View
102
Download
9
Category
Preview:
DESCRIPTION
hem
Citation preview
SENARAI TUGAS AJK HEM
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA HEM
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas
a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas
Melantik Pengawas
Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar
Menasihatkan dan membimbing pengawas
Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan
kepimpinan Pengawas
b) Jawatankuasa Disiplin Murid
mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar
bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin
sekolah
Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.
Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar
Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan
ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah
a) Bangunan dan kelas
Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga
Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan
kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur
Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah
yang mencukupi untuk setiap penggal
Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan
pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas.
Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam
b) kawasan sekolah
Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah
Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan
sekolah
Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam
Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi
sekolah
c) Kantin Sekolah
Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual,
harga, perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan
Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa
Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-
Membantu guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat
d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran
Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi
Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun
Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar
terancam
Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah
Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut
Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal
e) Jawatankuasa Penyelenggaraan Perabot dan Bangunan
Menerima bekalan perabot baru dan menyimpan buku stok untuk disimpan di akhir
tahun
Memastikan semua perabot mencukupi dan dalam keadaan baik dan bersih
Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya perabot tidak mencukupi
Membaiki perabot yang rosak-Menomborkan dan memastikan perabot-perabot berada
dalam keadaan terkawal
f) Jawatankuasa Tandas
Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan
Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas
sebanyak 3 kali sehari
Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul
Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan
keselesaan dan kebersihan dalam tandas.
Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan
tandas di sekolah
Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah
yang timbul
Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan
tandas sentiasa dijaga
g) Jawatankuasa Pencegahan Denggi
Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang
melibatkan murid sekolah dan melaporkan ke JPWP
Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah
Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat
pembiakan nyamuk di kawasan sekolah
Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat
takungan air dan membubuh ubat ?ABATE? jika perlu
Bekerjasama dengan DBKL dan meminta semburan ubat ?Fogging? kawasan sekolah
jika perlu
Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks
Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses semua
borang SPBT
Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks
pada akhir penggal
Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok
Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang
berkaitan dengan SPBT
Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada
semua guru dan pelajar
Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan
buku yang rosak
Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah
Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan
Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang
diberikan
Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang
biasiswa dari Jabatan Pelajaran
Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa
Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang
masuk dan keluar sekolah
Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian
Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG
Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru
bimbingan dan kaunseling
Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan
laporan yang diperlukan
Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar
Merancang dan menyelaras program PRS
Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
Menjalankan program motivasi untuk pelajar
Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan
Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah
disiplin yang dirujuk kepadanya
Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang
memerukannya
Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam
membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid
Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid
Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oeh DBKL
Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat
sekolah
Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan
supaya selalu bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu
Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang
kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek
.Jawatankuasa Majalah Sekolah
Bertanggungjawab menubuhkan redaksi majalah sekolah
Menentukan kandungan yang sesuai untuk majalah sekolah
Mendapatkan iklan majalah sekolah
Memilih dan menyunting bahan daripada pelajar
Menguruskan sesi bergambar serta pengambilan gambar untuk semua aktiviti sekolah
Mengedarkan majalah kepada pelajar dan sekolah-sekolah lain
Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng
Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar
Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar
selalu tidak hadir dan ponteng
Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiap-tiap akhir
bulan
Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang
dikehendaki
Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang
Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa
pulang
Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid
ditutup
Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas
Menguruskan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN
SEKOLAH
Mengingatkan guru tingkatan dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan
dicatat pada papan kenyataan dalam pejabat
Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru tingkatan
Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut
jadual yang ditetapkan
Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan
guru tingkatan
Recommended