View
306
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
Puisi
Citation preview
TUGASAN 2
SOALAN : MENGANALISIS SEBUAH SYAIR YANG SEDIA ADA DAN SESUAI UNTUK
MURID-MURID PEMULIHAN KHAS, ANALISIS ANDA MESTI MENGANDUNGI DUA
DARIPADA TEMA-TEMA BAHASA, SASTERA, NASIHAT DAN KEMASYARAKATAN.
SYAIR
Asal Usul Syair
Syair dikatakan diambil daripada perkataan “shi’r’” yang bermaksud puisi atau sajak dalam
bahasa Arab. Namun ianya bukanlah puisi dari Arab atau Parsi.Dalam konteks masyarakat
Melayu, syair bukanlah puisi atau sajak kerana ianya mempunyai unsur yang tersendiri. Ia
Merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu.
Apakah Yang Dikatakan Sebagai Syair ?
Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Ia diubahsuaikan mengikut
kesesuaian Bahasa Melayu Klasik. Menurut A. Teeuw berpendapat bahawa syair
merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar
Syair telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka. Ia adalah kata-kata yang
tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh . Manakala
Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa
maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan
pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan tidak mempunyai pemilik atau penulis
yang khusus. Ia dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Fungsi syair adalah
untuk menyampaikan cerita dan pengajaran dan digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan
yang berunsur keagamaan.
Ciri-Ciri Syair
Syair terdiri daripada 4 baris serangkap akan tetapi sesetengah syair boleh juga
dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap. Syair tidak mempunyai pembayang maksud dan
tergolong dalam jenis puisi kata (word verse). Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah
sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
Syair juga memakai skema rima a-a-a-a, iaitu rima akhir tidak. Dalam suatu
baris ,terdapat suatu hentian (pause) kerana itu adanya kolon sepertimana dalam sebaris
pantun Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris
terdahulu dan seluruh empat baris merupakan satu kesatuan idea yang bererti tidak
terbahagi dua kepada sampiran dan maksud sepertimana seuntai pantun.
Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkap-rangkap lain untuk membina suatu
idea yang lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya.. Syair perlu dilagukan untuk
membentuk nyanyian untuk mengungkapkan pengajaran dan pemberitaan. Hal ini adalah
kerana lagu memberikan ciri, rasa, dinamika, asal-usul, dan kebersamaan.
SYAIR SI TANGGANG
Tersebut kisah hikayat lama,
Kisah seorang anak derhaka,
Kepada kedua ibu dan bapa,
Sentiasa diingat janganlah lupa.
Kisahnya bermula satu keluarga,
Seorang ibu bernama Daruma,
Talang pula nama suaminya,
Hidup bahagia sepanjang masa.
Gembira dihati tidak terkira,
Saat yang dinanti telah pun tiba,
Sekian menanti sembilan purnama,
Mendapat anak lelaki yang pertama.
Nama Si Tanggang telah diberi,
Kepada anak yang sangat disayangi,
Siang dan malam sentiasa diuliti,
Tidak mahu berenggang walau seinci.
Besarlah sudah anak teruna,
Suka bermain tepi muara,
Melihat kapal di depan mata,
Tersimpan impian di dalam dada
Hidup di kampung tiada cabaran,
Teringin juga merasa kemewahan,
Setiap hari melayan keinginan,
Apakan daya tiada kesudahan.
Suatu hari tidak diduga,
Nakhoda kapal turun ke muara,,
Nekadnya Tanggang berjumpa Nakhoda,
Agar diterima bekerja dengannya.
Gembiranya Tanggang tidak terkira,
Nakhoda terus terima dirinya,
Semakin teguh impian di dada,
Mencari kemewahan yang diidamkannya.
Pulang Si Tanggang dengan gembira,
Meminta izin dari keluarganya,
Terkejutnya mereka tidak terkira,
Anak yang diharap kan pergi jua...
Daruma menangis sangatlah hiba,
Sambil memeluk anak kesayangannya,
Berjanjilah si Tanggang kepada ibunya,
Akan kembali ke tanah tumpah darahnya.
Setelah menunggu sekian lama
Kembalilah Si Tanggang ke desa semula
Membawa pulang isteri jelita
Dengan kekayaan di dalam bahtera
Kerana ibu tua dan hina
Si Tanggang tidak mahu berjumpa
Berasa malu kepada isterinya
Tidak mahu juga mengaku ibunya
Sikap Si Tanggang yang derhaka itu
Menyebabkan kecil hati si ibu
Dengan perasaan sedih dan pilu
Disumpah Si Tanggang menjadi batu
ULASAN KARYA SYAIR SI TANGGANG
NASIHAT
Sebagaimana yang kita tahu cerita Si Tanggang merupakan cerita yang paling
popular dan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan kita seharian. Kita boleh
mendapatkan cerita ini dalam pelbagai medium antaranya ialah dalam bentuk penulisan,
bahan elektronik, drama atau filem dan penceritaan secara verbal. Pengajaran dan nasihat
sangat berguna di dalam syair Si Tanggang supaya kita sentiasa menghargai jasa dan
pengorbanan seorang ibu. Ibulah yang membesarkan kita dan menjaga kita sejak dari kecil
lagi. Jalan cerita yang disampaikan dalam syair Si Tanggang ini sangat mudah difahami.
Di samping menghargai pengorbanan dan jasa ibu, syair ini juga menerangkan
bagaimana seseorang yang gigih dan bekerja keras dalam kehidupan akan berjaya dalam
hidup. Ini dibuktikan oleh sikap Si Tanggang yang inginkan perubahan dalam hidupnya. Si
Tanggang telah berjaya dalam kehidupannya dan menjadi seorang nakhoda kapal yang
kaya raya. Tetapi disebalik sikap yang gigih itu, ada sisi hitam dalam dirinya yang malu
untuk mengaku ibunya sendiri.
Nasihat yang mudah dalam cerita Si Tanggang ini telah banyak memberi kesedaran
kepada semua dan akibat yang diterima oleh Si Tanggang memberi pengajaran yang
berguna. kepada semua. Jika kita lihat kepada sumpahan ibu terhadapnya, di mana Si
Tanggang telah menjadi batu ia memberi kesan yang sangat mendalam dan membuatkan
orang yang mendengar cerita ini akan berasa insaf dan kesedaran akan lahir dalam dirinya.
Mesej dan nasihat yang disampaikan dalam cerita ini patut dijadikan teladan dan
iktibar. Jika tiada seseorang yang bergelar ibu, maka tiadalah kita di dunia ini.
KEMASYARAKATAN
Mungkin ramai dikalangan kita yang sudah mengetahui kisah penderhakaan Si
Tanggang keatas ibunya. Cerita si Tanggang ini dikatakan disampaikan secara turun
temurun secara lisan oleh masyarakat di kepulauan nusantara ini sejak dulu lagi. Biarpun
terdapat beberapa versi yang berlainan, namun kesemua versi ini menggambarkan betapa
sucinya kisah seorang yang bergelar ibu. Di samping itu ia juga turut memberikan
pengajaran kepada masyarakat bahawa menyakiti hati ibu adalah satu dosa dalam
kehidupan yang tidak akan dapat diampunkan. Si Tanggang akhirnya di sumpah dan
menjadi batu.
Cerita Si Tanggang menceritakan bagaimana seorang anak lelaki dan seorang ibu
yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan, akhirnya anak tersebut pergi berlayar dan
menjadi kaya dan berpangkat. Anak yang kaya ini akhirnya ditakdirkan pulang semula di
kampung kelahirannya bersama dengan tuan puteri,yang juga isterinya. Lantaran malu
kepada isterinya, dia enggan mengakui ibunya itu…dengan perasaan sedih dan terguris
yang amat sangat ibu tadi menadah tangan memohon kepada tuhan supaya anaknya
diberikan pengajaran. Di sinilah ‘pembalasan’ itu berlaku..anak tadi tenggelam bersama
kekayaannya, dan menjadi batu.
Walaupun terdapat versi cerita si Tanggang ini berlainan mengikut persekitaran
daerah penceritaannya, namun mesej dan nasihat yang disampaikan sangat jelas..”Jangan
menderhaka kepada Ibu”.Benarlah seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis bahawa
syurga itu ditelapak kaki ibu..Mengingatkan kita betapa banyaknya pengorbanan seorang
Ibu.yang cukup besar dan tidak ternilai harganya. Pada hari ini, terdapat ramai golongan
yang telah berjaya menikmati kehidupan yang selesa tetapi tidak mempedulikan kedua-dua
ibu bapanya malah sanggup membiarkan mereka tinggal di rumah orang-orang tua.
Cerita ini perlu diperturunkan kepada anak-anak supaya, mereka mendapat pengajaran di
sebalik cerita ini. kerana “ Kasih sayang adalah azimat dalam kehidupan”.
Recommended