View
265
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/3/2019 Skrip Pengacaraan Bagi Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sek
1/3
Skrip pengacaraan bagi Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan Sek. Keb. Telok Mas, Melaka 2009
7.40 pagi: Murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan
1. Cue: Tetamu, guru besar dan guru-guru telah mengambil tempat
Skrip: Yang Berbahagia Guru Besar Sek. Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah,
., Yang Berusaha Guru Besar Sek. Keb. Telok Mas
Melaka, Pn. Hjh. Arifah binti Ibrahim, Guru-guru penolong Kanan, Guru-guru
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini kerana kita semua dapat berkumpul
bersempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKTM bagi tahun
2009. Sekolah amat berbesar hati kerana pada pagi ini, bersempena dengan
majlis pelancaran ini, kita telah menerima kunjungan daripada Guru besar dan
murid-murid SJKC Kuang Yah . Selamat datang kami ucapkan. Bagi memulakanmajlis pada pagi ini, semua murid dan guru diminta berdiri tegak untuk nyanyian
lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Wawasan Pendidikan dan lagu SKTM.
2. Cue: Selesai nyanyian lagu-lagu rasmi dan majlis bacaan doa
Skrip: Seterusnya, bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput En. Nazrullah
bin Muhit untuk menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan.
8/3/2019 Skrip Pengacaraan Bagi Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sek
2/3
3. Cue: Selesai bacaan doa dan mula ikrar
Skrip: Seterusnya, dijemput wakil murid SKTM untuk bacaan ikrar. Dipersilakan.
4. Cue: Selesai bacaan ikrar , ucapan GB SJKC Kuang Yah
Skrip: Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput tetamu khas kita
pada pagi ini Guru Besar SJKC Kuang Yah, untuk
memberikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
5. Cue: Selesai ucapan GB SJKC Kuang Yah, ucapan GB SKTM
Skrip: Terima kasih diucapkan kepada .. diatas ucapan
yang telah diberikan. Sekarang, dijemput pula Guru Besar Sek. Keb. Telok Mas
Melaka. Pn. Hjh. Arifah binti Ibrahim untuk memberikan ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan SKTM bagi tahun 2009.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
6. Cue: Selesai ucapan perasmian GB SKTM dan mula persembahan
Skrip: Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh. Arifah binti Ibrahim diatas ucapan
yang telah diberikan. Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan
sketsa dan nyanyian dari murid-murid Sek. Keb. Telok Mas Melaka.
Dipersilakan.
8/3/2019 Skrip Pengacaraan Bagi Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sek
3/3
7. Cue: Selesai persembahan murid SKTM. Persembahan murid SJKC
Kuang Yah.
Skrip: Terima kasih diucapkan kepada murid-murid SKTM diatas persembahan
tersebut. Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan tetamu
jemputan kita iaitu wakil murid-murid dari SJKC Kuang Yah dengan
persembahan recorder dan melodian. Di persilakan.
8. Cue: Selesai persembahan murid SJKC Kuang Yah, mula nyanyian lagu
Skrip: Terima kasih diucapkan kepada murid-murid SJKC Kuang Yah diataspersembahan yang menarik itu tadi. Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi
semangat bulan kemerdekaan marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu
satu Malaysia, Jalur Gemilang dan tanggal 31 dengan bersemangat. Para
hadirin, guru-guru dan murid-murid diminta berdiri tegak.
9. Cue: Selesai nyanyian, mula laungan kemerdekaan
Skrip: Seterusnya, dijemput En. Salahhuddin bin Salleh untuk mengetuai
laungan kemerdekaan pada pagi ini. Dipersilakan.
10. Cue: Selesai laungan kemerdekaan, bersurai
Skrip: Dengan laungan kemerdekaan tersebut, maka berakhirlah acara kita pada
pagi ini. Dijemput para tetamu dan pentadbir ke kantin sekolah untuk jamuan
ringan. Sekian, wabilahitaufiq wahidayah wasalamualailum
warahmatullahiwabarakatuh.
Recommended