View
4.270
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
Citation preview
SIFAT MAZMUMAH
TAKBUR
DEFINISI
ERTI TAKBUR: perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa
maksud sombong. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadits
beliau:
الناس وغمط الحق بطر الكبر
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” (HR.
Muslim dari Abdullah bin Mas’ud)
“ Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan
menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka
pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam
lubang jarum”
( al-cAraf : 40)
Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan
dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah
S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan
diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk
syurga.
Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa
maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu
perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan
takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia,
lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai
tinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong
adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.
Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan
tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik
dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan
bongkak. (Na'uzubillah hi min dzaalik)
HADIS
1. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi. Daripada Abu
Sa'Id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang Ku dan
kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah
satu daripada kedua-duanya, maka pasti kulemparkan ia ke dalam jahanam."
- (Riwayat Abu Daud no. 4092 dan Ibn Majah no. 4147)
2. Rasulullah bersabda:
“Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan
mengganggap hina kepada orang lain”. (HR. Muslim)
3. Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar :
“Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain
kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa
kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama
dengan darahmu”.
4. Berdasarkan kisah di dalam al-Qur’an, makhluk yang pertama yang diserang
dan menjadi mangsa penyakit takbur ialah iblis (la’natullah). Walaupun
diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan
nabi Allah yang pertama) kerana dia menganggap dirinya lebih mulia
daripada Adam. Katanya:
“Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api,
sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah” (QS 7:12)
5. Di murkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya
(takbur). (QS 16:23)
Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, “Hai, Tuhanku.
Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?”. Allah Taala
berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip
matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya”.
6. Gambaran penghinaan di akhirat pula terdapat dalam hadis daripada Abu
Hurairah r.a. Katanya, Rasulullah bersabda :
“Orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan
pada hari kiamat seperti kumpulan semut, dipijak-pijak oleh manusia kerana
hinanya mereka di sisi Allah Ta’ala”.
Di seksa di akhirat dan dimasukkan ke dalam neraka, sebagaimana firman
Allah Taala (tersebut dalam Hadis Qudsi), mafhumnya:
Kebesaran itu selindang-Ku dan ‘adzmat (keagungan) itu kainku.Sesiapa
merebut salah satu daripada yang dua itu, Aku masukkan dia ke neraka
Jahannam.
Rasulullah bersabda :
“Tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi
daripada sifat takbur” (HR. Muslim)
Mengikut hadis yang lain, Rasulullah bersabda :
“Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar
debu sahaja dari sifat takbur, dia tidak akan tercium bau syurga kecuali
apabila aia bertaubat sebelum maut menjemputnya”.
DALIL
Dalil dari Al Quran
“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan
diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi.Dan kesudahan (yang baik) itu adalah
bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Qashash:83)
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan
janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.“ (QS. Luqman:18)
Dalil yang diambil dari surat Al Qashash:83 menjelaskan bahwa syurga adalah
tempatnya orang-orang yang tidak sombong. Dan pada dalil yang terdapat dalam
surat Luqman:18 Allah swt memerintahkan kita untuk tidak sombong kepada
sesame manusia.
Dalil dari Hadits
Dalil tentang haramnya takabur dan sombong yang berasal dari hadits atau sunnah
Rasul adalah sebagai berikut:
Dari Abdullah bin Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidak
akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya
sebesar atom.” Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu suka
memakai pakaian yang bagus dan sandal/kasut yang bagus pula.” Nabi Muhammad
saw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan.
Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesame manusia.” (HR. Muslim)
Dari Salamah bin Al Akwa ra bahwasannya ada seorang laki-laki makan di hadapan
Nabi Muhammad saw dengan memakai tangan kirinya, beliau lantas bersabda:
“Makanlah dengan memakai tangan kananmu.” Laki-laki itu menjawab: “Saya tidak
bisa.” Nabi Muhammad saw bersabda lagi: “Kamu tidak bisa, itu adalah perbuatan
sombong.” (HR. Muslim)
Dari Haritsah bin Wahb ra berkata: “Saya mendengar Nabi Muhammad saw
bersabda, “Maukah kamu sekalian aku beritahu tentang ahli neraka? Yaitu setiap
orang yang kejam, rakus, dan sombong.” (HR. Bukhari dan Muslim)
CONTOH DARI KISAH NABI S.A.W MENGENAI TAKBUR
Berikut ini merupakan salah satu cerita Rasulullah saw. mengenai orang yang
sombong :
Percakapan antara Surga dan Neraka
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Neraka bercakap-cakap dengan surga, isi percakapan itu adalah : Neraka berkata:
Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong). Syurga berkata:
Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. Maka Allah Azza Wa Jalla
berfirman kepada Neraka: Kamu adalah siksaan-Ku. Aku akan menyiksa siapa saja
yang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman: Aku gunakan kamu untuk
menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki. Allah berfirman pula
kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku. Aku akan berikan rahmat-Ku melalui kamu
kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga
penuh.
PERBEZAAN UJUB, TAKBUR DAN RIAK
Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri
kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang
dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda,
kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan
akrab dengan dirinya.
Sikap ujub ini dimiliki oleh iblis sebagaimana ayat berikut:
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika
Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai
Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” [al-A’raaf 7:12]
Takbur bermaksud sombong iaitu perasaan sebagai tinggi hati, angkuh dan
bongkak.
Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu
dengan mengharapkan balasan yang setimpal.Sebagai contoh seorang lelaki atau
perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang
memerhati dan memuji kerajinannya.
Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama
meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di
dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.
BENTUK-BENTUK TAKBUR
Sombong ada dua JENIS, iaitu sombong zahir (takabur zahir) dan sombong batin
(takabur batin).Sombong lahir yaitu perbuatan sombong yang dilakukan oleh
anggota badan dan jelas terlihat.Sombong batin yaitu sifat kesombongan di dalam
jiwa atau hati yang tidak terlihat.
SIFAT TAKBUR MEMPUNYAI TIGA PERINGKAT IAITU :-
1- Takbur kepada Allah S.W.T.
Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada
sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun
diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takburseperti ini.
2- Takbur kepada Rasul
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa
Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana
yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu
(Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10)
3- Takbur terhadap sesama manusia.
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan
Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini
hukumnya berdosa dan fasiq.
Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:
a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.
TANDA TAKBUR
a. Tidak suka berdoa
b. Mudah terluka dan melukakan hati orang lain
c. Sukar memberi dan meminta maaf
d. Memotong cakap orang lain
e. Cara berjalan yang angkuh
f. Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
g. Tidak suka berziarah
h.
AKIBAT NEGATIF TAKBUR
Sifat takabur adalah sifat tercela yang harus di jauhi oleh setiap mukmin, kerana
akan berakibat sangat fatal di antaranya :
Tidak mahu menerima kebenaran
Tidak menyedari bahawa segala kemewahan dan kemudahan yang
diperolehnya adalah karunia Allah
Menganggap rendah pada orang lain
Syaitan sudah menguasai dirinya
Tidak pernah bersyukur kepada Allah
Dalam pergaulan tidak disenangi oleh orang lain
Di akhirat hanya di neraka tempatnya
CARA MENGIKIS SIFAT TAKBUR DALAM DIRI
Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri
seseorang iaitu dengan cara:
1. Apabila kita bersuara dengan Anak-Anak kecil, maka kita anggaplah yang
sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum
mempunyai dosa-dosa berbanding kita yang telah dewasa.
2. Apabila kita bersuara dengan orang Tua pula, maka kita anggaplah yang
sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah
kepada Allah dari kita.
3. Apabila bersuara dengan orang Alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya
beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu
yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
4. Apabila kita bersuara dengan orang Jahil pula, maka kita anggaplah yang
sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan
kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan segaja
kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk
dan baik
5. Apabila kita bersuara dengan orang Kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa
satu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk Islam. Maka dosa yang
dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t sedangkan
kita pula sebagai umat Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa
mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.
CARA MENGHINDARI TAKBUR
1. Memahami dan menyadari tentang bahaya takabur, baik bahayanya di dunia
mahupun bahaya di akhirat nanti.
2. Menerima setiap nikmat mahupun kelebihan yang dimiliki semata-mata kerana
karunia Allah SWT.
3. Menyadari bahwa asal kejadian semua manusia adalah sama, yakni dari sel
sperma dan ovum. Yang mungkin manusia itu sendiri merasa jijik bila
melihatnya.Kalau kemudian menjadi makhluk yang sangat bagus bentuknya semua
itu kerana kehendak dan kasih sayang dari Allah SWT, dan diri kita sendiri tidak
pernah memesannya kepada Allah SWT.
4. Berusaha untuk dapat bergaul dengan siapa saja denga baik, tanpa membeza-
bezakannya.
5. Segera mengikis benih-benih kesombongan di dalam hati yang setiap saat
dihembuskan oleh syaitan, dengan cara membaca istighfar manakala kita menyedari
telah berbuat sombong.
LAMPIRAN
Retrieved September 7, 2012 from http://firdausalhafiz.blogspot.com/2008/10/ilmu-ilmu-islam-sifat-takbur.html
Recommended