View
91
Download
12
Category
Preview:
Citation preview
1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, kita perlu memastikan:
a) Pola tersebut tidak berkedut.
b) Pola juga telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang
ditetapkan.
c) Kedua hujung fabrik telah diluruskan
2. Membentang Fabrik
a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk
membentang fabrik
b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik
c) Kenal pasti corak fabrik
3. Menyusun atur pola di atas fabrik
Mula-mula, fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atasnya.
Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di bahagian luar fabrik.
Pola perlu dibentang dengan mengikut tanda ira lurus iaitu selari dengan ira lurus fabrik. Seterusnya, pola perlu di ukur dari tepi supaya mendapat ukuran yang tepat.
Kepingan pola perlu di susun mengikut pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil.
Kemudian, tepi lipatan pola yang bertanda lipatan diletakkan tepat di atas lipatan.
Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan kepingan pola apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau satu
bahagian kanan.
Kepingan pola tersebut perlu disemat dengan menyemat merentas sudut dalam jarak 10 – 15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting.
Fabrik dan pola hendaklah diletakkan di atas permukaan rata semasa menyemat.
Semua kepingan pola perlulah di susun atur di atas fabrik sebelum menggunting. Hal ini adalah untuk memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.
Fabrik atau dikenali sebagai tekstil berasal daripada perkataan
textilis yang bermaksud tenunan. Walau bagaimanapun secara amnya
perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun sahaja malah juga
sesuai fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang direka
khas iaitu fabrik terikat dan bernep. Fabrik boleh dibahagikan kepada
dua iaitu fabrik asli dan fabrik buatan.
Fabrik yang sesuai untuk membuat baju ialah fabrik sederhana
tebal bercorak dan juga tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu jenis pakaian terpulang kepada keselesaan
individu. Kebiasaannya fabrik yang digunakan ialah fabrik kapas
campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga perlu menepati citarasa
pemakai.
Fabrik yang kami gunakan untuk membuat baju bagi projek RBT
3203E ini ialah fabrik kapas campuran bercorak dan tanpa corak. Fabrik
ini dikenali sebagai Tetra Cotton. Warna yang kami pilih adalah warna
biru dan jingga. Fabrik kapas campuran ini merupakan daripada gentian
kapas yang dicampur dengan gentian lain seperti gentian buatan
manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran. Kelebihan
mengunakan fabrik ini adalah :
tahan lasak.
mudah dikendalikan.
tahan panas dan tidak mudah mengembang.
mudah dijahit.
Kain ‘Tetron Cotton’
bercorak bunga
Kain ‘Tetron Cotton’
tanpa corak
CARA – CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN:
BIL. BAHAGIAN UKURAN BADAN LANGKAH-LANGKAH
1. Bahu Ukur dari sendi bahu kanan
ke sendi bahu kiri melalui
batang tengkuk.
2. Dada Ukur keliling dada yang
paling penuh.
Pastikan kedudukan pita
ukur terletak pada mercu
dada
Pastikan kedudukan pita
ukur di bahagian belakang
badan selari dengan lantai.
Masukkan dua jari untuk
kelonggaran.
3. Pinggang Ukur keliling bahagian yang
telah diikat dengan tali
4. Pinggul Ukur keliling bahagian
pinggul yang paling penuh
Pastikan kedudukan pita
ukur selari dengan lantai
Masukkan dua jari untuk
tujuan kelonggaran.
5. Bidang hadapan Ukur dari pangkal ketiak
kekanan ke pangkal ketiak
kekiri (lebih kurang 7cm ke
bawah garis leher)
6. Lubang Lengan Ukur keliling pergelangan
tangan atau ukur bahagian
keliling tapak tangan yang
paling lebar.
Masukkan dua jari untuk
tujuan kelonggaran.
7. Leher Ukur keliling pangkal leher.
8. Garis tengah belakang Ukur dari tulang tengkuk ke
paras pinggang yang diikat
9. Labuh Lengan Ukur dari tulang bahu ke
paras yang dikehendaki.
Ukuran badan
REFLEKSI INDIVIDU
OLEH : NORSHAKEERAH BINTI ABEDU RASHID
Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah Rendah bertujuan memberi asas dalam
melahirkan individu yang dapat berdikari dan yakin untuk menjalani kehidupan dalam
dunia teknologi yang sentiasa berubah. Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi
dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyiapkan projek RBT 3203E dengan
jayanya. Tugasan ini mengkehendakkan saya menyediakan sehelai baju dan
portfolio jahitan. Setelah sebulan bertungkus lumus dengan rakan seperjuangan
BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)
1. Leher 37.0
2. Dada 69.5
3. Pinggang 47.0
4. Bahu 29.0
5. Bidang Hadapan 33.0
6. Bidang belakang 36.0
7. Lubang lengan 28.0
8. Labuh baju 34.0
9. Labuh lengan 23.0
saya iaitu Nezanna, Farah dan Aisyah, kami berbangga dengan hasil projek yg kami
sediakan.
Tugasan projek kali ini merupakan satu cabaran baru kepada saya kerana
saya tidak pernah melakukan apa-apa jahitan. Sepanjang projek ini dilaksanakan,
banyak kemahiran dan ilmu telah saya pelajari berkaitan dengan ilmu jahitan ini.
Seperti yang kita sedia maklum, untuk menjahit, ketelitian dan kesabaran yang tinggi
perlu ada dalam diri kita supaya mendapat hasil yang baik. Perbincangan dengan
rakan kumpulan juga begitu membantu dalam melaksanakan projek jahitan ini.
Pelbagai rujukan telah saya jalankan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Sesungguhnya peranan internet sebagai sumber ilmiah begitu memudahkan saya,
bakal guru untuk terus mendapat bahan-bahan rujukan serta penyelidikan yang
berkesan.
Selain itu, melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih
sistematik. Hal ini kerana bagi saya bagi menghasilkan satu tugas yang boleh
dianggap cemerlang, ia memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa
yang cekap. Dengan adanya perbincangan serta kolaborasi antara pensyarah dapat
melatih saya supaya lebih menghargai masa memandangkan terdapat pelbagai
tugasan yang harus saya selesaikan dalam masa yang sama. Namun demikian,
saya dapat jua akhirnya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil
tugasan saya.
Dalam menyiapkan projek ini, saya dapati semangat kerjasama dan
bersungguh-sungguh sesama ahli kumpulan sangat tinggi. Kami telah berganding
bahu dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya projek ini dapat
disiapkan dengan jayanya tanpa sebarang kekangan. Tidak guna jika setiap ahli
mempunyai pelbagai kepakaran jika tidak disulamkan dengan kerjasama dalam
kumpulan. Pertikaian boleh berlaku sekiranya sikap ini disisihkan. Jika dikaitkan
dalam profesion perguruan, kita sebagai guru, haruslah bekerjasama dengan guru-
guru yang lain. Sikap pentingkan diri sendiri tidak boleh ada dalam diri seorang guru.
Hal ini kerana, setiap guru saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam
membentuk anak didik yang akan memajukan Negara, semua guru mempunyai
sumbangannya yang tersendiri. Oleh sebab itu sikap kerjasama dalam pasukan
begitu penting dan saya telah mula mempelajarinya dan mendalaminya semasa
berada di program Bina Insan Guru ini.
Oleh yang demikian, saya amat berbesar hati dengan selesainya
perlaksanaan tugasan Projek ini, saya mendapat pengalaman serta ilmu yang tidak
akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya berharap agar dengan ilmu yang ada di
dada, saya dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dalam
mencungkil bakat dalam kalangan murid dan dapat melahirkan modal insan yang
kreatif dan inovatif pada suatu hari nanti.
Recommended