SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI

Preview:

DESCRIPTION

SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI. TEMA. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI

TEMA

Tema syair ialah tentang mendahulukan kepentingan negara daripada kepentingan peribadi. Laksamana memiliki semangat patriotik yang tulen apabila sanggup berjuang untuk negara supaya ancaman asing dapat dipatahkan. Para remaja hendaklah menjadikan Laksamana sebagai contoh dalam membuat keputusan dan tindakan apabila bersabit dengan kewajipan kenegaraan dan perkhidmatan.

RANGKAP 1

Laksamana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera,Mendapat cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera.

(Maksud Rangkap 1:Laksamana menerima perintah istana supaya segera ke negeri Patani (kini di selatan Thai) bagi mendapatkan cogan (lambang kebesaran) daripada Raja Senggora)

RANGKAP 2

Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan,Kesalahan pinta dimaafkan, Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

(Maksud Rangkap 2: Laksamana membawa misi memohon maaf bagi pihak raja beliau)

RANGKAP 3Setelah demikian titah Betara, Laksamana tiada berani dura,Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru-hara.

• (Maksud Rangkap 3: Walaupun berhadapan dengan tugas berat, Laksamana tidak berani menunjukkan rasa gelisah, risau atau susah hati justeru beliau bertanggungjawab menjaga keamanan negara)

RANGKAP 4Bonda Duli Mahkota Indera, Pada Laksamana emak saudara,Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira.

(Maksud Rangkap 4: Laksamana harus meninggalkan ibu saudaranya yang terlantar sakit tenat)

RANGKAP 5Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat,Jadilah dititahkan duli hadirat, Bimbang dan masyghul disuruh kerat.

• (Maksud Rangkap 5:Laksamana mesti menolak ke tepi sebarang perasaan bimbang dan sedih apabila menggalas tanggungjawab negara)

RANGKAP 6

Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata,Diputuslah hati yang bercinta, Kepada Allah diserah semata.

(Maksud Rangkap 6: Laksamana pasrah terhadap amanah negara yang digalas, sambil berserah kepada Allah)

RANGKAP 7Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri,Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri.

• (Maksud Rangkap 7: Hasrat yang terpancar pada reaksi Laksamana ialah untuk mempertahan daulat raja. Beliau sanggup berhadapan dengan susah payah asalkan negeri selamat sentosa)

RANGKAP 8

Berjalan ia berhati hampa, Bonda yang sakit tiada dilupa,Kerana sakit berat menimpa, Yakin hatinya tiada berjumpa.

(Maksud Rangkap 8: Sebagai manusia biasa, Laksamana tetap melangkah dengan perasaan yang hampa apabila terkenang ibu saudara yang sakit. Peluang untuk berjumpa semula sudah tipis)

RANGKAP 9

Daripada sudah demikian peri, Keberatan tertanggung di atas negeri,Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliput negeri.

(Maksud Rangkap 9: Laksamana menetapkan pendirian bahawa bala atau kesusahan yang bakal menimpa negeri lebih berat daripada kesusahan peribadi)

RANGKAP 10

Jadilah dititahkan Seri Betara, Tiadalah lagi terkira-kira,Berjalanlah pergi bersegera-segera, Mendapat cogan Raja Senggora.

(Maksud Rangkap 10: Maka, akhirnya tanpa bertangguh, Laksamana segera menuju ke patani bagi mendapatkan cogan daripada Raja Senggora)

Recommended