View
237
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
Muka 1/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
1. OBJEKTIF
Prosedur kualiti ini adalah untuk memastikan peralatan disenggara dan
ditentukurkan supaya berada dalam keadaan baik setiap masa dan mempunyai
ukuran yang jitu.
2. SKOP
Prosedur ini digunapakai untuk menyenggara dan menentukur peralatan ukur di
JUPEM.
3. RUJUKAN
3.1 Profil Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JUPEM.
3.2 Kontrak Penyenggaraan.
3.3 Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan.
3.4 Manual Operasi Peralatan.
3.5 Manual Aplikasi.
4. DEFINISI
4.1 Pengendali alat Kakitangan yang dipertanggungjawabkan
untuk mengendalikan sesuatu peralatan.
4.2 Penyenggaraan dalaman Penyenggaraan yang dijalankan oleh
kakitangan bahagian berkenaan.
4.3 Penyenggaraan luaran Penyenggaraan yang dijalankan oleh
kontraktor yang dilantik.
Muka 2/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
5. SINGKATAN
5.1 EDM Electronic Distance Measurement.
5.2 eTSM Electronic Title Survey Module.
5.3 eMedmas Electronic Malaysian Electronic Distance
Measurement Accreditation Standard.
5.4 GNSS Global Navigation Satellite System.
5.6 PUPN Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.
5.7 PPUT (W) Penolong Pengarah Ukur Topografi
(Wilayah).
5.8 KCPUD/J Ketua Cawangan Pejabat Ukur Daerah/
Jajahan.
5.9 Penyelia (W) Penyelia (Wilayah).
5.10 PTM Pegawai Teknologi Maklumat.
5.11 PPTM Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.
5.12 PKPUP Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan.
5.13 SPAK Sistem Pengurusan Aset Kadaster.
5.14 SPPK Sistem Pengurusan Personel Kadaster.
Muka 3/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Tanggungjawab Tindakan
6.1 Penyenggaraan Peralatan
PPUT (W)/
KCPUD/J/
Penyelia (W)/
PTM/PPTM
a. Sediakan senarai peralatan yang hendak
disenggara.
b. Sediakan jadual penyenggaraan dan tentukan jenis
penyenggaraan sama ada penyenggaraan
dalaman atau penyenggaraan luaran.
Pengendali Alat/
PPUT (W)/
KCPUD/J/
Penyelia (W)/
PTM/PPTM
c. Penyenggaraan dalaman:
i) Jalankan penyenggaraan ke atas peralatan
yang dikenalpasti berpandukan kepada manual
peralatan berkenaan.
ii) Rekod kerja penyenggaraan ke dalam buku log
peralatan.
PPUT (W)/
KCPUD/J/
Penyelia (W)/
PTM/PPTM
d. Penyenggaraan luaran:
i) Kenalpasti kontraktor untuk menjalankan kerja-
kerja penyenggaraan mengikut peraturan
perolehan perkhidmatan yang digariskan dalam
PK.JUPEM.03 - Kawalan Ke Atas
Perkhidmatan Yang Diswastakan.
ii) Awasi penyenggaraan yang dibuat oleh
kontraktor (jika dijalankan di jabatan) untuk
memastikan kerja-kerja penyenggaraan yang
dilakukan adalah sempurna dan menepati
kehendak yang telah ditetapkan.
iii) Membuat ujian (jika perlu) dan pengesahan ke
atas kerja-kerja penyenggaraan yang dibuat
Muka 4/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
Tanggungjawab Tindakan
oleh kontraktor dengan menandatangani
laporan penyenggaraan. Jika tidak
memuaskan, hendaklah meminta kontraktor
menjalankan penyenggaraan semula.
iv) Rekodkan maklumat penyenggaraan ke dalam
buku/kad rekod penyenggaraan peralatan.
6.2 Tentukuran Peralatan Total Station
PPUT (W)/
KCPUD/J/
Pegawai Kerja Luar
a. Pastikan peralatan total station dibuat ujian seperti
berikut:
i) Semakan Harian
Pada tiap-tiap hari kerja, pegawai kerja luar
hendaklah mengukur semula garisan terakhir
pada hari sebelumnya untuk tujuan semakan
kejituan alat. Jika perbezaan bacaan melebihi
had 10 milimeter, Pengukur hendaklah
menjalankan ujian ‘Differential Field Test’.
ii) Differential Field Test
Ujian ini perlu dilaksanakan apabila Pegawai
Kerja Luar memulakan kerja ukuran baru.
Kaedah bagi menjalankan ujian ini adalah
seperti Lampiran A.
iii) Tentukuran
Tentukuran hendaklah dilakukan apabila:
perbezaan bacaan jarak alat total station
melebihi 10 milimeter (hasil daripada ujian
Differential Field Test), atau
sekali setiap enam (6) bulan, atau
Muka 5/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
Tanggungjawab Tindakan
Pegawai Kerja Luar
selepas alat diservis, atau
apabila berlaku penggantian salah satu unit
dalam set alat total station, atau
apabila berlaku kecacatan akibat jatuh atau
lain-lain, atau
bacaan jarak pada posisi yang sama tidak
lagi konsisten.
b. Membuat tentukuran peralatan di tapak kalibrasi.
Gunakan borang ujian EDM KPU 143 untuk
merekod hasil ujian (Lampiran B).
PPUT (W)/
KCPUD/J
i) Menyemak hasil ujian tentukuran bagi
memastikan sama ada ianya dibuat secara
teratur mengikut pekeliling berkenaan dan
menandatangani rekod ujian tersebut.
ii) Sekiranya peralatan memberi selisih bacaan
melebihi had yang dibenarkan, sertakan
laporan kepada PUPN/ Ketua Bahagian untuk
tindakan pembaikan.
Pegawai Kerja Luar c. Bagi eKadaster, tentukuran yang dijalankan di
tapak kalibrasi menggunakan aplikasi eTSM.
Tatacaranya adalah seperti berikut:
i) Input data menggunakan aplikasi seperti di
Lampiran C.
ii) Maklumat data berdigit bagi personel dan
nombor siri alat Total Station (*.ini) di muat
turun dari SPPK.
iii) Maklumat data berdigit jarak piawai pillar
(*.med) di muat turun dari SPAK.
iv) Jika perbezaan jarak yang diukur dengan jarak
piawai tidak melebihi 10 milimeter, muat naik
Muka 6/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
Tanggungjawab Tindakan
data berdigit ujian kalibrasi ke dalam SPAK
untuk kelulusan KCPUD/J.
v) Jika perbezaan jarak yang diukur dengan jarak
piawai melebihi 10 milimeter, hantar laporan
perbezaan dan alat kepada KCPUD/J untuk
tindakan selanjutnya.
KCPUD/J vi) Luluskan data berdigit kalibrasi EDM
menggunakan SPAK yang seterusnya akan
menjana nombor siri sijil digital EDM (*.edm).
vii) Jika para c. v) berlaku, peralatan hendaklah
dihantar untuk pembaikan.
6.3 Tentukuran Peralatan GNSS
Pegawai Kerja Luar a. Peralatan GNSS dibuat ujian seperti berikut:
i) Ujian Harian
Ujian harian adalah meliputi ujian peralatan
masa hakiki dan juga ujian peralatan pasca
pemprosesan.
Ujian ini perlu dilakukan setiap hari bagi
mengawal kualiti data cerapan melalui
pemeriksaan peralatan GNSS yang
digunakan. (Rujuk Para 4.1 PKPUP
Bilangan 1 Tahun 2008).
ii) Ujian Masa-Hakiki Berkala
Ujian masa-hakiki berkala hendaklah
dilakukan bagi mengesahkan
kebolehpercayaan alat penerima GNSS,
antena, unit kawalan, kabel sama ada
dalam bentuk komponen berasingan atau
sebagai satu unit beroperasi dalam
keadaan baik.
Muka 7/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
Tanggungjawab Tindakan
Ujian ini perlu dilakukan jika peralatan
GNSS tersebut akan digunakan untuk
tujuan kerja-kerja kawalan ukur kadaster
masa hakiki.
Ujian ini perlu dilakukan setahun sekali atau
selepas alat tersebut diperbaiki dari
kerosakan bagi setiap unit peralatan GNSS
yang akan digunakan bagi tujuan kerja-
kerja pengukuran. (Rujuk Para 4.2 PKPUP
Bilangan 1 Tahun 2008).
iii) Ujian Cerapan Statik Berkala
Ujian cerapan statik berkala hendaklah
dilakukan bagi mengesahkan keboleh-
percayaan alat penerima GNSS, antena,
unit kawalan, kabel sama ada dalam bentuk
komponen berasingan atau sebagai satu
unit beroperasi dalam keadaan baik.
Ujian ini perlu dilakukan jika peralatan
GNSS tersebut akan digunakan untuk
tujuan kerja-kerja kawalan ukur kadaster
secara pasca pemprosesan dengan
menggunakan data Virtual Reference
Station (VRS) dari perkhidmatan
MyRTKnet.
Ujian ini perlu dilakukan setahun sekali atau
selepas alat tersebut diperbaiki dari
kerosakan bagi setiap unit peralatan GNSS
yang akan digunakan bagi tujuan kerja-
kerja pengukuran. Rujuk Para 4.3 PKPUP
Bilangan 1 Tahun 2008.
Muka 8/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
Tanggungjawab Tindakan
b. Bagi eKadaster, penentukuran peralatan GNSS di
lakukan tapak kalibrasi adalah menggunakan
aplikasi eVRSCal. Tatacaranya adalah seperti
berikut:
i. Memuat naik data digital tentukuran yang
teratur ke dalam SPAK untuk kelulusan oleh
KCPUD/J.
ii. Sekiranya peralatan memberi selisih bacaan
melebihi had yang dibenarkan (tidak kurang
dari 3 sentimeter bagi komponen utaraan
dan timuran serta 6 sentimeter bagi
komponen ketinggian), sertakan laporan
untuk tindakan pembaikan.
iii. Muat turun sijil kalibrasi dan disertakan
bersama-sama data digital yang lain semasa
penghantaran kerja siap.
Muka 9/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
7. REKOD
Jenis rekod Tempoh penyimpanan
Tempat simpanan
7.1 Buku Manual Alat Jangka hayat alat
JUPEM Negeri/ Bahagian Berkenaan
7.2 Jadual Penyenggaraan Alat Jangka hayat alat
JUPEM Negeri/ Bahagian Berkenaan
7.3 Rekod Data Berdigit Tentukuran EDM/Total Station
Kekal Pangkalan Data JUPEM Negeri
7.4 Rekod Data Berdigit Tentukuran Alat GNSS
Kekal Pangkalan Data JUPEM Negeri
7.5 Borang Ujian EDM KPU 143
2 Tahun Pejabat Topografi Wilayah
7.6 Buku Daftar Ujian Tentukuran EDM/Total Station
2 Tahun Pejabat Topografi Wilayah
7.7 Buku Daftar Ujian Tentukuran GPS
2 Tahun Pejabat Topografi Wilayah
8. LAMPIRAN
8.1 Kaedah menjalankan Differential Field Test
8.2 Borang ujian EDM KPU 143
8.3 Input Data Kalibrasi Alat Total Station
Lampiran A.
Lampiran B.
Lampiran C.
Muka 10/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
Lampiran A
KAEDAH MENJALANKAN DIFFERENTIAL FIELD TEST
Differential Field Test hendaklah dijalankan sebelum sesuatu kerja dimulakan. Ujian ini
seboleh-bolehnya dibuat pada tempat yang rata. Aturannya adalah seperti berikut.
1 . Tanam piket di A dan B berjarak tidak kurang daripada 50 meter.
2. Dirisiapkan EDM/total station di A dan reflector di B. 3. Ukur jarak AB. 4. Tanam piket di C lebih kurang pertengahan garisan AB.
5. Alihkan EDM/total station ke C dan pasangkan satu reflector di A. 6. Ukur jarak CA dan CB. 7. Bandingkan jarak AB dengan jumiah jarak CA + CB.
Jika didapati perbezaannya melebihi 10 mm, alat EDM/total station yang diuji itu tidak
boleh digunakan. lanya hendaklah dikenakan ujian Kalibrasi (tentukuran) untuk
memastikan sama ada ianya di dalam keadaan baik atau pun perlu diperbaiki.
A B 50 meter
A B 30 meter 20 meter
C
Muka 11/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
Lampiran B
BORANG UJIAN EDM KPU 143
Muka 12/13
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.04 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan
Lampiran C
INPUT DATA KALIBRASI ALAT TOTAL STATION
Recommended