View
20
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
SEMINAR MAJLIS ILMU 2019
RESOLUSI
1. Balai khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah lambang
ketamadunan dan kekayaan warisan Islam yang menyantuni manuskrip
dan berbagai artifak Islam bernilai tinggi.
2. Kesungguhan dan keprihatinan tinggi seorang raja mu'min lagi soleh
terhadap kelestarian peradaban ummah sehingga terbinanya balai ini
wajar disyukuri sebagai nikmat agung dari Ilahi yang membawa keberkatan
kepada bumi Darussalam.
3. Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah berpotensi menjadi hab
pusat pengkajian manuskrip Islam global yang akan membongkar pelbagai
disiplin ilmu terutamanya keunggulan keilmuan Islam yang terpendam di
balik lembaran-Iembaran naskhah manuskrip yang berharga.
4. Pemberigaan mengenai kepentingan manuskrip kepada khalayak khasnya
para belia dan pelajar perlu dipergiatkan agar masyarakat berupaya
memahami keperluannya demi pembangunan dan kemajuan bangsa dan
negara.
5. Pembudayaan aktiviti penyelidikan dan pengkajian dalam kalangan ahli
akademik dan pelajar pengajian tinggi sangat perlu digembleng. Ini kerana
masih banyak manuskrip yang belum dijejaki sekalipun sebahagiannya
berada dalam jangkauan dan sudah lama tersimpan kemas di Balai
Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
6. Perkongsian mengenai dapatan kajian daripada para sarjana yang
berkepakaran dalam bidang manuskrip Nusantara telah menyatakan
bahawa naskhah penulisan manuskrip Melayu Jawi mengandungi nilai-nilai
1
penting antaranya nilai kepimpinan yang terhentuk berdasarkan
pengalaman zaman berzaman. Perkara ini perlu diketengahkan kepada
generasi baru agar mereka dapat mempelajari dan menelaah ketinggian
tamadun silam dan sentiasa memelihara jati diri bangsa.
7. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, aktiviti penyelidikan terhadap
tinggalan sejarah seperti manuskrip dan artifak negara perlu
dipertingkatkan. Ini kerana manuskrip hasil karangan orang Brunei masih
banyak yang belum diteroka dan dikemukakan kepada umum. Meskipun
terdapat penelitian dilakukan seperti terhadap manuskrip Hukum Kanun,
Silsi/ah Raja-Raja Berunai dan Hikayat Awang Semaun, namun kajian dan
penerbitannya perlu terus diusahakan dalam skala lebih besar dan ilmiah.
8. Keperluan untuk menyediakan dana dan kemudahan sebagai galakan dan
sokongan kepada penelitian manuskrip Alam Nusantara yang masih
berselerak di merata tempat. Selain penerokaan kepada manuskrip yang
baharu, pencarian juga berfungsi untuk mendapatkan naskhah manuskrip
yang bermutu dan berkualiti.
9. ~epentingan menjalin hubungan dan jaringan di peringkat serantau dan
antarabangsa dengan para pakar dan pihak berkepentingan seperti
perpustakaan di Barat dan Eropah untuk sama-sama rnelaksanakan dan
memperkasa kegiatan penyelidikan manuskrip.
10.Penjagaan naskhah-naskhah manuskrip bukanlah perkara yang boleh
dikesampingkan. Ini kerana pemuliharaan khazanah ini akan menjamin
ketahanan dan kebolehrujukan dalam tempoh masa yang lama. Para
pengkaji tidak dinafikan sangat bergantung kepada kualiti naskhah yang
2
mereka harapkan dapat menjamin ketepatan dan kesahan yang autentik
terhadap suatu dapatan daripada analisis yang dijalankan.
11.Pendekatan moden sesuai dengan teknologi tinggi terkini telah
menyumbang kepada kemudahcapaian naskhah-naskhah manuskrip di
seluruh dunia. Antaranya dengan cara digitalisasi dan seterusnya
dikongsikan dalam alam maya. Meskipun demikian, kehadiran naskhah
manuskrip asal masih dituntut bagi menjamin keabsahan sumber yang
digunakan.
12.Pusat-pusat terjemahan antara yang perlu ditubuhkan di Negara Brunei
Darussalam untuk menjadi pemangkin bagi rnengembang dan
menyebarluaskan kajian manuskrip. Ini adalah bagi membantu para
pengkaji untuk memastikan tiada salah tafsir terhadap manuskrip khasnya
yang menggunakan bahasa asing. Dalam pada masa sama, kurikulum
seperti ilmu Filologi dapat dibentuk dan diserapkan dalam kursus-kursus di
institusi pengajian tinggi.
3
Recommended