View
8.950
Download
41
Category
Preview:
DESCRIPTION
BIODATA DIRI,PROFIL NIK SAFIAH KARIM,DAN SUMBANGAN BESAR DALAM ILMU LINGUISTIK.MOGA ANDA BERPUAS HATI!
Citation preview
UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TUGASAN 2
BLM 1053
BAHASA MELAYU PENGURUSAN
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. HAJAH NOR AZUWAN YAAKOB
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NUR AZREEN BINTI MOHD JALIL
NO. MATRIK 200927
PUSAT UUM CAWANGAN K.L
PROFESOR EMERITUS
DATUK DR NIK SAFIAH BINTI
HJ. ABDUL KARIM
LATAR BELAKANG NIK SAFIAH ABDUL
KARIM
Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17
Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Beliau
menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota
Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab), dan kemudian melanjutkan
pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur
(sekarang Kolej Tunku Kurshiah, Seremban) sehingga tamat Scholl
Certificate. Setelah lulus Higher School Certificate pada tahun 1959 di St.
Francis Institution, Melaka, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti
Malaya sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian
dalam bidang Linguistik (1965). Pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah
Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA.
Kerjaya akademiknya bermula sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya pada tahun 1963, diikuti dengan jawatan pensyarah dan
professor madya juga di Jabatan yang sama. Beliau kemudiannya dilantik
sebagai Professor Pengajian Melayu. Pada tahun 2002, setelah bersara,
beliau diberi penghormatan oleh Universiti Melayu melalui pelantikan
sebagai Professor Emeritus. Dalam pentadbiran, beliau telah dilantik ke
beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial
sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan Pengajian
Melayu (1984-1986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu
(1990-1992). Pada tahun 1989 hingga 1990, beliau dipinjamkan ke Dewan
Bahasa dan Pustaka sebaga i Timbalan Ketua Pengarah. Beliau telah bersara
wajib dari Universiti Malaya pada bulan Disember 1994 tetapi telah
disambung secara kontrak dengan memegang Kursi Pengajian Melayu
sehingga Disember 1999. Beliau seterusnya diiktiraf sebagai Professor
Adjing sehingga akhir tahun 2000. Beliau amat aktif dalam badan-badan
professional.
PROFIL NIK SAFIAH ABDUL KARIM
Suami: Mohd Zain Omar.
Ibu: Nik Mas Ismail.
Bapa: Abdul Karim Abdul Malek
Adik beradik:
1) Allahyarhamah Nik Fatimah (pensyarah)
2) Allahyarhamah Nik Zainab (pensyarah)
3) Dr Mohd Zin, 72,
4) Nik Mustafa, 73, (polis)
5) Nik Safiah, 68.
Anak:
1) Dr Nik Norsuzet, 42,
2) Nik Izham, 40, (jurutera)
3) Puan Seri Sazlina, 38, (peguam)
4) Dr Nik Saliza, 37, (doktor gigi)
SEJARAH PENDIDIKAN NIK SAFIAH ABDUL
KARIM
1948: Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di Kota Bharu, Kelantan
1953: Kolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala Lumpur
* 1958: St Francis Institution, Melaka.
1960-1963: Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Sastera)
1963: Ijazah Sarjana Sastera dan menjadi tutor di Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
1972 - 1976: Melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran di Ohio University,
Amerika Syarikat.
KEGIATAN LUAR DAN AKADEMIK
1977: Terbabit dalam penubuhan Persatuan Linguistik Malaysia
1979: Bersama rakan-rakan mengasaskan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia
1982: Dilantik sebagai Presiden Persatuan Linguistik Malaysia dan bertugas selama 18
tahun.
: Wanita pertama dilantik sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya.
1983: Dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
1986: Penerbitan Buku Tatabahasa Dewan Jilid 1.
1990: Dilantik sebagai Profesor Kursi Pengajian Melayu dan penubuhan Akademi
Pengajian Melayu serta dilantik sebagai presiden pertama.
2002 - Menerima Anugerah Profesor Emeritus dari Universiti Malaya
- Menerima anugerah Pingat Emas Tun Fatimah disampaikan Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Siti Aishah.
- Menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan
Malaysia.
2004 - Dianugerahkan Tokoh Pejuang Bahasa oleh Persatuan Linguistik Malaysia
2005 - Menerima Anugerah Tokoh Ibu Cemerlang-Ibu Akademik anjuran Avon
Cosmetics
2006 - Dilantik Karyawan Tamu, Akademi Pengajian Melayu. Naib Presiden NCWO
(Zon Tengah) .
2007 - Menjadi Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (YADIM).
Buku biografi wanita yang ditulis bersama Azizah Mokhazani
1) Tun Siti Hasmah (1999).
Buku biografi wanita yang ditulis bersama Dr Rokiah Talib:
1) Ibu Enjah (Ibu Mithali Pertama) 2001.
2) Tun Fatimah Hashim (2003).
3) Hajah Wan Mas (Ibu Mithali Kedua) 2004.
4) Tan Sri Zaleha Ismail (2005).
SUMBANGAN NIK SAFIAH ABDUL KARIM
DALAM ILMU LINGUISTIK
Beliau menjadi salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah
menerajuinya sebagai Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan
tersebut. Dalam pergerakan wanita beliau telah mengasaskan dua buah persatuan wanita.,
iaitu PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan Persatuan Siswazah Wanita
Malaysia. Dalam PERTIWI, beliau kini menjadi ketua I. Beliau pernah dilantik Naib
Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Pada tahun 1978 beliau telah dilantik
ke majlis Penasihat Kebangsaan bagi Mengintegrasikan Wanita dalam Pembangunan
(NACIWID), sebuah badan penasihat tertinggi bagi menasihati kerajaan tentang hal ehwal
wanita. Kini nama badan tersebut telah diubah kepada Majlis Penasihat Wanita Negara
dan beliau sebagai Pengerusi Majlis itu hingga sekarang. Professor Emeritus Datuk Dr.
Nik Safiah terkenal dalam bidang bahasa. Beliau telah menghasilkan belasan buah buku
dan ratusan makalah tentang bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan
( yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax,
Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics
and Professionals. Beliau menjadi pakar rujuk bahasa bukan sahaja dalam negara
malahan juga diluar negara. Misalnya oleh Kementerian Pelajaran Singapura dan
Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Beliau telah berkhidmat dalam Lembaga
Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka selama 14 tahun. Beliau dilantik Ahli
Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan
Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM), dan ahli
jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Beliau juga ahli Lembaga
Amanah Yayasan Karyawan dan ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia.
Dalam bidang wanita, Datuk Dr. Nik Safiah telah banyak menyumbang, sama ada dalam
bentuk penulisan ataupun penyertaan dalam persidangan. Beliau telah menghasilkan
beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah
sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya. Akhir-akhir ini beliau
menumpukan perhatian (bersama Dr. Rokiah Talib) terhadap penulisan biografi wanita.
Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan bintang. Pada tahun
1989 beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN), pada tahun 1995 Johan
Mangku Negara (JMN) dan pada tahun 1997 Johan Panglima Negara (JPN) yang
membawa gelaran Datuk. Beliau telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri
Fatimah-Avon bagi kecermelangan dalam bidang pendidikan (1995), Anugerah Wanita
Cemerlang sempena Perayaan 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah
(1997), Tokoh Ilmuwan Bahasa (2001), Pingat Emas Tun Fatimah (2001) dan Ijazah
Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003). PERNYATAAN
PERJUANGAN Kedudukan dan Kedaulatan Bahasa Melayu Bahasa lazimnya berkembang
secara evolusi dan mengambil masa yang panjang. Oleh itu, janganlah dilihat perjuangan
bahasa dalam masa lima atau sepuluh tahun tetapi sebaliknya dalam konteks puluhan,
bahkan, ratusan tahun. Untuk sekian lama, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan
dan kemajuan yang membanggakan, terutama dalam tahun-tahun selepas tercapainya
kemerdekaan. Apa-apa rintangan yang dihadapi sekarang hendaklah dilihat sebagai masalah
sementara. Bagi bahasa Melayu, yang penting ialah agar perjuangan untuk
mempertahankan kedudukan serta kedaulatannya dijalankan secara berterusan, tanpa jemu-
jemu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu berperanan dalam
pelbagai situasi dan latar. Maka demikian jugalah dengan bahasa Melayu dalam zaman
yang penuh cabaran ini. Datuk Profesor Dr. Nik Safiah Karim Catatan Muring-Wien:
Sebagai salah seorang murid yang kemudian menjadi rakan dalam pekerjaan di Universiti
Malaya memang tidak ternafi tokoh begitu kukuh dengan asas mengajar dan memajukan
bahasa Melayu. Beliau telah banyak menulis dan menghasilkan buku, kertas kerja, dan
makalah dalam bidang Bahasa dan pengajian wanita. Antara bukunya yang terkenal ialah
Tatabahasa Dewan (dengan tiga orang penulis lain), Yang Indah Itu Bahasa (Jilid I),
Bimbingan Pelajar Bahasa Kita (Jilid 2), Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa
Melayu, dan Bahasa Melayu Grammar untuk Akademisi dan Profesional. Kini, beliau
muncul semula dengan buku baru yang lengkap sebagai rujukan umum iaitu sebuah
' Liku-liku bahasa '.
Buku ini bertujuan untuk memenuhi keperluan peminat bahasa, guru bahasa, para
pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami penggunaan Bahasa Malaysia dengan
lebih cemerlang. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bidang. Dua bab pertama
menumpukan perhatian terhadap persoalan ejaan dan kamus, kerana ini amat penting
difikirkan perlu diulangi dan ditegaskan serta kepada para pembaca. Bahagian kedua
menumpukan perhatian kepada aspek-aspek Sintaksis, iaitu ayat. Penekanan adalah huraian
semua untuk memberi penjelasan. Kadang-kadang mirip pendekatan kepada aspek-aspek
yang mendapat tekanan dalam peperiksaan kertas-kertas agar para pelajar dan guru
mendapat manfaat sepenuhnya daripada buku ini. Diharapkan juga agar, kemunculan buku
ini dapat membasmi rojak penggunaan bahasa yang semakin berleluasa di kalangan
masyarakat kita.
LAMPIRAN
LAMPIRAN DIPETIK DARI KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN ONLINE
BERTARIKH 06 JUN 2008.
Serikandi Bahasa Melayu
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
Nik Safiah bersama suami Mohd Zain Omar di rumah mereka di Taman Tun Dr Ismail.
Nik Safiah Karim jadi pakar bahasa Melayu walaupun mendapat pendidikan Inggeris
sepanjang zaman persekolahan.
BERBICARA mengenai tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, tidak banyak
yang perlu diulas, kerana masyarakat umum sudah tahu dirinya, kelebihan, semangatnya dalam
memperjuangkan bahasa. Soal sumbangannya dalam bidang bahasa tidak perlu dipersoalkan kerana
anugerah sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya (UM) serta anugerah Pingat Emas Tun
Fatimah yang disampaikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah pada 2002 sudah
menggambarkan segala-galanya. Jika dihitung anugerah atau pencapaian dirinya, terlalu banyak yang
boleh dihuraikan, hinggakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)
mengeluarkan sebuah buku mengenai hidupnya berjudul „Nik Safiah Karim - Meniti Dua Zaman‟
hasil tulisan Nurhafilah Musa. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui, tokoh wanita berusia 68
tahun ini sebenarnya tidak pernah mengikuti pengajian di sekolah Melayu dan mengambil mata
pelajaran Bahasa Melayu sepanjang zaman persekolahannya sehingga ke peringkat universiti.
Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan beliau adalah pakar bahasa. Inilah suatu yang menarik
untuk dikongsi mengenai kelebihan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik dan kini
bergelar nenek kepada 11 cucu. Beliau sebenarnya hidup di dua zaman, dilahirkan sebelum
merdeka, membesar dan menyumbang dalam zaman selepas merdeka dan kini menikmati hidup
selepas 51 tahun negara merdeka. Pada usia kanak-kanak, beliau cukup bertuah kerana dilahirkan
dalam keluarga yang mementingkan pendidikan tanpa mengira jantina. Ketika itu, anak perempuan
tidak begitu digalakkan ke sekolah dan dianggap cuma layak berada di dapur. Namun, bapanya,
Abdul Karim Abdul Malek iaitu anak seorang ulama tersohor Kelantan dikenali sebagai Tok Malek
Sungai Pinang yang berkahwin dengan seorang lagi anak ulama, Haji Che We ( Ismail ), Nik Mas
( Ibu Nik Safiah ) memang dikenali sebagai seorang yang mementingkan pendidikan. Ketika kecil,
Nik Safiah sering menghabiskan masa di rumah membaca buku koleksi bapanya dalam bahasa
rumi dan jawi. Sebagai anak bongsu, beliau sering ditinggalkan abang-abangnya dan dibiarkan
bermain sendirian di rumah dan buku menjadi teman hidupnya. Ringkasnya, beliau dihantar ke
Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di Kota Bharu, Kelantan untuk mendapat pendidikan
Inggeris pada 1948 sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala
Lumpur pada 1953. Kemasukannya ke MGC adalah pilihan guru besar sekolah rendah, Miss
Leicester yang memilihnya sebagai calon tunggal murid perempuan Kelantan untuk dihantar ke sana
yang ketika itu terletak di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Negeri Sembilan dan dikenali
sebagai Kolej Tunku Kursiah (TKC). Sepanjang tempoh itu, bekas gurunya itu sentiasa memantau
dan bertanyakan perkembangan dan kemajuannya di MGC sehingga menduduki peperiksaan Sijil
Sekolah Cambridge pada 1957. Ketika di MGC, beliau mula menulis puisi dalam Bahasa Inggeris yang
tersiar dalam majalah sekolah yang memperlihatkan kecenderungannya terhadap bahasa melalui
penulisan.Setahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di St Francis Institution,
Melaka sebelum menjadi guru sementara di Sekolah Inggeris Redang, Kampung Banggol. Sepanjang
tempoh itu hingga melanjutkan pelajaran di UM pada 1960, beliau tidak pernah mengambil mata pelajaran
Bahasa Melayu tetapi mengikuti kesusasteraan Inggeris. “Memang ini berlaku dalam sejarah pendidikan
saya yang tak pernah ke sekolah Melayu. Ketika di Tingkatan Enam, sekolah itu tidak menyediakan mata
pelajaran Bahasa Melayu. Sekolah itu hanya tawarkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sastera
Inggeris, Ekonomi, Sejarah dan Geografi. “Apabila masuk universiti, barulah saya mengambil kursus
Pengajian Melayu tetapi saya sebenarnya mengikuti pengajian ekonomi. Pada tahun kedua dan
ketiga, barulah saya membuat pengkhususan dalam Bahasa Melayu. “Memang agak pelik kerana
saya cukup berminat dengan Bahasa Melayu walaupun tak pernah belajar pada peringkat sekolah.
Alhamdulillah, saya boleh lulus dengan baik dan mampu menjadi pakar dalam bidang ini,” katanya.
Persoalannya ialah bagaimana keadaan ini boleh berlaku kerana beliau mempunyai latar belakang
pendidikan Inggeris dan banyak didedahkan buku tulisan karyawan Inggeris seperti Shakespeare,
Wordsworth dan Keats. Jelasnya, ketika di sekolah menengah, beliau dididik seorang guru sastera
Inggeris yang sangat pandai mengajar dan pendedahan itu ditambah lagi dengan kehadiran seorang
lagi guru drama Inggeris. “Cantuman guru sastera dan drama Inggeris itu dapat memupuk
keupayaan mengungkap mengenai sastera dalam Bahasa Inggeris. Saya menjadi pandai melalui
bahasa, apabila belajar Bahasa Inggeris, saya juga tertarik dengan Bahasa Melayu. “Mata pelajaran
pengajian Melayu adalah ilmu linguistik yang amat teknikal tetapi boleh dipelajari melalui buku.
Walaupun saya tidak mendapat pendedahan sebelumnya, saya anggap ia sebagai ilmu baru yang
sangat menarik. “Sebab itulah saya katakan, jika hendak belajar bahasa, kena belajar sastera tanpa
mengira bahasa apa pun. Saya terdedah kepada sastera Inggeris tetapi dapat belajar dan menghayati
sastera Melayu. Konsepnya hampir sama dan ramai orang tidak faham mengenai hal ini. “Sastera
ialah kelahiran buah fikiran dan perasaan melalui rasa, kalau tak pandai bahasa, kita tak boleh
hasilkan bahan sastera yang baik,” katanya.
SUMBER RUJUKAN:
Nik Safiah Karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
http://www.dbp.gov.my/
http://www.bharian.com.my
http://www.utusan.com.my/majalah/massa
Recommended