View
229
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
SEMINAR ICT GURU
“ICT PENJANA KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN”
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAH TAHUAN 2006
MEMBINA PROSES E-PEMBELAJARAN – SATU ANJAKAN PRADIGMA
DISEDIAKAN OLEH
KAMALUDIN BIN AHMAD INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBARHIM
JOHOR BAHRU 2006
Abstrak
Penulisan ringkas ini adalah untuk berkongsi pengalaman penulis berkaitan dengan kepentingan merancang proses e-pembelajaran. Ada dua contoh (kes) yang ingin dikongsikan, iaitu merancang e-pembelajaran berasaskan pakej CD dan pembelajaran online. Setiap satu mempunyai perbezaan dalam proses merancang, ini kerana sasaran pembelajaran yang berbeza. Sasaran yang pertama, belajar secara sepenuh masa dan yang satu lagi belajar semasa dalam cuti sekolah. Dalam perancangan ini yang cuba ditekankan ialah kepentingan menguasi sesuatu teori pembelajaran, pendekatan pembelajaran dan reka bentuk pengajaran. Pengetahuan dan kemahiran ini memudahkan untuk kita merancang sesuatu proses pembelajaran dalam mod-mod yang berbeza. Disamping itu penulis juga cuba menekankan kepada pendekatan pembelajaran kendiri dan pengintergrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam kes pembelajaran online, yang menggunakan pakej Moodle; bahawa yang penting bukanlah menyusun konten dalam urutan, tetapi yang utama dan sangat penting ialah menghasilkan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dan berkolaboratif. Kedua-dua contoh yang diberi secara amnya berasaskan web (atau internet) untuk memperolehi sesuatu maklumat atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam proses mendapatkan maklumat diharapkan pelajar akan dapat memperolehi beberapa kemahiran, misalnya proses pencarian, penghasilan, penilaian, perkongsian, perbincangan dan penyelesaian masalah. Akhir sekali apa yang dihasilkan adalah satu cubaan untuk melakukan anjakan paradigma dari segi ilmu pengetahaun, kemahiran dan persepktif melihat pembelajaran yang lebih dinamik, aktif dan progresif.
1
1.0 Pengenalan
Jika kita imbas kembali 30 tahun yang lalu, dan jika kita bandingkan teknologi (terutama
Teknologi Maklumat dan Komunikasi) pada masa kini, perkembangan teknologi sangat
menakjubkan. Kini dalam alaf baru, kita semua sedar bahawa perubahan / revolusi
teknologi sangat dramatik dalam sejarah, ia telah merubah segalanya dalam cara kita
berkerja, berkomunikasi dan cara kita menggunakan masa lapang kita. Revolusi teknologi
berpusatkan kepada komputer, maklumat, komunikasi dan teknologi multimedia, yang
biasanya telah ditafsirkan sebagai permulaaan ilmu pengetahuan atau masyarakat
bermaklumat, dan sehinggakan pendidikan sebagai punca peranan utama dalam setiap
aspek kehidupan kita; transformasi yang besar ini mengwujudkan cabaran hebat kepada
kaum pendidik untuk berfikir semula pandangan (pegangan) asasnya, untuk membawa
media dengan cara kreatif dan produktif, dan untuk menstruktur semula persekolahan
supaya respon secara konstruktif dan progresif kepada teknologikal dan perubahan sosial
yang mana kita kini mengalaminya (Kellner,).
Ramai pakar berpendapat bahawa e-pembelajaran akan menjadi salah satu unsur penting
dalam proses pembelajaran dan ”online learnig” pula akan menjadi salah satu alat proses
pembelajaran utama dalam beberapa tahun akan mendatang terutama pada peringkat kolej
dan ke atas (Cormwell, 1988; Kellner; Starr, 2000; Starr, 2006) . Walau bagaimana pun
perlu diingatkan dalam pendidikan bahawa teknologi itu sendiri tidaklah hebat,
sesungguhnya yang hebat ialah guru! Penggunaan teknologi tanpa pengetahuan dan
kemahiran bagaimana ia seharusnya boleh digunakan, dan bagaimana seseorang itu belajar
dan seterusnya membina sesuatu ilmu pengetahuan, biasanya akan menemui kegagalan –
inilah cabaran kepada kaum guru kini. Oleh itu adalah perlu melakukan perubahan
pandangan (pegangan – anjakan paradigma) bagi guru-guru melihat penggunaan atau
integrasi teknologi dalam P&P, proses pembelajaran dan gaya pembelajaran yang pelbagai.
Kita juga harus sanggup menerima dan menggunakan pendekatan-pendekatan terkini yang
boleh membantu proses integrasi teknologi dalam P&P, misalnya ”blended learning”.
Disamping itu kita juga harus peka dengan teori pembelajaran yang serasi dengan individu,
suasana dan persekitaran masa kini – kerana pelajar-pelajar kita hidup pada masa kini dan
akan datang.
2
2.0 e-Pembelajaran
e-Pembelajaran (e-learning) satu istilah yang cukup popular dalam era teknologi maklumat
dan komunikasi dan Ia mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Umumnya e-
pembelajaran merujuk kepada sesuatu pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang
disalurkan melalui komponen atau sistem elektronik. Biasanya e-pembelajaran melibatkan
penggunaan komputer atau perkakasan elektronik. Secara mudahnya e-pembelajaran
merupakan cara mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatan keboleh
capaian dan keberkesanan pembelajaran. Ini mungkin termasuk pakej CD-ROM, kursus
yang disalurkan melalui ”online” dan lain-lain aspek pembelajaran yang melibatkan
elektronik dan sistem.
Adakah e-pembelajaran memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran? Satu
persoalan yang selalu mencurigakan kaum pendidik! Keberkesanan atau tidak ia bergantung
kepada bagaimana kaum guru (khususnya) berupaya mengarap penggunaan teknologi (dan
juga media) dalam pelbagai cara dan dapat memenuhi keperluan kurikulum dan dapat
memenuhi keperluan pembelajaran pelajar itu sendiri. Elliott Masie (e-learning guru)
menyatakan, ”people are not single-method learners!” (Carman, 2002). Dari itu
mengwujudkan pelbagai cara / ragam pembelajaran dengan penggunaan e-pembelajaran
dalam situasi pembelajaran biasa (bilik darjah) akan menyokong keperluan pembelajaran
yang pelbagai oleh individu. Satu pendekatan terkini yang boleh diguna pakai ialah
“belended learning”. “Blended learning” merupakan gambungan pelbagai strategi
pembelajaran dan kaedah-kaedah penyampaian yang akan mengoptimum pengalaman
pembelajaran pelajar; pembelajaran sesi dalam bilik darjah, berasaskan komputer melalui
CD-ROM, berasaskan web, boleh digambungkan sebagai cara pembelajaran pelajar
(Kurtus, 2004).
Penggunaan e-pembelajaran seharusnya membawa kita melakukan anjakan paradigma
kepada pendekatan pembelajaran yang lebih dinamik dan aktif. Proses anjakan paradigma
biasanya merupakan sesuatu yang menyukarkan, ini kerana kita telah selesa dengan cara
yang biasa kita lakukan. Sesungguhnya untuk membetulkan yang biasa kita lakukan dan
biasakan yang betul merupakan satu cabaran. Cabaran kita kini ialah beranjak dari
persekitaran pembelajaran tradisional kepada persekitaran pembelajaran yang baru. Rajah
1 menjelaskan ciri-ciri perubahan yang seharusnya membolehkan kita melakukan anjakan.
3
Rajah 1: ESTABLISHING NEW LEARNING ENVIRONMENTS Incorporating New Strategies
Traditional Learning Environments
New Learning Environments
Teacher-centered instruction Student-centered learning Single sense stimulation Multisensory stimulation Single path progression Multipath progression Single media Multimedia Isolated work Collaborative work Information delivery Information Exchange Passive learning Active/exploratory/inquiry-based learning
Factual, knowledge-based learning Critical thinking and informed decision-making
Reactive response Proactive/planned action Isolated, artificial context Authentic, real-world context
(NTES, 2002)
Kesan Penggunaan e-pembelajaran berserta perubahan persekitaran pembelajaran biasa,
seharus akan menjadikan pembelajaran lebih dinamik dan progresif, seterusnya melahirkan
pelajar yang lebih peka kepada keperluan dan keupayaan diri sendiri untuk lebih bersaing
sama ada pada peringkat lokal dan global. Disamping itu e-pembelajaran dapat menyokong
proses integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Integrasi teknologi
(terutama ICT) dalam P&P akan menjadikan proses pembelajaran lebih berpusatkan pelajar,
aktif, progresif, bermotivasi, penerokaan-penemuan, berkongsi maklumat dan kemahiran,
dan berkerja secara kooperatif dan kolaboratif.
Penggunaan teknologi dalam proses P&P dikatakan dapat meningkatkan pencapaian
pelajar dalam pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Center Applied Research in
Education Technology (CARET) bahawa “Technology improves student performance when”;
1. the application directly supports the curriculum objectives being assessed. 2. the application provides opportunities for student collaboration. 3. the application adjusts for student ability and prior experience, and provides feedback
to the student and teacher about student performance or progress with the application.
4. the application is integrated into the typical instructional day. 5. the application provides opportunities for students to design and implement projects
that extend the curriculum content being assessed by a particular standardized test. 6. used in environments where teachers, the school community, and school and district
administrators support the use of technology.
Sumber: http://caret.iste.org/index.cfm?fuseaction=answers&QuestionID=1
4
CARET juga menjelaskan bahawa teknologi didapati dapat meningkatkan peluang-peluang
pembelajaran pelajar;
1. apabila pelajar dapat menggunakan internet sebagai alat mendapatkan maklumat yang berkaitan bagi tugasannya;
2. apabila pelajar dapat menggunakan internet untuk berkolaboratif antara rakan dan juga guru berkaitan dengan tugasan atau projek;
3. apabila pelajar menggunakan teknologi untuk membantunya merancang dan impliment projek yang berkaitan dengan subjek tertentu;
4. apabila pelajar di kawasan pendalaman dapat mengakses melalui pembelajaran ”online” yang memberinya kualiti;
5. apabila pelajar menggunakan komputer di rumah untuk menyambung kerja yang dilakukan di sekolah.
Sumber: http://caret.iste.org/index.cfm?fuseaction=answers&QuestionID=8
3.0 Merancang Kejayaan Kepada Proses
Merancang merupakan satu aspek yang sangat penting untuk menentukan kejayaan
sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Walau bagaiman pun, “Planning skills are critical
for instructional effectiveness in the classroom” (Baylor, Kitsantas, & Chung, 2001).
Cabaran kepada kita sebagai guru kini dan seterusnya ialah, bagaimana kita dapat memberi
kepada semua pelajar, pembelajaran berasaskan kepada kekuatan atau kelebihan dan
keupayanya (Cromwell, 1998). Cabaran ini berkehendakkan semua kaun guru mempunyai
pengetahuan dan kemahiran, sama ada dari segi subjek konten, pedagogi, psikologi,
teknologi dan reka bentuk pengajaran (instructional design). Pengetahaun dan kemahiran
ini merupakan asas dalam proses kita merancang sesuatu system atau proses
pembelajaran, terutamanya yang melibatkan teknologi dan media.
Setiap perancang mempunyai perspektif yang tersendiri. Bagi diri saya, saya ‘melihat’
sesuatu proses P&P berasaskan teori konstruktif. Teori ini menjadi kerangka utama bagi
saya menentukan sesuatu proses yang seharusnya berlaku dalam pembelajaran. Teori
konstruktif menjelaskan bahawa seseorang individu membina ilmu pengetahuan melalui
tindakan dan pemikiran yang aktif untuk memberi makna terhadap pengalamannya; dan
menurut Piaget cara yang penting untuk mengetahui ‘dunia nyata’ bukanlah secara terus
melalui deria kita, tetapi pertama dan yang lebih utama melalui tindakan kita (Sinclair,
1987). Cornwell (1998) menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh
pelajar berasaskan pengetahuan sedia ada, sikap dan nilai, maka; “Sophisticated
technology is in place to support the pursuit of knowledge”. Disamping itu sesuatu yang unik
5
dan tersembunyi terdapat pada psikologi pembelajaran konstruktif seperti apa yang
dinyatkan oleh Dougiamas, (1998);
In constructivism I see a hidden value ascribed to the notions of diversity and adaptability, which in turn promote the root value: survival of our species. Learners who can adapt quickly by learning in a complex world are more likely to adapt to changing conditions and survive as an individual. As an insurance against our future, more capable individuals are also more likely to discover answers to the questions we haven't even thought of asking yet.
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya merancang membina 2 jenis e-
pembelajaran, iaitu kes pertama, berasaskan web dan dipakej dalam CD; dan kes kedua,
secara “online” dengan menggunakan pakej moodle (LMS – Learning Management
System). Kedua-dua jenis ini dibina kerana memenuhi keperluan pelajar yang berbeza;
pertama pelajar yang belajar secara sepenuh masas di IPTI dan kedua pelajar yang hanya
hadir ke IPTI semasa cuti sekolah (KDC – Kursus Dalam Cuti).
3.1.0 Kes Pertama:
Pelajar sepenuh masa, sama ada guru pelatih KDPM (Kursus Diploma Perguruan Malaysia
– kini telah tiada) dan KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), mata pelajaran ialah
Pengurusan Sumber (mengandungi topik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi
Pendidikan dan Sains Perpustakaan). Masa yang diperuntukan dalam sukatan ialah satu (1)
jam seminggu untuk 15 jam bagi satu semester. Perancangan yang saya bina ialah untuk
satu semester diedarkan dalam bentuk web dalam CD.
Seterusnya untuk membina rancangan pengajaran, saya telah meminjam dua (2) model
reka bentuk pengajaran (ID), iaitu ASSURE dan ADDIE dan mengambil beberapa elemen
antara keduanya untuk memenuhi keperluan dan kesesuaian dalam perancangan saya.
Model ASSURE yang telah dibina oleh Heinich, mentakrifkan sebagai – “a procedural guide
to planning and conducting instruction that incorporates media and technology – assumes
that training or instruction is required” (Heinich dan rakarn, 2002; 54). Model ASSURE lebih
memberi fokus merancang dalam persekitaran sebenar bilik darjah menggunakan media
dan teknologi. Model ADDIE pula lebih tertumpu kepada membina satu program atau
sistem pembelajaran (Kruse, 2002). Gabungan kedua model tersebut menjadi satu reka
bentuk yang cuba saya olah untuk memenuhi pendekatan “blended learning”, dan melihat
proses pembelajaran dalam perspektif psikologi konstruktivist dan kognitif.
6
3.1.1 Aktiviti Perancangan
Aktiviti perancangan ini melibat kitaran 7 fasa, iaitu; analisis; tentukan objektif; pemilihan
bahan, media dan sumber; reka bentuk; pembangunan; pelaksanaan; dan penilaian.
1. Fasa Analisis: melibat proses analisis pelajar dan sukatan. Sukatan dianalisis
supaya dapat disusun semula bagi keperluan pembelajaran dalam masa yang
terhad.
2. Fasa Objektif: melibat penentuan matlamat dan objektif sesuatu kurikulum / sukatan
dan proses pembelajaran mingguan. Secara amnya hasil pembelajaran bergantung
aktiviti atau tugasan yang perlu dihasilkan pada setiap minggu pembelajaran. Ini
seolah-oleh yang hasil pembelajaran ditentukan oleh pelajar sendiri.
3. Fasa Pemilihan bahan: proses ini penting bukan saja memilih, tetapi menentukan
kesesuaian bahan, media dan sumber, dan juga melakukan pengubah suai jika perlu
dan akhir sekali membina sendiri bahan yang perlu supaya bersesuaian dengan
sukatan.
4. Fasa Reka bentuk: Ini merupakan aktiviti yang mencabar. Ada dua (2) perkara yang
perlu direka, yang pertama, reka bentuk sistem keseluruhan rancangan pengajaran
dan kedua, rancangan aktiviti yang akan menentukan proses pembelajaran. Dalam
rancangan ini beberapa aktiviti pembelajaran akan diintegrasi dengan topik teknologi
maklumat itu sendiri – pendektan pembelajaran konstruktif cuba diaplikasikan
berasaskan kooperatif dan kolaboratif. Rancangan ini memboleh kesemua
kandungan sukatan dilaksanakan. Secara amnya adalah sukar untuk menghabiskan
sukatan yang agak luas, jika proses pengajaran dilakukan secara tradisional.
5. Fasa Pembangunan: peringkat ini merupakan proses membina bahan atau pakej
pembelajaran berasaskan reka bentuk yang telah ditetapkan. Pakej yang dibina
berasaskan web (lihat Lampiran 2) dan dipakejkan dalam CD. Boleh dilaksanakan
dalam mana-mana sistem operasi.
6. Fasa Pelaksanaan: “All the students we teach have something in their lives that’s
really engaging— something that they do and that they are good at, something that
has an engaging, creative component to it” (Prensky, 2005). Maka dalam peringkat
ini proses secara ”blended learning” (lihat model blended learning – Lampiran 3)
cuba diaplikasikan iaitu;
a. pembelajaran dalam bilik darjah (makmal komputer), b. pembelajaran akses kendiri, arah kendiri dan mengikut keupayaan individu c. pembelajaran akses kendiri di luar bilik darjah dan komunikasi melalui e-mail. d. kooperatif dan kolaboratif dalam bilik darjah dan diluar bilik darjah. e. pelbagai tugasan untuk mengukur pengetahuan pelajar.
7
Proses pelaksanaan dengan menggunakan pakej web dalam CD dan internet, cuba
mengwujudkan satu pengalaman proses penerokaan dan penemuan (lihat Rajah 2
dan Lampiran 3). Ianya bermula dengan soalan utama/asas di mana – “Essential
questions challenge students to think at the highest levels of Bloom's Taxonomy by
requiring critical evaluation and reflection” (Spartanburg School, )
Rajah 2 : Model Kerangka Konseptual Peroses Penemuan Dengan Internet.
7. Fasa Penilaian: merupakan satu aktiviti biasa yang sangat penting untuk menilai
sama ada pelajar telah belajar apa yang sepatutnya dia pelajari dan menilai
keseluruhan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran – menilai reka bentuk
sistem dan proses aktiviti pembelajaran, kemudian melakukan pengubah suaian dan
tambah nilai. Bagi menilai diri dan proses, rubric “Planning And Designing Learning
Environments And Experiences” (lihat Lampiran 1) mungkin dapat menentukan tahap
diri dan proses yang telah kita lakukan.
Selalu melakukan refleksi terhadap aktiviti P&P akan membantu meningkatkan
tahap kesedaran kita terhadap keperluan pembelajaran yang sewajarnya.
8
3.2.0 Kes Kedua:
Merupakan pelajar Kursus Dalam Cuti iaitu kursus Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah
(LPBS). Pelajar-pelajar ini mengikuti kursus sambil mengajar di sekolah dan hadir ke institut
perguruan untuk sesi kuliah atau pertemuan semasa cuti sekolah, biasanya pada cuti akhir
semester satu dan dua. Subjek yang dipelajari juga Pengurusan Sumber. Pembelajaran
secara “online” diaplikasi kini, kerana sekolah-sekolah sekarang telah mempunyai
kemudahan capai ke internet, dan pelajar-pelajar kini secara amnya telah pun mempunyai
literasi teknologi maklumat dan komunikasi.
Pembelajaran “online” dilaksanakan menggunakan pakej LMS Moodle. Moodle telah dibina
oleh Martin Dougiamas, berdasarkan falsafah permbelajaran berasas sosial konstruktivisme
(anda boleh buat sedikit rujukan di http://docs.moodle.org/en/Philosophy). Secara
mudahnya, pembelajaran berasaskan sosial konstruktivisme, menekankan bahawa
sesorang membina ilmu pengetahuan melalui interaksi sosial yang aktif apabila berlaku
proses perbincangan, iaitu kritikan, saranan, penghujahan, dan mungkin sokongan
komunikasi yang berlaku dalam kumpulan dan yang akhir berlaku proses refleksi dan
analisis hasil dari perbincangan tersebut.
3.2.1 Perancangan
Dalam perancangan pembelajaan online, proses yang dirancang berbeza dengan kes
pertama, dalam kes ini hanya terdapat 5 fasa. Ia bermula dengan, analisis; hasil
pembelajaran; pemilihan bahan, media dan sumber; reka bentuk; dan penilaian.
1. Fasa Analisis : melibatkan proses analisis pelajar dan sukatan. Sukatan perlu dibuat
analisis supaya tajuk-tajuk tertentu (konten) dapat disusun dalam proses.
2. Fasa Hasil Pembelajaran: penentuan hasil pembelajaran selalunya secara tidak
langsung merujuk kepada tugasan yang akan dihasilkan berdasarkan aktiviti tertentu.
3. Fasa Pemilihan bahan: pemilihan bahan, media dan sumber diinternet juga
merupakan sesuatu yang kritikal. Bahan dan media yang disediakan perlu
memenuhi keperluan konten selain sokongan dari sumber lain.
4. Fasa Reka bentuk: ini merupakan proses yang sangat penting! Reka bentuk yang
dibina ialah merupakan satu proses pembelajaran yang cuba dibina berasaskan
fahaman sosial konstruktivisme. Dalam proses ini konten bukanlah yang utama,
tetapi yang penting aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang pelajar meneroka,
mencari, penemuan (lihat Rajah 2 -kerangka konseptual penemuan intenet dan
Lampiran 3), berfikir, membuat keputusan, menghasilkan tugasan dan berbincang
9
dengan rakan atau fasilitator melalui forum bagi setiap masalah yang dihadapi.
Dalam moodle telah pun terdapat alat-alat yang boleh menyokong aktiviti yang
dinyatakan, lihat Rajah 3.
Rajah 3 : Kemudahan Yang Terdapat Dalam Moodle.
5. Fasa Penilaian: dalam peringkat ini penilaian bukan sahaja tertumpu kepada hasil
tugasan tetapi implikasi hasil tugasan terhadap proses yang telah dibina. Maka
penilaian dan semakan semula proses yang dibina perlu dilakukan supaya aktiviti
berikut lebih memberi kesan dalam pembelajaran (lihat juga Lampiran 1 – sebagai
rujukan penilaian diri)
3.2.2 Pelaksanaan Sebelum pembelajaran secara online dilakukan, pelajar-pelajar akan diberi taklimat
berkaitan dengan penggunaan LMS Moodle semasa sesi pertemuan awal. Iaitu cara untuk
login, menghantar tugas, menyertai perbincangan (forum), membuat catatan jurnal dan lain-
lain aktiviti.
Sesi pembelajaran online bermula apabila mereka berada di sekolah. Respon yang diterima
dalam proses ini agak menggalakkan (kes LPBS pertama – KPLI Sek. Ren. BM). Misalnya
lebih dari 90 peratus pelajar menghantar tugasan melalui online. Proses menyemak
tugasan yang dihantar sangat mencabar, saya terpaksa peruntukkan sekurang satu jam
sehari untuk menyemak dan memberi komen dan markah hasil kerja mereka. Jika mereka
tidak puas hati dengan markah yang diberi mereka boleh menghantar tugas gantian, dan ini
juga perlu disemak, diberi komen dan markah. Jika saya lambat menyemak, ada yang
10
menghantar email atau sms supaya segera membuat semakan. Contoh dalam Rajah 4
salah satu hasil tugas yang telah diberi komen, pelajar di bawah telah menghantar tugas
tersebut untuk kali ketiga.
Rajah 4 : Contoh Komen Oleh Fasilitator
Selain dari menghantar tugas, pelajar-pelajar akan menggunakan ruang bertanya untuk
bertanyakan masalah semasa mereka belajar. Masalah mereka akan cuba dijawab oleh
saya, dan yang penting adalah respon atau bantuan dari rakan-rakan mereka. Ini akan
mengwujudkan rasa yakin bagi yang membantu dan rasa berkerjasama antara mereka.
Rajah 5 merupakan contoh salah satu respon dari rakan-rakan.
Rajah 5 : Contoh Respon Dari Ruang Bertanya
11
Satu lagi elemen yang menarik terdapat dalam moodle ialah, catatan jurnal. Aktiviti ini
dapat digunakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar melakukan refleksi secara tidak
langsung terhadap sesuatu isu yang dikemukakan – refleksi merupakan salah satu aspek
penting dalam proses pembelajaran. Contoh satu persoalan yang saya kemukakan adalah
seperti berikut:
Jika anda tiada pengalaman sebagai seorang guru PSS, anda digalakkan menyelami pemasalahan yang dialami oleh seorang guru PSS. Berdasarkan pengalaman tersebut buat catatan, apakah masalah-masalah;
• sebagai seorang guru PSS • melakukan proses pengkelasan dan pengkatalogan • penggunaan PSS oleh murid-murid dan guru-guru • berkaitan pengurusan dengan pihak pentadbir • proses membeli bahan-bahan dan buku-buku untuk PSS
Catatan sedemikian sebenarnya membantu pelajar untuk untuk menyelami secara nyata
sesuatu masalah ditempat kerja. Ini sekurang-kurangnya mengajar mereka realiti yang
berlaku di tempat bertugas. Sebagai fasilitator kita juga boleh membantu atau memberi
respon yang bersesuaian. Lihat Lampiran 5 untuk contoh bagi respon persoalan di atas.
Ruang forum merupakan salah alat dalam moodle yang boleh mengwujudkan kolaboratif.
Ia berkesan untuk digunakan dalam pelbagai keadaan, misalanya sebagai ruang bertanya
atau kita menimbulkan sesuatu isu supaya dapat dibincangkan oleh pelajar-pelajar. Berikut
merupakan salah satu isu yang dikemukan kepada pelajar supaya boleh dibincangkan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi kini merupakan satu teknologi yang perlu dikuasai oleh semua orang. Pada pendapat anda, adakah TMK dapat membantu meningkatkan aktiviti P&P dan pengurusan pendidikan secara umum. Anda juga digalakkan mengkritik pendapat rakan, jika anda rasa ia tidak bersesuaian, dan berikan alasannya.
Perbincangan sedemikian akan membantu pelajar supaya mereka dapat menyertai secara
aktif, lebih matang terhadap sesuatu isu dan perlu kritikal apabila memberi pandangan atau
komen terhadap pandangan rakan-rakan yang lain. Aspek ini sangat penting dalam proses
seseorang membina sesuatu kefahaman dan ini akan menepati fahaman sosial
konstruktivisme. Telitkan pandangan Kathleen Cave berkaitan pengalamannya sebagai
seorang pelajar dan instruktor menggunakan kursus secara online:
"During the course, we found out not only how to use the tools, but also how to be effective online learners and instructors. We learned ways to 'seed'
12
discussions so participants would become actively engaged, and we found out how to give feedback and constructive criticism without the benefit of being face-to-face. We discovered that the hardest part of teaching online is keeping participants engaged with the group; that facilitators must make the environment welcoming and respond promptly to questions and concerns. (Starr, 2006)
4.0 Kekuatan dan Kelemahan
Semasa melaksanakan e-pembelajaran, terdapat beberapa kelebihan/kekuatan dan
kekurangan/kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Kekuatan atau kelebihan utama
semasa melaksanakan e-pembelajaran ialah;
1. menggalakan proses anjakan paradigma dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran.
2. dapat ’menyalurkan’ semua topik dalam sukatan ke dalam proses – konten
diedarkan secara tekal
3. dapat menjimatkan masa terutama kepada guru
4. pembelajaran akses kendiri, mengwujudkan keselesaan dari segi masa dan ruang;
membina keyakinan diri – interaktif, ini akan lebih mendorong pelajar daripada kita
memaksa.
5. proses integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran lebih mudah,
6. pelajar dapat memyiapkan tugasan mengikut keupayaan dan kesesuaian
7. mengatasi masalah fasilitator tidak dapat hadir ke kelas dan tidak perlu kehadiran
guru/fasilitator terutama dalam pembelajaran online,
8. diharap dapat mengwujudkan kerjasama dan kolaboratif semasa melaksanakan
aktiviti dan tugasan.
Kelemahan dan kekurangan yang boleh berlaku semasa e-pembelajaran ialah:
1. isu literasi teknologi, terdapat yang masih bermasalah berkaitan dengan kemahiran
teknologi dan literasi maklumat,
2. kesukaran akses kepada teknologi, walaupun kini masalah itu makin mengecil,
3. melibat kos, terutama apabila hendak setup lama web dinamik
4. kesukaran beranjak kepada pembelajaran kendiri, kebiasaan pelajar dikatakan
belajar apabila dia ”diajar” – bagi guru pula sukar berubah kepada perspektif P&P
terkini
5. instruktor tidak dapat mengwujudkan aktiviti yang membolehkan pelajar terlibat
secara aktif – reka bentuk yang tidak dirancang dengan baik, maka yang berlaku
hanya ’menyalurkan’ konten sahaja,
13
Pengalaman Kathleen Cave menyatakan, ” I've found that in order for an online
course to work, the facilitator must work very hard to also make the Web environment
comfortable and easy to navigate. It requires a great deal of time to make a site
attractive and navigable” (Starr, 2006).
5.0 Kesimpulan
Hasil perancangan yang telah dibina memberi kesan yang begitu bermakna kepada diri saya
semasa diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tugas-tugas seharian
saya sebagai seorang tenaga pengajar di institut penguruan. Pakej pembelajaran tersebut
membolehkan proses pembelajaran berlaku walau pun tanpa kehadiran saya. Bagi pelajar
pula pakej tersebut telah memudahkan mereka untuk belajar pada bila-bila masa
bergantung kepada kesesuaian masa dan dirinya, ini menjadikan pembelajaran lebih mesra
dan bertanggungjawab. Apa yang telah dilakukan hanya merupakan salah satu proses
anjakan paradigma terhadap diri saya dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan
perspektif terhadap pembelajaran pelajar.
Kesedaran kita kepada keadaan semasa dan keperluan generasi kini adalah penting,
suapaya kita sama-sama bertindak memantapkan pengetahuan dan kemahiran,
terutamanya dalam aspek teknologi - ICT. Kita tidak dapat lari dari kesan perkembangan
teknologi yang dramatik. Pengaruhnya dalam kehidupan sangat besar, begitu juga
pengaruhnya dalam pendidikan semasa. Kelalaian kita terhadap perkembangan ini mungkin
boleh memudaratkan generasi kita pada masa depan. Pandangan Cathy Chamberlain,
seorang guru Oswego City School District di New York mungkin dapat merenungi diri kita;
"Children today have been brought up in a technological world. They use technology to search for knowledge and to solve problems. It comes naturally to them because they have lived with it their whole lives. This way of acquiring information and using knowledge will begin to make demands on classroom instruction. Teachers will have to truly understand technology and get up to speed on using it, not only to keep up with the kids but also because the kids will expect to use technology in their classrooms.” (Starr, 2000).
Oleh itu kita perlu melakukan anjakan paradigma dan menilai semula ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang ada pada kita. Menguasai pengetahuan konten sahaja tidak mencukupi,
kita perlu menguasi pengetahuan dan kemahiran pedagogi dan teori pembelajaran yang
mantap, psikologi, teknologi terkini, pendekatan pembelajaran yagn pelbagai dan
”instructional design”.
14
Rujukan:
Baylor, A. L., Kitsantas, A., & Chung, H. (2001). The Instructional Planning Self-Reflective Tool (IPSRT): A Method for Promoting Effective Lesson Planning. Educational Technology, 41(2), 56-59. [on-line] http://garnet.acns.fsu.edu/~abaylor/PDF/ipsrt.pdf
Carman, J.M. (2002). Blended Learning Design: Five Key Ingredients. KnowledgeNet.Com
[on-line], http://www.knowledgenet.com/pdf/Blended%20Learning%20Design_1028.PDF
Center Applied Research in Education Technology, [on-line]. http://caret.iste.org/ Cromwell, S (1998). The School of the Future. Educational World [on-line].
http://www.educationworld.com/a_curr/curr046.shtml
Cromwell, S (2000).Three Keys to Technology Excellence. Educational World [on-line]. http://www.educationworld.com/a_tech/tech032.shtml
Dougiamas, M. (1998). A journey into Constructivism. [on-line].
http://dougiamas.com/writing/constructivism.html Heinich, R.,Molenda, M., Russell, J.D. & Smaldino, S.E. (2002). Instructional Media and
Technologies for Learning. Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey.
Kellner, D. ( ). New Media and New Literacies: Reconstructing Education for the New Millennium, [on-line]. http://www.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/essays/newmedianewliteracies.pdf
Kennedy, B. (1998). Further Education for the New Millennium. The report of the Further
Education Funding Council’s committee on widening participation in Further Education. UK Lifelong Learning. [on-line]. http://www.lifelonglearning.co.uk/kennedy/index.htm
Kruse, K. (2002). Introduction to Instructional Design and the ADDIE Model. e-
LearningGuru.com. [on-line], http://www.e-learningguru.com/articles/art2_1.htm Kurtus, R. (2004). Blended Learning. School for Champions [on-line], http://www.school-for-
champions.com/elearning/blended.htm NETS, (2002). Preparing Teachers to Use Technology. National Educational Technology
Standards for Teachers. [on-line]. http://cnets.iste.org/teachers/t_book.html Prensky, M. (2005). “Engage Me Or Enrage Me“ What Today’s Learners Demand.
EDUCAUSE r e v i e w . September/October 2005, Volume 40, Number 5, [on-line]. http://www.educause.edu/ir/library/pdf/erm0553.pdf
Sinclair, H. (1987). Constructivism And The Psychology Of Mathematics. Conference Of
PME 11. Monteral.
15
16
Spartanburg School District Three. [on-line]. http://www.spa3.k12.sc.us/wblearningmodel.htm
Starr, L. (2000). Education in the New Millennium. Educational World [on-line] \. http://www.educationworld.com/a_tech/tech065.shtml
Starr, L. (2006). Teaching and Learning Online. Educational World [on-line].
http://www.education-world.com/a_curr/profdev/profdev134.shtml
17
Lampiran 1: Metarubric PLANNING AND DESIGNING LEARNING ENVIRONMENTS AND EXPERIENCES
D I S T I N G U I S H E D ( 4 ) P R O F I C I E N T ( 3 ) A P P R E N T I C E ( 2 ) N O V I C E ( 1 ) Teachers plan and design effective learning environments and experiences supported by technology. The teacher:
A Consistently and creatively attends to developmental needs and student diversity
Shows adequate attention to developmental needs and student diversity
Shows moderate attention to developmental needs and student diversity
Shows weak attention to developmental needs and student diversity
B
Applies current research and theory when planning technology-rich learning activities
Mentions current research and theory when planning technology-rich learning activities
Gives minimal attention to current research and theory when planning technology-rich learning activities
Does not utilize conclusions from current research and theory when planning technology-rich learning activities
C
Consistently demonstrates critical thinking in selecting software
Shows some critical thinking in selecting software
Shows minimal critical thinking in selecting software
Rationale for selecting software is weak, lacking evidence of critical analysis
D
Anticipates technology-related classroom management issues and plans multiple courses of action
Anticipates technology-related classroom management issues and plans a course of action
Anticipates technology-related classroom management issues but does not plan alternative actions
Does not anticipate technology-related classroom management issues and does not plan alternative actions
E
Plans multiple strategies to facilitate students’ higher-order thinking, critical thinking about electronic information, ethical sensitivity, and technical skills
Plans some strategies to facilitate some of the following: students’ higherorder thinking, critical thinking about electronic information, OR technical skills
Plans strategies to facilitate only technical skills or is focused on only one aspect of technology use
Planning is inconsistent and does not cover any strategy well.
NETS, (2002)
Lampiran 2 Contoh Paparan Utama Pakej Pembelajaran.
Contoh Gambarajah-gambarajah menu dan capaian ke bahagian-bahagian tertentu.
18
Lampiran 3 Lima Ramuan Utama “Blended Learning”
.
Carman (2002).
Model Pembelajaran Berasaskan Web
Spartanburg School District Three
19
Lampiran 4 Contoh
20
Sambungan Lampiran 4
21
Lampiran 5 Contoh Catatan Jurnal.
22
Recommended