View
16
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM4
Modul 406B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pemahaman
1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada
majalah atau surat khabar.
b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk
soalan ini.
c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang
berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada
kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding
beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat
banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah
diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan
murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan
untuk soalan ini.
Latihan: Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Dalam konteks pendidikan, Kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang
tertulis dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan yang berbentuk pelbagai genre karya. Dalam pembelajaran Pendidikan Komponen Sastera (KOMSAS), pelajar didedahkan dengan karya seperti novel dan cerpen. Melalui karya
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
ini, para pelajar dapat mempelajari teknik penulisan yang berkualiti dan membantu mereka untuk menjanakan idea baharu dalam penulisan karangan.
Selain itu, pelajar turut mempelajari puisi tradisional seperti pantun, syair,
gurindam, dan seloka. Khazanah bangsa ini akan lenyap ditelan zaman sekiranya dibiarkan begitu sahaja, Oleh hal yang demikian, KOMSAS amat penting untuk memberikan pengetahuan kepada generasi muda, khususnya tentang puisi Melayu tradisional. Bahan 2
KOMSAS juga dijadikan satu instrumen perpaduan dalam kalangan pelajar yang
bersekolah di institusi yang tidak multietnik seperti Sekolah Swasta Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Rakyat dan sebagainya. Pelajar masih boleh mempelajari, membaca dan menghayati kisah-kisah yang daripada pelbagai latar masyarakat, tempat dan masa yang mencerminkan bangsa Malaysia.
Selain itu, KOMSAS boleh dijadikan wadah untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar. Menurut Rajendran (2000), "Kesusasteraan menawarkan peluang untuk membimbing pelajar meramal, merumus, menganalisis, membuat inferens, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang merupakan kemahiran berfikir aras tinggi." (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mencerminkan bangsa. [2 markah] _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kelebihan-kelebihan Pendidikan Komponen Sastera (KOMSAS). [ 3 markah] _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iii) Terdapat segelintir murid yang tidak membaca novel atau cerpen yang terkandung dalam buku teks KOMSAS. Pada pendapat anda, apakah punca-punca masalah tersebut berlaku dalam kalangan murid? [ 3 markah] _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iv) Guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda telah memberikan tugasan kepada anda. Anda diminta untuk membuat ulasan sebuah novel. Guru anda juga mencadangkan anda agar menulis ulasan yang lengkap sebagai contoh kepada rakan-rakan yang lain. Cadangkan kriteria-kriteria novel yang baik. [4 markah] _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)
a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan
bukan prosa.
b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab
beberapa soalan.
c. Empat soalan pemahaman disediakan.
d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang
berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada
kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding
beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat
banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah
diperuntukkan untuk soalan ini.
h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan
pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan
untuk soalan ini.
Cerpen
Sinopsis Cerpen – “Munsyi”
Bonda merupakan insan yang amat prihatin terhadap bahasa dan adat resam
turun-temurun. Tidak hairanlah bonda tidak bersetuju apabila anakandanya ingin
berhijrah ke kota. Alasan yang diberikan oleh bonda ialah anaknya yang dipanggil Mel
masih lemah dari segi penguasaan bahasa ibundanya. Hal ini demikian kerana bonda
sedar bahawa anaknya masih belum dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kota menjanjikan seribu satu macam dugaan. Maruah anak-anak muda mudah
tergadai atas nama kemajuan. Bonda mahu anaknya dilengkapi pengetahuan agama dan
kemahiran berbahasa ibunda. Mel akur akan permintaan bonda untuk menangguhkan
penghijrahannya ke kota. Penduduk kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap
prejudis dan berprasangka. Mereka amat mengutamakan kepentingan diri masing-
masing.
Suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam akibat sentiment
perkauman. Puncanya ialah pihak penjajah telah menanamkan benih-benih
persengketaan. Penjajah gagal mengagihkan kekayaan di bumi ini secara sama rata
antara kaum. Akibatnya, ada kaum yang tertinggal di belakang dan dinafikan haknya.
Persengketaan ini menyebabkan pertumpahan darah dan jumlah jiwa yang terkorban
bukan sedikit.
Mel bertekad untuk menguasai bahasa ibunda dengan baik. Itulah senjata terbaik
untuk menempuh dugaan di kota yang penuh dengan cabaran. Bonda selalu memberi
peringatan agar memelihara agama dan bahasa. Selain itu, anak-anak muda perlu berani
mempertahankan nilai dan kepentingan bahasa sendiri. Bonda mengharapkan agar Mel
menghargai jasa nenek moyang yang membebaskan tanah air daripada penjajahan.
Bonda menyangkal sikap Mel yang mengatakan bahawa dunia kita sudah berubah
dari segi sistem nilai dan keperluan. Bonda menekankan kepentingan seseorang
mempelajari sejarah kerana sejarah tidak pernah berdusta. Orang yang mengkaji sejarah
tidak akan melakukan kesilapan kali yang kedua.
Apabila membaca teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, Mel melahirkan
rasa kagum terhadap kehebatan bangsanya. Negeri ini pernah memiliki pelabuhan yang
banyak dikunjungi saudagar luar. Negeri ini juga banyak memiliki pahlawan yang
berkaliber. Kegemilangan ini akhirnya hancur akibat sikap hasad dengki, khianat,
kronisme, serta rasuah. Kehebatan nenek moyang disebabkan mereka mempunyai satu
akidah, semua kaum berhubung
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dengan menggunakan satu bahasa, dan kepatuhan kepada raja-raja.
Mel merasakan bahawa dia sudah memiliki sedikit kekuatan untuk berhijrah ke
kota. Hal ini demikian kerana dia memerlukan kerjaya untuk masa depannya. Hasratnya
telah mendapat restu daripada bonda. Sekali lagi bonda berpesan agar Mel memelihara
agama dan bahasanya.
Sebelum berangkat ke kota, bonda mengamanahkan Mel agar memberikan kitab-
kitab lama kepada seorang sahabat lamanya yang tinggal di sana. Sahabatnya itu
bernama Munsyi. Menurut bonda, hanya Munsyi yang layak menyimpan khazanah lama
itu. Setibanya di kota, Mel berjaya menjejaki Munsyi. Beliau menetap di perkampungan
tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Mel berpeluang berkenalan
dan bermesra dengan Munsyi serta menyerahkan puluhan kitab lama kepadanya.
Kejutan budaya berlaku pada Mel ketika peringkat awal kedatangannya di kota.
Dia melihat anak-anak muda hilang maruah diri. Mereka tidak segan silu menjual
bahasa ibunda dan melanggar hukum agama. Berlakunya pergaulan bebas dan mereka
gagal menggunakan bahasa ibunda dengan baik. Identiti dan
jati diri bangsa hilang sama sekali.
Mel mendapat perkhabaran bahawa sebuah syarikat perumahan telah diarahkan
untuk merobohkan kawasan perkampungan pinggir kota yang didiami oleh Munsyi
bersama-sama dengan dua puluh buah keluarga yang lain. Bangunan mewah dan hotel
bertaraf lima bintang akan didirikan di situ. Kerja-kerja perobohan rumah kediaman
dijalankan oleh pihak terbabit. Anggota penguat kuasa pula menghalang demonstrasi
penduduk.
Mel terkedu apabila melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku
yang diberikan oleh bondanya diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin
bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu
akan dimiliki oleh saudagar asing yang kaya raya. Tanda Tanya berlaku dalam diri Mel
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
apabila dia gagal menjejaki orang tua yang bernama Munsyi itu. Orang tua yang
merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.
Tema
1. Tema cerpen “Munsyi” adalah tentang semangat cinta akan agama, bangsa,
bahasa, dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara.
2. Semangat ini perlu dipupuk dan dibaja kerana kecintaan generasi muda pada hari
ini semakin terhakis.
3. Berdasarkan alasan itu, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu
agama dan kemahiran bahasa agar menjadi benteng yang ampuh daripada pengaruh
luar yang begitu kuat melanda negara.
Persoalan
1. Usaha menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam jiwa anak-anak muda.
Contohnya, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan
menguasai bahasa ibunda dengan baik sebelum berhijrah ke kota.
2. Harapan warga tua agar agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun
dipertahankan. Contohnya, bonda berharap agar generasi muda terus mempertahankan
agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun yang semakin ditelan oleh arus
pembangunan.
3. Kecenderungan anak-anak muda melupakan dan memperlekeh bahasa dan
budaya sendiri. Contohnya, Mel mendapati anak-anak muda di kota gagal berbahasa
dengan baik dan tidak memberikan keutamaan pada pengekalan budaya bangsa.
4. Kesan penjajahan kepada penduduk peribumi. Contohnya, penjajah gaga
lmengagihkan kekayaan secara sama rata antara kaum. Akibatnya, berlaku
persengketaan yang menyebabkan pertumpahan darah dan banyak jiwa yang terkorban.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Kehidupan kota yang penuh dengan pelbagai cabaran. Contohnya, anak-anak
muda hilang maruah dan jati diri kerana mereka tidak segan silu menjual bahasa ibunda
dan melanggar hukum agama.
6. Kekuatan pegangan agama benteng yang ampuh bagi mengelakkan diri daripada
serangan unsur luar. Contohnya, Mel berpendapat bahawa dia sudah memiliki
kekuatan untuk berhijrah ke kota kerana pegangan agamanya semakin kuat dan
kecintaan pada bahasa ibundanya kian tinggi.
7. Kepentingan mempelajari dan menghayati sejarah. Contohnya, Mel melahirkan
rasa kagum terhadap kehebatan bangsanya apabila membaca teks Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah.
Watak dan Perwatakan
1. Watak utama - Mel
2. Watak sampingan - bonda dan Munsyi
Mel
1. Anak lelaki kepada bonda.
2. Dia patuh akan nasihat dan arahan bondanya.
3. Seorang yang rasional apabila bersetuju dengan pandangan bondanya bahawa di kota
terdapat berbagai-bagai ragam manusia yang kehilangan identiti dan jati diri.
4. Dia amat mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak berjasa kepada agama,
bangsa, dan negara.
Bonda
1. Ibu kepada Mel.
2. Seorang insan yang kuat mempertahankan agama, bahasa, budaya, dan adat
resam turun-temurun.
3. Seorang yang banyak memberikan kata-kata nasihat kepada anaknya.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Seorang yang berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air.
5. Beliau banyak menyimpan khazanah lama khasnya kitab-kitab lama bertulisan
jawi.
6. Beliau memberikan kebenaran kepada Mel berhijrah ke kota setelah berpuas hati
bahawa Mel sudah memiliki pegangan agama yang kuat dan menguasai kemahiran
berbahasa.
Munsyi
1. Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di kota.
2. Munsyi berusia emas dan mempunyai janggut yang menutupi sebahagian mukanya
yang putih bersih.
3. Orang yang layak menyimpan khazanah lama.
4. Rumahnya dirobohkan oleh pihak yang berkuasa untuk dibangunkan bangunan
mewah.
5. Seorang pejuang bahasa.
6. Dia menghilangkan diri setelah rumahnya dirobohkan.
Latar
Latar Tempat
l. Kampung. Bonda dan Mel tinggal di kampung.
2. Kota. Kebanyakan warga kota sudah hilang nilai tradisi.
3. Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu.
Munsyi menetap di perkampungan itu.
Latar Masa
1. Lima ratus tahun yang lampau. Negara kita dijajah oleh kuasa luar pada waktu itu.
2. Bulan Mei. Tragedi rusuhan kaum berlaku pada bulan Mei.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Minggu pertama berada di kota. Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda
yang dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi.
4. Beberapa purnama. Mel tidak bertemu dengan Munsyi di perkampungan pinggir
kota.
5. Seminggu yang lepas. Jentera-jentera besar bersiap untuk meruntuhkan rumah-
rumah kayu usang di perkampungan pinggir kota.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-
temurun. Contohnya, bonda amat menekankan aspek tersebut dalam kehidupan
hariannya.
2. Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri. Contohnya,
bonda memiliki unsur-unsur ini dalam dirinya.
3. Masyarakat yang berjuang meningkatkan martabat bahasa ibunda. Contohnya,
bonda, Mel, dan Munsyi merupakan pejuang bahasa.
4. Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri. Contohnya, kebanyakan warga
kota memperdagangkan maruah dan peribadi serta hanyut dengan keseronokan hidup.
5. Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan. Contohnya, Munsyi dan dua
puluh keluarga yang mendiami perkampungan tradisi di pinggir kota dihalau dan rumah
mereka dirobohkan untuk projek pembangunan.
6. Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya pemerintahan ‘pecah dan perintah’.
Contohnya, tanah air ini pernah dijajah selama lebih kurang lima ratus tahun.
Nilai
1. Nilai cinta akan agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun.
Contohnya, nilai kecintaan ini terdapat pada diri Bonda.
2. Nilai penghargaan. Contohnya, bonda mahu Mel menghargai usaha yang dilakukan
oleh nenek moyang terdahulu yang berusaha memerdekakan negara.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Nilai ketaatan. Contohnya, atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan
keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di kota.
4. Nilai tanggungjawab. Contohnya, bonda bertanggungjawab menjaga khazanah dan
buku-buku lama yang tidak ternilai harganya.
5. Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai
seorang pejuang bahasa.
6. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, bonda merupakan seorang yang bijak kerana
mampu membicarakan hal-hal semasa dan sejarah tanah air.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun.
Contohnya, bonda amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam yang
diwarisinya turun-temurun.
2. Kita tidak seharusnya menggadai maruah dan harga diri dek mengejar keduniaan.
Contohnya, Mel melihat anak muda di kota menggadaikan maruah diri dan peribadi
demi keseronokan hidup.
3. Kita hendaklah berjuang menegakkan jati diri dan identiti diri. Contohnya, Mel
mempertahankan identiti dan jati dirinya ketika berada di kota dengan segala macam
pengaruh yang merosakkan anak bangsa.
4. Kita hendaklah menguasai bahasa ibunda dengan baik. Contohnya, bonda merestui
Mel ke kota setelah menguasai bahasa ibunda dengan baik.
5. Kita perlulah mengikut nasihat orang-orang tua yang lebih berpengalaman.
Contohnya, Mel mendengar nasihat bondanya yang tidak membenarkannya
bermastautin di kota selagi dirinya belum bersedia.
6. Kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar
tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat. Contohnya, bonda meminta
Mel menguasai bahasa ibunda bagi mengelakkan dirinya hanyut dibawa arus hedonisme
dan modenisme.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
7. Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah
merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan. Contohnya, Mel
menelusuri bab demi bab dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah untuk
mengetahui sejarah tanah air.
Latihan
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman
perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang
mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik
bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata.
Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor
pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum
bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta.
Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali
kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman
kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan
keturunannya.”
Kata-kata bonda itu seolah-olah menikam tajam ke dalam urat-urat saraf saya.
Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum kembali membelek helaian demi
helaian kitab-kitab lama yang hampir lusuh dan tertanggal kulitnya.
Perkataan-perkataan yang tertulis dalam Jawi lama itu masih mampu saya baca
dan fahami walaupun agak perlahan.
Sejarah dan kisah bangsa saya pada zaman silam yang berjaya membina
ketamadunan dunia cukup membanggakan saya. Saya selusuri bab demi bab dalam teks
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dengan rasa besar hati.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(i) Apakah maksud rangkai kata menikam tajam ke dalam urat-urat saraf” ?
[2 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(ii) Apakah perbezaan era zaman penjajah dan selepas merdeka ? [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari sejarah tanah air?
[3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iii) Rakan anda tidak meminati sejarah tanah air . Bagaimanakah anda membuat
rakan anda mulai menghargai sejarah tanah air ? [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3.Pemahaman Novel (2 soalan; 10 %) Soalan 1: Baca petkan novel di bawah dengan telitinya. Kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Adnan memaklumkan berita gembira itu kepada ayah dan ibunya. Dia juga akan pulang bercuti selama seminggu tidak lama lagi. Pak Saidi dan isterinya berasa amat gembira dan bersyukur. Mereka mengambil peluang itu untuk menyampaikan hasrat murninya untuk menjodohkan anaknya dengan anak Pakih Muda. Sepulangan Adnan ke kampung, dia mendapat tahu telah ditunangkan. Ternyata Adnan terkejut mendengar berita tersebut, lebih mengejutkan lagi perkahwinan rnereka berdua bakal dilangsungkan seminggu lagi.
(Dipetik danpada
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Karya Abdul Latip bin Talib
Kementerian Pendidikan Malaysia)
Nyatakan berita yang memeranjatkan Adnan sekembalinya di kampung. [4 markah] Soalan 2 :
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa menarik dalam
bahagian peleraian novel tersebut. [6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Rumusan (30%)
a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah
empat puluh lima minit.
b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2
markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah
10 seperti yang berikut:
c.
Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah
_ --------------------------------------------- Isi : 20 markah Bahasa : 10 markah --------------------------------------------- Jumlah : 30 markah
d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.
e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan,
manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.
f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber
berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.
g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,
h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema
dan kata kunci isi. Contoh fokus:
(i) Punca-punca seseorang itu muflis
(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan
(iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.
i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan : Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal dan bahan.
Bahan 1
Pemerdagangan manusia ialah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan
pergerakan atau migrasi manusia secara haram termasuk aktiviti buruh secara sah dan
secara paksa. Kebiasaannya, kegiatan ini dilakukan terhadap wanita dan kanak-kanak
dengan menjanjikan pekerjaan yang berpendapatan lumayan untuk memerangkap
mangsa. Selain menjanjikan tempat tinggal yang selesa, mangsa turut ditawari peibagai
kebajikan yang lain. Apabita berjaya diperangkap, mangsa dipaksa bekerja sehingga
melebihi 18 jam sehari tanpa sebarang bayaran.
Kini, kegiatan tersebut kian berkembang di negara ini. Perkembangan ekonomi
negara ini yang agak pesat adalah antara faktornya. Situasi ini telah menarik warga
asing ke negara ini sehingga ada antara mereka yang menjalankan aktiviti
pemerdagangan manusia. Kedatangan pelancong dan pekerja asing ke Malaysia
membantu perkembangan sindiket ini. Oleh sebab itu, banyak gadis, terutama dan
China, Indonesia. Vietnam dan Thailand dibawa masuk ke negara ini untuk
menjalankan kegiatan haram tersebut. Bukan itu sahaja, negara ini dijadikan pilihan
oleh kebanyakan rakyat asing untuk berbuat demikian disebabkan keamanannya yang
berterusan. Faktor ini bukan sahaja meyakinkan rakyat asing tentang keselamatan
mereka di sini, tetapi juga mereka berasa selamat untuk menjalankan kegiatan yang
tidak bermoral itu di sini.
Dari segi geografi pula, Malaysia terletak di tengah-tengah negara.Asean.
Keadaan ini dianggap lokasi strategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit
bagi pemerdagangan manusia. Apabiia menyedari masalah itu, Akta
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Antipemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan. Walaupun begitu, Akta tersebut
masih belum cukup kuat untuk menghalang kegiatan sindiket pelacuran dan buruh
domestik. Lagipun, modus operandi sindiket membawa masuk mangsa agak sukar
dikesan. Kesukaran itu disebabkan mereka memasuki negara ini dengan menggunakan
pas lawatan sosial ataupun pas pelajar. Pelibatan sindiket profesional tidak kurang
pentingnya bagi meningkatkan kegiatan tersebut. Keadaan menjadi lebih serius apabila
kurangnya kerjasama anggota masyarakat untuk menangani masalah ini.
Isu tentang pemerdagangan manusia tidak harus dibiarkan berterusan di negara
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kegiatan tersebut mendatangkan kesan negatif
kepada pelbagai pihak. Usaha untuk menangani masalah ini tidak harus dibebankan
kepada pihak kerajaan semata-mata. Sehubungan dengan itu, setiap anggota masyarakat
perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan gejala ini tidak
menjejaskan espirit de corp dalam kalangan rakyat negara ini yang sudah terjalin.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahan 2 :
Penculikan kanak-Kanak Pengurungan Pelacuran secara paksaan
Buruh paksaan Berkahwin paksaan Perdagangan orgran
Penjualan bayi Paksaan kanak-kanak
bersedekah
Penyeludupan melalui bot
Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-2 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Recommended