View
66
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
Perkembangan Islam di Sabah
Citation preview
INSTITUT TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN SABAH
LAPORAN AKHIR PROJEK PENYELIDIKAN
KEDUDUKAN SAUDARA KITA DI SABAH
SATU KAJIAN PERMULAAN
Disediakan Oleh HAJI ZULKORNAIN BIN YVSOP ABD AZIZ BIN HARJIN ZAINUDDIN BIN OSMAN BONGSU AZIZ BIN JAAFAR AHMAD NAWAWI BIN HAJI YAAKUB , ROSD1ANA BINTI HAJI SITKARDI
JULAI 1996
COPYRIGHT @ UiTM
PRAKATA
Kami bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas kejayaan menyempurnakan kajian
ini. Kajian KEDVDUKAN SAUDARA KIT A DI SABAH ini merupakan
pengalaman hasil tinjauan kami di kebanyakkan daerah di seluruh negeri
Sabah. Kami mengakui bahawa bidang kajian yang dihasilkan ini merupakan
kajian yang agak baru dari sudut field - work serta menyeluruh. Tambahan
pula tidak banyak buku yang menghasilkan kajian seperti ini. Di dalam kajian
ini, penyelidik membuat sembilan pembahagian bab. Bab pertama menyentuh
pengenalan kepada kajian yang meliputi Islam di Sabah, pengertian mualaf
dan masalah murtad. Bab kedua dalam kajian ini menjelaskan tentang
metodologi kajian yang dijalankan. Bab ketiga pula menerangkan tentang
senario tentang pengislaman yang berlaku di Sabah yang melihat kepada
kuasa pihak yang bertanggungjawab terhadap agama Islam dan proses
islamisasi yang berlaku kepada Saudara Kita. Sementara itu, bab keempat
menerangkan tentang konsep dan kesan perubahan sosial yang dihadapi oleh
Saudara Kita.
Bab kelima merupakan penerangkan pokok Kepada kajian ini, ia menjelaskan
kedudukan sebenar Saudara Kita di Sabah dari segi pencapaian yang dinilai
sebagai hepotisis kepada kajian. Selain daripada itu, ia juga menerangkan
perkara yang menjadi sebab Saudara Kita memeluk Islam. Berkesinambungan
daripada bab lima, bab enam menjelaskan peranan yang dimainkan oleh
pib,ak-pihak tertentu dalam proses islamisasi yang dihadapi oleh Saudara Kita.
Bab ketujuh pula menerangkan tentang permaslahan yang dihadapi oleh
Saudara KiJa sebagai sebahagian drppada umat Islam. Pengakhir kepada
kajian ini ialah bab lapan iaitu cadangan-cadangan serta bab sembilan iaitu
kesimpulan akhir yang telah dikutip dari pelbagai pihak untuk pedoman i
kepada Saudara Kita serta pihak-pihak yang berwajib demi menjaga imej
Islam di Sabah. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua
pihak terutamanya kepada pihak berkuasa agama, umat Islam seluruhnya dan
Saudara Kita khasnya.
i
COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN
Ucapan penghargaan dan terima kasih ini ditujukan kepada
Institut Teknologi iv*.
Institut Teknologi MARA Cawangan Sabah
Biro Penyelidikan dan Perundingan ITM Shah Alam
Biro Penyelidikan dan Perundingan ITM Sabah
Majlis Ugama Islam Sabah MU1S
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS
Bahagian Hal Ehwal Islam BAHEIS Cawangan Sabah
MUIS Cawangan Daerah
United Sabah Islamic Assiociation USIA
Jabatan - Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
Sekolah - Sekolah Negeri Sabah
Pertubuhan Perhimpunan Mualaf Sabah
Saudara Kita di seluruh negeri Sabah
Terima kasih ini juga ditu jukan kepada individu-individu yang telah
membantu secara peribadi dalam menjayakan penyelidikan ini.
COPYRIGHT @ UiTM
SINGKATAN
ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia > A D U N Ahli Dewan Undangan Negeri
AivBIS Angkatan Belia Islam Sabah
BAHEIS Bahagian Hal Ehwal Islam
BERJAYA Bersatu Rakyat Jelata Sabah
IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia
IPT Institusi Pengajian Tinggi
JHEAINS Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
JAWI Jabatan Agama Islam Wilayah
JIM Jemaah Islah Malaysia
MUIS Majlis Ugama Islam Sabah
NGO Non Goverment Organization
PBS Parti Bersatu Sabah
PERKIM Persatuan Kebajikan Islam Malaysia
PERPIS Persatuan Pelajar Islam Sabah
PIP Persatuan Islam Putatan
PIS Persatuan Islam Sabah
PIT Persatuan Islam Tawau
PKR Pegawai Kemajuan Rakyat
PUM Persatuan Ulama Malaysia
RC Roman Catholic
SDA Seventh Day Adventist
SIB Sidang Injil Borneo
SMU Sekolah Menengah Ugama
SUIS Sekolah Ugama Islam Sabah
TADIKA Tainan Didikan Kanak-Kanak
UNKO United National Kadazan Organization
USIA United Sabah Islamic Association
USNO United Sabah National Organization
YCW Persatuan Sekeija Pemuda Kristian
YDP Yang Di Pertua
iii
COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
DAFTAR JADUAL
Jadual Halaman
Jadual 1 Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam
Mengikut Tahun 10
Jadual 2 Peratus Saudara Kita Mengikut Jantina 32
jadual 3 Jantina Pasangan Saudara Kita 34
Jadual 4 Kaum Pasangan Saudara Kita. 35
Jadual 5 Agama Asal Pasangan Saudara Kita 36
Jadual 6 Agama Yang Dianuti Oleh Pasangan Saudara Kita 37
Jadual 7 Bilangan Anak Saudara Kita 37
Jadual 8 Pembahagian Kaum Saudara Kita 38
Jadual 9 Daerah Kediaman Saudara Kita Mengikut Daerah Dan
Bahagian Pentadbiran 44
Jadual 10 Pecahan Pelajar Mengikut Kawasan 50
Jadual 11 Urusan Yang Dilakukan Oleh Saudara Kita Di Agensi
MUIS, BAHEIS dan USIA 61
Jadual 12 Pericahwinan Campur Di kalangan Saudara Kita 65
Jadual 13 Tahap Pengetahuan Fardu Ain Saudara Kita 93
Jadual 14 Tahap Pengamalan Fardu Ain Saudara Kita 93
Jadual 15 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah Saudara Kita 119
Jadual 16 Tahap Pengamalan Fardu Kifayah Saudara Kita 11?
Jadual 17 Kegiatan Yang Dijalankan Oleh Pihak USIA. 159
Jadual 18 Bantuan Yang DiterimaOleh Saudara Kita Daripada Pihak
Agama Asal Mereka 168
Jadual 19 Murtad Yang Berlaku Di Kalangan Responden Berpasangan.. 173
Jadual 20 Bilangan Saudara Kita Yang Murtad Berdasarkan Status
Perkahwinan 1. 173
iv
COPYRIGHT @ UiTM
Carta
Carta 1
Carta 2
Carta 3
Carta 4
Carta 5
Carta 6
Carta 7
Carta 8
Carta 9
Carta 10
Carta 11
Carta 12
Carta 13
Carta 14
Carta 15
Carta 16
Carta 17
Carta 18
Carta 19
Carta 20
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
DAFTAR CARTA
Halaman
Pengislaman Yang Dijalankan Di Sabah 12
Peratusan Umur Saudara Kita 33
Peratus Status Perkahwinan Saudara Kita 34
Agama Asal Saudara Kita 39
Tahap Pendidikan Saudara Kita 40
Sektor Pekerjaan Saudara Kita 41
Pendapatan Bulanan Saudara Kita 42
Kawasan Kediaman 43
Agama Asal Responden 64
Reaksi Orang Islam Terhadap Saudara Kita Yang Beijinak-
jinak Untuk Memeluk Islam : 70
Reaksi Orang Islam Terhadap Pengislaman Saudara Kita. 71
Sebab Saudara Kita Memeluk Islam 87
Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Solat) Berdasarkan Kawasan
Kediaman 96
Tahap Amalan Fardu Ain (Solat) Berdasarkan Kawasan
Kediaman 97
Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Puasa) Berdasarkan Kawasan
Kediaman 98
Tahap Amalan Fardu Ain (Puasa) Berdasarkan Kawasan i
Kediaman 99
Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Zakat) Berdasarkan Kawasan
Kediaman 100
Tahap Amalan Fardu Ain (Zakat) Berdasarkan Kawasan
Kediaman 101
Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Solat) Berdasarkan Tempoh
Memeluk Islam 103
Tahap Amalan Fardu Ain (Solat) Berdasarkan Tempoh
Memeluk Islam 104
v
COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Carta 21 Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Puasa) Berdasarkan Tempoh
Memeluk Islam 105
Carta 22 Tahap Amalarf Fardu Ain (Puasa) Berdasarkan Tempoh
Memeluk Islam 105
Carta 23 Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Zakat) Berdasarkan Tempoh
Memeluk Islam 106
Carta 24 Tahap Amalan Fardu Ain (Zakat) 107
Carta 25 Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Solat) Berdasarkan Umur.... 107
Carta 26 Tahap Amalan Fardu Ain (Solat) Berdasarkan Umur 109
Carta 27 Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Puasa) Berdasarkan Umur... 109
Carta 28 Tahap Amalan Fardu Ain (Puasa) Berdasarkan Umur 110
Carta 29 Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Zakat) Berdasarkan Umur... I l l
Carta 30 Tahap Amalan Fardu Ain (Zakat) Berdasarkan Umur 112
Carta 31 Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Solat) Berdasarkan Tahap
Pendidikan 113
Carta 32 Tahap Amalan Fardu Ain (Solat) Berdasarkan Tahap
Pendidikan 114
Carta 33 Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Puasa) Berdasarkan Tahap
Pendidikan 114
Carta 34 Tahap Amalan Fardu Ain (Puasa) Berdasarkan Tahap
Pendidikan 115
Carta 35 Tahap Pengetahuan Fardu Ain (Zakat) Berdasarkan Tahap
Pendidikan 116
Carta 36 Tahap Amalan Fardu Ain (Zakat) Berdasarkan Tahap i
Pendidikan 117
Carta 37 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Solat Jemaah) Berdasarkan
Kawasan Kediaman 120
Carta 3 8 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Solat Jemaah) Berdasarkan
' Kawasan Kediaman 121
Carta 39 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Mengendali Jenazah)
Berdasarkan Kawasan Kediaman 122
Carta 40 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Mengendali Jenazah)
Berdasarkan Kawasan Kediaman 123
vi COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Carta 41 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Keperluan Masyarakat)
Berdasarkan Kawasan Kediaman 124
Carta 42 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Keperluan Masyarakat)
Berdasarkan Kawasan Kediaman 125
Carta 43 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Solat Jemaah) Berdasarkan
Tempoh Memeluk Islam 126
Carta 44 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Solat Jemaah) Berdasarkan
Tempoh Memeluk Islam 127
Carta 45 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Mengendali Jenazah)
Berdasarkan Tempoh Memeluk Islam 128
Carta 46 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Mengendali Jenazah)
Berdasarkan Tempoh Memeluk Islam 129
Carta 47 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Keperluan Masyarakat)
Berdasarkan Tempoh Memeluk Islam 130
Carta 48 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Keperluan Masyarakat)
Berdasarkan Tempoh Memeluk Islam 132
Carta 49 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Solat Jemaah) Berdasarkan
Umur 133
Carta ^0 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Solat Jemaah) Berdasarkan
Umur 134
Carta 51 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Mengendali Jenazah)
Berdasarkan Umur 135
Carta 52 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Mengendali Jenazah)
Berdasarkan Umur 136
Carta 53 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Keperluan Masyarakat)
Berdasarkan Umur 137
Carta 54 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Keperluan Masyarakat)
Berdasarkan Umur 138
Carta 55 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Solat Jemaah)
Berdasarkan Tahap Pendidikan ......... 140
Carta 56 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Solat Jemaah) Berdasarkan
Tahap Pendidikan 141
vu COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Carta 57 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Mengendali Jenazah)
Berdasarkan Tahap Pendidikan 142
Carta 58 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Mengendali Jenazah)
Berdasarkan Tahap Pendidikan 142
Carta 59 Tahap Pengetahuan Fardu Kifayah (Keperluan Masyarakat)
Berdasarkan Tahap Pendidikan 143
Carta 60 Tahap Amalan Fardu Kifayah (Keperluan Masyarakat)
Berdasarkan Tahap Pendidikan 144
Carta 61 Tahap Pengetahuan Solat Saudara Kita Berdasarkan Sebab
Masuk Islam 145
Carta 62 Tahap Amalan Solat Saudara Kita Berdasarkan Sebab Masuk
Islam 146
Carta 63 Tahap Pengetahuan Puasa Saudara Kita Berdasarkan Sebab
Masuk Islam 147
Carta 64 Tahap Amalan Puasa Saudara Kita Berdasarkan Sebab Masuk
Islam 148
Carta 65 Tahap Pengetahuan Zakat Saudara Kita Berdasarkan Sebab
Masuk Islam 149
Carta 66 Tahap Amalan Zakat Saudara Kita Berdasarkan Sebab Masuk
Islam 149
Carta 67 Sebab-sebab Berlakunya Murtad Di Kalangan
Saudara Kita 150
Carta 68 Jumlah Saudara Kita Yang Memeluk Islam
Mengikut Tahun 151
Carta 69 Peratusan Umur Saudara Kita Ketika Memeluk Islam 152
Carta 70 Peranan Yang Dimainkan Oleh Agensi Kerajaan Terhadap
Saudara Kita (MUIS, BAHEIS, USIA) .156
Carta 71 Pengetahuan Saudara Kita Mengenai Pergerakan 157
Carta 72 Peranan Yang Dimainkan Oleh Agensi Dakwah (Al-Arqam,
JIM, PUM dsb) 160
Carta 73 Peranan Yang Dimainkan Oleh Masyarakat Islam 162
Carta 74 Metod Yang Digunakan Oleh Saudara Kita Dalam
Mempertingkatkan Pengetahuan Islam 163
V l l l
COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Carta 75 Penglibatan Saudara Kita Dalam Aktiviti Keagamaan 165
Carta 76 Reaksi Saudara Mara Saudara Kita Semasa Mereka Beijinak-
jinak Untuk Memeluk Islam 166
Carta 77 Reaksi Saudara Mara Saudara Kita Selepas Mereka Memeluk
Islam 168
Carta 78 Pihak Yang Mempengaruhi Saudara Kita Untuk Keluar
Islam 169
Carta 79 Agama Yang Dianuti Saudara Kita Setelah Murtad 169
Carta 80 Pandangan Saudara Kita Terhadap Agama Islam Selepas
Murtad 171
Carta 81 Cita-Cita Untuk Menganut Agama Islam Semula 172
Carta 82 Murtad Di Kalangan Saudara Kita Yang Berpasangan Dan
Tidak Berpasangan 174
Carta 83 Saudara Kita Yang Mempunyai Pasangan Bukan Islam 175
Carta 84 Reaksi Orang Islam Terhadap Saudara Kita Selepas Meneiima
Islam 182
Carta 85 Tahap Pendidikan Yang Diterima Oleh Saudara Kita
Di Sabah 187
Carta 86 Cadangan Menubuhkan Persatuan Saudara Kita 192
i
Ix COPYRIGHT @ UiTM
Isi Kandungan Halaman
Prakata ..... . . . i
Penghargaan ......... ii
Singkatan ............... iii
Daftar Jadual ............ iv
Daftar Carta v - ix
Isi Kandungan x - xiii
i
i
/
x COPYRIGHT @ UiTM
Isi Kandungan Halaman
B A B 1 2
P E N G E N A L A N .'. 2
1.1 P E N G E N A L A N ! 2 1.1.1 ISLAM 2 1 .1 .2 TAKRIF SAUDARA KITA 4 1 .1 .3 MASALAH SAUDARA KITA 1
L. 1.4 ISLAM DI MALAYSIA SEPINTAS LALU 1. 1.5 SEJARAH KEMASUKAN ISLAM KE SABAH 5 L. L .6 LATARBELAKANG ISLAM DI SABAH 7 1 .1 .7 PENGISLAMAN DI SABAH 9
' 1 .1 .8 GERAKAN KRISTLANISASI DI SABAH 12
1 . 1 . 9 PERANAN M U 1 S TERHADAP SAUDARA KITA 13 1 . 1 . 1 0 P E R K I M 14 1 .1 .11 KESIMPULAN 14
1.2 P E R I S T I L A H A N M U A L A F 15 1.2 .1 MUALAF DARIPENGERTIANAL-QURAN 15 1 .2 .2 TEMPOH MUALAF ! 18 1 .2 .4 SAUDARA KITA DI SABAH 2 0
1.3 M U R T A D 2 1
BAB II 26
METODOLOGI KAJIAN 26
2 .1 P E N G E N A L A N 2 6 2 . 2 O B J E K T I F K A J I A N 2 7 2 . 3 P E R S A M P E L A N K A J I A N 2 8
2 . 3 . 1 SAIZ SAMPEL 2 9 2 . 3 . 2 KAEDAH PERSAMPELAN 2 9
2 . 3 . 3 PEMOJHAN SAMPEL 2 9 2 . 4 K A E D A H Y A N G D I G U N A K A N 3 0 2 . 5 K A E D A H P E N G U M P U L A N D A T A 31 2 . 6 K A W A S A N K A J I A N 4 2
B A B II I 4 6
S E N A R I O P E N G I S L A M A N D I S A B A H . 4 6
3 .1 P E R L E M B A G A A N 4 6 3 . 2 I S T A N A 4 7 3 . 3 P I H A K B E R K U A S A A G A M A I S L A M 4 7
3 . 3 . L MAJLIS UGAMA ISLAM S.(BAH ( M U I S ) 4 8 3 . 3 . 2 JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH ( J H E A I N S ) 51 3 . 3 . 3 BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM CAWANGAN SABAH ( B A H E I S ) 5 4
3 . 4 P E R T U B U H A N - P E R T U B U H A N D A K W A H 5 4 3 . 4 . 1 UNITED SABAH ISLAMIC ASSOCIATION ( U S I A ) 5 4
3 . 5 P R O S E S B E R A G A M A 5 5 3 . 5 . 2 KEHIDUPAN BERAGAMA 5 8
3 . 6 A G A M A A S A L R E S P O N D E N 6 4 3 . 7 F A K T O R P E N G I S L A M A N S A U D A R A K I T A 6 5
xi COPYRIGHT @ UiTM
Isi Kandungan Halaman
B A B IV 6 9
K O N S E P D A N K E S A N P E R U B A H A N 6 9 *
S T A T U S S O S I A L 6 9
4 .1 P E N G E N A L A N 6 9 4 . 2 L A Y A N A N T E R H A D A P M U A L A F 6 9
4 . 2 . 1 PENGERTIAN MI'AI.AF 7 2 4 . 2 . 2 PERGOLAKAN PC SABAH 7 3 4 . 2 . 3 KRISTIANISASI BERLELUASA 7 3 4 . 2 . 4 KELEKAAN UMAT ISLAM 7 4
4 . 2 . 5 Isu PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN MENJADI PROPAGANDA 7 4 4 . 3 P E R U B A H A N Y A N G P E R L U D I L A K U K A N O L E H M U A L A F 7 4
4 . 4 1 KEMYAAN PENGISLAMAN 7 5 4 . 4 . 2 KEGAGALAN PENGISLAMAN 7 8
4 . 4 K E S A N P E R U B A H A N S T A T U S S O S I A L S A U D A R A K I T A 8 0 4.4.1 KESAN POSITIF 81 4 . 4 . 2 KESAN NEGATIF 8 3 4 . 4 . 3 KESAN DARI AGENSI DAKWAH 8 5
B A B V 8 7
S A U D A R A K I T A D I S A B A H 8 7
K A J I A N K E S . . 8 7
5.1 P E N G E N A L A N 8 7
5 . 2 S E B A B M A S U K I S L A M 8 7 5 .2 .1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP 8 8 5 . 2 . 2 YAKIN KEPADA ISLAM : 8 8 5 . 2 . 3 MEMPELAJARI DAN MENDALAMI ISLAM 8 9 5 . 2 . 4 MENGIKUT KELUARGA 8 9 5 . 2 . 5 PERKAHWINAN 9 0 5 . 2 . 6 PENDEKATAN PENDAKWAH 9 0 5 . 2 . 7 EKONOMI 9 1 5 . 2 . 8 CARA HIDUP 9 1 5 . 2 . 9 TEKANAN HIDUP 9 2 5 . 2 . 1 0 TERBIAR 9 2 5 . 2 . 1 1 POLITIK 9 2
5 .3 P E N C A P A I A N 9 3 5 .3 .1 FARDU AIN 9 4 5 . 3 . 2 FARDU KIFAYAH 1 1 9
5 . 4 S E B A B D A N P E N C A P A I A N 145
5 . 5 T A H U N M E M E L U K I S L A M 1 5 2
B A B V I 1 5 6
I S L A M I S A S I : 1 5 6
P E R A N A N O R G A N I S A S I D A N I N D I V I D U 1 5 6
6 .1 P E N G E N A L A N 1 5 6 6 . 2 P E R A N A N A G E N S I K E R A J A A N 1 5 6 6 . 3 P E R A N A N P E R G E R A K A N D A K W A H 1 5 8 6 . 4 P E R A N A N M A S Y A R A K A T D A N I N D I V I D U M U S L I M 1 6 2 6 . 5 P E R A N A N M A S Y A ? . \ K A T S A U D A R A K I T A S E N D I R I 1 6 4
xii COPYRIGHT @ UiTM
Isi Kandungan Halaman
6.6 PERANAN PEMIMPIN 166 6 . 7 P E R A N A N I N S T I T U S I P E N D I D I K A N 166 6 . 8 P E R A N A N M E D I A M A S S A 167 6 . 9 P E R A N A N P I H A K A G A M A A S A L 167
B A B V I I 1 7 8
M A S A L A H S A U D A R A K I T A . 1 7 8
7.1 P E N G E N A L A N 178 7 . 2 P O L I T I K P E N G I S L A M A N 178 7 .3 P E N D A K W A H 179 7 . 4 P E R T U B U H A N - P E R T U B U H A N D A K W A H I S L A M I A H 1 8 0 7 . 5 P I H A K B E R K U A S A P E N T A D B I R A N A G A M A I S L A M 1 8 2 7 . 6 P E R S E K 1 T A R A N M A S Y A R A K A T I S L A M 183 7 . 7 D E M O G R A F I G E O G R A F I 185 7 . 8 S I K A P 1 8 5 7 . 9 S I S T E M P E N D I D I K A N 1 8 8
B A B V I I 1 9 0
C A D A N G A N 1 9 0
8 .1 P E N G E N A L A N . . . 1 9 0 8.2 CADANGAN DARI RESPONDEN 190 8.3 CADANGAN DARI PlHAK MUIS 194 8.4 CADANGAN DARI PlHAK USIA 196 8.5 CADANGAN DARI AGENSI-AGENSI DAKWAH LAIN 197 8.6 RUMUSAN CADANGAN 197
B A B I X . . 2 0 8
K E S I M P U L A N 2 0 8
B I B L I O G R A F I 2 1 3 L A M P I R A N A 2 1 6 I N D E K S 2 1 7
xiii COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
B A B I
1.1 P E N G E N A L A N ' 1.1.1 ISLAM 1.1.2 TAKRIF SAUDARA KITA 1.1.3 MASALAH SAUDARA KITA 1.1.4 ISLAM DI MALAYSIA SEPINTAS LALU 1.1.5 SEJARAH KEMASUKAN ISLAM KE SABAH 1.1 .6 LATARBELAKANG ISLAM DI SABAH 1.1.7 PENGISLAMAN DI SABAH 1.1 .8 GERAKAN KRISTIANISASI DI SABAH 1.1 .9 PERANAN M U I S TERHADAP SAUDARA KITA 1.1.10 PERKIM 1.1.11 KESIMPULAN
1 .2 P E R I S T 1 L A H A N M U A L A F 1.2.1 MUALAF DARI PENGERTIAN AL-QURAN 1.2 .2 TEMPOH MUALAF 1.2 .3 MUALAC PADA PANDANGAN MASYARAKAT ISLAM
SABAH 1.2 .4 SAUDARA KITA DI SABAH
1 .3 M U R T A D
COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
BAB I
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
1.1 .1 ISLAM
Apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah "Asyhadu An Laa
Ilaaha Illallah, Wa Asyhhadu An Na Muhammadar Rasulullah", maka dia
adalah beragama Islam. Sama ada dia jujur atau sebaliknya, tidaklah menjadi
persoalan, apa yang penting dia adalah seorang Muslim. Apabila mereka
diterima sebagai muslim, maka mereka adalah bersaudara. Firman Allah yang
bermaksud:-
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah
bersaudara."'
Apabila merujuk kepada keadaan masyarakat Islam di Sabah ini khususnya
yang baru memeluk Islam, terdapat mereka yang telah meninggalkan agama
Islam. Hal ini tidak mungkin teijadi jika mereka benar-benar memahami Islam
dengan sejelas-jelasnya yang mana tidak pernah memaksa seseorang itu
memeluk Islam secara paksaskn seperti firman Allah:-
"Tiada paksaan pada agama, sesungguhnya telah Jelas
kebenaran itu dari kebatilan".2
1 Surah AlHujurat/49:10 2 Surah Al Baqarah/2:256
COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Bagi penyelesaian sebarang masalah, Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-
Quran yang bermaksud:-y
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah kepada Allah dan
taatlah kepada Rasul dan ketua-ketua kamu sekiranya kamu
berbalah dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah
perkara itu kepada Allah dan Rasul ".3
Kembaiilah kepada Allah dan Rasul bererti merujuk kepada Al-Quran dan Al-
Hadis. Kadang-kadang urusan penyebaran agama Islam ini tidak dilakukan di
atas garis panduan yang telah ditetapkan oleh ajaran Al-Quran tetapi mengikut
apa yang menjadi kesenangan orang berbicara, seperti tajuk-tajuk politik dan
lain-lain. Berbagai pendekatan digunakan untuk memperlihatkan Islam, seperti
politik, ekonomi, perkahwinan dan sebagainya. Akibatnya penganut baru akan
keliru dengan pendekatan sedemikian. Sepatutnya pendekatan yang digunakan
untuk memperlihatkan Islam ialah Islam itu sendiri.
Sebagai seorang Mualaf, ia amat sensitif terhadap perkara-perkara berkaitan
dengan agama Islam. Pada peringkat permulaan menganut Islam, mereka
memerlukan kepada amalan yang senang dipraktikkan, kepercayaan yang
senang diterima dan percakapan yang senang difahami. Jika mereka
menghadapi kesukaran dalam hidup terutama tertekan dari segi emosi,
kewangan dan sebagainya, maka akan terfikirlah oleh mereka untuk kembali
hidup seperti dahulu.
Oleh itu mengkaji kebudayaan dan latar belakang kehidupan mereka amat
penting supaya mereka tidak merasa tertekan, seperti firmanNya di dalam Al-
Quran yang bermaksud:-
"Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah
mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu "4
3 Surah An NisaV4:59 4 Surah Ali Imran/3:159
COPYRIGHT @ UiTM
Kedudukan Saudara Kita di Sabah
1 . 1 . 2 T A K R I F S A U D A R A K I T A
Istilah Saudara Baru muncul-sejak awal tahun 1970an dan telah diterimapakai
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu panggilan yang ditujukan kepada orang
yang baru memeluk agama Islam.5 Saudarc Baru juga ertinya Mualaf (orang
yang dijinak-jinakkan), yang diambil >" i^ ada istilah Al-Quran iaitu Al
Mualaf at qulubuhum.6 Oleh kerana sebilangan besar pemeluk Islam kurang
senang dengan panggilan Mualaf, walaupun panggilan itu amat murni, yang
terdapat di dalam Al-Quran, maka telah ditukar dengan panggilan Saudara
Baru. Setelah itu, panggilan Saudara Baru agak kurang menyenangkan. Maka
perkataan itu telah digantikan dengan perkataan Saudara Kita.
1 . 1 . 3 M A S A L A H S A U D A R A K I T A
Di antara masalah yang dialami oleh Saudara Kita ialah:-
1. Masyarakat non-muslim menganggap orang yang memeluk Islam itu
adalah masuk Melayu yang membawa kepada kerendahan status
pemeluk itu sendiri.
2. Mereka disingkirkan oleh keluarga hingga menjejaskan sara hidup,
tempat tinggal, emosi dan sebagainya.
3. Akan menggugatkan pekerjaan mereka atas alasan majikan non-
muslim tidak dapat makan bersama pekeija-pekeija muslim.
4. Tidak diterima oleh sesetengah kalangan umat Islam sendiri kerana
sangsi kejujuran mereka menganut ajaran Islam.
Masalah ini telah memberatkan lagi keadaan penganut berkenaan. Akhirnya
sama ada secara terang-terang atau senyap-senyap terdapat segelintir dari
mereka telah keluar dari agama Islam dan menganut agama yang dahulu
(murtad).
5 Hajah Noresah Baharom dil, Ramus Dewan, edisi k
- " Kedudukan Saudara Kita di Sabah
1 . 1 . 4 ISLAM DI MALAYSIA SEPINTAS LALU
Sejak agama Islam tersebar>di Nusantara 500 tahun yang lalu, Islam telah
mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu dan kebudayaan Melayu.
Semzuigat keislaman terserlah di jiwa masyarakat Islam di sini dengan
per ^ngan terhadap kuasa penjajah.
Selepas kemerdekaan pada tahun-tahun 1960-an, beberapa bahagian parti
. U M N O telah membuat desakan supaya diwujudkan Kementerian Agama
untuk menyelaraskan pentadbiran Islam di seluruh Malaysia. Di atas desakan
berkenaan tidak dapat dipenuhi kerana menurut Perlembagaan perkara (3)
ceraian (2) mencatatkan bahawa perlembagaan mengakui segala hak-hak
keutamaan dan kuasa Sultan sebagai ketua agama di dalam negerinya. Oleh
itu, apa-apa perubahan mestilah mendapat persetujuan raja-raja yang menjadi
ketua agama bagi negeri masing-masing.7
1 . 1 . 5 SEJARAH KEMASUKAN ISLAM K E SABAH
Sabah adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia yang mencapai
kemerdekaan sejak 1963 atas persetujuan melalui Suruhanjaya Cobbold.
Keluasannya adalah 29,388 batu persegi iaitu lebih sedikit daripada setengah
keluasan Semenanjung Malaysia. Penduduk Sabah sehingga bulan Disember
1983 beijumlah 1,153,148 orang dan jika kadar pertambahan penduduk
mencapai 3.8% setahun maka pada tahun 1985 kira-kira seramai 1,242,451
orang.8 Pertambahan penduduk ini lebih ketara apabila banyaknya berlaku
migrasi dari Filipina dan Indonesia. Penduduk Sabah terdiri daripada Kadazan
atau Dusun 36%, Cina 25%, Bajau 13% dan bakinya ialah orang Murut,
Kadayan, Melayu, Iranun dan sebagainya.
7 Dr. Ismail Hamid, Pcradaban Melayu dan Islam, (Petaling Jaya: Fajar Bakti. 1985)., him: 117.
n ' -^ n, Januari-Februari, 1985
COPYRIGHT @ UiTM
- " Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Mengikut sejarah Sabah, ia mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan
seluruh kepulauan Borneo. Sejak abad kel 1M, sudah ada penempatan kekal di
muara-muara sungai. Terdapat orang-orang luar menetap di negeri-negeri
Borneo seperti orang Cina, Arab dan pendatang dari Indonesia dan
Semenanjung Malaysia. Orang Hindu dari India pernah datang ke Borneo
memperkenalkan sistem tulisan yang dikenali sebagai Baybayin kepada
penduduk tempatan. Kebudayaan Hindu-Buddha dan Islam telah
mempengaruhi penduduk tempatan.
Di antara tahun 600 hingga 1500M, beberapa lawatan telah dibuat oleh duta-
duta dari tempat yang bernama 'Po-lo', 'Po-li',' Ye-po-ni' dan lain-lain nama
lagi yang kesemuanya terletak di Pantai Barat Borneo. Ahli sejarah
berpendapat nama-nama itu mungkin berkaitan dengan Borneo, malah sejarah
Wangsa Chung juga mencatatkan mengenai Brunei.
Dalam pertengahan abad ke 14M, kerajaan Brunei tunduk kepada Majapahit,
sebuah empayar Hindu-Jawa. Raja Majapahit yang bernama Angya Wijaya
telah membantu Brunei menamatkan pemberontakan tempatan. Namun pada
akhir abad ke 14M setelah kerajaan Majapahit jatuh, Brunei kembali
berhubung dengan kerajaan China.
Dalam salasilah raja-raja Brunei yang diteijemahan oleh Sir Hugh Low ada
menyebut bahawa Raja Brunei dari keturunan "Bisaya" yang bernama Awang
Alak Bertabah telah dipanggil oleh Sultan Johor yang bernama Sultan Bahkei. i
Pemergian Tuan Alak Bertabah dianugerahkan gelaran Sultan Muhammad dan
Patih Berbi digelar Bendahara Sen Maharaja. Sultan Muhammad menjadi
sultan yang pertama dan Bendahara Seri Maharaja menjadi Pengeran
Bendahara Brunei. Baginda dikurniakan dengan nobat, nafiri, gong dan lain-
lain alat kebesaran di raja. Daripada peristiwa inilah dipercayai bermulinya
kesultanan Brunei yang beragama Islam. Taiikh yang tepat tidak dapat
dipastikan tetapi ramai ahli sejarah berpendapat ia berlaku pada akhir abad ke
15.
COPYRIGHT @ UiTM
- " Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Gambaran perkembangan Borneo ini sedikit sebanyak menggambarkan
hubungan luarnya dengan koasa-kuasa dunia ketika itu. Secara langsung ia
menjelaskan adanya pengaruh adat, budaya dan agama ke atas wilayah-wilayah
di Borneo. Perkembangan Islam juga tentunya tersebar hasil dari hubungan
kerajaan Borneo dengan kuasa-kuasa luar.
1 . 1 . 6 L A T A R B E L A K A N G ISLAM D I S A B A H
Islam telah bertapak di Negeri Sabah sejak abad ke 13M lagi iaitu di bawah
kesultanan Brunei. Wilayah kesultanan Brunei bermula di Tanon
Salamangayao9 iaitu yang berhampiran dengan bandar Kota Marudu
sekarang.10 Lebih jelas lagi dengan teijumpanya manuskrip dalam bahasa
Idahan di Lahad Datu yang tertulis di dalam tulisan jawi bertarikh 1408M.
Manuskrip tersebut ditulis oleh orang tempatan yang menggambarkan bahawa
penulisnya adalah seorang yang arif di dalam selok-belok agama Islam.11 Oleh
itu, tidak hairanlah ketika orang-orang Barat menemui Borneo, didapati di
sana telah ramai penganut Islam yang terdiri dari Kaum Sungai.12
Pengaruh Islam begitu kuat bertapak di dalam hati masyarakat Islam di Sabah
sehingga apabila penjajah Inggeris datang ke Sabah pada tahun 1774M, ia
telah ditentang hebat oleh penduduk tempatan dengan kekuatan iman di dada
dan senjata. Penjajah Inggeris telah iberhadapan dengan siri penentangan
bersenjata yang berpanjangan oleh Mat Salleh bermula tahun 1894 hingga
1920an.13 ,
9 Tanjung Simpan Mangayau 10 Haji Mokthar Ramli, 'Kedatangan Islam Ke Sabah' dalam Ismail (ed) Islam di Brunei,
Sarawak dan Sabah. (Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana. 1989)., him : 3 " Ib id : 10 12 Ibid : 11 13 Ibid: 14
COPYRIGHT @ UiTM
- " Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Selanjutnya, dengan mengkaji sejarah asal kemasukan Islam ke Sabah
sesungguhnya tidak dapat dipisahkan daripada kajian terhadap penguasaan
kerajaan Brunei dan Sulu ke fctas negeri ini. Terdapat pelbagai teori mengenai
kedatangan Islam ke sini, namun ia amat berkaitan dengan Islam di Brunei dan
Selatan Filipina.
Kajian baru yang dijalankan mengesahkan wujudnya manuskrip asal dalam
bahasa Idahan dari Lahad Datu yang bertarikh 1408M. Sedangkan Sarawak
dan Brunei belum lagi ditemui manuskrip yang sezaman dengan tarikh
tersebut. Penemuan manuskrip dalam bahasa Idahan di Lahad Datu
sesungguhnya memberi keyakinan bahawa Islam telah wujud dengan
kukuhnya di negeri Sabah ini selewat-lewatnya di penghujung tahun-tahun
1300M. Dengan tarikh yang diberikan (1408M) jelas menunjukkan bahawa
manuskrip itu ditulis oleh seorang pribumi Sabah yang telah memahami selok-
belok Islam lebih awal dari tarikh ianya ditulis. Ini bermakna beliau (penulis
manuskrip) telah memeluk Islam lebih awal dan sekurang-kurangnya di
penghujung tahun DOOM.14
Kedatangan Islam ke Brunei di sekitar 1514M atau lebih awal dari tarikh itu,
memberi kesan perkembangan Islam ke Sabah, khususnya masyarakat di
sekitar Pantai Barat. Penerimaan Islam di kalangan Istana Brunei disebut di
dalam Salasilah Raja-Raja Brunei bahawa Awang Khalak Betatar, raja yang
pertama yang memerintah Brunei telah memeluk Islam dengan menukar
namanya kepada Sultan Muhammad dan baginda adalah raja yang pertama
menganut agama Islam yang membawa agama itu ke Brunei.15
/
Perkembangan ini menjadikan penghayatan agama Islam itu semakin kuat
malah telah menjadikan negeri Brunei sebagai sebuah kerajaan Melayu Islam
yang mantap dan masyhur di alam Melayu dalam abad ke 16M iaitu di zaman
Sultan Bulkiah yang mana pemerintah Kerajaan Brunei telah meliputi seluruh
14 Haji Mokthar Ramli,. Op. cit., him: 61 15 Hajah Masnon Bte Haji Ibrahim. 'Sejarah Perkembangan Islam di Brunei' dalam Ismail (ed)
Islam di Brunei, Sarawak dan Sabah. (Kuala Lumpur: Penerbitan Asiana. 1989)., him: 3.
COPYRIGHT @ UiTM
- " Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Pulau Borneo.16 Kenyataan ini menunjukkan sejarah kemasukan Islam seiring
dan semasa dengan perkembangan Islam di tanah Melayu. Pengislaman di
negeri Sabah pada permula&nnya tumbuh dari golongan bawahan melalui
ulama-ulama dan mubaligh yang menyiarkan Islam dalam bentuk sekular.
Bermula dari kawasan persisir pantai Islam ' ~mbangkan oleh ulama yang
datang dari luar sebagai saudagar seperti Almarhum Muhamad Alam dari
Pakistan, Haji Syah dari Tanah Jawa, Hasan Kurbo dari Semenanjung Tanah
Arab dan Datu Agasi dari Suluk yang telah berjasa besar melaksanakan
dakwah di daerah Lahad Datu.
Perkembangan Islam terus tersebar ke serata pelusuk negeri Sabah hinggalah
ke kawasan pedalaman. Antara mereka yang dapat disebut seperti Almarhum
Tuanku Said Muhammad 1943 di Labuan, Imam Haji Yaakub bin Haji Ali di
Api-Api, Haji Zaini Palembang di Kota Belud/Ranau, Haji Suhaili bin Haji
Yaakub di Api-Api dan Putatan, Mandor Haji Syarif bersama muridnya Mohd.
Haji Kandalis dan Haji Roman di daerah Ranau, Imam Haji Saleh di Tuaran,
Pangeran Haji Umar bin Pengiran Syarifuddin di Sipitang, Imam Jukrani
bersama Mandur Asa di daerah Kunak, Salim bin Pundok di Tawau, Imam
Haji Injir bin Haji Imam Panjang dan Haji Ghulam Hasan @ Haji Muda di
Lahad Datu.17
1 . 1 . 7 P E N G I S L A M A N D I S A B A H
Gerakan dakwah Islam di Sabah terus berkembang pesat dengan pertumbuhan
institusi Islam yang didokong oleh kerajaan dan mubaligh-mubaligh Islam
semasa. Antara institusi yang banyak menyumbangkan kepada perkembangan
agama Islam adalah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), USIA dan
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
16 Ibid., him: 4. 17 Hikmah: 47
COPYRIGHT @ UiTM
- " Kedudukan Saudara Kita di Sabah
Jadual 1 di bawah menunjukkan dengan jelas pertambahan bilangan pemeluk
Islam dalam dekad 1970an dan 1980an yang telah didaftarkan di bawah MUIS.
Jadual 1
Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Mengikut Tahun
1970 - 1975 26,471 orang 1976 -1978 7,527 orang
1979 1,807 orang 1980 9,142 orang 1981 1,272 orang 1982 2,895 orang 1983 5,761 orang 1984 1,816 orang 1985 995 orang 1986 509 orang 1987 1,085 orang 1988 1,207 orang 1989 936 orang 1990 660 orang 1991 838 orang 1992 1,294 orang 1993 1,222 orang
Sumber: MUIS
Ketika zaman pemerintahan USNO di Sabah. Kegiatan dakwah giat i
dijalankan. Pengislaman beramai-ramai dijalankan secara aktif. Pemimpin
politik mengambil bahagian dalam menjalankan dakwah mengembangkan
Islam.18 Pengislaman yang dirancang bertujuan untuk meramaikan umat islam
agar menjadi majoriti dan perjuangan terhadap Islam sebagai agama rasmi di
Sabah dapat dilaksanakan. Selepas daripada itu ialah pemerintahan di zaman
BERJAYA. Kegiatan pengislaman diteruskan tetapi dalam suasana yang
kurang aktif, tidak seperti di zaman USNO. Proses pengislaman tidak
18 Perbincangan dengan Pengarah Dakwah, US1A Tuan Haji Awang Sahari Abdul Latif di pejabat beliau pada 28 Disember 1995.
COPYRIGHT @ UiTM
Recommended