sekolah-sekolah
dapat menjamin kebaikan dan kesejahteraan kepada warga sekolah dan masyarakat
keseluruhannya.
Oleh yang demikian, nyatalah bahawa pengurusan kewangan secara
sistematik adalah terletak sepenuhnya kepada pengetua. Sebagai orang yang
menjadi pengurus di sekolah, pengetua memainkan peranan yang penting dalam
melaksanakan tugas-tugas kewangan. Perancangan kewangan yang berkesan,
kawalan yang rapi ke atas penerimaan dan perbelanjaan dana-dana yang ada perlu
diberi perhatian yang serius.
Sebagai kesimpulannya, proses menaik taraf sekolah-sekolah menengah
kepada sekolah bertaraf pusat tanggungjawab akan dilakukan secara berterusan. Ini
kerana hasrat kerajaan adalah sehingga suatu ketika di masa depan semua sekolah
di Malaysia mendapat taraf sekolah PTj. Akhir sekali, dengan pemberian taraf ptj
kepada sesebuah sekolah akan menaikkan imej sekolah berkenaan. Ini kerana, taraf
PTj itu akan diberikan kepada sekolah yang berjaya mencapai kecemerlangan
dalam pengurusan kewangan sekolah selama tiga tahun berturut-turut. Yang mana,
pihak sekolah mempunyai rekod pengurusan kewangan yang baik, tiada teguran
dan tiada audit bersyarat. Secara tersiratnya, sekolah yang diberi taraf PTj ini akan
dapat terus meningkatkan lagi mutu prestasi pengurusannya yang berkualiti selain
menjadi motivasi kepada sekolah lain agar mengikut jejak yang sama dan
seterusnya menambahkan lagi bilangan sekolah yang mendapat taraf PTj ini.
19
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
9.0 Rujukan
Shahril@Charil Marzuki (2006). Mengurus Kewangan Sekolah (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Shahril@Charil Marzuki (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Catatan Seorang Pengetua. Pengurusan Kewangan Sekolah. Dipetik daripada
http://hayudinmsr.blogspot.com/2010/04/pengurusan-kewangan-sekolah.html
Tahiyyatal Qulub. Pengurusan Kewangan Di Sekolah Menengah Harian Biasa
Yang Bertaraf PTj. Dipetik daripada
http://tahiyyatalqulub.blogspot.com/2011/01/pengurusan-kewangan-di-sekolah-
menengah.html
Yeap Keng Leng. Kajian Kualitatif: Satu Pengenalan. Jabatan Kaji Sosial. Dipetik
daripada http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03yeap_penyelidikan.pdf
20
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
Rajah 1: Struktur Dan Sisitem Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTj)
Rajah 2: Struktur Dan Sisitem Pengurusan Kewangan Sekolah Menengah Bertaraf Bukan Pusat Tanggungjawab (PTj)
21
SEKOLAH
BERASRAMA PENUH
BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERI
AN PELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH SEMENANJUNG SABAH/SARAW
AK
JABATAN SEKOLAH, JABATAN
PENDIDIKAN KHAS, JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL
SEKOLAH
SUKANSEKOLAH
MENENGAH KHAS
SEKOLAH
MENENGAH
AGAMA
SEKOLAH
TEKNIK
SEKOLAH
MENENGAH
BAHAGIAN
KEWANGAN
KEMENTERIAN
PELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SEMENANJUNG, SABAH
DAN SARAWAK
SEKOLAH MENENG
AH
PPP6114 – PENGURUSAN KEWANGAN PENTADBIR SEKOLAH KAJIAN KES
22
Recommended