View
13
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
makanan
Citation preview
Sotong rangup
RESEPI PISANG SIRA STAIL KELANTANsumber : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
6 biji pisang nangka - hana guna pisang nipah
4-5sb gula - manis ikut citarasa
2 biji cengkih
1 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
1 cawan air
daun pandan simpul
Cara-cara
Rebus air dengan gula, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan daun pandan sehingga gula larut.
Kopek kulit pisang dan belah dua. Masukkan ke dalam air gula tadi dan rebus hingga pisang agak lembut.
Sejukkan dan hidangkan.
Sotong paprik
Bahan-bahan ( 2 orang )
3 ekor sotong
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
2 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
1 batang lobak merah - dihiris memanjang
garam dan serbuk perasa
2 sudu minyak masak
Cara-cara
1. rebus sotong separuh masak - air sotong jangan dibuang..
2. panaskan minyak, tumiskan bawang besar, serai, daun limau purut sehingga naik bau wangi
3. kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap pekat, kacau sehingga sos tersubut
menjadi pekat.
4. masukkan air sotong tadi, kacang panjang, dan lobak. setelah lobak nampak separuh masak,
masukkan pula sotong td.
Sotong rangup
1 kg sotong besar - cuci,potong bulat 1cm tebal & tos kan atas penapis.
7 ulas bawang putih - ditumbuk*, 2 sudu mkn rempah kari ikan* & 1/2 sudu mkn garam*
2 cawan tepung jagung, 1 cawan tepung beras, 4 sudu makan rempah kari ikan & 1 sudu teh garam -
semua dimasukkan dlm bekas bertutup lalu digoncang2 supaya bercampurata.
2 biji telur dikacau ringan & minyak utk mnggoreng terendam.
Cara-cara
1. gaul sotong yg tlh dihiris bulat bersama bahan2bertanda* - ketepikan.
2. pastu, celup sotong satu persatu dlm telur & terus golekkan dgn tepung campuran tadi.paling senang,
goncang je bekas bertutup tu supaya tepung menyaluti sotong dgn rata.
3. seterusnya goreng lah sehingga keperangan. jangan goreng terlalu garing nanti sotong akn jadi liat.
4. campuran tepung tu jika berlebih, blehlah dibungkus dlm plastik & disimpan dlm esbok. bleh diguna
lain kali..
sotong goring xpress
ahan-bahan ( 3 - 4 org mkn )
1/2 kg sotong - cuci brsih / potong 1/2 inci / toskn
*1 sudu kecil serbuk kunyit
*1sudu besar serbuk kari ikan
* bhn atas dgaul brsama sotong
1 labu bwg besar - dpotong bulat
4 ulas bwg putih - dhiris nipis @ ketuk aje
1 batang serai - dtitik
1 biji tomato - potng 8
5 biji cili api - potng 2 (menyerong)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam cukup rasa
Cara-cara
1. Panaskn minyak 1/3 cawan @ bleh kurng ckit
2. Tumiskn bawang putih, serai & cili api smpai naik bau ( 1 minit)
3. Masukkn sotong yg d gaul dgn bhn datas tadi
4. Dikuti sos tomato, sos tiram, kicap manis & garam. Jika nk brkuah bleh tmbah 1/3 cwn air panas
5. Akhir sekali masukkn bawang besar & tomato. Sotong x perlu dmasak lama nnti isinya liat (agak2 4-5
minit ckup)
6. Selamat mencuba :)
Jejari roti
24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
Sotong rangup
sedikit garam
gula halus secukupnya
mentega/margerin untuk menggoreng
Cara-cara
1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
2. Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
3. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
4. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.
Daging goring
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
。 400g daging batang pinang dihiris nipis
。 1 sk serbuk ketumbar
。 sedikit cili api / cili merah (ikut selera)
。 1 biji bawang besar dipotong bulat2
。 serbuk garam & kunyit secukup rasa
。 air secukupnya
。 minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Rebus daging yang telah dihiris dengan serbuk ketumbar & air yang sedikit sahaja & (jangan sampai
daging tenggelam nanti lambat kering). Tujuan merebus daging adalah untuk mengelakkan daging liat
semasa di goreng.
2. Apabila air daging hampir kering, masukkan serbuk garam & kunyit secukup rasa dan gaul sebati
selama 3-5 minit.
3. Masukkan minyak (agak2 boleh untuk menggoreng daging tapi jangan banyak sangat), bawang besar
da cili. Goreng sehingga bawang layu dan daging sedikit garing.
4. Siap untuk dihidang. ^_~ * siapa yg suke sayur, boleh masukkan sekali lobak merah / kobis bunga /
kacang panjang / etc (semasa memasukkan minyak)
Tag
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur
Cara-cara
1. Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila.
2. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam.
Sotong rangup
3. Setelah masak, angkat dan hidangkan
Bahan-bahan ( 1 orang )
kueh teow
2 biji telur
lada hitam / lada putih
mix seafood
lobak
1~1setengah sudu besar tepung jagung
1 cawan air
sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
sos tiram
Cara-cara
1.
pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
2.
masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
3.
tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit
nipis.
4.
balikkan supaya kedua-dua belah masak.
Sotong rangup
5.
masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
7. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
8. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
9.
biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak
lebih kuah boleh tambah lagi air)
roti sosej
Bahan-bahan ( 5 orang )
5 keping roti ( apa-apa brand )
5 keping sausage ayam
2 biji telur
sedikit garam
beberapa btg kayu pencungkil gigi
sedikit minyak utk menggoreng
Cara-cara
1. mula2 celurkan kesemua sausage didalam air yg sedang mendidih seketika dan keluarkan.
2. Pukul telur bersama sedikit garam.
3. Letakkan sekeping sausage tadi di tengah2 sekeping roti dan gulung.
4. Gunakan 2 btg pencungkil gigi dan cucukkan 1 di bahagian atas dan 1 di bahagian bawah.
5. Lepas tu celupkan roti yg telah di gulung tadi ke dalam telur dan goreng hingga kuning keemasan.
6. Angkat dah hidangkan. Boleh juga di potong2 kecil
cekodok roti
oti sandwich (yang dah dekat expired or dah keras)
udang segar or udang kering
1 sudu kecik serbuk kari (kalau dpt serbuk kari ikan,kalau tidak tak kesah apa2 pun)
bawang besar - 1 biji
telur ayam - 1 biji
serbuk perasa + garam
sedikit tepung gandum
Cara-cara
1. potong udang segar - kecil2 , kalau guna udang kering - rendam dan tumbuk kasar2
2. potong bawang besar - dadu
Sotong rangup
3. rendam roti dlm air sejuk sebentar , supaya kembang, dah kembang keluarkan dari air dan hancurkan
kasar2.
4. satukan roti, tepung gandum, bawang, serbuk kari, telur dan serbuk perasa. bancuh mcm buat
cekodok biasa .
5. goreng hingga kekuningan, makan masa panas2 bersama sos cili thai...kalau tak ada apa2 cili sos pun
ok jugak
spaghetti
1 bungkus spaghetti
1 bungkus daging kisar (cik tom guna brand Ramly)
1 botol sos spaghetti (cik tom guna brand Kimball yang original)
5 biji bawang holland (dipotong dadu)
5 biji tomato (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 biji ubi kentang ( dipotong dadu)
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara masakan Resepi Spagetthi Daging:
1. Mula-mula, didihkan air dan rebus spagetthi sehingga masak. Kemudian toskan dan letak
ditepi kita teruskan untuk masak sos spagetthi pula ye.
2. Untuk masak sos spagetthi, panaskan minyak dan masukkan bawang. Tumis bawang
sehingga kuning dan naik bau wangi (bukan hangit ;p).
3. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak.
4. Masukkan ubi kentang dan tunggu sehingga masak.
5. Masukkan sos spagetthi kimball. Kacau sehingga sebati dan menggelegak.
6. Masukkan tomato dan garam. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. Kemudian
kacau sehingga rata.
7. Untuk pekatkan lagi boleh tambah sedikit sos cili.
Sotong rangup
8. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama mee
spagetthi.
Bahan-bahan Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah dan Sedap:
1 bungkus kuey teow goreng (biasa berat 500 gram)
1 mangkuk kecil isi daging ayam (dipotong kecil)
2 ulas bwg putih+ 1 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
2 sudu besar cili boh (depend pada yang suka pedas atau tak)
2 sudu besar kicap
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu sos tomato
secukup rasa sayuran sawi (dipotong)**
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar minyak untuk menumis
**boleh masukkan apa-apa jenis sayuran yang disukai.
. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau
wangi dan bukan hangit ye.
3. Masukkan isi ayam serta kesemua bahan-bahan lain kecuali sayur sawi dan kuey teow.
4. Gaulkan sehingga sebati dan sehingga isi ayam masak empuk.
5. Masukkan sayur sawi dan gaul sehingga sebati.
6. Kemudian, baru masukkan keuy teow serta campur sedikit air dan gaulkan sehingga
sebati. Untuk buat kuey teow goreng basah, masukkan kuantiti air 2x ganda dari biasa.
Kalau tak biasa buat, anggarkan sehingga kuey teow nampak berkuah ikut selera masing2.
Sotong rangup
7. Tutup kuali seketika sahaja untuk bagi kuey teow empuk dan menyerap rasa kuah. Dah
empuk, tutup apikan. ** untuk masak kuey teow tak perlu empukkan terlalu lama seperti
mee kuning dan bihun kerana kuey teow lebih lembut meenya.
8. Siap untuk dihidang dan dimakan.
Recommended